Menyihatkan Kolon dan Memulihkan Kulit Dengan Kitsui White Berries Tanpa Gula | Sesuai Untuk Mereka Yang Mengamalkan Makanan Tanpa Gula
Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,Jika korang perasan, pada 23 September 2019, saya ada memuat-naik foto saya dengan satu produk. Nama produk tersebut ialah KITSUI WHITE BERRIES. Jadi, sekarang dah bulan Disember. Maksudnya, saya dah menggunakan produk ni selama 2 bulan lebih. Saya menggunakan produk ni sebab produk ni selain daripada nak menyihatkan kulit, ia boleh menyihatkan kolon kerana ada fungsi menyeimbangkan bakteria dan pertahanan sistem imun badam. Malah ada fungsi detoksifikasi. Macam mana KITSUI ni boleh ada fungsi detoks pula? Sebabnya, dalam produk ni mengandungi Buah Monk. Jadi, buah Monk ni yang 'menjalankan tugas' dia untuk membuat proses 'mencuci' a.k.a detoks tu. Bukan hanya nak cantik cantik je gitu..Tehee! OK! Teruskan membaca, saya akan kongsikan lebih lanjut lagi.
Pembungkusan Produk
Pembungkusan produk dia ringkas dan ringan sahaja.Tak ada la rumit sangat. Tak menggunakan kotak. Memang produk ni fokus dia adalah fungsinya. Bukan sekadar luaran semata mata. Hhaaah! Boleh tengok kat dalam video di bawah ni untuk melihat pembungkusan dia, macam mana rupa dalam dia, dan apa rupa dia bila dah jadi minuman. Ada kan orang yang nak tahu sampai teliti macam ni sebelum mencuba dan membeli produk? Wahahaha... Macam saya laa tu. Oh ya! Warna produk ni merah jambu lembut. Ala ala kawaii lah gitu. Comel!Tentang Produk
Kitsui merupakan produk daripada GEMINI BEAUTY REASOURCES (M) SDN. BHD. Boleh di dapati di Watsons. Saya yakin sangat tempat ni adalah tempat kegemaran perempuan perempuan yang suka cantik. Betul tak? Tak kurang juga dengan mereka yang suka mendapatkan produk kesihatan satu keluarga. Jadi, Sesuai sangatlah kan. Harga pun memang jarang mengecewakan. Mampu milik kalau kat sini. Dalam satu paket, ada 20 sachet kat dalam. Bolehlah untuk 20 hari pengambilan. 1 hari, 1 sachet.Kelebihan Produk
Tanpa Gula dan Rasanya
Bila sebut produk tanpa gula, apa yang korang biasa fikirkan? Rasanya dia tak sedap kan? Wahaha. OK! Tak sama macam Kitsui White Berries tau. Walaupun tanpa gula, tapi rasa dia sedap dan masih manis. Kenapa tanpa gula tapi produk ni manis? Boleh baca sampai habis, korang boleh tahu dari mana datangnya rasa manis tu. Rasa produk ni dari ramuan asli membuatkan rasanya sangat sedap. Bagi yang sedang dalam mod diet atau sedang dalam proses menurunkan berat badan, Kitsui ni sangat sesuai sebab tanpa gula. Tak perlu risau berapa kandungan gula atau kalori korang bertambah satu hari. Jangan risaulah.Ramuan dan Kelebihannya
Sebut mengenai ramuan produk ni, bahagian ni adalah bahagian paling saya suka dalam mengongsikan produk ni sebab ada buah monk.Senarai ramuan produk :
1. Maltodektrin - Maltodektrin adalah serbuk putih yang diperbuat daripada jagung, beras, kanji kentang atau gandum.
2. Serbuk Jus Acai Beri - Acai beri adalah buah yang hampir menyerupai buah anggur dan bewarna ungu gelap kemerahan. Sering ditemui di hutan hujan Amerika tengah dan Selatan. Rujuk gambar di di bawah.
3. Vitamin C - Nutrisi.
4. Serbuk Jus Ubi Bit - Sejarah mengatakan, ubi bit ditemui di Netherlands, Thebes dan mesir. Rujuk gambar di bawah.
5. Acid Sitrik - Asid sitrik adalah asid organik berformula kimia C6H8O7. Ia terhasil secara semulajadi di dalam buah sitrus.
6. Guar Gum - Guar gum juga dikenali sebagai Guaran. Guar gum dibuat dari kacang kacangan yang dipanggil kacang guar. Guar gum biasa digunakan sebagai makanan tambahan di dalam banyak jenis makanan proses.
7. Trikalsium Phosphate - Trikalsium Phosphate merupakan garam kalsium yang terdapat di dalam kebanyakan makanan tambahan.
8. Asid Alfa Lipoik - Kebiasaannya, asid alfa lipoik ini diperbuat daripada haiwan dan ia sangat penting untk metabolisme aerobik.
9. Buah Monk - Buah monk dikenali juga sebagai Luo Han Guo. Buah monk berasal dari China Selatan dan juga Thailand Utara. Rujuk gambar di bawah.
Kelebihan Serbuk Jus Acai Beri
Acai beri mempunyai nutrisi yang unik kerana ia tinggi dengan lemak tetapi kurang kandungan gula. Hasil kajian dari Venezuela, acai beri mengandungi mineral. Acai juga kaya dengan antioksidan. Selain itu, acai juga boleh mengatasi kesan kerosakkan keradangan dan pengoksidan di otak dan membantu merangsang tindak balas 'pengemasan' otak.Kelebihan Serbuk Jus Ubi Bit
Kajian mengatakan, ubi bit mengandungi kepekatan nitrat yang tinggi dan mempunyai kesan dalam menurunkan tekanan darah hanya dalam beberapa jam sahaja. Ubi bit juga boleh meningkatkan prestasi atletik. Ramai atlet yang mengambil ubi bit dalam diet mereka. Terdapat dua kajian mengatakan bahawa mengambil 500ml jus ubi bit sehari dalam masa 6 hari boleh melanjutkan masa untuk merasa keletihan semasa bersenam dengan jenis senaman yang berintensi tinggi sebanyak 15% hingga 25%, iaitu boleh meningkatkan 1% hingga 2% dalam prestasi keseluruhan.Selain itu, ubi bit juga boleh membantu meningkatkan kesihatan penghadaman kerana ubi bit mengandungi sumber serat. Malah, ubi juga boleh membantu dalam penurunan berat badan kerana ubi bit mempunyai kandungan kalori yang rendah tetapi tinggi kandungan air.
Kelebihan Buah Monk
Buah monk atau dikenali sebagai Lo Han Guo adalah buah yang berasal dari China Selatan. Ia diberi nama buah monk sempena monk yang pertama menanam buah tersebut berdekad yang lalu. kelebihan buah monk dalam kesihatan lebih dikenali sebagai ubat ubatan tradisional Cina sejak berpuluh puluh tahun yang lalu. Akhirnya, kelebihan dan khasiat buah monk kini semakin diketahui. Manisan buah monk diperbuat melalui ekstrak buah monk yang dikeringkan.Kemanisan ekstrak tersebut adalah 150 hingga 250 kali ganda manis daripada gula biasa. Sebab tulah produk KITSUI ni manis walaupun tak ada kandungan gula. Walau bagaimanapun, mengapa manisan buah monk begitu dikagumi adalah kerana, walaupun ia begitu manis tetapi ia didapati mempunyai KOSONG kalori dan karbohidrat. Ia juga tidak meningkatkan tahap glukosa dalam darah. Untuk pengetahun bersama, pemanis dari buah monk tidak ada kesan sampingan seperti gas, kembung perut atau reaksi alahan.
Ciri ciri antimikrob yang ada dalam buah ini membantu mengekalkan keseimbangan bakteria dalam usus yang menjaga sistem ketahanan badan. Apabila bakteria dalam usus seimbang, maka usus kita akan sihat dan membantu menyelesaikan masalah penghadaman.
Di samping itu juga, antioksidan dari buah ini boleh melawan radikal berbahaya yang boleh menyebabkan penyakit. Buah ini juga menghalang dari kerosakan DNA dan meningkatkan imun tubuh badan.
Buah ini juga berfungsi dalam melindungi masalah hati (bukan masalah hati emo emo tu pula korang... Hhahahaha). Ni organ hati maksudnya. Buah ini mengandungi satu nutrisi di mana ia boleh memecahkan kolestrol dan mengelakkan kerosakan oksidatif. Ia boleh mengaktifkan semula enzim antioksidan hati seperti superoxide dismutase dan glutathione peroxidase di mana ia memainkan peranan dalam detoksifikasi.
Hhaaah! Begitulah kelebihan dan khasiat produk ni korang. Macam mana? Mesti korang pun suka dengan fakta buah monk yang menjadi kandungan dalam produk ni kan? Cara pengambilan produk ni, 1 hari 1 sachet. Sebelum sarapan atau sebelum tidur di mana perut kita masih kosong. Selepas minum produk ni, jangan lupa minum air secukupnya untuk kesan yang terbaik. Kalau tak ambil mana mana produk pun, kita wajib tau minum air secukupnya. Tehee! Cara nak membancuh Kitsui ni ada dalam video kat atas, kalau nak tengok secara visual. Caranya, campurkan 1 sachet ke dalam air suam sebanyak 100ml sahaja. Goncangkan dan boleh diminum terus. Nak sejuk, boleh juga. Letak kan ais seketul dua kat dalam air tersebut. Vvaaah! Giteww...
Seperti yang saya ceritakan tadi, produk ni boleh didapati di Watsons yang berdekatan dengan tempat tinggal korang atau....korang boleh juga mendapatkannya secara atas talian.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk :Sila layari website www.kitsui.com.my/noaddedsugar
Terima kasih kerana singgah ke blog ini dan membaca.
Semoga bermanfaat dan jumpa lagi, my sugarpeeps!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism
30 Kata-kata Dari Teman:
Waalaikumussalam. Menarik sangat produk ni. Bahan pun tumbuh2an 😁
Ha'a... tumbuhan tumbuhan ramuan Kitsui ni..
kalau produk berasakan beri memang bagus..tapi tang takde gula tu lagi bagus..sesuailah kalau yang imnginkan penampilan cantik secara semulajadi..boleh try survey nanti..
buah ni memang dah ada gula sendiri kan so tak payah nak risau dah kalau tak ada gula dalam bahan sebab dah manis dah. Banyak ramuan dari bahan alam semulajadi yang berkhasiat.
Pertama kali dgr buah monk. Ubi bit da pernah try tapi sis tk sesuai muntah2. Tk pastila kalau masa makan tu badan tgh tk sihat. Next nk cubalah produk Kitsui.
Walaupun product tanpa gula, gula semula jadi dari buah dpt kita rasai. Sometimes product mcm ni sedap juga. Menariklah. Nnti pergi watson boleh survey tgk hehe
Wahhh nanti pergi watson boleh survey.
Product mcm ni sometimes sedap sebab still rasa gula semula jadi dia yg datangnya dari buah. Bagus product mcm ni memberi manfaat pada pengguna
elok la tanpa gula, sofinah.
manisnya dtg dari buah2an tu kan.
kat watson? hmmmm mudah ler aida nak membelinya.
Kesihatan kolon memang penting dalam menjaga kesihatan diri secara keseluruhan. Rawlins pun mengamalkan penjagaan kesihatan kolon agar lebih sihat. InsyaAllah
thanks sharing. monk fruit mmg bagus. cumanya kena pastikan semua ramuan tu adalah selamat untuk jangkamasa pendek dan panjang
Menarik tengok produk ni. Packaging pun comel je.. Produk takde gula tu bgus.. Mesti sedap ni
Bagusnya produk ni tak ada gula. Sesuai untuk consume tanpa perlu risau kandungan gula. Lagipun bahan-bahan lain tu pun memang banyak khasiat dia kan
Hah produk yang tak ada kandungan gula ni memang bagus untuk kesihatan. Nak nak ada bahan lain yang digunakan punya khasiat tersendiri
Kak Fas salute pada sesiapa yang rajin makan suplemen begini untuk kesihatan cuma Kak Fas ni masih berfikiran tak mau makan apa apa kecuali ubat haha... old school huhu
comelnya packaging dia. sekali tengok ingatkan Kitsui White Berries Tanpa Gula ni sabun tadi. bila baca betol2 oh suppliment berkhasiat rupanya
Betul Farhana...tu lah kelebihan buah Monk...Sebab tulah produk KITSUI ni manis walaupun tak ada kandungan gula.
Sis Bella makan Ubi Bit tu macam mana? Hehe... Saya sendiri tak pernah jumpa/makan ubi bit. Minum kitsui ni je pernah. Sama lah kita baru kenal dengan buah monk. Kenal pun sebab Kitsui white berries ni.
Betul tu sis farah... Kitsui White Berries ni rasa dia sedap je. Tak ada rasa pelik pelik.
Hehehe...betul sis Aida... Senang je nak dapat ni. Boleh cari kat Watson. Kalau nak lagi senang, boleh order secara online kat website Kitsui Beauty Malaysia.
In Shaa Allah bro... Kesihatan kolon ni penting. Kalau ada masalah sembelit tu kena atasi secepat yang mungkin. Boleh je try Kitsui White Berries ni. Rasa dia pun okay. Senang nak dapatkan juga.
In Shaa Allah selamat sis... pastikan minum air masak banyak banyak selepas minum Kitsui White Berries...untuk menjaga kesihatan buah pinggang. Semua jenis supplement wajib minum air masak banyak.
hahaha...comel kan Kak Nad. Saya suka warna dia. Haa... ya betul. Produk tanpa gula tu memang bagus. Kalau nak diet sesuai consume ni. Tak perlu risau kalori bertambah.
Iya betul.. In Shaa Allah ada benefit dari bahan lain.
Betul kak Mimie. Kitsui White Berries ni tanpa gula tambahan tapi tetap sedap juga.. Kalau yang diet tu tak perlu risau tentang jumlah kalori sebab buah monk ni unik; walaupun manis, tak ada jumlah kalori dan karbohidrat (kosong).
Tak apa kak Fas... masing masing ada cara masing masing untuk menjaga kesihatan. Supplement ni makanan tambahan Kak Fas. Faham faham la zaman moden ni, hehehe banyak sangat fast food. Kadang tak ada masa pun nak cari makanan sihat untuk makanan setiap hari. Ni saja la cara untuk jimat masa bagi mereka yang sibuk bekerja dan kejar masa tu. Kalau ubat ubatan tu, saya rasa perlu tau kalau dah sakit, tak boleh tidak...
hahahaha... kann? warna dia tu pun mirip dengan packaging sabun. nama Kitsui White Berries tu pun , kalau tak ada "Berries", agaknya orang ingat something else. Tapi tu lah... nama sabun zaman sekarang ni ada juga kan guna nama buah buahan...
Kandungan bahan semula jadi mmg AM nak cuba jugalah produk Kitsui ini. Kebersihan kolon mmg harus diutamakan..
Betul AM... pelbagai penyakit boleh trigger kalau kolon tak sihat + tak detox. Semoga kita semua dijauhkan penyakit berbahaya. Amin.
Kalau produk dari bahan semulajadi ni memang orang perempuan suka lah hehehe tambah kalau untuk kecantikan wakakakak kita orang laku tengok jer tak ada ker untuk orang laki punya....
Aits... Bro Maha ni bukan untuk perempuan je tau... lelaki pun boleh minum...fungsi dia bukan untuk kaum wanita je Bro Maha..Hhehe...
Catat Ulasan