SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 30 Jun 2013

Blog Challenge - Day 10 : Songs you listen to when you are happy, Sad, bored, Mad

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Majoriti memang suka layan lagu. Ada yang suka genre pop, rock, jazz, hip hop dan sebagainya. Kalau saya sendiri, memang suka sangat dengar lagu tak kira lah time cuci pinggan ke , cuci baju ke dan baca buku.

Kadang-kadang, lagu boleh buat kita bermotivasi melalui rentak lagu terutamanya lagu rancak. Apatah lagi lirik lagu yang memang memotivasikan seperti lagu Gemuruh, Kita Bisa dan Mimpi.

Walau bagaimana pun, terpulang dengan individu itu sendiri mana satu lagu yang boleh buat dia bermotivasi. Ada orang, dia dengar lagu rock memang terus bersemangat. Ada juga yang suka dengar lagu yang ceria-ceria supaya hari-hari senyum.



Challenge hari ke-10 ni pula nak kita senaraikan lagu apa yang kita dengar mengikut mood tertentu. Kalau saya, di bawah ni senarainya. Hehehe...


HAPPY

1. Sahabat Selamanya - Padi
2. Stand Up For The Champions
3. Mimpi - Daniel Lee
4. Mau Yang Besar - ABBA
5. Kita Bisa (Wa E wa E o)
6. Bawa Aku Pergi - Kaka Dan Zizan
7. Waving Flag - K'naan
8. Jai Ho

SAD

1. Untitled - Simple Plan
2. Welcome To My Life - Simple Plan
3. Sungai Lui - Aizat
4. Selagi Ada Rindu - Kristal
5. Pokok - Meet Uncle Hussien
6. Mungkin Nanti - Peter Pan

BORED

1. Pink - Try
2. Pink - Just Give Me A Reason
3. Rihanna - Diamond
5. Sream and Shout - Britney
6. Girl on Fire - Alicia Keys

MAD

1. They Dont Really Care About Us
2. Shut Up and Let Me Go
3. One Step Closer - LinkinPark
4. Kau Ada - 2wins
5. Bittersweet Symphony - The Verve
6. Over My Head - Sum 41
7. Sakit Hati - Tipe X

Actually banyak lagi but... ini sahaja la yang sanggup disenaraikan.. haha., semput saya letak link. Kalau ikutkan hati, MP3 bukan satu tapi siap sediakan banyak-banyak menikut mood. kalau nak pergi jogging, lain lagu. Kalau pergi mancing, lain pula MP3 nya. hahaha!

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Sabtu, 29 Jun 2013

Blog Challenge - Day 09 : Something you're proud of in the past few days

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Kali ni challenge ni kata "Something you're proud of in the past few days" pula. Hmm.. Few days? Ada empat perkara.

Pertama :

Anak buah saya, Akirah M, sekali lagi menjadi wakil Wilayah Persekutuan Labuan ke Semenanjung Malaysia. Kali ni untuk acara main bowling pula. Bulan lepas dia baru saja pergi Melaka untuk Pertandingan Menari. Rezeki dia. Alhamdulillah.. Kalah makcik dia ni haa...Mak dia pun kalah.. haha.. Semoga Sentiasa mendapat rezeki yang melimpah ruah Akirah M :) Sayang kat you!

Kedua :

Lately ni, Encik Tunang sentiasa gembira bila cerita tentang trading Forex.. Saya dah jarang nampak dia tak happy. Harapnya, Sentisa mendapat rezeki yang melimpah ruah. Apa pun, rezeki tak semestinya tertakluk pada kewangan tapi banyak. Amin amin... Bangga sebab Encik Tunang semakin bersemangat dalam bidang yang diceburi. Semoga terus maju ke hadapan YeahaHHH!! Sayang kat Encik Tunang MUah MuahH! :p

Ketiga :

Semalam, Saya dan Encik Tunang ke Mini Anjung Budaya Labuan untuk menyaksikan Teater Pendek. Saya salah seorang peminat seni. Sastera, penulisan, seni halus, teater, tarian tradisional..Semua tu sangat seronok bagi saya! Terima kasih kepada Encik Tunang yang sudi temankan saya ke Anjung Budaya untuk melihat Teater tersebut pada malam semalam. Saya menjadi salah seorang peminat seni kerana hakikatnya seni juga boleh dan berpotensi untuk menyedarkan khalayak ramai dengan penyampaian dalam teater, drama dan etc. Saya rasa, menggunakan media seni untuk menyampaikan pengajaran sesuatu perkara itu lebih efektif dan sangat dalam kesannya.

Keempat :

I am proud of my self. HAHA.. macam buat orang meluat pun ada kan? Siapa lagi yang boleh bangga pada kita kalau bukan kita sendiri? Ini cara kita untuk bermotivasi. Kita kena bangga apa adanya kita. Redha apa kurangnya kita. Bukan berbangga diri/Tinggi diri/tak sedar diri/perasan/etc tu ye... Yang ini lain maksudnya. Bersyukur dan bangga pada diri sendiri akan buat kita membuta dan mentulikan telinga dengan apa pun orang lain kata mengenai keburukan kita. Malah kita boleh tersenyum bila dengar orang lain mencaci kita. Apapun, umpatan orang lain tu, buat kita dapat pahala percuma..

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Jumaat, 28 Jun 2013

Orang Indonesia Guna Gambar Encik Tunang di Removed oleh Facebook

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Ingat lagi tak cerita tentang mamat Indon yang guna gambar Encik Tunang saya tu? >>KLIK SINI<< untuk baca cerita tu. Facebook telah me-REMOVE dia. Hahahaha.. Padan muka dia..


Nasib baik facebook dah meningkatkan sistem sekuriti. Kalau tak susah lah kalau mamat indonesia tu tak nak tukar gambar.  Terima kasih Facebook sebab dah remove terus mamat tu dari facebook. Lepas ni, dia confirm buat facebook baru. Harap tak pakai gambar orang lain lagi. Kalau tak nak letak gambar sendiri pun, apa salahnya letak gambar artis yang diminati ke, katun ke, apa-apa sahaja la..asal bukan gambar orang awam. Kalau gambar artis, orang tak hairan sebab dah memang dia artis. Hahaha! Perkara biasa peminat pakai foto diorang.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Blog Challenge - Day 08 : Short term goals for this month and why

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Target saya pada bulan ini adalah bersedia untuk RAMADHAN al MUBARAK! :) Kenapa? Ramadhan saya kali ini akan berlangsung lain dari Ramadhan yang sebelumnya. Saya tidak sabar dan saya yakin Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang sangat bermakna!



Kenapa?
  • Tahun ni saya menyambut bulan Ramadhan bersama Encik Tunang.
  • Berbuka puasa mungkin tidak akan seperti dulu (dengan kawan-kawan - cincai je)
  • Kalau dulu, saya kerja..so feeling Ramadhan dan Raya tu kurang. Cuti raya pun tak. uh... but tahun ni sangat jauh berbeza. Saya dah tak kerja. Belajar buat pendapatan dari rumah.
  • Selain tu, saya nak fokus dalam penyediaan makanan yang baik untuk diet sepanjang bulan Ramadhan.

Antara makanan yang baik untuk diet sepanjang Bulan Ramadhan adalah :

💟 GABUNGAN KARBOHIDRAT KOMPLEKS
Karbohidrat Kompleks seperti kacang hijau, gandum, beras merah, kacang merah dan oat adalah hidangkan yang terbaik untuk kita gunakan sebagai makanan semasa sahur atau berbuka puasa kerana karbohidrat kompleks ni lebih mengenyangkan dan akan lebih tahan lama (Kenyang dalam tempoh lebih lama atau mudah kenyang). So, memang sesuai untuk diet.

💟 OMEGA 3 dan PROTEIN
Makanan yang kaya dengan OMEGA 3 dan PROTEIN ialah ikan. Kita boleh memilih ikan sebagai lauk berbuka puasa atau semasa sahur. Ikan yang kita boleh pilih adalah seperti ikan Tuna atau Salmon. Ikan yang lain, bukan tak boleh tapi ikan Salmon dan Tuna sangat kaya dengan Omega 3 yang dapat mengurangkan kadar kolestrol dalam darah. Tapi perlu diingat, walaupun ikan Salmon dan ikan Tuna sangat baik untuk mengurangkan kolestrol lantaran kaya dengan Omega 3, cara memasaknya juga memainkan peranan penting. Pilihlah masakan seperti sup atau dipanggang.Kita perlu kurangkan minyak dalam makanan.

💟 DAGING LEMBU TANPA LEMAK
Ramai yang berpendapatan, jika mengambil daging dalam menu diet seharian akan menggemukkan! Sebenarnya, daging tidak akan menggemukkan badan jika kita membuang bahagian lemak pada daging tersebut. Selain itu, sama seperti yang saya tulis di atas, masakan daging tersebut perlulah bersesuaian seperti kurangkan minyak. Masakan biarlah jenis yang sihat seperti tanpa minyak, tanpa gula atau tanpa garam. Kita boleh buat soto daging juga kalau bosan macam daging grill.

💟 NASI MERAH
Saya ada sebutkan nasi merah di bahagian karbohidrat kompleks di atas. Kalau boleh, gantikan nasi putih kepada nasi merah. Kalau nak lebih sedap, nasi merah ni dimasak bersama halia. Tip top! Hal ini kerana nasi putih adalah sejenis makanan yang sangat mudah dicerna berbanding nasi merah. Nasi merah akan membuatkan kita merasa kenyang lebih lama.

💟 MAKANAN SERAT
Makanan serat adalah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Tak lengkap hidangan diet kita tanpa sayur dan buah. Paling baik jika kita masak sayur-sayuran tersebut dengan cara memasak yang sihat. Contohnya salad.

💟 ANTARA MAKANAN DAN MINUMAN YANG MESTI DIELAKKAN
Makanan bersantan,minuman berkarbohidrat dan fast food. Makanan bersantan adalah makanan yang tinggi lemak dan tinggi kalori. Makanan bersantan boleh meningkatkan kadar kolestrol, boleh menaikkan tekanan darah dan kadar gula dalam darah. Minuman berkarbohidrat juga adalah minuman yang mengandungi gula yang banyak. Minuman manis akan meningkatkan insulin dalam badan. Jika insulin dalam badan meningkat, selera makan kita akan turut meningkat. Kita akan sentiasa berasa lapar dan mencari makanan.

So, itulah antara makanan yang baik untuk diet di bulan Ramadhan dan makanan yang perlu dielakkan.

Semoga Ramadhan kita pada tahun ini lebih bermakna dan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya :) Amin.

Usaha untuk sihat pun sejenis amal ibadah juga.

Wassalam.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Khamis, 27 Jun 2013

Blog Challenge - Day 07 : A picture of someone/something that has the biggest impact on you

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

A picture that has biggest impact on me!

Orang yang mengambil gambar ini membunuh diri. Apakah perasaan anda selepas melihat dan mengetahui tentang jurugmbar yang membunuh diri itu?
Mengenai gambar di atas,korang tahu burung tu burung apa kan? seorang jurugambar menjumpai budak yang sedang kebuluran dan tidak bermaya ini sedang diintai oleh seekor burung untuk menjadi santapannya.

Percaya atau tidak....

Selepas jurugambar ini mendapat angle terbaik dan menangkap gambar moment tersebut, jurugambar tersebut pergi begitu sahaja bersama kameranya tanpa menghiraukan budak tersebut. Huhuhuhuhuhu...

Foto ini mungkin bernilai melalui cerita tersirat yang kita lihat melalui foto tentang erti makanan dan kebuluran yang berlaku di Afrika tetapi pengajaran lebih mendalam jika kita tahu kisah sebenar disebalik gambar ini!

Boleh baca sini untuk tahu lebih lanjut : Bunuh Diri Kerana Sekeping Gambar

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Rabu, 26 Jun 2013

Blog Challenge - Day 06 : Favorite Superhero and Why

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Untuk hari yang keenam ni, 30 Days Blog Challenge ni agak simple but meaning. Favourite superhero? Hanya dua orang dalam hidup saya sampai ke akhir hayat saya.

Tentulah insan yang bergelar "AYAH" dan "SUAMI" :)

ENCIK AYAH SAYA
AYAH, saya sayang ayah. Thanks for everything.

 ENCIK SUAMI SAYA

teettttttt....

tettttt....

teeetttteeeettteeet....

Maaf, saya belum ada suami..Hahaha.. :p

Siapa suami saya, In Shaa Allah dia adalah superhero saya yang kedua. 

Walau bagaimanapun, Alhamdulillah, saya ada ENCIK TUNANG. Semoga jodoh berpanjangan ke pelamin dan seterusnya hingga syurga. Encik tunang saya hero saya juga. :) He is my future husband. In Shaa Allah.

My Mohd Nasyit :)
MY SUPERB HERO!


Kalau boleh nak ada SUPERHEROIN juga tau.. haha! My beloved Mummy of coz!

My romantic parent! uhh lucky me :p
U'oll nak kata saya ni anak mummy ke pe ke, anak manja ke.. apa aja lah... hehe.. but realitynya, siapa kita tanpa mereka? Ada kah kita di dunia tanpa mereka? Siapa pun mereka, tetap ibu dan bapa kita juga. Ibu yang lahirkan, bapa memberi makan dan membesarkan kita. Mereka berjuang untuk kita.

Kenapa mereka lah superhero dan superheroin saya? Saya dah kata tadi, TANPA IBU DAN AYAH SIAPA LAH KITA? Kita bertuah kerana kita melihat dunia.

Kenapa Encik Tunang superhero saya walaupun dia bukan suami saya buat masa ni? Alam pertunangan adalah alam mengenal, belajar dan sesi persediaan kita untuk mendirikan rumah tangga. In Shaa Allah, dia adalah hadiah tuhan untuk saya dan akan menjadi suami saya tidak lama lagi. Bila kita dah bertunang, haram hukumnya lelaki lain mendekati kita. Kita pula, tidak boleh berkelakuan seperti sebelum bertunang. Walaupun belum sebagai suami, jaga lah hubungan dengan baik, Hargai nikmat tuhan sebaiknya. Jodoh, kematian itu segalanya urusan tuhan, rancangan tuhan yang tentukan, kita hambanya, jaga apa yang ada sebaiknya selagi tuhan masih mahu meminjamkan sesuatu itu untuk kita.. :)

Wassalam.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Selasa, 25 Jun 2013

Orang Indonesia Guna Gambar Encik Tunang Saya Kat Profil Foto Facebook Nya

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Oh My GOD! Saya sangat terkejut sebab baru sahaja jumpa facebook seorang mamat Indonesia yang gunakan gambar Encik Tunang saya sebagai profil foto nya kat facebook. uhhh~ peminat ke???

Huhu... Seyesly, tak suka laaa~
Mamat Indonesia nama Zacky Setyadi ni guna gambar Encik Tunang saya 2 jam yang lalu..Kalau dia guna gambar dia dengan Encik Tunang, Its oke... but ni gambar Encik Tunang sorang-sorang then, both of us tak kenal langsung dengan Zacky Setyadi ni. Why suddenly ye?

2 Jam yang lalu...

Cepat-cepat buat report.. huhu...
Dah la gambar yang dia guna tu gambar saya dengan Encik Tunang. Dia pergi crop... haish! marah ni marah.. Encik Tunang dah inbox mamat tu dan tunggu foto tu didelete.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Warisan Sejarah Terowong Bekas Arang Batu Tanjung Kubong,Labuan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Dua hari lepas, saya dan Encik Tunang sempat singgah ke Tanjung Kubong sebelum pergi jogging di Taman Botanikal Labuan.Kat Tanjung Kubong terdapat Kawasan Terowong Bekas Arang Batu. Tempat tu dah agak semak dan terbiar.. but, still boleh ke sana untuk melihat secara dekat apa yang ada kat kawasan tu.


Terowong ini dulunya pernah menjadi tapak aktiviti perlombongan arang batu selama lebih dari setengah abad sejak dari tahun 1849 sehingga 1911. Rangkaian terowong bawah tanah yang luas ini adalah salah satu daripada mercu tanda sejarah penting, yang terdapat di Labuan. Dikendalikan oleh syarikat-syarikat British selama 64 tahun, dan semasa pentadbiran Pusat Borneo Baru, jalan keretapi sepanjang 8 batu telah dibina dari sini ke Pelabuhan Victoria untuk memudahkan eksport arang batu, menyebabkan operasi perlombongan arang batu berkembang pesat di sini. Walau bagaimanapun, satu rentetan kemalangan di lombong itu telah membawa kepada penutupannya pada 1911.

Terowong Ketujuh.
Pintu Masuk ke terowong. (Checkpoint pertama)
Checkpoint kedua.
Dah semak.
Hari ini, yang masih kekal di kawasan tersebut adalah lubang dan terowong yang digali lama dahulu, batu-bata lama dan kepingan landasan keretapi serta kabel berkarat bertaburan di atas tanah. Para pelawat boleh memasuki terowong yang rendah dengan bantuan tali pendek dan keluar di bahagian atas, namun begitu, pelawat harus berhati-hati. Di seberang jalan bersebelahan dengan serombong, adalah sebuah telaga tegak selebar 10 kaki dengan kedalaman kira-kira 100 kaki. Pintu masuk ke terowong-terowong lain, yang belum diterokai, boleh ditemui di bahagian bawah telaga. (Sumber)

Salah satu terowong (Terowong keempat) adalah terowong yang boleh di daki dan tembus ke atas. Terowong itu boleh didaki dengan menggunakan tali. Menurut kata Encik Tunang saya (Mohd Nasyit), semasa dia kecil dulu sudah pernah mendaki terowong itu dan terdapat banyak kelawar di dalam terowong tersebut bersama kawan-kawannya. Walau bagaimanapun, sekarang tali itu sudah tidak ada. Tangga kayu yang diceritakan oleh Mohd Nasyit juga sudah tidak ada lagi.

Boleh lihat video ini juga :


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Blog Challenge - Day 05 : Picture of Somewhere You've Been To

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Gambar tempat-tempat yang pernah saya pergi :













Buat masa ni, tempat yang saya pernah pergi tak banyak sangat melainkan Wilayah Persekutuan Labuan. Tempat lain (luar Labuan) adalah sekitar Kota Kinabalu seperti Bandar Kota Kinabalu, 1 Borneo, Center Point, Karamunsing, Suria Sabah, Wisma merdeka, dan Wawasan Plaza. Selain dari Kota Kinabalu, saya pernah ke Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang Lama, Selangor, Ipoh dan Terengganu. Tempat menarik yang saya sempat singgah semasa berada di semenanjung Malaysia ialah i-city, Pasar Seni, dan Putrajaya.

Blog Challenge apakah ini? Boleh check kat SINI <<klik.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Isnin, 24 Jun 2013

Art Borneo Festival, Labuan FT, 22 hingga 23 June 2013

Assalammualaikum Readers Dan Bloggers,

Sekarang musim Art Borneo kat Wilayah Persekutuan Labuan. Musim but tak demam sangat la..Cuaca panas dan jerebu mungkin salah satu sebab tak berapa nak hidup event ni kan? huhu.. Btw, saya tetap support Art Borneo untuk Labuan! Hehe.

First day dah pakai baju Art Borneo. YeahHH!
Saya dan Encik tunang spend time untuk event ni. Walaupun kitorang tak lah aktif dengan mengikuti pertandingan atau apa-apapun pertandingan, we support dari belakang saja la.. heheHEhe..

Ada seorang pelukis, i dont know dari mana datangnya dia, terer melukis potret but, tak ada rezeki pula nak dapatkan potret saya bersama Encik Tunang. Masa datang kat kaunter dia semalam (Ahad - 23 June 2013), dia tak ada kat sana. huhu..x apa lah.. saya lukis sendiri saja la.. kwang3 :p

Ada juga rasa agak terkilan bila ada seminar fotografi dan saya terlepas untuk mengikutinya. Bukan rezeki lah kot. Apa-apapun, saya tetap Enjoyed!! Tambah-tambah dapat spend my time dengan Encik Tunang kat event favourite. yeahHH!! :)

Pada 22 June 2013 - My Mohd Nasyit meninggalkan jejak kat pameran fotografi. Jom Autograph!! :D

Me Too! Tak nak ketinggalan untuk autograph...Ramai juga yang dah bagi autograph!! :D

Mohd Nasyit dan Sofie :) LOVE.
Dalam pameran fotografi tu, ada beberapa hasil seni fotografer warga Labuan yang berbakat. Menggunakan Kamera DSLR of coz!! uh jelesnyer.. hehehehe.. Semart juga gambar-gambar diorang. But, sikit sangat la... pamerkan la banyak-banyak lagi foto tuu.. haha.. lagi banyak lagi cantik!!! Ada satu sudut tu, diletakkan buku-buku atau folio hasil fotografer dari luar Labuan dan Labuan. Yang sempat saya belek-belek adalah buku seorang fotografer nama ABC (Chinese name yang disingkatkan). Foto-foto dia unik.. dia bukukan semua hasil foto dia dengan tema hitam putih. Sesuai dengan "MALAM" . Kenapa malam? Diceritakan oleh Mr. Kelvin (Orang yang bertugas kat pameran tu) - ABC mengalami kesukaran untuk tidur malam. Apa yang dia buat is...dengan keluar dan mengambil foto kat tempat-tempat area Singapore tu pada waktu malam. Dia melakukan perkara tu selama 3 tahun (2010 hingga 2012), setiap malam! Paling best, dia hanya mengambil foto-foto tu dengan menggunakan IPhone 2G nya. Bukan Kamera DSLR. Biasanya, saya dengar fotografer akan menggunakan DSLR, dia tak.. so,its very unique i guess :)

Encik Tunang saya! :)

Lepak-ing sekejap selepas dari Pameran Fotografi...
Mr. Kelvin juga salah seorang yang minat dalam bidang fotografi. Kat sudut buku dan folio tu, ada juga hasil seni dia. Boleh tahan!

Satu buku lagi yang saya buka, adalah hasil daripada seorang fotografer dari...errr... erm... tak ingat.. but Luar Malaysia (Orang Inggeris - Perempuan) Yang pernah tinggal kat tempat orang sakit jiwa. Bayangkan penceritaan dalam foto dia berkisar macam mana? pelik, unik but true!

Malam 22 June 2013, Nasional FM datang untuk konsert gegar... but.. dalam jam 8.30pm or 9.00pm macam tu kot, saya dan Encik Tunang pulang rumah. Hmm.. malam tu agak sunyi dan macam ada yang kurang kat event tu..

Then,

Kami sambung semula esok harinya (23 June 2013). BEST!!! Ada pertandingan MELUKIS WAJAH, KRAFTANGAN dan MEMASAK.


Gambar kat atas adalah 6 orang peserta Face Painting. Ada lagi yang lain but ini yang sempat saya "shoot" . Rasanya mana satu yang menang jika hanya ini sahaja pesertanya? haha... Menakutkan pun ada juga kan?

Adik chinese yang cute!!

Geng hantu!
Encik Tunang kata, adik yang muka putih, gigi menyeringai tu macam real!! Hahaha.. seyes la tengok kat tepi pun dah menakutkan. Bayangkan kalau dia guna baju yang sesuai. Malam-malam, tak payah la keluarkan suara pun, orang tengok pun dah lari :p



Adik ni, mak dia yang lukis muka dia ni.. perghh! kreatip sungguh! ...saya nampak, dia saja yang guna type colour yang betul iaitu "Body Painting Colour" .. yang lain sumer guna "Poster Colour" ... Thats y, adik muka biru ni, kemas! Kaler dia memang untuk body painting.

Okelah. saya tak nak ketinggalan untuk masuk dalam foto okeh! hahaha...feeling excited this time.. agaknya kalau saya yang lukis muka orang menjadi tak uh?? -_-"

Terfikir satu idea nak pinjam muka Encik Tunang buat demo face painting. Hahahaha.. boleh ke tak Encik Tunang? :p

Oke then, ada pertandingan memasak dan kraftangan...

Buah hati saya ni memang suka bab masak-masak!! :)

Sedang menghakimi hasil kraftangan peserta...

Fesyen baju dengan menggunakan daun...

Unique!
Disebabkan cuaca sangat panas, saya dan Encik Tunang mengambil kesempatan berehat di tempat sejuk, Ujana Kewangan...

L.O.V.E Him so much!
Pada waktu malam, ada pertandingan "Finalis Bintang Remaja Labuan FM" kat tempat di mana berlangsungnya Art Borneo tersebut. Ada artis jemputan, Hyper X (Penyanyi lagu "Harapan") dan Radhi OAG (Penyanyi lagu "Akustatik"). Seronok juga tengok hiburan macam ni sekali sekala di hujung minggu. Ada penari budak-budak kecik yang menghiburkan dan FLEXIBLE CREW boleh tahan tarian! Thumb Up!





Saya dan Encik Tunang adalah antara orang yang terawal sampai. So, Kami dapat tempat kat depan pentas. Memula tak ramai orang pun. Sedar tak sedar, bila saya tengok belakang, RAMAInya MANUSIA!!!

Saya sangat Happy dan Enjoyed!! Sebab...Ada Encik Tunang bersama saya :)



Love You....
So...much!!....

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share: