Ketahui Personaliti,Kerjaya,Sikap, dan Kecenderungan Kita Melalui Kiraan Metafizik Tarilh Lahir

Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir

Assalammualaikum Readers, Hai hai hai apa khabar semua. Sorry lama tak tulis entry. Aiseyh ayat macam blog ni power dan ramai peminat je k...

Sunday, July 30, 2017

Perjalanan Sehari ke Ranau dari Kota Kinabalu, Sabah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hi guys! How are you today? SUNDAY kan.. Hangout ke? Sekarang sedang lepak dengan husband kat tempat biasa (Oldtown Labuan). Disebabkan laptop ikut sekali melepak, maka kita gunakanlah Si Laptop ni menulis something kat blog. Hahaha!

Awal bulan yang lepas, kami stay kat Kota Kinabalu. Disebabkan stay hampir dua minggu kat sana, tiba-tiba husband kata nak sewa kereta (Padahal boleh guna Uber atau Grab car). Ni mesti ada plan bagus ni. Keh keh keh...

Rupanya nak jalan ke Kundasang-Ranau.

TAPI, malangnya tak jumpa pula ejen sewa kereta yang betul-betul boleh dipercayai. Kami cari area bandar KK je la. Tak pula cari bersungguh sangat. Nak tahu kenapa tak bersungguh? Sebab terjumpa satu ejen tu katanya nak sewa kereta kena deposit RM2,000 sebuah kereta. Giler ke! Kepala hotak dia kot berjambul. Deposit mahal gila dari harga sewa. Hahahahahaha! Ntah betul ke tidak minah tu.

SO, kami pun malas la fikir pasal kereta sewa dah. Tapi, Plan ke Ranau TETAP ON!

Kepada yang belum pernah ke Ranau tapi ada plan nak ke Ranau menggunakan pengangkutan awam, boleh try cara kami ni (Sangat sesuai untuk yang single, jenis suka aktif, tak bawa banyak barang).

Pada 09 Julai 2017, kami ke stesen bas dan teksi di area Dataran Merdeka Kota Kinabalu pada jam 7.45 Pagi. Mula-mula nak naik bas ke Ranau tapi tukar kepada teksi sebab harga beza RM1 sahaja.

Harga bas ke Kundasang/Ranau dari Kota Kinabalu = RM19.00
Harga teksi ke Kundasang/Ranau dari Kota Kinabalu = RM20.00

Plan kitorang nak stop kat Pekan Kundasang. Tak nak direct ke Pekan Ranau sebab nak singgah ke DESA DAIRY FARM,KUNDASANG dan WAR MEMORIAL,KUNDASANG.

Dalam perjalanan ke Pekan Kundasang, udara betul-betul sejuk. Kiri kanan banyak betul warong-warong kecil Sinalau Bakas. Hahahaha! Non Muslim confirm singgah ni. Dan..kawasan ni sangat banyak gereja berbanding Surau/maslid. Dalam observation saya, satu saja surau yang saya nampak. Tak tahu la kalau terlepas pandang.

Sebelum sampai ke Pekan Kundasang, Kita akan nampak KINABALU PARK (Perjalanan dari Pekan Kundasang ke Kinabalu Park ialah 20 minit). Kalau nak singgah dulu kat sini pun boleh (Tapi, nak ke Pekan Kudasang dari sini, korang kena panggil Grab Car, OK! Sebab pemandu teksi takkan tunggu sebab dia nak hantar penumpang lain ke Pekan Kundasang atau Pekan Ranau on time).

Kami tak singgah Kinabalu Park. Next time la..

Masa yang diambil dari Bandar Kota Kinabalu ke Pekan Kundasang adalah 2 Jam. Sampai sahaja kami ke Pekan Kundasang, terus cari restoren. Pergh! Lapar gila...

Lepas makan, direct cari transport untuk ke DESA DAIRY FARM,KUNDASANG. Kami tak cuba guna Uber atau Grab Car kat sini. Kami just random cari sesiapa yang ambil upah hantar orang ke tempat yang nak dituju.

Semasa berada di Pekan Kudasang, kita akan nampak banyak kereta parking kat area berdekatan dengan Tandas Awam Kundasang. Bawah Bukit (Kalau naik teksi atau bas ke Pekan Kundasang, akan diturun kan kat bustop atas bukit..so,kalau nak cari kereta yang bawa ke DESA DAIRY FARM,KUNDASANG, turun ke bawah bukit sikit kat area kereta banyak parking - boleh tanya kat orang yang ada kat situ).

ATAU...
Boleh hubungi nombor telefon ini : +6010-8117347 (Transport jenis catar).
Harga - RM60 untuk 1 hingga 6 orang.
Bermaksud..
1 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)
2 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)
3 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)
4 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)
5 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)
6 orang = RM60 (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang)

Tak kisah la korang hanya seorang diri ketika tu, dia tetap caj RM60 sebab ni jenis catar. Kalau korang bereenam, memang untung sebab bayar RM10 sahaja seorang.

Disebabkan kami just berdua, means, RM30 la sorang. Tapi, husband bayar untuk saya! HAhaHAha..

Korang try la tawar menawar dengan pakcik driver ni, kot-kot lucky day kan. Mood dia baik ke apa...Kami tawar dapat la RM50 pergi balik (Pekan Kundasang - Desa Dairy Farm - Pekan Kundasang) .

Kundasang View.

THEN, perjalan ke DESA DAIRY FARM,KUNDASANG tu kira-kira 10 minit la macam tu tak termasuk jammed kat gate masuk. Sampai je kat gate ada satu pondok tiket. Bukan masukk free tau, kita bayar pula RM5.00 satu orang untuk masuk DESA DAIRY FARM, KUNDASANG.

Tiket DESA FARM.

Kat dalam, pemandangan memang cantik. Jangan tak bawa kamera! RUGI. Memang cantik ala-ala Switzerland. Hehe! Ambil gambar, borak,jalan-jalan, makan ais krim kat dalam ni , tak cukup 15 minit. Minta pakcik jemput selepas 1 jam macam tu. Tapi kalau korang jenis nak shoot photo ala-ala modeling tu, ambil la masa banyak sikit kat dalam. 1 jam tak cukup plak nanti.




Korang boleh buat photoshoot wedding kat sini. But bayar lebih sikit kat pihak DESA DAIRY FARM,KUNDASANG.




Bercerita mengenai Aiskrim, Harga dalam RM6.90 kalau tak silap. Aiseh! Lupa lah... tapi bawa la RM10 seorang time korang gi beli aiskrim tu. HEHE. Saya pilih perisa Coklat. Kalau korang nak original ada juga.

Saya punya CHOCOLAT, of course!

Selepas 1 jam kat dalam DESA DAIRY FARM, kami pun keluar dan balik ke Pekan Kundasang. Kat Pekan Kudasang, ada satu tempat cantik boleh dilawati iaitu WAR MEMORIAL, KUNDASANG. Siapa berjiwa patriotik dan minat dengan history, datang la singgah kat WAR MEMORIAL, KUNDASANG sebelum meneruskan perjalanan ke Pekan Ranau.



Err...saya ni jiwa history ni kurang sikit. Gagagaga! Tapi, minat photo-photo..so, apa lagi. Ni la peluang buat koleksi photo banyak-banyak dengan husband.

BFF! :)

Tak sampai 1 jam dalam War Memorial, Kundasang sebab tempat tu tak la besar sangat.




Tak tahu la dia excited kenapa... hahaha!

Then, kami ke bustop di mana tempat kami diturunkan oleh teksi semasa sampai ke Pekan Kundasang tadi.

Kat situ, tunggu bus...

Tik tok tik tok tik tok...

Jika korang bertuah, korang dapat la awal. Kalau kurang bertuah, lambat la jawabnya. Ngeh...

Alhamdulillah bertuah sungguh kami berdua ni. Cepat dapat bas. Kami pun gerak ke Pekan Ranau. lalala~

Harga Bas dari Pekan Kundasang ke Pekan Ranau adalah RM4.00 seorang. Perjalanan ambil masa 20 minit sahaja kalau naik teksi atau kereta sendiri. Kalau naik bas,bergantung ke mana driver bas singgah. Time kami ni, driver bas siap singgah ke sekolah berasrama lagi. Hantar budak sekolah.

Apabila sampai kat Pekan Ranau, kami terus cari transport untuk ke PORING HOTSPRING,RANAU pula.

Pekan Ranau

Haaa...Yang ni ada isu sikit. Disebabkan kami ke Pekan Ranau ni hari AHAD, maka transport jadi terhad! Tak ramai pemandu teksi/bas yang rajin pada hari Ahad di Pekan Ranau. Diorang bercuti.

So, kami pun cari transport yang available pada petang tersebut. Sama juga lah ceritanya macam kat Pekan Kudasang tadi. Naik transport jenis catar. RM80 pergi balik.

Kata pemandu transport tersebut, dia tawarkan harga murah iaitu tambah RM5 untuk singgah ke satu tempat menarik nama "IKAN JINAK" sebelum ke PORING HOTSPRING,RANAU.

Kami tak plan nak ke "IKAN JINAK", so..kami tolak je. Sebab - tak bawa selipar dan pakaian yang sesuai pun. Takkan pergi tengok "IKAN JINAK" dari tepi kolam je. Ngihihi.. nak juga la turun kolam kan. Tak pe la. Next time ye pakcik.. kekeke...

So, kami pun direct ke PORING HOTSPRING, RANAU. Kat PORING ni, korang boleh mandi manda air panas kalau nak. Saya? TAK MUNGKIN. hehe...aktiviti mandi manda memang bukan saya.

Harga tiket masuk adalah RM3.00 seorang sahaja. Kat dalam sangat cantik! Siapa minat hiking dan pemandangan hijau, sila datang sini. Tak menyesal. Kalau nak mandi manda, jangan lupa bawa kelengkapan mandi.



Kat PORING HOTSPRING, RANAU, kami berdua target jambatan gantung. So, kami direct ke situ..OK! Nak masuk kat dalam kawasan jambatan gantung tak boleh bawa kamera kalau tak bayar.



Disebabkan kami just bawa kamera handphone, so, kategori kamera kami adalah 'Digital'.

Kamera Digital = RM5 seorang.

Harga DRON dan VIDEO CAM lain lagi.

Sebelum naik jambatan gantung, kena hiking dulu. Kalau tak biasa, confirm lutut bergegar sebelum naik jambatan. Hahaha!



Konon-konon berani..hahaha!

Kira-kira 30 hingga 40 minit, akhirnya kami habiskan hingga penamat. And then, macam biasa foto-foto dulu kat situ.

OH YA! Actually, ada taman rama-rama sebelum ke jambatan gantung. Nak masuk ke taman rama-rama kena bayar tiket lain pula. Saya nak masuk tapi tak sempat. Sebab taman rama-rama tutup jam 4 petang.

Apabila dah settle jalan-jalan kat PORING HOTSPRING, RANAU....kami pun balik semula ke Pekan Ranau. Dalam perjalanan ke Pekan Ranau, hujan lebat. Mujurlah, masa sampai ke Pekan Ranau, tak lebat sangat.

Actually, kami tak rancang nak bermalam kat Pekan Ranau. So, kami pun cari teksi atau bas untuk ke Kota Kinabalu semula.

Seperti yang saya tulis kat atas, isunya adalah kami jalan-jalan ni hari AHAD. So, transport awam agak kurang memberangsangkan pada hari AHAD ni tambah-tambah hujan. Memang agak tidak menentu la jadual petang transport awam kat Pekan Ranau. So, kalau nak juga balik Kota Kinabalu pada malam HARI AHAD, make sure sebelum jam 4 petang. Disebabkan kitorang tak jumpa teksi dan bas yang available ke Kota Kinabalu, kami pun cari transport catar. Aiseyhman...Dia ambil kesempatan pula minta bayar RM300++. Seriusly? Hati-hati tau. Kalau jumpa orang macam ni jangan percaya. Dia saja nak ambil kesempatan buat duit poket kot-kot ada pelancong yang terdesak sangat nak ke Kota Kinabalu masa tu juga. Dari Pekan Ranau ke Kota Kinabalu hanya RM20 sekepala kalau naik teksi.



Dari kitorang bayar RM300++ kat orang tu, elok bayar hotel untuk 1 malam kat Pekan Ranau. Walaupun kitorang tak merancang untuk bermalam tapi Alhamdulillah kami memang dah prepare kalau-kalau terjadi sesuatu dan terpaksa bermalam. Baju memang dah ready.

Kami makan malam kat KFC, Pekan Ranau malam tu selepas check in hotel. Nama hotel kitorang malam tu ialah Alpha Inn. Harga pun bagus, RM88 sahaja semalam. Deposit RM30. So, total RM118. Deposit RM30 akan dikembali kepada kita selepas check out nanti.

Hotel Alpha Inn ni cantik, ada WIFI, ada TV dan ada juga ruang merokok kat anjung Hotel (SO, jangan cuba-cuba merokok dalam tandas..HAHA!). Saya terlupa nak ambil photo Hotel ni sebab dah penat sangat malam tu. Kekekeke... Lepas makan kat KFC, kitorang ke Supermaket berdekatan untuk beli makanan ringan dan barang-barang mandi.

Keesokkan harinya, ada feeling nak singgah ke Kinabalu Park tapi fikiran dah melayang kat Kota Kinabalu. Wahaha! So, cancel. Kitorang naik teksi RM20/seorang ke Kota Kinabalu selepas sarapan.



Jam 1:20 PM, kami pun sampai ke Kota Kinabalu semula. YeayHY!! Haaa... macam tu la perjalanan simple ke Ranau. Tak susah.. senang sahaja.

Semoga info yang saya share ni membantu korang.
Terima kasih sebab baca.
Jumpa lagi di lain entry.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Anda Mungkin Mahu Baca Ini

30 Days Blog Challenge (31) 8Share (1) Ana Cikey (1) Android Game (2) ANTV (1) Apa itu SEO (5) Aplikasi Facebook (2) Assign Jobs (2) Bazaar Ramadhan (1) Beats Pill (1) Begleri (1) Belajar Musik (1) Belajar Petik Gitar (1) Berita (7) Blog Sofinahlamudin.com (16) Blogwalking (14) Buat Duit (12) Buku Kegemaran (2) Cabut Gigi (1) Catatan Harian (66) Catatan Kota Kinabalu Februari 2016 (1) Catatan Kota Kinabalu Oktober 2015 (1) Celebration (37) Cinta (8) Clash Of Clan (3) Congratulations (2) contest (3) Contest SEO Eridy (5) Dentist (1) Despicable Me (2) Diary 2014 (2) Drama (1) Dunia Blog (82) Eat That Frog By Brian Tracy (5) Elken (7) Encik Mohd Nasyit Md Nooh (124) Favourite Song (27) Fidget Spinner (1) FikAyuWedding (1) Fitness (3) Forex (8) Fotografi (2) Game (9) Gigi (1) Giveaway (3) Hand Spinner (1) Happy Birthday (2) Hari Malaysia (1) Hari Raya Aidilfitri (4) Header (1) Headset (1) Hobi (8) Hobi bersama suami (5) Indonesia (1) Info Kecantikan (1) Info Kesihatan (10) Islam (3) Jejak Paranormal (1) Jump Rope (2) Karya Sofinah Lamudin (2) Kashaka (1) Kawan (17) Keluarga (15) Kenalan Baru (5) Kerja Makan Gaji (3) Ki Prana Lewu (1) Kisah Realiti Sofinah Lamudin (11) Kota Kinabalu (4) Kreatif (16) Kundasang (1) Labuan FM (1) Lawak (1) Left 4 Dead 2 (3) Lelaki (5) Lepak (1) Logo (3) Lukisan (1) Maze Runner (1) Melancong (1) Melukis (1) Minions (1) Motivasi (37) Movie (10) Nuffnang (1) Old Town White Coffee (1) Only Sophee.lz Dote (42) PC Games (3) Pendapat Peribadi Sofinah Lamudin (1) Permainan (1) Personaliti (7) Pokemon Go (2) Produk Mary Kay (1) Projek (5) Puan Sofinah Lamudin (19) Q One Speaker (1) Rakan Blogger (20) Ramadhan Al-Mubarak (11) Ramping dan langsing (1) Ranau (1) Random Post (13) resepi (4) Review Produk (4) Review Tahun 2016 (1) Ronda K.K (1) Sabah (1) Saya dan Ramadan 2013 (34) Saya dan Ramadan 2015 (2) Scorch Trials (1) Search Engine Optimization (5) Segmen Blog (12) Sejarah (1) Senaman (1) Seni (1) Sentimental Post (10) Shaklee Supplement (1) Sherina Munaf (5) Si Awak dan Si Saya (7) Skipping Jump Rope (2) Skuter (1) Slim 7D (1) Smartphone Game (1) Sofinah Beauty Consultant Mary Kay (1) Sofinazz (3) Sofinazz Anniversary (1) Sophee Studio (1) Suami Isteri (6) Supplement (1) Suri rumah (1) Tahun Baru 2016 (1) Tahun Baru 2017 (1) Tempat Menarik (1) Tentang Dia (25) The Secret (3) Thumb Chucks (1) Tips (1) Traveling (1) Troll (5) Tutorial (2) Tutorial Tudung (2) Tutorial Tudung Halfmoon (1) Wanita (4) Warna-Warni Kehidupan (3) Workout (3) WP. Labuan (8)