SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 21 Ogos 2011

Hari keduapuluh satu di Bulan Ramadhan...

Oh! TIDAK...tolong jangan ganggu rest day or OFF day saya hari ini...hee~ Parkson call saya..terasa betapa berharganya SUNDAY kerana saya rasa rehat saya sangat terhad. Tapi apakan daya saya harus juga mengangkat telefon. Bla bla bla...ok ok ok..then...selamat. Tu je...nasib baik sikit masalah je..

OK..malas nak cerita pasal kerja hari ni...setiap hari saya cerita pasal kerja.Memang lah HANTU RAYA..eh silap HANTU KERJA...hee~ Raya tak lama lagi..tinggal beberapa hari je lagi..mesti ramai yang sudah fikir tentang cuti raya...dan blog saya pun dah ada ketupat dan pelita kat sebelah kiri blog. Nanti dah habis raya saya delete lah kod HTML ketupat dan pelita tu..sekarang biarlah jadi hiasan blog saya yang tak seberapa ni...hehehe...

Aktiviti saya hari ini :

  1. Blogwalking : Terjumpa blog anti kerajaan. Pergh! Siapa yang cinta kerajaan memang telinga berapi tapi asap keluar dari idung...ki ki ki..Malas lah nak cerita politik ni...saya bukan minat bab-bab politik ni. Tak tahu la mana satu betul. Yang saya tahu Tuhan tu satu. Hahaha!
  2. Blogging : Publish post saya yang tersadai kat draft. Heee~
  3. FB-ing : Tak tahu lah sampai bila saya nak berhenti dari berfishbuk ni...setiap hari buka...mungkin tak akan berhenti kot. 
  4. Tolong my mummy : Buat kuih popia udang untuk hari raya...bukan saya je yang tolong. Anak buah saya pun enjoy sekali tolong makan..hahaha~ Sambil makan sambil tolong..Tak tahu lah bertambah atau berkurang kuih tu.
  5. Bersihkan bilik : Bilik saya dah lama tak buat housekeeping. Pergh! boleh tahan jugak! Satu beg plastik hitam saiz besar berisi barang tak perlu lagi...termasuk sampah, kertas dan plastik yang bersemadi lama dalam bilik.
  6. Cuci baju : Nasib baik ada washing machine...cuci baju ni part paling tak berapa nak minat tapi kalau tak cuci tak ada baju nak pakai pula nanti.
  7. Tengok TV : Waaaa...BEST juga ye? lama gila saya tinggalkan TV.
  8. Main dengan kucing : Mandikan kucing dan main ngan kucing..haha..
Kucing paling kecik diantara kucing-kucing yang ada di kawasan rumah saya :p

Aktiviti paling lama saya buat hari ni ialah bersihkan bilik. Banyak harta karun yang lama-lama saya jumpa semula. Harta karun tu saya simpan dalam kotak beberapa kurun. RINDULAH zaman buat koleksi...ki ki ki...antara yang saya jumpa ialah :

  1. Komik Katun (Sekarang saya dah tak baca komik katun. Saya baca buku SERIUS punya. Tapi kalau lepas ni saya beli komik jangan heran la..aura dari kotak komik masuk badan saya balik).
  2. VCD katun (Saya ni gila katun.Sekarang saya dah tak tengok katun.Saya hanya akan tengok bila ada cerita atau movie yang menyampaikan mesej. Ish..skema pula ayat..tapi kalau lepas ni saya tengok katun lagi,penyakit katun datang balik la tu. Siapa tahu, lepas banyak masa terluang untuk hobi-hobi belaka).
  3. Album kenangan (saya memang kumpul gambar..sampai sekarang tak pernah ilang..cuma..sekarang saya tak print out gambar-gambar tu...simpan dalam PENDRIVE je...Tak larat nak print out. Gaji tak cukup. Hahahaha!)
  4. Laptop pertama aku (Waaaa...RINDU kat laptop tu! kalau baiki balik RM1200 akan terbang melayang...).
  5. Handphone (3 biji hanphone model lama tapi masih OK dan masih boleh guna lagi...).
  6. Tabung (Zaman kecik dulu, saya suka main tabung-tabung ni..sekarang dah besar ni guna BANK. Haha!).
  7. SIM Card prepaid (Banyak gila number saya dulu kan...tukar-tukar ikut season. Hahaha...ada Digi, Celcom dan Maxis..sekarang saya tak guna Prepaid dah. Guna POSTPAID sebab malas reload ulang-ulang).
  8. Peralatan melukis (Waaaa..paling tersentuh nampak semua barang melukis...Nanti, In Shaa Allah Tuhan izinkan kita bonding lagi..).

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 15 Ogos 2011

Hari kelimabelas di Bulan Ramadhan...

SOFIE TAK COMEY HARI NI SEBAB SOFIE STRESS!



Awal pagi saya naik bas pergi kerja.Ayah nak hantar tapi tak nak. Nak jalan kaki ke bustop dan tunggu bas.huhu..

Bila dah sampai ofis....

SESI CUCI TELINGA LAGI..

Hati dah kebas sangat dengan bos saya yang sangat demand dan tak tahu betapa susahnya nak catch up 3 department untuk 8 jam bekerja walaupun overtime hingga 10 malam. Saya betul-betul taknak blame sesiapa mahupun bos sendiri. Saya sebenarnya terasa nak high. Faham tak high? Maksud saya, saya ada motivated untuk selesaikan dan betulkan semua yang perlu. Give up bukan pilihan. Saya jenis optimistik dan positif dalam segala hal tapi saya tak pasti.Sangat tak pasti. Betulkah.. saya perlu untuk teruskan?

Apabila dicuci telinga.
Saya iyakan saja.. Malas nak beri excuses atau explain atau seumpama dengannya...Semua datang dari diri saya sendiri. Mungkin tak cukup push diri. Atau mungkin memang tak mampu.

Then, tak sampai sehari pun dalam ofis.

SESI CUCI TELINGA LAGI..again and again.

Apakah?

OK ok ok..potensi saya dah jatuh. Markah saya dah low..spirit pun down..hari-hari sesi cuci telinga..bukan spirit down pasal dicuci telinga tapi terasa diri ni tak mampu angkat kerja ni seorang diri dengan masalah yang tak pernah berhenti. Mana salah buat lagi. Mana salah hantar HQ lagi. Call sana call sini. Kadang-kadang dah malas masuk ofis guna telepon ofis..guna je handphone sendiri yang memang di bawa kesana kemari. Ni pun, saya tahu jadi isu.. sebab tak boleh bawa handphone semasa bekerja. Ofis jauh. Nak telefon HQ kena masuk ofis, buang masa. Banyak kerja nak siapkan. Dalam menyiapkan kerja, saya juga sedang belajar. Bukan bidang kepakaran.

Haa!! Saya juga terima log file yang direspon oleh En.Karim system operator hari ni berkenaan masalah system.. :



"MR.SOFIE...can we close this case?"

Saya tahu nama saya tu macam nama lelaki En.Karim. Hahahahahaha! Tak apa la... sekurang-kurangnya email ni menghiburkan hati.

Perkara kecil boleh menghiburkan hati tau.. :)


Saya cuba untuk terus berdiri kat sini. Saya suka bukan tak suka. Apatah lagi membenci. Cuma, persoalannya, adakah benar, ini tempat saya? Takdir saya selamanya?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Ahad, 14 Ogos 2011

Hari keempatbelas di Bulan Ramadhan...

Perhatian!!

Hujung minggu akan berakhir pada 12am.

Sekian terima Kasih.

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Terasa seperti tak mahu hujung minggu berakhir. Hehe..6 hari bekerja sehari offday begitulah hidup saya setiap minggu.Kadang-kadang offday pun terpacak kat Parkson. Hari ni saya duduk rumah sepanjang hari. Dah berapa minggu saya tak buat aktiviti luar apabila offday. Tak sure la berapa minggu...Pokoknya, hari ni saya duduk kat rumah dan layan blog..Tak habis-habis dengan laptop..

Rindunya dengan Library..suasana library boleh buat saya berjaya membaca muka surat yang banyak! hehe..dah lama tak ajak anak buah pergi Library. Ahad pergi library tak syok! Library buka hanya setengahari. Saya nak lepak library dari pagi sampai petang! Baru la power..solat? tak payah risau. Surau kat library ada. Internet tak payah resah..Wifi ada! Makanan? Lapar? restoren ada di kiri kanan depan belakang library. Toilet? pun ada juga. Perlu kan apa lagi? hehehe...

Mr.Cube Addicted pun dah lama juga tak jumpa. Kalau jumpa dia boleh jumpa magic cube dia sekali..hehe..lagipun, dia ulat buku..saya suka kawan dengan dia! Dia juga rajin temankan saya ke sana kemari hanya untuk mengambil gambar walaupun dia bukan peminat foto.

Pantai pun kira lama juga tak saya lawat sejak basikal rosak. Huhu..nak beli baru rugi..sebab apa rugi? Confirm saya akan jarang pakai. Seminggu sekali pun payah. Siapa yang pakai nanti? Berkarat je dalam stor.

oh ye..tadi petang borak dengan my mummy kejap. Cerita la ni yang saya nak pergi KL November ni..Saya cakap la saya dah beli tiket. Tapi mummy tak percaya pula saya nak pergi KL. Saya serius ni...

My Ticket : KUL - LBN

My Ticket : LBN - KUL
Tak apa la mummy, esok-esok saya bagi tahu sekali lagi. Saya tak main-main ni mummy.. serius sangat akan ke Kuala Lumpur.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Sabtu, 13 Ogos 2011

Hari ketigabelas di Bulan Ramadhan...

Saya terbangun lambat! :p jadi dengan sukarelanya saya bagitahu kat Mak saya yang saya nak pergi kerja guna kenderaan awam je. Sebab? Saya tak larat la nak rush..Mummy and ayah keluar rumah dalam pukul 8.00am lebih..saya pula bangun pukul 7.30am..iron baju pun belum..ish!

Hari ni kan sabtu..Suka! Sebab..saya boleh pakai baju t-shirt..pakai beg sandang..hahaha! Macam budak sekolah? I don't care 😅

Bila dah siap, saya pun naik bas...dalam bas,saya blogging guna handphone..nanti balik rumah, copy je 😁 Sambil berfikir nak tulis apa, saya melontarkan pandangan ke luar tingkap..hah?! Saya nampak kereta seseorang. Kereta bos!

Alamak!!! Saya dah le lambat ni...cepat bas cepat bas...saya betul-betul tak nak dia dulu sampai..tak nak..hahahahaha..bila dah sampai ke Ujana Kewangan, handphone saya pun berdering. BOS CALL! *nangis* Tak jawab nanti kat ofis terkena juga.

OK! Ambil keputusan nekad...saya tak jawab panggilan dia sebab saya tahu dia call nak minta tolong buka staff entrance untuk dia. hee ! Nak buka pintu apa? Saya depan Ujana Kewangan ni. Buka pintu Ujana Kewangan boleh lah. Lepas tu, saya pun cepat-cepat ke staff entrance. Pintu tak bertutup..means, Bos dah masuk ofis..tiba-tiba saya dengar suara bos di belakang. erk! seram sejuk rasa...saya jalan lurus, masuk ofis dan terus buat SOD...

Bila saya keluar dari server room, dia berdiri betul-betul depan saya.

Bos : "Kau kan sofie..aku call kau.. rupanya kau lambat..!"

Sofie : "Sorry bos..sorryyy...!"

Bila dah siap buat routine pagi, Saya pun test POS206 yang ngek ngok tu..haha..saya harap la sangat boleh guna. Sabtu ni ramai orang shopping..then, saya test, ok boleh guna tapi terpaksa offline la..huhu..then, saya check POS205 pula..Tak OK la..Macam mana ye?? Saya pun call hp Mr.Jeff kat Klang untuk minta tolong..Waa...thanks Mr.Jeff..settled! POS205 pun dah boleh guna sekarang.

Lepas tu,saya pun mencari si Q.

Sofie : "Q..!"

Q : "R.."

Sofie : "Ish..."

Q : "Hahaha..kenapa kak?"

Sofie : "tolong kakak buka hard disk? nak hantar pergi HQ.."

Q : "Bukan kakak dah hantar ke hari tu?"

Sofie : "Hahahahhaa!"

Q : "kenapa kakak ketawa?"

Sofie : "Tu POWER SUPPLY la Q...yang kau diam-diam ja apasal?"

Q : "Mana aku tau..aku ingat tu la hard disk.."

Sofie : "Kau tau ke tak mana satu hard disk??"

Q : "Tahu bah.."

Sofie : "Jadi??"

Q : "Hahahhaaha!"

Geramnya saya dengan si Q ni!

Sebelum saya packing hard disk, bos jumpa saya dan tanya, macam mana dengan hard disk yang saya hantar ke Mr.Jeffrey.

Err...saya tak pasti nak buat muka apa..hehe...Sis Naddy senyum-senyum..Kak Fatin pun sama juga..kami bertiga pun tengok muka bos sama-sama..

Bos : "Kenapa kamu ni?"

Sofie : "er...bos...saya kan....err...salah sent barang...erm......"

Bos : "........." mata dia membulat dan buat muka yang macam mana nak cakap ye? muka yang marah tapi speechless...hahaha..saya rasa bersalah sebenarnya. Tapi nak buat macam mana.

Bos : "Saya....saya nak keluar dulu Sofie..malas betul saya nak layan kau ni.."

Saya,Sis Naddy dan Kak Fatin tergelak sikit. Saya tahu bos dah cukup pening dengan masalah saya dengan dunia computer coordinator ni. Dah lah bermasalah dari segi pos kaunter, sales, komputer tak cukup canggih, malah masih guna disket..lepas tu salah hantar pula..huhu..kalau saya jadi bos pun saya yakin, saya bengang. Tapi... terus terang, bidang yang saya cebur main terjun atau gamble ni, hari ni mungkin masih boleh gelak, esok belum tentu.Hari ni mungkin masih boleh bersabar, Mungkin esok saya give up, atau mungkin mental, atau mungkin hanyut dan meninggalkan semua ni.

Lepas tu,saya pun membuang masa dengan membuat kotak sendiri (Buang tebiat - sedangkan ada kotak boleh guna kat stor). Sebenarnya saya nak lari dari masalah sekejap. Nak rehatkan otak. Sebab tu buat kotak sendiri. Seni sangat menenangkan. Semua nampak fine. Yes! inside me nobody understand melainkan teruskan apa yang boleh. Kerja is kerja. Lumrah hidup bekerja. hehe..

Sesi sukat menyukat..
Masa saya sukat menyukat kotak ni, Christina call saya..inform yang dia setengah hari hari ni.. Haha...ni la kes selalu cari dia kalau ada masalah kerja. Dia senior dalam bidang Computer Coordinator. Malah memang 'kakak' mengikut umur kami. Jauh sangat beza kami berdua. Selalu rujuk dan belajar bidang ni dengan dia hingga dia call bagitau bahawa dia tak ada dalam ofis.. Dia memang best..dia baik...Terima kasih sangat-sangat Christ. :)

Hampir siap...
Benda ni la nak masukkan dalam kotak..aish..3 hard disk dalam tu..besarkan? haha..baru safe! :p
SIAP!
^_^
:)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 12 Ogos 2011

Hari keduabelas di Bulan Ramadhan...

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,



Jumaat!! Today is FRIDAY!! Saya patut buat apa hari ni? Saya patutnya hangout dengan kawan-kawan pergi library dan berbuka puasa di SISWAZAH CORNER.

SMS :

"Hanis...sorry...aku tak dapat join..kerja malam T_T"

Huhuhu...dah 2 kali plan tak menjadi.Buat frust je..huhuhu...nak buka puasa dengan kawan-kawan..ramai-ramai..best apa! Takkan tahun ni tak ada buka puasa dengan kawan-kawan-kawan..alaa...

Hari ni saya kerja shift afternoon. Masuk jam satu. Disebabkan hari ni ialah hari Jumaat, saya dengan baik hatinya pakai baju kurung. Muslimah sejati...kikiki...hm...walaupun masuk jam 1pm, tapi saya masuk jam 2pm..sebab? Saya lupa lah pakcik bas pergi masjid semayang jumaat..hehehe..jadi saya turun dari rumah lambat..kononnya  boleh dapat bas awal juga. Kat bas stop baru saya teringat hari ni ialah hari Jumaat, kenapalaa saya keluar rumah lambat pada hari jumaat. Huhuhu...

Lagipun, masa kat rumah saya kusyuk layan hobi..haha..macam tak nak masa berakhir.. Tapi, yelah... dah besar ni, kena pergi kerja.

OK! Actually saya tak nak la cerita panjang hari ni. Saya cuma nak cerita pasal kesilapan saya. Masa saya duduk kat depan MIS PC, saya dapat panggilan luar. Saya tak fikir panjang. Saya angkat je..

Sofie : "Hello.."

Mr.Jeff : "Hello Sofie.."

Sofie : "Ye Mr.Jeff.."

Mr.Jeff : " Barang u dah sampai ar...Sofie itu bukan hard disk..itu Power supply..so i can't do anything.."

Apa perasaan saya time tu ye? Nak gelak ada..malu ada...tensen ada..takut ada..

Mr.Jeff : " So ini barang saya hantar balik sama you lah...then, u send me the hard disk k..u hati-hati buka tu hard disk dan pack properly..ok Sofie?"

Sofie : "Ok Mr.Jeff.."

Mr.Jeff : "Ok...bye.."

Sofie : "Thanks Mr.Jeff..Bye2.."

Hahahahahahahahaha! Aduiii....SOFINAH tak tahu bezakan Hard disk dan power supply?! Hahahaha!

Tensen juga sebenarnya..dah le kena bajet untuk postage kan..salah sent lah pula..adui...lepas tu takut ni..macam mana nak cakap kat bos esok ye?? huhu...memalukan sungguh la you ni SOFINAH..!!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Rabu, 3 Ogos 2011

My Father's Name Is LAMUDIN BIN OMAR

I LOVE YOU AYAH! :)
Dialog 1 : "Sofinah Binti Lamudin? eh? Awak ni anak Tuan Lamudin eyh? Ayah apa khabar?"

Dialog 2 : "Lamudin? Anak HJ.Lamudin ke ni?"

Dialog 3 : "Eh? Inspektor Lamudin punya anak ke kamu ni?"

Dialog 4 : "Sofinah Lamudin? Bapamu ka tu yang di Labuan Supermarket tu?"

Dialog 5 : "Eh? Bapamu ka tu yang selalu ke Kastam tu?"

Dialog 6 : "Lamudin? Lamudin Sg.Bedaun ka?"

Dialog 7 : "Ni anak Lamudin Kg.Sg.Bedaun ka atau Kg.Layang-layangan?"

Macam-macam ada~

Whoever 'lamudin' in your mind..my 'lamudin' is THE BEST OF THE BEST FOREVER..Hehehe..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Selasa, 2 Ogos 2011

AKU DAH BESAR


SEMALAM…dia berkata,

“SOFIE KAU DAH BESAR..DAH DEWASA..KAU BERKEMBANG DISINI..”

AKHIRNYA, kau sebut antonim perkataan yang pernah kau gelar aku.
AKHIRNYA, kau akui aku bukan seperti yang kau sangka.

Aku nampak kau lepaskan aku.
Aku nampak kau biarkan aku.
Aku juga lihat kau percayakan aku.
Aku melihat kau harapkan aku.

TRUST ME THAT U WILL NEVER FRUST!
TRUST ME THAT U SHOULD TRUST!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 1 Ogos 2011

Hari pertama di Bulan Ramadhan...

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,



First Day berpuasa… :) Macam biasa seperti tahun-tahun yang lepas. Saya berpuasa sendirian dalam rumah. Walau apapun, saya akan tetap gembira sebab mak ayah tetap temankan saya berbuka puasa. Kakak macam biasa akan sibuk dengan hal hariannya. Anak buah pula macam tahun lepas juga bertanya,

Fitri : “Bucu ‘kuasa’ ?"

Sofie : “PU-A-SA laa..bukan kuasa…”

Fitri : “Bucu PU-A-SA?”

Sofie : “Puasaaa…Fitri Puasa?”

Fitri : “Kuasaaaa….”

Aduh! Dari tahun-tahun lepas lagi saya ajar cakap ‘PUASA’ bukan ‘KUASA’

Sofie : “Puasa lahh…bukan kuasa…”

Fitri : “Puuu-AAaaa-Saaaa”

Sofie : “Haa..baru lah betul..Fitri puasa tak boleh minum dan tak boleh makan..”

Fitri : “Alaa…sudah Fitri minum tadi..puasa makan saja lah..”

Sofie : “Hahahaha!” 😅

Tak tahu la nak cakap apa dengan budak ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: