SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 30 November 2017

Ohsem Giveaway by Mrs Pip (22/11/17 - 6/12/17)

Assalammualaikum bloggers dan Readers,

Hah! Dah janji nak sertai giveaway ni dengan kak Pip. Kenalan saya dari Sabahan Blogger. Lagipun, "Ohsem Giveaway by Mrs Pip" ni, memang menarik! Tarikh tutup adalah 6 Disember 2017. Jadi masih sempat untuk sesiapa yang berminat untuk sertai giveaway ni. "Ohsem Giveaway by Mrs Pip" ni sebenarnya ada kaitan dengan sambutan krismas. Walaupun saya dan keluarga sebenarnya menyambut Hari raya Aidilfitri, saya tetap ada pengalaman semasa sambutan krismas berlangsung terutamanya semasa saya kecil dan remaja.




Pengalaman Krismas semasa kecil

Kira-kira berumur 5 hingga 7 tahun, tidak kira apapun perayaan, saya sememangnya teruja! Krismas pun buat saya teruja! Bila tiba bulan Disember, saya akan kerap bertanya kat mommy dan ayah saya, "Bila krismas? Kita pergi jalan tengok Santa?" Wahaha... Ayah saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah. Jadi, setiap kali ada perayaan seperti krismas, syarikat akan menganjurkan beberapa aktiviti.

Salah satu aktiviti kegemaran saya adalah apabila waktu bersama Santa Claus dan Santarina. Saya masih ingat lagi, ada seorang pakcik tukang buat roti terpaksa berlakon jadi Santa Claus syarikat. Nak tahu kenapa? Sebab perut dia boroi! Hahaha... Setiap tahun, dia memang akan terpilih jadi Santa Claus, siap jerit-jerit, "Hey heyy...". Paling lawak, semua budak percaya dan jadi riang! Oh! Termasuklah saya. Wahahaha!... Kenapa jumpa Santa Claus dan Santarina seronok? Sebab...Santa Claus dan Santarina akan membawa satu beg besar berwarna merah bersama mereka.

Ada apa dengan beg merah? Benda yang wujud dalam beg merah itulah yang budak-budak mahu! Saya pun mahu.. Yay! Di dalam beg merah tu, ada banyaaakkk hadiah. Saya akan dapat hadiah dari Santa Claus jika saya berada berdekatan dengan Santa Claus. Semasa sesi salam Santa dan bergambar, memang semua budak-budak sopan dan tertib. Bila tiba masa nak dapat hadiah, habis terbang kasut dan selipar. Huhu.. Tapi budak-budak riang tak pernah kisah. Saya pun tak kisah. Yang penting dapat hadiah, gula-gula, makanan ringan daripada Santa Claus.

Saya paling tak boleh lupa apabila Santa Claus tak ingat muka saya. Selepas saya dah dapat hadiah, saya simpan. Lepas tu, saya datang semula lalu dapat lagi hadiah dari Santa. Wahaha! Pernah, saya dapat lebih dari hampir sepuluh hadiah.

Pengalaman paling lawak, saya buat berulangkali macam tu, dapat lah banyak hadiah...sekali balik rumah, buka semua hadiah dan.....isi dalam kotak semua sama! Huwarrgghh! Seriusly. Tu laa tamak. Wahaha.

Pada suatu hari, Pakcik tukang buat roti berpindah ke tempat lain. Kerja di cawangan lain tapi syarikat yang sama. So, tempat kerja ayah saya dah tak ada sesiapa yang sesuai jadi Santa Claus. Disebabkan hal tersebut, syarikat ayah pun mencari sukarelawan yang sanggup jadi Santa. Nak tahu siapa?

Pakcik yang kurus. Dia tak ada perut boroi. Nak tahu apa jadi dengan dia? Semasa dia jadi Santa Claus, rupa dia nampak begitu kelakar! Kepala dia nampak kecik tapi badan jadi besar! Sebab banyak kapas dalam baju dia supaya ada perut boroi! Wahaha! Sian dia tapi maaf lah, saya gelak.

Dengan adanya sesi bersama Santa Claus dan Santarina ni, Almari mommy saya penuh dengan barang-barang mainan saya terutamanya teddy bear sama rupa lain warna. Ada besar, ada kecil. huhu. Saya tak ingat bila saya berhenti jumpa Santa syarikat ayah bekerja. Tapi, saya masih ingat lagi..pada suatu waktu tersebut, saya cakap kat mommy, taknak jumpa Santa Claus dah sebab malu. Malu sebab dah besar. Kekeke.

Pengalaman Krismas semasa remaja

Pengalaman Krismas saya semasa remaja jauh beza dengan zaman budak-budak. Lebih kepada sesuatu yang matang dan memberi pengajaran. Pengalaman ni berlaku semasa saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah. Salah sebuah syarikat di bawah Lion Group, iaitu Parkson selepas tamat SPM dan bekerja sambil sekolah semasa on the way nak STPM hingga lah tahun terakhir, iaitu hujung tahun 2011. Parkson adalah syarikat yang bukan kecil malah bukan juga biasa-biasa. Bila tiba sambutan krismas, pasti saya akan sibuk dengan pelbagai tanggungjawab. Memasang banner, poster, iklan, promosi dan menghias sempena krismas.

Paling tidak boleh dilupakan adalah salah satu aktiviti sempena Krismas di Parkson iaitu membuat sumbangan kepada rumah kebajikan Orang Kurang Upaya. Sumbangan ini adalah anjuran daripada Parkson tetapi bukan diberi oleh Parkson. Maksudnya, Parkson menjadi perantaraan sahaja atau senang disebut sebagai orang ketiga yang menyampaikan hadiah tersebut kepada mereka yang memerlukan. Yang memberikan hadiah dan sumbangan tersebut adalah pelanggan-pelanggan Parkson. Pelanggan membeli barangan dari Parkson, barangan akan dibalut oleh pekerja parkson dan kad ucapan akan disertakan. Bukan paksaan tetapi sukarela. Kad akan ditulis kata-kata semangat dan positif dan tertulis nama si penerima.

Di sana, saya mula berfikir. Kita tidak semestinya berharta atau kaya untuk memberi sumbangan. Sebagai orang ketiga, menganjurkan dan menyampaikan juga salah satu cara. Hadiah dan sumbangan merupakan barang keperluan sekolah dan sebagainya.

Saya juga sempat ke rumah kebajikan tersebut ketika sumbangan disampaikan. Krismas tidak semestinya "Bergembira" semata-mata tetapi "Mengembirakan" orang lain juga. Malah, saya terkejut, pelanggan bangsa lain memberi kepada bangsa yang lain.

Haaa... itulah pengalaman saya semasa Krismas ketika remaja. Pengalaman ketika dewasa dah tak ada sebab yang saya tahu, krismas ni di hujung tahun, banyak jualan murah-murah, bagus-bagus dan..macam biasa rambang mata. Adakah itu pengalaman yang tidak boleh dilupakan juga? Hahaha! Salah satu yang memerangkap diri ini adalah SimplyOhsem.com. Keliru sama ada nak buat-buat tak tahu atau kita shopping je kat SimplyOhsem.com. Wahaha.

OKlaa, Terima kasih Kak Pip yang menyediakan atau menganjurkan giveaway ohsem ini dengan hadiah yang tidak boleh diketahui. Huhu... Misteri katanya. jadi...Saya tak dapat nak cakap apa-apa..harap saya dapat hadiah misteri ini. Harapan itu mesti,jangan angan-angan mat jenin.Wahaha! Asalkan bukan Teddy Bear sebab teddy bear hasil hadiah krismas semasa saya kecil masih wujud hingga ke hari ini dalam almari klasik my mommy! Yes..Sweet mommy forever more!

OK! Sesiapa yang belum sertai giveaway Mrs.Pip, cepat-cepat sertai selagi masa masih menyebelahi kita. Sebab, bila-bila masa sahaja tuah melekat kat korang untuk mendapat hadiah misteri dari Kak Pip!

Have a nice day!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn!

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Segmen saya bakal tamat 1 disember 2017 ni. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang memeriahkan segmen mini saya yang julung-julung kali www.sofinahlamudin.com anjurkan. Maaf jika hadiah tak berapa nak gempak sangat. In Shaa Allah akan UPgrade di masa hadapan. Oleh itu, sekarang giliran saya pula memeriahkan dan menyokong giveaway atau segmen daripada rakan blogger yang lain. Tadi, ternampak giveaway lalu depan mata. GIVEAWAY EMALISA dari blog www.lubukseni.com. Nampak "LUBUKSENI" je saya terus klik sebab minat seni. Wehehe.. Hadiah bukan main cunn macam kat tajuk! hehe. Jom join! So, berikut adalah sebahagian dari entri giveaway ini :

 giveaway
 Hai awak, blogger yang hebat tu ~
Kami adik beradik Ema & Lisa dari lubukseni.com Actually buat giveaway ni sempena meraikan follower blog. Kami nak bagi 5 HADIAH MENARIK yang pastinya limited edition. Nak tahu apa hadiahnya? Ahjom tengok entry giveaway ni.
sejuksedap lawa cara moden
SEJUK SEDAP ialah sabun daripada bedak sejuk. Diuli, digolek & dilambung sampai jadi sabun, menggunakan 10 bahan semulajadi. Sejuk di muka & sedap bila digunakan. Nak tahu lebih lanjut, ahjomm kita skodeng pebenda la sabun ni [tekan sini]
Eh, ada lagi! 
Follow @SEJUKSEDAP , lebih 470 testimoni letops pom². Ema sendiri guna, sebab tu teruja sangadd nak kongsi manfaatnya.  Tengok muka sendiri pun jatuh chenta. 
sejuksedap lawa cara moden
Dulu, nenek moyang amalkan terapi bedak sejuk nak jaga kulit. Mujur bedak dah tukar ke sabun. Makanya, Sabun Bedak Sejuk SS lebih mudah, cepat & berkesan. Sesuai untuk supermom & busymama melayan petua moden untuk menjaga kulit luaran. 
Krim Awet Muda WD pelik sikit. Calit kat nadi, tapi kesannya sampai ke muka. Uols patut cuba kalau ada masalah kulit disebabkan hormon dan toksin. Krim ni dapat merawat kulit dari dalaman, sedar² wajah makin berseri, memancarr bak bintang kejora.

Okke la, tu aje bebelan. Panjang berjela, nanti tertido plakk membacanya. Hihi. Apepun, semoga uols dipermudahkan urusan & hepi selalu. Aminn. 
TQ sudi join " Lubuk Seni Giveaway by EmaLisa, hadiah semua cunn! ". Hadiah boleh tengok kat entry asal, memang gojes leleh. Moga uols antara 5 peserta bertuah.

Selamat ber-giveaway! dan goodluck!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 29 November 2017

Pengumuman 4 : Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Nampaknya segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia hampir ke penghunjungnya. Tinggal 2 Hari sahaja lagi untuk sesiapa yang ingin menyertai segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia ini. Masih sempat kalau nak sertai. Hehe.

Untuk sertai, sila klik>> Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia <<klik untuk maklumat lanjut penyertaan dan hadiah pemenang.

Untuk pengetahuan semua peserta segmen suai kenal bloggers seluruh Malaysia, saya akan memberi saguhati kepada semua peserta segmen mini ini sebagai tanda ucapan terima kasih kerana sudi memeriahkan segmen ini. Saguhati tersebut ialah potret kartun. Potret kartun tersebut, mempunyai dua versi iaitu berwarna dan hitam putih. Saya telah muat naik potret kartun tersebut ke blog seni saya, www.sopheestudio.com. Peserta boleh muat turun potret masing-masing ke komputer atau telefon pintar. Semua peserta boleh ke link berikut untuk muat turun potret kartun tersebut. klik>> https://goo.gl/NDECte <<klik.

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Lukisan-lukisan di atas adalah berdasarkan gambar yang saya jumpa kat blog atau laman sosial korang seperti facebook atau instagram. Kepada yang tak ada dalam senarai, jangan risau! hehe. Saya akan lukis potret kartun korang juga. Disebabkan tak jumpa gambar korang kat blog atau laman sosial, jadi saya tangguhkan dulu. Kepada peserta segmen yang tak ada potret kartun, sila emelkan gambar korang untuk saya lukis di alamat emel saya ; ciksofie90@gmail.com . OK!

Saya ada juga kirimkan emel kepada peserta untuk berikan link potret kartun. In case tak ternampak entri ni.

Pemenang segmen ini akan saya umumkan tak lama lagi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi memeriahkan segmen pertama kali saya.

Kepada yang belum menghantar URL segmen, masih sempat lagi emelkan kepada saya. Kepada yang belum sertai pun masih sempat untuk sertai. Hehe..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 21 November 2017

Bergaya dengan Pakaian Muslimah dari Butik Online Lanafira

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Zaman moden ini, bukanlah perkara luar biasa apabila seorang wanita muslim sudah tahu untuk berfesyen tetapi masih mempunyai ciri-ciri muslimah, iaitu menutup aurat dan berhijab. Peningkatan wanita muslimah yang bergaya dan suka mengenakan fesyen terkini sudah tidak dapat dikira lagi bilangannya. Ramai wanita muslimah juga sudah bekerjaya selaras dengan kemajuan mentaliti zaman kini. Oleh itu, wanita muslim bekerjaya ini memerlukan pakaian muslimah yang sesuai untuk ke tempat kerja masing-masing. Oleh hal yang demikian, dengan adanya keperluan dan peningkatan ini, butik online yang menjual pakaian muslimah juga semakin meningkat bagi memenuhi keperluan wanita-wanita muslimah. Butik online pakaian muslimah Lanafira adalah salah satu butik online yang menyediakan fesyen terkini dan berkualiti. Malah, selain dari dapat bergaya dengan pakaian muslimah dari butik online Lanafira ini, pelanggan juga bakal mendapat pelbagai faedah dan pengetahui berkenaan fesyen muslimah.

Bergaya dengan Pakaian Muslimah dari Butik Online Lanafira


Butik online pakaian muslimah LANAFIRA ini menyediakan beberapa jenis fesyen yang cantik dan menarik. Antaranya adalah Long Dress - Melissa, Blouse & Tops - Aira, Blouse & Tops - Meena, Kebaya Modern - Alana, Skirt Labuh - Zalia, dan  Modern Peplum - Sofea.

Long Dress - Melissa adalah fesyen yang menampakan si pemakai nampak begitu ayu dan sudah pasti kelihatan begitu cantik ketika berjalan di mana-mana sekalipun apatah lagi bersiar-siar di taman bunga dan pantai bersama orang tersayang. Sesuai juga untuk dipakai untuk ke tempat kerja dan kolej.


Kepada wanita muslimah yang meminati fesyen moden, sudah pasti akan lebih kelihatan menarik lagi dengan Modern Peplum - Sofea dari butik online LANAFIRA ini. Pelbagai corak yang menarik disediakan oleh LANAFIRA. Sangat sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis tertentu tetapi santai dan selesa. Tidak terlalu complicated.


Cantikk kan? Untuk melihat beberapa lagi jenis dan fesyen dari butik online pakaian muslimah dari LANAFIRA ini, sila ke laman web yang tertera di dalam gambar, OK.

Fesyen pakaian muslimah dari LANAFIRA ini sangat sesuai untuk ke pejabat, kolej, bersiar-siar, ke majlis-majlis tertentu seperti ke majlis perkahwinan rakan dan saudara mara dan paling penting, pakaian muslimah LANAFIRA juga pasti sangat cantik dipakai ketika hari raya Aidilfitri! Ramai wanita suka bergaya di hari raya!

Tips berfesyen juga disediakan oleh LANAFIRA di blog mereka. Pelbagai cerita fesyen, dan ilmu berkenaan fesyen boleh dibaca untuk mereka yang ke laman web mereka di www.lanafira.com. Antaranya :

Tips pemilihan Fabrik Jubah.


Cara Berpakaian Wanita Gemuk


Tips Membeli Blouse Wanita


Selain dari menyediakan blog fesyen di laman web mereka, mereka juga menyediakan ebook percuma di mana mereka telah menulis sebanyak 99 tips fesyen terkini di dalam ebook tersebut. Ebook yang LANAFIRA sediakan adalah ringkas tetapi padat dengan tips fesyen terkini. Malah penulisan adalah jenis ringan dan santai sekali!

Untuk membeli pakaian muslimah di butik online LANAFIRA ini sangatlah mudah dan ringkas. Klik pada Login/Register di sebelah kanan atas laman web LANAFIRA, kemudian akan keluar borang sign up seperti di bawah :


Kita boleh memilih sama ada untuk sign up menggunakan facebook atau pun google. Kemudian, boleh lah memilih-milih warna, fesyen dan saiz pakaian muslimah LANAFIRA. Jika sudah berkenan klik sahaja add to cart! Kemudian, boleh membuat pembayaran setelah selesai. Selamat membeli belah di butik online LANAFIRA!

Sila ke laman web, instagram atau facebook LANAFIRA untuk maklumat lanjut :



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Ahad, 19 November 2017

Grace VanderWaal Bakal Menjadi Pengganti Taylor Swift

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada tahun lepas (2016), saya selalu buka Channel America's got Talent di Youtube. Sebenarnya, sampai sekarang memang suka tengok America's got Talent kat You Tube. Ish! Best laa..susah hati kalau tak layan. Huhu..Kalau dah bosan layan America's, buka pula Britain's atau Asia's atau seumpamanya. Hehe.. Tengok rancangan got Talent ni sangat menghiburkan hati tambah-tambah kalau tengok mereka yang berani ke auditions tapi tak ada bakat langsung. Kelakar tu memang kelakar tapi, saya respect sangat dengan keberanian mereka yang mungkin tak ada pada mereka yang berbakat pun. Nampak bodoh tapi tengok pada side positif sahaja ok, mereka memang berani mencuba! Tahun lepas, saya paling tertarik dengan seorang budak berumur 12 tahun. Sepanjang pertandingan, dia digelar sebagai pengganti Taylor Swift lantaran bakatnya yang sangat unik dan lain dari yang lain. Yes! Memang ramai sangat yang berbakat dalam got Talent tu tapi yang ini, bagi saya unik. Kenapa? Teruskan membaca.

Grace VanderWaal Bakal Menjadi Pengganti Taylor Swift

Pengganti Taylor Swift adalah gelaran yang dia perolehi setelah pertama kali 'melontarkan' suaranya di America's got Talent. Nama sebenarnya adalah GRACE VANDERWAAL. Pada tahun September 2016, Grace baru berumur 12 tahun. Budak berumur 12 tahun sememangnya ramai yang tahu menyanyi tetapi Grace mempunyai bakat lebih berbanding hanya tahu menyanyi. Saya tertarik dengan Grace sebab Grace menyanyi original song pada ketika itu. Guys!, Budak 12 tahun tulis lirik lagu dia sendiri. Menyanyi sambil bermain Ukulele pula. Awal-awal lagi dia dah cipta jenama dan imej dia yang tersendiri. Lirik lagu Grace bukan biasa-biasa bagi saya. Dia seorang yang mempunyai bakat sastera. Lirik lagu yang menyampaikan mesej yang mendalam.

Untuk pengetahuan, Grace sudah mula menulis lagu sendiri sejak berumur 3 tahun dan bermain Ukulele sejak berumur 7 tahun. Kisah mengenai Ukulele; Pada mulanya, ibu Grace tidak mahu membelikannya Ukulele sebab takut Grace tidak akan menggunakan Ukulele lantaran tidak tahu bermain. Oleh hal itu, Grace mendapatkan Ukulelenya sendiri dengan duit hadiah hari lahir daripada keluarganya yang dikumpul. Selepas mendapat Ukulele, Grace belajar Ukulele melalui youtube dan dikembangkan bakatnya oleh ibunya dengan menghantar Grace ke kelas muzik.

First Impressions saya masa Grace naik pentas, dia nampak biasa-biasa je. Kemudian, dia bercakap. Oh! Dia nampaknya memang mempunyai confident level agak tinggi. Tapi, tu perkara biasa. Kalau confident level rendah, tak mungkin dia ada kat pentas, kan. Wahaha. Kemudian, dia pun cakap, dia menyanyi original song. OK! Kaget banget gue! Haha.. OK! Tapi tak terkejut tahap apa sangat la. Rileks dulu. Sekali dia start buka mulut keluarkan suara, saya pun ternganga!

Malah, tidak disangka-sangka, Grace mendapat 'Golden Buzzer' pada waktu itu! Tapi memang wajar juri berikan Golden Buzzer pun. She was amazing! Berikut adalah lirik lagu Grace waktu itu yang bertajuk "I don't know my name" :



I don't know my name
I don't play by the rules of the game
So you say I'm just trying, just trying

So I heard you are my sister's friend
You get along quite nicely
You ask me why I cut my hair
And changed myself completely

I don't know my name
I don't play by the rules of the game
So you say I'm just trying, just trying

I went from bland and popular
To joining the marching band
I made the closest friends
I'll ever have in my lifetime

I am lost, trying to get found
In an ocean of people
Please don't ask me any questions
You won't get a valid answer
I'll just say that

Sesiapa yang mendapat Golden Buzzer oleh mana-mana juri, peserta akan automatik masuk ke Quarter-finals tidak kisah juri yang lain bersetuju atau tidak. Golden Buzzer diperkenalan dalam got Talent sejak season 9 tetapi telah ditukar-tukar format atau rules mengikut season seterusnya.

Sepanjang pertandingan, sememangnya mereka bersaing hebat. Semua pun berbakat sehingga juri rasa gundah gulana. Semua hebat-hebat! Dipendekkan cerita, Grace adalah pemenang America's got Talent pada tahun 2016.Selepas meraih kemenangan America's got Talent, kehidupan Grace berubah 360 darjah. Banyak peluang yang datang kepada Grace dalam bidang yang diceburinya.

Pada bulan Disember 2016, Grace mengeluarkan recording pertamanya, "Perfectly Imperfect". Setahun kemudian, iaitu pada November 2017, baru-baru ini, Grace telah maju lagi selangkah dengan keluarnya album "Just the Beginning".

Senarai lagu "Perfectly Imperfect" :

💕 I don't know my name
💕 Clay
💕 Light the Sky
💕 Beatiful Thing
💕 Gossip Girl
💕 Missing You

Senarai lagu "Just the Beginning:

💕 Moonlight
💕 Sick of Being Told
💕 Burned
💕 Just A Crush
💕 So Much More Than This
💕 Escape My Mind
💕 Talk Good
💕 Florets
💕 Insane Sometime
💕 A Better Life
💕 City Song
💕 Darkness Keep Chasing Me

Saya memang peminat lagu genre pop dan dance/electronic, so, memang bertambah-tambahlah minat dengan Grace ni! Wehehe.. Dari dalam senarai di atas, saya suka lagu moonlight, I Don't Know My Name dan So Much More Than This. Bermotivasi bila dengar. Try dengar sendiri,OK! hehe.

Pada malam kemenangan Grace di America's got Talent, TAYLOR SWIFT menghantar sejambak bunga tanda ucapan tahniah kepada Grace. Perrrggh!

Selepas membaca mengenai Grace? Apa yang ada dalam fikiran korang?

Terima kasih membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Isnin, 13 November 2017

Perangai Si Chokey Semasa Pertama Kali Menjadi Ahli Keluarga

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ni entry sambungan tentang Si Chokey. Hehehe.. Kucing kesayangan kami sekeluarga. Entry tentang Si Chokey sebelum ni bertajuk klik>> Chokey Nama Diberi Sempena Coklat Choki-Choki <<klik . Entry kali ni nak cerita tentang perangai Si Chokey semasa pertama kali menjadi ahli keluarga kami.



Pada 11 November 2016, sepupu saya menyerahkan Si Chokey sepenuhnya di bawah jagaan saya dan MR.BEE. Pertama kali Si Chokey bersama kami sebenarnya ada sedikit masalah. Si Chokey ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan tempat baru, tuan baru, makanan baru dan terutamanya MASALAH DENGAN SI ONTOT, bapa dia sendiri. Wahaha! Masa tu umur Si Chokey dalam lingkungan 12 hingga 16 minggu rasanya. Sebab gigi dia masih gigi susu.

Sebelum Si Chokey diserahkan kepada kami, kami dah sediakan kurungan untuk Si Chokey. Kurungan tu khas untuk Si Chokey sahaja. Tak nak letak Si Chokey kat dalam kurungan Si Ontot. Sebab, Si Ontot kadang-kadang baik, kadang-kadang nakal. Takut Ontot buli Chokey pula. Dah la kecik! Wahaha... Tapi, kurungan tu saya sengaja bagi dekat-dekat supaya Chokey biasa nampak Ontot dan Ontot biasa dengan Chokey. Kira usaha untuk jadikan diorang ni jadi geng la. Ketika makan biar diorang makan rapat-rapat tapi mangkuk makanan asing.


So, masa masukkan Si Chokey dalam kurungan dia, nak tahu apa ladi? Tak sangka guys! Kecik-kecik dia, dia marah kat Si Ontot. Pernah nampak kucing marah kan? Bagi nampak gigi dia. Si Chokey macam nak terkam Ontot padahal Ontot kat sebelah. Huhu...Tapi walaupun Chokey yang marah-marah, Chokey yang terkencing guys! Aduss... tepuk dahi je saya waktu tu. Nampak macam berani tapi penakut giler! Acah-acah garang la ni.

Beberapa hari pun berlalu, saya ajak Si Chokey masuk rumah. Sebab memang plan nak jadikan Chokey ni kucing rumah. Nak biasakan dia dalam rumah, lepak dengan kitorang la kat dalam rumah. Wahaha. Tapi parah betul..Masa bawa masuk rumah, dia asyik bising dan cari jalan keluar. Dia akan ke pintu, akan ke tingkap. Bila kitorang tutup pintu, dia akan bising dan bising dan bising. Ingatkan lapar gila rupanya nak keluar. YES! Dia cuma nak keluar.

Selepas saya biarkan dia bising sendirian, lama-lama dia penat. Dia diam. Saya cuba ajak dia main, dia tak mahu juga. Nak manja jangan cakap lah. Langsung TIDAK! Dia tak suka kitorang, guys..Serius!

Tapi, kami bersabar juga. Biarkan dia pusing-pusing dalam rumah. Konon nak biar dia biasa. Biarlah dia nak explore rumah, suka hati.

Beberapa jam kemudian,...

Kenapa senyap semacam rumah ni. Jangankan bunyi kucing, bunyi dia kacau-kacau barang pun tak ada. Alamak! Dah hilang! Panik sangat sebab dia betul-betul tak ada dalam rumah. So, saya dan MR.BEE pun cari kat luar rumah. TAK ADA JUGA!


Then, saya pun terfikir, logik tak dia pergi rumah sepupu saya? Dia sangat kecik, logik tak kalau dia jalan jauh dalam 50 meter? hmm... Saya risau ni. Akhirnya, saya ambil keputusan untuk Whatsapp sepupu saya tanya kalau-kalau ada Chokey kat dia. Dia kata, "Tak ada...jap check kat rumah bawah..". Rumah dia bertingkat. So dia turun la periksa kat bawah.

Nak tahu guys? Chokey slumber je kat situ makan AYAM GORENG!

Pertama, dia lari dari rumah.
Kedua, dia curi ayam orang.

Perasaan ni bercampur geram ada, nak gelak pun ada juga. Biar betul Si Chokey. Dia balik rumah sepupu saya, seolah-olah rumah saya tak best. Huwargghh... Sepupu pun datang rumah sambil mengangkat Si Chokey sebelah tangan dia. Masa sepupu bagi Si Chokey kat saya, ada rupa juga Chokey tak nak saya ambil dia. Aduhai. Saya rasa, dia rindu dengan adik dia. Dia nak ajak main sama. Si Chokey ada adik nama Si Opok. Sebelum Si Chokey diserahkan kepada kami, memang Chokey selalu main dengan Opok pun. Kesian Chokey.


Dari hari tersebut, saya pun berusaha untuk cari jalan supaya Chokey terlupa dengan rumah sepupu. Wehehe.. Saya terpaksa kurung Si Chokey lebih sebulan untuk dia tak melarikan diri lagi. Selain tu, mengharap Chokey akan lupa jalan ke rumah sebelah. Hahaha! Sepanjang tu, sekali-sekala saya lawat dia dengan bawa permainan kucing. Bola berloceng dan tali supaya dia tak bosan dalam kurungan.

Sepanjang tempoh tu, Si Ontot memang banyak ajak Si Chokey 'Borak' dari kurungan sebelah.. Tak tahu la apa dia cakap tapi macam nak mengorat pula. Si Chokey apa lagi, marah la kat Si Ontot. Kadang-kadang Si Ontot akan dibiarkan di luar kurungan untuk dia jalan-jalan kemana dia suka. Yang penting, waktu petang mesti balik. Memang rutin Si Ontot macam tu sejak kejadian dia ada maggot dulu. Tak boleh setiap hari duduk luar kurungan.


Tapi, sejak kehadiran Si Chokey depan mata dia, memang dia dah jadi pelik sangat. Sepanjang Si Chokey dalam kurungan di sebelah kurungan dia, setiap kali waktu dia keluar dari kurungan tiba, Si Ontot ni tak akan jalan mana-mana pun guys. Dia stay perhatikan Si Chokey all the time! Wahaha.. Kadang-kadang, diorang ni berbaik, siap kiss kiss gitu. Hahaha! Kadang-kadang saya buka kedua-dua kurungan, nak tengok apa jadi. Awal-awal kejadian memang sweet lah.. Jadi geng. Lama-lama, tiba-tiba gaduh. Hah! Apa lagi, masuk kurungan la semula kedua-duanya.


Selepas begitu lama di dalam kurungan, saya pun ambil keputusan untuk bawa Si Chokey masuk rumah semula. Alhamdulillah dia dah OK dengan kami semua dalam satu rumah. Si Chokey jadi kucing paling happy go lucky dan aktif. Sejak tu, barulah saya merasa bermain dengan kucing. Rajin sangat bermain dengan Si Chokey siang malam. Satu sesi bermain 1 jam terutamanya malam. Sebab, kalau tak buat macam tu, dia akan aktif sepanjang malam dan buat bising. Si Chokey akan berjaga sampai pagi sebab terdapat tenaga aktif. Jadi, bersedialah untuk dia kejutkan dari tidur. Huhu.. Bila dia penat, dia pun akan tidur kalau kami tidur.

Kemudian,dia membesar sedikit. Hmm, mungkin hampir berumur satu tahun. Dia mula pandai turun dari rumah. Explore luar rumah pula. Lama-kelamaan, saya dapati Si Chokey ada kawan. Anak kucing jantan jiran sebelah. Warna kuning dan saiz hampir sama. Saya gelar kucing tu 'Si Kuning'. Sejak Si Chokey ada kawan baru, rutin siang dia berubah. Saya dah tak perlu main dengan dia. Dia akan pergi tunggu member dia tu kat tangga dapur sebab diorang selalu buat temu janji kat belakang rumah.Diorang akan main kejar-kejar kat belakang rumah. Pokok mangga akan jadi mangsa diorang turun naik. Wahaha. Saya memang rajin perhatikan telatah Si Chokey dengan Si Kuning tu. Maklum, sebelum ni tak pernah jadi fulltime penjaga kucing. Macam CCTV pula.


Kadang-kadang, Si Chokey bawa Si Kuning ke rumah. Malangnya, Si Kuning sentiasa garang. Dah macam-macam cara saya buat supaya dia tak garang dengan saya bila datang rumah, tak berjaya langsung. Paling tak masuk akal, Si Kuning akan marah kalau saya angkat Si Chokey. Aiks? Si Kuning ni kenapa? Tak kan cemburu pula? Hahahaha! Kelakar.

Si Chokey ni, kalau dia pergi bermain dengan Si Kuning di luar rumah, dia ada satu tabiat. Sebelum turun main, dia minta makan dulu. Sementara saya sediakan makanan kegemaran dia, dia akan masuk tandas dulu melabur saham. Huhu.. Lepas tu, dia akan makan. Dia tak akan habiskan makanan dia. Dia makan sikit dulu. Lepas tu, dia akan turun main dengan Si Kuning. Kemudian, tak sampai 1 jam, dia akan balik rumah, sambung makan. Kemudian, dia turun semula jumpa Si Kuning. Macam tu lah tabiat dia berulang-ulang. Kalau makanan dia kat dapur dah habis semasa dia balik lepas bermain, dia akan bising dan cari saya minta makanan.


Pernah, satu hari tu, Chokey balik rumah makan sikit. Kemudian, dia turun semula kononnya nak sambung main dengan Si Kuning, nak tahu guys? Si Kuning tak muncul-muncul dah lepas tu, dia balik rumah dia kot. Si Chokey pun balik rumah juga sebab dia tengok kawan dia tu dah tak ada. Tapi punya la monyok! Serius guys. Dia monyok.. saya tak main-main. Masa tu baru saya tahu kucing pun pandai monyok!

Suatu hari, persahabatan Si Chokey dan Si Kuning pun berhenti begitu sahaja. Saya tak tahu Si Kuning dah ke mana. Mungkin juga masih ada tapi dah tak nak geng dengan Si Chokey. Maklumla.. dah besar. Si Chokey pun dah tukar dengan gigi dewasa. Gigi susu dah tanggal. Gigi taring dia yang baru bukan main besar lagi. Tapi tu lah.. sebenarnya sehinggalah hari ni, saya tak nampak dah Si Kuning. Huhu..

Sejak Si Kuning tak tunjuk batang hidung dia, Si Chokey main sendiri-sendiri selain saya layan dia dengan permainan kucing seperti, bola, catnip, laser, bulu ayam dan sebagainya. Apabila dia keluar rumah, dia bukan lagi bermain dengan kucing lain tetapi dia akan bawa sesuatu. Hadiah katanya... hahahaha!

Dia bawa burung, lipas, cicak, dan tikus. Huhu... Setiap kali dapat buruan, dia akan bawa naik ke rumah. Saja la tu nak show off!

Begitulah kisah Si Chokey semasa pertama kali menjadi ahli keluarga kami dan apa dia dah buat semasa dia kecil hingga umur satu tahun.

Terima kasih sebab baca. Hehe!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Sabtu, 11 November 2017

Build dan Guide Menggunakan Hero Chou Mobile Legends Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Build dan Guide Menggunakan Hero Chou Mobile Legends Malaysia ini adalah sekadar untuk rujukan kepada pemain baru sahaja. Sudah pasti pemain-pemain Mobile Legends sendiri mempunyai skill masing-masing ketika bermain menggunakan Chou. Build dan guide Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pemain lama Mobile Legends yang belum pernah mencuba Chou dalam perlawanan.

Pada pendapat saya, Hero Chou adalah Hero yang seronok digunakan dengan wataknya yang kelakar. Menurut pemain Mobile Legends yang pernah menggunakan Chou, Chou adalah hero yang sangat bagus untuk berhadapan situasi satu lawan satu dan mampu menumpaskan musuh.

Build dan Guide Menggunakan Hero Chou Mobile Legends Malaysia - Sofinah Lamudin


KEUPAYAAN HERO CHOU MOBILE LEGENDS

Keupayaan 1 : ONLY FAST

Pasif :
Selepas pergerakan sejauh 8 meter, serang asas akan boleh membuat kerosakan (kecederaan/mengurangkan nyawa musuh) sebanyak 140% dan mampu membuat musuh pengsan atau tidak bergerak atau lumpuh.

Tips : Semasa menggunakan Chou, berjalan-jalan dulu sehingga 8 meter untuk melengkapkan kesemua kebolehannya. Pergi membunuh minions atau jungling terlebih dahulu. Selepas ketiga-tiga kebolehannya muncul, barulah menyerang musuh.

Keupayaan 2 : JEET KUNE DO

Jeet Kune Do adalah tumbukan ke depan yang kuat. Mampu melemparkan tumbukan ini 2 kali berturut-turut. Tumbukan ini mampu mencederakan musuh (kerosakan fizikal) sehingga 140 pts. Tumbukan dua kali akan melemahkan pergerakan musuh sehingga 60%, manakala tumbukan ketiga akan menumbuk musuh yang berdekatan dengannya. Menggunakan kemahiran Jeet Kune Do ini akan

Tips : Semasa menggunakan Jeet Kune Do Chou, kita akan menumbuk musuh dan musuh akan terhumban sedikit dari kita, di situ, boleh dijadikan peluang untuk menjauhkan diri dari musuh atau melarikan diri.

Keupayaan 3 : SHUNPO

Shunpo akan membolehkan Chou imun dan menjadi halimunan 2 selama 2 saat. Walaupun sekejap sahaja tetapi boleh digunakan untuk melontarkan tembok kecil dalam permainan. Lontara tembok kecil tersebut boleh melontar musuh atau menjauhkan diri dari musuh.

Tips : Gunakan Shunpo untuk melontarkan musuh yang dikehendaki dan tendang mereka ke arah yang diinginkan dan diikuti dengan The Way of Dragon.

Keupayaan 4 : THE WAY OF DRAGON

The Way of Dragon sangat sesuai untuk digunakan ketika berlawan secara berkumpul apatah lagi ketika kumpulan kita dalam masalah seperti di serang beramai-ramai. Selain itu, The Way of Dragon juga sangat sesuai untuk melarikan diri juga diserang oleh sekumpulan musuh ketika sendirian.

Tips : Gunakan sebagai alat untuk melarikan diri. Jika klik sekali, Chou mampu menentang musuh jauh dari kita, ketika itulah peluang kita untuk melarikan diri dari musuh.

GUIDE SERANGAN GABUNGAN HERO CHOU MOBILE LEGENDS

Rujukan :

BA = Basic Attack
1 = Jeet Kun Do
2 = Shunpo
ULT = The Way of Dragon

💕 Serangan pertama untuk Chou adalah 2-BA-ULT-1-BA. Serangan ini adalah serangan yang sesuai untuk 1 vs 1.

💕 Untuk mengejar musuh yang melarikan diri adalah 1-BA-ULT-BA-2-BA.

💕 Untuk melarikan diri dari musuh pula adalah BA-ULT-2 atau 1-BA-ULT-2.

💕 Untuk masuk dalam serangan berkumpulan dan ingin menyerang sasaran tertentu adalah ULT-BA-1-BA.


SET PERALATAN/KELENGAKAPAN BERLAWAN

Setiap perlawanan menggunakan Chou dengan panduan di atas, perlu dilengkapkan dengan peralatan perlawanan yang sesuai dengan Chou. Ketika bermain, kita perlu membeli peralatan di bawah menggunakan gold yang dikumpul. Boleh menggunakan salah satu set di bawah.

Build dan Guide Menggunakan Hero Chou Mobile Legends Malaysia

Set pertama :
💕 Rapid Boots - Pergerakan
💕 Blade Armor - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Cursed Helmet - Pertahanan
💕 Bloodthirsty King - Pertahanan

Set kedua :
💕 Magic Shoes - Pergerakan
💕 Ancient Ghostatue - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Oracle - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Bloodthirsty King - Pertahanan

Set ketiga :
💕 Magic Shoes - Pergerakan
💕 Ancient Ghostatue - Pertahanan
💕 Oracle - Pertahanan
💕 Immortality - Pertahanan
💕 Dominance Ice - Pertahanan
💕 Athena's Shield - Pertahanan

SIHIR PERTEMPURAN HERO CHOU MOBILE LEGENDS

💕 Purify

Sekian.

Terima kasih membaca Panduan Menggunakan Hero Chou Mobile Legends. Have fun!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .



Share:

Hero Chou Mobile Legends Menukar Imej Baru - Malaysia

Assalammualakum Bloggers dan Readers,

Kepada peminat Chou dalam Mobile Legends, pasti sudah mengetahui bahawa Hero Chou Mobile Legends menukar imej barunya kepada yang lebih smart gitu! Bukan saja lebih smart tetapi lebih moden. Seperti yang korang tahu, Chou adalah dari keluarga miskin dan orang biasa-biasa sahaja. Pakaian Chou adalah serba sederhana dan kurang bergaya. Hero Chou Mobile Legends menukar imej baru ini hanyalah kerana  satu sebab.

klik>> Latar Belakang Hero Chou Mobile Legends <<klik

Chou mempunyai seorang kawan di Land of Dawn iaitu Lancelot. Chou diketawakan oleh Lancelot hanya kerana pakaian Chou yang langsung tiada gaya. Oleh hal yang demikian, Chou nekad untuk menukar imej nya. Jika sebelum ini baju Chou berwarna kuning, kini Chou memilih untuk menggunakan warna yang lebih elegan iaitu hitam. Selain dari menukar pakaiannya, Chou juga menukar gaya rambutnya.

Hero Chou Mobile Legends Menukar Imej Baru - Malaysia - Sofinah Lamudin

Walaupun begitu, Lancelot tetap mengutuk dan gelak dengan pakaian baru Chou. Jelaskah, Lancelot seorang yang pembuli. haha!

Untuk membeli Hero Chou Mobile Legends ini, tidaklah semahal hero yang lain. Chou hanya perlukan 24000 BP atau 499 Diamonds. Walaupun ia tidak mahal, saya sendiri belum menjadikan Chou sebagai koleksi hero saya. Hehe.. Skin Chou yang lain juga, boleh tahan menarik terutamanya skin Dragon Boy.

Hero Chou Mobile Legends Menukar Imej Baru - Malaysia - Sofinah Lamudin

Hanya bernilai 24000 BP tidak semestinya Chou adalah hero yang tidak seronok digunakan. Saya akan cuba menggunakan hero ini kelak menggunakan tutorial yang sudah saya sediakan dengan merujuk kepada mereka yang sudah berpengalaman menggunakan Chou.

klik>> Panduan Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends <<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Latar Belakang Hero Chou Mobile Legends - Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Chou adalah salah seorang HERO dari MOBILE LEGENDS. Adakah korang peminat Hero Chou Mobile Legends? Hero Chou Mobile Legends adalah hero yang hampir sama dengan Bruce Lee termasuk dari gaya dan cara pemakaiannya.Chou dilahirkan disebuah perkampungan kecil. Mempunyai kehidupan yang berkualiti paling rendah. Walaupun kehidupan Chou sangat sukar, kebaikan hati Chou tidak pernah pudar. Chou cuba untuk merawat orang tua dan kanak-kanak disekelilingnya dengan penuh sabar. Dalam keadaan yang gawat dan tidak stabil tempat tinggalnya terus merudum akibat dari kesan luar.

Latar Belakang Hero Chou Mobile Legends - Malaysia


Pada suatu hari, Chou menyelamatkan seorang sami tua di dalam keadaan wanted! Chou membawanya pulang ke tempat tinggalnya dan menjaga sami itu agar tidak dijumpai oleh orang yang mencari sami itu. Sebagai balasan kebaikan Chou kepadanya, sami itu mengajar Chou kemahiran Kung-Fu kuno Asia. Sami itu memberitahunya bahawa dunia memerlukan wira sebenar untuk mengakhiri pergolakan. Selepas tamat latihannya dengan sami itu, Chou bersumpah di hadapan sami bahawa dia akan menjadi pahlawan sebenar.

Kemudian, Chou memulakan pengembaraannya ke Land of Dawn tanpa menoleh kebelakang atau menukar fikiran. Sambil melihat Chou pergi dan semakin jauh, Sami mengangguk kepala dan menghilang.

klik>> Hero Chou Mobile Legends menukar imej baru <<klik
klik>> Panduan Menggunakan Hero Chou di Mobile Legends <<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 9 November 2017

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pernah dengar mengenai Tok Aman Bali Beach Resort? Seronok bercuti di Tok Aman Bali Beach Resort ni! Tok Aman Bali Beach Resort ni adalah sebuah hotel yang terletak di Pasir Puteh Kelantan. Jadi, kalau korang merancang nak bercuti ke Kelantan cuti nanti apa kata korang menginap di sini je..sebab resort ni sudahpun bertaraf empat bintang, tempat ni sangat selesa dengan persekitaran resort yang cantik berkonsepkan tradisional moden. Pemandangan pantai di Tok Aman Bali Beach Resort ni sangat indah! Malah sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...Tempat ni sangat sesuai untuk menghilangkan stress dan boleh memberi ketenangan kepada penghuni yang menginap di sini…Korang jangan risau..walaupun resort ni bertaraf empat bintang, harga yang ditawarkan di resort ni sangat berpatutan dan berbaloi.Harga bermula dari RM190++ je guys…Tak percaya ke? tolong la percaya! Hahahhaa!

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Setiap bilik mempunyai pemandangan tasik, balkoni peribadi dan bilik berkonsepkan tradisional moden.Tok Aman Bali Beach Resort ini terdapat empat jenis bilik yang boleh korang pilih., iaitu :

💕 Deluxe Room (Double/Twin)
💕 Deluxe Triple
💕 Deluxe Family (Connecting Rooms)
💕 Suite

Deluxe Room

Deluxe Room Tok Aman Bali Beach Resort ini sesuai untuk dua orang dan mempunyai pelbagai kemudahan seperti penghawa dingin, internet, meja menulis, pemain DVD, TV, Astro, kemudahan kopi dan teh dan sebagainya. Korang boleh pilih jenis katil sama ada 1 saiz Queen bed atau 2 twin bed. Haa...Sesuai sangat ni untuk pasangan yang baru berkahwin dan nak honeymoon. Pilih katil saiz Queen ye. Tee hee...

Deluxe Triple

Deluxe Triple Tok Aman Bali Beach Resort pula sesuai untuk 3 orang dewasa. Kemudahan di dalam bilik sama seperti Deluxe Room. Cuma katil ada dua jenis, iaitu 1 King bed dan 1 twin bed. Deluxe triple ni sesuai untuk bercuti dengan kawan-kawan atau sepasang suami isteri yang sudah mempunyai seorang anak. Kan?

Family Room

Family Room Tok Aman Bali Beach Resort adalah bilik untuk keluarga yang bercuti. Sesuai untuk 5 orang dewasa guys!

Suite

Kalau nak feeling lebih mewah, boleh lah pilih suite. Sesuai untuk dua orang dewasa. Biasa Suite ni dipilih oleh very important person atau businessman. Tapi zaman sekarang, sesiapa pun boleh guys. Ikut kesesuaian dan pilihan masing-masing. Yang penting selesa dan seronok semasa bercuti. Betul tak?

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Fasiliti yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort ni ialah kolam renang luaran, pusat kecergasan, kalau korang nak memanjakan diri korang boleh la pergi ke pusat spa atau pun sauna yang terdapat dalam resort ni, Pantai peribadi, penyewaan kereta, tempat simpan bagasi, dobi, taman untuk korang bersiar dan banyak lagi… Korang juga boleh lakukan pelbagai aktiviti di sekitar resort ni termasuklah berbasikal di sepanjang pantai Tok Bali, berkayak, naik boat itik di tasik yang terdapat dalam resort dan banyak lagi la…Confirm Sure korang tak bosan punya lah! Sebab banyak aktiviti yang boleh korang buat kalau korang tak tahu nak pergi mana kan...

Seronok Bercuti Di Tok Aman Bali Beach Resort

Kalau korang nak berjalan di sekitar Kelantan pun boleh...sebab di Kelantan pun terdapat banyak tempat yang boleh korang pergi seperti Pasar Siti Khatijah, KB Mall, Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan dan banyak lagi..Tapi korang kena naik kenderaan sendiri sebab tempat-tempat ni berjauhan sikit dengan resort ni. Alaa sekali sekala datang ke Kelantan.Bukan selalu..Jadi, jangan lepaskan peluang depan mata...Hehe...apa salahnya korang round satu Kelantan ni…kalau penat korang boleh la pergi memanjakan diri korang di spa yang tersedia di resort ni..Wehehe!

Tok Aman Bali Beach Resort mempunyai dua buah restoran yang menyajikan makanan yang berbeza. Kalau korang rasa korang nak makan makanan tempatan dan makanan barat korang boleh la makan di Sutera Bayu Coffee House. Di sini terdapat pelbagai jenis hidangan tempatan dan barat yang lazat serta suasana yang menenangkan sambil makan tu korang boleh la menikmati pemandangan tasik dan kolam renang pada waktu malam…perghh! macam makan di tempat yang mewah gitu! Wehehe.. Kalau korang nak cuba makanan ala-ala Thai korang boleh la makan di Senja Di Thai Restoran di mana di sini menyajikan pelbagai jenis makanan Thai dan makanan laut yang segar dan yang penting sangat menyelerakan!!...sure korang jatuh hati dengan makanan yang di sajikan di sini..

Sebenarnya banyak lagi yang boleh dikongsikan dengan korang keistimewaan yang terdapat di Tok Aman Bali Beach Resort ni tapi nanti tak surprise la pulak kan kalau share semua..hahahaha! Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut korang kena la datang menginap di sini kalau bercuti ke Kelantan. Kalau tak pilih Tok Aman Bali Beach Resort ni, korang memang rugi.. OK! jom la book resort ni di https://www.traveloka.com/en-my/hotel/malaysia/tok-aman-bali-beach-resort-291645 sekarang!!!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 7 November 2017

Sambutan Hari Lahir Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

16 September 2017 yang lalu adalah Hari Malaysia dan merupakan tarikh lahir saya. Heehheee...Saya dan MR.BEE boleh dikatakan kerap ke Kota Kinabalu, Sabah tetapi sering buat sambutan hari lahir saya di Wilayah Persekutuan Labuan sebab September selalunya jadual tak clear dan ada masa planning tak menjadi. Contohnya, tahun lepas pun layan birthday kat Labuan. Entry birthday tahun lepas tajuknya "Its My Birthday! 26th on 2016"  . Kali ini, MR.BEE bersunguh sungguh ajak ke Kota Kinabalu untuk luangkan masa bersama semasa hari lahir saya ke 27 tahun. Pada 15 September 2017, kami bertolak ke Kota Kinabalu. Jadi sambutan hari lahir saya confirm di Kota Kinabalu kali ini.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sehari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, MR.BEE minta teman ke pejabat pos untuk pos barang client dia. Semasa di pejabat pos, saya tunggu dalam kereta je sebab mood malas melanda. Hahaha! Bila MR.BEE masuk kereta semula, WAH! ADA KEJUTAN!!

Rupanya, MR.BEE bukan setakat pos barang, dia ambil barang.. Saya dapat aksesori comel! Hehe..

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Kalau saya tahu, saya pakai pakaian lawa-lawa ajak makan kat luar. Wehehe! Saya memang suka aksesori gelang tangan macam tu.. Thanks so much MR.BEE!

Sebenarnya, MR.BEE berniat nak ke tempat lain, bukan Kota Kinabalu, Sabah. Disebabkan bulan September tu musim tengkujuh, asyik hujan...jadi MR.BEE tangguhkan dulu. Next time katanya. MR.BEE tak suka nanti sedang seronok jalan jalan tiba tiba hujan pula. Pada 15 September 2017, kami ke Kota Kinabalu lalu dari Menumbok naik speed boat. Sampai di Menumbok, kami naik bas untuk direct ke Kota Kinabalu.

Sampai Kota Kinabalu, check-in hotel terus cari makanan kegemaran! Di Kota Kinabalu, saya dan MR.BEE ada makanan kegemaran yang tak ada kat WP.Labuan. KON LO MEE di RESTOREN NASI AYAM CP, CENTER POINT.

Haa...Ayam besar menutup mee...Lepas makan sekali, nak lagi!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE


KON LO MEE di RESTOREN NASI AYAM CP, CENTER POINT ni, berharga RM7.90 sahaja. Berbaloi dengan mee yang banyak serta ayam yang besar sampai tertutup mee kat bawah..Kuah sangat pekat dan menyelerakan..Tambah-tambah kalau dituangkan dengan sos lada yang mereka sediakan untuk KON LO MEE ni.

Kalau berada kat Kota Kinabalu, saya dan MR.BEE tak mungkin akan lepaskan peluang makan KON LO MEE ni. Selepas makan, kami ke Growball untuk menikmati movie movie yang baru release sepanjang bulan August dan September. Yayhh!

Keesokkannya, disebabkan 16 September 2017 merupakan Hari Malaysia, terdapat konsert dan acara telah diadakan di Perkarangan Stadium Likas. Ada juga penyanyi terkenal dijemput khas seperti Ella, Nerra dan ramai lagi. Heheeee... Kalau part artis ni saya kurang tahu sangat. Untuk melihat kemeriahan dan nak tahu terdapat acara apa kat Likas, kami pun ke Likas untuk jalan-jalan pada malam 16 September 2017 tersebut.Anggap je la konsert tu sambutan hari lahir saya sekali. Wehahaha!

Sebelum ke Stadium Likas, saya dan MR.BEE ke Imago! Disebabkan 16 Sept ialah hari lahir saya, MR.BEE belanja makan sedap sedap kat Secret Recipe.. MR.BEE siap order dua slice kek..Nyumm nyumm! Fuuhh...penuh perut!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Dah berada kat Imago, tidak lupa untuk mencuci mata tengok Spinner Fidget untuk menambah koleksi.  MR.BEE belanja dua Spinner Fidget. YEahhhaa...bertambah lagi dua koleksi Spinner Fidget saya.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Setiap kali ke Imago, kami berdua tidak akan tenang kalau tak masuk kedai buku Popular dan Toy R us..Dah jadi kebiasaan dan menjadi tempat yang wajib dimasuki terutamanya Kedai Buku! Bila masuk kedai buku, saya dan MR.BEE boleh berada kat dalam tu berjam-jam. Belek belek buku dan tengok buku yang bagus untuk menjadi koleksi seterusnya. Selain tu, tak lain tak bukan akan ke seksyen alat tulis untuk menambah stok alat tulis kat rumah. Sebab tu lah, kalau pergi Kota Kinabalu, wajib bawa beg kosong sebab nanti beg tu akan digunakan untuk bawa buku dan barang-barang yang dibeli dari kedai buku Popular atau Times. Kalau shopping tengok barang depan mata ni, feeling lain macam sikit walaupun sebenarnya boleh je beli online. Boleh tahan bahaya kalau tak kontrol. Huhu.

MR.BEE juga belikan buku ilustrasi Harry Potter untuk hadiah Ulang Tahun dari Kota Kinabalu. Yang aksesori tu lain katanya. My gooddddd!! Saya teruja sangat dapat buku ilustrasi Harry Potter yang kedua ni! Yang pertama dah ada. In Shaa Allah saya akan kumpul sampai siri terakhir. Minat dari tingkatan 1. Umur 13 tahun masa tu. Dah umur 27 ni, masih tak mampu nak buang minat Harry Potter. Dulu, ada terfikir untuk hentikan sebab zaman remaja dah pun pergi berlalu tapi tak perlulah rasanya. Seronok jadi diri sendiri. Freedom dan unlimited. Cheewaahhh!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE


Hari seterusnya, kami ke BORNEO E-ARENA 2017!! Ada Mobile Legend Tournament! Alaa... baru je uninstall Mobile Legend kat handphone. Kekeke... Bila datang event tu automatik 'bangun' mood game waktu tu juga. Sanggup ke Imago semula untuk beli joystick handphone dan install semula Mobile Legend. Defense diri untuk game tak kuat nampaknya. Hehe.. Macam biasa, tak lain tak bukan habis kan masa menonton movie lagi...dan lagi..dan lagi...

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Dah habis movie best baru fikir mana nak pergi seterusnya untuk jalan jalan. Lokasi yang dipilih adalah Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Memandangkan dah lewat, jadi kami ambil keputusan untuk pergi sana next day je.

Next day, Yay! Tiba masa untuk ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Apabila pergi ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, teringat kat seorang kawan kerja yang teruja sangat bercerita tentang Taman Hidupan Liar Lok Kawi ni. Siap suruh orang pergi. Wehehe.. Masa tu saya remaja lagi. Kerja part time. Masih sekolah. Alah, nak pergi dengan siapa, dengan apa? Rasa jauh la pula masa tu. Padahal kat Kota Kinabalu je. Saya pula kat Wilayah Persekutuan Labuan. Dah kahwin ni, Alhamdulillah senang nak kemana mana dengan MR.BEE. Hehe! Kat situ, saya paling teruja bila nampak gajah live. Yang lain-lain tu tak teruja sangat. Hehe..Tapi boleh lah untuk koleksi foto saya kat instagram @jejakmoment. Haa..jangan lupa follow k. Hehe. Selepas 1 jam 30 minit berada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, kami pun kembali semula ke bandar Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Terus makan. Lapar pula lepas tengok gajah tu. Hahahaha! Lepas makan dan buat apa patut, kami pun menonton movie lagi (Jangan hairan - kami memang macam ni. Macam tak sudah menonton movie).

Kami dah kerap sangat ke bandar Kota Kinabalu ni. Sampai tiba masa otak jadi tepu tak tahu kemana. Jadi, MR.BEE bawa ke lokasi yang pernah dia jejak semasa belajar kat Kota Kinabalu dulu. Dia ajak makan Lokan Bakar dan Puding Kelapa dalam kelapa di Salut (Berdekatan dengan Sepanggar atau Politeknik Kota Kinabalu,Sabah). Confirm sure majoriti pelajar atau bekas pelajar Politeknik Kota Kinabalu,Sabah pernah ke Salut ni untuk makan Lokan Bakar. Saya pertama kali makan Lokan Bakar. Sedaaappp... rasa nak tambah lagi tapi takut tak habis sebab kadang kadang bukan lapar pun. Nafsu je. Hee hee..

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Selepas dari Salut, MR.BEE ajak ke restoren Keningau untuk makan Nasi Ayam. Saya makan pau kacang tanah je. Masih kenyang lepas makan Lokan Bakar dan Puding Kelapa. Lepas makan, kami ke bandar Kota Kinabalu semula. Haa..tiba tiba...sampai je kat Suria Sabah tu, saya pula yang craving. Hahaha... Apa lagi, kebetulan ada offer baik kat Kenny Rogers, kami ke Kenny Rogers untuk makan. MR.BEE dah makan 3 kali untuk hari tersebut. Hahahahaha... Sampai Kota Kinabalu memang diet lari punya. Ni belum lagi ke luar Sabah. Huhuhu.. Kat Labuan je diet teratur. Kalau saya lagi teruk. Sampai Kota Kinabalu, lupa senaman dah. Supplement tu, simpan dalam beg bawa sana sini tetap lupa juga makan. Kena ada alarm agaknya untuk ingatkan diri sendiri. Wehehe...

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Tengah malamnya, ada big news trading. Jadi, saya dan MR.BEE ke McDonalds 24 jam untuk live trading kat sana. Sambil layan bubur ayam McDonalds dan French Fries. Nyummyyyy!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

20 September 2017 patutnya hari untuk balik ke Labuan. Tapi saya request MR.BEE balik Labuan lepas tengok Kingsman. Tak nak tengok kat Labuan. Jadi, kami pun enjoy satu hari lagi di Kota Kinabalu demi Kingsman.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Settle movie Kingsman, kami jalan jalan ikut mana kaki kitorang bawa. Macam tu sahaja la sambutan hari lahir saya kat Kota Kinabalu,Sabah. Tak ada la parti parti...Lepak lepak je macam teenagers..Wakakaka!

By the way, Thanks to my MR.BEE sebab being my THE BEST BEST BEST PARTNER untuk sambutan hari lahir saya dan selama-lamanya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: