SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 24 Mac 2020

Ulasan Movie She Made Them Do It | Dia Yang Buat Saya Lakukan Semua Tu Sebab Saya Sayang Dia

Dia Yang Buat Saya Lakukan Semua Tu Sebab Saya Sayang Dia


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Selepas demam dan diikuti dengan pelbagai outside dan inside distraction, saya dah mula mengalami reading slump semula. Jangankan reading slump, segala kerja lain dah jadi lemau. Jadi, dalam keadaan macam ni saya buat macam macam untuk mengembalikan semula mood productive seperti yang saya inginkan. Malangnya, dah kemas bilik, ruang tamu, ubah kedudukan susunan buku dan sebagainya tidak juga membantu menjadikan saya kembali mengikut jadual yang ditetapkan. Maka, saya pun akur dan turuti saja dengan menikmati current mood yang sedia ada.



Nak menonton movie memang dah terngiang ngiang sejak bulan Februari tapi ditunda. Jadi, saya pun install aplikasi Iflix di mana ada promosi percuma menonton selama sebulan untuk sepanjang Malaysia dalam RMO (Restricted Movement Order) akibat Covid-19.



She Made Them Do It


Hari ni saya sempat menonton satu movie bertajuk "She Made Them Do It" yang dilakonkan oleh Jenna Dewan Tatum. Movie ni based on true story. Movie berdurasi 85 minit ni di-released pada tahun 2012 yang mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Sarah Pender yang cantik, bijak dan sangat disayangi oleh orang ramai yang telah melarikan diri dari penjara atas tuduhan membunuh dua orang mangsa di rumahnya sendiri.

Movie bergenre Crime dan Mystery/Drama ni sangat membuatkan saya begitu terpegun dan kagum dengan Sarah dengan aura dan kepakarannya dalam berkomunikasi sehingga semua orang sangat menyayanginya terutamanya mereka yang berada di dalam penjara bersamanya.

Pendapat saya, jika saya menjadi kawan Sarah, saya juga akan menjadi salah seorang daripada yang sangat menyayangi Sarah malah akan sanggup melakukan apa sahaja untuk Sarah atas dasar "Sayang". Malah, saya yakin saya juga akan mempercayai Sarah 100% tanpa berfikir panjang.

Kadang kadang, sayang dan percaya 100% ni boleh memakan diri sendiri. Berdasarkan movie ni, saya rasa saya lebih rela tak pernah mengenal Sarah (jika saya jadi kawan dia) sebab...dilema gila beb! Ada kawan macam Sarah ni, kita akan jadi tidak berdaya, antara sayang dan benci. Antara madu dan racun. Vvaaah!... Tu dari sudut kawan lah.

Jadi, saya nak bagi warning kepada korang yang menemui character seperti Sarah di dunia realiti, ketahuilah bahawasanya inilah ciri ciri toxic relationship. Apabila kau sedar apa sebenarnya yang sedang berlaku antara kau dan Sarah, kau akan rasa kaulah orang yang paling bodoh di seluruh alam semesta! Bersembunyi pun sudah tak guna, kebodohan tu akan tetap terasa di setiap pelosok saluran hati! Perit dohh!

Dari sudut penjenayah, saya sedikit kagumlah dengan otak Sarah ni di mana kalau saya, saya mungkin dah mati kena tembak atau dah lumat kena belasah oleh manusia lain dalam penjara tu...hahahaha!

Rate

5 BINTANG


Saya bagi 5 bintang bukan sebab saya memang suka genre movie ni tapi sebab watak utama dalam movie ni. Memang diakui lakonan pelakon untuk watak ni betul betul hidup! saya betul betul terjebak dalam komplot Sarah walaupun saya tak patut ikut cakap Sarah. Sarah ni watak dia karismatik, berbakat, menarik dan mempunyai ciri ciri kepimpinan. Saya harap, orang yang berbakat dan ada personaliti macam Sarah ni di dunia sebenar tak psychopath dan tidak menggunakan kebolehan ke arah yang salah. Rugi kot! hahahaha! Kagum dengan detective yang tak tertelan dengan 'dadah kasih sayang' Sarah dan Bob yang keluar daripada Game Sarah pada peringkat awal sebelum terjerumus lebih parah.




Terima kasih kerana membaca ulasan movie ni. Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka menonton movie dan mungkin mereka mahu menjadikan movie ini sebahagian dari hiburan masa lapang mereka juga. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Selasa, 3 Mac 2020

Anak Kembar Encik Harun Siri Pelajar No. 8 | Buku Kegemaran Ketika Berumur 11-12 Tahun

Anak Kembar Encik Harun Siri Pelajar No. 8 | Buku Kegemaran Ketika Berumur 11-12 Tahun


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Masih ingat tak buku Siri Pelajar penerbitan Fargoes ni? Mesti ada yang pernah terjebak dengan buku nostalgia ni sekitar tahun 90-an hingga ke tahun 2000 ni. Buku ni masih saya simpan lagi walaupun dah lusuh. Saya sayang giler dengan buku ni. Selain dari Siri Pelajar, ada juga Siri lain yang saya miliki seperti Siri 5 Penyiasat, Siri Hadi, Siri Salma dan Siri Misteri. Tak pasti ada lagi ke tak siri lain. Tapi paling saya gemar Siri Pelajar.


Saya mula membaca buku jenis macam ni pada tahun 2001. Paling kerap membeli buku ni sekitar tahun 2002. Bila dah masuk tingkatan 1 (2003), saya dah mula berjarak dengan buku ni sebab dah sibuk dengan dunia sekolah menengah. Tapi sempat membeli buku Siri 5 Penyiasat semasa tingkatan 2 (2004).

Anak Kembar Encik Harun | No.8 | Fargoes

Saya masih ingat lagi kenapa saya minta my mom belikan buku ni dulu. Sebabnya saya tertarik dengan perkataan "Anak Kembar". Bukanlah sebab "Siri Pelajar". Waktu tu "Siri Pelajar" bukanlah sesuatu yang saya suka. Wahaha... Buku yang saya minat masa zaman sekolah rendah ialah misteri, penyiasatan, kisah sahabat nabi, kisah rasul dan buku hantu!

28 Februari 2020 - Saya membaca semula buku Siri Pelajar No. 8 yang bertajuk Anak Kembar Encik Harun ni. Buku ni saya dah ulang baca lebih dari 5 kali. Atau mungkin dah lebih 10 kali. Dari darjah 6 sampailah zaman sekolah menengah.

Anak Kembar Encik Harun Siri Pelajar No. 8 | Buku Kegemaran Ketika Berumur 11-12 Tahun

Kenapa ulang ulang baca? Sebab saya suka jalan cerita buku ni. Mengingatkan saya kepada kisah zaman sekolah.

Siapakah Penulis Anak Kembar Encik Harun?

Sejujurnya, saya tak tahu siapakah gerangannya penulis buku ini pada awalnya. Mujurlah saya mempunyai kawan kawan yang rajin berkongsikan informasi, ulasan buku dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan buku di Bookstagram.

Rupanya penulis asal cerita ni adalah penulis novel dari England yang bernama Enid Mary Blyton. Enid Blyton lahir pada 11 Ogos 1897 dan meninggal pada 28 November 1968 pada usia 71 tahun. Enid merupakan salah seorang penulis yang terkenal di abad ke 20.

Ramai yang mengenali Enid di dalam Malaysia juga terutamanya mereka yang pernah membaca buku cerita kanak kanak yang ditulis oleh Enid dalam bahasa Inggeris. Novel bersiri Enid ni sangat popular. Saya tak tahu menahu tentang Enid sebab tak ada nama Enid pada buku yang saya miliki. saya tak pernah baca buku Enid dalam bahasa Inggeris. Saya tidak pasti kenapa tak ada nama Enid pada buku yang sudah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Mungkin ada kena mengena dengan urusan publisher atau disebalik tabir yang tidak diketahui.

Kalau korang perasan, banyak buku kanak kanak yang ada tertulis nama Enid Blyton. Terutamanya apabila masuk ke Kedai Buku Popular.

Tajuk buku Anak Kembar Encik Harun ni kalau dalam versi English, tajuknya berbunyi The O'Sullivan Twins. Dan... bila dah tahu asal usul buku ni, perasaan ingin tahu saya semakin tak terbendung. Macam nak baca yang versi English juga. Mana laa tahu ada jalan cerita tak sama kan?

Senarai buku (senarai popular) yang ditulis oleh Enid Mary Blyton:
  • Siri Pengembaraan (The Adventure Series)
  • Siri Misteri Barney (The Barney Mystery Series)
  • Siri Sarkas (The Circus Series)
  • Siri Lima Sekawan (The Famous Five Series)
  • Siri Pokok Magik yang Terpencil (The Magic Faraway Tree Series)
  • Siri Menara Malory (The Malory Towers Series)
  • Siri Tikus Mary (The Mary Mouse Series)
  • Siri Gadis Yang Paling Nakal (The Naughtiest Girl Series)
  • Buku-buku Noddy
  • Siri Rahsia (The Secret Series)
  • Siri Tujuh Penyiasat (The Secret Seven Series)
  • Siri St. Clare (The St. Clare's Series)
  • Siri Kerusi Permintaan (The Wishing-Chair Series)
  • The Five Find-Outers Series
  • Siri Lima Penyiasat

Dan...terdapat beberapa siri yang popular telah diadaptasikan menjadi animasi, teater, dan television.

Buku Ini Mengenai Apa?

Anak Kembar Encik Harun ni menonjolkan watak Liza dan Lena iaitu anak kepada Encik Harun. Menceritakan kisah mereka bersama pelajar lain di sekolah menengah. Sekolah berasrama penuh. Penulis menonjolkan jenis jenis (attitude/behaviour/personality) pelajar dalam sebuah sekolah yang pelbagai ragam. Anak kembar Encik Harun ni adalah buku yang ke 8 dari 12 dalam Siri Pelajar. Walau bagaimanapun, Siri Pelajar dari no. 1 hingga ke 6 tidak ada kena mengena dengan kisah yang ke 8 hingga ke 12.

Siri pelajar no.1 hingga 6 berkenaan pelajar Sekolah Seri Melur (Versi English - The Malory Towers Series). Manakala no.7 hingga 12 berkenaan pelajar Sekolah Tengku Asikin (Versi English - The St. Clare's Series).

Kenapa Baca Buku Ni Sedangkan Buku Ni Buku Budak Budak?

Keluar dari belenggu Reading Slump

Saya baca ni pada 28 Februari gara gara saya mengalami Reading Slump. So, saya pilih buku ni untuk keluar dari belenggu slump tu. Buku ni ringkas, tak terlalu tebal, dan sesuai sebagai bacaan ringan. Maka, kembalilah saya bersemangat untuk membaca buku dengan amount muka surat yang banyak dalam sehari dan buku yang lebih tebal serta buku yang topiknya serius; keras; bosan sampai nak beristighfar dibuatnya! Alhamdulillah kesan membaca buku kegemaran zaman kanak kanak ni sangat membantu keluar dari perasaan berat membaca.

Reading Slump tu apa? Ohh tu keadaan di mana seseorang yang suka sangat membaca (Avid reader) mengalami kesukaran untuk membaca dengan enjoy/pleasure seperti biasa. Reading Slump ni bahaya bagi ulat buku kalau dibiarkan. Boleh jadi nanti akan hanyut lama dibawa arus dan terus berlambak buku yang tidak dibaca tapi membelinya berterusan. Selain tu, boleh membuatkan Avid reader jadi rasa bersalah dan stress sebab nak membaca tapi tak dapat.

Jadi, point saya kat sini, buku ni walaupun orang kata untuk budak budak, sangat berkesan untuk dibaca oleh orang dewasa.

Melihat dari perspektif yang berbeza

Okay... Faedah membaca buku kegemaran zaman kanak kanak ada faedahnya. Mungkin jalan ceritanya sama tapi.. perspektif kita sudah berubah. Kita akan melihat plot, watak, dan mesej dalam cerita tu lebih mendalam.

Kalau dulu, saya benci dengan watak Yannam dalam buku ni. Begitu juga dengan Letchumi. Tapi, sekarang saya sudah tidak membenci mereka berdua sebab saya mula faham mengenai psikologi pelajar terbentuk dari latar belakang yang berbeza.

Watak Yannam mengajar saya mengenai sesuatu yang dulu saya tidak nampak mesej ni. Pertama, jangan terlalu membenci dan mengikut perasaan marah dan dendam. Kita tidak tahu siapa yang akan membantu kita disaat kita dalam kesusahan.

Kedua, walaupun seseorang itu pernah melakukan kejahatan yang dahsyat, apabila dia mula menyesal atau insaf tidak semestinya dia munafik/berpura pura. Perkara ini ghaib (tidak kelihatan). Hanya Allah yang tahu. Kita perlu bersangka baik walaupun dalam mode yang berhati hati.

Boleh memahami anak atau murid/pelajar

Disebabkan buku ni berkisarkan kehidupan pelajar sekolah menengah. Maka, jika kita seorang ibu atau bapa, kita akan mengerti apakah antara penyebab anak anak kita bersikap sedemikian.

Kita juga akan faham mengapa mereka suka berkawan dan mula mengabaikan rumah. Selain tu, kita juga akan faham kenapa anak kita tak sama dengan anak orang lain. Malah, kita juga akan mengerti kenapa mereka marah, tak suka dan benci kepada guru...begitu juga sebaliknya.

Guru guru juga akan faham mengapa pelajar selalunya nakal. Malah melalui buku ni, kita akan faham perbezaan antara jahat dan nakal.

"Apa yang kamu lakukan malam tadi, adalah berat sekiranya kamu dibiarkan melakukannya selalu. Tapi, bagi saya itu hanyalah kenakalan. Bagaimanapun, kamu tetap akan dihukum. Kamu tidak dibenarkan keluar ke bandar selama dua minggu." - Muka Surat 37

Boleh memahami guru guru.

Sebagai pelajar ada masa kita tak faham kenapa cikgu kita bertindak macam ni macam tu. Ada masa kita tak faham kenapa cikgu kita garang dan pemarah. Ada masa kita tak nampak bahawa cikgu kita sayang kita disebalik muka yang bengis. Buku ni boleh membuatkan pelajar belajar untuk bersangka baik dan berusaha untuk memahami situasi seorang guru di mana kita semua maklum bahawa guru adalah manusia. Bukan malaikat.

"Cikgu, cikgu, saya tak tahu nak mulakan," kata Mei Lin tergagap gagap. "Tentu cikgu marah.Tapi percayalah saya betul betul kesal. Kami takkan buat begitu kalau kami tau cikgu tak sihat..." - Muka Surat 125

Boleh mengimbau zaman sekolah

Well, meskipun ada memori pahit. Pastilah akan ada memori indah di zaman sekolah. Yang pahit tu buang saja lah. Biar kita imbau yang manis belaka. Dengan buku ni, bagi saya terlalu banyak yang membawa saya kembali ke zaman sekolah walaupun saya bukan lah bersekolah di sekolah berasrama penuh.

Teringat dengan kawan kawan lama. Yang dulunya berkepit macam belangkas. Teringat dengan guru guru yang baik baik belaka. Disebabkan buku mengisahkan kisah pelajar tingkatan satu dan dua, saya lebih banyak mengimbau kisah tingkatan satu dan dua. Saya boleh tahan nakal juga di tingkatan 1. Uhrmm...

Terhibur

Buku ni buku budak budak. Ringkas, ringan dan banyak elemen kelakar. Kadang baca sambil tergelak. Kadang senyum senyum sendirian. Sangat menghiburkan.

Boleh melihat sudut pandang pelajar berasrama penuh

Disebabkan saya bukan belajar di sekolah berasrama. Jadi, saya tak tahu macam mana keadaan pelajar sekolah berasrama penuh. Jadi, ni salah satu cara untuk berimaginasi keadaan pelajar berasrama penuh walaupun cerita ni rekaan.

Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Buku Ini?

Buku ni bermuka surat 128. Dengan gaya penulisan yang sesuai dengan budak sekolah rendah, sudah tentulah bahasanya sangat mudah untuk orang dewasa faham. Tak ada kiasan mahupun ayat bergelora. Wahaha.. maksud saya tak ada gaya bahasa seperti simile, metafora dan sebagainya. Ayat dalam buku ni 100 persen straight to the point.

Sesuai sangat dijadikan hadiah untuk anak buah yang masih bersekolah di sekolah rendah, atau yang baru nak berlatih membaca buku novel (budak sekolah menengah atau dewasa). Buku macam ni memang seronok untuk memulakan pembacaan bagi mereka yang baru sahaja berjinak jinak untuk menjadi ulat buku.

Plot pun sangat tersusun dan mengikut kronologi. Bagi mereka yang sudah biasa membaca buku tebal atau plot yang memeningkan kepala, buku ni confirm sure sekelip mata boleh habis baca.

Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Plot/Watak Buku Ini?

Walaupun buku ni buku budak budak, saya masih lagi dapat merasa sakit hati dengan sikap Yannam dan Letchumi. Terutamanya ketika Letchumi yang bersikap biadap terhadap guru guru. Biadap dengan kawan sekolah tu saya masih boleh terima. Biadap tahap Letchumi terhadap guru; saya memang tak suka. Tapi, tup tup saya suka pula dengan Letchumi di penghujung cerita. Kenapa tiba tiba suka? Yang tu korang kena baca sendiri.

Kejutan dalam buku ni adalah apabila Mei Lin bertindak terlebih batas. Saya ingatkan Yannam dan Letchumi sahaja yang buat sakit hati. Mei Lin pun sama. Tapi, kali ni perangai Mei Lin tidak pula mendapat bantahan dari kawan kawan lain. Mereka sokong lah pula. Tak baik tau 'prank' cikgu sampai macam tu.

Dalam semua watak dalam cerita ni, saya paling suka sikap Lucy Fernandez. Tidak pernah bias, kind hearted, positive, husnuzon, prihatin dan sebagainya.

Berapa Bintang saya Beri Untuk Buku Ni?

5 Bintang dari 5 Bintang. Highly Recommended!

Buku ni murah je. Kat MPH ada, kat Popular pun ada. Beli lah untuk anak anak, banyak moral value dalam ni. Orang dewasa pun boleh baca. Ada masanya buku kanak kanak lebih buat kita tersentap dari baca buku dewasa. Kadang kadang kita, orang dewasa terleka dengan pelbagai perkara. Bila baca buku budak budak, baru teringat, "Ehh dulu saya baik macam budak ni lah..."
Kadang tu rasa macam, "Ehh..budak ni lagi matang dari saya..."



Terima kasih kerana membaca ulasan buku ni korang. Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka juga. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share: