Showing posts with label WP. Labuan. Show all posts
Showing posts with label WP. Labuan. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

On Air bersama Labuan FM | Sempena Hari Malaysia | 16 September 2014

Assalammualaikum Readers dan rakan bloggers,

Oh ya! Hari ni 21 September 2014.. Sudah 5 hari berlalu sambutan HARI MALAYSIA kita pada tahun ini, 2014. hehehehe!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Alhamdulillah... HARI MALAYSIA juga adalah merupakan HARI LAHIR saya yang ke... ke.. ke.. hm... macam dah tua rasanya. HAHA! Yang ke - 24 tahun. Bila sebut perkataan "puluh" tu rasa macam tak boleh nak melompat-lompat atau terkinja-kinja macam masa umur belas-belasan tahun tu kan ? haha. Rasa macam tak dapat pula nak berlari-lari kat taman dengan member-member main kejar-kejar. Haha. Ganti dengan jogging la kat Taman hihi...Oke.. gurau saja. Saya bersyukur sebab bertambah setahun lagi umur ni. Tu tandanya saya masih hidup. haha!

Bersyukur sebab..

  • Berpeluang untuk meneruskan hidup
  • Belajar dari kesilapan-kesilapan lalu
  • Baiki diri sendiri untuk kebaikan diri dan insan-insan tersayang
  • Berbakti kepada masyarakat
  • Berpeluang untuk menjadi yang lebih matang
  • Berpeluang untuk menikmati hidup yang membahagiakan!

Tahun ini, rasa sangat bertuah sebab PERTAMA, sambut birthday dengan bakal suami ( Klik sini untuk baca entry lepas. En.Tunang buat hari saya begitu bahagia..)

KEDUA pula, Labuan FM jemput saya untuk ON AIR sempena HARI MALAYSIA. Kenapa saya terpilih? Sebab my birthday is on 16 Sept. DJ RUL menjemput saya untuk On Air pada 14 Sept 2014..dua hari lebih awal dari birth date saya. Bila dah jadi macam ni, rasa bertambah proud jadi ANAK MALAYSIA dan lebih bangga bila saya adalah ANAK JATI LABUAN.






KETIGA, dapat wish daripada insan tersayang dan rakan-rakan. Alhamdulillah ada yang mendoakan kebaikan. Semoga dimakbulkan dan saya nak jadi kaya raya. Miahaha!

Ada yang berkerut dahi bila baca tu kan kan? Mesti kata...

  • Eh.. mata duitannya..
  • Eh... jangan berangan la nak kaya..
  • Eh.. jadi kaya bukan bagus sangat pun..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaya banyak maksud...Boleh pilih nak kaya macam mana. Nak kesemuanya pun boleh! hikhik...Tamak yang baik-baik tak apa. Jangan tamak yang merugikan. Ada juga kaya yang salah kan. So make sure kalau jadi kaya, biar jadi kaya yang betul lah.

Kaya boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud...

  • Kaya harta
  • Kaya hati
  • Kaya kesihatan
  • Kaya ramai orang sayang kita
  • Kaya iman
  • Kaya ilmu
Jadi? Jadilah kaya raya untuk kesemua di atas. ngehe!

Kaya harta paling ramai yang suka manipulasi maksudnya oleh manusia-manusia yang pendek akalnya.

Kononnya...

Kaya harta ni...
  • Tak tenang
  • Tamak dan sombong
  • berlagak angkuh
  • Berdosa
  • bla bla bla bla lagi yang boleh di katakan yang negatif-negatif.
Sebenarnya, orang nak kaya harta sebab...
  • Boleh membantu orang lain
  • Boleh berbahagia dengan keluarga (ada ke keluarga yang bahagia kalau tak cukup makan? Tak cukup itu dan ini? Serba kekurangan... kalau ada, boleh bagitahu saya tak siapa?)
  • Cukup duit. (ada yang senyum senantiasa tak kalau duit tak ada dalam tangan? atau... ada tak orang yang kata, dia bahagia tanpa duit? Kalau ada, sila bagitahu saya siapa orang tu dan... saya nak bagi dia akaun number saya.. nak dia bagi semua duit dia kat saya supaya dia bahagia...hehehehe...)
  • Bahagia hidup. Memang kita boleh bahagia bila-bila masa. Tetapi siapa berani membantah kalau saya cakap, banyak duit boleh buat orang yang sedia bahagia itu akan double bahagia?.
  • Boleh membuat sedekah kepada yang memerlukan.
  • ....dan banyak lagi....korang boleh fikir..masing-masing pun dah besar kan. hehe.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Psstt! saya tak pergi sendirian ke Labuan FM. Sudah tentu saya akan bersama Encik Tunang. hehe. Tak ada yang lain akan temankan saya melainkan dia. Best Friend paling keras lah! hehe.. Dia la tunang, kawan baik, teman hidup susah senang dan bakal imam dan bakal suami dan banyaaakk lagii (Kalau saya senaraikan tak kan habis punya..hehe.. ).


Saya nak suatu hari nanti turn Encik Tunang pula kongsikan kejayaan dia kat mana-mana radio.Paling best masuk rancangan TV.. Biar macam Irfan Khairi. hehe... In Shaa Allah..

Encik Tunang bersama DJ Rul, Labuan FM.

Lets take a selfie. ngehe!


Apa agaknya perisian atau interview yang DJ RUL timbulkan pada waktu tu? eh eh...rasa neves juga sebab... Mana la tau dia dok tanya sejarah Malaysia ke apa. Semua tu saya kena ulangkaji semula la buku-buku sejarah... hahahahahaa! tak ada lah. Interview biasa sahaja sebenarnya.. 

1st question, macam biasa... DJ RUL tanya latar belakang saya.. alaa... the questions like..saya ni datangnya dari Planet mana dan saya suka makan apa kat situ...haha...

2nd question, kerjaya saya sekarang apa.... oh sudah tentu lah kerjaya saya sekarang sedang mencari planet lain untuk saya jajah. HAHA.

3rd question, kalau kerjaya saya bukan yang sekarang ni, apa yang saya nak jadi? Semestinya saya nak jadi manusia bukan Alien.

4rd question, kenangan manis dan pahit. Kenangan pahit saya adalah...saya terlupa bawa alat pernafasan saya ke bumi. Yang manis pula, saya berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang manusia yang rupanya beza betul dengan saya.

hahahaha.. mengarut lah.



Macam seyes saja jawapan macam tu. Waakaka.... Tak adala.. just kidding...saja nak buat entry ni panjang-panjang macam karangan Bahasa Malaysia Tingkatan enam. (Nampak sangat dah kehilangan idea).

Masa tu, nasib baik saya dan Encik Tunang tak buat macam-macam dalam konti... DJ RUL pun lupa bagitahu awal-awal sekarang Labuan FM ada Live Streaming. Weyh.. live tau! Semua orang boleh tengok kami dalam konti. Nasib baik saya kelihatan begitu sopan seperti gadis melayu terakhir dalam konti tu :p :p (Wahahaha!! Pengsanla sekarang!!).

Antara soalan dan jawapan saya pada masa itu...

1. Latar Belakang.
  • Sofinah Binti Lamudin.Anak Jati Labuan.Anak Bongsu dari 2 orang adik beradik.
  • Part ni DJ Rul sempat buat lawak bagi soalan cepu keemasan sikit "Macam mana mak awak buat sampai lahir 16 Sept?" Waahahahaa!! ntah la DJ Rul, tak tahu apa mak saya buat.
2. Kerjaya Sekarang
  • Internet Marketer
  • Blogger
3. Kenangan Pahit
  • Jumpa kawan yang spesis macam "bunga tahi ayam" . Nampak cantik tapi busuk.
  • Jumpa manusia spesis Gunting dalam lipatan, Duri dalam daging
4. Kenangan Manis
  • Mencapai impian tidak kira kecil atau besar
5. Jika kerjaya bukan yang sekarang, apakah kerjaya pilihan anda?
  • Leader dalam syarikat MLM
  • Pengiat seni - main piano, melukis potret, menulis novel/cerpen dan teater
6. Perancangan
  • Menguasai ilmu internet sepenuhnya, meneruskan impian dalam dunia MLM, rumahtangga, ilmu kewangan dan seni.

Itu sahaja yang saya ingat.. yang lain dah bersemadi ditelan masa... hehe. Soalan spontan DJ RUL saya main jawab apa yang terlintas dalam kepala waktu tu. hehehe. Tapi jujur.. semua jawapan itu, itulah yang saya mahu dan maksudkan dalam kehidupan saya.

Jawapan saya waktu tu memang banyak huraian.. kat sini saya cerita isi penting sahaja lah, kan. hekhek....bukan korang nak tahu sangat pun sebab saya bukan selebriti. kwang-kwang-kwang....


Saya paling suka kat alat yang saya pegang tu. Seyes teringat zaman jadi Music Director dulu...
Harap one day saya akan jadi Music Director semula. Aminn...

Apa pun, TERIMA KASIH kepada pihak penerbit Labuan FM dan DJ RUL atas kesudian menjemput saya sekali lagi ke Labuan FM. Kali ini, sempena Hari Malaysia dan dalam masa sama untuk HARI LAHIR saya.

Always THANKS to Encik Tunang yang setia bersama selalu :)

Thanks sebab sudi membaca....jumpa lagi di entry yang seterusnya....Bye peeps!



With Love,





Sunday, November 24, 2013

Layan hujung minggu dengan Labuan Art Festival 2013

Assalammualaikum kawan-kawan :)

Nak share cerita hujung minggu lepas ni. Hujung minggu lepas Labuan ada Festival Art.... Bab-bab art ni memang saya laju sikit. Bingkas bangun macam roket juga la.. Tapi roket tu tak terbang pun.. haha.. Ye la... Festival ni art, saya minat art tapi datang pergi tengok-tengok, lepak-lepak, captured beberapa gambar saja. Tak ada lah sampai join pertandingan dan mengambil apa-apa bahagian kat Festival tu. No idea laa... biasa nya saya tak dapat tahu pun pertandingan tu diadakan.. nak dapat borang penyertaan pun dari mana tak tahu laa.. huhu... so, tengok, ambil gambar jadi supporter pun jadikk lah! hehehee..

Labuan Art Festival ni, ada jualan gerai makanan yang berderet. Tengah panas terik pun, makcik, pakcik, kakak, abang, adik, pak tok, bla bla... semua seangkatan dengannya tetap bertungkus-lumus membuka gerai makanan dan menjual mencari rezeki. Alhamdulillah... memang ramai pengunjung dan semua gerai jualan makanan tu memang laku punyalah ! Tambah-tambah mereka yang jual minuman sejuk! zazzzsss memang cepat habis lepas tu akan buat minuman second round ber round-round punya.

Panas-panas macam tu, pengunjung Festival Art Labuan sememangnya tak berkira langsung. Datang dan meramaikan serta memeriahkan lagi festival tersebut. Salah seorangnya saya lah. hehe.. kedua orangnya pula Encik Tunang.. haha. Muka saya ni bukan jenis duduk rumah takut dengan panas terik.. oh tidak... itu bukan saya sama sekali.

Saya memang datang sana tangan kosong...memang tujuan jalan, lepak, tengok, santai, lihat saja pun. Tak ada apa-apa bahagian , tugas mahupun membuka gerai memang tak ada langsung. Lain kalau Encik Tunang. Dia ada kerja sikit... bantu mama dia berjual kat Festival tu. Diorang buka gerai makanan, mee goreng, jeruk buah, keropok lekor... Alhamdulillah saya tengok jualan mereka memang laris pada waktu tu..






Selain ada gerai jualan makanan, gerai jualan barang-barangan pun ada juga. Contohnya yang menjolok mata saya ni ... bukan menjolok... lain macam je bunyinya. keke... yang mengoda diri ini sesuai agaknya kot. Hape2 saja la kan... contohnya, kerongsang, jam tangan, baju, kraftangan, hand beg, kasut, selipar, topi dan sebagainya...Tapi yang menarik perhatian saya pada waktu adalah.......kerongsang, baju printing, topi bulu2.. jam tangan, apa lagi ? apa lagi ? kalau layan semua tu, memang beg duit boleh jadi kosong terus tak sampai sejam. hehehehehe... oh oh... jadi tak payah la layan... jangan layan langsung! Heh..

Kalau baju types macam ni saya suka..! hehe... memang beli dua helai..
satu untuk saya, satu untuk Encik Tunang ^_^

Jualan Kraftangan.. Banyak lagi, tapi korang tengok gambar ni je laa :p

Pin tudung murah-murah...

Macam-macam ada...


Pertandingan yang ada waktu tu pula seperti melukis Graffiti...bila tengok peserta2 tu sedang kusyuk melukis dinding tu macam kacang kan, teringat pula zaman sekolah yang melukis mural tak sekacang tu. Terkial-kial ada lah.. senget sana, salah sini, lupa itu, garisan pun macam guna tangan tak ada jari jeeee....kalau kat zaman sekolah dulu tu, saya memang suka sangat lukis mural ni. Tapi bukan guna spray...guna Pelaka... guna berus mewarna.


Semangat dia melukis ni... macam nak menari-nari je kat situ..

Aik? ni kehilangan ilham ke ketandusan idea ni ? Huhu~ Sian pula...
dah la duduk sorang-sorang.. :p

Yang ni, lukisan dia power beb!

Yang ni pun boleh tahan juga ni..

Disebabkan lukisan kat dinding tu lawa sangat, saya dan Encik Tunang pun apa lagi... Ambil gambar laa.. hehehe...

Encik Tunang <3
Tiup belon.... fuuuuhhh~

Besar betul pempuan tuu...

Kiss penyu skit :p lols.




Then ada juga pertandingan.......kutip sampah terbanyak??? Okelah.. pada pendapat saya la kan... kalau buat Festival macam ni, memang ramai manusia datang punyalah.. dah tu memang macam-macam ragam punya lah lah lah la kan... so salah satu ragamnya adalah.... membuang sampah merata tempat. Cer korang fikirkan... pertandingan tu membantu apa ? bantu siapa ? haha..! Dah tu... peserta ni  pula semangat sangat kutip sampah macam berdozen je saya tengok... tu maksudnya, memang ramai manusia jenis buang sampai merata ni la maksudnya. kekekekeke. Jangan buang sampah macam tu keyh... sian kat mereka-mereka-mereka yang membersihkannya selepas festival tu... kalau pertandingan tak apa.. korang kutip lah.. tak kisah pun. ngeeeh. Nak angkat sampah berkarung pun tak apa.

Lepas tu ada juga lah..pertandingan melukis telur dan ada pertandingan melukis wajah... by the way... saya bangun lambat pada waktu pertandingan itu berlangsung oke.... jadi saya sudah terlepas untuk melihat mereka melukis secara live! RUGI tapi tak apa lah.. bukan rezeki... malah nikmat bangun lambat sebab penat tu dapat. Ngiahaha. Bangun lambat pun sebab balik lewat malam dari Festival hari pertama dan kedua tuh. Hari kedua tuuu lagiii la penat sebab saya bawa anak buah lelaki saya sama ke Festival tu. ADUH! Layan budak tu, boleh patah pinggang dibuatnya. Patah pinggang tu boleh layan jugalaaa... yang tak boleh belah, dompet saya boleh terbelah dua beb :p hee... Tak apa lah ... asal kan dia happy ^_^ bukan selalu boleh buat dia macam tu. Alhamdulillah sebab ada rezeki bawa dia time tu...


Tengok tuu.. happy kan dia ?

Ni muka dia dah kepenatan dan keboringan... tapi tetap tak nak pulang juga..
Kononnya nak join saya dan Encik Tunang sampai malam lepak
kat sana.... pujuk sikit belikan beli Spiderman tuh... ngengenge.... :p


Kalau nak diceritakan mengenai artis jemputan pada malam Festival, ada 3 malam memang ada artis. Malam pertama , Tegar dijemput untuk menghiburkan pengunjung festival. Malam kedua, ada Mus dari kumpulan May...eh betul ke? macam salah je? Tak sure la... Malam ketiga, saya tak tahu siapa nama mamat tu tapi suara boleh tahan lunak juga. kekeke..

Selain itu, ada juga pertandingan melukis kat atas kanvas, kerta tapi... tajuk dan tema dia macam pelik je? macam tak reti je saya nak lukis. Alah, lukis muka pun senget ni kan pula nak lukis tema2 macam diorang tu Cik Sofie oii.. hehe..





HAH! Saya hampir terlupa pula... kat festival art Labuan ni ada mini fun fair tau korang. terus terang la kann, mini sangat la.. hehe.. budak-budak sesuai la main benda-benda alah macam tu tapi ahh... lantaklah saya sendiri pun naik benda pusing2 tu... hahahaha... temankan anak buah kan, kalau biarkan sorang-sorang naik sian pula... Masa naik permainan bulat pusing-pusing tu, saya naik dengan anak buah , Encik Tunang pula naik sorang-sorang.. huhu.. kecik sangat kan... tak muat nak bertiga. Tak best langsung la. Tak spoting langsung la tempat duduk tu. Kecik sangat sangat sangat...uh!


Tengok Encik Tunang sorang je kat situ.. Kat nombor 9... saya dengan anak buah nombor 8..

Eheem. :p

Tengok c Fitri ni... Semangat je, macam seronoookkk je...

Happy nyerrr....

Dah pusing lama sangat, tetiba muka dia macam ni...HAHAHA!
Topi pun buka....


Dah la kecik tempat duduknya, lama sangat berpusing-pusing... mana taknya, orang yang jaga permainan tu tertidur kat bawah, kami dibiarkannya pula pusing-pusing-pusing... pening pala hotak.. rasa mual nak muntah je rasa...huhu...


Ni pemandangan Festival sebelah kiri Fun Fair...

Ni pula pemandangan sebelah kanan Fun Fair...

Tengok ni... kecik je Fun Fair ni... 

Ujana Kewangan nun jauh di sanaa...

Comel pula patung ni....

ramai juga yang main benda alah ni kan...kitorang tengok je...
tak main pun....


Pameran fotografi yang di captured oleh para fotografer Labuan dan Sabah pun ada juga. Cuma pameran tu, pada pendapat saya kena lah dibuat secara besar-besaran sikit dengan penglibatan ramai fotografer. Baru lah tip top! Baru la best pameran cenggitu.. hehe.. saya ni tahu cakap je kan... macam senang je.. :p






Macam tu lah suasana Festival Art Labuan pada hujung minggu lepas (15 - 17 November 2013). Kalau festival macam ni selalu buat kat Labuan kan seronok kan.. haha.. tak duduk rumah la saya jawabnya :p

Sampai sini dulu...

Terima kasih sebab sudi baca... ^_^


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Saturday, November 16, 2013

Encik Tunang | Jalan | Lepak | Shopping | Labuan Art Festival 2013

Assalammualaikum Reader dan rakan-rakan bloggers, HEHE!

Senyum dulu baru tulis :)

Awal pagi bangun hari ni, saya semangat iron baju ala-ala muslimah tudung hitam. Hari ni Jumaat, sesuai la pakai cenggitu. hehe..



Hari ini, Encik Tunang agak sibuk pada awal pagi. Angkat barang ke Waterpark sebab mama dan kawannya membuka gerai sempena Art Festival Labuan. Awal pagi lagi, Encik Tunang dah kehulur ke hilir.




Sian... Muka kepenatan. Hehe.. Lepak-lepak kejap kat sini... Lalala~





Sambil tengok pemandangan yang cantik kat Waterpark ni :)





Saya pula, sambil menunggu Encik Tunang datang jemput, saya blogging dan blogwalking kat rumah. HEHE!

Selepas makan tengahari kat Restoren kegemaran makan soto makasar, saya dan Encik Tunang pergi ke Waterpark untuk melihat-lihat, berjalan-jalan dan kalau ada benda best untuk dibeli, beli la.. HEHE!

Sebut tentang beli, hari ni saya tershopping banyak pula barang ART. Saya happy sebab...dapat beli satu lagi baju kapel. Satu untuk saya, satu untuk Encik Tunang! Salah satu sebab membeli adalah nak buat kenangan Art Festival Labuan untuk tahun ni. Tahun depan buat benda sama juga. Hehehe...

Selain daripada baju, ada juga yang lain. Poster, buku dan paches. Tapi paling HAPPY sebab baju! Yeahh~




Comel ke tak ? Paling mahal la kartun tu.. HAHAHA!

Kiri saya punya, kanan Encik Tunang punya!!



Poster ni saiz manila kad tau. BESAR! Lepas ni nak buat frame untuk poster ni. Nak letak kat dinding. Saya nak buat dua frame, satu untuk Encik Tunang. HEHE!


PACHES : Encik Tunang kata nak frame kan...
Paches ni, boleh letak kat baju, beg sandang atau kalau nak frame kan pun boleh juga :) hehe..


Ni buku buatan sendiri oleh mereka.


Buku ni kosong saja... But beli juga.

Terima kasih Encik Tunang sebab belanja saya hari ni :) ...menu makan malam adalah "Nasi Katok!" Tok Tok Tok :p

Dalam jam 10.30 malam, kami semua pun pulang dan berkemas. Hari ni yang paling best adalah..........semasa jalan kaki dari waterpark ke Ujana Kewangan dan Dari Ujana Kewangan ke Waterpark. HEHEHE... Thx Encik Tunang :)

Esok sambung lagi.. Haha! Wassalam. Thanks for today Encik Tunang :) Love you so much!


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Beats Pill (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (14) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (35) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (81) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (121) Favourite Song (27) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (3) Header (1) Headset (1) Hobi (7) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kawan (17) Keluarga (14) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (3) Kreatif (16) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Personaliti (8) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (16) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (10) Ramping dan langsing (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (3) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (11) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)