Showing posts with label The Secret. Show all posts
Showing posts with label The Secret. Show all posts

Monday, October 28, 2013

Quranic : Law Of Attraction by Rusdin S.Rauf



Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Pernahkah anda mendengar,

"Benda yang sama tertarik pada satu sama lain. Saudara peroleh apa yang saudara fikirkan, Pemikiran saudara menentukan pengalaman saudara"

Begitulah inti pati HUKUM TARIKAN (Law Of Attraction - LoA ) yang kini dipopularkan oleh buku-buku The Secret (2006), Karya Rhonda Byrne, The Law of Attraction karya Esther Hicks (2006) dan Micheal J.Losier (2007) dan buku A Grateful Life : Living the Law of Attraction karya Beth dan Lee McCain (2007).

Hukum tarikan menegaskan mengenai kehebatan minda sedar dan separa sedar. Pengalaman orang dikatakan berkait dengan apa yang difikirkan. Sekiranya fikiran kita berada dalam keadaan positif, pengalaman yang kita peroleh juga bersifat positif. Sebaliknya, fikiran negatif menghasilkan pengalaman negatif. Maka, para pengamal fikiran baru (New Taught) menyamakan fikiran dengan tenaga yag menggerakkan dan membandingkan hukum tarikan dengan fizik kuantum.

Walaupun begitu, hukum tarikan bukanlah konsep baru. Ia dibincangkan dalam kitab taurat, Injil malah agama Hindu, Hermenetisme dan Teosofi juga turut memperkatakan mengenainya.

Kitab Taurat ataupun lebih tepat Jewish Books of Proverbs menyentuh mengenai hukum Tarikan ini di bahagian 23, ayat 7 "Sebagaimana difikirkan (orang) dalam hatinya, demikianlah dirinya." Berdasarkan ayat itu James Allen menulis buku bertajuk As a Man Thinketh pada tahun 1902. Beliau yakin hati, fikiran dan jiwa orang menentukan keberadaannya. Oleh kerana itu, beliau menulis "Jiwa menarik rahsia yang tersimpan rapi, sama ada yang dicintai mahupun ditakuti. Ia mencapai tahap tertinggi yang diimpikan". (James Allen, As a Man Thinketh e-teks Project Gutenberg, 1902, halaman 7).

Pada tahun 2000, Bruce Wilkinson menerbitkan buku bertajuk The Prayer of Jabez. Buku ini membincangkan mengenai konsep Hukum Tarikan yang terdapat dalam kitab Injil. Beliau memetik ayat yang terdapat dalam kitab Tawarikh (Kitab perjanjian Lama) , bahagian 4, ayat 9 - 10 berbunyi, "Yabez lebih dimuliakan daripada saudara-saudaranya yang lain. Dia diberi nama Yabez oleh ibunya kerana menurut ibunya, Aku melahirkannya dengan penuh kesakitan. Yabez berseru kepada Tuhan Israel, semoga Engkau memberi aku berkat yang melimpah-ruah dan memperluaskan daerahku dan semoga tanganmu menyertai aku dan melindungi aku daripada malapetaka,  sehingga tidak ada lagi kesakitan menimpa aku! Tuhan mengabulkan permintaannya itu.." (Kitab, Kitab Tawarikh, Bahagian 4, ayat 9 hingga 10). Dalam buku yang menjadi bestseller seluruh dunia itu,  Wilkinson mengajak pembaca membaca doa seperti diungkapkan Yabez, Supaya hukum tarikan yang berlaku ke atas Yabez berlaku ke atas diri pembaca.

Apabila kita meneliti maklumat seperti itu,  timbul persoalan sama ada hukum tarikan itu ada disentuh di dalam Al-Quran. Rusdin S.Rauf mengatakan konsep ini ada dibincangkan dalam Quran.

Menurutnya, Quran ada membincangkan cara-cara menguruskan diri, terutamanya pengurusan fikiran dan perasaan supaya kita mencapai kebahagiaan dan kejayaan hidup. Penulis yang dilahirkan di Luwuk pada 4 November 1985 ini memetik banyak  ayat bagi menyokong pendapatnya. Antaranya adalah surah az-Zalzalah ayat 7 - 8, Surah al-Mulk ayat 15 dan surah al-Qashah ayat 77. Beliau menjanjikan pencapaian harapan melalui pembacaan doa, syukur dan sabar.

Rauf bukan sahaja 'menyaingi' James Allen dan Bruce Wilkinson tetapi juga Mildred Mann. Dalam bukunya bertajuk "Become What You Believe (1970), Mann membincangkan mengenai "tujuh langkah demonstrasi" iaitu hasrat, keputusan, permohonan, keyakinan, kerja, terima kasih dan harapan. Manakala, Rauf meminjam tenaga-tenaga Quran seperti disebutkan di atas bagi mengawal tenaga fikiran yang menggerakan Hukum Tarikan.

Hasilnya,
Buku ini menjadi hasil pendokong pendapat mengenai hukum tarikan yang sedia ada dan sebagai bimbingan kepada pembaca, demi memperoleh harapan, sesuai dengan mesej daripada Tuhan. Buku yang menjelaskan mengenai Hukum Tarikan merujuk kepada Quran ini berjaya menaikkan semangat dan mengajak pembaca bersikap optimistik. Tidak ada alasan bagi orang Islam tidak mengembangkan sifat-sifat positif seperti ini.


Baca secara online (Dalam Bahasa Indonesia) : KLIK SINI


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Sunday, October 27, 2013

Quranic Law Of Attraction

Assalammualaikum Readers,

Alhamdulillah! Ada rezeki lagi dapat buku baru, ilmu baru. In Shaa Allah bermanfaat dunia akhirat. Amin.

Kira Encik Tunang belanja saya juga. hehe.. Thanks my fiancee.. This book great. Ada kesinambungan dengan #THESECRET...tapi lebih kepada dalam bentuk Agama Islam. Syukur sebab dapat memiliki buku ni. Tak sabar nak habiskan membacanya.. ^_^

Buku ni beli kat POPULAR, Center Point bersama Encik Tunang. Encik Tunang pun ada beli buku koleksi untuk dia. Ayat dia sweet "Koleksi hari tua" hahaha.. Comel jee ^_^ ...




P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Tuesday, October 22, 2013

what you really want with all of your heart is the very DESIRE that you can MANIFEST quickly.

Very often we ask for things because we think our life will be better with those things, but inside of us we do not have an immense desire for those things. When you don't feel that immense desire within you, you are receiving guidance telling you that this is not something you really want. That is why it is so important to get clear on what it is that you really want with all of your heart, because what you really want with all of your heart is the very #desire that you can #manifest quickly. Rhonda Byrne from #TheSecret Scrolls.





P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~


 With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (13) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Maze Runner (1) Melancong (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (15) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)