SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 5 Januari 2019

Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu - 05.01.2019 - Muka surat 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 1.

Hari ni, tak mampu la keluar hotel awal pagi. Tidur dalam bilik hotel, suasananya tak sama macam kat rumah Labuan.  Suasananya persis seperti di kelab house yang pernah saya, Mr.Bee dan rakan lain 'bersarang' pada suatu ketika dahulu di Kota Kinabalu juga. Wahaha... suasananya sukar untuk membuka mata dengan sepantas kilat setiap pagi. Ditambah dengan penerapan sistem waktu bekerja bebas. Lols... Nak bangun jam berapa pun boleh. Perasaan begitu tenang dan kedinginan penghawa dingin yang menyentuh kulit begitu enak diselubung selimut. Wahahaha!



Gila bila ingat semula zaman ni. Memancing sikap pemalas pun boleh! Tapi semua tu sudah berlalu. Kitorang sempat bergelumang dengan suasana begitu sementara cuma. Berakhir dengan balik ke Labuan dan membina rumah tangga. Aits? Cerita kawan makan kawan juga ditinggalkan di belakang.

Saat membuka mata, melihat siling yang tertera perkataan "Kiblat", sempat saya berangan. Angan angan yang sentiasa singgah ke minda menjadi bayangan menyeronokkan apabila rumah di Labuan dipasang penghawa dingin di setiap ruang dalam rumah. In Shaa Allah suatu hari nanti, SOHO di Labuan menjadi ruang pertama berpenghawa dingin, sama seperti kantor professional yang saya bakal panggil "Sophee Studio" yang merangkumi bilik bacaan dan tempat beraktivitas melukis. Ditengah ruang studio akan ada meja tanpa komputer. Khas untuk membaca dan melukis sahaja. Wahahahaha! Saya tahu, berangan memang senang.

OKlaaa... sudah sudah la berangan. Duduk kat hotel memang mood macam ni. Mood bermewah akan datang bertandang. Tapi, bila balik Labuan, tak ada pula rasa pentingnya penghawa dingin. Normal juga hidup macam biasa. Sibuk dengan jadual harian tak sempat nak berangan lama lama. Tapi saya akui juga, sebenarnya banyak lagi yang lebih penting nak fikir berbanding penghawa dingin yang kononnya lebih selesa. Ya betul! Banyak sangat yang sedang menunggu saya dan Mr.Bee untuk dinaiktaraf. Tak terhitung. Hhuhu...

Biasalah kehidupan. Tehee...

Selesai bersiap, kitorang ke Center Point nak cari makan. Hari ni perut saya tak selapar harimau kebulur. Tekak tiba tiba nak cari roti. Kat sini, kedai roti banyak pilihan. Mungkin itulah menjadi punca kenapa tak nak makan nasi. Dalam center Point, ada dua kedai roti yang selalu menjadi pilihan, pertama Multi-Bake, yang kedua pula Mr.Bread.

dan...seperti biasa, kitorang akan singgah kedua duanya. Kalau ada yang berkenan, memang akan beli kat dua kedai ni. Mr.Bee tak kenyang kalau makan roti sahaja, jadi, kitorang singgah restoren Chinese Muslim sebab pilihan lauk kat sana agak unik dan sedap serta cara masak tak terlalu banyak minyak. Paling penting, harga tidak terlalu mahal.

Sambil Mr.Bee makan nasi campur, saya mengunyah roti dan memerhati sekeliling. Saya sebenarnya tercari cari seseorang. Selalunya, setiap kali makan kat sini, memang akan ada kelibat seorang pakcik tua mengutip tin minuman. Tahun lepas, dua kali ke Kota Kinabalu kami ada singgah makan di Center Point. Pakcik tu tak ada. Tahun ni, pun tak ada. Uhrmm...

Pakcik tu berbangsa Cina. Berjalan menggunakan tongkat. Kaki dia tempang sebelah. Mengapa Pakcik tu menarik perhatian saya? Sebab dia kutip tin. Bukan meminta duit seperti orang lain yang datang dari meja ke meja untuk minta sedekah. Saya bukan tak suka atau memandang enteng dengan mereka yang digelar pengemis. Saya bukan sesiapapun untuk menilai kehidupan mereka yang mungkin mendesak mereka menjadi sedemikian.

Cuma, dalam pelbagai kesusahan dan cabaran dalam meneruskan kehidupan yang penuh dengan duri, pakcik tu sekurang kurangnya berusaha mencari duit dengan menjual tin. Mungkin tidak banyak hasilnya dan mungkin tidak besar usaha yang orang lain pandang ke atas perbuatannya tapi... sedikit sebanyak pakcik tu mengajar sesuatu. Berusahalah walau bagaimana pun situasi kita. Walau buruk macam mana, berusaha dengan cara yang benar tanpa mengadai maruah.

Saya lebih teruja untuk membeli minuman tin ketika makan di situ agar boleh berikan tin bekas minuman saya kepadanya berbanding membeli minuman yang dibuat dalam gelas. Tin tersebut bernilai bagi dia dan dia pasti akan gembira bila saya berikan tin tersebut kepadanya.

Beberapa minit fikiran melayang teringat pakcik tu sambil mengunyah roti, sedar tak sedar Mr.Bee pun sudah siap makan dan waktu untuk membayar makanan yang dimakan pun tiba. Tin minuman nampaknya bukan rezeki pakcik tu lagi kali ni. Dia tak ada lagi hari ni. Harapnya, pakcik tu sihat.

Selesai makan di restoren Chinese Muslim, kitorang pun mengangkat kaki keluar dari Center Point. Kami nak jalan jalan sekitar bandar Kota Kinabalu. Dari Center Point, kitorang bergerak ke Api Api Center sebab kat sana terdapat satu laluan pejalan kaki menuju ke bangunan shopping mall yang pernah terkenal suatu masa dahulu iaitu Wawasan Plaza. Wawasan Plaza adalah shopping mall yang selalu disinggahi oleh ramai orang tidak kiralah penduduk KK sendiri atau bukan.

Hal tersebut adalah disebabkan bangunan Wawasan Plaza berhadapan stesen bas. Kini, bangunan Wawasan Plaza agak kurang pengunjung dan terdapat beberapa kedai yang dah tutup sejak stesen bas berpindah. Kemudian, Shopping mall Imago sebagai shopping mall paling fresh buat masa ni sudah mengambil alih minat pengunjung daripada 1 Borneo Hypermall, Kota Kinabalu, Sabah yang pernah menjadi tempat paling popular suatu masa dahulu.

Sama macam orang lain, kitorang ke bangunan Shopping mall Wawasan Plaza pun sebenarnya nak tumpang lalu je. Hhuhu... Kitorang sebenarnya nak ke Imago. Nampaknya Imago menjadi salah satu tempat lepak kegemaran saya dan Mr.Bee sejak Imago dibuka.

Bukan apa, kat Imago ada pelbagai kedai untuk membeli belah. Kedai buku Popular pun agak besar kat Imago. Sejak kedai buku kat Popular dah tutup kira kira bulan Ogos, 2018 tempoh hari, jadi, kitorang memang tak ada pilihan lah. Kena pergi Imago juga untuk ke kedai buku tu. Kat Shopping mall Suria Sabah ada juga kedai buku Popular tapi kalau nak bandingkan dengan Imago, kat Imago lagi luas la. Tehee...

Seperkara lagi, saya suka menonton wayang kat MBO sebab dewan lebih luas dan masih baru. Wahaha... Sound system pun best. Kalau ada wayang kegemaran release memang request dengan Mr.Bee tengok movie kat MBO. Tak nak kat Growball atau Golden Screen Cinema. Tu pun kalau berada kat KK la. Kalau kat Labuan memang tak ada pilihan lain. Memang Perdana Cineplex Labuan saja yang ada kat Labuan.

Tapi kelebihan tengok movie kat Growball, harga tiket murah. Tehee... Boleh layan movie dua tiga kali dalam sehari. Wow!

OK! Kembali kepada cerita kitorang jalan kaki ke Api Api Center tadi, kitorang sengaja pilih jalan kaki berbanding naik grab atau teksi sebab nak keluarkan peluh juga. Sejak sibuk dengan kerja menghadap komputer sepanjang masa, tak boleh manjakan diri sangat. Tapi, kadang kecundang juga. Tempah grab juga kalau cuaca dah panas gila!

Hari ni, cuasa boleh tahan panas tapi, saya rasa masih boleh lagi. Baru je lepas makan kan. Wahaha... Sebelum sampai ke Bangunan Wawasan Plaza tu, saya dan Mr.Bee singgah lepak dulu kat taman belakang Apartment Api Api Center. Tak payah kelam kabut sangat, hari kan masih mudah. Ahaks.

Kitorang lepak duduk sambil tengok sekeliling. Bila duduk kat situ, saya teringat pula suatu masa dahulu, kira kira dalam tahun 2010 atau 2011, saya dan rakan sekerja pernah menangkap satu gambar kenangan kat kawasan tu. Tergelak dalam hati bila ingat semula moment tu. Jelas dalam minda foto tu dalam kepala.

Semasa bergambar tu, saya dan seorang rakan pakai beg sandang besar yang berisi baju. Kitorang nak ke Hotel Dinasty Tang yang berada dalam bangunan membeli belah Wawasan Plaza juga. Disebabkan sudah terlalu lama, rasanya semua tu bukan lagi rahsia sekarang. Tak kisahlah saya berkongsi sedikit cerita kat sini.

Waktu tu kitorang berlima, bekerja di tempat yang sama. Hhahaha... Terlalu penat dengan jadual kerja yang tak mungkin berhenti untuk memberi sedikit ketenangan jiwa, kitorang mula berkomplot untuk bercuti berlima. Kalau ikutkan, memang mustahil nak bercuti senang lenang berlima macam tu. Apatah lagi kitorang semua bekerja di tempat yang sama dan mempunyai bos yang sama. Bos tu lah tempat meminta pengesahan cuti.

Alhamdulillah lega juga bila dapat bercuti 3 hari 2 malam. Walaupun hanya sekejap, rasa bersyukur sangat sebab dapat juga melepaskan diri dari alam pekerjaan yang penuh politik pejabat, talam dua muka, hipokrit dan sebagainya.

Waktu tu, kitorang berlima sememangnya OK di Kota Kinabalu. Masing masing ada trick sendiri untuk mendapat pengesahan cuti. Agar ia legal walaupun mungkin kalau bos tahu kami sedang berlima pasti bos mengamuk. Hhuhu...

Kenangan tu manis. Gambar gambar tu semua menunjukkan wajah wajah kitorang yang gembira walaupun akhirnya masam macam susu basi bila sudah kembali ke pejabat. Wahahaha... Maklumlah.

Begitulah roda kehidupan di alam pekerjaan. Saya tak salahkan mereka. Kenangan manis tetap akan saya simpan walaupun terdapat kisah lain antara kitorang yang kurang enak untuk dihadapi. Saya tahu, semua itu berlaku disebabkan keadaan yang memaksa. Nak buat mana kan.

Selain daripada teringat moments saya dengan lima rakan yang sudah pun expired tu, saya dan Mr.Bee borak borak tentang wayang yang sudah kitorang tonton, apa lagi, Bumblebee 2018 la. Semalam kan tengok movie tu. Masing masing borak scene kegemaran dalam movie tu. Hhaha... Saya dengan Mr.Bee memang suka bertukar pendapat, borak movie dan kadang bertukar idea. Saya tak sangka betul dapat husband satu kepala macam ni. Heaven sangat. Alhamdulillah!

Bila Bubble Milk Tea Golden Fish yang diminum habis sambil bersembang, kami pun gerak ke Wawasan Plaza. Semasa masuk ke Wawasan Plaza, kitorang mengambil kesempatan singgah ke sebuah kedai elektronik kat situ. Kitorang singgah sebab kitorang ternampak kat situ ada jual mikrofon. Manalah tahu, jumpa mikrofon yang sesuai untuk buat rakaman video youtube kan.

Tahun 2019 ni, Mr.Bee nak mula buat video rakaman trading dia. Jadi, dia perlukan mikrofon terbaik untuk youtube channel dia, Mohd Nasyit Studio. Saya ada hati juga tapi masih segan nak rekod suara sendiri. Kalau rakam muka, diri sendiri tu memang dah tak ada hal sejak berlatih di tahun 2018. Tu yang ada akaun Tik Tok. Lols. Tapi part audio saya seram sejuk lagi daa nak rakam.... Wahahaha. Walhal channel youtube dah ada sejak tahun 2012. Nama channel Youtube saya Sofinah Lamudin je. Tak letak nama canggih ke apa. Idea saya tu ada, berlambak video dalam kepala tapi tu laa. Masa tak berlambak.

Kitorang dapati, mikrofon kat situ ada yang sesuai dan nampak gayanya kena postpone dulu untuk beli satu. Sebab harga dia boleh tahan. Tambah beberapa ratus boleh beli hanphone. Uhrmm... disebabkan SOHO pun belum sesuai nak guna mikrofon canggih, kita guna mikrofon biasa dulu. Yang penting kerja jalan kan.

Kemudian, selesai tengok pelbagai berangan kat kedai tu, kitorang pun teruskan rancangan kitorang untuk ke Imago. Kitorang keluar je dari Wawasan Plaza, terpampang depan batang hidung KK Central. FuyohhH! Bangunan dah siap lama dah tapi still belum beroperasi. Nampak perkataan "KK CENTRAL" , automatik "KL Central" singgah lalu dalam kepala. Rindu KL tiba tiba. ToEengg!

Disebabkan bangunan KK Central dah siap sepenuhnya, penghadang projek tu dah buka, jadi, saya dan Mr.Bee menggunakan jalan sebelah kiri dari pintu hadapan Wawasan Plaza untuk ke Imago. Selalu, kitorang guna jalan sebelah kanan sebab ada pemandangan laut yang boleh dinikmati pemandangannya. Kali ni nak guna sebelah kiri pula sebab nak tengok bangunan KK Central dari sudut berbeza. Yang penting nak tahu depan bangunan tu macam mana. Wahahaha...

Kemudian, apabila melalui jalan sebelah kiri menuju ke Imago, saya dapati dah disediakan laluan khas untuk pejalan kaki di sebelah kiri. Siap ada atap lagi! Wow! Sebelum ni, pejalan kaki terpaksa berpanas untuk jalan kaki ke sana. Selain dari atap sudah disediakan, pintu masuk untuk pejalan kaki juga ada disediakan. Kalau sebelum ni, kesian tau pejalan kaki terpaksa pusing jauh dan ada juga yang memanjat pagar disebabkan dah tak sanggup nak jalan jauh.



Bagus lah kan...Sebab, merosakkan pemandangan tau bila ada pejalan kaki yang memanjat pagar. Wahahaha... tak salah pun panjat cuma tak cantik la pemandangan tu. Macam buat jahat pula. Macam budak sekolah pergi panjat pagar nak poteng sekolah. Macam jahat situasi walaupun sebenarnya tidak. kan?

Bila dah masuk ke dalam bangunan Imago, rasa lega sangat sebab cuaca bukan main panas. Kitorang pusing pusing dulu sejukkan badan. Seperti kebiasaan, kedai yang kitorang masuk seperti yang saya sebutkan di atas iaitu kedai buku. Saya kalau tak cuci mata dengan tengok buku dan stationery memang tidak sah. Tak boleh. Macam ada yang hilang. Wehehe...

Mula mula nak tengok Aquaman kat Imago tapi tak jadi sebab ada banyak masa lagi untuk berada di KK. Boleh tengok esok lusa movie tu. Bila dah beberapa jam jalan jalan, perut mula berkeroncong. Terumatanya saya laa kan. Tengahari tadi cuma makan roti. Wahaha...

Di sebabkan lapar sangat, macam macam makanan saya terbayang. Aduhaii... So, kitorang singgah Upperstar, Imago, KK untuk makan malam. Jam dah menunjukkan pukul 7 malam. Pastilah lapar! Lols.

Saya order pasta dan Mr.Bee order Burger. Kalau ikutkan nafsu nak order beberapa lagi, contohnya kek coklat, snacks lain, etc. Tapi, nasib baiklah masih waras. Wahaha... Saya ni, nafsu makan nak itu ini memang macam macam tapi bukan habis pun. Membazir kan. So, saya kontrol. Mr.Bee pun memang mainkan peranan dia kontrol saya dalam bab macam ni. Sama macam nak beli stationery, dia laa yang tolong kontrol. Kalau tak, duit semua lari pergi stationery, notebook, barang melukis tapi nak gunanya tahun bila tak tahu lah. Wahahaha... Astagfirullah..napsu!


Selesai makan, kitorang sambung jalan jalan. Dah penat balik hotel dan berehat. Jam dah dekat pukul 10 malam. Biasanya, kitorang masih lepak sampai tengah malam tapi nampaknya, tahu juga kitorang penat. Wahahaha... Rehat dulu, tambah energy untuk esok pula. VvaawaahhHHHH!

Kisah "Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu" ni, kemungkinan besar sekali untuk TIDAK AkAN bersambung...Wahahaha...sebab saya sibuk di dunia bukan maya. Mungkin sempat sesat di jalan yang berliuk dan penghujungnya belum kelihatan. ToEeng!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Jumaat, 4 Januari 2019

Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu - 04.01.2019 - Muka surat 1

Assalammualaikum Bloggers and Readers...

Hari ni saya dan Mr.Bee ke Kota Kinabalu. First trip for 2019. It's a very good start. Right? Tak macam 6 tahun sebelum ni, biasa kami akan berada di Kota Kinabalu sebelum new year. Stay sampai new year. Tahun ni beza. Ibarat meninggalkan tahun lama. Start di tahun baru.

Center Point, Kota Kinabalu, Sabah

Seawal jam 6.30 pagi, saya bangun kerana alarm tepi telinga bingit sangat. Tapi bayangkan! Saya mengantuk! Hahaha... So, snooze 30 minit. Lagipun, bas menumbok sekarang jam 10 baru muncul kat Menumbok. Bertolak ke KK kira kira 10.26 pagi.

Dah malas betul kitorang nak naik ferry kereta yang bertolak jam 7 pagi. Sampai menumbok, confirm mereput tunggu bas sejam dua. Bazir duit je lepak kedai makan di waktu tak lapar. Bazir bateri fon sebab online sepanjang menunggu. Bazir data juga sebab buka apps video dan main games. Wahaha...

Nak baca buku? Tak concentrate baca buku kat kedai makan yang bising dan panas. Hhuhu... Kalau saya baca buku tempat yang tak selesa, apa pun saya baca tak masuk langsung. Baik tak payah baca. Hhuhu..

Dari rumah ke terminal ferry, kami tempah grab. Tak perlu susahkan ayah hantar. Biarlah ayah dan mami rehat. Tidur secukupnya.

Kucing? Si Betty macam biasa laa. Nampak kitorang bersiap, berkemas dan berlawa, dia paling excited! Macam laa saya nak bawa dia jalan ke Kota Kinabalu. Wahahaa... Boleh Bet, one day. Kalau ada kereta yang boleh bawa ke Kota Kinabalu. I smuggle u dalam kereta. Wahahaha...(Eh! Tak baik tau smuggle - kena saman nanti..tehee). Kereta lama kitorang (husband punya actually), kalau diguna jalan jauh, dikhuatiri sangkut tengah perjalanan. Cuma, we are lucky tak ada hutang bank demi kereta.

Ayah pun! Kereta lucky draw suatu ketika dahulu. Saat saya masih bersekolah menengah. Pergh! Untunglaah! Saya nak juga tapi selalu tak bertuah bila isi borang cabutan bertuah ni. Wahahaa...

Si Chokey? Dia macam biasa. Macam chipsmore! Masa saya buka pintu dapur, dia ada kat tangga. Then hilang entah ke mana. Masa keluar rumah, say bye to Betty je.

Kitorang naik speedboat jam 9.20 pagi, kira kira 25 minit sampai menumbok. Dalam bot laju ni, hairan betul saya bila melihat seorang lelaki yang masih boleh bermain PUBG! Saya yang merasa takut sebab bot laju tu melompat lompat terkena dek ombak. Tak takut terlambung ke telefon pintar tu? Wahaha...

Kat Menumbok, kitorang terus naik bas. Tidak dilupakan, ke tandas dulu. Wahaha... Sebab apa, bas sekarang dah tak ada tandas. Uh! Bayangkan kalau nak terkucir sepanjang perjalanan 3 jam ke Kota Kinabalu? Nangis!

Minggu ni memang cuti seminggu. Tak buat kerja online. Saya suka bercuti setelah selesai orang lain semua bercuti. Tehee. Entahlah. Tak minat crowded yang melampau walaupun year end sale dah tamat. Lagipun sekarang tujuan cuma nak santai. Tengok mood juga laa... Kadang saya okey jalan dalam suasana ramai orang. Kadang tak okey. Tapi selalunya memang tak okey.

Bertolak lambat dari Labuan ke Menumbok menaiki speedboat, ada satu je laa kelemahannya. Bila naik bas, tempat duduk dah tak ada yang couple seat (ceyh! Nak juga panggil couple seat). So, this is the first time saya dan Mr.Bee duduk asing.

Sebelah saya lelaki gamer. Pemain PUBG. Wahaha... Bersinglet putih dan berkaca mata hitam. Sebelah Mr.Bee lelaki berwajah nerd. Berkaca mata petak, kerjanya online. Bukan main game. Entah apa yang dia online sampai fokus teramat.

Macam biasalah, kalau on the way ke Kota Kinabalu naik bas, ngantuk. Tidur tidur ayam juga seketika. Disebabkan kali ni duduk dengan orang asing, tak berani nak lelap mata sangat. Nanti kepala lentok kat orang sebelah pula. Hiks.

Kira kira  duduk selama 3 jam dalam bas dalam suhu yang kadang panas, kadang sejuk, akhirnya sampai juga ke bandar Kota Kinabalu, Sabah. Saya turun dari bas, diikuti Mr.Bee. cepat cepat Mr.Bee mengangkat luggage pakaian dan barang keperluan kami berdua.

Seperti biasa, sampai sahaja di bandar Kota Kinabalu, kami akan terus ke hotel yang berdekatan. Hotel yang kerap kami menginap. Malas dah nak cari yang lain. Wahahaa... Lagipun dekat dengan stesen bas dan center point.

Dalam bilik hotel, saya dan Mr.Bee lelapkan mata sekejap. Maklumlah, semalam tidur lewat. Dah terlalu sukar nak mengubah jadual tidur.

Banyak kali juga saya mencuba untuk tidur awal, bangun awal dan tidur secukupnya. Tapi nampaknya kecundang bertubi tubi. Uh! Harapnya, dengan jadual yang sudah disediakan tu, berhasil saya ikuti selesai habis bercuti nanti.

Bila bangun, kitorang kelaparan. Haha... Turun dari hotel pergi ke kedai India makan roti kosong. Tapi, makan roti kosong macam tak cukup jadi selesai sahaja makan roti kosong tu, kitorang terus ke Center Point untuk menikmati Kon Loh Mee di Restoren Nasi Ayam CP. Keenakkan Kon Loh Mee ni tak mampu saya nak tolak langsung kalau dah sampai KK.

Bila berada di Labuan, memang rindu sangat dengan mee ni. Kalau ada jambatan dari Labuan ke Menumbok, sanggup datang seminggu sekali. Dua minggu sekali pun dah OK!

Cuma, Kon Loh Mee dah naik harga banyak. YeayhHH! Sangat banyak beza kenaikannya. Dah cecah RM9 sekarang. Alasan? cukai SST. Dulu, asalan GST. Entalah..malas nak merepek politik. Selesai makan, saya dan Mr.Bee ke cinema. Beli tiket wayang. Sampai kat sini rasa berbaloi sangat beli tiket wayang yang murah tapi hall besar. Wahaha!

Cuba teka kitorang tengok wayang apa? Hhaaah! Mestilah Bumblebee. Actually, saya bukan peminat Transformer...Mr.Bee yang minat dengan Transformer ni. Saya tak pernah tengok Transformer sehinggalah saya kenal Mr.Bee. Wahahaha...Walaupun begitu, saya kenal dengan Bumblebee dan Optimus Prime.

Sebab anak buah saya suka sangat dengan dua karekter ni. Untuk movie Bumblebee, saya beri 5 bintang! Saya sangat suka versi cerita untuk kali ni. Suka sangat. Memang my type! Hiks. Kebetulan, watak utama dalam movie ni ialah Hailee Steinfeld. Review saya berkenaan Bumblebee (2018) boleh baca kat sini.

Bumblebee (2018)

Selesai sahaja menonton Bumblebee, kitorang balik ke bilik untuk berehat. Esok sambung jalan. VvaawaahhHHHH!

Akan bersambung .



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Rabu, 2 Januari 2019

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 7

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 6 .

www.sofinahlamudin.com
Di persinggahan seterusnya, ya!! di sini mulai serasi dengan jiwa saya! Kat sini, politik pejabat dan talam dua muka serta berbaik demi kepentingan itu ada. Tapi, saya di sini bukan nak membawang. Saya cuma serasi dengan suasana, cara kerja dan lokasi tempat ni yang tenang.

Masalah masalah politik biasanya berlangsung antara mereka yang sudah lama bekerja di sini. Disebabkan pengalaman lama di tempat lama, bawang dan politik kerja tu saya dah tak telan. Takat kunyah bawang, pas tu ludah kan saja ke tong sampah, siap. Banyak lagi perkara nak fikir dari nak fikir pasal kes bawang yang belum dimasak tu. Wahaha...

Kat sini jugalah saya jumpa kenalan baru yang kelakar. Level dan usia diorang ni lebih kurang sama macam saya juga. Masih lagi terkial kial dengan dunia percintaan serta pekerjaan yang tak pernah ada penghujungnya. Yes! Kami masih bergelut dengan sesuatu yang tidak pasti.

Walaupun begitu, perkenalan dengan mereka kat sini sempat membuatkan saya lupa kisah lama di tempat kerja yang lama. Kawan kat sini fun giler. Otak giler giler.
Walaupun gaji kat sini tak meletop, tapi feel kerja kat sini banyak positif dari segi friendship.

Tapi tu lah, meski pun begitu, kawan kita akan datang dan pergi. Maklumlah, semua orang pun akan mengejar sesuatu yang mereka rasa lebih baik bagi mereka kan. Begitulah juga saya, saya pergi meninggalkan tempat ni untuk perkara baru. Perkara yang saya tak pernah terfikir pun untuk mencubanya sebelumnya.

...akan bersambung!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 6

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 5 .

www.sofinahlamudin.com
Sudah sekian lama menggangur kerana sengaja untuk tidak bekerja. Bukan kerana tidak memperolehi kerja tapi saya begitu lembik nak move on dengan kisah tempat kerja sebelum ini. Wahahaha... Ending saya kat sana terlalu perit bagi saya. Tak ada yang faham sudah pasti. Yang membawang itu pasti lebih banyak sekali. Wakakaka.

Tapi bukan bawang menjadi masalah utama. Tapi...uhrmm... sukar diluahkan dengan kata kata. Hhuhu...

Lama kelamaan, dua orang leader angsa laut yang begitu positif telah banyak membantu dari segi move on dan memaafkan orang serta lupakan masa lalu. Mereka juga menaikkan semula semangat saya untuk bekerja semula.

Saya pun bekerja di sini. Kontrak sahaja. Bukan permenant. Dalam perancangan, saya mahu berusaha agar menjadi pekerja tetap di sini. Namun, setelah 3 bulan saya berada di sini. Nampaknya saya tidak begitu serasi dengan suasana walaupun gaji 2 kali ganda dari tempat kerja sebelum ini.

Kerja di sini, sangat senang dan terlalu santai untuk saya katakan susah. Malah gajinya berbaloi. Malah ia lebih dari berbaloi. Tapi, naluri saya adalah tidak mahu menyambung kontrak meskipun supervisor sudah memberikan surat sambung kontrak. Ada yang tiada di sini sudah pasti. Urhmmm...

Lalu saya pun pergi meninggalkan tempat ini. Tinggallah seorang rakan karib saya sepanjang di sini dengan mereka yang lain. Tapi, saya bersyukur, walaupun kami berkawan baru 3 bulan di sini, kami masih kawan diluar. Tiada konflik berat di sini. Tiada juga drama mahupun politik kerja. Tapi, saya tetap mahu pergi.

Bersambung di sini .



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 5

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 4 .

www.sofinahlamudin.com

Dalam keadaan yang terluka, kecewa, sedih, marah, tidak puas hati, benci, merasa ketidak adilan dan sebagainya bercampur aduk, saya menganggur beberapa bulan. Tiada apa yang saya cari melainkan melayan perasaan. Tiada impian. Lupa segala apa yang dicita citakan.

Dalam usia yang terlalu muda, dalam bank akaun banyak kaching, mana nak ingat dunia tu sekadar mempermainkan. Wahaha. Sekadar nak menguji kekuatan sesuatu yang memang dah rapuh. Saya menggangur macam duit tak kunjung habis! Duhh!

Dalam keadaan yang seperti keseorangan dan kekosongan, saya selalu berkunjung ke tempat di mana ada seorang kenalan. Sabahat lama. Tempatnya juga bagus. Tidak ada larangan grouping. Wahahaha... Bermulalah sesi curahan hati dengan dia.

Pada suatu hari, saya terlihat seorang lelaki tampan berbaju t-shirt hitam. Sahabat saya kata, itu orang besar di sini. Pada mulanya, saya cuma mengiyakan kerana saya masih tiada hati untuk mengetahui hal hal majikan dia. Saya sudah cukup penat dengan kerenah majikan di tempat lama yang merobek hati hingga berkecai.

Tiba tiba, ibarat snow white terbangun dari tidur yang terlalu lama... Mata saya membulat melihat pendapatan 'orang besar' tadi 30K sebulan. Wahahaha... Tapi, nampaknya hati masih tidak begitu berminat. Hanya mata sahaja yang mampu membulat. Mata percaya, hati tidak.

Pada suatu hari, isteri 'orang besar' tersebut memperkenalkan saya 1 kisah. Kisah angsa laut. Kisah angsa laut ini, telah menyentuh hati saya sedalam dalamnya. Budaya yang diterapkan di sini begitu indah. 100% berbeza daripada tempat persinggahan saya yang sebelum ini. Budaya positif dan angsa laut? Ya! Sememangnya tidak ada di sana.

Saya mula jatuh cinta dengan tempat ini sehingga tidak lalu tidur, tidak lalu makan dan mandi tidak basah. Wahahaha... Bukan apa, kisahnya terlalu indah. Mungkin kerana saya masih mentah.

Di sini, saya banyak belajar soal perniagaan. Marketing dan tips jualan. Paling saya ingat, saya belajar menghargai kesihatan dan kecantikan. Malah, saya mulai faham soal kewangan. Terlalu banyak soal kewangan. Sejak di sini lah saya begitu menghargai nilai kesihatan berbanding yang lain. Di sini juga saya mengerti kenapa wanita ingin cantik.

Dari tempat inilah saya kenal skin care, barang kecantikkan dan sebagainya. Pada suatu hari saya sedar, duit simpanan saya mulai mengurang. Nampaknya saya di sini perlukan bantuan kewangan. Wehehe... saya perlu mencari kerja. Untuk berada di sini fulltime di awal peringat itu sangat mustahil sama sekali.

Saya pun mula mencari pekerjaan baru. Cuba untuk move on dari kisah tempat kerja yang lama. Saya menyertai syarikat perniagaan ni sehingga tahun 2013.

Bersambung di sini .



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 4

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 3 .

www.sofinahlamudin.com

Persinggahan seterusnya ni sebenarnya dari 2008 (selepas SPM sebelum STPM). Tu la sebabnya ada satu masa tu saya macam chipsmore. Kejap sekolah, kejap kerja. Konflik interest banyak! Wehehe. Nak tunai permintaan mak ayah atau nak merealisasikan impian sendiri?

Tapi, yang pastinya, di sinilah bermulanya kisah alam pekerjaan saya yang pertama. Dalam banyak banyak tempat singgah sebelum kahwin, tempat ni lah yang paaaaliiinngggg banyak menyimpan cerita. 1001 kisah ada di sini.

Macam macam versi kisah saya kat sini. Bermula dengan yang paling manis dan berakhir dengan yang paling pahit. Hhuhu... Di sini, saya banyak belajar tentang pelbagai perkara terutamanya dalam dealing people. Saya bermula sebagai promoter di sini hinggalah saya berjaya naik sedikit demi sedikit atas kesanggupan menerima perkara baru. Dan sanggup menanggung cabaran yang semakin sengit.

Namun, tidak semua cabaran mampu digalas. Akhirnya saya kecundang. Walaupun begitu, kisah yang manis tetap saya titip dalam hati sampai bila bila. *nangis* rindu.. hHuhu..

Kat sini, saya belajar tentang orang, tentang kejujuran, tentang manipulasi, tentang politik pejabat, tentang hipokrit dan pelbagai lagilah ragam manusia. Dan, dari sini jugalah saya mengkaji, mengapa mereka menjadi sedemikian rupa. Percaya tak percaya? Saya banyak baca buku psikologi manusia kat sini sebab nak faham diorang semata mata. Lols. Tapi masalahnya, saya sendiri tak faham diri sendiri (remaja ni complicated!).

Jujur saya katakan, bekerja di sini merupakan pekerjaan paling favourite berbanding dengan yang lain meski gaji tak meletop. Whahaha... Ia bukan soal duit. Tapi tentang sesuatu yang kita tidak akan miliki di tempat lain. Walaupun begitu, impian yang saya inginkan tidak ada di sini. Pengorbanan ada kalanya terpaksa dilakukan.

Soal kawan, kawan saya di sini juga bersilih ganti. Datang dan pergi. Adakalanya saya tidak boleh menerima hal yang terlalu kerap berlaku ni. Mereka pergi bukan hanya meninggalkan tempat tetapi meninggalkan persahabatan yang sudah terjalin. *nangis* lagi. Adakah antara kamu tahu? saya sayang korang?

Sehinggalah pada suatu hari, saya mulai dewasa. Saya mula faham apa itu politik kerja. Sukar ditelan tetapi begitulah kehidupan pekerjaan. Kadang kala saya sukar membezakan, adakah mereka hanya berpura pura. Adakah bersikap baik kerana kepentingan semata mata? Adakah bersikap dingin kerana kita sudah tidak berguna dimatanya? sukar untuk saya pastikan sehingga saya menemui jalan buntu.

Pelbagai ragam yang ada. Tidak pasti ini hanyalah untuk mewujudkan drama hidup yang bosan atau memang tidak matang. Pernah seorang sahabat, tiba tiba menyerang dengan kata kata berduri di suatu pagi. Tiada ribut, tiada angin. Ia berlaku dengan tiba tiba. Sedangkan kelmarin, kami berbual seperti biasa. Bergurau senda dengan riang sekali.

Adakah wajar seseorang yang dikenali sebagai kawan dituduh seorang pengintip untuk menjatuhkan seorang kawan? Tuduhan yang menyakitkan sekali untuk diterima. Awak ingat ni kisah Detektif Conan ke? Jauh sekali laa awak! Saya ni ibarat Spongebob sayangkan Patrik! Ibarat Spongebob setia dengan Mr.Crab. Wahaha!

Saya akur dan hormat akan keputusannya untuk tidak mahu lagi bersahabat. Tidak apa. Tuhan tahu hati saya. Tiada kebenaran dalam dunia ini yang mudah dilihat dengan sekadar menggunakan mata kasar. Semoga dia berjaya diluar sana. Sihat dan bahagia dengan keluarga kesayangan.

Sejak berkawan dengan orang atasan, selalu berurusan dengan orang atasan, saya sudah mula mengurangkan hubungan kawan rapat dengan bahagian yang lain. Bukan tidak boleh. Boleh! Tapi saya rasa tidak wajar untuk saya bertalam dua muka demi meraih kawan yang membenci management. Saya tiada urusan untuk membenci tanpa sebab. Saya cuma melakukan pekerjaan semampu yang boleh. Bukan niat mengharap balas selain gaji yang sudah pun tetap nilainya setiap bulan. Apatah lagi mengampu yang tiada baloi sama sekali.

Mereka kata, saya rajin kerana ada makna. Apa mereka tidak berfikir menggunakan otak? Adakah diluar kita boleh menjadi pemalas untuk meraih 1 juta? sedangkan di sini, gaji yang tidak sampai 1K pun kita perlu menjadi rajin untuk mendapatkannya!

Bukan. Memang bukan. Tidak pernah sesekali saya mahukan pangkat. Saya memilih untuk menerima tawaran kerana kenaikan gaji yang mungkin bertambah sedikit demi merealisasikan impian yang tidak pernah kunjung tiba. Kebarangkalian untuk tercapai itu agak tipis tetapi saya mahu mencuba. Tidak salah mencuba.

Saya begitu kagum dengan segelintir manusia di sini yang tidak pernah berganjak seperti pokok. Tidak pernah keluar ke tempat lain meskipun cabarannya terlalu hebat. Mungkin pokoknya sudah rendang dan besar seperti di dalam hutan yang belum pernah di teroka. Hingga akarnya terlalu kukuh dan begitulah mental mereka.

Sekuat kuat saya dalam berjuang, akhirnya tetap kecundang. Wahahaha. Kecundang dengan diri sendiri yang terlupa mengawal kebodohan diri. Nampaknya saya tidak memilih untuk menjadi pokok. Mungkin saya jenis pokok yang lain. Mungkin saya GROOT! Tehee. Saya memilih untuk berganjak.

Walaupun begitu, ada satu situasi yang ia tidak sepatutnya berlaku sedemikian. Mungkin sudah buta hati. Maafkan saya atas kekhilafan. Saya manusia biasa. Terkadang lupa dan terlalu mengikut perasaan.

Jika Allah izinkan, saya akan gantikan yang baru. Ibarat matahari bersinar indah di suatu pagi yang ceria dan di taman bunga yang mewangi.

Di sini, terlalu banyak memori. Saya sayang tempat ni tetapi bukan di sini tempat saya. Akhirnya saya tinggalkan dan memulakan hari baru.

Bersambung di sini .



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 3

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 2 .

www.sofinahlamudin.com

Logo ketiga ni pula merupakan tempat saya melepas marah pada awalnya. Tak ikhlas pun berada kat sini. Tak suka kononnya. Tapi... tak sangka...rupanya jadi tempat paling kesayangan dari sebelumnya. Agaknya sebab persinggahan kat sini tak lama. Hanya satu tahun setengah. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. EhH?

Di sini saya ada pengalaman kerja sambil sekolah. Tak boleh kan? Tapi saya langgar peraturan juga. Pagi sekolah. Petang sampai malam masuk kerja. Ini bukan soal duit tapi....tapi saya dilema. Nak tetap di sana atau kekal di sini. Hhaaah! Lebih kurang macam tu. Soal ke kiri manis, ke kanan manis...Hhaaah! kiri kanan pun gula gula. Macam mana ni awak? Wahahaha...

Sampai pada suatu hari pengetua panggil masuk bilik dia. Barulah saya berhenti kerja. Wahaha... 1 jam juga mendengar kata nasihat beliau.

Sebelum cerita masuk bilik pengetua tu, ada seorang guru baik hati datang bertandang ke tempat kerja. Katanya, "Weyh, budak bertuah...nak ambil STPM ke tidak? Pengetua nak jumpa. Esok datang sekolah. Nah! Borang STPM ni cikgu bawa untuk kau isi. Jangan tak isi..." Wahahaha! Sian dia sanggup turun mencari pelajar demi sekeping borang. Huhu. Dari siapa dia tahu saya kerja kat sana, saya pun tak pasti lah.

Waktu tu, saya bukan tak suka sekolah. Bukan tak suka belajar. Masalah banyak. Huwarrggghhh! Tapi, lama lama, saya cool down. Saya berhenti kerja, belajar fulltime. Lama lama saya sayang sekolah tu. Remaja oh remaja...Banyak berontak. Lols.

Akhirnya saya kat sini menghabiskan apa yang sudah dimulakan. Terdapat beberapa orang guru inspirasi di sini. Yang kekal dalam ingatan hingga ke hari ini. Terima kasih cikgu! Jasamu akan dikenang selamanya.

Bersambung di sini .



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 2

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

...sambungan dari muka surat 1 .

www.sofinahlamudin.com

Untuk logo di atas ni, maksudnya saya sudah masuk ke alam sekolah menengah. Persinggahan kali ni makan masa 5 tahun. Merangkumi PMR dan SPM. Wahaaha.. Banyak cerita pastinya. Tapi saya kongsi ringkas sahaja dulu. Nanti entri ni panjang berjela pula. Saya hairan. Bila saya kata nak tulis pendek, entri saya akan tetap panjang. Duhh!

Masa ni, saya pernah mempunyai beberapa special relationship. Bukan boyfriend tapi dengan cikgu. Rapat dengan cikgu. Relationship ni jenis 'angkat'. Mungkin trend zaman dulu memang style ada kakak angkat dengan guru agaknya. Kalau tak dengan guru, dengan senior. Tapi, ada abang angkat kat sekolah tu tak pernah. Sebab saya takut nanti ada yang gosip bukan bukan.

Dalam banyak banyak relationship kakak angkat ni, saya ada satu yang paling spesel. Yang lain tu level biasa. Spesel sebab dia sayang saya gila babeng. Tak pasti itu wayang atau real tapi, begitulah kami dulu. Saling sayang macam real sibling. Saya dengan kakak sendiri pun tak sampai macam tu.

Sampai ada pelajar lain, yang cemburu dan buat muka. Memang drama betul lah zaman ni. Macam dalam TV3 pula rasanya bila ingat balik. Tapi seriuslaa... saya sayang dia sangat tau! Tapi tulaa... tak selamanya sama. Sebagai hukuman untuk saya katanya, kami tak akan sama macam dulu lagi. Tapi, soal kelakuan saya yang dikatakannya sebagai kesilapan, bukanlah satu kesilapan bagi saya.

Sebab tu saya tidak rasa bersalah. Cuma, untuk kekal bersilaturahim, saya tetap cuba berbaik dengan dia walaupun dah tak sama cara. Saya tak kisah. Yang penting niat tu betul.

dan...kat tempat ni la bermulanya kisah saya dengan lukisan. Cuba untuk mengembangkan bakat dan bergiat aktif dalam bidang melukis. Walau sumbangan tidak sehangat suria, ia tetap menjadi sumber inspirasi hingga ke hari ini. Tehee. Terima kasih cikgu Pendidikan seni yang memberi tunjuk ajar.

Soal kawan, banyak kisah sudah pasti. Setiap tahun kawan saya bertukar tukar. Wahahaha... pun macam drama TV3. Tak tahulaa kenapa. Kena sumpah agaknya!

Kat sini, Alhamdulillah kisah saya semakin lama semakin cantik. Orang kata zaman kegemilanganlah.






With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share:

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 1

Setiap Persinggahan dalam Perjalanan Hidup - Muka Surat 1

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sedang seronok edit gambar untuk pages facebook Blog SofinahlamudinDotCom, tiba tiba mood edit gambar terlebih lebih pula. Saya rasa letak logo sebagai latar belakang tu cantik. Setiap logo yang saya pernah suka dan masih suka merupakan setiap persinggahan dalam sepanjang perjalanan hidup saya. Setiap logo tersebut, ada kisah disebaliknya berdasarkan pengalaman masa lampau. Yang sudah menjadi kenangan dan sudah pun tertinggal jauh di belakang.

Walaupun begitu, setiap kisah tidak pernah saya lupakan. Ada yang indah,ada yang suram. Dalam hidup, mustahil sekali tidak hadir yang dinamakan duka. Meskipun begitu, ia akan seperti roda, akan berpusing pusing... walaupun duka, ia akan sentiasa bersilih ganti dengan suka. Bak kata pepatah, patah tumbuh kembali. Hhaaah! Betul kan? Tehee. Ibarat hujan kemudian kita didatangi pelangi.



Dalam semua logo yang pernah menjadi teman pada baju uniform saya atau name tag, ada yang sangat banyak kisah menarik. Banyak kenangan manis. Sangat banyak cerita yang enak didengar. Mungkin, dulu kala...cerita itu bunyinya bingit. Menyakitkan hati. Memusingkan kepala hingga 360 darjah pusingannya! Tapi, setelah masa pun berlalu pergi dan meninggalkan kisah lama jauh sekali di belakang...cerita itu rupanya memberikan maksud tertentu. Hampir kesemuanya mempunyai jawapan. Bunyi ceritanya juga sudah tidak bingit seperti selalu tetapi sangat elok didengar. Ya! Itulah namanya, cerita yang dijadikan pengajaran.

Cerita yang kononnya buruk, hari ini cantik sekali untuk diceritakan. Cerita yang dulu kononnya indah, rupanya talam bermuka muka. Urmmm..begitulah kehidupan. Sama juga dengan kehidupan saya. Cuma, cerita kita berbeza. Berbeza kerana ini adalah dari sudut pandang saya. Dari mata kasar saya dan mata hati saya. Melalui perasaan yang pernah saya alami.

www.sofinahlamudin.com

Pada tahun 1997, Inilah rupa lencana sekolah saya. Maaf! Lencananya ditutup oleh wajah saya bertudung merah. Wahahaha... biarlah tidak jelas. Yang penting tahu ceritanya sudahlah. Tehee. Tapi saya yakin, insan yang pernah hadir dalam hidup saya pada ketika itu pasti tahu ini lencana sekolah apa. Persinggahan saya di tempat ini, memakan masa hingga 6 tahun. Yalaah... hingga darjah 6 pastinya.

Ketika ini, gelaran saya itu Fong Sai Yuk. Gara gara rambut bertocang sampai bawah lutut! Cikgu suka memegang rambut tocang saya untuk dijadikan lawak. Vvaaah! Mujurlah saya spoting walaupun pendiam. Cikgu kata, "Sofinah, buka kung fu sikit.." daaa? Kebetulan, movie Fung sai yuk begitu popular waktu tu. Wahaha...

Sebut tentang pendiam, pendiam saya banyak! Malah lama. Sampai cikgu bisa bertanya satu soalan power rangers sama my mom, "Anak kakak ni bisu?". Wahahaha... itu kerana, apabila saya ditanya dalam kelas, saya tak mahu buka mulut! Itu takut atau pendiam ya? Wahaha...



Soal pelajaran, pernah juga cikgu bahasa Inggeris sakit hati dengan saya. Soal 'tape'. 'Tape' kan banyak maksud menurut saya dulu. Salotape boleh jadi kan? Gam untuk balut hadiah itu? 'Tape' juga mungkin kaset. Wahahah...Cikgu marah bila jawapan saya salah di waktu kuiz Bahasa Inggeris berlangsung dalam kelas. Dia menjerit dari depan kelas, sampai kedengaran ke kelas sebelah.

Saya tahu suara cikgu sampai sebelah sebab kawan sebelah kelas bertanya selepas habis kelas. "Kenapa cikgu tadi menjerit kuat sangat?" Wahahaha! Sampai hari ni saya teringat kisah saya dijerit oleh cikgu, "Bloody Fool...!!!" katanya. Tapi, saya tidak marah. Saya cuma sedih. Sedih sebab...ya ampuuunnn... apasal la bodoh sangat Bahasa Inggeris sampai cikgu marah macam tu sekali. Sejak hari tu, saya belajar, dan dapat B dalam UPSR. Terima kasih la cikgu. Kalau cikgu tak marah macam tu, saya tak jadi pandai. Terutamanya Bahasa Inggeris lah!

Semasa darjah 3, saya mempunyai seorang cikgu lelaki yang boleh tahan garangnya. Pendapat saya, generasi kini sudah pasti tak tahan dengan kegarangan dia. Tehee.. Tapi, kerana ketegasan dia lah saya berjaya.

Banyak lagi kisah sekolah rendah. Kisah cuci tandas pun ada sebenarnya. Wahaha... Mungkin suatu hari saya rajin menulis kisah lama panjang lebar. Mungkin...tapi kebarangkalian tu agak tinggi. Tehee.

Bersambung di sini .





With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.


Share: