SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Isnin, 7 Disember 2020

Revolusi Trend Penyampaian Makanan Baru Boleh Memacu Perniagaan Restoran

Revolusi Trend Penyampaian Makanan Baru Boleh Memacu Perniagaan Restoran

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Pesan makanan apa hari ni? Tidak disangkakan, tahun 2020 nampaknya menjadikan kita semua begitu menghargai food delivery disebabkan tidak boleh terlalu kerap dine-in di dalam restoran kegemaran kita. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia agak menjadikan kita begitu berhati hati untuk kerap melakukan aktiviti di luar rumah termasuklah makan di restoran.

Saya sendiri bukanlah seorang yang kerap menggunakan food delivery. Sebenarnya, lebih suka ke restoran sendiri, lepak dengan Mr.Bee di restoran. Tahun ni, berubah 360 darjah, saya dan Mr.Bee kerap memesan makanan menggunakan perkhidmatan food delivery yang ada di Wilayah Persekutuan Labuan.

Seperti yang kita sudah maklum, penghantaran makanan ni memang sudah mulai bertapak di Malaysia sebelum pandemik lagi. Memang sudah mulai terasa kehangatan trend penyampaian makanan di hujung jari ni. Dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar makanan boleh sampai ke depan rumah. Tapi pernahkah kita terfikir berkenaan penghantaran makanan yang lebih canggih dari yang sedia ada? Pernahkah terfikir mengenai kesan positifnya terhadap perniagaan restoran? Revolusi trend penyampaian makanan baru (yang lebih canggih) sebenarnya boleh memacu perniagaan restoran dengan pesat.

FOOD DELIVERY DAN GENERASI Y (GENERASI MILLENIALS)

Trend food delivery ini berlangsung selari dengan kemajuan teknologi yang diraih secara bertuah oleh generasi millenials atau generasi Y yang sangat mahir dan hidup dengan kehebatan teknologi. Kemahiran generasi kelahiran sekitar tahun 1980 hingga 2000an ini memberikan mereka peluang untuk menjadi pemandu atau penunggang motorsikal yang bergaya meskipun hanya sebagai penghantar makanan. Hal ini kerana mereka menggunakan sistem yang sudah di programkan menggunakan sistem canggih dan teratur. Dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar, mereka sudah boleh menerima pesanan daripada pelanggan untuk menghantar jenis makanan yang diminta.

Tidak dinafikan, generasi Y inilah yang sebenarnya menjadi pemacu utama food delivery , Sebahagian dari mereka lah yang menaikan ranking food delivery pada hari ini kerana kerana generasi ini cenderung untuk memesan makanan untuk menjimatkan masa mereka berbanding memasak atau mencari makanan itu sendiri.  Hal ini kerana mereka hidup dalam zaman yang penuh dengan kesibukan.

Jadi, sangat beruntung sekali restoran yang menggunakan perkhidmatan seperti Food Panda untuk memudahkan pelanggan mereka membeli menu masakan kegemaran mereka kerana zaman ini merupakan zaman kegemilangan generasi millenials yang sedang bahagia memesan makanan dari rumah hanya menggunakan telefon pintar mereka.

FOOD DELIVERY DAN SOSIAL MEDIA

Dengan kepakaran generasi Y ini berkaitan dengan media sosial, kita sedikit tertanya tanya bagaimana mereka boleh memesan pizza hanya dengan membuat satu tweet emoji pizza kepada Domino dan pesanan mereka bakal dihantar di depan rumah mereka.

Hebat kan? Vvaaah! Membuat tempahan makanan kegemaran kita hanya dengan tweet emoji di akaun twitter pemilik restoren ini mungkin membuatkan kita berfikir, bagaimana agaknya mereka ketahui makanan yang bagaimana kita mahukan? Mungkin juga, kita perlu mendaftar menjadi ahli terlebih dahulu di laman sesawang rasmi restoran untuk mengetahui maksud emoji yang kita tweet.

Membuat pesanan makanan cara ini agak seronok, mudah, ringkas, dan cepat. Bukan begitu? Apatah lagi media sosial merupakan platform wajib ada bagi setiap orang pada masa kini. Ia lebih memudahkan memilih menu melalui media sosial.

FOOD DELIVERY CARA MODEN

Lantaran kehebatan teknologi yang luar biasa masa kini, bukan sahaja tidak mustahil memesan makanan dari telefon pintar, televisyen pintar, atau jam tangan pintar pada hari ini. Malah, sangat tidak mustahil di masa akan datang muncul perkhidmatan penghantaran makanan menggunakan robot, dron, atau...paracut di Malaysia. Paracut? Adakah ia agak melampau? Tapi, tidak mustahil bukan? Anything can happen zaman sekarang...

Di Australia, peminat sandwich kini menikmati keseronokan menerima makanan mereka menggunakan payung terjun kecil. Bagi memudahkan pelanggan mereka, mereka hanya perlu menjatuhkan sandwich yang dipesan dari restoren mereka di tingkat 7. Pembayaran sandwich pula melalui platform PayPal.


Penghantaran sandwich menggunakan paracut ini bukanlah gimik. Pengasas Jafflechutes di Melbourne, David McDonald dan Adam Grant, menggunakan kaedah payung terjun mini ini untuk menghantar sandwich pelanggan mereka dari tingkat 7. Mereka berusaha keras untuk memastikan payung terjun itu mudah untuk dikenali oleh pelanggannya. Dengan menggunakan identiti warna payung, sticker, tanda, dan sebagainya.

Bukan sahaja penghantaran menggunakan payung terjun kelihatan begitu mengarut tetapi menggunakan dron juga kita sudah lama berlangsung di Iceland sejak tahun 2017. Bayangkan lah jika kita tinggal di bangunan yang tinggi. Ada masa penghantar makanan perlu naik ke tingkat 20 untuk menghantar pesanan. Dengan adanya perkhidmatan dron dalam menghantar makanan, kita tidak perlu turun ke tingkat bawah untuk bertemu dengan penghantar makanan. Malah, runner yang diupah juga tidak perlu lagi naik ke tingkat atas.

Bercerita tentang penghantaran makanan menggunakan robot pula, pasti peminat  Star Wars terbayang droids seperti R2-D2, 3CPO, dan BB-8. Tehee... Dengan evolusi teknologi AI pada zaman ini, ia tidak lagi menjadi sesuatu yang asing di United Kingdom. Mereka sudahpun menggunakan mesin dan robot dalam penghantaran makanan. Tidak mustahil akan digunakan cara ini di semua restoran dalam negara maju termasuklah Malaysia kelak. Pelanggan hanya perlu tempah, tunggu, dan makan.

FOOD DELIVERY MENGIKUT NICHE TERTENTU

Salah satu trend yang bakal meningkatkan keuntungan dan jualan sesebuah restoran adalah menggunakan niche khas. Contohnya menyediakan makanan dengan satu ciri sahaja seperti vegetarian. Jadi, restoran yang mempunyai perkhidmatan penghantaran pesanan ke mana sahaja pelanggan berada akan menjadi tumpuan semua vegetarian.

FOOD DELIVERY UNTUK HAIWAN KESAYANGAN

Pernah terfikir? Cat lover atau animal lover ada di mana mana. Hampir semua rakyat Malaysia mempunyai haiwan peliharaan. Jangankan makanan untuk sendiri mereka perlu sediakan, mereka juga perlu menyediakan makanan untuk kucing kesayangan.

Penyampaian makanan untuk haiwan kesayangan mereka menggunakan food delivery pasti akan menceriakan hari mereka kerana tidak perlu keluar membeli makanan kucing atau anjing kesayangan mereka.

Restoran yang membuat niche pet food delivery pasti boleh meraih keuntungan dan sangat memudahkan pelanggan yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah, Bayangkan saja lah... Ketika memesan makanan untuk diri sendiri, mereka memesan sekali untuk haiwan kesayangan.


Revolusi trend penyampaian makanan baru seperti yang di senaraikan di atas, boleh memacu perniagaan restoran. Food Panda merupakan perkhidmatan food delivery yang berpotensi melakukan ciri ciri seperti ini kerana kita dapat lihat, ridernya juga hampir 90% terdiri daripada generasi Y yang sangat memahami keperluan dan kepentingan penghantaran makanan yang berkualiti. Sebagai generasi millenials, mereka sudah pastilah tahu memberikan peranan penting yang sangat sesuai, komited, dan fleksibel mengikut situasi ketika menghantar makanan semasa di era moden ini. 


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.



Share:

34 ulasan:

  1. delivery service semakin creative dalam memberi perkhidmatan terbaik dengan demand tertentu dari pelanggan. kira win win situation la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul sangat...ditambah dengan pandemik, demand food delivery meningkat sekarang.

      Padam
  2. bagus service macam ni. memudahkan orang nak beli makanan sambil jimatkan masa. dalam masa sama peningkatan dalam bisnes perniagaan makanan itu sndiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul... restoran zaman sekarang memang dah kena MESTI ada servis penghantaran...menguntungkan dan memudahkan.

      Padam
  3. tak expect pun food delivery services akan pergi sejauh ni bukan? malah kite sendiri pun salu je order online, mudah sangat!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahhaa betul tu... kalau dulu dulu, tak pernah pun terfikir tentang food delivery. Sekarang,d uduk rumah pun boleh dapat makanan kegemaran dari restoren kegemaran dengan mudah.

      Padam
  4. Betul, tahun ni lebih kepada delivery online. Semakin lama food delivery ni jadi tugas penting ye.. Hehehee.. Tapi memg senangla.. Duduk rumah order dah sampai makanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah jadi sangat penting kak Nad. Food delivery zaman pendemik menambahkan lagi keperluan... mereka tu dah macam frontliner.

      Padam
  5. Memang servis hantar makanan sangat berguna sekarang. Kalau malas senang je guna apps untuk delivery. Jimat masa tak payah keluar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... Food delivery memudahkan dan menjimatkan masa.

      Padam
  6. Your last point tue macam menarik jer.. Skrg memang ada business yang jual pet foods kan.. But tak pernah nampak mereka share the same apps with the foods app that we have...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'a betul... memang dah ada cuba kena install apps yang berbeza... tapi best kan kalau satu apps ada banyak option. Mungkin one day...

      Padam
  7. menarik idea tu , memang perkhidmatan delivery boleh dipelbagaikan niche , sekaligus ianya boleh mendatangkan peluang pekerjaan dan perniagaan sesuai dengan situasi terkini....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Kak Dila... peluang pekerjaan tu sangat setuju... Food delivery sekarang boleh saja dicuba oleh lepasan SPM atau STPM yang ada lesen motor atau kereta. Sementara menunggu ada pekerjaan lain kan...boleh lah tambah tambah pendapatan...

      Padam
  8. Hehe comelnya food delivery untuk haiwan kesayangan. Saya pun nak la jadi rider kalau macam tu, dengan syarat boleh cuddle those pets when I make the delivery

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahaha... comel kan... tapi rasanya ni keperluan juga tau... So pets owner tak perlu lah keluar untuk tambah stok makanan haiwan kesayangan...

      Padam
  9. hahahaha jangan la sampai guna paracut, habis tumpah kuah laksa den nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahahahaha kelakar lah Farhana... terus terbayang semua kuah dah habis bila laksa sampai. Jangan risau, kalau benda ni jadi kenyataan di Malaysia, kuahnya akan masuk plastik. hikhik...

      Padam
  10. Mmg rs keperluan time pandemik ni.. servis yg dapat membantu banyak pihak sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Win win situation kan kak ayu... Restoran, pelanggan, dan peluang pekerjaan bagi Food Deliver itu sendiri.

      Padam
  11. Ye btl..now dah moden ditambah dgn pandemik so permintaan utk food delivery makin tinggi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah trending dan meletop letop sekarang food delivery...

      Padam
  12. Dron pleaseeeeeeeeeeeee..hahahah malas nak turun bawah amek makanan..kalau ade dron hantar level 22 ni best ..tunggu depan balcony je..haha berangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hhahahaha... sangat setuju Kak Iena... Food delivery sebenarnya memang membantu orang yang tinggal atau bekerja di bangunan tingkat tinggi... Tunggu saja kat balkoni. Tak ada balkoni tak apa, buka je la kot tingkap tu.... hahaha...

      Padam
  13. Akak sampai harini memang tak pandai lagi nak pesan makanan guna app ni. anak anak muda sekarang memanglah cekap. Time kita dulu, nak order online kena tepon, bual ngan operator gitu hahah

    Cara Nak Target Audience diFacebook

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul kak... Budak intri=overt suka tau order makanan guna apps sebab tak perlu calling... Tapi ye lah kalau dulu dulu tak ada semua ni... nak tak nak memang kena keluar rumah beli sendiri.

      Padam
  14. best guna foodpanda suka order macam-macam makanan sebab malas nak pergi beli kat kedai sendiri hahaha

    BalasPadam
  15. sejak ada food delivery ni rasa makin mudah hari hari kite. tapi ada betul jugak kalau ada special utk vegeterian dgn haiwan mesti lagi bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul... yang ada niche tersendiri tu sebenarnya ada kelebihan...

      Padam
  16. yeah!! never before MCO & CMCO, my family members will use food delivery services, quite seldom. however now really a family trending to do d :D Lol...Thanks for this. cheers, siennylovesdrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul betul... ada masa memang seronok guna service food delivery macam food panda dan lain lain... membantu juga di saat memerlukan...

      Padam
  17. Tahun ni memang harap beli online je sebab ada baby risiko nak keluar banyak kali. Nasib baik mudah n banyak pilihan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa betul tu... tak boleh bawa baby selalu di waktu waktu sedang berisiko ni...

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel