Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, March 20, 2014

Koala sebenarnya bukan beruang

Assalammualaikum.

Tiba-tiba pula nak cerita tentang Koala. Kenapa dengan Koala? Dua hari lepas, saya join satu contest di 8 Share. Kontest tu nak kita cerita apa haiwan favourite kita. dan kenapa agaknya kita suka dengan haiwan tu ? Tak kisah lah haiwan tu kita pernah pegang ke, suka tapi takut nak pegang ke apa ke.. Share sahaja. hehe.. 5 pemenang bertuah boleh dapat hadiah daripada 8 Share. Hadiah dia apa tau? T-Shirt 8 Share. haa...



Semart kan T-Shirt 8Share ni? tu yang excited gila nak join jugak! >_<
Saya memang fans 8share since 2012. Encik tunang yang perkenalan kat saya 8Share nieyh (Masa tu 8Share masih lagi guna nama SAYS). Disebabkan dah minat dengan company ni, saya tidak kisahlah T-Shirt tu bukan warna kegemaran saja pun. haha. Tapi saya ni suka warna apa sebenarnya? Walaupun saya guna tema PINK kat blog saya tahun ni, sebenarnya pink bukan warna utama saya. Warna utama? saya ada warna utama tak? hikhik.. actually saya ni paddlepop.. Suka kalerfull. Tapi tak kan nak guna kalerfull kat blog saya, nanti entry tang mana, gambar tang mana pula. kikik.. dah la blogging pun cerita tak berisi sangat :p Personal blog kan... ada juga la selitkan ilmu kat sini. In Shaa Allah.. untuk pembaca dan kawan-kawan blogger k.


Untuk kontest haiwan kegemaran tu, saya pilih KOALA! hehe.. Saya ada juga baca dua tiga artikel mengenai KOALA. Ada orang sebut, "KOALA BEAR" Beruang Koala? Sebenarnya Koala bukanlah sejenis beruang. Jauh beze beb! hehe. Apa kata korang google. Mesti banyak infi mengenai Koala. Saya nak share mengenai kelebihan yang ada pada Koala hari ni.

Koala ni banyak fakta-fakta yang menarik kalau korang nak tau! hehe.. cute dan unik tau Koala.

Best kan kalau dapat Koala jadi haiwan peliharaan? hehehe.. Tapi korang tau tak? kalau kat Australia, kompom korang dipenjarakan kalau simpan koala ni kat rumah korang. Even kat halaman rumah sekalipun. hahaha. Sebab, haiwan koala ni adalah haiwan yang sangat dilindungi di Australia.

Koala ni kalau rasa terancam, dia akan bising.. rasanya korang tak sanggup nak letak dia kat dalam mahupun kat luar rumah korang . hahahaha.

Fakta satu Koala.
Baby Koala yang baru lahir sangat kecil. hanya 1 inci sahaja. Kecil kan? 2.54 CM sahaja. Lahir sahaja, dia akan berada dalam kantung ibunya sehingga 6 bulan.

Fakta dua Koala.
Koala ni suka Tidur. ZZzz~
Tapi jangan salah faham.. Dia tidur bukan sebab dia pemalas tapi dia nak dapatkan balik tenaga dia dan nak buang toksin dalam badan. So, dia kena tido lama sikit. eh? syok pula dapat buang toksin dengan tido sahaja kan? hee hee. Koala ni boleh tido selama 18 jam dalam sehari. Kalau saya todi 18 jam sehari, mata dah jadi panda. Otak tepu dan jadi pemalas tahap Ultraman kot. -_-



Fakta tiga Koala.
Kalau Koala sedang bangun, apa dia buat? dia akan mencari makanan atau berpindah dari pohon ke pohon yang lain.

Fakta empat Koala.
Koala mampu melompat hingga sejauh 150 kaki (45,72 meter) diukur dari puncak pohon.

Fakta lima Koala.
Ada orang berpendapat bahawa Koala ni tak minum air langsung (gila ke! O.o ) hehe. Sebenarnya Koala minum air juga cuma Koala jarang minum air. Susah nak nampak dia minum air. Koala sudah mendapat bekalan air daripada makanan yang dia makan. Apa makanan tu ? Makanannya adalah DAUN EUKALIPTUS. Cuba google mengenai daun ni. Nanti korang boleh tahu apa yang ada kat daun tu hingga Koala boleh jarang-jarang-jarang sekali nak minum air.

Fakta enam Koala.
Koala bukan seperti haiwan lain yang suka berkelompok.
Koala ni jenis haiwan yang suka menyendiri. Macam budak jenis "Autism" . hehe.
Koala ni, dia ada dunia dia sendiri. Kalau manusia , kita panggil kurang bergaul. Bukan Alone forever tau! Alone forever tu dia nak cari member tapi tak ada nak jadikan dia member :p Koala ni, walaupun menyendiri, pandai juga cari Koala betina. kekeke :p

Fakta tujuh Koala.
Koala ni, dia akan menjaga tempat kediaman mereka dengan sangat baik!
Cara mereka menanda tempat tinggal mereka adalah dengan meninggalkan aroma tubuh badan mereka di pohon dengan....menggosok dada mereka ke pohon ( O.o lain macam jerh)

Fakta lapan Koala.
Koala adalah haiwan yang sangat tenang. Malah boleh tidak bergerak langsung. Bergerak pun hanya 2 jam per hari. wow! Walaupun nampak tenang, koala mampu berlari pantas. Kepantasannya hampir sama dengan kelinci berlari.

Fakta sembilan Koala.
Koala ni boleh mengeluarkan suara mengeram yang keras dan agrasif apabila mereka rasa mereka terancam.

Fakta sepuluh Koala.
Koala ni mempunyai ekor. Ekor mereka ada fungsi. Bukan sekadar ekor. haha. Fungsinya adalah tempat duduk mereka apabila berada di ranting selama berjam-jam. hikhik....

Fakta sebelas Koala.
Koala jarang sekali untuk turun daripada pokok. Lebih selamat dan aman.

Saya sebenarnya kalah kontest 8Share tu ... haha.. So tak dapat lah T-Shirt 8 Share yang saya nak sangat tu daripada kontest ni. huhu..

Jadi tak apa lah. Posing dengan Koala palsu pun jadiklah! haha.. :p



Kalau korang jenis yang suka join kontest korang join la macam saya. Diorang kerap bagi macam-macam kontest juga untuk kita join. Malah boleh dapat duit poket sekali :) ... Korang KLIK SINI untuk join oke. Kalau tak faham atau nak bertanya boleh kontek saya melalui ruang komen atau pun korang boleh klik button ini contact kat bawah ni. hehe.

Kalau korang nak membaca lebih banyak mengenai Koala, korang boleh layari web ini https://www.savethekoala.com/ . Best! Banyak info interesting!

With Love,



Tuesday, March 18, 2014

Asal Usul dan Kontest Ubat Gigi Darlie

Assalammualaikum.

Selamat pagi. Hehe. Awal pagi mood dah ke belog. Macam biasa, kalau bangun pagi, apa kita buat? Berus gigi dulu. Betul tak?

Ingat lagi tak lagu zaman budak-budak? "Bangun pagi, gosok gigi..." sambungkan... haha. saya tak ingat lah pula lirik lagu zaman budak-budak ni. Masa tadika selalu nyanyi lagu ni ramai-ramai dengan kawn-kawan. Bercerita soal ubat gigi ni, zaman sekarang ni, banyak dah jenama ubat gigi. Betul tak? Colgate dan Darlie antara jenama tertua. Betul tak?

Di sebabkan jenama tu adalah jenama tertua, terutamanya Colgate la kan, pernah tak dengar pakcik makcik sebut macam ni, "nak beli colgate dulu la.. habis dah colgate kat rumah" tapi dia beli ubat gigi apa? bukan colgate kan ? hahahaha. Biasa lah tu. 'Colgate' yang mereka maksudkan tu adalah ubat gigi dan tak semestinya diorang akan beli jenama itu. Dah terbiasa sebut Colgate itu ada ubat gigi. Tu yang jadi macam tu.

Korang lebih selesa guna ubat gigi apa? Mesti antara kamu ada yang guna Darlie hingga sekarang betul tak ?

Korang pernah dengar tak berkenaan sejarah Darlie? Untuk pengetahuan kita bersama, nama asal Darlie adalah 'Darkie' . 'Darkie' adalah ubat gigi yang dikeluarkan oleh syarikat Hawley dan Hazel. Kalau di Amerika Syarikat dan Afrika, perkataan 'Darkie' bermaksud 'orang hitam' . Lucu la pula... hehe... Kalau Malaysia sebut 'Darkie' tanpa lihat ejaan? 'Daki' la pula :p kwang3x...

Oleh hal yang demikian, nama 'Darkie' ditukar kepada 'Darlie' kerana nama 'Darkie' dikatakan mempunyai unsur perkauman. Gambar atau logo juga di tukar. Seperti di dalam gambar di bawah ni.



Kalau korang nak tahu, Darlie merupakan produk yang terkenal di Taiwan sehingga hari ini. Kalau korang nak tengok-tengok produk Darlie yang lain, sila ke http://www.darlie.com.my/ .

Sekarang, saya dapati Darlie Malaysia ada buat "Darlie you be the expert" . Kira macam contest Darlie la ni. hehehe.

Hadiah kemain lumayan!!

Paling best Kamera dan Samsung Galaxy Note 3!! YeahHH!

Di sebabkan excited sangat, saya pun menjoinkan diri lah juga. hehe.



RESULTS:

Laaaa... awal-awal dah kalah -_-"

With Love,



Wednesday, December 11, 2013

Contest SEO Eridy

Assalammualaikum para blogger, semoga dalam keadaan sihat sejahtera...

....sedang syok melihat-lihat update blog yang saya follow kat dashboard, suddenly saya ternampak pula tajuk "Contest SEO Eridy" , ehh? Macam menarik je? Macam besst je..heehee...

Constest SEO Eridy ni, sejujurnya saya cakap, dengan satu patah perkataan sahaja... "GREAT!!!" kenapa saya cakap macam tu ? Contest yang Eridy buat ni, seronok tau sebab ia satu contest di mana blogger akan belajar sedikit sebanyak mengenai SEO. Sebelum saya bercakap panjang mengenai Contest SEO Eridy ni, apa kata, kita berkenalan dulu dengan Eridy?

Nama blogger yang berumur 24 tahun ni, Eridy... saya hanya tahu namanya Eridy... Hobi Eridy ni adalah melayari internet.. suka stalking melalui search engine google katanya. he he...Eridy bukan calang-calang orang... Eridy adalah IT Technician tau... Eridy ni nampaknya boleh jadi sifu untuk kita semua ni.... kalau ada apa-apa persoalan mengenai IT, boleh lah bertanya kepada Eridy... dan, yang menarik perhatian saya adalah... Eridy adalah anak jati Sabah.

...itu adalah sedikit latar belakang Eridy yang menjadi penganjur kepada Contest SEO Eridy ini. Syabas Eridy! Contest SEO Eridy ini adalah Contest yang sangat bagus! :)

Kenapa saya teruja sangat nak join Contest SEO Eridy ni agaknya? Sebenarnya, saya ter-excited bila nampak huruf SEO ni... Kamu tahu apa itu SEO ? SEO itu adalah Search Engine Optimization, dalam bahasa Melayunya adalah “Optimasi Enjin Carian” .

Apa sebenarnya fungsi Search Engine Optimization / Optimasi Enjin Carian ni ?

Search Engine Optimization (SEO atau “Optimasi Enjin Carian”) pada dasarnya membuat tugasan-tugasan kecil ke atas dan kepada laman web kita agar search engine spiders boleh merayap (menjenguk) laman web tersebut dan memasukkannya di dalam direktori mereka. Proses itu turut dikenali sebagai mengindeks (indexing).

Spider adalah robot yang digunakan oleh search engine untuk merayau ke dalam laman web dan memeriksa berjuta-juta laman web dengan kelajuan luar biasa.

Spiders akan mengumpulkan data-data dan menyusun laman web mengikut tahap relevennya agar laman web anda muncul dalam hasil carian apabila ia menggunakan katakunci (keywords) yang sesuai yang telah kita sasarkan.

Semua aktiviti dalam Internet bermula dengan keyword! Orang ramai menggunakan Internet untuk mencari sesuatu dan secara umum kebanyakannya akan ke search engines bagi mendapatkan maklumat yang dicari. Apabila satu-satu topik dicari dalam search engine, laman-laman web yang paling releven akan muncul paling awal dalam hasil carian! Laman-laman web berkenaan mengoptimumkan laman web mereka agar ia muncul paling awal dalam SEPRS (Search Engine Result Page). Laman web yang mempunyai kedudukan yang tinggi akan mendapat trafik TANPA perlu dikenakan bayaran!

Kebanyakkan prospek/pencari hanya melihat pada senarai Top 3 dalam hasil carian mereka! Jadi, kita tidak boleh biarkan laman web kita berada di tempat terakhir dalam hasil carian tersebut dan hanya menunggu trafik!

....Sekarang mesti dah faham sikit kan ? Itu sedikit penerangan daripada saya, sebenarnya banyak lagi yang boleh kita pelajari tentang SEO ni. In Shaa Allah lepas ni kot kita borak-borak mengenai SEO ye korang!! :) Hehe...

Korang boleh juga KLIK SINI untuk belajar lebih banyak info mengenai SEO. Jangan lepaskan peluang dalam mempelajari SEO ni, lebih-lebih lagi blogger yang nak ada trafik, tapi tidak sekelip mata la trafik naik, kena rajin amalkan apa yang di pelajari tu...

Salah satunya, seperti yang saya terangkan tadi, adalah mengenai keywords,...

Ada tiga bahagian keywords yang boleh kita study untuk tingkatkan traffik blog ni.

Pertama adalah......Keywords tentang informasi;
Kedua pula adalah........Keywords tentang jual produk;
dan.....ketiga pula........Keywords tentang produk.

Tapi, kalau nak belajar lebih banyak boleh lah belajar dari PANDUAN ASAS SEO ni.

Kepada yang teruja dan berminat untuk menyertai Contest SEO Eridy ini (Klik pada Contest SEO Eridy untuk sertai dan membaca maklumat lanjut.

Contest SEO Eridy ini sudah pun berlangsung sekarang untuk pendaftaran dan pendaftaran akan ditutup pada 11-12-13 (Cantik pula tarikh tutup ni... haha).

Kemudian,

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12-12-13 hingga 30-12-13.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Pemenang akan ditentukan melalui blog yang berada di kedudukan muka surat pertama carian Google bagi keyword “Contest SEO Eridy” . Carian dibuat di Google.com menggunakan private browsing.

MACAM MANA? LUMAYAN TAK HADIAH CONTEST SEO ERIDY NI? JADI APA LAGI... SERTAILAH SEKARANG!! Hehehe... Semoga berjaya! :)


P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)