Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label Tahun Baru 2016. Show all posts
Showing posts with label Tahun Baru 2016. Show all posts

Thursday, January 14, 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan Review 2015

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!

Selamat tahun baru  2016 saya ucapkan kepada semua bloggers, pembaca, penulis, facebookers, dan semua rakyat Malaysia....err... dan juga kepada makhluk hidup seluruh angkasa ni. haaa! tu dia. kihkihkih...

So, dah starting azam baru yang semalam-semalam korang list? siap list dari tahun 2015 lagi tu kan. ooo... mesti dah pakai buku diary baru dah ni. Berkilat-kilat lagi buku diary/catatan tu. Tapi jangan sampai bulan 12 pun still berkilat. ngiahaha!

harap belum terlampat wish tahun baru saya ni. Alaa..still january kan, masih hot lagi tahun baru 2016! Jadi, masih ada feeling-feeling new year lagi ni. hehe!

Apa azam baru korang tahun ni? Apa cerita azam tahun lepas?

Ok. Tahun lepas (2015), saya dan suami still fresh wedding. haha! Saya pun tak ingat apa azam baru saya untuk 2015. Yang saya tahu masa tu sedang sweet-sweet, dating-dating je dengan sang suami. Ehh! kesitu pula.. maksud saya, awal tahun tu, kami masih sibuk menyesuaikan diri dengan stage baru kami iaitu alam perkahwinan! malah bukan sahaja menyesuaikan, tapi seperti over sesuai pula.

Sibuk belajar masak masakan favourite suami la, sibuk kat dapur dengan macam-macam resepi la, sibuk buat income thru internet la, sibuk main game COC la..ye la, kan baru start main COC kan, laki bini perangai 2 kali 5 je. Minta-minta troops plak tu. Lepas tu siap minta belanja suami beli GEMS. hahaha! buruk perangai.

Jadi, pointnya, awal-awal tu, kitorang punya azam agak terabur sikit. Semua kitorang nak cuba buat. Ye laa, kalau sebelum tu, buat sesuatu kena buat appointment dulu, jumpa kat sekian sekian dulu, lepas kahwin, tak pandai dah buat appointment, bangun pagi dah sibuk "sayang, apa kata kita buat macam ni dan macam tu, hari ni...kemudian boleh la beli itu.. ini...", esok nya pula, "Darling, jom la kita terai main game ni pula... tapi PC tak boleh angkat la ni.." aduh! serabut kan? kehekehek!

Masa tu, azam kami hanya satu, ENJOY TIME! oyeahhh! hehehe...menikmati dan meraikan kejayaan kami yang sudah berjaya ke level baru (Alam perkahwinan). Pokoknya honeymoon sepanjang masa. Sebab sama-sama tak kerja. Masing-masing buat income online.

Kitorang jalan-jalan, shopping-shopping, makan-makan.

Dalam beberapa bulan selepas kahwin, terasa badan ni macam naik la pula. Alamayai! Tu laa, kuat melantak - "oh, bahagia namanya tuu"...

So then, sejak berat badan semakin meningkat gara-gara makan tak kontrol lepas kahwin tu, kami pun start buat azam. Azamnya...

1. FITNESS LIFESTYLE

Start la journey fitness (program nak turunkan berat badan)
Nak turunkan berat badan beberapa kg untuk saya dan buang belly fat. Encik suami pula kena start buang berat badan banyak sikit. huhu. Actually, dalam tahun 2014, sewaktu dekat-dekat majlis perkahwinan (dalam persiapan wedding) lagi, kitorang dah tak jaga pemakanan. Malah, jogging pun dah stop. Apatah lagi workout/fitness segala macam. So, 2015 memang kena tough la nampak gayanya.

Since start balik makan gaya diet Atkins tahun 2015, pergi jogging dan buat workout, saya hairan kenapa susah sangat berat badan encik suami ni nak turun selepas hampir 3 - 4 bulan. Hmm... kenapakah? Berat saya pula? naik turun naik turun... kalau macam ni tak habis la jawabnya.

Diet atkin sudah ni , makan nasi pun tak (dah namapun diet atkins). Pas tu, siap beli produk bunga safron (kawal selera makan dan meal replacement). Hairan sungguh tak turun-turun tapi maintain je. Mendatar... sedangkan, masa tahun 2014, senang je turun berat ni. Macam kacang je! haha! ambil produk yang sama juga tu.

Pada suatu hari, encik suami beli ebook Kevin Zahri. Baca punya baca, laaaa... rupanya faktor umur. Leh! dah tua ke apa. hahaha! Bukan, maksusnya begini, since umur kita dah semakin meningkat ni, kita tak boleh lupakan kalsium dan vitamin C. Bila kalsium kita semakin kurang dan menghilang lalu sukar untuk mendapat sumber kalsium baru, lemak akan menggantikan kalsium dalam badan kita. So, apa kaitan kalsium dengan vitamin C? Vitamin C adalah penting untuk penyerapan kalsium.

Setelah mendapatkan info ni daripada ebook Kevin Zahri tersebut, kami pun pergi shopping dan dapatkan stok Vitamin C, Kalsium,fat burner dan Fish Oil.

Selepas pengambilan yang kerap dan maintain, Alhamdulillah, berat badan Encik suami semakin kurang.

Berjaya atau tidak sepanjang tahun 2015? Jawapannya berjaya! dan sebenarnya boleh diturunkan lagi tapi...disebabkan Encik suami lebih suka buat workout bina otot, maka, berat dia tak dapat nak ditentukan penurunan atau kenaikan. Otot akan semakin bertambah dan menjadi berat jika kita buat workout otot. Kalau dia timbang berat badan, dah combined berat fat dan mass(otot). Jadi, Encik suami start fokus bina otot je lepas tu.

Encik suami start beli dumbbell yang besar-besar sampai 10kg satu.

Okeyh, tu cerita Encik suami dengan dumbbell-dumbbellnya.. saya pula? Saya start layan skipping yang diinspirasikan oleh lagu "RISE-UP". Boleh tengok video kat bawah untuk dengar lagu tu. Macam mana saya jatuh cinta semula dengan sukan Jump Rope ni, boleh klik sini untuk baca.



Actually, saya nak pro skipping ni pada tahun 2015. Tapi nampaknya praktis basic belum pas pas lagi sampai hari ni. kihkih..

Masih setakat basic. huahua... tak senang macam kita tengok kat video. huhu..

2. KOMPUTER BARU

...and then, azam tahun 2015 saya nak dapatkan PC yang proccessor power sikit. Klik klik laju. Buka photoshop macam kacang, buka bluestack tak hang dan boleh making video semua. Alhamdulillah saya berjaya saving money and beli PC bernilai RM2000 +/- dengan hanya "klik klik" thru internet. PC ni saya beli sebagai kegunaan saya membuat kerja kat rumah seperti projek projek photoshop, video, autodesk, grafik, website, drawing dan sebagainya. Selain tu, gaming! PC yang yang mantop tapi jimat. Sebab, RM2K dah boleh angkat bawa rumah dan money making. Esok-esok dah balik modal. wihihihi! My lappy dah boleh rest. Bawa untuk buat kerja kat luar sahaja.

3. TELEVISYEN

Ketiga, TV. Azam barunya TV baru. hahaha! Kepada yang kenal saya dekat sangat2 dulu, dalam hidup saya mustahil ada list TV. Saya tak ingat sejak tahun berapa tapi memang saya dah lama tak tengok TV sejak sekolah menengah. Astro? Sampai hari ni saya tak ingat nombor-nombor channel kalau korang just sebut "HBO", "AXN" atau "DISCOVERY CHANNEL" . Kalau korang nak suggest rancangan TV, sila sebutkan nombor channel bukan nama channel. FAILED ni.. failed! Since ada astro dalam rumah dulu, saya tidak pernah tahu apa-apa pun termasuklah Maharaja Lawak atau pun Akedemi Fantasia. Saya tahu korang minat tu semua, saya tahu apa kebendanya tu tapi percayalah, saya tidak akan tahu, siapa yang ada kat dalam rancangan tu. Siapa menang ke, suara siapa lawa ke, siapa yang paling boring ke..ntahla. Tak tahu.

So, this is the weird thing. Saya merancang beli TV baru? So ceritanya macam ni. My husband memang suka lepak depan TV. Semasa kami bertunang dulu, dia memang suka layan TV. Dia suka layan movie, dia suka layan WWE setiap selasa dan Jumaat malam. Selain tu, dia suka juga layan discovery channel. My mom and my dad juga suka tengok TV. Diorang suka tengok movie dan WWE (My mom teman my dad je tu tengok WWE tuu..hikhikhik..) Since my older sister stay tempat lain, dah tak ada TV kat ruang tamu sebab TV tu diorang older sister yang punya termasuklah astro (Sekali astro dalam bilik my mom/dad tu my older sister yang punya but my dad yang bayar untuk 2nd decoder tu).

Bagi saya, no TV still can hidup lah! ngiahaha. Nanti ada TV tu saya layan DVD player je lebih. Astro ada pun mungkin tak buka langsung. Bazir kan. Sebelum older sister pindah, my husband layan TV internet atau youtube kat bilik je sebab kat ruang tamu remote my older sister dan anak-anak dia yang punya. Tak ada chance la kan. haha!

So, azam saya nak beli dua TV. Satu untuk my husband lepak kat ruang tamu sambil WWE and Discovery Channel atau apa sahaja yang dia minat. Saya follow je. Sebab kalau saya yang kongker remote tu, nanti saya buka cartoon 24 jam. No story la. Kenapa still minat kartun tu ntah la kenapa. Saya pun tak faham. hahaha!
Satu lagi, saya plan untuk ganti TV lama ayah dalam bilik dia. Aduh, TV kotak kau. Kesian huhu... Sekarang kan zaman blue ray! mana ada TV kotak dah.

Alhamdulillah, saya berjaya saving money lagi thru internet bisnes untuk TV ruang tamu. Saya nak yang besar macam panggung tu. kahkahkah... tapi mahal sangat pula. Mampuih! Ambil la biasa-biasa je bawah RM1K. Besar juga tu, tak payah pakai kanta pembesar untuk orang rabun macam saya ni. huehue.

...tapiii, hah! ada tapinya... disebabkan hidup ni tak selalunya di atas, ye lah macam roda kan. Tiba-tiba masalah datang, tak dapat TV satu lagi. Postpone hadiah TV untuk birthday my mom. Tukar dengan hadiah lain.

Hujung tahun, 07 Disember tu, suprise pula, Encik husband belanja TV satu lagi untuk birthday my dad. Hah! Azam 2015 settle untuk TV dalam bilik my mom and dad. Boleh dah tengok TV cantik-cantik dalam bilik. Jimat ruang. Tak payah pakai TV kotak dah.

4. MENINGKATKAN KEWANGAN, IBADAH DAN ILMU

Azam yang ni memang sebelum-sebelum berkahwin pun memang dah ada. Memang mesti punya! Rasanya ni basic untuk semua orang. Kalau tak ada ni, parah ni. Kalau yang ni memang dah jadi hobi kami berdua cuma tahun ni tambah satu la...

5. BERSAMA SUSAH SENANG
selamanya...
"susah senang" sebelum kahwin
dengan sesudah kahwin tu beza tau! hehe.



Selesai review 2015. Yang negatif akan dijadikan pengajaran...yang positif akan dipertingkatkan lagi. Yang belum settle tahun 2015, bawa ke tahun 2016. In Shaa Allah terlaksana. Aamiin...

Thanks a lot to my mr.husband for everything.
I love you, forever!











Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)