SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 9 Mei 2011

Mana KAU Pergi? PULANGLAH!

Cemas! Panik! Kemana kau pergi? Semalam ku rasa kau hanya duduk diam di rumah seperti biasa. Kau ku lihat berehat dan bersantai sambil kakimu bergoyang-goyang di kerusi. Kau melihat aku dengan matamu yang tidak dapat ku baca apa isinya.. Yang pasti hanya ku dapat rasa suatu perasaan kasih dan sayang buat mu yang COMEL! walaupun kadang-kadang ku rasa wajahmu kelihatan garang benar bila terasa diancam.

Kemana kau pergi?? Seharian kau tidak pulang ku hanya menunggu..kakak juga menunggu..hinggalah malam tiba kau tiada juga pulang. Kenapa kau lari dari rumah?? Apakah aku dan keluarga ku sekalian sudah membuat engkau rasa tersinggung mahupun terluka?? Apakah yang telah aku buat? Apa keluargaku telah buat hingga kau pergi tanpa apa-apa kata mahupun pesanan akhir?

Aku dan keluarga menunggu mu pulang semalaman. Kau tidak juga mahu muncul-muncul..kenapa? kemana kau pergi? Kakak ku sedih dan aku juga sedih. Selalu ku akan melihat mu tidur di atas kerusi..tidak pun ku akan melihat mu bermain dengan gembira di ruangtamu. Tapi sekarang? Suasana telah pun berubah. Kau sudah tiada... :(

Malam itu, aku berdoa..aku yakin kau masih ada.Aku yakin kau tiada apa-apa..aku berdoa agar Tuhan memberikan petunjuk atau pulangkan engkau kepada kami semula dengan keadaan yang selamat. Namun, kau tidak juga muncul..Tapi aku masih menunggu..kami memanggil-manggil namamu...tapi sayunya hati bila kau tidak pernah mahu menyahut..

Subuh pun menurunkan tirai...Matahari juga mula bangun dan menerangi alam..aku keluar dari bilik dan ke ruangTamu...ah?! Ngingingggggg!! KAU PULANG!! Percayalah! biarpun aku sering sibuk dengan hal-hal kerja dan hal ku yang kau tidak mengerti langsung...kau tetap ada dalam hatiku kucing tersayang!

Mak Kucing (Nginging) ngah main somo ngan anak dia.

Penafian : Entri ini adalah berkenaan kucing tuan punya blog hilang semalaman sahaja. Tiada kena mengena dengan mana-mana manusia yang masih hidup mahupun mati. Penulisan ini berlaku kerana pengaruh sastera semata-mata. Hahahaha!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: