SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 29 Mac 2018

4 Cara Mengekalkan Dan Menggandakan Prestasi, Pendapatan dan Produktiviti Diri Walaupun Tersalah Langkah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Jika sebelum ini saya telah menulis berkenaan "Hukum Pulangan Bertambah" dan "Lengkung Kecekapan", kali ini saya ingin berkongsi pula mengenai cara mengekalkan dan menggandakan prestasi, pendapatan dan produktiviti diri walaupun tersalah langkah atau mengalami perubahan situasi. Ada masanya, walaupun kita sudah berusaha keras, sudah menentukan matlamat tetapi tetap ada kesilapan dan kegagalan.

4 Cara Mengekalkan Dan Menggandakan Prestasi, Pendapatan dan Produktiviti Diri Walaupun Tersalah Langkah

Oleh itu, 4 cara ini akan membantu pembaca untuk terus mengekalkan dan mampu meneruskan penggandaan prestasi, pendapatan dan produktiviti diri walaupun mengalami kesilapan dalam merancang atau menghadapi kegagalan.

1. Langkah Pertama : Tetapkan Matlamat

Berkenaan penetapan matlamat, ia adalah lebih kurang sama seperti menyenaraikan impian kita seperti yang pernah saya kongsikan dalam entri bertajuk "Kenapa Saya Tulis Impian 2018 Bukan Azam 2018" dan "Cara Saya Menulis Impian 2018".

Penetapan matlamat terbahagi kepada dua iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Jika Masa pendek, ia termasuklah matlamat harian, bulanan dan tahunan. Matlamat jangka masa panjang pula adalah matlamat keseluruhan hidup kita. Masa depan yang jauh seperti menetapkan matlamat berkenaan kewangan seorang anak untuk masuk ke universiti tetapi anak itu masih kecil atau masih bayi atau cita cita seseorang individu semasa kecil ingin menjadi apa setelah dewasa.

Penetapan matlamat adalah penting sebelum kita berfikir berkenaan ingin meningkatkan prestasi diri, pendapatan dan produktiviti. Tanpa matlamat, tidak akan wujud langkah kedua. Saya berikan satu contoh berkenaan satu matlamat seorang pedagang pertukaran mata wang asing. Beliau bermatlamat untuk mendapat pendapatan pasif setiap bulan dengan sebuah broker pertukaran mata wang. Beliau telah menetapkan amaun setiap bulan yang sepatutnya beliau perolehi dalam setahun dan akan membuka broker sendiri untuk jangka masa panjang.

2. Langkah Kedua : Teknik atau Strategi Mencapai Matlamat

Selepas menetapkan matlamat, kita perlukan teknik atau strategi untuk mencapai sesuatu matlamat. Kita sering mendengar, kita perlu rajin, kita perlu berusaha keras, kita perlu konsisten melakukan sesuatu kerja dan kita tidak boleh berputus asa, ITU HANYALAH PERKARA BIASA. Itu adalah untuk mereka yang perlukan motivasi psikologi dan motivasi asas untuk memulakan sesuatu.

Apa sebenarnya yang kita perlukan adalah teknik dan strategi untuk mencapai matlamat kita. Tindakan sahaja tidak cukup jika tidak disertakan dengan teknik dan strategi.

Seperti cerita seorang pedagang pertukaran mata wang tadi, jika beliau sudah pun menetapkan matlamatnya tetapi tidak disertakan teknik dan strategi, matlamatnya tidak akan tercapai dengan mudah. Mungkin tidak akan tercapai langsung.

Oleh itu, beliau perlu memikirkan teknik dan strategi bagaimana untuk menghasilkan pendapatan pasif dan sasaran pendapatan yang diinginkannya tercapai. Jadi, dalam membuat transaksi jual beli pertukaran mata wang beliau, beliau perlukan teknik.

Mungkin yang beliau gunakan adalah teknik menggunakan robot. Teknik menggunakan indikator atau strategi membuat perdagangan di pasaran pada hari yang aktif sahaja?

Sama seperti ejen menjual tudung, untuk mencapai target jualan, perlukan teknik dan strategi.

3. Langkah Ketiga : Mengkaji, Mengandai, dan Menganalisis

Dengan adanya teknik dan strategi yang kita ada, kita perlu juga membuat analisis atau kajian berkenaan sesuatu perkara atau sesuatu matlamat. Sebagai contohnya, matlamat pedagang mata wang asing tadi adalah ingin membuka broker sendiri untuk matlamat jangka panjangnya.

Adakah beliau sudah membuat kajian berkenaan hal demikian? Adakah dengan membuka broker sendiri akan membuatkan pendapatannya berganda di lokasi tertentu? Adakah dengan membuka broker sendiri, akan mendapat keuntungan yang lebih banyak atau sekadar balik modal sahaja?

Mengandai adalah penting untuk jangka masa panjang. Apa akan berlaku di hadapan. Adakah ramai pesaing pada masa itu? Saya berikan contoh yang lain, seperti seorang penulis blog. Siapa yang tahu, blog pada masa kini terpaksa bersaing sengit dengan sosial media yang lain untuk mendapatkan job? Siapa yang tahu, peniaga online yang menggunakan blog terpaksa bersaing dengan Facebook dan Instagram?

Jadi, bagaimana jika andaian kita, analisis kita, dan kajian kita adalah salah?

4. Langkah Keempat : Membetulkan Kajian, Andaian, Analisis

Jika andaian kita pada masa hadapan adalah salah, contohnya, pada tahun 2020 sepatutnya berlangsung Wawasan 2020 tetapi nampaknya ia tidak berjaya dan diambil alih pula oleh TN50 yang konon akan berjaya pada tahun 2050 pula. Itu bermakna, kita perlu membetulkan kesilapan ini.

Fleksibel
Dalam hal ini, walaupun kita sudah bertungkus lumus dalam melakukan sesuatu hingga pertengahan jalan atau sudah terlalu jauh kita mengayuh, kita tetap tidak boleh mengekalkan matlamat dan perancangan kita. Kita perlu fleksibel.

Seperti cerita pedagang mata wang tadi, dia sudah berusaha keras dan membuka pejabat serta pusat latihan untuk pelanggan untuk matlamatnya tetapi hasilnya mengecewakan kerana terlalu banyak pesaing. Dengan itu, andaiannya sudah silap untuk masa depannya. Dia terpaksa membetulkan situasi dan keadaan tersebut dengan cara menutup pejabatnya atau mungkin ada cara yang lain yang lebih bagus untuk dilakukannya dalam bidangnya.

Mungkin, pedagang ini mengalami perubahan yang tidak dijangka. Contohnya pada permulaan kerjayanya, pendapatannya lumayan kerana mendapat komisyan yang tinggi peratusnya tetapi apabila ekonomi Malaysia semakin merosot, peratus komisyennya dalam bidang ini sudah mula merudum. Oleh itu, dia terpaksa membetulkan apa yang perlu agar pendapatannya terus kekal malah berganda kerana mengubah suai strategi dan cara bekerjanya.

Pemikiran Berasaskan Sifar
Pemikiran berasaskan sifar adalah sifat mengosongkan diri untuk menerima perkara baru atau ilmu baru walaupun kita seorang yang mempunyai banyak ilmu pengetahuan dalam bidang kita. Kita akan mengalami pelbagai perubahan dari masa ke masa dalam bidang kita walaupun kita adalah orang lama. Oleh hal yang demikian, kadang kala, ada perkara baru yang kita tidak sedari dan terleka. Kita perlu terus belajar meskipun kita seorang yang mempunyai banyak pengetahuan.

Mementingkan Apa Yang Betul Bukan Siapa Yang Betul
Dalam memperbetulkan kesilapan andaian kita berkenaan masa depan, kita tidak boleh mementingkan siapa yang betul. Hal ini berlaku kerana ego yang terlalu dimanjakan dalam diri. Sekiranya kita pernah membuat penetapan matlamat untuk anak anak dalam rumah tangga kita, seperti melaburkan wang ringgit dalam pengajiannya ke universiti atau apapun bidang yang anak kita pilih tidak memberikan hasil seperti yang diandaian pada masa lalu, kita perlu memperbaikinya mengikut situasi.

Contohnya, dari anak sekolah menengah hinggalah ke peringkat ijazah, melaburkan wang, masa dan tenaga dalam bidang kejuruteraan, tiba tiba anak kita ingin menukar bidang yang diceburinya kepada bidang perniagaan. Hal ini kerana bidang yang diceburinya sebelum ini mengalami krisis ketepuan (contoh) dan kesukaran mencari kerja (contoh). Jadi, anak terpaksa bertukar arah yang lain. Mungkin bukan bekerja dalam bidang kejuruteraan tetapi berniaga dalam bidang kejuruteraan.

Ada kemungkinan, bekerja sendiri (berniaga) dalam bidang tersebut lebih membawa kepada masa depan yang cerah dan menguntungkan berbanding makan gaji. Jadi, ibu bapa anak ini tidak perlu berbalah untuk mempertahankan ego di mana mahu dikata sebagai "Siapa yang betul".

Kesimpulannya, walaupun penetapan matlamat kita pada awalnya sekian sekian, tetapi dipertengahannya terpaksa diubah tidak semestinya akan mengalami kerugian atau kegagalan yang teruk. Kesilapan dan kegagalan itu hanya sementera. Yang penting, kita hanya perlu mengubah dan memperbaiki apa yang perlu sahaja dan prestasi, pendapatan dan produktiviti kita akan tetap berterusan dan In Shaa Allah akan lebih berganda berbanding tanpa diubah.

Big Apple tidak akan berjaya jika tidak berani mengubah Donut biasa kepada pelbagai perisa. Mereka tidak akan boleh untuk menambah nilai jika donut tersebut tidak mengikut peredaran masa.

Disunting dan dihuraikan oleh sofinah lamudin.
Sumber dan rujukan :
Focal Point - Mencari Titik Fokus Kehidupan (Edisi Bahasa Melayu) oleh Brian Tracy.
PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd. (678274-D) 2011.
M/S 24-25, Soalan Bagi Prestasi Ulung.

Penafian : Apa yang saya tuliskan dalam entri ini tiada copy paste dari buku Focal Point. Saya menulis mengikut apa yang saya faham melalui pembacaan saya semata-mata untuk dikongsikan dengan pembaca. Untuk mengetahui mesej asli dari buku ini, atau ingin membaca keseluruhannya, bolehlah mendapatkan buku Focal Point.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 13 Mac 2018

Rahsia Menggandakan Pendapatan Dengan Formula Lengkung Kecekapan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Rahsia menggandakan pendapatan dengan lengkung kecekapan? Mesti korang rasa hairan dan tertanya tanya apakah itu "Lengkung Kecekapan". Penggandaan pendapatan ni ada kena mengena dengan entri sebelum ini yang berjudul "Cara Meningkatkan Pendapatan Dan Prestasi Diri Dengan Mengamalkan Hukum Pulangan Bertambah". Tetapi, kali ini saya ingin mengupas lebih lanjut kaitan "Hukum Pulangan Bertambah" dengan "Lengkung Kecekapan" yang Brian Tracy ada sebutkan dalam bukunya. Rahsia menggandakan pendapatan ini telah didedahkan oleh beliau melalui penulisan dan ceramah beliau untuk membuka potensi kita sepenuhnya.

Rahsia Menggandakan Pendapatan Dengan  Formula Lengkung Kecekapan

Lengkung Kecekapan

Apa itu lengkung kecekapan? Lengkung kecekapan ini merupakan satu formula yang berkaitan dengan usaha dan masa. Pernahkah korang mendengar ayat seperti ini,

Banyak masa tak banyak duit
Banyak duit tak banyak masa
Kalau nak duit, kena banyak bekerja
Kalau nak banyak berehat, tak ada duit

Atau, korang juga mungkin pernah mendengar ayat ni, "Berani malas jangan takut susah". Adakah korang percaya dengan mengamalkan formula lengkung kecekapan ni, korang boleh bermalas malas tetapi hidup senang lenang? Banyak masa berehat dan bercuti tetapi duit tetap banyak masuk. Maksudnya, banyak masa dan banyak duit. Pendapatan semakin berganda walaupun sedang seronok bermain dengan anak anak kat taman. Pendapatan berganda walaupun tak mengambil kerja lebih.

Penulisan saya ni bukan sejenis scam atau mencuba menawarkan korang untuk menyertai sebarang perniagaan. Tetapi penulisan kali ni nak membincangkan apa sebenarnya maksud "Bersusah dahulu, bersenang kemudian" yang sebenar. Malah, bersusah dahulu, bersenang kemudian yang berbaloi di masa hadapan.

Rahsia Menggandakan Pendapatan Dengan  Formula Lengkung Kecekapan

Berdasarkan carta di atas, ia cuba menerangkan bahawa lengkung kecekapan mampu memberikan pendapatan beberapa kali ganda berbanding orang lain yang berada dalam bidang yang sama. Lengkung kecekapan juga memberi jawapan kepada kita mengapa orang kaya bertambah kaya. Malah, wujud syarikat yang mampu menjual produk dengan harga yang murah tetapi kualiti tetap sama dengan produk yang mahal.

Cara menggandakan pendapatan dengan lengkung kecekapan

Jangan salah memilih bidang yang diceburi
Pertama, kita mestilah berfikir sehabis baik bidang apakah yang kita mahu ceburi?. Adakah bidang yang kita mahu ceburi itu merupakan bidang yang kita minati? Hal ini adalah sangat penting untuk kita membuat keputusan yang betul kerana setelah kita menceburi bidang tersebut, ia merupakan kerjaya pilihan kita. Kerjaya ini bakal menjadi sumber pendapatan kita dan ia sangat mempengaruhi kewangan peribadi dan tanggungjawab kita di masa hadapan.

Selain itu, penentuan bidang yang diceburi menjadi sesuatu yang penting kerana jika kita tersalah pilih bidang, kita akan membuang masa. Setiap bidang yang kita ceburi dan pilih akan melalui satu proses belajar. Dalam fasa belajar ini, kita akan menggali sebanyak dan sebaik mungkin ilmu yang berkaitan dengan bidang kita.

Jika kita tersalah pilih, lalu menukar ke bidang lain, maka kita terpaksa belajar semula. Terpaksa pula bermula dari bawah semula. Oleh hal yang demikian, kita tidak digalakkan untuk terlalu sibuk untuk menjadi katak. Lompat sana, lompat sini. Sekejap mahu menjadi peniaga, sekejap lagi mahu menjadi doktor. Kita perlu kekal dan konsisten dalam bidang kita.

Bidang yang dipilih perlulah berdasarkan minat dan kemahuan kita. Jika tidak berminat dan tiada kemahuan, kita akan mengalami kesukaran sepanjang fasa belajar. Hal ini akan menyukarkan kita menuju ke peringkat pakar dan skill tersendiri.

Tidak Berputus Asa, Fokus dan Konsisten

Kedua, selepas kita menceburi dalam sesuatu bidang yang kita sendiri pilih, kita akan menjalani beberapa proses dan peringkat. Peringkat yang saya maksudkan sudah saya bincangkan dalam entri sebelum ini yang berjudul "Cara Meningkatkan Pendapatan Dan Prestasi Diri Dengan Mengamalkan Hukum Pulangan Bertambah". Apabila kita tidak berputus asa, kita akan semakin hampir ke peringkat terakhir di mana kita akan menjadi seorang yang mempunyai banyak masa bersantai tetapi pendapatan berganda.

Setelah kita menjadi seorang yang cekap dalam bidang kita, kita tidak lagi memerlukan banyak masa untuk menghasilkan sesuatu kerana kita sudah mampu melakukannya dengan pantas. Sebagai contohnya, jika semasa di peringkat belajar kita menulis sebuah novel mengambil masa setahun untuk satu novel, tetapi setelah kita menjadi pakar dalam bidang kita, kita sudah cekap, faham dan tahu teknik malah mempunyai skill sendiri dalam menulis novel, dalam setahun kita mampu menghasilkan 5 novel atau mungkin lebih.

Contoh lain, jika kita seorang tukang jahit dan sudah cekap dalam bidang kita ceburi kerana kita sudah lama dalam bidang ini, kita mampu menyiapkan tempahan baju yang banyak dalam seminggu. Semakin pantas kita melakukan sesuatu pekerjaan, semakin sedikit masa yang diperuntukan untuk melakukannya.

Semakin banyak penjimatan masa, semakin banyak perkara lain boleh dilakukan. Dalam seharian, kita mempunyai 24 jam sahaja. Ada individu yang terpaksa meluangkan masa yang banyak untuk melakukan 1 perkara. Malah terpaksa pula melakukannya sehingga ke malam. 12 jam bekerja. Tidak sempat bersenam, tidak sempat menyediakan makanan sihat, tidak sempat bermesra dengan anak dan tidak pula sempat mengemas rumah dan sebagainya. Tidak akan berlaku begini jika kita sudah berada dalam tahap kecekapan yang baik. Kerja akan siap lebih awal. Kita boleh bersenam setelah itu. Kita juga boleh memasak makanan sihat seperti yang diingini. Kita juga sempat untuk bermain dengan anak anak dalam masa 24 jam. Dalam seminggu pula, tidak perlu bekerja tujuh hari seminggu. Hanya perlu 5 hari seminggu sahaja. Atau mungkin boleh 4 hari seminggu sahaja. Jika lengkung kecekapan kita sangat produktif dan mempunyai strategi yang terbaik, kita boleh sahaja bercuti 2 minggu sebulan.

Permudahkan pekerjaan kita

Dalam berusaha keras, tidak bermaksud kita perlu melakukan pekerjaan yang sukar atau pekerjaan yang tidak sanggup dilakukan oleh orang lain. Permudahkan pekerjaan kita bermaksud, jika kita perlu melakukan sesuatu yang bermarkah maksimum 10, mengapa kita perlu melakukan kerja yang bermarkah 100 sedangkan akhirnya kita akan diberikan markah hanya 10. Di sini kita sudah membazir masa dan tenaga kita. Melainkan, kita melakukan kerja bernilai 100 markah dan akhirnya kita mendapat 100 markah. Sebagai satu contoh, zaman saya bersekolah dulu, saya suka akan mata pelajaran Pendidikan Seni. Saya sangat suka melukis.

Dalam melakukan kertas kerja, apa yang saya perhatikan, saya sudah melakukan pembaziran masa. Hal ini kerana, lukisan yang saya lukis mengambil masa 3 jam untuk kelihatan cantik, tetapi rakan sebaya saya melukis hanya 1 jam dan tidak pula terlalu cantik. Akhirnya kami berdua mendapat gred yang sama iaitu gred A. Saya sudah membuang masa 2 jam. Sedangkan saya boleh mendapat gred A dengan hanya meluangkan masa selama 1 jam.

Kerana itulah pengajarannya, kita perlu mempermudahkan pekerjaan kita. Contohnya lainnya, semasa saya bersekolah, perlu membuat portfolio untuk mata pelajaran Geografi, Pendidikan Seni dan beberapa lagi. Dalam membuat portfolio, terdapat penilaian kekemasan dan kreatif. Saya mula membuat portfolio dengan menggunakan pensil warna. Saya juga melukis sendiri tajuk tajuk utama dan tajuk tajuk kecil. Apabila tiba masanya menghantar portfolio kepada guru, saya dapati, rakan saya menggunakan cetakan komputer. Menggunakan komputer sememangnya kemas dan tulisan dan gambar juga boleh diolah menjadi kreatif.

Disebabkan saya menggunakan tangan, saya memulakan kerja ini sejak sebulan lepas. Manakala, rakan saya memulakan kerja seminggu yang lepas. Folio saya tebal. Dan folio rakan saya nipis. Mungkin kerja saya berkualiti dalam bidang seni atau berbakat dalam bidang kreatif tetapi saya sudah membuang masa saya untuk mata pelajaran lain kerana, markah saya dengan rakan saya itu sama.

Disini bermaksud, jika kita tidak mempermudahkan perkara yang senang, kita akan membuang masa. Perkara yang sukar atau unik atau tidak sanggup dilakukan oleh orang lain boleh dilakukan tetapi biar di tempat yang betul barulah ia berbaloi. Sebagai contohnya dalam pertandingan. Di dalam pertandingan, jika kita boleh melakukan perkara susah dalam masa singkat, kita akan berpotensi menang. Sama seperti menjual barangan dengan harga yang murah tetapi kualiti sama seperti barangan mahal. Kita akan memang.

Mengupah orang lain untuk melakukan pekerjaan kita

Mengupah orang lain melakukan pekerjaan kita juga akan membantu mempercepatkan sesuatu kerja siap lebih awal. Sebagai contohnya, penulis blog tidak mungkin akan mampu menulis 10 artikel dalam masa 3 jam kecuali kualiti penulisannya sangat teruk. Oleh itu, dia perlu mengupah 2 orang untuk membantunya menulis 3 artikel setiap seorang atau 10 orang untuk menulis 1 artikel untuk setiap 1 orang. Walau kita boleh menghasilkan lebih banyak penghasilan dengan mengupah orang lain. Yang penting, apa yang kita lakukan akan menghasilkan keuntungan agar kita boleh membayar mereka.

Contoh lain, suri rumah yang mempunyai kerjaya online iaitu sebagai usahawan online, boleh mengupah orang lain untuk melakukan kerja kerja yang mungkin membuatkan kerja yang lebih penting terganggu. Contohnya, mencuci pinggan, mencuci baju dan mengemas rumah. Apabila pekerjaan yang seperti ini dilakukan oleh orang lain, maka, suri rumah boleh melakukan kerja online atau melayan anak.

Kesimpulannya, teknik lengkung kecekapan ini sangat berbaloi untuk kita gunakan yang penting kita tidak mengupah bidang kita. Bekerja dan berusaha sehingga kita sangat pakar dan cekap dalam bidang kita. Usaha yang kurang dan masa yang banyak akan tiba.

Disunting dan dihuraikan oleh sofinah lamudin.
Sumber dan rujukan :
Focal Point - Mencari Titik Fokus Kehidupan (Edisi Bahasa Melayu) oleh Brian Tracy.
PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd. (678274-D) 2011.
M/S 11, Lengkung Kecekapan.

Penafian : Apa yang saya tuliskan dalam entri ini tiada copy paste dari buku Focal Point. Saya menulis mengikut apa yang saya faham melalui pembacaan saya semata-mata untuk dikongsikan dengan pembaca. Untuk mengetahui mesej asli dari buku ini, atau ingin membaca keseluruhannya, bolehlah mendapatkan buku Focal Point.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 7 Mac 2018

Cara Meningkatkan Pendapatan Dan Prestasi Diri Dengan Mengamalkan Hukum Pulangan Bertambah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pernah dengar tentang "Hukum Pulangan Bertambah" tak? Belum pernah? Kalau belum pernah, teruskan membaca ye..  Hukum Pulangan Bertambah bermaksud satu proses berulang dalam satu latihan atau aktiviti yang kerap kita lakukan akan memberikan kita satu pulangan atau ganjaran melalui latihan atau aktiviti tersebut. Contoh, kita kerap membuat latihan gimnastik dan akhirnya kita memiliki pulangan atau ganjaran dari segi skill kerana kita rajin berlatih. Hukum Pulangan Bertambah boleh meningkatkan pendapatan dan prestasi diri kita tanpa kita sedari. Hukum Pulangan Bertambah ini memberikan seseorang yang mengamalkannya mendapat kemajuan diri secara automatik.

Cara Meningkatkan Pendapatan Dan Prestasi Diri Dengan Mengamalkan Hukum Pulangan Bertambah


Peringkat Hukum Pulangan Bertambah

Peringkat Belajar
Jika seseorang yang ingin menjadi usahawan atau ahli perniagaan, tidak akan menjamin sebarang keuntungan mahupun kejayaan dalam perniagaan tersebut jika mereka tidak memulakan peringkat belajar ini. Peringkat belajar ini penting untuk menambah ilmu dan strategi dalam bidang perniagaan. Jika seseorang itu memang mempunyai bakat yang semula jadi dalam bidang keusahawanan dan perniagaan, maka peringkat belajar ini akan berlangsung dengan mudah dan lancar.

Jika seseorang itu ingin menjadi usahawan tetapi tidak mempunyai bakat semulajadi dalam dirinya, maka proses belajarnya mungkin akan lebih lama berbanding yang sudah mempunyai bakat semulajadi. Tetapi, peringkat belajar ini tidak boleh dilepasi oleh mana mana individu sekalipun. Meskipun mereka mempunyai bakat semulajadi kerana setiap individu akan mengalami kesilapan dan mesti membuat eksperimen dengan apa yang dipelajarinya.


Ada yang berpendapat bahawa "Minat boleh dipupuk". Minat sememangnya boleh dipupuk jika tanpa paksaan. Tanpa kemahuan, minat tidak akan berputik walaupun membuat seberapa banyakpun latihan dan belajar dalam peringkat ini.Kerana tanpa kemahuan, minat tiada gunanya. Jika seseorang individu itu memang minat untuk menjadi seseorang atau minat dalam bidang tertentu, seperti pelukis, doktor, pakar IT... peringkat belajar ini bukanlah satu peringkat yang menyusahkan dalam hidup mereka kerana mereka sangat meminatinya.

Kesimpulannya, minat dan kemahuan itu penting dalam sesuatu proses pembelajaran.

Peringkat Mengasah Bakat
Peringkat mengasah bakat merupakan peringat dimana seseorang individu sudah banyak menimba ilmu dalam bidang tertentu. Sudah tiba masanya, mereka mengasah bakat mereka dengan cabaran cabaran tertentu seperti mengikuti pertandingan dan sebagainya. Dalam peringkat ini, persaingan sangat penting untuk menambahbaik skill bekerja dan melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, persaingan yang dimaksudkan ini adalah persaingan yang sihat dan bersaing dengan diri sendiri.


Adakah diri yang sekarang lebih baik dari diri yang sebelumnya. Jika belum, teruskan usaha untuk meningkatkan prestasi dalam bidang tersebut. Pertandingan bukanlah sesuatu di mana kita perlu memenanginya tetapi ia adalah pengukur sejauh mana kebolehan kita. Jika kita menang, itu bermakna cara kita bekerja atau melakukan sesuatu sudah semakin baik berbanding sebelumnya. Namun, ukurannya mestilah bertanding dengan mereka yang sama level dengan kita. Sebagai contoh, orang dewasa bertanding dengan kanak kanak sudah pasti orang dewasa akan memenanginya. Itu bermaksud belum tentu kemenangan kita adalah berdasarkan kebolehan kita tetapi hanya kebetulan.

Peringkat Menambah Kualiti
Selepas mengasah bakat, peringat menambah kualiti adalah peringkat paling penting sekali. Setelah kita berada di dalam peringkat belajar dan mengasah bakat, kita sepatutnya sudah pun faham dan tahu selok belok pekerjaan kita atau teknik atau asam garam bidang kita. Jadi, kita mampu menghasilkan atau melakukan sesuatu pekerjaan lebih pantas berbanding semasa kita dalam peringkat belajar. Contohnya, seorang penulis blog berkenaan fesyen sudah faham dan banyak pengetahuan serta pengalaman dalam bidang fesyen maka, dia mampu menulis topik berkenaan fesyen hanya dalam masa singkat kerana di dalam kepala mereka sudah penuh dengan ilmu fesyen.

Mereka menulis tanpa membuat sebarang rujukan lagi. Mereka merujuk hanya jika mereka perlu sahaja. Oleh itu, peringkat ini tiba masanya kita untuk menambah baik kualiti hasil pekerjaan kita pula. Apabila kita sudah menjadi seorang yang pantas dalam bidang yang kita ceburi, contohnya dalam bidang lukisan. Kita mampu melukis wajah orang dalam masa 10 minit sahaja. Jadi, tambahkan 10 minit lagi untuk menambah kualiti lukisan itu.


Agar lebih bernilai dengan harga yang dikenakan. Jika lukisan itu sekadar pantas dilukis, ia tetap tidak akan memberi apa apa pulangan atau keuntungan yang banyak kepada pelukis kerana kualiti nya tetap sama dengan pelukis lain. Jika pelukis mampu melukis dengan pantas dan lebih berkualiti dengan harga yang berbaloi, sejauh mana pun pelukis itu berada, pelanggannya akan sanggup mencarinya demi mendapatkan lukisan yang bernilai dan berkualiti.

Lebih banyak lukisan yang boleh dihasilkan, lebih banyak keuntungan dan keuntungan akan lebih berganda jika lukisan yang banyak tersebut sangat berkualiti nilainya.

Peringkat Pakar Dan Skill Tersendiri
Peringkat ini adalah peringkat di mana seseorang individu telahpun mencapai tahap professional dalam bidang yang diceburinya. Seperti yang saya berikan contoh tadi, seorang pelukis. Di peringkat ini, pelukis tersebut telah mampu menghasilkan lukisan yang sukar dan payah untuk dihasilkan dalam masa singkat kerana sudah memiliki skill yang tersendiri untuk menyiapkan lukisan dengan pantas walaupun lukisan tersebut agak sukar. Dalam tahap ini, seseorang individu telah menjadi seorang yang advance dalam bidangnya. Dalam peringkat ini, seseorang individu akan semakin menjimatkan masanya dalam melakukan kerjanya kerana mereka sudah pun pakar dalam bidang ini berbanding budak baru. Kalau mungkin , semasa proses belajar, seorang pelukis terpaksa meluangkan masa berhari hari untuk menghasilkan lukisan yang sukar tetapi, pada tahap, pelukis tersebut mampu menghasilkan lukisan yang sukar hanya sehari sahaja.

Bagaimana mengamalkan hukum pulangan bertambah?

1. Tidak menukar bidang
2. Bersabar
3. Tidak Ego
4. Mencuba lagi
5. Berani
6. Tidak Berputus Asa
7. Fokus Dan Konsisten
8. Strategi, Teknik dan Skill
9. Buat Jika Perlu

Tidak menukar bidang dalam tempoh yang terlalu kerap. Atau dalam bahasa lainnya, "Lompat Katak". Jika kita menukar bidang dalam tempoh yang terlalu kerap, kita akan berada di peringkat belajar sepanjang masa. Kita tidak akan pernah mencapai peringkat pakar. Tukar hanya jika kita perlu menukarnya sahaja.

Semasa dalam bidang tertentu, kita tidak akan terlepas dari menghadapi peringkat belajar. Dalam peringkat belajar, kesabaran kita adalah ujian paling pahit.Kita dituntut untuk bersabar dalam peringkat ini. Tanpa kesabaran yang tinggi, kita akan mudah berputus asa lalu bertukar bidang sekali lagi. Dan terpaksa bermula dari bawah semula (peringkat belajar).

Mengapa kita perlu bersabar sepanjang dalam peringkat belajar? Kerana proses belajar biasanya menuntut kita memberikan masa yang lama dan panjang. Kita mengambil masa untuk menganalisis, memahami, mengkaji, membetulkan kesilapan dan sebagainya. Mungkin, jika seseorang individu itu seorang yang kurang cekap dalam bidang tertentu, mereka mungkin memerlukan 1 tahun untuk belajar bidangnya sebelum masuk ke peringkat seterusnya. Tetapi, kesabaran biasanya memberikan sesuatu yang manis pada akhirnya.

Jika berada di dalam peringkat mengasah bakat pula, kita tidak boleh ego dan merasa kita paling hebat. Hal ini akan menjatuhkan prestasi seseorang individu kerana kita tidak menerima kekurangan diri. Jika kita tidak mahu menerima kekurangan diri, bagaimanakah caranya untuk kita membaikinya? Jika mendapat kekalahan, seseorang individu perlu untuk mencuba lagi. Gagal sekali bukanlah bermakna selamanya. Menang kalah itu tidak penting. Yang penting hanyalah sejauh mana kita meninggalkan kekurangan kita dan menambah baik.

Selain itu, semasa proses mengasah bakat, kita perlu berani kan diri untuk menerima kekalahan. Dengan kekalahan, kita akan ketahui bahagian manakah yang perlu kita baiki.

Seperti yang saya sebutkan tadi, kemajuan diri adalah berlangsung secara automatik. Meningkat sendirinya tanpa kita sedari jika kita terus menerus melakukan pekerjaan yang kita lakukan. Oleh itu, kita tidak boleh berputus asa dalam pekerjaan kita, bidang kita, impian kita dan seumpama dengannya. Jika kita berputus asa, kita akan berhenti ditengah jalan dan kita terpaksa mengulang semula peringat pertama iaitu peringkat belajar.

Dalam menjalankan pekerjaan atau latihan kita, kita perlulah fokus dan konsisten. Tanpa fokus dan konsisten, kemungkinan besar menuju ke peringkat pakar dan skill tersendiri akan semakin lambat dan tertangguh tangguh.

Setelah kita berjaya menghadapi peringkat awal, kita akan ke peringkat menambah kualiti. Peringkat menambah kualiti bukan sahaja menambah kualiti hasil pekerjaan atau produk tetapi KUALITI HIDUP. Dalam bekerja, berniaga atau sebagainya, kita tidak boleh terlalu obses dengan kerja dan wang tetapi kita perlukan keseimbangan hidup. Untuk mendapat keseimbangan hidup ini (kerja dan keluarga atau peribadi dan kerjaya), kita perlu mempunyai strategi, skill dan teknik. Strategi, skill dan teknik hanya akan diperolehi secara automatik jika kita sudah berhempas pulas dari peringat belajar hingga peringkat mengasah bakat.

Setelah kita sampai ke peringkat terakhir, kita akan mendapat pelbagai faedah seperti jimat masa. Hal ini kerana, apabila kita sudah mahir dan pakar dalam sesuatu bidang, kita tidak perlu meluangkan terlalu banyak masa untuk melakukan sebarang kerja yang berkaitan. Ketika di peringkat ini, kita buat jika perlu sahaja. Jika kita melakukan sesuatu walaupun ia tidak perlu, kita akan sama sahaja seperti diperingkat pertama (Peringkat belajar). Meluangkan banyak masa tetapi membazir. Hal ini menjadi pembaziran kerana ia tidak perlu dilakukan. Ia tidak sama semasa kita sedang belajar. Semasa belajar, setiap masa yang diluangkan, meskipun lama, ia bukan satu pelaburan tetapi ia adalah pelaburan untuk masa hadapan. Terutamanya untuk mencapai ke peringkat terakhir.

Kelebihan apabila kita sudah berada di peringkat pakar dan skill tersendiri

Apabila kita sudah berada dalam peringkat ini, kita akan melakukan kerja yang banyak dengan menggunakan masa yang sedikit tetapi berkualiti. Oleh hal yang demikian, kita akan memperolehi masa yang banyak untuk hal hal peribadi yang mampu membuatkan hidup kita berkualiti.


Contohnya, jika kita seorang pekerja di mana mana syarikat, kita tidak perlu mengambil overtime kerana kerja kita sudah pun siap tepat pada masanya. Tidak perlu membawa kertas kerja ke rumah kerana tidak sempat untuk menyiapkannya di pejabat. Apabila tiba masa balik dari kerja, kita pun balik dengan aman. Di rumah, kita boleh berehat, meluangkan masa dengan keluarga, boleh makan malam dengan isteri dan anak anak. Apabila waktu sepatutnya bercuti, kita bercuti. Kita juga akan mempunyai masa untuk bersenam dan menjaga kesihatan.


Contoh lainnya, jika kita seorang usahawan yang mengeluarkan produk buatan tangan, kita juga tidak akan meluangkan banyak masa untuk menyiapkan produk yang banyak kerana kita sudah pakar dan mahir dalam bidang tersebut. Jika semasa peringkat belajar mengambil masa 10 hari untuk membuat 5 produk, setelah di peringkat ini kita telah mampu membuat 50 produk dalam masa 10 hari. Keuntungan banyak tetapi jimat masa.

Jika kita seorang penjual makanan, kita akan mampu menghasilkan bungkusan masakan yang banyak tetapi berkualiti. Malah, kita boleh menjualnya dengan harga yang murah kerana kuantitinya sangat banyak. Walaupun murah, kita akan mendapat keuntungan lumayan kerana, pelanggan sukakan produk yang murah tetapi berkualiti.

Disunting dan dihuraikan oleh sofinah lamudin.
Sumber dan rujukan :
Focal Point - Mencari Titik Fokus Kehidupan (Edisi Bahasa Melayu) oleh Brian Tracy.
PTS Professional, Publishing Sdn. Bhd. (678274-D) 2011.
M/S 10, Hukum Pulangan Bertambah.

Penafian : Apa yang saya tuliskan dalam entri ini tiada copy paste dari buku Focal Point. Saya menulis mengikut apa yang saya faham melalui pembacaan saya semata-mata untuk dikongsikan dengan pembaca. Untuk mengetahui mesej asli dari buku ini, atau ingin membaca keseluruhannya, bolehlah mendapatkan buku Focal Point.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Sabtu, 3 Mac 2018

Teknologi Nano Milik Black Panther Marvel | Tak Sangka Ada Dua Black Panther, Satu Purple, Satu lagi Oren. Korang Pilih Mana Satu?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya hampir terlupa nak tulis berkenaan Black Panther. Wahaha.. Walaupun dah agak basi, saya nak tulis juga sebagai pendapat peribadi saya berkenaan movie Black Panther ni. Lagipun, Movie ni bersaing sengit dengan Badang. Kann? Uhrmm...saya salah cakap ke? OK! Sorry. Sila lupakan. Hhaaah! Korang ingat lagi tak semasa tengok Movie Captain America : Civil War dulu? Tiba tiba je ada muncul seorang kucing hitam ni. Ehh? Seorang kucing? Saya maksudkan seorang harimau kumbang.Uhrmm.. tak sesuai juga. Seekor harimau kumbang rasanya. ToEeng! Whatever laa..seorang ke seekor.

Teknologi Nano Milik Black Panther Marvel | Tak Sangka Ada Dua Black Panther, Satu Purple, Satu lagi Oren. Korang Pilih Mana Satu?
Sumber : Google
Dalam Movie Captain America : Civil War, tiba tiba je muncul satu watak misteri iaitu Black Panther yang dimainkan oleh seorang lelaki berkulit hitam. Saya sebagai peminat suam kuku movie Marvel (atau mungkin suam kuku...mungkin dah semakin panas paas!..) ni memang tak tahu menahu adanya watak Black Panther. Memang versi movie je laa yang saya layan setakat ni. Hal hal komik tu belum pernah lagi. Tu pun, saya layan Marvel ni sejak kenal Mr.Bee. Kalau dulu, saya jual mahal sikit. Wahaha..


Pada pendapat saya, pada awalnya watak Black Panther dalam Captain America : Civil War tu tak diperlukan. Meh~ Oohh.. Rupanya sebagai memperkenalkan watak baru semata mata. Tiba tiba wujud movie khas untuk Black Panther. Biasa orang panggil movie solo. Kewujudan movie Black Panther ni pun sebenarnya saya rasa tiba tiba je. Mr.Bee yang bagitahu barulah saya sedar.

Bila Mr.Bee ajak tengok, saya rasa macam malas. Mesti tak best. Wahahaha... Uiits! ni bukan sebab ada kaitan dengan pelakon kulit hitam tau. Tapi sebab "Tak kenal maka tak cinta". Orang kulit hitam ni cantiik cantiik tau sebenarnya. Kulit pun licin, gigi putih bersih. Berlakon pun ada fight dan berbakat.

Tapi, disebabkan masa tu hampir menjelangnya ulang tahun kelahiran Mr.Bee, saya pun belanja tiket wayang Black Panther untuk Mr.Bee walaupun ada sedikit malas untuk menonton Black Black Panther ni.Yelaa, takkan nak tengok Badang pula. Hhuhu.. Hhaaah! Tapi bukan sebab tak suka Badang mahupun pelakon Badang ye. Tapi saya dan Mr.Bee memang bukan peminat wayang tempatan. Buat masa ni laa... di masa hadapan tu saya tak pasti pula. Tehee...

Bila dah tengok Black Panther, saya pun mula faham jalan cerita. Kemudian, aksi dalam movie tu aduuii gempak siot. Saya pun jatuh cinta. Tengok punya tengok, tak sangka pula Black Panther ada dua. Satu versi oren, satu lagi versi purple.


Dalam panjang panjang saya tulis kat atas tu, tak ada satu pun fakta menarik Black Panther. Wahahaha... Sabar ye. Saya mula sekarang.

Marvel Studio's Black Panther

Teknologi Black Panther

Dari awal menonton movie ni, saya tak sudah sudah kagum dengan teknologi yang dimiliki oleh dunia Black Panther. Teknologi Black Panther laa yang paling paling paling hebaaaattt sekali dalam alam semestaa ni. Kalah teknologi Iron Man dalam Marvel. Serius!

Part paling tak boleh lupa ialah semasa Nakia dan Okoye berada dalam sebuah kereta. Dia punya kalis peluru tu dasyat sangat sampai peluru tu terpantul. Selain tu, kasut yang Shuri cipta untuk Black Panther, perghh! Lawaaa.....!

So, Apakah teknologi terbaik dalam dunia Marvel yang ada kaitan dengan Wakanda ni? Wakanda merupakan tempat tanah air T'Challa di Afrika (Wakanda ni nama tempat dalam komik je ye - Fiksyen). T'Challa adalah seorang raja baru Wakanda yang mewarisi kuasa luar biasa Black Panther.

Apa itu Wakanda? Di manakah Wakanda?

Wakanda ni kononnya berada di Afrika Timur (Dunia ketiga). Seluruh dunia percaya bahawa Wakanda bukanlah tempat yang maju. Sebelum T'Challa mendedahkan Wakanda secara keseluruhannya di sidang media PBB, tidak ada sesiapapun yang tahu menahu berkenaan teknologi canggih yang ada di Wakanda termasuklah berkenaan Black Panther. Teknologi Black Panther ni dikembangkan di dalam sebuah makmal yang halimunan di satu tempat pergunungan dalam Wakanda itu sendiri..


Jadi, teknologi Black Panther ni dikembangkan melalui satu logam yang sangat luar biasa bernama Vibranium. Vibranium hanya boleh didapati di Wakanda sahaja. Tapi, kalau korang perasaan, di movie pertama berkenaan Captian America, yang berjudul, "Captain America : The First Avenger" , Howard Stark (Bapa kepada Tony Stark - Iron Man) telah memberi Captain America 1 perisai logam yang dipanggil "Vibranium".

Dalam movie tu juga, Howard mengakui bahawa perisai Captain Amerika itu merupakan logam Vibranium yang terakhir. Hhaaah! Korang tertanya-tanya kenapa? Kenapa Vibranium ni limited. Jawapannya ada dalam movie Black Panther. Tapi, bagi soalan kenapa Howard boleh memiliki Vibranium sedangkan ia hanya ada di Wakanda. Adakah Howard terlibat dalam jual beli vibranium secara tidak sah seperti yang berlaku dalam movie Black Panther? Atau, adakah ni semua angkara Hydra pada perang dunia kedua? atau adakah Howard menemui sisa sisa Vibranium di mana mana? OK! Ni kena tengok movie Black Panther yang seterusnya. Mungkin ada jawapannya kat Infinity War juga. Siapa tahu.. Tehee...

Apa itu logam Vibranium? 

Asal usul Vibranium ni datangnya dari meteor 10,000 tahun yang lalu di Wakanda dan ditemui oleh nenek moyang kaum Wakandan.

So far, teknologi yang dimiliki oleh Black Panther telah mengalahkan teknologi Iron Man. Kita boleh bandingkan melalui sut yang Black Panther pakai.

Sut Black Panther diperbuat daripada apa?

Siut Black Panther diperbuat daripada Vibranium. Dikaji dan dikembangkan lagi keupayaannya. Vibranium merupakan logam yang dinamik. Ia boleh berubah ubah mengikut cara ia digunakan. Sut Black Panther, ia boleh berubah bentuk walaupun ia bukannya cecair. Kalau korang tengok movie Black Panther, tengok sut dia. Akan ada warna purple sedang bergerak gerak. Malah ia boleh menyerap tenaga si pemukul. Contonya, jika Black Panther ditembak, sut tersebut akan menyerap tenaga dari tembakkan tersebut hingga boleh membalas serangan atau boleh menolak serangan.


Uhrmm.. macam dalam game Mobile Legends tu laa. Musuh yang ada keupayaan menyerap tenaga kita boleh buat kita cepat mati. Wahahaha. Tapi, dalan movie Captain America : Civil War tu, sut Black Panther masih sut lama tau. Hhaaah... jadi sebab tu laa tak powerfull sangat tapi still kalis peluru. Bila dia balik ke Wakanda, jumpa adik dia, baru laa dia ada sut baru tu.

Teknologi Nano Milik Black Panther Marvel | Tak Sangka Ada Dua Black Panther, Satu Purple, Satu lagi Oren. Korang Pilih Mana Satu?
Kalau korang perasan, dua dua sut dia dalam makmal. Yang lama dan yang baru termasuklah rekaan adik dia yang warna oren tu. - Sumber foto, saya screen shot dari trailer movie Black Panther.

Teknologi Nano Milik Black Panther Marvel | Tak Sangka Ada Dua Black Panther, Satu Purple, Satu lagi Oren. Korang Pilih Mana Satu?
Ni salah satu scene dalam movie Captain America : Civil War - Sumber foto saya screen shot dari movie.

Dua Black Panther : Satu warna Purple (Rantai Silver), satu lagi Oren (Rantai Emas)

Semasa tengok movie ni, saya banyak fokus tentang teknologi yang cuba dihighlightkan dalam movie ni. Paling ketara berkenaan sut laa.. Kenapa movie ni begitu menonjolkan teknologi? Mungkin sebab nak mengGEMPAKkan lagi movie kedatangan THANOS ke bumi dalam "Avengers : Infinity Wars". Sebab dalam Infinity Wars, sut Iron pun jadi baru! Mungkin juga diperbuat dengan Vibranium.

Kenapa boleh ada dua Black Panther dalam movie Black Panther?

Kepada yang dah tengok movie ni, memang dah tahu kenapa jadi dua Black Panther. Actually, saya suka sut berwarna oren yang menggunakan rantai emas tu. Berbanding sut menggunakan rantai silver. Tapi, disebabkan T'Challa kata, taknak menonjol sangat sebab mereka adalah pengintip, jadi mungkin lebih bagus menggunakan sut warna purple berantai silver. Bagi saya, sut oren tu smart sangat.

Terjadinya perampasan kuasa dalam Wakanda oleh sepupu T'Challa yang mempunyai latar belakang yang tragik sepanjang hidupnya, Kalau nak tahu apa yang terjadi dalam hidup sepupu dia ni, korang kena tengok sendiri movie ni..Baru la best dan suprise... Semasa percubaan merampas takhta raja Wakanda, sepupu T'Challa yang bernama N'Jadaka ni sebenarnya bukanlaa merampas secara tidak sah. Boleh dikatakan sah.

Teknologi Nano Milik Black Panther Marvel | Tak Sangka Ada Dua Black Panther, Satu Purple, Satu lagi Oren. Korang Pilih Mana Satu?
Sumber : Google
Kenapa sah? Sebab N'Jadaka mencabar T'Challa dalam satu perlawanan adat Wakanda. Siapa menang, maka dia laa Raja Wakanda. Semasa perlawanan, Kuasa T'Challa dipisahkan dari badannya. Maka, berlawanlaa mereka berdua. Tanpa apa apa superpower. 100% berlawan mengikut kekuatan manusia biasa.

Buruk pula rasanya bila T'Challa kalah oleh N'Jadaka semasa perlawanan tu. Hhaaah! nampak tak? T'Challa sebenarnya tak kuat pun kalau tak ada superpower dia. Tak pasti.. mungkin sebab dia baik hati sangat dengan sepupu dia tu. Dia tak nak ada kecederaan parah antara mereka. Jadi, minta N'Jadaka tu mengaku kalah. Tapi, bila fikir balik, betapa banyaknya dendam dalam hati sepupu dia terhadap Wakandan.. macam mana dia nak menyerah kalah begitu sahaja? Betapa marah dan bencinya dia bila dapat tahu ayahnya dibunuh oleh kaum Wakandan sendiri yang kononnya begitu melindungi sesama mereka. Betul tak?


Apabila T'Challa dianggap kalah semasa perlawanan tersebut, maka N'Jadaka pun memengang takhta Wakanda. Dan...N'Jadaka pun menjadi Black Panther!

Di sinilah terjadinya Black Panter menjadi dua apabila T'Challa didapati masih hidup dan memakai sut Black Panther berantai silver lalu mencuba untuk merampas kembali takhta Wakanda daripada N'Jadaka. Semasa kedatangan T'Challa, N'Jadaka juga memakai sut Black Panther berantai emas.

Scene ni la buat korang rasa geram. Rasa macam...alaa...sengit betul. Nerves pula. Tapi tak logik juga kalau T'Challa kalah kan. Kan watak utama. Wahahahaha... Biasa macam tu laa kalau hero ni. Tak mungkin laa kalah. Kalau mati pun boleh je hidup semula. ToEeng! Tengok je laa film Superman. Boleh je hidupkan semula. Wahaha...

Dalam peperangan antara Black Panther Emas dan Black Panther Silver, nampaknya Black Panther asal memang iaitu T'Challa. N'Jadaka kalah sebab dia ditikam. Persoalan selepas menonton scene ni, N'Jadaka tu kan sepupu kepada T'Challa.. T'Challa pula memegang watak di mana dia ni seorang yang baik hati dan tidak suka tidak menyelamatkan seseorang selagi boleh diselamatkan.

So, adakah N'Jadaka tidak muncul lagi di movie Black Panther seterusnya? Adakah N'Jadaka akan membantu mereka di dalam "Avengers : Infinity War" ?

Pengajaran dan Moral dalam movie Black Panther

Ada banyak tapi ada satu paling ketara dalam movie ni iaitu, keluarlaa dari takuk lama kalau nak maju. Takuk lama ni maksudnya, tak semestinya keluar dari Wakanda kemudian tinggal kat New York City. Tehee.. tapi dari segi mental dan pemikiran perlu juga ada pembaharuan dan pembaik-pulih (upgrade dan update gituu). Contohnya, T'Chaka dan moyang moyang Wakandan tak pernah nak mengambil risiko untuk menjadikan Wakanda lebih maju. Risiko untuk mendedahkan negara mereka dengan dunia luar. Sedangkan, ada banyak peluang yang baik dan positif diluar.


Kesimpulannya, movie Black Panther ni best bagi saya sebab terpegun dengan aksi dan teknologi yang digambarkan dalam movie ni. Selain tu, berkenaan dengan budaya dan seni yang ada dalam movie ni juga membuatkan saya kagum dan kusyuk nak menonton. Jalan ceritanya saya ok je. Cuma kadang kadang scene yang buat saya mengantuk tapi tak banyak.

Hal hal lain pula, saya tak begitu berminat sangat. Lawak orang kulit hitam dalam movie ni saya tak begitu faham. Saya rasa macam nak hentak kepala kat dinding je sebab orang dalam panggung tu bukan main gelak, saya pula ternganga. VvaaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 2 Mac 2018

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

26 Februari 2018 yang lepas merupakan hari lahir Mr.Bee saya yang tercinta. YyeaaahhH....boleh makan kek! Wahahaha...Kalau bab hari lahir, memang dalam kepala saya banyak bayangan kek sejak pertama kali merasa kek sedapp di suatu hari pada tahun 2012. Sejak tu tiba tiba minat makan kek! Ajaib betul... Semasa masih kecil dan remaja, tak minat pun makan kek ni. Bila tiba hari lahir Mr.Bee, perkara pertama nak belanja Mr.Bee kek! Tahun ni, bertambah lagi setahun usia Mr.Bee, suami saya yang tercinta. Jodoh yang Tuhan anugerahkan buat saya. Tehee... Alhamdulillah, Mr.Bee tahun ni dah masuk 3 series.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!
Dear my perfect husband, Happy Birthday yang ke 30 tahun!
Dah masuk 3 series dah...Wahaha...
Doa on birthday, akan sama je macam hari hari bukan birthday,
nak kesihatan yang baik, umur yang panjang,
agar dipermudahkan urusan dan dilimpahi rezeki yang banyak.

Dan yang penting, semoga ikatan cinta kita berdua akan selamanya di dunia
dan hingga ke syurga selepas tamatnya hayat di dunia.

"Without u i am nothing, with u i am something..
TOGETHER, WE ARE EVERYTHING!"

Love.
Your Wife.
Masa cepat sangat berlalu. Teringat masa belum bertunang dulu, umur saya baru 22 tahun. Mr.Bee pula baru 24 tahun. Tup tup, saya bakal masuk 28 tahun september 2018 ni, Mr.Bee pula dah pun 30 tahun Februari lepas. Sebut tentang angka usia yang semakin bertambah, bukan soal tua tapi soal masa. Bila sebut masa, terasa semakin suntuk. Sebab tu laa kita mesti menghargai setiap moment bersama insan tercinta. Hhaaah! Mari laa kita tua bersama sama, Encik Suami. Kalau jodoh kita sampai selamanya, semoga jumpa lagi selepas tamatnya dunia. Siapa pergi dulu, tunggu ye! Huhuu..

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Dengan bertambahnya usia Mr.Bee tahun 2018 ni, saya doakan kesihatan yang lama dan umur yang panjang agar boleh bersama selagi Tuhan izinkan hidup. Buat apa sahaja bersama susah dan senang. Rumahtangga, tak pernah wujud tanpa ujian. Tanpa ujian, tak tahu betapa dalam cinta sepasang suami isteri. Semoga Mr.Bee dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Apa sahaja laa urusan dan semoga segala rancangan tercapai mengikut yang diimpikan. Kalau tak tercapai, semoga bersabar sebab akan ada gantinya yang lebih baik. Segalanya akan terbaik dari sang pencipta.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

26 Februari 2018, jatuh pada hari Isnin. Hari lahir Mr.Bee disambut kat Labuan je. Sambutan tu, bukan laa sambutan parti atau majlis atau seumpamanya. Biasa kitorang dating je berdua. Wahaha... Berdua lebih baik bak kata Acha Septriasa. Vvaaah! Kami pilih warna tema merah kali ni.


Disebabkan awal tahun ni semput sikit. Banyak urusan tak boleh elak. Tak boleh pergi Kota Kinabalu untuk dating on birthday Mr.Bee ni walaupun dah plan dari tahun lepas lagi. Betul laa kita hanya mampu merancang, yang menentukannya tu bukan kita.. Walaupun hal kecil sekalipun. Apatah lagi hal besar.. Kek pun tak dapat Secret Recipe punya. Bila laa WP.Labuan nak ada Secret Recipe ni. ToEengg! Starbuck ada kek juga,.. tapi.. kitorang macam tak ok dengan kek Starbuck. Pernah cuba satu kali. Masih win Secret Recipe. Ke kitorang salah pilih perisa kek? Tehee. Jadi, saya ajak Mr.Bee pergi Restoren Chef Talk. Kat sana ada kek dan boleh makan western food sekali.  Malangnya, Chef Talk tutup sebab buka pada hari Ahad. Diorang ganti cuti on Isnin. Alaaaaaa....

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Uhrmm.. so, tukar plan ke tempat lain. Actually, ada je restoren yang jual kek buka hari Isnin seperti Restoren Olive dan Labuan Point Hotel. Cuma, Restoren Olive dah pergi merasa kek kat sana sempena anniversary bulan disember lepas. Nak try yang lain pula. Labuan Point Hotel pula jauh dari lokasi kami masa tu. Malas pula nak masuk kereta semula. Kereta dah elok parking tu.

Last last makan dulu kat Hotel Pulau Labuan Coffee House. Cari kek kemudian sebab kat Hotel Pulau Labuan Coffee House tak ada jual kek. Lepas makan, kitorang pun jalan jalan sebelum hunting kek. Kitorang, kalau jalan jalan tak boleh tak ambil gambar terutamanya saya! Tehee. Bukan sebab saya blogger tapi memang saya jenis suka ambil gambar sejak dulu lagi. Sejak belum aktif jadi blogger. Sejak zaman sekolah lagi. Hhaaah...gitu laa...Ni belum ada DSLR lagi. Kalau ada? Tak duduk rumah agaknya. Hhuhu...

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Kalau on birthday macam sekarang, lagi laa wajib ambil gambar sebab nak simpan buat kenangan. Nanti boleh laa throwback. Wehehe.. Lepas penat jalan sana, jalan sini, lepak sana, lepak sini... baru laa kitorang cari kek. Akhirnya beli kek kat Delihan. Tempat kitorang suka pergi zaman sebelum bertunang dan semasa bertunang.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Pertama kali beli kek kat Delihan. Selalu beli roti je. Disebabkan ni birthday Mr.Bee, saya bagi Mr.Bee pilih kek apa je yang dia nak. Dia pilih Tiramisu Cheese Cake. Rasa kek nya boleh tahan. Tapi tetap tak boleh lawan Secret Recipe laa.. Ada satu tempat kat WP.Labuan ni pernah menjadi tempat kegemaran saya dan Mr.Bee untuk beli kek ulang tahun atau kek untuk meraikan apa apa sahaja. Tapi sejak Kek Ulang tahun Mr.Bee tahun lepas tak memuaskan, saya dan Mr.Bee dah tak nak pergi dah. Sedapp tu boleh tahan. Tapi mahal dan design tak seperti yang direquest! Dari beli mahal mahal tapi tak puas hati, kita beli yang tak mahal tapi sedap dan puas hati... lagii berbaloi dan mood birthday tak terganggu. Betul tak? Tehee.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Kisah kek tu, saya ada tulis kat entry birthday Mr.Bee tahun lepas - "Selamat Ulang Tahun Untuk Encik Suami Tercinta". Memang kesal sangat pasal kek tahun lepas. Wahaha.

Kitorang lepak makan kek birthday kat Oldtown memandangkan tak jumpa tempat yang sesuai bawa kek tu. Wahaha... Mula mula nak menikmati kek depan pantai tapi tempat yang kitorang nak pergi tu ada budak motor lepak laa pula. Terpaksa tukar tempat. Bila dah tak ada idea, lepak Oldtown je laa walapun hari biasa lepak Oldtown juga. Wahaha.. Kelakar.

Kalau sambut birthday kat WP.Labuan agak terhad sikit. Tak banyak aktiviti boleh buat dan tak ada banyak tempat nak pergi (Ayat ni ulang ulang saya cakap, rasanya dalam entri sebelum sebelum ni pun ada). Bukan tak suka tanah tumpah darahku ni. Cuma itu satu hakikat.. Wehehehe... Tapi tetap bersyukur laa sebab WP.Labuan ni bukanlaa tempat yang mundur. Tapi ada juga kemajuan dan perkembangan yang baik... Jadi, sambutan hari lahir kitorang ulang ulang tempat yang sama je kecuali kitorang pergi Kota Kinabalu. Kalau nak buat sambutan macam majlis atau parti tu bukan kitorang punyai type. Paling paling pun ajak mak ayah keluar makan kat luar atau makan makan sesama kitorang je.


Zaman saya kecil pun, kali pertama dan terakhir buat majlis sambutan hari lahir masa darjah 2. Lepas tu, saya dah tak nak dah. Serik sebab ramai orang kerumun. Begitu juga Mr.Bee. Tehehe... Tak biasa buat sambutan ulang tahun jenis parti..Kalau BBQ satu keluarga tu ada laa..

Semasa kitorang sedang seronok borak dan layan kek kat Oldtown tu, terserempak dengan member lama. Saya ajak laa duduk sekali. Makan kek. Sebab kek tu banyak. Memang tak akan habis. Confirm akan bawa balik rumah juga akhirnya. Member lama tu, kenalan saya semasa kerja kat Lapangan Terbang Labuan tahun 2012. Peramah orangnya. Baik berkawan.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Lepas dari Oldtown, rasa macam awal sangat balik rumah. Kan birthday Mr.Bee kan. Kita layan laa sampai malam. Wahaha... Singgah lagi ke KFC. Memang hilang mood diet.. Alaa.. tak best la diet masa sambut birthday ni. Wahahaha... Jadi, makan laa puas puas.

Selamat Ulang Tahun Yang Ke 30 Tahun My Mr.Right!

Hadiah Mr.Bee saya tangguh dulu. Saya tak habis fikir lagi nak beli hadiah apa... Nak kasi meriah perut dia dulu. Tehee. Yang penting Mr.Bee happy..  Habis makan kat KFC, lepak main Mobile Legends kat Dataran Labuan. Tiba tiba HUUJJAAAANNNN. Alaaaa... lebat pula tu. Ada food truck kat kawasan tu pun jadi cancel nak singgah. OK. Hujan kan...blurr dah tak tahu nak pergi mana pula lepas tu. Jadi, kitorang balik rumah.

Bila balik rumah, sambung main Mobile legends. Saya teman Mr.Bee layan Mobile Legends sampai pagi sempena birthday dia ni. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 1 Mac 2018

Bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Disebabkan nak memulakan rutin bersenam semula tahun ni, saya dan Mr.Bee tidak melepaskan peluang untuk bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan. Tu pun, sepupu yang ajak. Tehee.. Pada mulanya nak buat macam dulu dulu je, bersenam di taman Botanikal WP.Labuan atau Taman Damai berdekatan dengan rumah atau pun, jogging kat tepi pantai Damai. Kebetulan, memang nak melihat gim UTC macam mana rupanya sejak mula dibuka lagi, jadi kami pun pergi je bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan. Boleh la ambil feel environment gim sikit. Wahaha.

Gimnasium di Labuan, Gim di Labuan, Gim UTC Labuan
Ni masa kelam kabut sebab lambat. Hhaaah! Teruskan je laa pakai jeans. 
Sebenarnya, ini pertama kali saya masuk ke gim untuk bersenam. Sebab pada pendapat saya sama je kat mana mana. Tak payah bersenam kat gim pun tak pe. Kat rumah pun ada dumbbell, Ab Wheel, Mat, Tali Skipping, Workout Bench, Barbell dan macam macam lagi laa.. Cuma, yang tak adanya alat berlari iaitu treadmill dan Exercise Bike untuk kardio. Sebab tu la kalau nak kardio seperti jogging, saya dan Mr.Bee kena pergi ke Taman.

Gimnasium di Labuan, Gim di Labuan, Gim UTC Labuan
Dengan para sepupu

Tapi, tu pendapat awal je. Wahaha.. Bila masuk gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan, tiba tiba saya rasa lain macam pula. Hhaaah! Kenapa agaknya tu. Ada beberapa faktor kenapa bersenam dalam gim lagi best berbanding di rumah walaupun sebenarnya sama je nak bersenam kat mana mana. Semua ada kelebihan tersendiri tapi kali ni saya nak kongsi apa yang seronoknya bersenam dalam gim.

Alat Senaman Dalam Gim

Alat alat senaman dalam gim banyak pilihan berbanding di rumah melainkan kita dah beli pelbagai alat untuk kita gunakan kat rumah. Macam saya dan Mr.Bee, tak ada treadmill dan Exercise Bike kat rumah. Kalau ada pun, tak sesuai nak letak kat rumah sebab rumah bukan rumah batu. Rumah papan dan bertiang. Bayangkan berlari dalam rumah apa jadi? Wahaha... Hhaaah! Sebab tu laa kat gim lagi bagus untuk bersenam jenis kardio berbanding kat rumah.

Gimnasium di Labuan, Gim di Labuan, Gim UTC Labuan
Dumbbell
Selain tu, Kalau nak jogging atau berbasikal untuk kardio, boleh je di satu tempat yang sama selepas kita buat bulk atau sebelum kita buat bulk. Biasa lelaki yang nak sado memang akan layan bulk. Buat otot supaya tak nampak 'sekeping' sangat. Selain tu, untuk menguatkan otot. Kalau otot lembik, takut susah nak tolong angkat barang untuk isteri kat rumah. Wehehe.. Gurau.. Tapi betul laa kan.. supaya kuat. Nanti senang nak angkat tong gas ke, nak angkat kotak yang berisi dengan barang berat ke. Hhaaah! Macam tu.. Tapi bukan lelaki je yang suka bulk ni. Perempuan pun ada!

Gim di Labuan, Gimnasium di Labuan, Gim UTC Labuan


Keliru? Kenapa nak kardio tapi nak bulk juga? Hhaaah! Yang tu kena google laa ye untuk maklumat yang lebih detail. Kalau nak bakar lemak, kena kardio. Kalau nak berotot buat bulk. Bulk tu apa? Bulk tu senaman yang melibatkan pemberat. Guna Dumbbell dan sebagainya. Nak kardio dulu ke atau bulk dulu? Tu pun kena google juga ye.

So, kalau kat gim.. alat lengkap dalam satu tempat. Tak payah fikir nak pergi taman untuk jogging. Nak pergi luar rumah untuk berbasikal. Balik rumah nanti kena senam angkat berat pula. Kalau nak jimat masa untuk sesi senaman, bersenam laa kat gim. Bagi penduduk WP.Labuan, boleh datang bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan.

Treadmill dan Exercise Bike di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Treadmill dan Exercise Bike ni bukanla sekadar berlari dan berbasikal. Ada yang kata, kalau nak berbasikal dan berlari, lagi bagus berbasikal dan berlari kat luar je. Sebab permukaan jalan tidak rata boleh membuatkan kita bakar lebih banyak kalori. Contohnya, berbasikal dan berlari di permukaan yang berbukit atau naik bukit lebih membakar lemak. Hhaaah! Jangan laa begitu. Tehee... Berbasikal dan berlari guna treadmill dan exercise bike pun sama juga.

Gim di Labuan, Gimnasium di Labuan, Gim UTC Labuan


Gim di Labuan, Gimnasium di Labuan, Gim UTC Labuan

Treadmill dan exercise bike boleh kita tukarkan setting kepada apa sahaja yang kita nak. Contohnya, hari ni kita gunakan treadmill untuk senaman kardio selama 30 hingga 1 jam. Tidak semestinya permukaannya rata saja. Tak juga semestinya kelajuannya perlahan atau sama sahaja sepanjang 30 hingga 1 jam. Kita boleh ubah mengikut yang kita mahukan. Contohnya, nak naik bukit, kita boleh adjust treadmill tu ala ala naik bukit. Hhaaah! Semput juga laa. Lenguh juga kaki. Terbakar juga lemak. Exercise bike pun macam tu juga. Boleh adjust. Nak ala ala naik bukit? Boleh! Kat situ laa kita rasa betapa kerasnya nak mengayuh. Serius macam naik bukit juga. Wahaha...

Psikologi Bersenam Dalam Gim

Psikologi bersenam dalam gim ni lebih kepada motivasi diri kita ketika bersenam. Kalau dalam gim, kita akan berkumpul dengan orang orang yang mempunyai tujuan yang sama. Nak sihat, nak slim, nak kurus, nak berpeluh dan nak fokus bersenam.

Gim di Labuan, Gimnasium di Labuan, Gim UTC Labuan
Hahaha.. Tak selfie tak sah.
Jadi, perasaan ketika bersenam dalam gim tu tak sama dengan perasaan bersenam bukan dalam gim. Contohnya, kalau kat taman, bukan semua orang bersenam kat taman tu. Ada yang berekreasi dengan keluarga sambil makan. Alaa... sedang syok jogging terfikir kat keluarga pula... nak ajak keluarga berkelah. Wehehe.. Kalau kat gim, semua tu tak ada. Fokus je. Bersenam sambil tengok diri sendiri kat cermin. Walau belum ada otot tapi kat cermin nampak berotot otot dah tau! Tehee!


Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Kepada penduduk Wilayah Persekutuan Labuan yang belum pernah bersenam di Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan dan nak mencuba, saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan ni kat sini.

Yuran Masuk Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Jalan risau. Yuran masuk Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan ni tak mahal. Hanya RM3 sahaja sekali masuk dan bukan dikira mengikut jam.

Waktu Operasi Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Isnin Hingga Khamis : 8.30 AM - 8.30 PM
Jumaat : 8.30 AM - 8.30 PM PM (Tutup/Rehat : 12.00 PM - 2.00 PM)
Sabtu & Ahad : 8.30 AM - 8.30 PM
Cuti Umum : Tutup
Ladies Day : 8.30 AM hingga 3.00 PM (Tutup/Rehat : 12.00 PM - 2.00 PM)

Peralatan Senaman Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Exercise Bike
Treadmill
Yoga Mat
Dumbbel
Bench
...dan sebagainya.

Lokasi Gim UTC (Pusat Transformasi Bandar Labuan), WP.Labuan

Pasar Besar Labuan (Bersebelahan dengan Utama Jaya, Labuan dan Stesen Bas Labuan).

Selamat bersenam!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: