SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Selasa, 26 Januari 2021

7 Tempat Makan Menu Vegan Yang Mesti Dikunjungi di Kuala Lumpur

7 Tempat Makan Menu Vegan Yang Mesti Dikunjungi di Kuala Lumpur

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Ada tak yang berazam untuk menjadi lebih sihat pada tahun 2021 ni dengan menjadi seorang peminat menu makanan vegan? Menu makanan vegan merupakan menu yang tidak mengandungi daging. Menu vegan merupakan menu yang pernah dianggap sebagai menu agama tertentu. Tetapi zaman sekarang menu vegan bukan lagi sesuatu yang dianggap seperti itu. Ia kini menjadi trend dalam dunia diet, fitness, dan peminat menu itu sendiri.

Hal ini kerana terdapat beberapa kebaikan mengamalkan makanan tanpa daging. Antaranya adalah kita akan berasa lebih aktif dan bertenaga. Sistem penghadaman juga akan lebih kerap dan mudah. Badan kurang berbau. Kulit menjadi lebih perang atau tan dan bersinar jika banyak mengambil makanan yang mengandungi beta-carotene seperti lobak merah dan keledek.


Oleh hal yang demikian, semakin ramai yang telah meminati menu vegan sehingga banyak lokasi atau restoren yang menyediakan menu ini di Kuala Lumpur dan sanggup menggunakan perkhidmatan online food delivery di waktu PKP kerana sangat menggemari menu vegan di restoren tertentu. Di bawah merupakan 7 restoren menu vegan yang ada di Kuala Lumpur.


7 Tempat Makan Menu Vegan Yang Mesti Dikunjungi di Kuala Lumpur


1. RGB Cafe at The Bean Hive

Saya suka RGB Cafe ni kerana suasana dan tema yang mereka pilih untuk menjadikan Cafe ini sangat santai. Sangat sesuai dengan ulat buku yang inginkan suasana membaca yang baik sambil menikmati makanan menu vegan yang disajikan di cafe ini.

RGB Cafe sering disalah anggap sebagai rumah seseorang kerana lokasi dan bangunan yang mereka pilih untuk dijadikan restoren. Tetapi, bagi saya ini lah yang membuatkan Cafe ini begitu unik. Rak buku yang disediakan di cafe ini juga merupakan salah satu tarikan terbesar disamping menu yang mereka sediakan.

Menu Vegan yang saya tertarik dari RGB Cafe ini adalah Nasi Lemak Kukus yang dihidangkan menggunakan beras perang. Jika ingin merasakan hidangan Nasi Lemak Kukus vegetarian, bolehlah memilih Nasi Lemak Kukus Vegan Rendang.

Setiap restoren pada hari ini tidak akan sah dan rasa kekurangan tanpa perkhidmatan online food delivery. Jika ingin menikmati menu dari RGB Cafe di rumah atau di pejabat, boleh gunakan perkhidmatan online food delivery yang disediakan seperti Food Panda.


2. Fittie Sense

Hidangan yang disediakan di Fittie Sense merupakan hidangan yang sangat sesuai untuk mereka yang sedang dalam diet. Restoren ini adalah pilihan terbaik bagi mereka yang mahukan makanan sihat kerana konsep menu di sini tidak bergoreng, bukan makanan proses, dan bukan menu yang tinggi gula.

Menu mereka mempunyai pilihan juga untuk mereka yang vegetarian atau bukan vegan. Antara menu vegan mereka adalah Vegan Chilli Con Carne beharga RM19, dan Eden Burger beharga RM26 yang dibuat dengan ubi jalar, quinoa, dan cendawan.

Saya juga tertarik dengan hidangan mereka setiap hari Jumaat iaitu Vegan Chocolate Avocado Tarte yang beharga RM19. Sebagai peminat coklat dan dessert tetapi mahukan gabungan makanan yang sihat, saya rasa Vegan Chocolate Avocado Tarte ini sangat sesuai dengan saya dan chocolate lovers.


3. Sushi Kitchen KL

Siapa kata vegan tidak dapat menikmati shushi dan makanan Jepun? Di Sushi Kithen tiada yang mustahil bagi vegetarian. Malah, tiada daging tiruan juga di Sushi Kitchen. Menu mereka sangat unik dan dihidangkan dengan bangga sekali dengan sajian sayur-sayuran dalam pelbagai bentuk seperti bentuk tempura.

Makanan popular Jepun dalam versi vegan juga ada di sini seperti Golden Miso Udon yang boleh dinikmati dengan hanya RM10.80 dan Happy Spicy Noodle dengan harga RM10.90. Percaya atau tidak? Terdapat Nasi Goreng Edamame Jepun di sini dan the Global Warming Maki sushi juga. Menakjubkan bukan? Vegan juga boleh menjadi peminat sushi.

Restoren ini juga sangat mengamalkan kebersihan dan proses penyediaan makanan yang sangat mantap sekali. Proses menyuci sayuran juga mengambil masa selama 45 minit rendaman dalam enzim. Semua sayur sayuran dibersihkan dengan sempurna sebelum dimasak.


4. Barat Lifestyle

Restoren ini bukanlah restoren makanan barat seperti yang kita bayangkan seperti selalunya. Cuba lihat menu Degustation mereka yang beharga RM99 untuk hidangan seorang yang menakjubkan. Ia menunjukkan betapa hebatnya masakan chef mereka terhadap hidangan vegetarian.

Jika datang ke restoren ini untuk menikmati hidangan makanan biasa, kita boleh mulakan dengan beberapa pinggan kecil menu yang mereka sediakan seperti Jalapeno Poppers yang beharga RM18.90 atau Vegan Omelette beharga RM10.90. Kita boleh juga mencuba Vege Mediterranean yang beharga sekitar RM24. Makanan menu Vegan sememangnya tersedia untuk pelbagai menu. Jadi, tidak perlu risau jika kita dalam mode diet atau memang seorang yang tidak memakan daging.


5. Sala KL

Peminat masakan Mexican pula boleh mengunjungi Sala KL untuk menu vegan Mexican. Hal ini kerana menu di Sala KL hanya mengandungi bahan bahan berasaskan tumbuhan yang rendah kalori. Termasuklah tiada telur dan produk tenusu.

Di Sala KL ini terdapat Burger Bagel yang sangat popular yang beharga RM25. Mengandungi cendawan dan keju vegan nacho yang boleh dinikmati hingga menjilat jari. Boleh juga mencuba BBQ Pulled Jack Burrito yang dihidangkan dengan nangka BBQ, beras perang ketumbar dan juga kacang hitam.


6. Rawsome

Rawsome juga salah satu restoren menu vegan yang saya suka kerana konsepnya yang sangat tulen dalam menyediakan makanan sihat. Mereka yang mempunyai lifestyle makanan sihat dan senaman sangat sesuai untuk 'lepak' di restoren ini bersama rakan dan keluarga yang mempunyai lifestyle yang sama.

Disamping menyediakan masakan sihat dan memberi inspirasi untuk terus mempunyai senaman yang teratur, Rawsome juga mudah dikunjungi kerana di dalam KL sahaja mereka mempunyai beberapa buah outlet. Kebanyakan cawangan mereka juga menyediakan studio yoga dan kedai runcit menjual makanan kesihatan. Unik kan?

Mereka juga menyediakan menu vegetarian gaya Asia yang dibuat dari bahan organik sepeti Tauhu vegan, vegan nasi lemak dan vegan Inari cauliflower. Jika inginkan makanan ringan setelah selesai bersenam, boleh dapatkan dessert pudding yang disediakan dengan bahan yang sihat seperti Mango Dragonfruit, Pineapple Coconut dan Latte Nutella.


7. Loving Cafe Sri Petaling

Bagi peminat masakan vietnamese, Thai, dan Chinese, tetapi mahu mengekalkan menu tanpa daging, boleh lah berkunjung ke Loving Cafe Sri Petaling atau membuat online food delivery di waktu PKP. Restoren ini menyajikan sepenuhnya hidangan Asia vegan yang pelbagai. Kita boleh menjumpai hampir semua jenis makanan Asia di sini. Dari Vietnam Rolls Spring hingga ke Mango Maki.

Tidak kurang juga dengan pencuci mulut menu vegan seperti ais krim teh hijau premium dengan kacang merah yang hanya beharga RM9.80. Selain itu, boleh juga mendapatkan pelbagai pilihan kek dan pastri vegan organik di sini.


Menu Vegan Halal atau Non-Halal?

Okay, tidak semua menu vegan adalah halal dan sesuai untuk muslim dari segi bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan menu vegan. Untuk senang melihat status masakan sama ada halal atau non-halal, vegan atau bukan, mempunyai campuran daging atau tidak, boleh membuat online food delivery kerana dengan cara atas talian, kita lebih mudah membaca info makanan di skrin telefon dari rumah atau di mana sahaja.

Atau, jika mahu menikmati makanan di restoren selepas tamat PKP, boleh juga gunakan aplikasi seperti food panda untuk melihat informasi menu yang bakal kita order di restoren. Itulah salah satu kelebihan online food delivery, kita boleh membaca info makanan terlebih dahulu sebelum membuat tempahan.

Sejak PKP, saya memang salah seorang pengguna perkhidmatan online food delivery kerana ia sangat mudah.


With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Komen

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel