Showing posts with label Sofinazz. Show all posts
Showing posts with label Sofinazz. Show all posts

Sunday, March 12, 2017

Selamat Ulang Tahun Untuk Encik Suami Tercinta

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

26 Februari 2017 yang lepas is My husband's 29th birthday! 💋

Dear Husband, Selamat ulang tahun ke 29 tahun! hehe.
Thanks sebab jadi husband yang baik dan sweet.
Semoga rezeki lebih mencurah-curah tahun ini dan tahun seterusnya.
Semoga sentiasa sihat, dan panjang umur.
Semoga segala perancangan dan matlamat menjadi kenyataan.
Harap happy dan suka dengan celebration yang simple ni.
In Shaa Allah ada rezeki, kita celebrate lebih wonderfull! :)

"Without u i am nothing, with u i am something..
TOGETHER, WE ARE EVERYTHING!"

Love.
Your Wife.

Last year (2016), kami berada di Kota Kinabalu Sabah. Husband ada appointment dengan client on his birthday. hahaha! Memang tak celebrate on time la. Hadiah birthday pula saya bagi awal sebelum gerak ke Kota Kinabalu. So tahun ni saya memang nak sangat celebrate walaupun just kat Labuan.

Yeayy! saya excited sangat nak celebrate birthday husband dengan kek this year! In Shaa Allah tahun-tahun akan datang akan ada kek lagi. Saya tempah kek birthday husband 2 minggu sebelum date birthday. Perisa Yam Cheese favourite husband.


.....hmmm... BUT....ada but ye.. sebab..design kek 100% tak sama langsung dengan design yang saya harapkan. Kecewa sangat. Last minit baru kata "Sorry tak sama macam yang di-request".  Awal-awal tak cakap pun design yang saya request tu diorang tak boleh nak buat. Cakap awal tak apa, saya ok. Boleh tukar design lain yang 100% kita puas hati sama-sama. Tukang buat kek dapat untung, customer pula dapat happy,kan..

Kalau rasa-rasa design yang saya minta tu kena tambah upah, saya sanggup bayar. Tapi, dah la tak cakap terus terang. Time pick up baru buat ayat minta simpati "Sorry tak sama macam yang di-request". 😠

Bila dah jadi macam ni, customer nak bayar pun jadi tak ikhlas dan tak happy. Huwarrgghhh...

Tapi, on da day, saya just go on je dengan kek yang dah ada ni. hahaha! dengan harapan husband suka. Nasib baik flavor kek tu ok.. so saya consider ok la kek tu walaupun dah buat mood terganggu dan menyesal order kat kedai tu. Sedih rasa bila kureng menjadi design tu. Malah tak kemas pun.



Design kek tu melambangkan Fitness. Ada barbell dan dua pemberat yang bertulis 29KG yang membawa maksud 29 tahun. Husband struggle on Fitness since 2014. So kek tu, saya nak buat husband lebih bersemangat dan tanda sokongan dari saya dengan apa yang dia sedang usahakan.

Well...

Kedudukan "Happy Birthday Husband" pun bukan disitu sebenarnya. Hahahhahaa! Tulisan pun macam apa je. Jadi, bila design tu tidak menyampaikan mesej secara jelas melalui design memang kecewa la. Ingat ni nak bagi kek kat budak umo 1 tahun ke.. huhu..

Walau bagaimanapun, hari tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang kecuali kek. hehe.

Sebelum pick up kek, saya belanja Encik Husband, Mami dan Ayah KFC. Bawa balik rumah ayam KFC dan sebagainya sebab my mami dan ayah biasa memang malas nak keluar rumah since ayah dah pencen ni.So... makan kek dan KFC kat rumah.


Paling lawak on that day, Si Chokey pun minta ayam KFC juga. Dia terer sikit manipulated makanan ni. Dia tak makan langsung makanan dia yang dah disediakan kat mangkuk dia. Dia nak juga KFC. hahaha!

Lepas makan-makan dengan family at home, kami keluar semula. Jalan-jalan, lepak-lepak dan ajak husband beli magazine favourite dia. Belanja Oldtown dan sebagainya.


Plan asal nak tengok movie but cancel.. husband nak tengok hari lain. Labuan ni memang tak banyak sangat tempat yang boleh pergi. So, kami celebrate cara kami je. Spending time and happy together. 💕

Next time, In Shaa Allah nak buat plan yang lebih bagus untuk celebrate birthday husband. Tengok keadaan macam mana masa tu dan lokasi kat mana.

On 07 Mac 2017, hadiah dari saya untuk husband akhirnya sampai dari KL. Lewat 9 hari hadiah..huhu..tapi tak apa.. yang penting sampai dengan selamat. 😇

Oh ya! Ayah dan mami bagi hadiah birthday untuk husband awal pagi lagi on 26 Feb. Sweet banget.. 😄


Apa pun, Alhamdulillah sebab husband suka dan happy. :)











Thursday, January 14, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan Review 2015

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!

Selamat tahun baru  2016 saya ucapkan kepada semua bloggers, pembaca, penulis, facebookers, dan semua rakyat Malaysia....err... dan juga kepada makhluk hidup seluruh angkasa ni. haaa! tu dia. kihkihkih...

So, dah starting azam baru yang semalam-semalam korang list? siap list dari tahun 2015 lagi tu kan. ooo... mesti dah pakai buku diary baru dah ni. Berkilat-kilat lagi buku diary/catatan tu. Tapi jangan sampai bulan 12 pun still berkilat. ngiahaha!

harap belum terlampat wish tahun baru saya ni. Alaa..still january kan, masih hot lagi tahun baru 2016! Jadi, masih ada feeling-feeling new year lagi ni. hehe!

Apa azam baru korang tahun ni? Apa cerita azam tahun lepas?

Ok. Tahun lepas (2015), saya dan suami still fresh wedding. haha! Saya pun tak ingat apa azam baru saya untuk 2015. Yang saya tahu masa tu sedang sweet-sweet, dating-dating je dengan sang suami. Ehh! kesitu pula.. maksud saya, awal tahun tu, kami masih sibuk menyesuaikan diri dengan stage baru kami iaitu alam perkahwinan! malah bukan sahaja menyesuaikan, tapi seperti over sesuai pula.

Sibuk belajar masak masakan favourite suami la, sibuk kat dapur dengan macam-macam resepi la, sibuk buat income thru internet la, sibuk main game COC la..ye la, kan baru start main COC kan, laki bini perangai 2 kali 5 je. Minta-minta troops plak tu. Lepas tu siap minta belanja suami beli GEMS. hahaha! buruk perangai.

Jadi, pointnya, awal-awal tu, kitorang punya azam agak terabur sikit. Semua kitorang nak cuba buat. Ye laa, kalau sebelum tu, buat sesuatu kena buat appointment dulu, jumpa kat sekian sekian dulu, lepas kahwin, tak pandai dah buat appointment, bangun pagi dah sibuk "sayang, apa kata kita buat macam ni dan macam tu, hari ni...kemudian boleh la beli itu.. ini...", esok nya pula, "Darling, jom la kita terai main game ni pula... tapi PC tak boleh angkat la ni.." aduh! serabut kan? kehekehek!

Masa tu, azam kami hanya satu, ENJOY TIME! oyeahhh! hehehe...menikmati dan meraikan kejayaan kami yang sudah berjaya ke level baru (Alam perkahwinan). Pokoknya honeymoon sepanjang masa. Sebab sama-sama tak kerja. Masing-masing buat income online.

Kitorang jalan-jalan, shopping-shopping, makan-makan.

Dalam beberapa bulan selepas kahwin, terasa badan ni macam naik la pula. Alamayai! Tu laa, kuat melantak - "oh, bahagia namanya tuu"...

So then, sejak berat badan semakin meningkat gara-gara makan tak kontrol lepas kahwin tu, kami pun start buat azam. Azamnya...

1. FITNESS LIFESTYLE

Start la journey fitness (program nak turunkan berat badan)
Nak turunkan berat badan beberapa kg untuk saya dan buang belly fat. Encik suami pula kena start buang berat badan banyak sikit. huhu. Actually, dalam tahun 2014, sewaktu dekat-dekat majlis perkahwinan (dalam persiapan wedding) lagi, kitorang dah tak jaga pemakanan. Malah, jogging pun dah stop. Apatah lagi workout/fitness segala macam. So, 2015 memang kena tough la nampak gayanya.

Since start balik makan gaya diet Atkins tahun 2015, pergi jogging dan buat workout, saya hairan kenapa susah sangat berat badan encik suami ni nak turun selepas hampir 3 - 4 bulan. Hmm... kenapakah? Berat saya pula? naik turun naik turun... kalau macam ni tak habis la jawabnya.

Diet atkin sudah ni , makan nasi pun tak (dah namapun diet atkins). Pas tu, siap beli produk bunga safron (kawal selera makan dan meal replacement). Hairan sungguh tak turun-turun tapi maintain je. Mendatar... sedangkan, masa tahun 2014, senang je turun berat ni. Macam kacang je! haha! ambil produk yang sama juga tu.

Pada suatu hari, encik suami beli ebook Kevin Zahri. Baca punya baca, laaaa... rupanya faktor umur. Leh! dah tua ke apa. hahaha! Bukan, maksusnya begini, since umur kita dah semakin meningkat ni, kita tak boleh lupakan kalsium dan vitamin C. Bila kalsium kita semakin kurang dan menghilang lalu sukar untuk mendapat sumber kalsium baru, lemak akan menggantikan kalsium dalam badan kita. So, apa kaitan kalsium dengan vitamin C? Vitamin C adalah penting untuk penyerapan kalsium.

Setelah mendapatkan info ni daripada ebook Kevin Zahri tersebut, kami pun pergi shopping dan dapatkan stok Vitamin C, Kalsium,fat burner dan Fish Oil.

Selepas pengambilan yang kerap dan maintain, Alhamdulillah, berat badan Encik suami semakin kurang.

Berjaya atau tidak sepanjang tahun 2015? Jawapannya berjaya! dan sebenarnya boleh diturunkan lagi tapi...disebabkan Encik suami lebih suka buat workout bina otot, maka, berat dia tak dapat nak ditentukan penurunan atau kenaikan. Otot akan semakin bertambah dan menjadi berat jika kita buat workout otot. Kalau dia timbang berat badan, dah combined berat fat dan mass(otot). Jadi, Encik suami start fokus bina otot je lepas tu.

Encik suami start beli dumbbell yang besar-besar sampai 10kg satu.

Okeyh, tu cerita Encik suami dengan dumbbell-dumbbellnya.. saya pula? Saya start layan skipping yang diinspirasikan oleh lagu "RISE-UP". Boleh tengok video kat bawah untuk dengar lagu tu. Macam mana saya jatuh cinta semula dengan sukan Jump Rope ni, boleh klik sini untuk baca.



Actually, saya nak pro skipping ni pada tahun 2015. Tapi nampaknya praktis basic belum pas pas lagi sampai hari ni. kihkih..

Masih setakat basic. huahua... tak senang macam kita tengok kat video. huhu..

2. KOMPUTER BARU

...and then, azam tahun 2015 saya nak dapatkan PC yang proccessor power sikit. Klik klik laju. Buka photoshop macam kacang, buka bluestack tak hang dan boleh making video semua. Alhamdulillah saya berjaya saving money and beli PC bernilai RM2000 +/- dengan hanya "klik klik" thru internet. PC ni saya beli sebagai kegunaan saya membuat kerja kat rumah seperti projek projek photoshop, video, autodesk, grafik, website, drawing dan sebagainya. Selain tu, gaming! PC yang yang mantop tapi jimat. Sebab, RM2K dah boleh angkat bawa rumah dan money making. Esok-esok dah balik modal. wihihihi! My lappy dah boleh rest. Bawa untuk buat kerja kat luar sahaja.

3. TELEVISYEN

Ketiga, TV. Azam barunya TV baru. hahaha! Kepada yang kenal saya dekat sangat2 dulu, dalam hidup saya mustahil ada list TV. Saya tak ingat sejak tahun berapa tapi memang saya dah lama tak tengok TV sejak sekolah menengah. Astro? Sampai hari ni saya tak ingat nombor-nombor channel kalau korang just sebut "HBO", "AXN" atau "DISCOVERY CHANNEL" . Kalau korang nak suggest rancangan TV, sila sebutkan nombor channel bukan nama channel. FAILED ni.. failed! Since ada astro dalam rumah dulu, saya tidak pernah tahu apa-apa pun termasuklah Maharaja Lawak atau pun Akedemi Fantasia. Saya tahu korang minat tu semua, saya tahu apa kebendanya tu tapi percayalah, saya tidak akan tahu, siapa yang ada kat dalam rancangan tu. Siapa menang ke, suara siapa lawa ke, siapa yang paling boring ke..ntahla. Tak tahu.

So, this is the weird thing. Saya merancang beli TV baru? So ceritanya macam ni. My husband memang suka lepak depan TV. Semasa kami bertunang dulu, dia memang suka layan TV. Dia suka layan movie, dia suka layan WWE setiap selasa dan Jumaat malam. Selain tu, dia suka juga layan discovery channel. My mom and my dad juga suka tengok TV. Diorang suka tengok movie dan WWE (My mom teman my dad je tu tengok WWE tuu..hikhikhik..) Since my older sister stay tempat lain, dah tak ada TV kat ruang tamu sebab TV tu diorang older sister yang punya termasuklah astro (Sekali astro dalam bilik my mom/dad tu my older sister yang punya but my dad yang bayar untuk 2nd decoder tu).

Bagi saya, no TV still can hidup lah! ngiahaha. Nanti ada TV tu saya layan DVD player je lebih. Astro ada pun mungkin tak buka langsung. Bazir kan. Sebelum older sister pindah, my husband layan TV internet atau youtube kat bilik je sebab kat ruang tamu remote my older sister dan anak-anak dia yang punya. Tak ada chance la kan. haha!

So, azam saya nak beli dua TV. Satu untuk my husband lepak kat ruang tamu sambil WWE and Discovery Channel atau apa sahaja yang dia minat. Saya follow je. Sebab kalau saya yang kongker remote tu, nanti saya buka cartoon 24 jam. No story la. Kenapa still minat kartun tu ntah la kenapa. Saya pun tak faham. hahaha!
Satu lagi, saya plan untuk ganti TV lama ayah dalam bilik dia. Aduh, TV kotak kau. Kesian huhu... Sekarang kan zaman blue ray! mana ada TV kotak dah.

Alhamdulillah, saya berjaya saving money lagi thru internet bisnes untuk TV ruang tamu. Saya nak yang besar macam panggung tu. kahkahkah... tapi mahal sangat pula. Mampuih! Ambil la biasa-biasa je bawah RM1K. Besar juga tu, tak payah pakai kanta pembesar untuk orang rabun macam saya ni. huehue.

...tapiii, hah! ada tapinya... disebabkan hidup ni tak selalunya di atas, ye lah macam roda kan. Tiba-tiba masalah datang, tak dapat TV satu lagi. Postpone hadiah TV untuk birthday my mom. Tukar dengan hadiah lain.

Hujung tahun, 07 Disember tu, suprise pula, Encik husband belanja TV satu lagi untuk birthday my dad. Hah! Azam 2015 settle untuk TV dalam bilik my mom and dad. Boleh dah tengok TV cantik-cantik dalam bilik. Jimat ruang. Tak payah pakai TV kotak dah.

4. MENINGKATKAN KEWANGAN, IBADAH DAN ILMU

Azam yang ni memang sebelum-sebelum berkahwin pun memang dah ada. Memang mesti punya! Rasanya ni basic untuk semua orang. Kalau tak ada ni, parah ni. Kalau yang ni memang dah jadi hobi kami berdua cuma tahun ni tambah satu la...

5. BERSAMA SUSAH SENANG
selamanya...
"susah senang" sebelum kahwin
dengan sesudah kahwin tu beza tau! hehe.



Selesai review 2015. Yang negatif akan dijadikan pengajaran...yang positif akan dipertingkatkan lagi. Yang belum settle tahun 2015, bawa ke tahun 2016. In Shaa Allah terlaksana. Aamiin...

Thanks a lot to my mr.husband for everything.
I love you, forever!











Saturday, December 26, 2015

26 Disember 2015 | Happy 1 year Anniversary #Sofinazz | How Time Flies

Assalammualaikum Readers and Blogger..

Pejam celik pejam celik. Dah setahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Cepat masa berlalu. Terasa macam baru semalam wedding day. Haha! Amboih...




Semoga Mahligai yang terbina kekal dan bahagia selamanya. Semoga cinta yang terjalin ini terus mekar sehingga ke syurga. Aamiin..



Alhamdulillah. Benarlah kata mereka cinta itu lebih nikmat dalam perkahwinan. Kepada yang ada feeling2 nak kahwin tu, jangan di lambat2kan benda baik macam ni. Teruskan berusaha.

Sepanjang setahun ni, banyak perjuangan dan aktiviti pahit manis diharung bersama. Syukur Alhamdullilah..

Kerjaya bersama
Kami memilih untuk menjadi Usahawan Online sahaja. Kenapa? sebab, bisnes online ni unik, boleh dilakukan dimana-mana sahaja seperti so-ho (rumah), perpustakaan awam, Coffee House (Starbucks, Oldtown, Coffee Bean dan etc), malah kat tepi pantai pun boleh! Disebabkan ia boleh dilakukan di mana-mana (asalkan ada internet dan laptop/smartphone) maka, masa untuk kami bersama itu adalah 100%!



Aktiviti Outdoor
Disebabkan pilihan kerjaya usahawan online yang membawa kepada 'sentiasa bersama', kami boleh pergi kemana sahaja bersama untuk melakukan aktiviti outdoor kami. Macam-macam boleh kami buat tanpa halangan daripada pihak-pihak tertentu (majikan,cuti tanpa gaji atau seumpama dengannya) seperti piknik ditepi pantai, bersenam/jogging/skipping di taman, keluar dari Labuan, shopping dan sebagainya - terlalu banyak untuk dilistkan.

Next Altiviti Outdoor kami
In Shaa Allah, berbasikal round Labuan sambil bawa go pro atas helmet. Wahaha!

Aktiviti Indoor

Game
Kalau cuaca atau sesuatu yang tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti outdoor, kami meluangkan masa lapang bersama dengan layan game! haha! ini rare!! Pasti ada yang kenal saya zaman-zaman dulu sebagai "anti gamers". Itu biasa, dulu saya seorang pekerja biasa, makan gaji, hari-hari duduk ofis, simpan duit untuk makan dan belanja lain-lain perkara takkan tiba-tiba saya nak bazirkan dengan game?! itu satu isu, isu lainnya, masa sangat berharga untuk diluangkan dengan game. Saya juga benci pasangan yang gila game.Setiap kali jumpa dating, cerita game..dah la jumpa pun jarang, weyh! banyak lagi benda nak bincang yang lebih penting dari game kan? Tapi itu dulu, hahaha! Sekarang dah lain, kerjaya sebagai usahawan online ibarat kita menunggu duit selepas buat marketing. Sambil tunggu, main game tak ada hal. Paling tak ada hal bila main game sama-sama dan masa yang kami gunakan tidak melampaui batas untuk perkara yang lebih penting dari game.




Fitness
Fitness kat rumah (Bukan cardio exercise) seperti layan dumbbell, twist board, squard, crunch dan sebagainya yang berkaitan dengan senaman otot.

Melukis
Kalau tak keluar rumah, tak larat depan PC dah, malas main game, tak ada rancangan TV seronok, tak ada mood layan movie, kami akan spend time melukis. Lukis la apa sahaja. Bebas. haha!

Latest Indoor Activity
PHOTOSHOP, DRAWING and VIDEO MAKING software.




Video di bawah ni hasil menelaah video software percuma daripada internet. Zaman sekarang nak belajar apa pun - petik jari je kan - thru internet!

Video ni sempena ulang tahun pertama kami. video still basic-basic.. masih training.


Dear Mr.Husband,
Thanks sentiasa menyokong dan membantu dalam apa jua. Thanks sentiasa memahami dan bersabar dengan kerenah isteri yang terlebih 'cartoon' dan terover 'angan-angan' ni. hahaha! (pengaruh layan movie fantasi) wakaka! Thanks juga sudi menjadi teman - sahabat - suami - pemimpin - sifu - dan seumpamanya! Thanks untuk segalanya - you so sweet! I love you and will love you forever!

Happy 1st anniversary, sweetheart!
M.u.a.h.h..!!











30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)