CC Cream Terbaik Yang Wajib Dipakai Meskipun Hanya di Rumah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,
Terima kasih sebab singgah sini dan membaca blogpost peribadi saya. Could we be friends? Hiks.
So, hari ni saya nak kongsikan dengan korang tentang CC Cream kegemaran saya sejak saya kenal jenama ni. CC Cream tu adalah Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Saya dah pakai jenama ni setahun dan saya pernah kongsikan krim ni kat blog ni tahun lepas.
Tajuk blogpostnya adalah, "Menggunakan Gold Nano CC Cream nampak simple tapi glowing, tak bercapuk dan kulit rasa sangat lembut | Hansaegee Nature". Jemput baca ya. Hhehe...
Hari ni terdetik lagi hati nak kongsi tentang krim ni kat blog kesayangan saya ni. Haa Gittew... Sejak pandemik ni, memang asyik duduk rumah je. Jauh betul beza dengan dulu. Kalau dulu, selalu juga bawa komputer riba, lepak mana mana restoren yang sesuai untuk blogging, baca buku, melukis, dan sebagainya. Hhuhu... depan pantai pon boleh layan baca buku.
Tapi ye lah. Covid-19 hit us hard sekarang. We have tough situation. People lost their jobs, lost their family members, and mengekalkan kesihatan mental begitu mencabar. Hm.
Saya lega sikit. Alhamdulillah kerja saya bukan jenis wajib keluar rumah dulu baru boleh buat. Kat rumah pun boleh buat. Yang penting kena ada internet dan komputer saja. Guna mobile pun boleh. Saya tahu ramai dah biasa dengan norma baru dengan bekerja dari rumah. In Shaa Allah... Dah ada yang mula biasa dan dah expert dengan situasi kerja kat rumah. I know. It's hard. Tapi...you did it great! Well done! ^^
Sejak lebih banyak duduk rumah ni, korang terfikir tak kita mesti pakai CC Cream? Ya... untuk jaga kulit. It's call selfcare. Saya tahu semua orang facing macam macam kesukaran sekarang, secara fizikal dan secara mental. I feel it too. I swear! :(
But, let's try to stay strong, stay health, stay positive dengan buat benda benda yang In Shaa Allah buat kita rasa lega. Little bit ceria. Right? Smile please... ^^
Macam yang saya cuba buat sekarang, saya nak cerita tentang benda yang saya suka. Stay happy and do what I love at home. Semoga cerita saya hari ni memberi inspirasi kepada pembaca blog saya. Saya nak cerita saya suka pakai CC cream kat rumah. Ya walaupun kat rumah. Tambah tambah krim yang saya pakai ni tak perlu nak pakai banyak, saya dah protect muka saya daripada UV. Mari mulakan dengan UV protection dengan lebih terperinci.
SUN PROTECTION - SPF50+ PA+++
Gold Nano CC Cream dari Hansaegee ni mempunyai perlindungan kulit yang terbaik. Seperti yang saya jelaskan sebelum ni, SPF 50 tu bermaksud "Sunscreen's Sun Protection Factor". Ia boleh memberikan perlindungan sebanyak 98% daripada radiasi matahari seperti sunburn, kulit menjadi gelap dan penebalan luar kulit dan sebagainya.
Saya tak sure, rumah korang macam mana. Tingkap jenis macam mana. Saya duduk kampung, tingkap rumah memang jenis tingkap kampunglah. Cahaya matahari direct je masuk dari tingkap. Pejabat rumah saya (tempat saya blogging, melukis, etc) sebelah tingkap je. Pencahayaan memang bagus tapi UV menari nari kegirangan kat kulit. Hhaha...
Walaupun kita ni work from home, dalam masa 24 jam kat rumah tu, mesti ada kan bergerak ke halaman rumah, jemur baju, angkat baju, siram pokok bunga, bersenam ke apa kan? Erm, sembang dengan jiran ke... kan? Ye laa... masa PKP ni, dari tingkap pun boleh on je sembang dengan jiran. HHahahha...
Tapi sebenarnya, walaupun kita dalam ruang berpenghawa dingin pun, kita tetap perlu guna CC krim untuk jaga kulit supaya tak ada masalah berminyak dan muka tak jadi gelap. Tak best kan kalau muka berminyak masa buat kerja? Tak selesa.
DAH TAK ADA MASALAH KULIT BERMINYAK / BERCAPUK
Bila kita dah kat rumah, biasanya memanglah akan buat kerja rumah. Betul tak? I mean, kerja rumah yang biasa suri rumah buat tu. Hhehe... kelebihan Gold Nano CC Cream ni sangat sesuai tau dengan situasi kita sekarang.
OK. Saya bagi satu situasi yang pernah berlaku dalam hidup saya. Saya bangun pagi, dah siap pakai lawa lawa kan dengan skin care semua. Memang rasa sangat fresh. Pakai lawa lawa sebab ada meeting online pakai Zoom. Meeting dengan orang yang saya tak pernah jumpa pula tu.
Tapi, sebelum meeting tu, saya ada buat kerja kat dapur kejap. Kat dapur tu, cuci pinggan mangkuk, masak breakfast dan sambil sambil tu cuci pakaian. Lepas breakfast, setting tempat nak meeting Zoom. Sekali tengok muka kat cermin? Haiihh berminyak muka tu. Macam dah boleh goreng ikan kat muka. Hhuhu... Walhal, buat kerja dapur sikit je pun. Tak ada lah banyak sangat.
Jadi masalahnya, tak boleh nak jimat masa. Sebelum meeting Zoom, kena pergi cuci muka dulu. Susahlah kan kalau macam ni. Nak kena buka tudung semula pula. Hmm... nampak tak? leceh kan?
Sejak kenal CC krim dari Hansaegee Nature ni, syukur sangatlah. Jimat masa. Dah tak ada masalah kulit berminyak. Masa kat dapur pun, walaupun panas sebab cuaca terik, muka tak ada lah jadi teruk rupanya. Hehe... walaupun terkena peluh semua.
|
Selepas pakai CC Cream muka nampak natural. |
|
Warna krim pada mulanya sahaja putih. Lepas sapu akan follow warna kulit kita 100%. |
Sekarang, nak online Zoom ke, Meet ke...touch up je Gold Nano CC Cream. Touch up je terus. Tak ada dah masalah segan orang tengok muka kusam atau serabai. Tak sempat nak cuci muka pun tak apa. Sebab krim ni tak akan bercapuk pun walaupun kita double krim tu kat muka (sebab tadi dah pakai kan). Maksudnya, boleh je touch up ulang ulang. Malah, bila kita touch up, muka jadi lebih glowing. Haa, ini lah keunikan krim ni.
NO WHITE CAST
Hoh! Putih gila ye krim ni? Ni pun part kesukaan saya juga kalau cerita pasal krim ni. Masa kita picit keluar krim tu, memang terkejut sebab putih sangat. Macam...ehh...seriuslah nak pakai ni kan. Sebab warna jauh beza dengan kulit.
Sejak saya cuba sendiri krim ni, melakat di hati sampai hari ni. Sebab sebelum ni saya selalu ada masalah salah beli CC cream gara gara kod warna tak sama dengan kulit saya. Ye lah... kadang kita kelam kabut kat store, terbeli pula salah kod warna. Kalau beli online lagiii lah payah sebab memang seram takut warna kulit nanti jadi pelik. Terlebih putih lah. Terlebih gelap pula dah.
Tu yang kalau kita kat rumah pakai ni, muka kita still nampak kemas dan tak kusam tapi tidak juga over sangat. Natural lah maksudnya tu.
TEKSTUR KRIM ADALAH MOISTURE BUKAN OILY
Kalau dulu, saya suka pakai bedak yang ada SPF je sebab tak suka pakai krim. Krim biasanya saya rasa tak selesa. Rasa melekit. Kadang gatal gatal. Kalau Gold Nano CC Cream ni, saya rasa ringan je. Tak rasa berminyak pun. Melekit pun tidak langsung.
Sebab tu lah saya suka pakai krim ni. Kat rumah pun tak ada masalah langsung. Lagipun, CC cream ni, ada fungsi melembabkan kulit sekali. Kalau saya kelam kabut sangat, saya pakai je CC Krim Hansaegee Nature ni terus. Haha. Pakai kat kereta, mana mana pun boleh ni. Sekejap je dah siap.
TEKSTUR KRIM RINGAN, SENANG REMOVE DAN TAK AKAN SUMBAT LIANG KULIT
Saya memang sentiasa bawa krim ni kalau ke mana mana. Boleh touch up anytime. Kalau singgah solat, biasa saya lap muka guna tisu basah tu saja. Kemudian, dah siap solat touch up je pakai CC krim ni balik. Mudah sangat. Lagipun, botol dia bagus tau. Tak mungkin akan tertumpah kat dalam beg. Terkemek pun tak.
Sebut pasal lap guna tisu basah tu, kalau rasa macam tak yakin, rasa macam takut tak sah air wuduk, boleh je pakai pencuci muka. Tapi, tu lah...based on my experience kan...pakai tisu basah je muka dah bersih. Krim dah tertanggal dari muka. Krim ni jenis yang mudah tanggal. Tak perlu guna makeup remover pun sebenarnya.
Tapi, tak bermaksud, kalau muka terkena air, krim tu hilang. Contohnya, tiba tiba terkena hujan pula masa on the way ke restoren. Hhahaha... tak... bukan macam tu maksud saya. Krim ni sifat dia unik. Krim tak akan luntur kalau setakat terkena percikkan air, peluh, dan sebagainya.
Tapi, kalau dah nak remove krim ni, tak susah. Senang je. Haa dia macam tu. Solat kan 5 kali sehari kan. Penatlah pakai makeup remover 5 kali sehari. Kan. Kat rumah pula tu. Kalau kat luar, jalan jalan, makeup pun pakai complete siap pakai maskara semua.. haa tu lain ceritalah kan. Hihi.
CARA PAKAI GOLD NANO CC CREAM
Selain dari sebab sebab di atas yang membuatkan saya suka sangat dengan CC krim ni adalah cara penggunaannya yang mudah. Senang sangat. Kita tak perlukan tools pun pakai. Sebab tu lah kalau keluar rumah, pastu dalam keadaan kelam kabut pula, pakai je CC krim ni. Letak kat jari, sapu terus kat muka. Tak nak letak kat jari dulu pun tak apa. Terus je picit botol krim tu kat muka. Tinggal sapu guna jari ke seluruhan muka sahaja.
Kalau kat rumah, tak ada lah alasan susah nak pakai kan. Haha... senang sangat. Pakai jari saja.
PAKAI MASK TAK NAMPAK PUN MUKA? ALAMAK!
Sejak kebelakangan ni, ramai yang kata macam ni. Bila kita pakai pelitup muka, kita tak perlu nak susah susah pakai krim ni semua sebab membazir je. Bukan orang lain nampak. Macam ni, kita pakai CC krim sebenarnya bukan semata mata nak kulit kita nampak cantik dan glowing di mata orang lain. Tapi... nak jaga kulit. Walaupun kita memakai pelitup muka sampai dua lapis, UV tetap boleh masuk ke mask tu. Lagipun, tak takut ke, muka jadi gelap kat bahagian yang tak pakai pelitup muka?
Pernah kan terkena situasi di mana kita pakai baju t-shirt lengan pendek, pergi jalan jalan sana sini. Bila balik rumah, alahai lengan gelap tapi bahagian bahu cerah? Nampak tak? Kalau perempuan pakai tudung, mesti pernah terkena juga, bila buka tudung, muka ada garisan bulat. Gelap kat bahagian muka tapi cerah dibahagian yang tertutup dengan tudung.
Taknak kan jadi macam tu? Sebab tu lah kena pakai CC krim. Walaupun kita pakai pelitup muka di zaman pandemik sekarang ni. Hhuhu...
PELITUP MUKA TAK AKAN KOTOR. JANGAN RISAU.
Baik. Saya faham. Ada masa...bila kita pakai mask tu, kita akan rasa geli bila tengok mask kita nampak kotor kat bahagian dalam sebab terkena dengan krim muka yang kita pakai. Hhahaha... ya saya faham, Pernah alaminya. Kadang sapu peluh dengan tisu pun, tisu akan kotor sebab kesan krim muka.
Gold Nano CC Cream ni beza. Sangat terbaik bagi saya. Mask tak kotor pun walaupun kita pakai krim muka. Memang ada masa rasa annoying kan kalau kita pakai mask jenis kain, tiba tiba aduhai kotor dan susah pula tu nak bersihkan. Haa... dengan CC krim dari Hasaegee Nature ni tak ada masalah macam tu. Sebab tu saya tak ada masalah pun pakai ni hari hari. Kat rumah atau pun kat luar.
PENDAPAT SAYA TENTANG GOLD NANO CC CREAM
CC krim ni sangat sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang nak melindungi kulit dari UV walaupun hanya duduk kat rumah. Sebab teksturnya yang ringan membuatkan kita tetap rasa selesa dan tidak melekit. Lagipun, penting untuk kita sentiasa kemas walaupun hanya kat rumah. Ya... walaupun buat kerja suri rumah. Barulah timbul mood positif tu. Mood positif nak buat kerja. Kalau tak asyik nak malas malas je atas katil sambil tengok TV. Ye tak?
Haaa...saya cakap tentang saya lah tu sebenarnya. Memang mood sekarang ni senang saja hilang dan tenggelam dalam laut dalam. Maklumlah, pandemik sekarang macam macam berita tak seronok kita dengar. Memang perlukan inspirasi dan motivasi untuk sentiasa bersemangat kat rumah. Berpakaian kemas kat rumah, muka lawa, glowing tu salah satu yang membantu juga. Tengok cermin senyum senyum Hiks... In Shaa Allah membantu untuk tetap produktif dan mengekalkan momentum.
Tapi, kalau sekarang ni memang mudah sangat rasa tersungkur. Tak apa. Rehat kejap. Pastu sambung balik kerja tu. Semoga lepas rehat boleh gain semangat semula. Yang penting apapun yang saya buat kat rumah, CC krim mesti pakai.
Saya berikan 6 bintang dari 5 bintang. Hhahaha... The best CC krim yang pernah saya cuba. Disebabkan suka sangat ni, saya akan pastikan stok krim ni sentiasa ada kat rumah. Wajib ada!
Kalau nak cuba CC krim ni, korang boleh je layari laman sesawang Hansaegee Nature.
untuk lebih banyak maklumat mengenai produk Hansaegee, boleh laa melayari media sosial mereka.
Terima kasih sudi membaca.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋