SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 29 November 2021

CC Cream Ajaib dan Tidak Akan Menyumbat Pori-Pori

CC Cream Terbaik Tidak Akan

Menyumbat Pori-Pori

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Kalau sebelum ni saya berkongsi cerita mengenai CC cream dari Hansaegee yang tidak mempunyai masalah bercapuk dan wajib memakai CC cream dalam rumah, kali ni saya nak kongsikan lagi mengenai produk kesukaan saya ni dari aspek yang lain pula.

Sebelum tu, saya nak jelaskan dulu kenapa kita perlu memakai CC krim walaupun kita berada dalam rumah. Ya betul you! Walaupun kita tidak keluar jemur baju. Walaupun kita suka berkurung dalam bilik. Hhahaha... tetap kena pakai juga apatah lagi kalau kita keluar rumah.

Sebelum ni, saya ada cakap, UV boleh masuk daripada tingkap. Tapi saya nak bincangkan hal ni lebih terperinci kali ni. Ye lah... nak buat macam mana kan kalau dah cahaya matahari masuk dari tingkap. Malas nak fikir katanya. hikhikhik... ada kan macam tu? sebab rasa tak selesa pakai CC krim tu sebenarnya kan?



Saya nak bincangkan secara terperinci dan lebih serius mengenai pemakaian krim di dalam rumah untuk penjagaan kulit. Sayang kulit kan? Saya tak percaya akan wujudnya orang yang tak sayang kulit. Cuma wujud orang yang belum belajar ilmu penjagaan kulit sahaja rasanya.

Memang ramai yang tahu kita perlu memakai CC krim disebabkan nak melindungi kulit daripada cahaya matahari. Agar kulit tidak rosak. Tapi, ramai yang belum jelas rosak yang macam mana? CC krim boleh membantu sangat banyak dalam penjagaan kulit wajah termasuk mencegah dari penyakit kanser kulit.

Dulu, saya pun tidak begitu serius menjaga kulit. Sambil lewa sahaja. Lagipun kurang ilmu kecantikan dan kesihatan kulit. Alhamdulillah ada peningkatan ilmu tentang kulit dah sekarang. Apabila saya tahu bahawa cahaya matahari bukan sahaja buat kulit jadi gelap tapi boleh buat kita mengalami penyakit kulit. Lebih awal kita sedar akan kepentingan menjaga kulit, adalah lebih baik.

Disebabkan saya pengguna Gold Nano CC Cream dari Hansaegee, jadi saya bincangkan kelebihan CC cream yang saya gunakan, okay. Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni banyak kelebihan yang buat saya sangat suka dan berpuas hati selain dari segi membantu saya melindungi kulit. Mari kita teruskan ke perbincangan CC krim ni.

UVA dan UVB Yang Masuk Dari Tingkap

UVA dan UVB yang masuk dari tingkap rumah boleh membuatkan kulit kita mengalami proses penuaan yang cepat. Sebab tu kalau boleh belajar lah menggunakan CC krim seawal yang boleh walaupun kita rasa kulit kita masih banyak kandungan kolagen semulajadi. Tahu tak? Kolagen tu boleh cepat berkurangan kalau kita terlalu membiarkan kulit tanpa perlindungan CC krim? Sebab terlalu terdedah dengan cahaya matahari.

Apabila kulit terdedah dengan sinar UVA dan UVB yang perpanjangan akan mengakibatkan kerosakan kulit yang sukar untuk dibaiki kelak. Lebih baik mencegah berbanding memulihkan. Betul tak? Walaupun bagi kita penyakit kanser kulit itu melampau untuk dikaitkan dengan tidak memakai CC krim dalam rumah tetapi, sekurang-kurangnya kita berusaha sebaik yang boleh. Jangan sesekali diabaikan selain dari gaya hidup sihat.

Saya sentiasa memakai Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ketika keluar rumah dan di dalam rumah sebab CC krim ni mempunyai perlindungan matahari SPF 50 PA+++. SPF 50 merupakan untuk melindungi kulit daripada kulit menjadi gelap, sunburn, dan penebalan luar kulit. Manakala PA+++ pula berfungsi melindungi kulit dari UVA tinggi.

Berhati-hati Dalam Memilih CC Krim

Tidak mengandungi bahan merbahaya

Dalam penjagaan kulit menggunakan CC krim, jalan lupa untuk memilih krim yang terbaik dan selamat. Sangat penting mengetahui produk CC krim yang kita pakai tidak mengandungi bahan-bahan yang bahaya.

Muslim friendly

Kalau boleh cari produk yang diekstrak dari bahan yang semulajadi seperti Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature yang saya gunakan sekarang ni. CC krim jenama ni tidak mengandungi Paraben, tidak juga mengandungi Alkohol dan bahan-bahan yang dilarang dalam Islam. Sebab tu saya selalu guna CC krim ni.

Tidak blocking lubang pori-pori

CC krim Gold Nano Hansaegee tidak akan blocking lubang pori-pori apabila kita memakainya kerana teksturnya yang diciptakan untuk tidak menyumbat pori-pori yang berfungsi mengeluarkan minyak muka dan peluh.

Pastikan menggunakan CC krim yang terbaik seperti ini kerana apabila lubang pori-pori kulit kita tersumbat, akan mengakibatkan pengeluaran jerawat, mengalami blackheads atau whiteheads kerana kegagalan pengeluarn peluh dan minyak muka dari lubang pori-pori.

Jerawat yang banyak membuatkan keyakinan diri menurun dan berisiko berparut jika jerawat itu tidak dirawat dengan cara yang betul. Sekaligus, pori yang tersumbat mengakibatkan kulit menjadi kusam dan kelihatan tidak bermaya.

Bagi saya, menggunakan CC krim jenama Hansaegee sangat mudah dan ringkas berbanding menggunakan CC krim jenama lain sebab selepas menggunakan skin care harian, boleh sahaja touch up menggunakan CC krim ni tanpa rasa risau susah nak remove semasa nak solat. Pakai tisu basah sahaja dah tanggal. Malah berfungsi memberikan kelembapan kepada kulit selain melindungi kulit dari UV.

Gold Nano CC Cream Menjadi CC Krim Kegemaran dan Kenapa?

Senang remove

Senang nak buang. Macam yang saya tulis kat atas, pakai tisu basah sahaja muka dah bersih. Tak perlu susah-susah nak gunakan make-up remover. Lebih-lebih lagi bila nak solat tu. Kan leceh bila nak ambil air wuduk terpaksa make-up remover lah, kena cuci muka pula. huhuhu... Kalau kebetulan tak banyak masa, kelam kabut pula dibuatnya.

Masalah  Pori-Pori Besar

Masalah lubang Pori-pori besar biasanya membuatkan kita rasa tidak selesa dan rasa malu. Sebab tu kita selalu nak gunakan foundation dengan harapan lubang pori tidak akan kelihatan. Jangan risau, Gold Nano CC Cream pun boleh menutup pori-pori agar wajah kelihatan halus. Kalau dah pakai CC krim ni dan tak nak jadikannya sebagai base make-up pun tak ada masalah. Lihat gambar kat bawah ni.


Terdapat beberapa punca lubang pori-pori membesar. Antaranya adalah penggunaan make-up atau skin care yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya. Sebab itulah pentingnya mengetahui bahan kosmetik yang kita gunakan agar kulit tetap terjaga dengan baik. Gold Nano CC Cream mengandungi bahan semulajadi dan tidak mengandungi bahan terlarang. Saya sentiasa rasa selamat mengguakan krim ni. Sebab tu sampai sekarang saya masih setia memakai krim ni. hehe.

Selain itu, lubang pori-pori membesar juga akibat terlalu kerap terkena cahaya matahari. Apabila kulit terdedah dengan sinar UV dari matahari secara berlebihan boleh mengganggu proses produksi kolagen kulit. Pengeluaran kolagen secara semulajadi yang semakin kurang boleh membuatkan fungsi kolagen menjaga pori-pori lebih rapat akan turut terganggu.

Hal ini kerana kolagen juga berfungsi untuk kulit kekal tegang. Apabila pengeluaran kolagen semakin menurun akibat sinar UV, maka lubang pori-pori akan membesar akibat kulit yang sudah mulai kendur akibat kehilangan kolagen yang banyak.

Packaging dan twist lock cover

Yang tengok gambar mesti awal-awal lagi dah terfikir pasal hal ni kan? Gold Nano CC Cream Hansaegee ni menggunakan botol yang berpenutup style twist lock. Bukan penutup yang main cabut. Jadi, bila bawa ke mana-mana dalam beg, tidak risau langsung terkeluar atau terpicit. Jadi, risiko beg kotor dan pembaziran boleh dielakkan.


Botol pun jenis botol yang nipis dan kecil. So, ringan dan senang nak bawa walaupun handbag yang dipakai masa tu kecil.

Senang nak pakai

Krim ni senang sangat nak pakai. Gunakan jari sahaja dah memadai. Tak perlukan berus mahupun sponge. Hanya gunakan jari sahaja pun dah cukup untuk meratakan warna kulit. Jadi, nak touch up senang. Tak perlu nak bawa banyak peralatan make-up dalam beg. Hehehehe...

Balance skin tone

Tona kulit akan balance tanpa khuatir masalah kod warna sebab krim ni mempunyai teknologi yang boleh mengikut warna kulit kita secara automatik. Saya dah lama tak shopping CC cream yang ada kod warna sebab dah begitu serasi dengan produk ni.



Glowing / Flawless

Saya dah cerita dalam blogpost sebelum ni di mana CC krim ni sangat-sangat tidak sama dengan krim yang lain. Wajah akan tetap glowing walaupun kita berpanas. Muka bukan nampak berminyak tapi nampak glowing yang natural. Saya selalu juga menggunakan CC krim ni sahaja tanpa menggunakan make-up lain. Walaupun hanya CC krim tetapi sudah cukup menutup cela dan melindungi kulit dari cahaya matahari.

Mempunyai perlindungan matahari SPF 50 PA+++

CC krim ni bukan sahaja meunutup cela wajah dan membuatkan wajah kita nampak glowing dan kemas. Tetapi berfungsi melindungu kulit dari cahaya matahari juga. Malah bukan perlindungan cahaya matahari yang biasa kita gunakan. Ia juga mengandungi PA+++. PA+++ merupakan teknologi yang mampu melindungi kulit daripada UVA tinggi. UVA bermaksud cahaya ultraviolet di mana ia merupakan gelombang yang panjang dan mampu menembusi kulit yang dalam.

Perlukah sampai nak pakai CC krim yang mengandungi PA+++ dalam Malaysia ni? Sebenarnya perlu. Kat mana-mana pun perlu. Kenapa terjadinya UVA tinggi?  Ia berpunca daripada penipisan ozon bumi akibat pencemaran dan aktiviti manusia. Semakin menipis ozon bumi, semakin berisiko kulit menjadi rosak dan mendapat penyakit kulit.

Tak ada Masalah "Tidak selesa pada muka"

Tekstur krim ni sangat ringan dan tidak melekit. Sebab tu saya tak pernah tukar jenama krim lain. Walaupun saya hanya bekerja dari rumah, saya tetap pakai CC krim ni. Apatah lagi kalau keluar rumah. Tak kisah lah keluar sekejap sahaja atau pun lama. Saya akan pakai setelah selesai menggunakan skin care saya.

Tempah Online

Seperkara yang paling saya suka adalah apabila stok krim dah habis, saya tak pening kepala nak berfikir kod wana salah kalau tempah secara online. Pernah tak nak beli semua kod gara-gara nak beli online? HHhahahaha sebab kan tak boleh nak cuba. Jenuh lah macam tu kan. Tak kira warna kulit kita jenis apa. Pakai CC krim ni selesai masalah takut kod warna salah.


Lagi pun zaman sekarang, zaman virus di mana-mana. Memang orang suka dan selesa sangat membeli secara atas talian. Lebih selesa dan selamat. Senang je nak dapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni.

Korang boleh je layari laman sesawang Hansaegee Nature.

www.hansaegee.com/shop

untuk lebih banyak maklumat mengenai produk Hansaegee, boleh laa melayari media sosial mereka.


Instagram : https://www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
Tiktok : https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Khamis, 4 November 2021

Bagaimana Cara Untuk Mengubah Hidup Anda?

Bagaimana Cara Untuk Mengubah Hidup Anda?

Bayangkan kehidupan anda di hari yang sempurna. Anda terjaga dari tidur dengan senyuman di wajah anda. Nikmati sarapan dengan pemandangan laut yang indah. Rumah anda dipenuhi dengan kasih sayang dan cahaya. Anda benar-benar terinspirasi dengan apa yang anda lakukan. Sekarang gambarkan kehidupan di hari-hari biasa anda. Sejauh mana perbezaannya? Sekiranya gambarannya sama sahaja, jangan baca artikel ini, kerana anda Master Yoda kehidupan. Tetapi jika tidak, anda mungkin boleh menemui beberapa petua berguna di sini yang boleh menjadikan kedua-duanya lebih serupa.

Sayang sekali, tidak ramai saudara jauh yang kaya-raya yang harta kekayaannya boleh diwariskan kepada anda dengan tidak semena-mena. Jadi, anda perlu merangka pelan B. Berikut kami berikan 5 petua untuk membantu anda menjadikan kehidupan anda lebih baik. 


1. Tentukan apa yang anda mahu ubah

Gunakan imaginasi anda dan tulis semua yang anda mahukan dalam hidup anda. Apa yang boleh membuat anda lebih bahagia? Apa yang boleh anda lakukan mengenainya hari ini? Mungkin anda boleh mengemas kini CV anda atau mendapatkan potongan rambut baru. Sesuatu yang sangat kecil sekali pun mampu mencetus kesan domino. 


2. Putuskan kitaran

Albert Einstein pernah berkata: "Melakukan perkara yang sama berulang kali dan mengharapkan hasil yang berbeza adalah kerja gila." Oleh itu, cuba tentukan apa senario sama yang anda hadapi berulang-ulang kali di dalam kehidupan anda. Contohnya, anda mungkin sering menghadapi masalah yang sama dalam pekerjaan anda di syarikat yang berlainan atau dalam silaturahim dengan orang yang berlainan. Adakah benar setiap bos di dunia ini tidak cekap atau sebenarnya anda yang terus mengulangi kesalahan yang sama? Analisis tindakan anda dan cari persamaannya. Fikirkan bagaimana anda boleh tangani situasi ini dengan beberapa cara yang berbeza dan apa natijah setiap penyelesaian tersebut.


3. Pupuk tabiat baik baru

Pembaharuan mengubah perspektif kehidupan. Tambahkan sesuatu yang baru ke dalam rutin harian anda dan lihat bagaimana ia mempengaruhi kehidupan anda. 10 perkataan baru dalam bahasa baru boleh membawa kepada kenaikan pangkat dalam masa satu tahun. Senaman fizikal 20 minit pada waktu pagi akan membantu anda terus sihat dan bertenaga untuk tindakan selanjutnya. Usaha yang kecil lama-lama mampu menghasilkan perbezaan yang besar!


4. Terokai bidang baru

Sangat penting untuk memperluas dunia anda. Ia meningkatkan kreativiti, logik, memori, kemahiran networking anda, dan sebagainya. Ia latihan yang terbaik untuk minda anda. Cubalah sesuatu yang belum pernah anda lakukan sebelum ini. Ketahui apa perbezaan antara Impresionisme dan Pasca-Impresionisme, mengapa alam semesta semakin mengembang, bagaimana cara memasak Pad Thai atau bagaimana cara berdagang Forex.


5. Berkenalan dengan kawan baru

Jangan takut untuk berkenalan dengan orang baru. Ia banyak manfaatnya:

Inspirasi
Sokongan
Petua menjalani kehidupan dan jawapan untuk persoalan anda
Pelanggan baru
Memperluas rangkaian silaturahim anda
Peluang pekerjaan yang menarik (atau bahkan jodoh)
Menjadi lebih yakin dan berfikiran terbuka
Dan berseronok


Perubahan luaran dengan perubahan-perubahan dalaman yang kecil. Langkah-langkah kecil ini dapat membantu anda memulakan perjalanan ke kehidupan baru. Ingat, hidup ini cuma sekali. Tidak ada masa untuk bermimpi, hanya ada masa untuk bertindak. Percayalah dengan diri sendiri, jaga diri dan bantu diri anda, dan anda akan dapat mencapai kehidupan ideal anda.

Share:

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel