SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 27 April 2011

Mungkin ini lah sebabnya


Aku sepatutnya bersyukur. Alhamdulillah atas masalah yang menimpa. Aku yakin dan aku percaya..semua ni berlaku ada sebabnya. Aku cuba dan cuba berfikir sedalam mungkin..kenapa dan kenapa dan kenapa...

ALLAH ITU MAHA BESAR dan MAHA TAHU SEGALANYA..

Ketika aku resah kehilangan sahabat..
Ku cuba bertenang..
Kerana bagiku ada sahabat lebih hebat..
Lalu ku cari sahabat hebat itu..

Namun..
Betapa aku kecewa sahabat hebat itu hanya bayangan..
Hanya khayalan..
Hanya ada bila aku diperlukan..

Terasa hati ini begitu kosong..
Terasa sepi dan sunyi..
Betapa tergurisnya hati..
Betapa sakitnya hati berdarah..
Sungguh aku merasa begitu pedih..
Remuk! Hatiku Remuk!

Saatku cuba menjernihkan kekeruhan..
Kelihatan air itu tetap dengan kedegilan..
Tidak mahu putih apatah lagi jernih..
Aku kecewa..aku jatuh..
Namun diabaikan..
Aku sakit..
Namun dilupakan..

Aku mula berfikir..
Ku cuba imbas kembali semuanya..
Mungkin..

Tuhan tidak izinkan dia menjadi terbaik dalam hatiku..
Tuhan tidak mahu aku terhanyut lebih jauh..

Lalu..aku lepaskan..
Ku cuba lupakan..

Aku memberi dia ruang..
Aku memberi diriku sendiri peluang..
Kini..aku tersedar dari leka..
Betapa hikmah Tuhan itu sungguh indah..

Besar sungguh keindahan Tuhan..
Tatkala gelap, ALLAH menyuluhkan keterangan..
Tatkala kehilangan, ALLAH menggantikan gantian..
Alhamdulillah~

ALLAH telah memberikan ganti sebelum hilang~
ALLAH telah memberikan ganti yang lebih baik dari yang ku rasa terbaik~

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Sabtu, 23 April 2011

Dikala Kau Akan Pergi


Disini, bagi aku dialah manusia yang paling baik hati. Betapa dia seorang yang baik dan aku dapat lihat akan kewibawaannya. Bukan sahaja aku .Malah, orang lain juga sangat menyayanginya. Aku bahagia disini kerana..aku sangat disayanginya seperti keluarganya sendiri.

Namun, sekarang aku sedih...aku merajuk...jauh hati dengan dia. Dia selalu sibuk dan marah-marah. Dia jarang layan aku dan aku mula membawa hati ni..Kadang-kadang, melihat caranya yang seperti tidak menghiraukan itu membuatkan aku bertambah sedih dan rasa terabai.

Lama kami tidak semesra selalu..kadang-kadang aku tertanya. Adakah sampai selamanya?

Pada suatu hari, ada satu majlis besar diadakan. Aku hairan kenapa aku tidak tahu majlis itu bertujuan apa. Tiada siapa yang memberitahu aku. Dia juga tidak memberitahu apa-apa. Aku hairan kenapa semua kawan-kawan lama yang sudah lama berhenti dan bekerja di tempat lain datang ke majlis itu juga. Ramai yang datang dan aku merasa akan suasana yang sedih dan sebak waktu tu. Kenapa? Majlis apa itu?

Aku masuk ke pejabat, sememangnya ada sesuatu yang tidak ku ketahui sedang berlaku di situ. Namun, aku tidak faham. Apa yang sedang mereka rancang dan majlis apakah itu. Dia berkemas dan memberi banyak pesanan kepada pembantunya.

Ah! Akhirnya aku ingin pulang.Aku tidak mahu peduli apa yang sedang berlaku waktu itu. Aku ingin pulang dan biarkan sahaja persoalan tidak terjawab.Lagipun, dia tidak mahu melayan aku. Takkan lah aku ingin menjadi orang yang hidungnya tidak mancung tapi pipi tersorong-sorong pula.

Aku keluar dari pejabat dan bertemu dengan bekas pekerja di luar pejabat.

"Hey, apa khabar? mana dia? dengar-dengar dia nak pergi outstation.."
"Outstation? tak tahu.."
"Hey, outstation yang bukan sementara tau..kau perlu tahu.."

Pertanyaan tu buat aku semakin tak faham dan aku mula berfikir-fikir, keliru.Ramai orang lalu lalang dengan membawa pelbagai bentuk dan jenis hadiah. Kedengaran mereka berbual-bual.

"Tak lama lagi..."
"Tak seronoknya.."
"Sedihnya.."
"Tak sangka.."

dan..salah seorang melihat aku lalu berkata,

"eh? Kenapa kau di sini? kau tak tahu ke?"

Aku mula dapat menangkap sesuatu dalam kepala aku. Dia nak pergi? Ni majlis perpisahan? Aku masuk ke pejabat semula dan melihat mereka semua menangis kecuali aku. Aku lihat dia melalui pintu kacanya. Di tangannya ada senarai mereka-mereka yang ingin dia beri hadiah kenangan. Begitulah adat kami bila perpisahan akan berlaku. Ku lihat ada budak yang sedang menangis di dalam. Aku tidak peduli...walaupun ketika itu bukan giliran aku, aku masuk dan aku pergi ke arahnya.

"Apa dah jadi?"

Dia diam...aku hilang sabar dan aku menarik senarai dalam genggamannya..namaku paling teratas dan aku nombor satu. Betapa aku terharu dan sangat sedih. Dia mula menangis  dan bertanya,

"Kenapa perangai adik dah lain sekarang? kenapa buat macam ni pada akak?"

Sekarang aku tahu betapa jauhnya aku salah faham dan aku sangat sedih betapa singkatnya baki masa untuk aku luangkan dengan dia kini. Dia akan pergi dan ...aku akan merinduinya..aku memeluknya dengan penuh kasih sayang.

"Maaf. Adik ingat, akak dah tak perlukan adik lagi..adik sedih dan adik jauh hati..akak selalu kelihatan busy dan ignore adik"

Dia menangis dan memeluk aku erat lagi...kami pun berbaik semula. Mesra seperti biasa. Tetapi hati aku gelisah..hati aku resah..lepas ni, dia akan pergi tinggalkan aku selamanya.

Tiba-tiba gelap.
Tiba-tiba sunyi.

AKU BANGUN DAN TIBA-TIBA AKU TAK DAPAT TIDUR DENGAN TENANG, AKU BANGUN DARI LENA..LALU KU CUBA UNGKAPKAN MIMPI YANG MENGANGGU TIDURKU ITU DALAM PERKATAAN-PERKATAAN MENGGUNAKAN PEN.

Cerita ini adalah mimpi. Mimpi yang membuat aku sedih.Seolah kenyataan dan sekarang aku sudah tidak dapat tidur semula.Mimpi tu seolah-olah benar sedang berlaku. Permainan tidur? Atau masalah duniawi aku terbawa ke alam mimpi?

Pelik tapi benar.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Jumaat, 22 April 2011

Macam Biasa

Kami : SoP , NaD & MaS
Macam Biasa, sepanjang hari spend time dengan Parkson..GahHh~! Kalau sepanjang hari di Parkson bershopping seronok ni! hik3x... 😁 Hari ni saya masuk pagi (9.30am) and balik jam (10.00pm) ..

Awal pagi macam biasa, ayah drop saya kat Labuan Supermarket and saya akan jalan kaki dengan seorang kawan nama K.Mas ke Ujana Kewangan. Sepanjang jalan macam biasa juga banyak cerita yang kami kongsi sama-sama..memang seronok 😍

Apabila dah sampai di Ujana Kewangan, macam biasa saya dan K.Mas lepak-lepak kat Food Court. Hari ni sarapan dengan Nescafe dan Pisang goreng sahaja. Sebelum 9.30am, macam biasa kami sembang-sembang..plan itu ini..kongsi itu n ini juga..

Bila masuk office, macam biasa Sis Naddy lambat sikit. Saya ngan K.Mas awal sikit..sikit je lah..he he he..lepas tu, macam biasa juga kami buat kerja masing-masing..dan sekali sekala menjenguk ke department masing-masing.

Macam biasa, dalam office pun dok borak-borak..gelak-gelak sekali sekala tapi kami "KETAWA DALAM PERUT" ...wakakakaka! (eh? membayangkan macam mana nak ketawa dalam perut ke? 😎)

Ada story di sebalik "Ketawa dalam perut" tu. Bos perli..huhu..Sebab bising dengan gelak ketawa kami dalam ofis. Kebetulan dia lalu dan kami tak perasan. Dia marah dan kata "Lain kali dalam ofis, ketawa dalam perut!". Huhu!

Jam 1 tiba...macam biasa kami makan together-gether 🙊 . Semalam dah kat Tasty, hari ni plan nak ke Syam pula..Tup-tup Syam tutup.SO, kami pun lunch kat Food Court je....

 macam biasa kami kongsi cerita suka duka...

Diorang lah yang akan saya kata MACAM BIASA memang diorang ialah WORKA for my Holic !

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Selasa, 19 April 2011

Unique Of Me is Best Of Me


Jiwa gua jiwa muda..
Muda belia remaja tu gua..
Layan lagu, lagu yeaHh-YeahHh!
BiasaLah saya punya suka..

Gua idop dalam 'dunia' BLUES gua..
Jiwang ke karat belaka..
Itu lah Gua, gua lah saja..
Jadi bayangan bikin susah saja..


Aku ialah aku...
Tak kira! aku nak jadi aku juga...
Aku suka gelak, ketawa, ceria, manja...
BIASALAH itu AKU...

Kalau tak suka sila lah ke kaunter sebelah...
Gagagagaga...

Sekian Terima Kasih!

P/S : JadiLah Diri Sendiri..Personaliti anda ialah anda..Image anda itu hanya luaran belaka...


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


 
Share:

Grenade

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Dah pagi dah ni...tapi saya belum tido lagi dari semalam...demi karya saya yang julung-julung kalinya untuk tahun ni, saya sanggup tongkat mata hahaha!

Serius! jari rasa keras...otak beku..idea pun kaku bila lama tak melukis...mengikut kiraan,sudah dekat setahun tak layan jiwa seni..haha..patutlah nampak kertas putih je mata jadi kelabu..

Memang azam tahun ni untuk buat satu koleksi lukisan sendiri...tapi...dari awal tahun hingga lah ke bulan April ni, belum juga bergerak untuk melukis...tapi akhirnya...akhirnya berjaya juga 'bergerak' walaupun macam siput...hehe...tu semua disebabkan ketandusan idea dan banyak lupa apa yang biasa dibuat ketika melukis, ni ialah lukisan refresh semata-mata...simple je...harap-harap...mood melukis ni tak hilang lagi lepas ni...susah nak dapat masa lapang untuk melukis kalau bekerja.

LUKISAN PERTAMA TAHUN 2011. Hehehe....

Orang yang lama tak melukis...bila dah start melukis balik, lukisan simple pun meja dia bersepah...
Kui Kui Kui...

In Shaa Allah akan update lagi lukisan. Cuma tak tahu, bila. Tapi memang akan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 18 April 2011

Ujian Personaliti

Assalammualaikum readers dan bloggers!,

Sekarang kita nak buat Ujian Personaliti. Masa zaman sekolah dulu, kalau masuk bilik kaunseling memang banyak buku-buku mengenai personaliti kan. Salah satunya adalah yang ini.

Pilih corak di bawah yang menggambarkan anda secara tetat atau yang paling hampir. Pakar psikologi telah mencipta corak-corak di bawah. Mereka telah mengujinya di peringkat global, selama beberapa tahun. Terdapat 9 jenis personaliti asas.




Pilihan nombor gambar dari kiri ke kanan.


Jawapan :
Dah pilih ?
Kalau boleh jangan lebih dari 3 saat masa memilih dan paling penting ialah PILIH DULU baru baca jawapan kat bawah. hehehe...

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.







2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.



. . . . .
. . . . .

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.







7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang
Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.


Saya punya apa agaknya ye?
Well, RAHSIA. Hahaha!

Seronok kan buat ujian personaliti? Apa kata baca pula personaliti melalui tarikh lahir?

Tajuk 1 - Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh lahir
Tajuk 2 - Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita
Tajuk 3 - Kombinasi nombor untuk rujukan selepas membuat kiraan Tarikh Lahir


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Ahad, 17 April 2011

Kisah Cinta - FeelHoney


Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji


bahwa kau kan selalu ada disini


susah senangku bersama kau tempuhi

ku hargai



kini kau dimana?


meninggalkan ku sendiri tak berdaya

pesanmu padaku janganlah berduka

jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..



air mata pun jatuh ke pipi


mengingkari janji yang ku beri

kisah cinta sahabat sejati

tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku
kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali



walau kau disana


namun doaku kan selalu bersama

maaf kernaku tak pernah tuk berkata

bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Shining Friends



A LITTLE FAITH
BRIGHTENS A RAINY DAY
LIFE IS DIFFICULT
YOU CAN GO AWAY

DON'T HIDE YOURSELVES IN THE CORNER
YOU HAVE MY PLACES TO STAY

SORROW IS GONNA SAY GOODBYE
OPENS UP
YOU WILL SEE THE HAPPY SUNSHINE
KEEP GOING ON WITH YOUR DREAM
CHASING TOMORROW'S SUNRISE
THE SPIRIT CAN NEVER DIE

SUN WILL SHINE , MY FRIEND
WON'T LET YOU CRY,
MY DEAR..

SEEING YOU , SHED A TEAR
MAKES MY WORLD , DISAPPEAR
YOU'LL NEVER BE ALONE IN DARKNESS
SEE MY SMILE , MY FRIEND
WE ARE WITH YOU
HOLDING HANDS

YOU HAVE GOT , TO BELIVE
YOU ARE MY DESTINY
WE'RE MEANT TO BE YOUR FRIENDS
THAT'S WHAT A FRIEND SHOULD BE...


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Si 'Awak' Tikam Si 'Saya' Dari Belakang


Why did you hurt me, when I was the one who took you in?

Why did you hurt me, I thought I was your bestfriend

Why did you hurt me, after all the things we’ve been through

Why did you hurt me, when I was love you so much friend?

Why did you hurt me, I gave up everything I had?
Why did you hurt me, now I’m always sad?
My question to you is why?
If you don’t know the answer, please don’t try.

Awak...awak tahu tak? ada beberapa malam tu, saya nangis dan nangis dan nangis terkenang betapa sampainya hati awak buat saya terluka macam ni. Awak tahu tak? malam-malam tu saya layan diri sendiri je..saya nak bersendirian..saya sedih lah awak..tapi awak tak pernah tahu..sampai sekarang pun awak hanya tahu gelak-gelak je. Tak tahu pun saya terjatuh, terluka dan terhempap batu besar yang awak baling ke belakang..oh! Mungkin awak tak sengaja...ohhhh...sedihnya saya!!! Awak tahu? hampir-hampir saya nak bagi satu sumpahan buat awak atas kesanggupan awak menusuk pisau sedalam-dalamnya ke dada saya. Saya hampir nak kata :

"AWAK, I HATE YOU, PLEASE DIE!!!"

oh! tapi saya sayang awak...saya tak mungkin nak awak mati. Tak mungkin..itu tak mungkin...Awak tahu? semua orang kutuk saya sebab saya rapat dengan awak. Saya tak kisah pun apa orang cakap saya tetap berdiri sebelah awak. Saya tetap jaga hati awak macam jaga hati saya sendiri. Selamani, dah banyak kali saya kecil hati dengan awak..saya tetap juga setia demi awak.. tapi awak tak nampak semua tu.. awak gunakan saya untuk awak dapatkan maklumat apa sahaja yang awak nak..awak cuma mempergunakan saya untuk kepentingan diri awak sendiri! Mungkin awak tak perasan semua tu dah melukakan hati saya.

AWAKKKKKK!!!!!! AWAK JAHAT KAT SAYA!!!!!

SAYYYYYYAAAA SEDIHHH AWAK TAHU TAK? AWAK TAHU TAK? AWAK DENGAR TAK SUARA HATI SAYA MENANGIS BILA NAMPAK AWAK TERSENYUM SINIS UNTUK SAYA? AWAK DENGAR TAK SUARA HATI SAYA MENANGIS BILA DENGAR AWAK KATA SAYA....

MACAM BUDAK-BUDAK DI DEPAN SEMUA ORANG SECARA FORMAL...?

MENYUSAHKAN...?

TAK LAYAK UNTUK SEMUA...?

TAK BIJAK...?

TAK BERKEBOLEHAN...?

BODOH...?

Awak...mungkin saya terlalu emosi dan terlalu ikutkan perasaan...tak pe lah...buatlah apa awak suka..buatlah..buatlah...

Awak, saya nak cerita kat awak ni..bila orang sedang cakap bukan-bukan tentang awak, saya rasa marah dan kalau boleh saya nak mereka semua tutup mulut dan jaga hal sendiri. Saya marah dan sedih bila dengar mereka gelar awak dengan panggilan yang hodoh sungguh bunyinya. Awak...saya sedih...saya sedih ni...sedih bila awak memperkenalkan saya pada orang lain dengan keburukan dan kelemahan yang saya ada. Bila awak buat macam tu, saya terasa betapa saya ni sangat tak berguna..tak ada kelebihan langsung..saya rasa..saya bodoh..saya rasa saya ni bodoh je kawan dengan awak!...kenapa awak? kenapa? kenapa buat saya macam ni?

Please stop confusing me and manipulate situation...Don't speak if it not from your true heart...Everything you said...cuts like a knife and hurts me deep inside...if you treat me as a child and think i am unfit...Why don't you KICK me out? or throw me into the dustbin? I really regrets all of this...!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: