SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 26 Februari 2018

Tshirt Labuh (HanaTajuddin) Menutup Pinggul Sesuai Untuk Riadah dan Sukan Tetapi Bergaya | Basic Tee 2.0 TeeLicious

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin | Zaman sekarang ni, jangankan lelaki, wanita pun sedar akan kepentingan bersukan, gaya hidup aktif dan sihat. Tak ada dah alasan yang releven wanita tak boleh beraktiviti aktif kat luar. Tapi, sebagai wanita muslimah kadang kadang rasa segan nak bersukan kat luar dengan rakan rakan sebab tak ada baju yang sesuai. Biasanya, wanita muslimah nak tshirt labuh menutup pinggul yang sesuai untuk aktiviti riadah dan sukan. Bila tshirt macam ni tak ada kat rumah, akhirnya bersenam kat dalam rumah je. Tehee. Hhaaah! Tu yang saya nak kongsikan mengenai Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni.Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni merupakan tshirt labuh menutup pinggul yang sesuai untuk riadah dan sukan tetapi tetap bergaya, Hhaaah! Gituu...Tehee. Maklum laa wanita kan suka bergaya walaupun waktu bersukan..Betul tak betul? Nampak tak satu point? Baju ni sangat universal atau nak panggil multitask pun boleh laa agaknya.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Tshirt ni, walaupun hanya sejenis tshirt labuh tapi bukan tshirt labuh biasa biasa tau. Tshirt ni banyak kelebihan dan sangat bagus untuk setiap wanita muslimah.

Sebelum saya bercerita panjang kenapa tshirt ni bagus untuk setiap wanita muslimah, saya nak kongsikan ringkasan bagaimana beberapa masalah wanita muslimah yang boleh selesai dengan adanya tshirt ni dalam koleksi pakaian wanita muslimah.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

1. Basic Tee 2.0 ni adalah tshirt muslimah atau tshirt labuh yang menutup pinggul jadi tak perlu laa asyik tarik tarik baju kat bahagian belakang tu bila bersukan atau duduk. Contohnya, seorang cikgu nak menulis di papan tulis, baju memang terangkat laa kat bahagian belakang kan. Tapi tak payah risau kalau pakai tshirt ni. Sebab memang dah menutup pinggul. Cikgu yang perlukan pakaian sukan yang sopan dan menutup pinggul pun boleh dapatkan Basic Tee 2.0 Teelicious ni. Selesai masalah.

2. Basic Tee 2.0 ni merupakan tshirt muslimah atau tshirt labuh yang sesuai untuk sukan dan senaman disebabkan kainnya yang serap peluh dan boleh regang.

3. Basic Tee 2.0 juga sesuai merupakan tshirt muslimah atau tshirtlabuh yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan seperti berkelah.

4. Basic Tee 2.0 juga adalah tshirt muslimah atau tshirt labuh yang sesuai dipakai ketika family day dan sukaneka. Selalunya, ibu ibu akan ada masalah nak pakai baju apa untuk ke aktiviti sukaneka anak anak kat sekolah. Betul tak?

5. Basic Tee 2.0 ni juga merupakan tshirt muslimah atau tshirt labuh yang boleh dipakai untuk jogging. Tak percaya? Saya dah pakai tshirt ni pergi jogging. Tehee.. Best je.

6. Basic Tee 2.0 ni, walaupun saya asyik hightlightkan untuk bersukan dan beriadah, ia juga sebenarnya tshirt muslimah atau tshirt labuh untuk semi kasual. Semi kasual bermaksud pakaian yang selesa dan yang dipakai setiap hari untuk bersantai seperti nak pergi membeli belah atau bersiar siar.

7. Basic Tee 2.0 juga merupakan tshirt muslimah atau tshirt labuh yang sesuai dipakai ke pejabat kalau majikan tak kisah pekerjanya pakai pakaian bukan jenis formal.

8. Basic Tee 2.0 ni juga merupakan tshirt labuh atau tshirt muslimah serap peluh. Tshirt sukan yang serap peluh tu penting ketika melakukan aktiviti aktif.

9. Basic Tee 2.0 adalah tshirt labuh atau tshirt muslimah yang tidak melekat pada badan atau ada juga yang kata tak lekap pada badan. Tapi majoriti sebut tidak lekat pada badan. Dalam memilih pakaian, memang sangat penting part tidak lekap pada badan supaya nampak lebih kemas dan selesa ketika berjalan.

10. Basic Tee 2.0 juga adalah tshirt labuh atau tshirt muslimah kegemaran ramai sebab ia merupakan tshirt labuh atau tshirt muslimah yang tak payah iron.

Kenapa Tshirt Labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin Bagus?

Kain Tebal Tapi Tak Panas Dan Ringan
Saya salah seorang yang menggunakan Tshirt Labuh dari HanaTajuddin. Saya dah pakai dan saya dah rasa kainnya. Tshirt ni tebal tapi tak panas malah kainnya ringan.

Saya memang jenis yang suka pakai tshirt untuk pergi ke bandar membeli barang atau jalan jalan. Jarang sangat pakai pakaian yang kainnya kurang sesuai dengan cuaca panas. Saya tinggal kat Wilayah Persekutuan Labuan. Wilayah Persekutuan Labuan ni, kalau panas terik lain macam tau! Memang tak sanggup nak pakai baju yang menggunakan kain yang buat kita rasa panas dan terkurung. Peluh tak menyerap pula.. Nak nangis dibuatnya. Tambah tambah kalau pergi bersenam dan jogging kat taman atau beriadah dengan keluarga.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan
Cuaca panas? Tak ada masalah kalau pakai Basic Tee 2.0 Teelicious ni.
Tapi masalah pula kalau pakai pakaian yang nipis gara gara tak nak panas kann. Wahaha. Nampak pula bahagian dalam. Nahas. Dah tu terpaksa pula pakai lapis lapis. Sama je ceritanya, baik tak payah. Tapi tshirt labuh HanaTajuddin ni menyelesaikan masalah wanita. Kainnya yang tebal tak payah berlapis lapis tapi tetap tak panas. Best! Sesuai dipakai untuk bersenam dan bersukan seperti main badminton, jogging dan hiking.

Sebab tu laa saya kata tadi, tshirt ni merupakan tshirt labuh menutup pinggul yang sesuai untuk riadah dan sukan tetapi tetap bergaya. Nampak macam bukan tshirt pun kann? Kalau taknak pakai untuk bersukan pun boleh. Tetap nampak sesuai.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Kain Boleh Regang,Lembut dan Menyerap Peluh
Tshirt ni, walaupun tebal tapi tekstur dia lembut. Lembut sangat sampai saya rasa macam nak pakai waktu tidur sebab kalau pakai pakaian berkain lembut waktu cuaca sejuk pasti rasa sangat nyenyak tidur. Tapi takkan laa lawa punya baju bawa pergi tidur pula kan. Wahaha... Elok pakai untuk pergi jalan jalan ke, pergi beriadah ke, pakai pergi kerja atau kuliah ke.. Tapi tak mustahil juga! Betul tak? Mana laa tahu nak pakai untuk pergi berkhemah dengan kawan kawan. Boleh pakai waktu malam dan terus bawa tidur. Lagipun, baju ni cuaca panas boleh, apatah lagi cuaca sejuk!


Biasanya, kain tshirt ni keras kan? Tak regang. Tapi tshirt ni boleh regang. Hhaaah! Tu laa keistimewaan baju tshirt labuh HanaTajuddin ni! Bila kain boleh regang, maksudnya apa? Maksudnya tak sendat. Pernah tak jumpa baju yang apabila kita buat pergerakkan ketika bersenam rasa ketat di bahagian tertentu sebab kain tak boleh regang. Tak best kan? Kadang kadang ada baju yang apabila kita angkat tangan, rasa ketat kat bahagian bawah lengan (Ketiak). Hhuhu.. Tak best laa macam tu. Kalau guru mengajar, nak menulis kat papan tulis tu rasa macam penat nak mengangkat tangan tinggi tinggi sebab tak selesa dengan kain baju.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Dengan memakai tshirt ni, masalah ketat dan sendat waktu bergerak tu selesai! Sebab kain boleh regang malah menyerap peluh!

Walaupun tshirt ni jenis kain lembut dan boleh regang, ia tetap menyerap peluh. Tak percaya? Saya faham. Mesti korang selalu jumpa baju yang lembut macam kapas tapi bila terkena air tak serap langsung kan? Wahaha! Korang kena percaya saya, saya pakai baju ni pergi jogging. Malah ada waktunya saya jalan jalan tu kat tempat yang panas terik. Memang sah sah laa berpeluh. Terutamanya kat bahagian belakang. Saya tak kisah berpeluh sebab kain tshirt ni menyerap peluh.


Bekas peluh? Hhaaah! Saya tahu mesti itu yang ada dalam fikiran korang. Masalah wanita ni memang biasa macam ni. Tak nak laa kat baju tu nampak basah disebabkan peluh. Betul tak? Malu laa. Kann? Paling malu kalau basah kat bahagian ketiak. Wahaha! Hhaaah...kalau korang nak tahu, tak ada kesan basah pada baju sepanjang saya pakai semasa bersenam atau jalan jalan ketika panas terik. Sangat pasti!

Labuh Menutup Pinggul
Tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni, jenis panjang. Potongan lurus dan tidak kembang dibawah. Walaupun jenis potongan lurus dan tak kembang, ia tetap longgar dan tak melekap pada badan. Tak ada masalah malu nak berjalan sebab terlekap kat sana sini. Jangan risau.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Memang ramai wanita muslimah nak tshirt labuh macam ni. Tutup pinggul tapi tetap bergaya dan yang paling penting tidak lekap di badan semasa dipakai.

Tidak Perlu Iron
Hhaaah! Ni saya yakin sangat sangat ramai wanita paling suka! Jangankan wanita bekerja, tak kisah perempuan peringkat umur apapun sangat sangat suka tshirt tak perlu iron ni.

Saya sendiri pun stress sebab setiap kali nak keluar rumah kena iron baju. Ada tak pakaian yang boleh je kita pakai tak payah iron setiap kali nak keluar? Bisik hati sendiri. Betul tak? Stress paling meninggi bila terlambat.

Bayangkan laa.. kita ada temujanji tiba tiba terlewat bangun. Semalam tak sempat iron baju sebelum tidur. Lagi pun penat sangat dah semalam. Banyak kerja nak kena buat. Pagi ni terlambat bangun pula lantaran dah nyenyak sangat tidur. Bayangkan la kelam kabutnya macam mana. Nak pakai baju tiba tiba kena iron lagi. Aduuhh.. Tu kalau bujang ok lagi. Kalau dah berumah tangga? Wehehe..

Tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni laa penyelamat bila kita terlambat! Ambil je dari almari terus pakai. Tak perlu laa nak iron. Selain tu, bila ada baju tak payah iron ni, jimat betul masa. Lepas pakai, cuci, jemur, kemudian masuk almari. Bila nak pakai, pakai je. Tehee. Senang sangat sangat!

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Paling seronok bila kita bawa koleksi tshirt labuh HanaTajuddin pergi bercuti. Lipat dalam beg, sampai lokasi atau hotel, tak perlu laa ambil masa sekejap untuk iron dulu pakaian pakaian yang kita bawa. Gantung je kalau nak gantung. Dah nak jalan jalan tu, terus pakai. Tak pening kepala laa fikir pasal kusut dan kekemasan bila ada baju tshirt labuh HanaTajuddin ni.

Bila jenis kain yang tak kusut ni, tak kisah laa nak duduk ke, terlipat ke nak dukung anak ke..memang dah tak risau kusut dah.

Ringkas dan Cantik
Tshirt ni, jenis tak ada corak dan kosong. Sangat sesuai bagi wanita yang suka berfesyen ringkas tetapi tetap anggun dengan digayakan dengan shawl atau tudung bawal yang bercorak. Shawl atau tudung yang kosong pun boleh disesuaikan dengan tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious JanaTajuddin ni.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Sesuai Dipakai Dengan Seluar Atau Skirt
Hhaaah! Disebabkan Tshirt ni jenis fesyen yang ringkas tetapi tetap bergaya, ia boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis seluar seperti seluar jeans, seluar boot cut, seluar maternity, seluar formal, Flare Jeans dan Skirt panjang.

Boleh Dipakai Bila bila Masa
1.Bersenam,Beriadah dan Jogging
Tahun ni, saya mulakan semula rutin senaman saya. Jadi, tshirt ni sangat membantu saya untuk jimat masa, selesa dan menutup pinggul kalau nak keluar bersenam dan beriadah. Sebab tu saya suka sangat dengan Tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni. Kalau dah tambah aktiviti dalam rutin harian, memang kena pantas dan banyak ambil masa. Baju tak payah iron sangat sempurna bagi wanita yang banyak kejar masa.


2.Boleh Pakai Ketika Mengandung
Aits! Bukan saya mengandung. Tehee.. Tapi sebagai cadangan untuk wanita mengandung, betapa bagusnya kalau mendapatkan tshirt ni sebagai pakaian ketika mengandung. Walaupun tshirt ni adalah tshirt tapi hakikatnya, ia kelihatan tidak terlalu seperti tshirt. Boleh regang dan longgar serta menutup pinggul. Jadi, wanita mengandung sesuai memakai baju ni. Lagipun, wanita bukanlah mengandung sepanjang masa ye takk..? Hhaaah! Waktu tak mengandung boleh pakai semula! Jimat kos baju. Betul tak? Kalau beli baju mengandung, kita tak boleh pakai dah semasa tak mengandung. Hhuhu..

3.Boleh Dipakai Pergi Kerja dan Kuliah
Baju ni jenis sopan dan menutup pinggul. Sesuai sangat untuk pelajar dan guru guru sebab nampak sopan. Manalaa tahu kan, terlewat nak pergi kuliah, selamat laa ada tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin yang tak payah iron ni. Cikgu yang tak ada baju sukan yang sesuai, tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni pun sesuai juga dipakai ketika sukan sekolah atau waktu mengajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan
Nak bersantai sambil baca buku kat taman pun boleh je pakai Basic Tee 2.0 Teelicious!
4.Boleh Dipakai Untuk Jalan Jalan dan Ke Shopping Mall
Walaupun ringkas, tshirt ni tetap boleh dipakai untuk pergi bersiar siar, jalan jalan atau ke shopping mall. Hanya perlu digayakan dengan menyesuaikan kasut, sandal dan tudung. Sebab ada jenis wanita, dia tak suka pakaian yang nampak terlalu ringkas. Tak bergaya katanya. Tehee... Tapi, dengan Tshirt ni, tetap boleh sebab nampak seakan blouse.

Banyak Pilihan Warna Menarik
Saya memilih warna hitam biru kali ni sebab saya dah ada baju berwarna cerah. Tapi selepas memakai tshirt labuh Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin ni buat pertama kali, saya rasa jatuh cinta sedalam dalamnya! Serius tak tipu. Sebab, dah la selesa, tak panas pula. Malah tak payah iron. Bayangkan gara gara baju tak payah iron ni, saya jimat masa sampai Mr.Bee senyum sampai telinga sebab cepat betul saya bersiap bila dia ajak jalan.

Mr.Bee pula jenis yang suka sangat ajak jalan tiba tiba. Wahaha... Sedang kusyuk menaip, tiba tiba kata, "Jom pergi makan kat luar..". Terkebil kebil mata sambil dalam fikiran, "Alamak, kena bersiap, iron baju lagi..dah la kerja belum siap ni.." Wahahaha..

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan
Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin pelbagai warna
Selain tu, saya pilih warna gelap kononnya nak nampak lebih slim. Wahaha! Tu tips nampak kurus yang dah lama saya dengar sejak dulu. Tapi bila dah jatuh cinta dengan tshirt labuh ni, hati memang bergolak nak tambah koleksi. Suka sangat dengan warna gold, emerald green, dan merah! Fuhh! Tak apa, sangat berbaloi memilikinya!

Pada pendapat saya, warna gold dan merah sangat sesuai dipakai untuk pergi shopping mall atau ke majlis kenduri. Untuk hari raya pun boleh! Kalau untuk dipakai semasa sukaneka, bersenam dan jogging tu sesuai kalau warna gelap gelap.

Antara warna pilihan adalah biru hitam, sakura pink, kelabu, hitam, putih, denim blue, orchid purple, emerald green, merah maroon dan warna emas.

Mempunyai Pelbagai Saiz
Saiz merangkumi dari S hinggalah XL iaitu S(36), M(38), L(40) dan XL(42). Boleh rujuk pada gambar kat bawah :

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan
Saiz dan ukuruan Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin

Macam mana? Ada tak saiz korang? Tehee.. Ada mana mana warna yang korang berkenan tak? Kalau korang sebelum ni pernah terfikir fikir seperti di bawah ni :

1. Perlukan tshirt labuh atau muslimah yang serap peluh
2. Mahukan tshirt labuh atau tshirt muslimah yang tak melekat atau melekap pada badan
3. Nak kan tshirt labuh atau tshirt muslimah yang sesuai untuk pergi jogging
4. Sukakan tshirt labuh atau tshirt muslimah yang menutup pinggul
5. Perlukan (pakaian) tshirt labuh atau tshirt muslimah yang sesuai untuk aktiviti riadah
6. Nak menambah tshirt labuh atau tshirt muslimah untuk semi kasual (pakaian semi kasual)
7. Nak mendapatkan tshirt labuh atau tshirt muslimah yang sesuai untuk sukan, sukaneka
8. Seorang guru atau cikgu yang perlukan tshirt labuh atau tshirt muslimah untuk cikgu/guru beraktiviti sukan
9. Mencari tshirt labuh atau tshirt muslimah untuk guru sukan
10. Perlukan tshirt sukan untuk cikgu dan guru muslimah
11. Nak hadiah kan tshirt labuh atau tshirt muslimah untuk cikgu sukan
12. Nak hadiahkan tshirt sukan yang labuh untuk cikgu cikgu
13. Nak buat koleksi tshirt labuh dan tshirt muslimah yang tak perlu iron

Saya syorkan korang dapatkan Basic Tee 2.0 Teelicious HanaTajuddin ni. Murah je. Mampu milik.

Harga
Berbaloi dan berpatutan itu sudah pasti!
Basic Tee 2.0 Teelicoius ni hanyalah berharga RM79.

Bagi saya, RM79 ni dah cukup perfect dan berbaloi sangat sebab tshirt HanaTajuddin ni sangat universal, semi kasual, santai dan jimat masa semasa bersiap. Jom tempah sekarang!

Cara Membuat Tempahan
Sama seperti laman jualan yang lain, perkara pertama yang perlu kita buat adalah kita kena mendaftar dulu kat laman jualan hanatajuddin.com.my.

Basic Tee 2.0 TeeLicious HanaTajuddin, Tshirt Labuh Untuk Riadah, Tshirt Muslimah Untuk Riadah, Tshirt Menutup Pinggul, Tshirt Tak Perlu Iron, Tshirt Sukan Menutup Pinggul, Tshirt Sukan Labuh, Tshirt Labuh, Tshirt Muslimah Untuk Riadah Dan Sukan, Tshirt Labuh Untuk Riadah Dan Sukan

Tak susah pun! Senang sangat. Hanya mengisi alamat emel dan kata laluan yang kita nak guna, kemudian klik pada butang register. Kenapa perlu mendaftar? Supaya kita boleh melihat kembali pakaian apa yang kita tempah, dan mengurus alamat untuk penghantaran baju serta membuat pembayaran secara sah.

Boleh Fitting/Cuba Baju
Bagi yang berhampiran dengan Butik HanaTajuddin, boleh mencuba sendiri baju di alat berikut :
HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.


Bagi yang jauh macam saya, jangan risau..ukuran boleh lihat dalam gambar yang saya kongsikan kat atas. Dalam laman jualan hanatajuddin.com.my pun akan disertakan ukuran dan saiz baju semasa korang sedang syok memilih milih warna Basic Tee 2.0 Teelicious dan memilih milih baju lain yang dijual kat hanatajuddin.com.my.

Barangan Lain
HanaTajuddin bukan sahaja menyediakan tshirt labuh Basic Tee 2.0 Teelicious tetapi menyediakan juga barangan wanita yang lain seperti tudung, blouse, handbag, pin, skirt dan palazzo. Boleh lihat sendiri di hanatajuddin.com.my, ok!

Website : http://hanatajuddin.com.my/
Instagram : http://www.instagram.com/hanatajuddin/
Facebook : http://www.facebook.com/HanaTajuddinHT/
Alamat : HANATAJUDDIN, C-23-1 Jalan Serai Wangi L/16L, Sek 16, Alam Avenue 2, 40200 Shah Alam, Selangor.
Telefon : +603-55240841
Open : Setiap hari | 9:00 pagi hingga 6:00 petang

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 14 Februari 2018

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

YyeahhH! Hari ni dah boleh online dengan aman.In Shaa Allah tak ada dah on/off kerja online. Semoga lepas ni tak ada laa kena ke sana ke mari lagi untuk urusan luar. Sejak bulan Disember hingga Januari, agak kelam kabut sikit sebab ada hal hal keluarga yang perlu diselesaikan dan diutamakan. Kalau tak selesai selagi tu susah nak gerak benda lain dengan tenang sebab dah jadi tanggungjawab kita. Rasa bersalah kalau tak buat. Jadi, mesti diutamakan.

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Hari ni, saya nak kongsikan kisah saya menyaksikan kucing menangkap ikan. Wahaha... Kucing tu bukan kucing saya. Tapi saya bagi dia satu nama iaitu si Damai sebab saya terjumpa dia kat Pantai Damai, Kg.Layang-Layangan, WP.Labuan. Tak jauh dari rumah saya. Nama tu sempena nama pantai tu laa.. Saya memang suka bagi kucing nama kalau jumpa Kucing. Wahahaha...


11 hari lepas, saya dan Mr.Bee pergi berkelah. Hhaaah! Waktu ni laa saya terjumpa Damai. Sambil berkelah, kitorang layan makanan Barbeku. Ringkas ringkas je makanan yang kitorang bawa pergi pantai sebab kitorang cuma nak lepak dan merehatkan minda je kat tepi pantai dihujung minggu lepas banyak sangat urusan sampai hal hal online semua saya layan sekejap sekejap je. Asalkan tak terabai sangat.


Bila dah penat tu, dah tak larat dah buka PC. Baring dan rileks je layan game dengan Mr.Bee. Makan dan tengok TV. Tak mungkin mampu nak perah otak kalau dah penat. Ye tak? Tehee.

Masa berkelah tu, saya dan Mr.Bee bawa meja yang kitorang beli dari Chilindo tahun lepas. Hhaaah! Ni kali pertama bawa jauh sikit meja tu. Sebelum ni, pakai kat luar rumah je. Wahaha. Saya pernah tulis pasal chilindo kat entri sebelum ni. Yang belum pernah layan bida kat Chilindo, nak tahu lebih lanjut boleh baca kat sini .

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Kalau pergi berkelah dan barbeku, biasa memang Mr.Bee yang pasang api dan jaga barbeku tu. Saya tunggu je. Wahaha..Jadi masa lapang saya banyak selagi makanan belum siap. Jadi saya banyak masa untuk ambil foto kawasan tu. Sedang kusyuk tengok tengok apa yang ada kat kawasan tu..Tiba tiba saya ternampak seekor kucing iaitu si Damai. Mula mula saya nampak dia jalan jalan je macam kucing liar lain. Jadi saya tak layan sangat. Tengok je dari jauh. Damai tu pun bukan jenis nak jumpa manusia. Saya perati, dia suka sembunyi kalau ada kereta lalu. Atau budak budak lalu berhampiran dengan dia.

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Bila barbeku dah siap, saya pun sediakan nasi, dan makanan yang lain kat meja. Sambil makan dan borak dengan Mr.Bee, kadang kadang mata saya akan tertengok kat Damai dari jauh. Tak tahu laa apa yang si Damai tu buat.

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Kemudian, bila kitorang dah siap makan.. saya nampak Damai berjalan menuju ke sungai kecil yang ada kat kawasan tu. Kemudian, dia hilang dari pandangan saya sebab Damai dah masuk ke bawah sikit, menuju ke bahagian tebing. Saya pula jauh.. jadi saya tak nampak dia dah. Sungai tu bersambung dengan laut. Tapi waktu tu air surut..sebab tu laa Damai berani turun agaknya.

Mula mula saya masih tak nak peduli sehinggalaa saya nampak Damai menangkap sesuatu. Saya yang sedang berborak dengan Mr.Bee serta merta berhenti bercakap. Sampai Mr.Bee ikut menoleh ke arah Damai. Saya cakap kat Mr.Bee, "Kucing tu tangkap ikan ke?" Saya tanya Mr.Bee sebab saya tak percaya apa yang saya nampak. Wahaha..


Pertama kali nampak kucing tangkap ikan secara live sendiri. Kalau tangkap tikus ke, cicak ke, burung ke..memang selalu. Chokey memang suka tangkap benda benda tu semua.. Kalau tangkap ikan ni, rasa rare sikit sebab kucing takut air. Kalau tengok dalam video tu selalu laa. Sambil nampak Damai menangkap ikan tu, automatik saya teringat si Chokey kat rumah dan terbayang Chokey tangkap ikan sendiri. Saya tolong masak je. Wahahaha... Tak payah laa ke pasar beli ikan untuk dia. Tehee.

Tapi, saya masih tak percaya apa yang saya nampak tu. Mr.Bee pun kata, "Bukan rasanya.. mungkin tikus..takkan laa pandai tangkap ikan. Ikan tu mungkin memang dah mati.." Uhrmm..saya tak puas hati dan dalam masa yang sama, saya pun tak percaya Damai tangkap ikan. Tehee.

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Tiba tiba, ikan tu terjatuh dari gigitan si Damai. uh?! Serius laa ikan! Sebab melompat lompat macam ikan lalu si Damai pun bertungkus lumus menangkap semula ikan tu.Paling lawak tu, Si Damai pergi pijak pakai kaki dia, supaya ikan tu berhenti melompat sebelum dia gigit semula. Wahaha...Kelakar laa. Walaupun dah nampak ikan tu melompat lompat, saya macam masih tak puas hati dan macam bermimpi (Drama laa sangat..).

Saya pun datang dekat menuju ke arah Damai tapi tak laa terlalu dekat sebab dia nampak takut. Macam nak melarikan diri je. Takut nanti dia lari pecut 100 meter tak boleh laa tengok Damai lagi. Wahaha... Bila tengok apa yang dia gigit tu, memang sah ikan! Ikan haruan.

Saya pun patah balik ke meja Chilindo (Nak juga sebut "meja Chilindo" kann..)...Saya pun duduk semula sambil menikmati ayam barbeku yang masih ada beberapa ketul. Tak sempat pun Damai melintas jalan, muncul dua orang budak budak berbasikal berumur dalam lingkungan 7 hingga 9 tahun. Budak budak ni nampak Damai mengangkut ikan. Saya rasa budak budak tu pun kira jakun juga laa. First time nampak kucing bawa ikan mentah yang masih hidup. Wahaha..


Salah seorang budak tu, perangai memang nampak sangat laa nakalnya. Nak mengacau si Damai nak beraman. Geramm pula rasanya tengok budak tu. Dia pergi ke arah Damai, Damai pun panik. Dia panik lalu lari bersembunyi ke arah sebuah batu besar. Ikan dia, dia lepaskan dan ditinggalkannya kat sebelah basikal budak tu. Budak tu, tanpa teragak agak, dipijaknya ikan tu guna tayar basikal dia. Uhrmm...

Saya pun tak tahan tengok, saya pergi menuju ke arah budak tu. Bukan nak marah budak tu. Wahaha... Budak tu dah belah pun sebelum saya sampai kat dia. Saya datang dekat ikan tu nak tengok lebih dekat. Ikan tu masih hidup walaupun dah dilanggar oleh budak tu tadi. Tapi ikan tu nampak lemah tahap nazak dah lah.. Kesan gigi si Damai pun bukan kecil kat ikan tu. Wahahaha...

Masa saya angkat ikan tu, tiba tiba si Damai keluar dari tempat sembunyi dia. Sambil kata, "Meooowww"... Saya anggap dia cakap, "Bagi balik ikan aku.." laa tu kann.. Wahahaha. Saya pun datang dekat kat dia. Perghh..dia marah lah! Dia tak bagi saya datang dekat kat dia. Saya pun letak ikan tu kat jalan sambil kata, "Nah..ambil laa ikan kau ni.." tapi dia taknak pun ambil. Dia asyik menenung muka saya je. Oh.. saya pun mengerti.. dia nak saya tinggalkan ikan tu jauh jauh sikit laa tu..


Lepas tu, bila saya dah agak jauh dari dia sambil diperhatikan oleh dia, dia pun memandang ke arah ikan dia tu. Wehehe... Dia pun ambil ikan tu, di bawanya lari ke arah sebuah Tadika Kemas yang berdekatan. Uhrmm.. Dalam fikiran saya laa kan, agaknya dia nak suruh siapa goreng ikan tu? Cikgu tadika kemas kat situ ke? Wahaha.

Saya pun kembali ke meja untuk menyambung makanan yang belum habis dimakan. Beberapa minit kemudian, saya nampak si Damai keluar dari tadika kemas tadi. Dia pun lepak lepak duduk sambil membuang pandangan ke pantai. Ehh? Pandai juga kucing mengenang nasib kan? Tehee... Kebetulan, ada makanan yang masih belum dimakan. Mr.Bee pun bagi lampu hijau untuk bagi makanan tu untuk Damai.


Saya rasa, Damai ada anak anak kat tadika tu untuk diberi makan. Mungkin laa.. Sebab dia keluar semula tak bawa ikan tu pun. Tak sure laa apa jadi kat dalam Tadika tu kann masa Damai masuk. Saya pun datang dekat kat Damai, dia macam nak lari. Saya berhenti. Saya duduk.. rendahkan badan supaya Damai tak takut. Kalau berdiri nampak macam giant kot kan. Wehehe...

Saya panggil panggil dia.. "Weyh! Nak sosej tak? Datang laa ambik.." Wahaha.. gurau je. Saya just sebut "meoww..meeoww.." sambil tunjukkan sosej tu kat dia. Dia perlahan lahan datang tapi tak nak dekat sangat. Dia akan berhenti kira kira dua langkah jarak kaki manusia. Saya panggil datang dekat dia memang dah tahap limit dah. Sampai situ je. Jadi, saya pun letak sosej tu kat rumput. Dia pun datang dekat menuju ke arah sosej.. tapi nak tahu apa dia buat? Dia angkat bawa jauh sikit. Wahahaha.... Geraaammmnyaa.. Seriusly?

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

OK. Dia masih tak percaya saya nampaknya. Ada lagi sosej. Saya ulang ulang sampai laa dia boleh datang dekat. Akhirnya dekat juga la tapi tak boleh sentuh dia. Dekat macam tahap nak belai dia memang tak boleh. Dekat macam dalam foto yang saya kongsi tu je laa yang boleh.

Lepas dah habis sosej kat tangan saya, saya patah balik ke meja. Mr.Bee kata, bagi laa dia ayam tu sekali sebab kalau bawa balik, Chokey tak akan makan. Chokey tak suka ayam goreng atau ayam barbeku. Dia peminat ikan rebus. Macam orang diet je si Chokey tu.

Bila saya tengok si Damai tu asyik tengok ke arah saya, saya pun datang lagi la kat dia bagi chicken wing. Tehee... Lepas habis ayam tu dia makan, beberapa minit kemudian, dia masuk semula ke Tadika tadi. Uhrmm.. Dia tinggal kat situ agaknya kan?

Saya Menyaksikan Kucing Menangkap Ikan - Sofinah Lamudin

Teringat kat Ngingnging.. kucing kakak saya dulu. Dia dah tak ada sejak tahun 2016. Dia berasal dari Tadika Kemas tu juga. Kakak saya bawa dia balik rumah bila kakak saya dah tak kerja kat situ lagi.

Saya rasa, si Damai tu dijaga oleh pembantu guru kat tadika tu juga rasanya. Jadi ikan haruan tu, ada laa yang tolong masak untuk Damai kan? Hebatlaa Damai ni!! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 2 Februari 2018

Adakah Kau Rindu?


Hai sahabat lama,
Semalam aku bertemu dengan kau lagi..
Kau tidak tahu betapa hatiku gembira..
Melihat kau berdiri di hadapan ku lagi..
Tersenyum dan bercerita..

Malangnya, sahabat lama,
Kau hanya bertemu aku di dalam mimpi..
Mimpi yang bagiku terlalu indah rasanya..
Dan setiap kali,
Mimpi itu hanya beberapa saat sahaja..

Sahabat lama,
Adakah kau rindu?
Atau hanya fikiran bawah sedarku semata?
Kau kini sudah berusia..
Masihkah kau berdendam kerana kisah dulu?

Saat kita bersahabat,
Aku tidak pasti sejauh mana aku kau anggap sahabat..
Aku juga takut hanya aku yang menganggap kau seperti sahabat..
Aku sebenarnya keliru atas semua yang berlaku tanpa berfikir akibat..

Pernah disuatu saat itu,
Hubungan kita semakin renggang,
Waktu itu, bagiku itu salahmu..
Kerana tidak mahu menghentikan perang..
Atau mungkin juga salahku?
Kerana tidak berfikir panjang.

Tapi,
Di saat kau menangis di atas semua yang berlaku,
Di situ aku mula berfikir, mungkin kau sudah kulukai..
Di saat kau bertanya kenapa aku jadi begitu..
Di situlah aku mulai sedar, kau sebenarnya tidak pernah mengerti.

Sahabat lama,
Terlalu banyak perbezaan antara kita,
Berbeza usia..
Berbeza bangsa..
Berbeza budaya..
Berbeza kerjaya..

Bagaimana untuk kau mengerti aku?
Bagaimana pula untuk aku mengerti kau?

Tapi, walaupun persahabatan kita hanya sementara.
Kau di antara insan yang tidak pernah aku tidak sayang.
Hari ini kita tidak pernah lagi berbicara.
Tapi bila ku lihat kau baik baik saja, hati ku girang.

Adakah kau rindu?
Adakah kau rindu sahabat lama mu ini?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 1 Februari 2018

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada penghujung bulan Januari 2018, saya dan Mr.Bee ke Kompleks Sukan Air, Wilayah Persekutuan Labuan untuk melawat Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan bagi menggantikan Medan selera lama bersebelahan dengan Hotel Billion Waterfront, Hotel Grand Dorsett dan Financial Park WP.Labuan / Ujana Kewangan WP.Labuan.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Wefie tu wajib. Wahaha.. Berlatar belakangkan Medan Selera yang bakal beroperasi tak lama lagi.
Setelah berabad lamanya, Medan Selera (Lama) beroperasi berhampiran Ujana Kewangan, Hotel Grand Dorsett dan Hotel Billion Waterfront WP.Labuan. Sejak saya masih kecil lagi, Medan Selera (Lama) ni sudah pun wujud. Sudah berapa peniaga bertukar ganti di sini. Yang masih maintain hingga hari ni pun ada juga.


Saya masih ingat lagi, semasa saya bekerja di Parkson Ria Financial Park WP.Labuan, saya dan kawan kawan kerja selalu datang ke Medan Selera untuk makan malam pada jam 4 petang atau 5 petang. Macam macam jenis makanan dah saya cuba kat Medan Selera sejak kerap datang ke Medan Selera (Lama) tu.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Foto kenangan dengan kawan kawan Parkson. Saya balik dari sekolah (Form 6), lepak sini dengan diorang.. 
Makanan kegemaran sejak dulu sampai hari ialah Soto Makasar dan Soto Urat dari gerai Uleq Mayang. Ada seorang pak cik yang pandai betul buat Soto kat situ. Lepas ajak Mr.Bee lepak makan kat sana, di pun start suka makan soto makasar pak cik tu.

Ada juga beberapa kenangan yang termeterai kat Medan Selera (Lama) ni. Macam macam. Antaranya adalah jumpa Kak Nora buat pertama kali kat sini. Tehee.. Selain tu, lepak dengan seorang kakak dari Baitulmal, makan kat sana tiba tiba dia menjerit. Ingatkan kenapa.. rupanya ada kucing kat kaki dia. Kelakar bila jumpa orang fobia dengan kucing sedangkan kita suka kucing. Kat Medan Selera (Lama) ni meriah dengan kucing.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Medan Selera (Lama) WP.Labuan..

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Medan Selera (Lama) WP.Labuan..
Tulis sikit tentang kenangan kat Medan Selera (Lama) ni sebab suatu hari nanti, Medan Selera Labuan (Lama) ni akan dirobohkan apabila semua peniaga berpindah ke Medan Selera Moden (Baru).

Pada tahun ini, warga WP.Labuan telah melihat perkembangan yang baik sangat berkenaan pembinaan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan yang sedang dikerjakan sejak beberapa tahun yang lalu di Jalan Tanjung Purun, berhampiran dengan Kompleks Sukan Air, Wilayah Persekutuan Labuan.


Kebetulan memang Kompleks Sukan Air, WP.Labuan tu pun tempat kegemaran saya dan Mr.Bee lepak. Lepas dah buka Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan nanti, confirm sure akan lagi kerap datang kat sana.

Pada Januari 2018, 90% Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan telah pun siap. Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, permohonan ruang niaga gerai medan selera moden (baru) WP.Labuan ini telah pun tamat pada bulan November 2017 tahun lepas. Hhaaah! Ada yang dah apply tak?

Bila borang dah diedarkan tu, dijangka ada kemungkinan Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan akan dibuka dan dirasmikan tidak lama lagi.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Cantikk kan?
Untuk pengetahuan warga WP.Labuan dan pelancong dari luar WP.Labuan, Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan ini mempunyai banyak gerai makanan dan minuman. Medan Selera ini juga cukup luas dan cantik dari segi reka bentuk dan warna bangunan. Saya paling suka tengok pentas bulatan di ruang kosong Medan Selera Moden (Baru) tu. Tak pasti lagi bakal diapakan kat tempat kosong tu nanti.

Di Medan Selera Moden (Baru) ini, disediakan tandas awam dan surau untuk kemudahan pengunjung yang makan dan minum di sana.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin

Selain itu, Medan Seleran Moden (Baru) di WP.Labuan ini juga menyediakan taman permainan untuk kanak kanak bermain. Oleh itu, boleh lah ibu bapa membawa anak anak ke Medan Selera Moden (Baru) ini sambil menikmati makanan yang dijual.

Melawat Medan Selera Moden (Baru) di Wilayah Persekutuan Labuan - Sofinah Lamudin
Uhrmm...pak cik pinjam dulu korang punya permainan ni ye. Wahaha..
Pengunjung yang berjogging, bersukan di Taman Rekreasi berhampiran juga boleh singgah untuk menghilangkan kepenatan bersukan dan bersenam. Apatah lagi pada hujung minggu.


Jangan lupa untuk singgah ke Medan Selera Moden (Baru) di WP.Labuan setelah beroperasi kelak, OK!

Lokasi : Medan Selera Moden (Baru) WP.Labuan, Jalan Tanjung Purun, Kompleks Sukan Air Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: