Assalammualaikum Bloggers dan Readers,
16 September 2018 yang lepas memang semua rakyat Malaysia pun tahu bahawa itu adalah Hari Malaysia. Tak sedar, masa begitu cepat berlalu..rupanya dah 55 tahun Malaysia ditubuhkan. Dan begitu jugalah dengan umur saya yang bertambah lagi setahun. So, I'm officially 28 years old on 16 September 2018.
HADIAH BIRTHDAY ADVANCE
Awal bulan September, saya dapat hadiah dari kakak dan mommy/daddy awal.. Kakak hadiahkan stationery storage. Mommy/daddy pula hadiahkan baju. Kakak saya tu tahu tahu pula saya sedang perlukan storage baru untuk stationery. Wahaha... Terima kasih juga kepada sepupu dan makcik saya yang berikan hadiah hari lahir.
Bacaan : Idea Hadiah Ulang Tahun Kreatif Dan Berkualiti Buat Insan Tersayang Dari Printcious.
BERKONGSI BULAN KELAHIRAN
Bulan September ni adalah bulan yang meriah bagi keluarga saya sebab yang birthday on this month bukan saya seorang.
My mommy on 09 September.
My third nephew 10 September.
My Cousin on 15 September.
My birthday on 16 September.
My first niece on 29 September.
Jadi, bulan ni memang sibuk fikir tentang hadiah untuk diorang yang terlibat. Termasuklah anak buah saya yang kedua. Walaupun hari lahir dia adalah bulan November, kami raikan sekali.
HARI LAHIR TANPA KEK?
Ada sedikit kepelikan dalam diri saya kali ni di mana saya tak mencari kek hari lahir. Wahaha...biasanya, memang nak kek kalau on Birthday ni. Craving kek tu automatic. Selain tu, seperti yang saya ada sebutkan di blog post hari lahir sebelum ni, saya memang suka tengok design kek... memang sentiasa tak boleh nak pisahkan kek dengan hari lahir langsung.
Tapi, mungkin disebabkan dah terlalu kerap makan kek walaupun bukan on birthday, dari tak minat makan kek menjadi suka sangat makan kek, tiba tiba kali ni, di hari lahir tak request kek kat Mr.Bee. Ada terfikir juga nak kek tapi cara fikir tu tak macam selalu. Pengaruh usia meningkat agaknya? Tehee.
Atau... mungkin sebab perkara ni berlaku semasa mood saya dalam mood yang lain?
MOOD DAN KEADAAN SEKELILING
Hhaaah! Saya rasa ada betulnya juga. Mood saya ke arah yang lain. Kisah penyusunan schedule (masa) yang agak kronik, menyesuaikan diri dengan kondisi dan keadaan baru serta menambah/mengurangkan aktiviti tertentu buat kepala ada sedikit kucar kacir.
Hampir ke hujung tahun masih belum settle. Wajib selesai sebelum 2019 agar 2019 saya boleh kembali ke jadual asal dan tersusun dengan baik termasuklah blogging, blogwalking dan online setiap hari.
Semua perkara ni ibarat saya berada di garis pemulaan semula. Macam tulah situasi saya sekarang. Tak apa, sabar itu manis pengakhirannya.
Tapi,
tak ada yang boleh menghalang saya dari bergembira di hari lahir bersama Mr.Bee, suami tercinta dan keluarga.
PEMIKIRAN DAN KESEDARAN
Kalau tahun lepas, saya dan Mr.Bee menyambut hari lahir saya di Kota Kinabalu, Sabah. Kali ni, hanya di Wilayah Persekutuan Labuan. Tapi, saya begitu merasakan perubahan dalam diri sendiri. Di mana, tahap keterujaan saya melonjak pula sambut kat Labuan. Ada satu kesedaran di mana, saya dilahirkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Maka, menyambut hari lahir di tanah kelahiran itu kan lebih baik. Kita lebih banyak throwback tentang kehidupan kita sejak lahir hingga sekarang. In Shaa Allah boleh membantu dalam meningkatkan dalaman diri dari pelbagai aspek.
Bukanlah kata, sambut luar Labuan tak releven di hari lahir, tapi saya cuma terfikir bahawa saya boleh je keluar Labuan bila bila masa, tak kira hari lahir atau bukan. Tapi tiba tiba saya rasa meraikan hari kelahiran kat Labuan lebih banyak memberikan saya pelbagai jawapan untuk setiap persoalan dan bersyukur dengan apa yang ada di depan mata.
Bayangkan jika, saya adalah orang lain di mana saya lahir di Labuan, tapi tinggal jauh. Adakah saya tidak akan rindu insan yang melahirkan? Dan adakah saya tidak akan merindui tanah kelahiran?
Saya rasa ada kelainan sedikit dari dalaman diri kali ni. Agaknya kenapa? Wahahaha... Tak pastilah kenapa.. mungkin saya sedar, semakin saya bertambah usia, ibu yang melahirkan turut semakin tua. Ayah yang gembira melihat saya lahir ke dunia turut semakin tua. Malah, masa yang ada untuk saya dan suami di dunia semakin juga singkat. Selepas saya dilahirkan, kini sudah 28 tahun menghirup udara... apakah pencapaian atau sumbangan saya? Umur saya memanglah baru 28 tahun tapi, kedua ibubapa dah berapa? Hmm...
Selain berharap, umur sendiri dipanjangkan, harapan melangit agar umur suami, kedua ibubapa dan keluarga dipanjangkan juga. Biar merasa nikmat dunia bersama lebih lama.
Jika ditolak tambahkan tarikh lahir, maka...
2 tahun lagi, saya sudah mencapai usia 3 dekad. Sebenarnya ada beberapa perkara yang sedang saya pertimbangkan dan fikirkan. Ia bersangkut paut dengan masa lampau dan masa depan. Duhh! cerita yang terlalu complicated untuk dikongsikan di blog post hari lahir. Wahahaha...
MERAIKAN HARI LAHIR KE 28 TAHUN
Sebenarnya Mr. Bee merancang untuk raikan hari lahir saya di Kota Kinabalu lagi macam tahun lepas tapi saya tidak begitu teruja untuk ke Kota Kinabalu bulan September ni. Kalau Mr.Bee tetap ajak, saya tak juga menolak tapi kalau tak sambut luar Labuan, saya tak juga sedih. Tehee... Bulan lepas pun dah 'escape' ke Kota Kinabalu. Dan selain tu, sebab ia bukan tentang lokasi sekarang. Ia tentang hal yang lain yang agak sukar dijelaskan. Banyak sangat yang berlaku tahun 2018 ni membuatkan cara saya berfikir turut berubah. Uhrmm...mungkinkah! faktor usia?Vvaaah!...
Lagipun, saya dah catat dalam minda NOVEMBER mesti pergi KOTA KINABALU demi movie
Fantastic Beast kedua. Hhaaah!, kalau yang ni, tak menonton kat MBO, I'm totally sad. Bagitahu awal... Wahahaha.. jadi, September mood slow tak apa.
Biasanya kalau on birthday, tak kira birthday saya atau birthday Mr. Bee memang kitorang akan keluar rumah awal pagi. Tapi kali ni, kami santai.. keluar rumah tengahari.
Menjelang bulan September saya kurang excited (aishh! sis banyak kerja laa nak buat, tak fokus sis dengan birthday sendiri buat seketika), then seminggu birthday pun mood teruja tu tak muncul juga. Tapi, 3 hari sebelum birthday, tiba tiba keterujaan tu terserlah dengan jayanya sebab Mr.Bee buat satu game. Game ni betul betul buat saya escape dari segalanya. FUN sangat. Banyak kerja? Lupakan dulu. Kosongkan otak cepat! Wahaha...
"What will you spend with my RM100 on your birthday?" katanya.
"Can you buy a lot of things with RM100?" katanya lagi.
Dalam kepala dah proses macam susun puzzle. RM100 sebenarnya boleh je beli benda berfaedah dan banyak (berfaedah bagi saya laaa hahaha...mungkin tak ada faedah bagi pembaca. Itu sudah pasti).
So, keluar rumah tengah hari tu, sebelum layan
"THE 100MYR 28TH BIRTHDAY GAME", kitorang pergi lunch kat Food Court Ujana Kewangan dulu. Sebelum pergi Food Court, saya dan Mr.Bee pergi Golden Fish untuk beli Milk Tea Pearl. Disebabkan saya suka sangat Milk Tea Pearl tu, saya ambil saiz King dan Mr.Bee ambil saiz normal je.
|
Instagram story on 16 September 2018 |
Dalam perjalanan ke Golden Fish tu, tiba tiba terjumpa pula booth Harry Potter Collection. Vvaaah! What a lucky me. On birthday pula tu. Barang barang Harry Potter biasanya akan jadi rare bagi Potterhead kalau kat Labuan ni. Wahaha... Sebabnya jarang kot ada booth Harry Potter kat Labuan.. mungkin sebab tak ramai Potterhead kat Labuan. Tak tahu laa...
Tapi, perut dah berdendang sangat so kitorang pergi makan dulu.
POPULAR BOOKFAIR WP.LABUAN
Lepas makan, pergi POPULAR bookfair. Waahahaha... tergelak saya dibuatnya part Popular bookfair ni. Masa Popular bagi SMS 12 September lalu, saya kata, wajib puasa tapi hati banyak senang sebab berlangsung on my birthday kan...jadi, lupakan lah puasa tu.
|
Instagram Story on 12 September 2018 |
Popular Bookfair kali ni berlangsung di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan, Labuan dari 14 September hingga 23 September 2018. Legaa sebab kali ni lokasi sangat strategik. Sebelum ni, asyik kat Dewan sebuah sekolah. Hhuhu.. Leceh sikit bab tempat letak kereta dan panas.
Tanpa berfikir panjang saya spending RM25 untuk 5 buah buku kat popular bookfair. Promosi buku lama RM10 nett tapi boleh dapat RM25 sahaja kalau beli 5 buah buku.. Actually, pilihan tak banyak sangat dah untuk promosi yang ni. Tapi, saya gamble je beli 5 buah buku lama ni untuk pengisian masa membaca dan khas untuk koleksi
TO BE READ 2019 SILLY WONK. Apa tu Silly Wonk?... Nanti saya kongsikan.
Mr.Bee pula mengambil kesempatan membeli tetikus memandangkan tetikus dia rosak lagi. Mr.Bee juga beli buku kategori agama.
MENAMBAH KOLEKSI HARRY POTTER
Kemudian, bila dah selesai meronda Popular Bookfair, saya teringat pula tentang booth koleksi Harry Potter sebelum pergi makan tu. Kitorang pun pergi ke booth tu dan sudah pasti akan membeli sesuatu di situ.
Kalau korang adalah Potterhead, pasti tahu apa yang saya beli seperti dalam gambar kat atas ni. Tehee...
Yang saya pegang tu, adalah rantai Time Turner. Keychain tu pula adalah tongkat sakti milik Hermione. Yang berwarna purple tu pula adalah pelekat tiket knight bus. Kalau dalam siri Harry Potter, Time turner tu hanya muncul dalam Siri bertajuk Harry Potter and the Prisoner of Azkaban. Tapi menjadi objek utama dalam buku Harry Potter and The cursed Child.
Harga Time Turner tu cuma RM10. Manakala tongkat sakti Hermione tu cuma RM5. Untuk koleksi biasa biasa boleh la beli. Kalau nak koleksi original, saya boleh bankrap. Hhahahaha!
Tiket bas tu pula percuma. YeahhH! Actually ada satu benda yang buat saya tertarik dengan booth tu, iaitu tongkat Voldermoth RM45. Nak beli tapi tak jadi sebab RM45 saya boleh beli buku Harry Potter seterusnya. Koleksi buku tak lengkap lagi.
Hhaaah! Bookfair sudah, koleksi Harry Potter pun sudah, perut pun dah kenyang jadi, bermulalah
"THE 100MYR 28TH BIRTHDAY GAME".
THE 100MYR 28TH BIRTHDAY GAME
Sejak MR.DIY buka kat Wilayah Persekutuan Labuan, saya jadi obses dengan kedai tu. Maklumlah, sebelum ni, kalau nak pergi MR.DIY, kena pergi Kota Kinabalu dulu. Selain tu, barang dalam kedai ni murah murah. Jangankan saya, sepupu saya pun tergila gila kan MR.DIY ni sekarang.
Semestinya saya pilih MR.DIY untuk game RM100 ni. Wahaha... semestinya boleh dapat banyak barang dari kedai ni sebab murah.
Syarat game ni, Tak boleh lebih RM100. Korang rasa, saya berjaya tak? Tehee...
Mari saya kongsikan barang apa yang saya pilih dalam sesi game ni.
1
. Rantai Kucing. Semestinya untuk Chokey dan Betty, kucing kesayangan. Then, saya beli loceng extra sebab loceng diorang kerap hilang terutamanya Si Chokey tu.
|
Bergaya laa Chokey dapat rantai baru. |
|
Betty guna warna merah sebab dia asyik main yang merah tu je masa mula mula bagi tengok dia. |
2.
Eiffel Tower Book Stand dan pembalut buku. Untuk buku buku yang dah semakin bertambah. Saya suka balut buku tak kisah buku apa pun termasuk novel sebab nak protect buku tu.
3. Pin Board dan Map Pin. Untuk tukar "WHAT TO DO" section dalam soho. Guna pin board lebih senang buka pasang.
4. PP Board. Untuk projek fail Harry Potter 2019 saya.
5. Barang Kraf. Untuk projek kraf seperti journal, kad ucapan dan sebagainya.
Hook and Loop Pasterner tu untuk projek fail Harry Potter 2019 juga.
6. Alat asas ofis.
|
Gunting kecil yang kelihatan seperti pen. Beli sebab comel je. Lol. |
|
Gam untuk kegunaan kraf dan sebagainya. |
|
Untuk klip barang barang ofis seperti kertas, lukisan dan sebagainya. |
|
Stick note pad ni untuk saya letak kat meja melukis. |
7. Cable Organizer. Untuk kemaskan cable komputer bawah meja. Atas nampak lawa tapi bawah serabut je. So, I need this! Tehee... Satu untuk PC saya, satu lagi untuk Mr.Bee.
8. Puzzle. Hhahaha... Kitorang masih layan tau benda ni walaupun umur dah tak layak dengan benda ni. Ni untuk kitorang pasang sama sama hujung minggu atau masa lapang..
9. Belt. Beli baru sebab yang lama boleh terbuka sendiri. Gilaa kalau terlondeh pula nanti. Wahaha...
10. Dustbin. Hhaaah! Dustbin kat ruang kerja ada satu je. Memandangkan meja kerja saya ada dua so, saya nak satu lagi dustbin. Tak perlu laa susah susah pergi meja sebelah buang sampah.
11. Box. Box ni lawa jadi beli laa... untuk letak lebihan kertas yang digunting tapi masih nak guna. Tak baik bazir kan. Tehee... Sebelum ni, saya letak kat tupperware je kertas kertas.. asal ada tempat meletak.. ahahaha...
12. Gelas. Untuk minum laa kan. Tehee... Satu untuk Mr.Bee dan satu untuk saya. Kuning merah mesti! YyeahhH!
13. Storage basket. Untuk letak barng secara rawak supaya tak bersepah masa buat kerja kraf dan sebagainya. Meja akan lebih kemas laa... meja saya kecil je.
So, total items adalah 33 termasuk kad birthday tak ada dalam gambar. So, dalam 33 items ni, korang rasa cukup tak RM100? Wahaha...
|
Semuanya.. |
Actually, saya failed game ni. Wahahahaha... over RM100. Total semua barang adalah
RM118.32. Over RM18.32. Nak keluar dari MR.DIY pun sebab perut berkeroncong. Kalau belum keluar lagi, saya rasa lagi banyak terlebihnya... Tu pun saya kontrol tak ambil barang dapur, contoh : periuk, mangkuk, pinggan dan etc. Kalau perasan, tak ada pun saya beli notebook atau journal... Sebab tu antara benda yang saya mudah jatuh cinta.
Kalau korang, layan game RM100 ni, korang beli apa agaknya kat MR.DIY?
OK! walau macam mana pun, saya puas hati RM100 boleh beli banyak barang yang saya perlukan kat MR.DIY ni. So, tu dikira sebagai hadiah dari Mr.Bee lah. Vvaaah!
PERSIAPAN INKTOBER 2019
Selesai dari MR.DIY, saya dan Mr.Bee ke KFC untuk menghentikan perut yang berdendang semasa di MR.DIY tadi.. Selesai makan, kami ke kedai yang menjual stationery dalam Ujana Kewangan.
Tujuan saya adalah untuk membeli kertas dan beberapa peralatan melukis yang tak ada dalam simpanan sendiri.. Di hari lahir ni, saya mengambil kesempatan untuk mendapatkan sedikit kelengkapan INKTOBER saya untuk tahun 2018.
Dua tahun lepas (2016) , saya menyertai Inktober buat pertama kali, tema Pokemon. Tehee... Buruk pula tu. First time kan. Tahun lepas (2017) pula saya failed Inktober challenge sebab tak dapat nak spend time melukis sangat. Hhuhu.. So, this year, saya harap, saya berjaya buat 30 buah lukisan untuk 30 hari sepanjang Oktober 2018.
Antara peralatan yang saya beli adalah...
Hhaaah! itu dia... saya akan buat binding book sendiri untuk Inktober tahun ni.
Bacaan : Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017
KEK BIRTHDAY
Selesai dari membeli barang Inktober, Mr.Bee ajak ke lapangan terbang. Saya ingat, dia nak lepak McDonalds sebab kupon McDonalds bulan lepas ada lagi. Rupanya, dia bawa saya masuk Starbucks. Kenapa? Demi kek. Wehehe..
Bersungguh Mr.Bee nak ada kek on my birthday walaupun saya kata tak perlu. Katanya, kedai kek lain dah tutup kita makan kek Starbucks laa sebelum jam 12 tengah malam. Waaaaooowww why sho sweet! Bersemut hati I.. Tehee...
Saya pilih 1 slice kek chocolate je sebab sayang tau kalau tak habis. Kenyang betul dah makan KFC... Kitorang lepak minum, sembang sembang laki bini giteeww.
Selepas tu, kitorang pun menamatkan celebrate birthday tersebut sebelum 12 tengah malam. Kitorang balik rumah. Fuuhhh penat tapi hari yang happy sangat.
Entri Birthday tahun lepas lepas :
2011 : 16 September 2011
2012 : Birthday on Hari Malaysia : 16 September 2012
2013 : My Birthday celebration on 16 September 2013
2014 : Thanks Mr.Fiancee | My Birthday on Hari Malaysia Celebration
2015 : Happy Birthday To Me | Hari Malaysia | 16 September 2015
2016 : Its My Birthday! 26th on 2016
2017 : Sambutan Hari Lahir di Kota Kinabalu dengan Mr.Bee
TERIMA KASIH
Terima kasih suami tercinta yang fullblast effort untuk my birthday. I love you forever. Terima kasih juga my parents dan keluarga yang memberi ucapan dan hadiah. Tidak dilupakan kawan bloggers yang beri ucapan hari lahir serta doa yang baik baik. Psst!
Thanks to knoa for the wish juga. VvaawaahhHHHH!
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk .