SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 28 Ogos 2020

Lukisan Split Watak BB Jane dan Jane Black Diinspirasikan Dari Penyakit Dissociative identity disorder (DID)

Lukisan Split Watak BB Jane dan Jane Black Diinspirasikan Dari Penyakit Dissociative identity disorder (DID)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

13 Ogos, 2020 : Saya meluangkan masa dengan pen dan kertas setelah lama tidak melukis. Saya melukis beberapa buah lukisan. salah satu daripadanya adalah lukisan yang saya kongsikan di Artstagram saya.



Siapa BB Jane?

BB Jane sebenarnya watak rekaan yang saya lukis. Hhaha... Saya sempat guna nama ni as my social media profile name dan dalam dunia gaming. Sekarang saya dah tak guna sebab saya lebih suka orang panggil saya, "SOFIE" berbanding "Jane". Lmao.

Lukisan Split Watak BB Jane dan Jane Black Diinspirasikan Dari Penyakit Dissociative identity disorder (DID)

Pertengahan tahun lepas, saya mula melukis watak ni dalam beberapa versi. Saya beri nama "BB Jane" sempena nama watak Patrick Jane dalam TV Series Mentalist. Mentalist merupakan siri penyiasatan pembunuh bersiri yang suka meninggalkan jejaknya setelah melakukan pembunuhan. Saya letak BB a.k.a Baby depan Jane sebab watak saya lukis ni perempuan. Patrick Jane dalam Mentalist pula adalah lelaki. Saya lebih kerap guna "BB" berbanding "Baby"

Kebetulan, nama "BB Jane" wujud dalam movie tahun 1962 yang bertajuk, "What Ever Happened to Baby Jane?". Pernah tengok sekali movie tu... movienya agak saspen juga. Movie psikologi.



Sejak tahun lepas, saya dapati lukisan saya semakin weird. So, saya stop for a while because saya takut ada orang kata i'm unwell. Korang tentu faham apa maksud saya. Haha... Tapi, saya sebenarnya berasa agak selesa dan sangat feeling good dengan lukisan yang agak horror, weird, abstrak dan surealisme.

To be honest, some of them (drawings) have a story tapi apabila ia diolah dalam bentuk lukisan sureal, ia agak menimbulkan maksud yang aneh bagi segelintir orang. Saya pernah kongsikan beberapa lukisan di media sosial tahun lepas tetapi berakhir dengan menekan butang padam. Hhaha...

Beberapa hari yang lepas, saya merasa begitu peace melukis walaupun lukisan tu pelik. Tambah pelik atau horror, tambah buat saya puas hati melukisnya. Kalau korang pernah belajar Pendidikan Seni semasa di bangku sekolah, pasti korang ingat mengenai lukisan sureal yang agak tidak masuk akal. Dorothea Tanning merupakan salah seorang daripada pelukis sureal yang blowing my mind! She was crazy... Wahahaha...

Setelah berfikir panjang panjang, saya rasa lukisan tu bukan weird tapi unik. So, I think, it is okay to be weird. Let's do more weird! Lol...

Siapa Jane Black?

Jane Black adalah alter personality kepada BB Jane. Dia adalah alter kedua BB Jane. I'm not sure... maybe oneday... I would draw more alter personality of  BB Jane. Buat masa ni, double personality is enough

Jane Black tak macam BB Jane. Watak dia agak dark and more pain. She's rebel and maybe... little bit brain damage... hm...

Maksud disebalik lukisan Split

Setiap individu pasti ada bright (positive side) dan dark (negative side) masing masing. It is like, perangai kadang macam setan, kadang macam malaikat (Psstt... don't lie to yourself). Tapi, setiap individu In Shaa Allah memilih untuk menjadi positif dan memilih untuk menjadi versi terbaik. Bila ada manusia yang berjaya menyembunyikan sikap negatifnya dalam bergaul, bersosial, dan sebagainya, jangan gelar mereka sebagai hipokrit. Itu bukan hipokrit. Mereka berjuang untuk menjadi lebih baik. Ada masa, term "Be Yourself" tu biar kena pada tempatnya.

Design baju sendiri - Design Your Own Gifts

Jadi, lukisan ni boleh juga dianggap sebegini. Setiap manusia ada perangai positif dan perangai negatif tapi kita yang memutuskan untuk nak jadi yang mana satu.

You also can say, lukisan Split mungkin mengisahkan seseorang yang ada masalah dalaman. Contoh, seseorang yang mempunyai masalah depression (kemurungan). Kemurungan merupakan penyakit mental yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi kita boleh lihat beberapa gejala pada pesakit yang mungkin ada kebarangkalian menghidap penyakit tersebut. Mereka pasti mengalami so much pain!

Setiap lukisan ada kisah dan maksudnya yang tersendiri. Hanya individu tertentu sahaja yang boleh faham. Ada masa, orang yang boleh relate sebab mungkin dia sedang mengalami kisah disebalik sebuah lukisan atau mengingatkannya tentang sesuatu yang pernah berlaku dalam hidupnya... Mungkin. Ada orang, melihat sebuah lukisan sekadar lukisan.

Design Baju Sendiri - Design Your Own Gifts


Lukisan Split diinspirasikan dari penyakit Dissociative identity disorder (DID)

Inspirasi lukisan Split sebenarnya lebih kepada penyakit DID. Penyakit personaliti yang banyak dan berubah ubah. Selain daripada dikenali sebagai Personality Disorder, penyakit ini dikenali sebagai Multiple Disorder.

Sudah pasti ramai yang berfikir, "Oh, saya kat rumah lain personaliti... kat tempat kerja saya jadi lain...Kat rumah saya jadi pendiam, kat tempat kerja saya jadi peramah pula..."  ada pula yang kata, "Saya kat rumah, pakai baju seksi gila...kat luar saya berpakaian sopan gila gila...Jadi personaliti saya beza beza ikut tempat."

Hhaha...bukan. Bukan macam tu penyakit ni. DID adalah penyakit mental yang lebih menakutkan dari itu tapi mereka bukan gila. Mereka baik baik sahaja. Mereka cuma sakit. Sama macam pesakit kanser di mana mereka menghidapi sakit kanser dan perlukan rawatan dan penjagaan. Begitu juga pesakit DID, mereka penghidap penyakit personaliti yang berubah ubah dan mereka menjalani rawatan dan pengambilan ubat ubatan serta pergi ke sesi terapi jika perlu. Hal ini untuk mengawal personaliti yang tidak diingini.

Pesakit DID, mereka mempunyai pelbagai personaliti lebih dari satu. Bukan sahaja ada dua personaliti tetapi boleh jadi lebih banyak. Mungkin 10 personaliti? Mungkin 15? 16? 100? Personaliti mereka boleh terdiri daripada pelbagai lapisan umur dari kanak kanak hingga dewasa. Personaliti mereka juga bervariasi dari personaliti lemah hinggalah yang paling kuat. Malah, boleh terdiri daripada bukan manusia.

Memilih lukisan Split sebagai cetakan di t-shirt, button bagde, mug, base ball cap dan sebagainya.

Lukisan Split merupakan lukisan kegemaran saya pada tahun ni (2020), jadi saya... mengambil keputusan untuk personalized t-shirt, topi, dan button badge menggunakan lukisan ni. Di bawah merupakan beberapa idea yang sedang saya buat dan tempah.

Design Baju Sendiri - Design Your Own Gifts

Design Tshirt Sendiri - Design Your Own Gifts

Sekiranya korang nak buat t-shirt, topi, cawan, dan keychain menggunakan design sendiri, korang boleh ke laman web Printcious. Saya akan update lagi berkenaan lukisan Split di printing ke tshirt setelah bungkusan sampai ke tangan saya nanti.

Design Your Own Gifts

Menjadi designer di Printcious

14 Ogos, 2020 : Saya officially menjadi designer untuk Printcious dan saya menggunakan watak BB Jane dan Jane Black untuk kedai online tersebut. Buat masa ini belum ada apa apa produk tapi I'm on it.


Design sendiri hadiah anda - Hadiah Istimewa Untuk Anda

Saya akan kongsikan dengan korang latest update mengenai kedai online Sofie Luthor nanti. Okay!

Sampai di sini dulu blogpost berkenaan lukisan. Terima kasih kerana membaca.

Jumpa lagi di artikel seterusnya.

Hashtag : #BajuDesignSendiri, #Printcious , #DesignYourOwnGifts , #DesignHadiahSendiri , #HadiahIstimewa

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share: