SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Memaparkan catatan dengan label Metafizik Pernomboran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Metafizik Pernomboran. Papar semua catatan

Khamis, 7 November 2019

Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)

Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan Kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Sebelum saya berkongsi apa itu metafizik, saya nak mengucapkan kepada semua peminat ilmu metafizik yang singgah ke blog saya dan mentelaah blog post saya mengenai ilmu metafizik pernomboran (Rahsia tarikh lahir dan nama). Begitu juga yang menghubungi saya secara terus di Instagram saya, @sofinah696 untuk bertanya beberapa soalan mengenai personaliti berdasarkan tarikh lahir dan nama mereka. Pelbagai soalan juga saya terima dan maaflah tidak semua saya boleh jawab walaupun saya membalas mesej tersebut. Hal ini kerana saya adalah salah seorang peminat ilmu metafizik pernomboran tetapi saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Saya juga ingin memberi klarifikasi bahawa saya bukanlah penasihat dalam bidang ini tetapi saya lebih kepada pengongsi pengetahuan ini di dalam blog personal saya berdasarkan hasil pembacaan saya semata mata.

Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)


Saya suka membaca ilmu metafizik pernomboran kerana saya suka mengetahui tentang hal hal yang berkaitan dengan personaliti individu dan diri sendiri. Oleh itu saya kongsikan di blog ini. Mungkin bermanfaat kepada pembaca dan pengunjung. OK! Tanpa ber basa basi banyak sangat, saya teruskan topik kita pada kali ini, iaitu apakah maksud metafizik dan apa sebenarnya metafizik?

Apa Itu Metafizik dan Apakah Maksudnya?


Metafizik merupakan ilmu yang sangat luas dan abstrak. Ia adalah ilmu di bawah cabang ilmu falsafah di mana ia adalah kajian mengenai sesuatu yang luar biasa, hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti dan mengkaji sesuatu persoalan asas pada zaman kuno. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji sesuatu untuk dirungkai seperti bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, apakah yang menjadikan sesuatu? atau mengkaji sesuatu hal yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, kajian mengenai apakah hubungan antara minda atau akal dengan tubuh badan atau fizikal.

Dengan erti kata lain, bidang ini membincangkan hal hal mengenai menjawab segala persoalan yang muncul pada zamannya. Termasuklah tentang ruang dan waktu. Uhrmm...atau lebih jelas kalau saya menggunakan ayat "Another Dimension" = Dimensi yang lain. Lapisan lain atau...YyeahhH! Contoh yang boleh difahami adalah ia seperti dalam filem Dr. Strange. Ingat tak guru kepada Dr. Strange yang digelar "Ancient One"? Macam mana dia jelaskan mengenai sesuatu di dimensi lain? Jadi, lebih kurang macam tu la.



Keluasan ilmu metafizik ni merangkumi hal hal ghaib, fenomena yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sesuatu yang bukan biasa seperti aura, tenaga, frekuensi, gelombang dan banyak lagi. Agak sukar untuk memberikan maksud yang spesifik kerana ilmu ini terlalu luas.

Metafizik juga merupakan cabang utama dalam ilmu falsafah di mana ilmu ini sudah sekian lama dikaji oleh ramai tokoh falsafah dari sebelum masihi lagi. Pada zaman purba atau zaman kuno, Antara persoalan persoalan yang dikaji oleh tokoh falsafah pada zaman tersebut adalah;

  1. Adakah tuhan itu wujud?
  2. Apa itu kebenaran?
  3. Apa itu seseorang individu? Apa yang membuatkan individu itu tetap sama sepanjang masa?
  4. Adakah manusia mempunyai akal? Jika ada, apakah hubungan akal dengan tubuh badan?
  5. Adakah manusia mempunyai kemahuan (free will) - kebolehan untuk membuat keputusan untuk melakukan sesuatu sendiri tanpa dipengaruhi oleh hal hal luar ( Tiada sesiapa mengarahkan untuk melakukannya) atau kebebasan melakukan sesuatu.
Antara tokoh falsafah yang pakar dalam kajian metafizik ini adalah;
  1. Aristotle
  2. Pythagoras
  3. Socratic
  4. Plato
  5. Democritus
  6. ...dan banyak lagi.
...serta, ilmuan Islam yang membahaskan tentang metafizik ini, adalah;
  1. Al-Kindi
  2. Al-Ghazali
  3. Ibn Arabi
  4. Fakhr al-Din al-Razi
  5. Ibn Rushd
  6. ...dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, ilmu metafizik ini akan berkembang mengikut aliran zaman dan mengikut kajian kajian yang bakal digali lagi oleh ilmuan terkini dan akan datang. Mungkin cara membahaskannya juga akan sejajar dengan cara mengikut aliran zaman tersebut.

Apakah Maksud Disebalik Perkataan METAFIZIK dan asal usulnya?

Berdasarkan sejarah metafizik, perkataan Metafizik berasal daripada dua patah perkataan dari bahasa Yunani. Ia adalah "META" dan "PHYSICS".  Yang membawa maksud kepada sesuatu atau disebalik sesuatu kejadian = "After or behind or among or the study of the natural".

Terdapat 14 buah buku hasil kerja Aristotle dan perkataan tersebut diperolehi dari hasil kerja tersebut. Kesemua buku tersebut dijadikan satu koleksi buku Aristotle dan di namakan sebagai "Ta meta ta phusika" dan kini dikenali sebagai "ARISTOTLE'S METAPHYSICS".

Apakah kaitan Metafizik dan Pernomboran (Numerologi)?

Pernomboran (Numerologi) adalah kajian dan analisis mengenai nombor yang berkaitan dengan idea, peristiwa dan sesuatu mengenai kiraan metamatik yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian alam. Di mana dipercayai bahawa setiap kejadian alam ada kaitan dengan nombor. Pernomboran (Numerologi) ini juga dikenali sebagai ilmu analisis dan pengiraan mengenai personaliti seseorang individu berdasarkan tarikh lahir, dan nama. Setiap nama seseorang itu mempunyai nilai nombor dan mempunyai maksud.

Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)


Pythagoras dan ahli falsafah yang lain percaya bahawa  konsep matematik adalah sesuatu yang pratikal dan sangat mudah untuk menjelaskan sesuatu kejadian menggunakan nombor dan kiraan atau corak dan pola pernomboran. Pada pendapat Pythagoras, dia percaya bahawa semua hal ada hubung kait dengan angka dan terserah kepada minda dan pemikiran untuk mencari dan menyelidik rahsia disebaliknya.

Mungkin, disebabkan kajian pernomboran ini adalah dikaji oleh ahli falsafah yang mengkaji ilmu metafizik, maka ia sering dikaitkan dengan metafizik.

Kajian mengenai corak dan pola nombor ini lebih sering (kerap) dikaitkan dengan bidang astrologi (Seperti tilikan masa depan, mistik atau paranormal). Hal ini kerana konsep numerologi ini telah ditolak pada zamannya (Tidak diiktiraf) kerana dipercayai bersifat paranormal dan sihir, sama seperti astrologi yang tidak jelas adakah ia benar dibawah cabang metafizik?

Pada pendapat saya sendiri, terjadinya penolakkan mengenai kiraan matematik (analisis pernomboran) yang dikaitkan dengan alam ini kerana maksud disebalik nombor itu bersifat tidak wujud atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sama dengan sifat alam ghaib dan ilmu sihir. Atau mungkin, walaupun nombor adalah sesuatu yang logik tetapi jika dikaitkan dengan kejadian alam, tenaga dan aura atau dimensi yang lain, ia tidak dapat diterima akal pada zaman tersebut. Bukan sahaja pada zaman tersebut tetapi juga pada hari ini.

Walaupun tidak disahihkan dan tidak ditulis secara spesifik bahawa numerologi adalah dibawah cabang ilmu metafizik tetapi numerologi tetap dilihat sebagai sebahagian dari ilmu metafizik atas sifatnya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Memang ramai masyarakat yang skeptik dengan numerologi kerana dikhuatiri ia adalah sesuatu yang tahyul. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kajian yang dibuktikan benar yang kelihatan berkaitan dengan numerologi. Contohnya, eksperimen oleh al-kimia Arab, Jabir Ibn Hayyan. Begitu juga dengan karya oleh Sir Thomas Browne's pada tahun 1658. Selain itu, ada juga sebahagian ulama' yang menggunakan ilmu pernomboran ini untuk ikhtiar rawatan.


Hal ini mungkin juga dikuatiri akan berlaku kekufuran dan ia mungkin boleh memudaratkan kepada mereka yang tersalahfaham mengenai ilmu pernomboran ini di mana mereka percaya asbab kesembuhan atau kejayaan itu adalah dari nombor tersebut bukan dari Tuhan sedangkan ilmu pernomboran itu adalah datangnya dari Tuhan. Kesembuhan, kejayaan dan punca rezeki itu datangnya dari Tuhan.

Pada zaman moden, numerologi mempunyai pelbagai pendekatan dari segi pengenalannya. Ia telah berkembang mengikut zaman oleh mereka yang mengkajinya. Agak sukar untuk mengelar mereka yang mengkaji atau mengamalkan numerologi sebagai ahli numerologi kerana perkataan "ahli numerologi" tidak ada dicatatkan pada atau sebelum abad ke 1907. Walau bagaimanapun, istilah "ahli numerologi" boleh digunakan untuk mereka yang meletakkan kepercayaan mereka kepada corak dan pola pernomboran walaupun mereka tidaklah mengamalkan konsep numerologi tradisional.

Sebagai contohnya, di dalam buku yang berjudul "Numerology : Or What Pythagoras Wrought" pada tahun 1997, ditulis oleh Underwood Dudley telah menggunakan istilah "Ahli Numerologi" kepada mereka yang mempraktikkan Prinsip Gelombang Elliott dalam pasaran saham bagi menganalisis corak harga dalam saham. 

Pada pendapat peribadi saya, menggunakan teknik analisis teknikal berdasarkan Prinsip Gelombang Elliott dalam pasaran pertukaran mata wang juga boleh dikatakan kebanyakkannya tepat dan boleh membuat keuntungan. Tetapi, dengan syarat, penggunanya perlulah sabar kerana ia memerlukan kesanggupan dalam menunggu waktu yang tepat untuk membuka sebarang transaksi membeli atau menjual. Ia kembali kepada psikologi pedagang itu sendiri.

Begitulah sedikit sebanyak penjelasan mengenai Metafizik dan Pernomboran (Numerologi) yang saya boleh kongsikan di sini. Jadi, selepas membaca pengenalan ini, apakah pendapat korang? Apa yang korang fikirkan? Jangan segan dan kongsikan komen dan pendapat korang di ruangan komen di bawah, OK!

Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!

Semoga Bermanfaat.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Rujukan : Wikipedia, Unikversiti, Serenamaklong, Britannica, Plato.Stanford.Edu, Ilmu Falsafah, Muftiwp.
Share:

Sabtu, 27 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sambungan dari entri "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3". Entri terakhir berkenaan sejauh mana kebenaran dan logik analisis tahun peribadi berdasarkan metafizik apabila di bandingkan dengan masa lalu kita. Korang boleh kira tahun peribadi korang terlebih dahulu. Kemudian, catatkan pada tahun atau pada umur waktu itu, apakah tahun peribadi korang. Kemudian, bandingan fakta tahun peribadi dengan situasi yang korang alami pada tahun tersebut. Adakah mempunyai persamaan? Adakah korang berjaya mengatasi kecenderungan pada tahun tersebut?

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4 - Sofinah Lamudin

Saya akan menyambung analisis kehidupan saya masa lalu dan perbandingan dengan fakta tahun peribadi saya pada waktu itu untuk tahun 2013 hingga 2017.

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4 - Sofinah Lamudin

Nak tahu tahun peribadi korang apa, boleh baca entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".

Pada tahun 2013, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 4. Pada tahun 2013, perkara terpenting dan terbesar saya adalah saya bertunang dengan Mr.Bee.

Menurut fakta tahun peribadi ke 4, kehebatan tahun peribadi ke 3 yang penuh ceria, berseronok dan bergembira betul betul akan dilupakan pada tahun peribadi ke 4. Tahun ke 4 merupakan tahun bekerja keras dan berusaha. Tahun peribadi keempat merupakan tahun penggalian dan penubuhan semula mengenai kawalan diri.
Tahun 2013 ni, saya dan Mr.Bee dah pun bertunang pada bulan May. Hhaaah.. betul sangat. Ni la tahun bekerja keras dan berusaha. Ye laa.. nak kahwin kan tahun depan. Tehee... Tahun 2013 ni banyak kerja juga laa..


Contohnya, mama mertua nak berniaga kat Bazaar Ramadhan. Sibuk juga dengan urusan Bazaar Ramadhan walaupun tak la banyak mana join berniaga. Banyak buat niaga internet je sebenarnya. Tahun 2013 ni saya tak kerja kat mana mana. Buat bisnes MLM, bisnes internet dan forex trading je banyak.

Walaupun begitu,di tahun peribadi ke 4 ni, dalam banyak perkara, mungkin ia akan menjadi tahun yang mengecewakan apabila usaha yang besar gagal membuahkan hasil yang diingini. Jadi, tahun keempat ini adalah tahun di mana kita perlu menorganisasikan kembali prestasi diri. Melihat dan analisis prestasi semasa dan yang lalu. Tahun ini adalah tahun kita perlu bersistematik dan teratur dan berpijak di bumi yang nyata.
Mengecewakan tu banyak juga terutamanya dalam bisnes MLM. Bisnes internet ada peningkatan tapi sederhana. Part bersistematik dan teratur tu paling betul. Kenapa? Sebab saya biasa bekerja. Tahun ni tiba tiba tak kerja. Agak huru hara juga jadual rutin harian. Saya banyak membuat susun atur semula untuk saya lebih teratur bekerja sendiri dari rumah.

Bekerja sendiri dari rumah untuk permulaan bukan mudah sebab tak ada punch card, tak ada jadual dan tak ada bos dan seumpamanya. Saya lebih banyak buat adjustment diri sendiri tahun ni.

Pada tahun peribadi ke 4 tanggungjawab akan meningkat. Oleh itu usaha dan kerja keras juga perlu dipertingkat. Kesihatan dan cara pemakanan pula perlu dikaji semula pada tahun keempat ini. Kajian yang teliti! Kerana rintangan fizikal akan rendah dan kita mungkin akan lebih mudah mendapat penyakit. 
Tanggungjawab memang meningkat. Masa ni dah bertunang. Banyak perkara baru nak belajar. Nak biasakan diri dengan keluarga baru dan nak biasanya diri dengan keluarga sendiri sebagai seorang anak yang bakal kahwin. Tanggungjawab dengan tunang dan sebagainya. Dah kurang dah berseronok masa ni. Sibuk.

Tentang kesihatan dan pemakanan masa tahun 2013 ni pun ada betul juga. Masa ni banyak kesedaran tentang makanan sihat, senaman dan banyak membaca hal hal kesihatan melalui internet dan kelas Elken.

Pada tahun 2014, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 5.

Menurut fakta tahun peribadi ke 5, kita mungkin akan mendapat rakan baru pada tahun kelima ini apabila aktiviti sosial diperluaskan. Tahun peribadi kelima ini adalah tahun yang membawa kepada kegembiraan dan pengembaraan serta kebebasan yang lebih baik daripada yang kita alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Mendapat rakan baru tu betul sangat sebab tahun 2014 ni saya bekerja sekejap kat Sea Lane Shipping selama 15 hari. Kemudian, saya ganti seorang kakak maternity leave kat Eon Auto Mart di department jualan selama 3 bulan. Jadi, kenalan baru tu semua datang dari dua tempat ni.


Kemudian, selepas tamat kontrak 3 bulan kat Eon Auto Mart, department jualan, department servis pula nak kerani baru. Tapi saya tolak sebab saya nak kerja 3 bulan je. Ada misi disebalik 3 bulan tu. Bukan nak lama lama. Lepas tu, bulan Ogos, saya dan Mr.Bee pergi buang tebiat kat Palm Beach Resort. Kitorang ikut jadi part timer untuk function kat sana. Jadi, kalau ada function, kitorang akan dipanggil. Hhaaah! time ni la dapat kawan baru lagi. Tehee.

Kalau tentang membawa kepada kegembiraan tu, semestinya sebab saya dan Mr.Bee kahwin tahun 2014. Hujung tahun seperti yang dirancang.

Tahun peribadi ke 5 ini adalah tahun di mana kita akan merasa lapang dan bebas untuk bergerak dari rutin yang lama dengan cara yang konstruktif. Sekiranya kita menjadi seseorang yang lemah pada tahun lalu, sekarang adalah masa untuk mencari arah yang baru.
Tahun 2013 tak kerja sepanjang tahun. Tahun 2014 masuk kerja sampai 3 tempat sambil buat bisnes MLM Elken dan forex trading. Memang rutin jauh beza dari tahun 2013.

Masalah bagi individu yang berada dalam tahun peribadi ke 5 adalah akan cenderung untuk menyelerakkan tenaga dalam segala arah. Namun, pada tahun kelima ini, keupayaan kita untuk melakukan kerja secara terperinci agak terhad dan ia akan membuatkan kita merasa sangat terbatas.
Hhaaah! Pun betul juga sebab macam banyak sangat saya nak buat dan cuba tahun 2014 ni. Nak kerja juga.. nak forex trading juga, nak bisnes Elken juga. Hhuuhuhu..pening pula dibuatnya.

Kesimpulannya, tahun ke 5 merupakan tahun yang bakal membawa kepada perubahan besar kepada kehidupan kita, kerjaya kita , keadaan keluarga kita dan kediaman kita.
Saya berkahwin. Jadi isteri orang. Memang perubahan besar masa ni. Kalau kerjaya tu, tak sangat la. Tahun 2014 ni adalah tahun terakhir saya buat bisnes Elken. Keadaan keluarga memang berubah sebab saya dah jadi isteri orang dan dalam keluarga ada family member baru. Tehee...

Pada tahun 2015, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 6. Tahun 2015 ni, saya menjalankan kehidupan sebagai isteri Mr.Bee, menantu mama mertua dan seumpama dengannya. Tak bekerja. Kami sama sama bisnes online je.

Menurut fakta tahun peribadi ke 6, tahun peribadi ke 6 adalah tahun yang cenderung untuk meningkatkan tanggungjawab dan keperihatinan yang mendalam kepada keluarga, orang tersayang dan teman rapat. Tahun keenam merupakan tahun untuk kita membuat penyesuaian dalam kehidupan atau pengorbanan kepada keluarga atau rakan rakan.
Tanggungjawab dan keprihatinan yang mendalam terhadap keluarga tu sememangnya berlaku sebab dah kahwin. Feeling lepas kahwin ni beza sikit. Lebih banyak kepada komitmen dan nak buat yang bterbaik untuk insan insan tersayang. Part pengorbanan kepada rakan rakan mungkin sebab dah kahwin tak banyak sangat spend time dengan member. Kadang kadang ada juga. Tapi tak banyak.

Pengorbanan kepada keluarga ni, ada betul juga. Pada tahun 2015 ni ada konflik dan masalah keluarga sikit antara saya dan kakak saya. Jadi, ending dia adalah, kami dah tak serumah dengan kakak saya. Tapi, walaupun tak selancar mana konflik tersebut, ada kebaikan juga untuk kakak saya. Dia ada anak 3 orang. Bila berada di rumah sendiri lebih sesuai. Dan anak anak buah saya pun dah semakin besar, perlukan ruang dan bilik sendiri.

Pada tahun peribadi ke 6, kita akan dijangkakan mempunyai tahun yang baik untuk keluarga dan hal hal romantis bersama pasangan. Pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini.
Pada tahun 2015 ni, hal terbaik untuk keluarga saya memang ada. Jelas kelihatan walaupun mengalami ketegangan sedikit. Perubahan ke arah kebaikan dan hikmah kejadian tu memang ada terutamanya dalam rumah keluarga saya. Kalau hal hal romantis bersama pasangan tu, pun ada betulnya juga. Tahun pertama lepas kahwin. Feeling beza dari bertunang. Dah jadi suami isteri. Tehee.

. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2016 pula, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 7.

Berdasarkan fakta tahun peribadi ke 7, tahun peribadi ke 7 merupakan tahun sangat aktif dalam hidup kita. Tahun peribadi ketujuh akan memberikan sedikit masa untuk kita memahami diri kita sendiri. Tahun ini sesuai untuk kita meluangkan masa dengan diri sendiri tanpa aktiviti luar dan tanggungjawab. Kita perlu elakkan diri dari tekanan perniagaan.
Saya aktif dengan sepupu tahun 2016. Paling ketara dengan anak anak buah (anak sepupu). Paling rapat dengan saya anak sepupu saya nama Mia. Hampir setiap hari datang rumah. Aktif hal lain adalah aktiviti online, jumpa client dan kadang kadang lepak dengan sepupu.

Memahami diri sendiri tu lebih kepada apa yang saya mahu dari segi, hobi, minat dan siapa saya sebenarnya. Tahun 2016, saya banyak meluangkan masa melukis. Melukis buat saya rasa tenang dan tak ada gangguan. Saya membuat koleksi puzzle dan bermain permainan indoor. Saya rasa tenang dan sangat merasa itu la saya.

Tahun peribadi ke 7 ini adalah tahun yang sesuai untuk melihat kembali diri kita masa lalu dan membuat perancangan yang baik untuk masa depan. Tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk sebarang tindakan tetapi tahun peribadi ketujuh lebih kepada tahun untuk menunggu dan membina diri.
Tahun 2016, perjalanan hidup memang agak slow. Banyak melukis je. Tentang perancangan, memang banyak rancangan tapi tak banyak yang saya capai macam tahun 2015. Nak beli X-Box pun tak tercapai. Wahaha. Bisnes internet saya pun slow sangat walaupun dah macam macam percubaan saya buat. Tukar warna minisite la. Buat cara marketing yang lain la. Tapi tak memberangsangkan seperti tahun 2015. Pendapatan tu ada tapi tak mampu nak fight pendapatan 2015.

Salah satu aktiviti menguntungkan pada tahun peribadi ke 7 ini adalah melibatkan diri dalam pembelajaran dan penulisan kerana kemampuan kita untuk berfikir dengan lebih jelas, menganalisis dan mengintegrasikan pemikiran akan lebih tajam dan memuncak pada tahun peribadi ketujuh ini.
Malangnya, saya tak mengambil peluang ni. Saya tak banyak menulis pun tahun 2016. Saya banyak melukis. Kalau saya banyak menulis kat blog pada tahun peribadi ke 7 ni saya tak tahu apa akan jadi.


Pada tahun 2017 merupakan tahun peribadi saya yang ke 8. Pada tahun 2017, tak banyak aktiviti sangat tapi ada satu perkara yang saya buat telah mengubah haluan saya.

Menurut fakta tahun peribadi ke 8, tahun peribadi ke 8 merupakan tahun berkuasa untuk kita apabila kita membuat langkah paling penting dalam hidup kita. Selepas merasa perjalanan hidup begitu perlahan pada tahun ketujuh, tahun kelapan akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.
Apa langkah yang sudah saya buat pada tahun 2017? Saya ada cerita sedikit hal ni kat entri bertajuk "Semoga pengakhiran tahun 2017 akan membawa 1001 pencapaian postif di tahun 2018". Langkah terbaik saya adalah untuk meneruskan cita cita sebagai penulis blog dan menyertai komuniti blogger iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari.

Tahun ke 8 membuatkan kita merasa begitu bercita cita.. Yes.. sangat sangat! Cita cita semua ke arah blog sebab saya pilih untuk menjadi penulis blog sepenuh masa. Tahun 2017, banyak saya perubahan terhadap blog. Template, pembersihan entri lama yang tak berfaedah dan tak bermanfaat dan saya banyak belajar semua mengenai hal hal blog. Paling ketara berkenaan google adsense, google analytics, broken link dan code HTML.

Kunci tahun peribadi ke 8 adalah kita perlu mengambil bahagian dan mengikuti aktiviti. Peluang untuk memajukan diri dan pengikhtirafan terhadap kerja masa lalu dan semasa mungkin akan berlaku pada tahun ini.
Semua bermula dari menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari. Walaupun aktiviti kat Semenanjung Malaysia masih tidak dapat disertai, aktiviti maya saya sertai untuk memajukan diri dalam dunia blog dan hal hal lain sebab Kelab Blogger Ben Ashaari bukan sekadar blogger. Tehee.

Selain tu, fakta tahun peribadi ke 8 juga mengatakan bahawa kita kan memperolehi pelbagai perkara sekiranya kita mengambil peluang tersebut dan membuat tindakan pada tahun peribadi kita yang ke lapan ini. Adalah lebih mudah untuk kita membuat cawangan atau meluaskan lagi perniagaan atau sesuatu yang kita lakukan pada waktu ini. Jika kecenderungan kita ke arah perniagaan pada tahun peribadi ke 8 ini, kita akan dapat mengekalkan keyakinan diri dan kuasa kita sebagai pemimpin.
Meluaskan perniagaan ni saya dah terlepas. Saya kurang buat marketing bisnes online tahun 2017. Saya aktif bulan januari hingga April je. Rugi laa saya.. tehee. Tapi, untuk blog ada kemajuan.

Menurut fakta tahun peribadi ke 8 juga mengatakan bahawa potensi kuasa dan status kita adalah pada kemuncak tahun ke 9.
Hhaaah! Tahun 2018 ni merupakan tahun peribadi ke 9 saya. Kita tunggu dan lihat. Analisis tahun peribadi saya dengan kehidupan masa lalu saya, saya akhiri pada tahun peribadi ke 8 sahaja.

Pokoknya, memang ada kebenaran dan logiknya pengiraan tahun peribadi kita berdasarkan tarikh lahir dan tahun semasa. Ada juga yang saya tak dapat nak jelaskan sebab hal tu tak ada dalam kehidupan saya masa lalu. Mungkin perkara tu terjawab kalau kita kaitkan dengan kod asas kita. Personaliti dan sikap kita banyak dipengaruhi dari kod asas juga. Contohnya, kod asas saya adalah 8, pendiam orangnya. Wahahhaa.

Terima kasih membaca entri panjang berjela hingga part ke 4 ni. Semoga bermanfaat dan boleh membantu kita semua dalam perancangan masa depan dan persediaan untuk setiap ujian dan cabaran.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 26 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sambungan dari entri "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2". Di entri ini saya akan menyambung perkongsian analisis saya berkenaan tahun peribadi saya dengan kehidupan saya di masa lalu. Selepas korang membaca analisis ini, korang pun boleh membuat analisis begini untuk tarikh lahir korang dengan tahun tahun peribadi korang di masa lalu dan masa kini.

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3 - Sofinah Lamudin


Kemudian, korang boleh melihat dengan jelas apa yang sepatutnya korang lakukan apabila tiba tahun peribadi tertentu dalam tahun tertentu. Contohnya, tahun 2018, tahun peribadi kita apa.. jadi kita boleh membuat sedikit perancangan dan persediaan untuk kecenderungan kita pada tahun tersebut.

Misalnya, tahun peribadi korang pada tahun 2018 mempunyai kecenderungan untuk menghadapi situasi tertekan, persediaan kita adalah perlu bersabar dan cuba bertenang sebab biasanya, apabila kecenderungan kita sedemikian, kita tidak boleh bersikap agresif. Hal ini kerana, jika kita memilih untuk agreasif, masalah kecil akan menjadi besar atau situasi akan lebih teruk.

Baiklah.. saya sambung analisis tahun peribadi saya dengan kehidupan masa lalu saya.

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3 - Sofinah Lamudin

Nak tahu tahun peribadi korang apa, boleh baca entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".

Pada tahun 2011 merupakan tahun peribadi ke 2 saya. Awal tahun, saya mendapat jawatan baru di tempat kerja iaitu Supervisor Computer Coordinator (Management Information System Department). Bersyukur sebab gaji pun naik..wahaha...tapi..Hhaaah! ada satu kejutan selepas saya mengkaji tahun peribadi saya pada tahun 2011 ni. Tahun peribadi ke 2 jatuh pada tahun 2011 iaitu semasa saya bekeja sepenuh masa.


Waktu ni saya tak nak dah toleh belakang sebenarnya. Saya nak terus meraih pengalaman di department ni. Rupa rupanya, apa yang berlaku pada tahun 2011 ada kaitan dengan tahun peribadi ke 2 saya. Apa yang terjadi? Hancur semuanya bersama harapan. Wahaha..

Menurut fakta tahun peribadi ke 2, tahun peribadi ke 2 merupakan tahun yang cenderung untuk kita tertekan dan ketegangan saraf. Setiap masalah atau konflik atau perkara negatif tidak boleh dibesar besarkan pada tahun ini. Kita perlu bersabar, bertenang dan tidak bertindak mengikut emosi dan perasaan. Hal ini kerana..pada tahun peribadi ke 2 ini, jika kita bertindak atau memberi respon dengan sikap agresif, hal tersebut akan bertambah teruk.
Buktinya? Saya mengalaminya pada tahun 2011 ni walaupun department dah bagus, gaji dah baik di waktu tersebut. Ada satu situasi di tempat kerja pada tahun 2011, saya begitu tertekan dengan kerja, kawan, dan beberapa keadaan. Pada mulanya, di awal tahun hingga pertengahan tahun, saya cuba bersabar dan bertahan. Sakit hati, geram, marah masih boleh disimpan. Cuba untuk tidak membalas dengan respon yang negatif.

Ada masa, saya mengamuk sendirian dalam pejabat. Wahahaha.. Bilik tu boleh tahan luas dan tertutup. Hanya ada saya seorang sahaja kat dalam tu. Sebenarnya bukan department saya bilik tu tapi, pada tahun 2011 tu saya buat kerja 3 department tapi 1 gaji. Jadi, bilik tu saya dibenarkan untuk keluar masuk. Percaya atau tidak, banyak serpihan kaca dalam bilik tu pada tahun 2011. Yang didatangkan khas oleh saya dan dipecah pecahkan oleh saya demi melepaskan marah.


Tapi, itu masih terkawal. Keluar bilik tu buat macam tak ada apa berlaku. Depan bos masih boleh senyum. Dengan kawan kawan masih boleh bergelak dan bergurau. Dalam hati, mendidih nak mateyy. Wahaha... budak budak baru kerja, buat salah, saya yang dicari, saya yang menjawab, semua tu saya cuba untuk bersabar walaupun dalam hati rasa macam nak melempang. Tehee.

Tu semua awal tahun hingga pertengahan tahun punya cerita. Cerita seterusnya saya tersalah langkah. Buat silap paling besar sekali dalam hidup.

Tahun peribadi kedua ini membawa kecenderungan kepada emosi yang ekstrem termasuklah kemurungan. Jika kita sudah berkahwin, tahun peribadi kedua adalah tahun untuk mendalami perasaan dalam hubungan.
Kemurungan? Yes. Ada. Kalau kata tak ada pada tahun 2011 tu saya menipu. Tehee.. Saya suka berkurung dalam bilik semasa di rumah. Tak suka berborak banyak melainkan waktu nak bergila dan berketawa. Tu semua untuk lari dari masalah dan fikiran yang membebankan. Pergi ke KL sendirian tu pun salah satu faktor nak lari dari masalah. Banyak ambil cuti nak lari dari pelbagai masalah tempat kerja. Paling banyak alasan cuti bunyinya "Personal Matter" supaya orang sekeliling tak banyak tanya. Nak ke mana, ada urusan apa dan sebagainya. Meh~

Saya sebenarnya individu jenis multitasking. Sebelum tahun 2011 pun memang saya buat kerja multitasking kat syarikat tu tanpa merungut tapi, pelik saya rasa begitu tertekan melampau masa tu. Tahun tahun lain, kalau tertekan tak sampai macam ni. Masuk kelas aliran Sains Ekstrem, tertekan juga masa tingkatan 5 tapi tak ada la teruk mana. Redha je.. terima. Wahaha..

Tahun peribadi ke 2 ni, saya banyak mengalami kekeliruan, banyak hilang kawalan diri, kurang ceria, kurang menyerlah. Ceh! Wahaha. Tiba tiba, ada satu masa saya begitu memberontak dan marah dalam hati dengan semua situasi waktu tu, dengan hal hal kerja waktu tu, dengan kekecewaan impian yang tidak tercapai pada masa lalu, dengan masa depan yang kurang jelas dan sebagainya. Balik dari KL, saya bertambah marah dan kecewa sebab saya tak nampak apa yang saya nak ada di depan mata selepas balik dari KL. Rasa macam tak nak balik Labuan masa tu. Serius! Kemurungan teruk.


Kemudian, saya tak semana mana menukar imej. 360 darjah tukar. Berlangsung selama setahun. Pertengahan tahun 2011 hingga pertengahan 2012. Pertukaran imej yang kononnya nak bebas dan nak jadi diri sendiri tapi nampaknya masalah bertambah tambah atas sikap dan respon yang agak keras dan agresif dengan orang sekeliling.

Masih ingat lagi, masa ni ada seorang guru.. Mizan Adlia nama dia. Tegur kat private message tentang perubahan mendadak yang berlaku. Katanya, jangan terikut ikut.Dan ada nasihat lain, sorry tak boleh tulis. Sensored. Wahaha.. Saya pula respon memang jenis respon degil. Teruskan perubahan yang kononnya, itula diri sendiri. Kemudian, saya abaikan je dia. Meh~

Masa ni juga, saya tahu siapa yang benar benar kawan dan siapa yang bukan. Ramai juga yang tinggalkan saya selepas kejadian ni. Jadi bertambah lagi tekanan. Kebenaran dan logiknya analisis dan kajian tahun peribadi ke 2 saya ni agak terlalu tepat setiap fakta tahun peribadi ke 2 terutamanya kalau memberi respon dengan sikap agresif.

Kita perlu bersedia untuk sesuatu perkara seperti kelewatan,tertangguh, dan lencongan matlamat atau tujuan. Dan hal hal ini, kita perlu bersabar. Tahun peribadi kedua ini adalah masanya untuk memberi sumbangan , membantu dan setiap perkara perlu diambil berat secara terperinci apatah lagi jika perkara itu muncul kembali (masalah atau konflik).
Seperti yang saya kata tadi, kecewa dengan masa depan yang tidak jelas dan impian yang tidak tercapai. Rupanya tahun peribadi ke 2 memang ada kecenderungan tentang kelewatan, tertangguh dan lencongan matlamat. Kalau laa saya bersabar masa ini, saya rasa apa yang berlaku pada masa lalu, berjalan lebih baik sedikit. Takla teruk sangat.

Fakta tahun peribadi ke 2 juga ada menjelaskan bahawa kita juga boleh memberi masa kita untuk orang lain. Malah boleh menyumbangkan usaha untuk kerja orang lain. Tahun ini merupakan ujian untuk kepekaan diri dan emosi kita. Ini adalah masa untuk meningkatkan kebolehan kita untuk bekerja dengan orang lain dengan cara yang produktif dan ini mungkin sukar bagi kita jika kita sudah biasa bekerja sendiri tanpa kerjasama orang lain di masa lalu.
Patutla masa tu, banyak sangat kerja orang lain semua cenderung nak pass kat saya. Saya pula asyik nak marah marah je masa tu. Wahaha. Dah tak boleh sabar dah. Tak boleh kawal dan tak ada pengurusan tekanan yang betul.

Pada suatu hari, sesi tengking menengking pun terjadi dalam pejabat. Sesi saling muram pun semakin meningkat dengan orang dalam pejabat. Kes tuding menuding jari sesama sendiri pun tercetus. Sahabat khianat sahabat pun terjadi. Semuanya tidak berjalan dengan lancar.

Pada hujung tahun 2011, selepas kejadian besar berlaku antara saya, bos, eksekutif, supervisors dan accountant, saya tinggalkan syarikat tersebut tanpa notis. Bila imbas kembali cerita ni, buruk betul keadaan ni.

Masih lagi ingat, bos siap bagi warning, "Jangan datang sini selagi dia jadi masih manager kat situ." Balasan saya, "Siapa peduli? Saya datang sebagai pelanggan bukan pekerja. Customer always right". Hhaaah! Sampai macam tu laa sekali dialog kami. Tapi bukan direct tau, melalui orang ketiga. Tehee.. tukang batu api bukan main ramai lagi waktu ni. Terbayang sangat wajah wajah batu api ni. Tehehehe...

Tahun peribadi ke 2 merupakan tahun terbaik untuk kita bekerjasama dan membina hubungan baik yang akan memberi manfaat kepada kita pada masa akan datang. Tahun ini adalah tahun yang sesuai untuk mengumpul dan mengumpul. Sikap agresif akan menjadikan masalah buat masa sekarang.
Manfaat tahun peribadi ke 2 untuk "bekerjasama dan membina hubungan baik ni" tak banyak yang saya ambil peluang. Tahun 2011 tak tahu menahu pun hal hal metafizik. Kita langgar je dinding. Buat keputusan pun banyak ikutkan perasaan marah. Jadi tak ada yang elok sangat.

Yang saya ingat, hubungan baik yang pernah wujud di tahun peribadi ke 2 ni ada la beberapa orang jauh kat KL,Shah Alam,Sabah dan Sarawak. Yang Shah Alam dan KL tu majoriti kakak dan kenalan dari headquarters tempat bekerja juga. Paling ketara ada bonding tu tiga orang.

Kak Gee bantu saya semalam kat KL lepas member tinggalkan saya dan tak ikut plan masa kat KL. Kak Idah, pun bantu saya semalam kat rumah dia lepas member tak datang semasa temu janji. Kak Roslina membantu dari segi pengetahuan syarikat dan gaji serta komisyen.


Selepas pergaduhan dengan bos tu, bos call Kak Idah kat KL. Dia tanya apa dah jadi dengan saya kalau kalau Kak Idah tahu. Malangnya, Kak Idah pun tak tahu. Laa apa laa call KL pula kan. Saya kan kat Labuan. Macam mana orang KL boleh tahu banyak story? Tehehehe.

Saya tahu bos call Kak Idah sebab Kak Idah call saya pula lepas bos call dia. Kak Idah beri beberapa nasihat dan Kak Idah kata, bos nangis. Uhrmm..lepas letak telefon, panjang juga saya berfikir.

Pertama, saya dah kecewakan bos tu. Kedua, kami kawan baik sebelum dia jadi bos weyh. Sejak tahun 2008. Ni salah satu yang buat saya keliru bagai nak rak masa tu. Dia bos dan dia kawan. Dia manipulator atau dia memang ikhlas? Hhaaah! sampai ke situ laa fikiran negatif tu.

Bila fikir balik, saya boleh je bersabar, bertenang dan keluar dari syarikat tu cara baik. Jadi kalau pun saya dah bukan pekerja kat situ, mungkin dia masih kawan saya sampai hari ni. Disebabkan mengikut emosi dan perasaan. Jadi, itulah hasilnya. Walaupun saya bukanla merancang sangat nak kerja lama kat situ, saya rasa tak perlu keluar dengan cara yang tak betul. Tanpa notis pula tu. Terbang RM800 ringgit bayar hutang notis. Uh! Padan muka.

Jadi pointnya adalah kalau tahun peribadi ke 2 korang dah tiba, kuncinya adalah bersabar, bertenang, tarik nafas dalam dalam dan jangan buat keputusan ketika marah. Jangan bersikap agresif. Tahun peribadi ke 2 boleh mempengaruhi kita walaupun kita bukan jenis agresif. Saya tertanya tanya kenapa saya buat macam tu pada masa tu sampai la saya belajar metafizik pernomboran ni (Numerologi).

. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2012 pula, saya sudah membuka muka surat baru. Saya diterima bekerja di Petronas Methanol Sdn Bhd. Pada tahun 2012, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 3. Tahun peribadi ke 3 merupakan tahun perkembangan sosial dan kreatif.

Tahun peribadi ke 3 merupakan tahun yang bahagia, tahun bersosial dan ia umumnya mencetuskan getaran yang cerah dan ceria. Tahun peribadi ketiga adalah merupakan tahun terbaik untuk memeriksa khabar rakan rakan lama dan meluaskan lingkaran sosial kita untuk mendapatkan rakan rakan baru.
Hal ni betul betul terjadi. Tahun 2012, saya begitu ceria dan gembira walaupun ada juga waktunya begitu sadis. Hal ni saling berkait. Pada tahun 2012, sebelum saya mendapat kerja di Petronas Methanol Sdn Bhd, saya  melawat seorang kawan lama. Kawan lama yang saya kenal dari syarikat membeli belah , tempat saya mengalami konflik pada tahun 2011. Tahun 2012 saya dapat merasakan tekanan sudah begitu jauh meninggalkan saya. Yang tinggal hanya perasaan sedih dan kecewa dengan apa yang sudah terjadi pada tahun 2011.

Nama kawan saya tu, Jelin. Dia baik orangnya. Jujur dan sedikit lurus. Hehe.. Pasa tahun 2012 tu, saya ada simpanan wang yang boleh tahan bayak hasil bekerja pada tahun 2011. Waktu ni, saya banyak masa terluang sebab dah tak kerja. Saya pun jumpa Jelin.

Melalui Jelin, saya jumpa lebih ramai kawan baru. Wahaha. Best, seronok dan enjoy! Banyak lepak, berbelanja dan membazir huhuhu. Dah la belum ada kerja lagi. Kawan kawan baru saya semua datangnya dari sebuah syarikat MLM, Elken.

Disebabkan saya mula menceburkan diri dalam dunia MLM, saya mula cenderung untuk memeriksa kawan kawan lama untuk mengajak diorang sama sama sertai Elken. Alhamdulillah.. semua kawan beri respon sangat baik terutamanya untuk berjumpa, lepak, borak dan hangout.

80% member lama yang saya jumpa bersetuju untuk sama sama buat bisnes MLM ni. Semua mendaftar dengan suka rela selepas mendengar pembentangan yang saya buat. Wahaha.. Seronok sangat. Relationship kami waktu ni agak memberangsangkan.

Pada suatu hari, saya diterima bekerja di Petronas Methanol Sdn Bhd, kat sini, saya dapat ramai kawan baru lagi. Bayangkan perasaan tu macam mana? Tehee.. Kawan baru kat Petronas pun memberi sokongan yang baik untuk saya di MLM. Di sebabkan saya berada dalam dunia MLM, friends of friends tu wujud. Kawan dia jadi kawan saya.


Selepas dari Petronas Sdn Bhd, saya kerja kat Diamoney. Lagi ramai kawan baru kat situ! Semua spoting belaka.

Kawan kawan lama pula, saya siap melawat kawan dan guru di dua buah sekolah tempat saya belajar dulu. SMK Mutiara dan SMK Lajau. Tak ramai yang nak sertai bisnes tapi ada yang menjadi pengguna produk.

Memang tahun yang meriah dengan kawan lama dan kawan baru.

Tahun peribadi ke 3 juga boleh memarakkan hubungan cinta dan romantik dalam urusan percintaan. Kita akan cenderung untuk bersosial dan menikmati kehidupan bersosial sepenuhnya pada tahun ketiga ini walaupun kita terpaksa membayar akibatnya di kemudian hari.
Kes cinta pula dasyat sangat masa ni. Dalam saya sibuk dengan bisnes MLM, memang ada kawan baru tu lelaki. Begitu juga kawan lama lelaki yang muncul.

Awal tahun, saya menjalinkan hubungan dengan ex boyfriend sebab dia salah seorang dalam bisnes MLM saya. Just berlaku macam tu je. Sedangkan dulu saya tak suka dia. Tapi tak lama hubungan ni. Sebab masih ada part yang saya tak boleh nak terima tentang dia.

So, saya just teruskan life dengan MLM. Kemudian, melalui Elken juga, ada seorang kenalan baru, lelaki dari seberang, area Sabah tiba tiba sanggup datang untuk event Elken. Saya ingatkan serius nak buat bisnes. Tiba tiba dia melencong. Siap say "ILY" kat event tu. Wahaha.. seriusly?.. Sya tak terima dia sebab dia kenalan yang terlalu baru. Tiba tiba je macam tu.

Kemudian, selepas saya tak nak menyambung kontrak di Petronas Methanol Sdn Bhd, saya pun berpindah tempat kerja. Kali ni di semua syarikat jewellery. Diamoney Jewellery Sdn Bhd. Semasa saya mencari kerja lain, menghantar resume ke sana ke mari, termasuklah menghantar resume ke Diamoney, saya ditemani oleh kawan lama. Kawan sekolah semasa tingkatan 4. Dia muda dari saya.

Dari hubungan kawan, tiba tiba jadi jalinan lebih dari kawan. Tapi tak lama dengan dia. Dalam tahun tu juga kami putus hubungan. Beberapa bulan je sebab faktor mak dia tak suka saya. Saya tak ada ijazah katanya. Wahahaha. Tak kisah la mak cik. Suka hati mak cik la ye. Lagipun, kitorang boleh je jadi kawan biasa. Dia tu muda sangat. Saya banyak marah marah dia macam adik. Tak sesuai untuk calon suami.

Sepanjang bekerja di Diamoney ada je orang tidak dikenali cuba mendapatkan nombor telefon. Saya hairan juga. Apa dah jadi sebenarnya. Sampai ada masa saya bagi warning kat kawan kawan tempat kerja, supaya tak bagi. Kadang rasa macam jadi budak hot pula. Wahahaha.

Semua tu saya reject je. Menakutkan muka masing masing. Pelik pelik perangai. Macam kemaruk pun ada juga sebab apa? Sebab, bila saya reject, dia cuba dapatkan nombor fon kawan perempuan saya yang lain pula. Dah tu, dia jenis pemaksa. Boleh boleh setiap hari dia sanggup duduk depan tempat kitorang kerja tu menunggu. Banyak pula masa dia.

Bulan Ogos, saya berkenalan dengan Mr.Bee. Melalui facebook. Dia mula conversation tentang Elken. Memang saya akan layan la kan. Tehee... nampaknya dia jodoh saya, dari situ, kami berkawan dan terus menjalinkan hubungan serius. Tahun 2013 bertunang, 2014 kahwin.

Untuk part fakta tahun peribadi ke 3 tentang "menikmati kehidupan bersosial sepenuhnya pada tahun ketiga ini walaupun kita terpaksa membayar akibatnya di kemudian hari", tu pun saya kena setepek kat muka. Sebab.. pada awalnya saya bekerja di Petronas Methanol Sdn Bhd. Walaupun hanya kontrak, gaji saya begitu lumayan. Bagi saya lumayan la tu masa tu sebab satu bulan boleh cecah RM3K kalau termasuk overtime. Purata RM2K memang confirm dalam tangan masa tu setiap bulan.

Selepas tamat kontrak, saya boleh boleh kata tak nak sambung. Kawan kawan saya kat Petronas semua sambung dan bersyukur sangat sebab kontrak diteruskan. Saya? Saya tak nak dengan alasan, bosan. Bagi saya masa tu, kerja kat Petronas Methanol memang agak bosan kalau nak banding dengan Diamoney. Diamoney, gaji kadang tak pun cecah RM1K, tapi heaven sangat! Tu maknanya, nak bergembira je tau. Nak enjoy. Huhu..

Gaji kat Petronas Methanol pun habis buat beli tiket kapal terbang pergi KL dengan kawan kawan Elken. Beli barang Elken laa banyak. Produk produk tu semua. Mahal mahal pula tu. Dan kos kat KL dan kos lepak sampai 1 hingga 2 pagi dengan member Elken. Kat Diamoney siap buat loan lagi untuk beli produk baru kat Elken. Lepas tu, terpaksa bayar setiap bulan RM200. Itula maksudnya, terpaksa membayar akibatnya di kemudian hari. Buat saving ASB pun kurang masa ni. Enjoy kedebak je tahu.

Pada tahun peribadi ke 3, kita mungkin akan lebih ghairah dan teruja untuk bergembira dan kekurangan tanggungjawab atau tanggungjawab akan dilepaskan sedikit. Selain itu, kita akan menaburkan terlalu banyak tenaga untuk mengerjakan banyak perkara.Akan banyak godaan untuk bersenang lenang tetapi perlu beringat  untuk matlamat/tujuan/misi hidup kerana tahun ketiga adalah waktu yang sesuai untuk mengembangkan bakat kreatif terutamanya yang berkaitan dengan seni dan kemahiran lisan. Pengiktirafan dalam hal ini mungkin pada tahun ketiga ini.
Hhaaah! Kunci utama untuk tahun peribadi ke 3, jangan lalai. Jangan makan godaan untuk bersenang lenang sangat takut matlamat dan misi melencong dan tertangguh.

Kalau part "Kemahiran lisan" tu untuk diri saya pada tahun 2012 lebih banyak tentang hal hal berdebat tentang MLM la dengan orang lain. Buat promosi , buat demo dan bercakap depan orang tentang produk dan sebagainya. Bukan senang benda ni, tapi tenaga saya banyak berlisan tahun 2012. Macam tak kisah malu dan tak fikir pun apa orang lain kata.

Walaupun tahun peribadi ketiga merupakan tahun yang bahagia dan seronok untuk aktiviti peribadi, tetapi ia mungkin tahun yang buruk untuk hal hal yang berkaitan perniagaan. Selain itu, tahun ketiga ini bukanlah tahun yang terbaik untuk kewangan.
Itulah hakikatnya saya pada tahun 2012. Walaupun saya kata,ramai yang nak buat bisnes MLM ni dengan saya. Banyak closing member (Orang sign up) tapi jualan saya tak naik naik. Mendatar. Penjualan produk tidak berjalan dengan baik. Sampai kalau ada member asyik tanya mok check saya RM berapa, saya sampai ke tahap nak tutup mulut dia pakai selotep. Wahahhaa.

Hal hal kewangan? Hhaah.. macam yang saya cerita tadi, banyak sangat berfoya foya. Beli tiket flight pergi KL, bayar seminar, event, beli produk, beli itu beli ini. Belanja kawan dan sebagainya. Tu salah satu faktor kenapa mesti kontrol untuk berseronok. Sebab duit pun tak terkontrol.

Hujung tahun 2012 tu, lepas kenal dengan Mr.Bee, saya banyak belajar tentang Forex trading. Banyak masa pergi belajar kat Kota Kinabalu. Banyak keluar duit untuk berseronok kat Kota Kinabalu sebenarnya. Sedangkan boleh je belajar kat Labuan. Lepas tu asyik ambil cuti unpaid. Tak bergaji la nampaknya. Hujung bulan gaji mengecil. Tapi masih ke Kota Kinabalu. Tinggal lama kat Club House, Apartment Hypermall 1 Borneo. Turun bawah terus ada shopping mall. Bayangkan duit tu pergi mana?

Dah la stay lama kat Kota Kinabalu. Satu minggu Kota Kinabalu, balik Labuan dua tiga hari, lepas tu Kota Kinabalu lagi semula.. kadang sampai 2 minggu kat Kota Kinabalu. Waktu ni ayah dah tak kisah dah kerap keluar Labuan, yang penting call. Jadi, saya macam kerbau terlepas dari kandang la.

Masih baru dalam Forex trading masa ni, untung tak sampai mana pun. Banyak dapat support dari Mr.Bee je. Tehee. Kawan kawan Forex trading pula jenis yang suka pergi makan makanan mahal mahal. Dah tu, order banyak banyak. Tu yang Mr.Bee sempat jadi 'besar'.

So, memang bukan terbaik sangat untuk kewangan untuk saya pada tahun peribadi ke 3 sebab saya dah tergoda dengan hal hal untuk berseronok tu semua. Tak peka malah terleka. Jadi, kunci untuk tahun peribadi tahun ke 3 untuk kewangan, kontrol je berseronok tu, In Shaa Allah kewangan pun selamat.

Saya berhenti kerja dari Diamoney hujung tahun 2012 untuk fokus forex trading dan online markerting. Kewangan kembali stabil selepas tahun peribadi ke 3 bertukar kepada tahun peribadi ke 4.

Bersambung di entri part 4 - "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 4"

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 25 Januari 2018

Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sambungan dari entri "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 1". Di entri ini saya akan menyambung perkongsian analisis saya berkenaan tahun peribadi saya dengan kehidupan saya di masa lalu.


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2 - Sofinah Lamudin

Berdasarkan kajian dan analisis saya, tahun peribadi kita akan mengalami 3 pusingan. Ketika kita sejak lahir hingga lah meningkat remaja, dari remaja meningkat dewasa dan dari dewasa ke peringkat belia. Di entri saya sebelum ini, saya sudah berkongsi berkenaan kehidupan saya yang ada kaitan dengan kecenderungan tahun peribadi itu sendiri dari kecil hinggalah saya di tingkatan 3.

Kitaran kedua dan ketiga, iaitu dari remaja menuju ke dewasa dan dewasa menuju ke belia adalah merupakan detik detik mencabar bagi setiap individu dan akan lebih jelas kelihatan setiap sikap dan kecenderungan itu ada kebenaran dan logiknya dengan situasi mengikut tahun peribadi pada waktu tersebut berbanding ketika kecil.


Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 2 - Sofinah Lamudin

Nak tahu tahun peribadi korang apa, boleh baca entri "Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)".

Pada tahun 2006, kiraan tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 6. Saya berada di tingkatan 4 pada masa ini.


Menurut fakta tahun peribadi ke 6, tahun ini cenderung untuk meningkatkan tanggungjawab dan keperihatinan yang mendalam kepada keluarga, orang tersayang dan teman rapat.
Sejujurnya, pada tahun 2006 ini, saya mengalami peningkatan keinginan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti selepas SPM. Bertujuan untuk membantu keluarga di masa depan melalui kerjaya yang mungkin dipengaruhi oleh hasil memperolehi segulung ijazah.




Walaupun saya tahu, keinginan ini sama sekali tidak mungkin akan berlaku tanpa restu ayah yang tidak mungkin akan membenarkan ia berlaku tetapi saya tetap menyimpan harapan dan keinginan ini semakin meningkat pada tahun peribadi ke 6 ini.


Berdasarkan fakta tahun peribadi ke 6 juga, tahun ke 6 bukanlah merupakan tahun pencapaian yang besar tetapi ia lebih kepada mengendalikan pelarasan kepada pelan kita yang mungkin perlu diubah atau perlu ditambah.
Hal ini juga berlaku kepada saya ketika di tingatan 4 di mana saya terpaksa membuat pelarasan minda dan pelan terpaksa diubah apabila saya terpaksa akur unrtuk masuk ke kelas Sains Ekstrem. Bukan Sastera dan Seni. Saya sudah berusaha untuk menukar kelas aliran dari Sains Ekstrem kepada Sastera dan Seni tetapi pengetua tetap tak bagi. 

Menurut penjelasan tahun peribadi ke 7, saya yakin tindakan saya adalah betul untuk menukar aliran kepada sastera dan seni pada tahun peribadi ke 6 ini kerana tahun peribadi ke 7 merupakan tahun terbaik untuk bidang penulisan. Tetapi nampaknya saya gagal dalam permohonan dan saya meneruskan untuk berada dalam kelas aliran sains tulen pada tahun 2006. Mungkin ada hikmah yang lain.

Pelarasan dan perubahan pelan begitu banyak dan berlaku sedikit pembaziran kerana saya terpaksa membeli buku baru untuk kelas Sains Ekstrem sedangkan saya sudah membeli buku buku sastera dan seni.




Oleh hal yang demikian, saya pun menambah subjek untuk SPM iaitu Pendidikan Seni dan Tasawwur Islam untuk mencantikkan keputusan semasa SPM tahun depan. Wahahaha... Macam mana saya tahu result tak cantik? Kita tahu diri sendiri kan? Saya sangat sangat sangat slow kalau Fizik dan Kimia ni. Very! Begitu juga matematik tambahan. Dah masuk kelas tambahan sebanyak mungkin untuk matematik tambahan. Tetap bengap! 

So, akhirnya saya lepaskan 3 subjek ; kimia, fizik dan matematik tambahan ni. Saya masuk peperiksaan tapi saya tak belajar langsung subjek ni secara serius seperti subjek lain semasa SPM.

Apakah hikmahnya tak berjaya menukar aliran?


Menurut fakta tahun peribadi ke 6, pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini

Yes! Saya mempunyai sahabat baik waktu ni. Sahabat baik dan akrab sangat. Nama dia Roslinda.. Kami hanya akan menjadi sahabat jika saya dalam kelas aliran sains. Mustahil nak kawan dengan kalau masuk kelas aliran sastera dan seni. Beza kelas, beza kawan..beza mentaliti mengikut keadaan sekeliling.

Selain tu, progress pencapaian saya terlalu perlahan lantaran Sains Ekstrem bukanlah bidang yang diminati dan bukan juga senang nak faham apatah lagi dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris saya masa tu? Uhrmm.. Cikgu Bahasa Inggeris saya je tahu sejauh mana buruknya masa tu. Wahaha.

Tahun 2007, merupakan tahun saya mengambil SPM dan pada tahun 2007, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 7.


Menurut penjelasan berkenaan tahun peribadi ke 7, tahun peribadi ke 7 ini adalah tahun yang sesuai untuk melihat kembali diri kita masa lalu dan membuat perancangan yang baik untuk masa depan. Tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk sebarang tindakan tetapi tahun peribadi ketujuh lebih kepada tahun untuk menunggu dan membina diri.
Sejujurnya, memang banyak membuat perancangan masa depan. Wahaha.. Terutamanya selepas SPM. Tapi tak ada yang menarik sangat tahun 2007 melainkan sibuk dengan hal hal belajar dan hubungan dengan kawan kawan masa tu. "Tahun untuk menunggu dan membina diri.."? Ada betulnya juga.. terlalu banyak penantian waktu ni. Penantian apakah yang bakal berlaku selepas SPM.

Menanti SPM dan tamatnya zaman sekolah lagi laa banyak masa ni.

Seingat saya, saya banyak spend time dengan seorang Cikgu pada tahun 2007, Cikgu Suriani nama dia untuk berborak tentang hal hal kami masing masing. Wahaha...Banyak perkara yang dia tahu tentang saya tapi tak banyak perkara yang dia betul betul faham sebenarnya. Tehee.. Mendengar luahan pelajar tu biasa dan boleh berlalu begitu saja.

Dan saya juga banyak berkomunikasi dengan pengetua sekolah untuk hal hal tertentu terutamanya hal hal dalaman.Ada sedikit membantu juga untuk memberi ketenangan. Walaupun tak banyak mana tapi ada.

Dan banyak sibuk dengan hal hal lukisan untuk folio SPM. Walaupun ia adalah kerja sekolah tapi sangat menenangkan sebab saya suka melukis, saya suka mewarna..  Terapi saat stress dengan hal hal remaja. uh!.. Jadi betullah..


Tahun peribadi ke 7 merupakan tahun yang akan memberikan sedikit masa untuk kita memahami diri kita sendiri. Tahun ini sesuai untuk kita meluangkan masa dengan diri sendiri tanpa aktiviti luar dan tanggungjawab.
"Memberikan masa untuk kita memahami diri kita sendiri"? Kadang ada masa saya faham, ada masa saya tak faham.

Keliru dengan pelbagai perkara terutama hal hal antara saya dan ayah. Saya dan ayah banyak percanggahan pendapat. Tapi sebenarnya, tak banyak lagi yang saya faham. Mungkin sebab masih remaja. Lagi banyak berontak dari matang. Meh~




Pada tahun 2008, saya bukan lagi pelajar sekolah. Ya.. itulah harapan saya. Bukan lagi pelajar sekolah tapi kalau boleh biar jadi mahasiswi. Sementara menunggu keputusan SPM, saya bekerja di sebuah syarikat membeli belah sebagai seorang promoter.

Pada tahun 2008, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 8.

Tahun peribadi ke 8 merupakan tahun berkuasa untuk kita apabila kita membuat langkah paling penting dalam hidup kita. Selepas merasa perjalanan hidup begitu perlahan pada tahun ke 7, tahun ke 8 akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.
Disebabkan saya merajuk tak dibenarkan menyambung pelajaran oleh ayah.. Merajuk teruk waktu ni. Macam bumi tak terasa bila dipijak. Wahaha.. Pada tahun 2008 saya nekad untuk bekerja sepenuh masa. Tapi merajuk mula luntur bila ada seorang kawan kata, "Teruskan je sambung.. walaupun tingkatan 6..sambung je.. siapa tahu rezeki masuk universiti bukan sekarang.. tapi selepas tingkatan 6".. Nama kawan ni Woon Nie. Berbangsa Cina.

Saya koyak setiap surat tawaran ke universiti. Sadiss sangat masa ni. Waktu masih belum faham kenapa ayah tidak memberi keizinkan. Saya pula masih tak mahu tahu. Masih berdarah panas kononnya. Tapi, ada satu perkara yang saya faham, saya tetap sayang ayah saya sebab tu saya tak kepala batu. Saya tetap stay. Saya tak lari. Walaupun ada yang kata, "Pergi je laa..". 

Dalam hati, nak mampus ke nak pergi macam tu je. Walaupun ada support dari segi kewangan, hati tiba tiba berdarah bila fikir, tanpa restu ayah dan mommy. Jadi, dalam begini, saya sambung pelajaran ke tingkatan 6 pada tahun 2008. Itulah langkah paling penting dalam hidup saya di tahun 2008 dan langkah itu adalah betul. Walaupun selepas STPM saya tetap tidak melanjutkan pelajaran ke mana mana universiti, saya dapati, pengalaman dan kehidupan saya sepanjang di tingkatan memberi impak yang tinggi dalam hidup saya hinggalah hari ini.


Tahun peribadi ke 8 adalah kita perlu mengambil bahagian dan mengikuti aktiviti. Peluang untuk memajukan diri dan pengikhtirafan terhadap kerja masa lalu dan semasa mungkin akan berlaku pada tahun ini.

Ya.. kemajuan diri sangat banyak sejak masuk tingkatan 6.


Fakta tahun ke 8 juga ada menjelaskan bahawa kita akan memperolehi pelbagai perkara sekiranya kita mengambil peluang tersebut dan membuat tindakan pada tahun peribadi kita yang ke 8 ini.

Saya dapati, saya memang mendapat pelbagai perkara dan pengalaman sejak masuk tingkatan 6 pada tahun peribadi ke 8 ini. Saya mula belajar berkenaan perniagaan. Dan di tingkatan 6, saya boleh belajar subjek sastera di mana ia tertangguh semasa di tingkatan 4 hingga 5.

Pada tahun 2009, saya berada di tingkatan 6 atas dan bakal menduduki peperiksaan STPM. Pada tahun 2009 ini, tahun peribadi saya adalah tahun peribadi ke 9.


Tahun peribadi ke 9 merupakan tahun pengakhiran, kemuncak sesuatu perkara dan boleh juga dikatakan sebagai penutupan.Pada tahun peribadi kesembilan ini, kita akan banyak menilai hal hal lepas, cita cita, dan idea idea yang kita anggap penting. Pada tahun ini juga, kita akan sedar tentang keinginan kita untuk berkomunikasi dengan alam semulajadi kerana keinginan untuk melarikan diri dari masa lalu akan lebih kuat pada tahun peribadi kesembilan ini.

Pada tahun 2009, saya sangat sibuk dengan hal hal yang dipanggil "sekarang". Saya kurang mengingati hal hal yang lepas seperti insan insan tersayang yang pernah singgah dalam diari hidup. Sebagai contohnya, pada tahun peribadi ke 9 ini, saya hampir tidak pernah berfikir berkenaan seseorang yang saya gelar sebagai kakak. Kak Nora. Sejak berlakunya konflik antara kami pada tahun 2008, saya langsung tidak berfikir tentang dia pada tahun peribadi ke 9 ini.  Begitu juga dengan hal hal lampau yang lain, saya kurang menoleh ke belakang terlalu banyak. Saya hanya menilai dan menganggap mereka sudah tidak penting lagi.

Tapi, saya lepaskan mereka bukan secara ikhlas. Terselit sedikit perasaan benci. Tetapi ia berlangsung seperti itu pada tahun 2009 ini sahaja. Pada tahun peribadi ke 9 seterusnya, iaitu pada tahun 2018 ini, saya tidak merasa apa apa melainkan memaafkan, melepaskan, redha dan mengikhlaskan seadanya perkara lalu. Begitulah kecenderungan tahun peribadi ke 9 tetapi masih terpengaruh dengan umur dan kematangan seseorang individu.

Contohnya, tahun peribadi ke 9 saya pada tahun 2009, melepaskan hal lalu tetapi masih membenci dan tidak mahu melupakan walaupun sudah memaafkan, mungkin kerana ketika itu saya seorang remaja yang dalam proses mematangkan diri. Berbeza dengan tahun peribadi ke 9 untuk tahun 2018. Semua berlalu seperti tiada apa yang pernah berlaku. Melupakan konflik lalu dan menerima apa adanya tanpa ada perasaan benci.

Banyak perkara yang dikerjakan sepatutnya selesai pada tahun kesembilan ini, dan kita akan cenderung untuk membersihkan diri dan hal hal lain untuk permulaan kitaran baru. Tiba masanya untuk melepaskan masa lalu dan buang hal hal lalu yang sudah dianggap 'mati'. Membuang semua perkara perkara lalu yang dianggap tidak lagi berguna.
Pada tahun 2009, saya banyak mencuba untuk tidak melihat semula ke belakang. Itulah kecenderungan saya pada tahun peribadi ke 9 di tahun 2009 tetapi tidak 100% kerana kebanyakkannya lebih kepada melupakan dengan cara yang salah. Contoh, membuang pemberian seseorang untuk harapan melupakan. Sedangkan melupakan bukanlah dengan cara begitu. Melupakan adalah...kita mampu menyimpan pemberian seseorang yang pernah menyakiti hati kita. Kita lupakan kesilapannya tetapi tetap mengenang kebaikkannya yang pernah ada.

. . . . .
. . . . .

Pada tahun 2010 merupakan tahun peribadi saya yang pertama berulang kembali.

Tahun peribadi pertama menjanjikan pengembaraan baru yang menarik dengan mengambil cabaran baru dalam hidup. Ini adalah tahun yang sesuai untuk menjelaskan apakah matlamat hidup kita. Ini lah masanya untuk bertindak  untuk matlamat tersebut. Usaha keras mungkin diperlukan untuk melihat kemajuan setiap usaha tersebut.
Pada tahun 2010, keputusan STPM tidak begitu membanggakan apabila satu subjek memusnahkan harapan. Oleh hal yang demikian, saya begitu nekad untuk mengulang STPM agar keputusan STPM tersebut sama seperti yang didambakan. Di mana ia mampu membanggakan. Disebabkan tahun 2010 merupakan tahun yang kuat dan bercita cita, kecenderungan saya pada tahun ini begitu bermatlamat dan jelas sekali.

Saya siap meneliti open universiti, membuat perancangan kewangan untuk kos pengajian jarak jauh.

Menurut fakta tahun peribadi pertama, sekiranya kita tidak bertindak untuk matlamat kita pada tahun ini, kemungkinan besar prospek atau target kita akan ditangguhkan pada kitaran seterusnya, iaitu 9 tahun akan datang. Yang bermaksud, kita terpaksa menunggu kiraan tahun peribadi kita adalah 1 semula.
Oleh hal yang demikian, saya begitu bertenaga dan begitu bermatlamat dengan sanggup mengulang STPM tetapi...saya telah melakukan kesilapan paling besar pada tahun 2010 ini kerasa kurangnya usaha keras dan fokus yang benar.

Jadi, saya terlepas peluang. Saya tidak berjaya mengulang kaji pembelajaran STPM saya dengan baik. Saya sibuk bekerja dan membuat hal hal yang mengganggu fokus sendiri secara rela.

Contohnya, waktu mengulangkaji, saya gunakan untuk hobi yang lain. Malah, penyimpanan tabung sambung belajar juga tidak mampu diteruskan. Terlalu banyak melencong dan tiada pencapaian untuk pengajian jarak jauh mahupun dalam pekerjaan.

Tahun peribadi pertama merupakan tahun yang sangat hebat. Jangan lepaskannya dan gunakan kelebihan ini sepenuhnya!
Nampaknya saya terlepas peluang ni. Semua usaha menjadi sia sia sebab tak fokus. Nak buat ini juga..nak buat ini juga..Tahun peribadi saya ke 1 ni, ada juga pencapaian yang baik sedikit di alam pekerjaan  tapi saya rosakkan pada tahun peribadi ke 2 iaitu pada tahun 2011.

Bersambung di entri part 3 - "Sejauh Mana Kebenaran dan Logik Analisis Tahun Peribadi Berdasarkan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Part 3".

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: