SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 2 Julai 2016

Siapa suri rumah sebenarnya?

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Ketahuilah beberapa perkara ini dan selain dari TAHU, MESTI FAHAM. Jika seseorang itu kata, "Saya Surirumah je.."

Jangan sesekali pandang remeh dengan suri rumah ni. Tak payah nak cakap,
"oh untunglaa...tak payah kerja..boleh goyang kaki kat rumah.."
"Seronoknya boleh rehat rehat kat rumah.."
"Wahh..maklumla dah kaya.."
"Untngnyaa...aku ni hari-hari kena kerja.."

Biar saya gelak sekejap. GahahagaaGhaa!

Suri rumah bukan sekadar berada di rumah semata-mata. Mereka ni 24 jam bekerja atau buat kerja. Ramai yang menggunakan perkataan "BEKERJA" tu untuk orang-orang yang bekerja di sebuah syarikat sahaja atau luar rumah. Pelik.

Kerja ; 1. Usaha (kegiatan,urusan) yang bertujuan untuk menghasilkan (menyelesaikan,menyediakan, dsb).

Bekerja ; melakukan kegiatan tersebut. bertindak untuk menyediaka atau menyiapkan sesuatu perkara atau urusan.

Suri rumah ni buat kerja apa sebenarnya?
1. Memasak untuknya,suami dan anak-anaknya.
2. Mengemas rumah untuk sentiasa bersih dan kemas.
3. Menyuci pakaiannya, suami dan anak-anaknya.
4. Menjaga anak-anak.



Macam sikit je kan? Mari saya huraikan lagi.

1. Memasak untuknya,suami dan anak-anaknya.

Semasa melakukan proses memasak ni, seorang wanita,isteri atau ibu bukan sekadar ke dapur terus masak tapi mereka perlu menyediakan bahan memasak terlebih dahulu seperti memotong bawang putih, bawang merah, potong sayur, sediakan halia dan sebagainya bergantung dengan resepi apa yang dia nak masak.

Tu kalau semua bahan tadi dah ada kat rumah, bagus la.. kalau belum? Dia kea pergi pasar atau mana-mana kedai yang menjual bahan tadi. Senang kalau dia ada kenderaan dan tahu untuk memandu kenderaan tu sendiri. Kalau tak? Dia kena tunggu masa yang sesuai untuk semua tu seperti menunggu suami tolong belikan atau minta teman suami. Tu pun, kalau suami dia ada masa untuk temankan. Kalau tak ada masa? Sibuk bekerja cari duit untuk isteri dan anak-anaknya. So apa yang biasa wanita buat? Jangan kaki atau naik kenderaan awam ke pasar atau kedai yang berdekatan. Tu semua semata-mata nak masak sahaja tau.



Tu kes kalau ada duit dalam dompet dia. Memang dia akan cari barang masak tu sendiri kalau suami tak dapat nak temankan dia. kalau duit tak ada dapat dompet macam mana? Terpaksa tunggu lagi suami, kan...hmm...

Kalau wanita yang pandai cari duit (berniaga online atau apa sahaja yang dia tahu buat), dia akan cari duit ni lagi...hanya nak memasak saja dah banyak proses.

2. Mengemas rumah untuk sentiasa bersih dan kemas.

Mengemas rumah ni banyak kategori juga. So jangan pandang sebelah mata dengan orang yang begelar suri rumah ni.

Paling asas pun kemas-kemas rumah ni, menyapu. Tu ja yang keluar dari kepala kalau yang dah pandang orang sebelah mata tu, "ala..kemas rumah je pun" katanya. Amboiii...

Bak saya huraikan bab kemas rumah ni. Menyapu ruang tamu, bilik tidur, dan dapur. Tu kalau bilik cuma dua tak apa. Kalau lebih dari tiga? Pas tu ada yang cakap pula "tak kan anak tak tolong kot". Kalau anak dia kecil lagi macam mana? Jangan asyik nak mencari buruk orang, tak baik. Macam kau rajin sangat. haha!


Bersihkan meja makan tu salah satu kategori mengemas rumah juga. Lepas makan, kalau jumpa suami yang jenis tunggu, duduk, makan, then belah dari meja makan tu? Haa... semua isteri yang kena kemas kan. Tapi jangan nak salahkan suami pula kalau dia tak tolong. Tengok dulu dia tak tolong kemas sebab apa. Kalau dia ada kerja penting nak buat, memang tanggungjawab kita kemas meja makan tu. Lepas kemas meja makan tu, bukan main campak je kat sinki. Kena cuci lagi...lepas cuci? kalau dia guna kabinet pinggan yang letak tinggal tunggu kering tu ok lagi. Kalau jenis macam mak saya punya rak pinggan tu macam mana pula? Lepas cuci, simpan sini, dah kering simpan sana pula. hahaha! haaa amik kau makjah!

Belum habis lagi ni tau. Part habuk-habuk betabur atas almari, kat frame gambar tu lagi? Tu part habuk kan.. Kalau yang anak-anak dia ramai, banyak permainan tu, haaa jenuh kemas kan. Hati wanita ni sabar dia power rangers. Biar la anak-anak happy main. Nanti dia kemas. Kalau yang garang sikit tu (sikit je la)...dia ajak anak dia mengemas permainan tu sekali.

Tu baru hari biasa. Belum lagi jumpa Aidilfitri. Haaa... langsir, kushion, karpet, bunga hiasan, belum lagi part nak hias rumah untuk raya... Pengsan!

Nak cerita lagi ke bab kemas rumah ni? Sanggup lagi nak baca? haha!

3. Menyuci pakaiannya, suami dan anak-anaknya.

Kalau pasal pakaian ni, adalah part paling cerewet sikit kerjanya. Lepas cuci pakaian kotor, kita kena jemur, lepas tu lipat. Lepas tu? repeat! Actually part repeat tu yang buat ramai suri rumah bekerja keras. Hahaha! Pasal apa? Pasal dah settle kosongkan bakul pakaian kotor, tak sampai 24 jam confirm ada lagi yang mengisi bakul tu.

Bab ni, orang bujang rasa kacang je ni. Cuba dah jadi isteri orang. Dengan baju,seluar, pakaian dalam sendiri, suami punya lagi, anak-anak lagi.kann...
Baju suami tu tak jadi masalah kalau bab t-shirt dan kemeja. Yang jenis coverall tu, yang kotor berminyak.. aduuuuhh...nak nangis rasanya...

Baju anak-anak kecil lagi..dah la kecil. Banyakkkk...ni sakitnya masa melipat. hahaha!



Cuci pakaian kotor ni, bukan macam main campak-campak je walaupun ada mesin basuh. Tak boleh la cuci campur sebarang je. Takkan seluar dalam nak campur cuci dengan tudung kan? Haish. Tak senonoh laa. hahaha! Selain tu, baju yang kaler mudah bercampur dengan baju lain, kena asing. So berapa banyak proses hanya untuk sesi mencuci baju?

OK, tu part cuci baju. Sekarang nak huraikan pula semasa menjemur baju tu. Kalau jemuran baju korang tu kat luar rumah, habis kena matahari si suri rumah ni. Panas! ye laa... senang cakap, jemur la pagi-pagi... kalau pagi, suri rumah ni, biasanya nak siapkan sarapan suami dan anak-anak. Dekat-dekat jam 9 - 10 pagi macam tu baru ada kesempatan nak jemur baju tu. Masa tu matahari memang dah naik dah kalau zaman sekarang ni.

Nak jemur tu pula, bukan macam letak ikan masin. Kena jemur elok-elok. Kalau perlu, pakai hanger.

Dah jemur, bila petang, dah kering. Kena buat apa pula lepas tu? Angkat bawa masuk rumah semula. ok ok! tu kalau ceritanya dah kering. Macam mana kalau tiba-tiba hujan turun? Menangis tak berlagu dia! Kalau sempat angkat sebelum basah, syukur Alhamdulillah..tu pun kena jemur semula esok. Aduuiii... Kalau dah basah???? Basah bukan biasa-biasa, Basah yang kuyup tu. Ni bukan nangis tak berlagu ni, nangis melalak hati dia macam orang putus cinta. hahahahaha!

Bila dah kering semua. Benda yang buat sakit kepala dah tiba. Kain berbakul-bakul nak lipat pula. huhuhuhuhu! Dah lipat nak masuk almari sedikit demi sedikit. Aman bila dah masuk almari tu.

Tapi cuba bayangkan apa dia rasa bila tengok baju-baju yang dah siap lipat kemas-kemas tu tiba-tiba runtuh? Ye la... anak-anak tak faham. Dia nak manja-manja dengan mak dia. Dia tak tahu semua lipat-lipat tu boleh buat stress kat mak dia. Tapi, kasih sayang mak tu lebih tinggi dari ketinggian baju yang baru je runtuh tu. hehe. So? Dia kena lipat la balik. hahahaha! Kalau ada suami yang jenis "Yang tolong ambil kan baju abang yang sekian sekian tu, boleh?" Ni bukan sebab dia malas tapi dia tahu lipat baju tu memenatkan. Nanti teruntuh ada yang stress. kehkehkeh.

Tambahan, baju yang dah kering bukan semua kita lipat masuk almari. Ada yang akan digosok (Iron baju). Gosok baju ni adalah kerja suri rumah juga. Dia akan gosok baju suami untuk ke tempat kerja. Akan gosok tudung bawal dia nak pergi bersiar-siar. Akan gosok baju sekolah anak-anak. Akan gosok baju seluruh alhi keluarga semasa hari raya dan majlis-majlis keluarga. Gosok baju ni tak senang macam kita lihat orang lain yang tolong gosok. Walaupun gosok baju untuk seorang punya pakaian tapi bukan sehelai sahaja nak gosok. Contoh : Baju melayu suami untuk hari raya, dia kena gosok baju, seluar dam samping - dah  tiga helai. Kalau dia punya sendiri? Tudung sehelai, baju dia sehelai, kain kurung dia sehelai. so total dah 6 helai. Belum lagi masuk baju anak-anak. Fuhh... saya pun berpeluh tulis pakaian ni. haha!

4. Menjaga anak-anak.

Menjaga anak ni pula, bukan macam kita jaga pet. Menjaga anak-anak ni, akan banyak perkara terpaksa dikorbankan.contohnya, masa untuk tidur.
Semasa orang lain sedang nyenyak dan lena, Subhanallah tidur sampai indah-indah belaka, seorang wanita bergelar suri rumah yang berstatus seorang ibu ni, tak pernah tidurnya nyenyak 100%. Saya cakap macam tu sebab, anak-anak yang masih bayi, malam tu biasanya dia nak minta susu. Ada yang tidurnya tak ikut masa orang dewasa pun. Ada yang menangis tiba-tiba. Macam-macam lagi.

So, suri rumah tak cukup tidur. Siang pula, semasa anak tidur, kadang-kadang tak dapat nak tidur sebab ada kerja rumah lain kena settlekan. Seperti, cuci pakaian, kemas rumah, buat kerja online dan sebagainya.


Nak bagi anak kecil makan bukan macam bagi anak yang dah besar makan. Sediakan je dia suap sendiri. Tak! Bukan macam tu... ibu kena suapkan dia. Dah siap suap, boleh la buat kerja lain sikit-sikit.

Part toilet lagi....anak kecil mana yang tahu pergi toilet sendiri? haha. So, suri rumah kena ganti lampin dia. Tak boleh lambat nanti nangis.

Selain tu, kerja suri rumah akan semakin mencabar lagi bila anak dia demam. Anak yang demam ni cerewet dia tak macam biasa. Agak luar biasa sikit. Ni belum lagi part bagi ubat anak tak nak makan. Huhuhuhu! Pedih hati mak, nak.


. . .
hmm...
Banyak kan kerja suri rumah ni?
Korang masih anggap suri rumah ni biasa-biasa sahaja?
Walaupun wanita yang di luar sana kata, wanita bekerjaya ni lagi banyak kerja nak buat, hakikatnya diorang duduk kat ofis berhawa dingin dan buat kerja-kerja pejabat sahaja. Berbeza dengan suri rumah sepenuh masa yang buat semua kerjanya sendiri. Tak pakai tukang gaji. Tak pakai baby-sitter. Tak pakai makan luar semua.

Tambahan pula, suru rumah zaman sekarang ni canggih dan trending. hehe.
Siap ada yang bisnes from home.

Tapi tak payah nak bandingkan siapa banyak siapa sikit buat kerja.
HAKIKATNYA adalah suri rumah buat kerja tak pernah ada gaji.
Jangan pandang dia macam orang bodoh.

Paling memalukan, suri rumah yang korang anggap bodoh tu, dia pandai cari duit dari rumah je sambil luangkan masa dengan anak-anak kat rumah.

. . .
P.S : Penulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Hanya untuk menghargai jasa dan pengorbanan wanita yang begelar suri rumah, isteri dan mak kita.

P.S : Suri rumah ni sebenarnya PENYERI RUMAH. Kalau boleh jangan panggil diorang tu suri rumah tapi seri rumah..

P.S : Pekerjaan yang paling banyak dapat pahala adalah suri rumah...Pahalanya melebihi segala pekerjaan di atas dunia...


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Danau Labuan Cermin

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Alhamdulillah, hari ni dah Ramadhan minggu terakhir. Syukur sebab last-last Ramadhan ni masih stay active dan bersemangat kan. Jangan sebab mood raya, lupa dah nak puasa ye. Ngehehe!

So, hari ni saya nak share satu tempat menarik! Saya salah seorang warga Wilayah Persekutuan Labuan. Oleh itu, saya sangat tertarik dengan nama tempat menarik ni. Nama tempat ni adalah "DANAU LABUAN CERMIN". Funny siut! Sebab ramai warga Sabah atau Wilayah Persekutuan yang salah faham dengan nama tempat ni lantaran namanya sama iaitu L A B U  A N.

oH please... Nak cari tempat ni kat Pulau Labuan (Wilayah Persekutuan Labuan) takkan pernah jumpa la. haha!

Lokasi DANAU LABUAN CERMIN ni sebenarnya di Indonesia. Okeyh la! Indonesia ni luas...lokasi tepatnya adalah di Kecamatan Biduk-Biduk, Kabupaten Berau, Kalimantan Timur, Indonesia. Boleh tengok kat google maps kalau nak tahu lebih tepat.


Search Labuan Klambu - Lepas tu, zoom in..
Then, korang akan jumpa Danau Labuan Cermin!

Dah nampak Danau Labuan Cermin

Dalam maps ni, jelas dah kan... LABUAN KLAMBU atau DANAU LABUAN CERMIN bukanlah WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN.



Nama je sama... Huahaha!

Kepada yang nak datang ke Danau Labuan Cermin ni, Pastikan jangan lupa kamera atau jurukamera korang. hehe....Sebab tempat ni cantik! Sangat cantik! Masha Allah cantikknya ciptaan Allah. Tengok gambar kat bawah ni.





Cantikkkkkkk! kan kan! Danau Labuan Cermin. Mungkin sebab tu la nama dia ada "CERMIN" ...tengok je la air tu... Lawa...Kalau yang pandai berenang dan menyelam tu, ni la masanya nak selfie dalam air. 

Yang minat kamera dan go pro tu, ni la masa nak 'belasah' go pro korang. hehe...

CARA NAK KE DANAU LABUAN CERMIN ni, korang boleh baca artikel lebih lanjut dengan [klik sini].











Share: