SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 22 Disember 2017

Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir Sebenarnya dipanggil Numerologi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dah lama tak bercerita mengenai pengiraan metafizik tarikh lahir. Ramai yang tak tahu lagi, pengiraan metafizik tarikh lahir sebenarnya dipanggil numerologi. Di bawah metafizik ada beberapa cabang ilmu lagi seperti astrologi, rahsia tapak tangan, analisis mimpi dan numberologi adalah sebahagian darinya. Numerologi adalah ilmu pernomboran sebab itulah selalu disebut "Pengiraan Metafizik". Metafizik adalah salah satu cabang dalam ilmu falsafah.

Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir Sebenarnya dipanggil Numerologi - Sofinah Lamudin


Metafizik numberologi/pernomboran ni adalah sejenis ilmu analisis yang sangat menarik dan disukai ramai. Kenapa disukai? Sebab permainan pernomboran ni boleh membuatkan kita tahu mengenai personaliti diri sendiri dengan pelbagai cara. Salah satunya adalah pengiraan metafizik tarikh lahir yang kerap di cari dalam carian google.


Metafizik numberologi/pernomboran boleh membuat analisis tarikh lahir, masa atau jam ketika lahir dan malah boleh menganalisis melalui nama seseorang. Analisis melalui nama dengan cara pengiraan? Vvaaah! Hebat kan? Macam mana agaknya tu? Hhaaah! Sebenarnya setiap huruf dari nama kita ni, ada nilai nombor. Saya yakin ramai yang pernah tahu hal ni. Mengira huruf dari nama sendiri, dan baca apa personaliti sendiri hasil dari mengira tu. Kann?

Pengiraan metafizik pernomboran personaliti melalui tarikh lahir

Pengiraan metafizik tarikh lahir sudah pernah saya bincangkan kat dalam blog ni pada 20 Mei 2014 yang lalu. Entri tersebut bertajuk "Personaliti berdasarkan pengiraan metafizik tarikh lahir". Jemput baca untuk yang belum pernah kira personaliti tarikh lahir, OK!.

Pengiraan metafizik tarikh lahir ni boleh tahu kita ni jenis apa, contohnya air, api, kayu atau tanah. Malah, boleh juga ketahui berkenaan kecenderungan diri. Kecenderungan kita ni apa, seperti bidang perniagaan ke, lebih kepada kepimpinan ke. Hhaaah! Macam tu laa contoh contohnya. Boleh baca entri ni "Kombinasi 3 nombor yang menunjukkan kecenderungan kita (Metafizik Tarikh Lahir)".

Pengiraan metafizik pernomboran personaliti melalui nama kita

Pengiraan metafizik melalui nama ni, saya belum pernah kongsikan lagi dalam blog ni. In Shaa Allah saya akan kupaskan nanti cara mengira personaliti melalui nama. Setiap huruf di dalam nama kita mempunyai nilai nombor tertentu. Nombornya terdiri dari nombor 1 hingga 9.

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

Ada sesetengah orang akan menukar beberapa huruf dalam namanya untuk mendapat keputusan yang baik dalam takdir hidupnya melalui pengiraan personaliti namanya. Saya berikan satu contoh, nombor 9 merupakan nombor yang sangat berkuasa dalam perniagaan dan hubungan. Jadi, ada yang meletakkan huruf yang bernombor 9 ini ke dalam namanya. Walau bagaimanapun, nombor 9 dipercayai adalah nombor yang sering menghadapi kemalangan dalam pengiraan tarikh lahir.

Sketikal/Ragu ragu untuk mempercayai pengiraan metafizik pernomboran

Uhrmm...Ilmu metafizik atau numerologi ni bukan benda ghaib (Maksud saya, bukan sesuatu yang ada kaitan dengan paranormal atau bomoh, ia cuma metamatik). Kalau ikutkan, memang ghaib juga la kan. Sebab ilmu ni menceritakan "maksud disebalik nombor" di mana kita tidak dapat melihatnya. Kita cuma nampak nombor tu sahaja. Tapi, pada pendapat saya, ia tak ada kaitan dengan hantu mahupun nenek kebayan atau bomoh, etc. Kecuali, korang mengaitkankannya.

Dalam kes begini, memang ramai yang ragu ragu. Tambahan pula bila sukar untuk menerima keputusan pengiraan yang bunyinya agak negatif. Wehehe... Itu perkara biasa. Tak perlu percaya tapi, bagi pendapat saya adalah, PERLU BERUBAH!

Kalau yang dapat keputusan pengiraan yang positif pula, jangan leka. Jangan kerana keputusan tu elok dan baik, kita lupa pula nak berusaha dan kerja keras. Kalau dapat keputusan positif tu, baguslah. Keep it up dan gandakan lagi kebaikkan.

Dalam hal macam ni, kita perlu berbalik kepada pilihan masing masing untuk berubah lebih baik atau terus dalam zon selesa. Bagi saya, pengiraan metafizik tarikh lahir atau nama ni, lebih kepada pendorong untuk seseorang itu berubah ke arah yang lebih baik. Bukan untuk dijadikan sesuatu yang pelik pelik atau untuk menilik.


OK! Contohnya, keputusan kiraan menunjukkan kita seorang PEMALAS. Wehehe! Korang nak tak terima kenyataan ni? Tak ada wujud satu perasaan tak nak mengaku? Kalau kita terima bahawa kita ni pemalas dan biarkan sahaja. Maknanya kita letak "Saya Pemalas" kat dahi kita dan biar orang baca lalu benarnya mereka ketawakan kita. Pandang rendah kepada kita. Kutuk kita. Hina kita. Kalau kita rasa marah lepas mendapat tahu keputusan pengiraan metafizik ni, lebih bagus dari terima bulat bulat. Bila kita rasa marah, akan wujud satu penolakan dari dalam diri kita sambil ada bisikan dalam kepala "SAYA BUKAN PEMALAS!". Oleh itu, kita akan berdiri dari tempat duduk kita dan pergi buat sesuatu agar kita boleh buktikan kita adalah seorang yang RAJIN. Kann?

Itu dipanggil sebagai penolakan dalaman yang positif. Di kata malas, terus rajin. Di kata bodoh terus belajar sampai pandai. Di kata gemuk, buruk, berpenyakit dan tak cantik terus semangat pergi bersenam untuk cantik dan sihat! Kadang kadang, cacian atau ayat negatif yang dilemparkan kepada kita, sedar tak sedar adalah sejenis bantuan semacam zakat dalam kehidupan kita.

Apa sahaja keputusan yang bunyinya kurang sedap didengar, ambil dengan lapang dada dan jadikan ia sebagai pemangkin untuk kita ubah diri kita lebih baik lagi. Mungkin itu satu teguran secara tidak langsung. Perbaiki kelemahan kita mana yang ada meskipun tak sempurna. Kalau keputusan pengiraan kata, kewangan kita tak stabil dan rendah, jangan putus harapan tapi bangkitlah! Berusaha dan minta Tuhan kuatkan hati sepanjang mendapatkan pendapatan yang boleh menstabilkan kewangan. In Shaa Allah, rezeki ada untuk mereka yang berusaha. Bila dah tercapai,bolehlah rewardkan diri dan keluarga serta anak anak dengan melancong ke tempat idaman seperti London, New Zealand, Korea atau paling kurang pun Indonesia. Wahaha...banyak pula contoh negara nak melancong tu. Hhuhu. Bila biasakan diri berfikir positif, In Shaa Allah pergi melancong dalam negara sendiri pun tetap bahagia dengan membawa kewangan bukan beribu-ribu.


Kalau keputusan pengiraannya baik, bergembiralaa.. dan simpan juga sebagai motivasi diri. Law of attraction yang baik baik biasanya akan mendatangkan perkara baik baik. Fikiran positif akan mewujudkan suasana positif dan membentuk dalaman yang positif!

Kadang kadang kalau kita terlalu bodoh, kita akan tambah bodoh. Maksud saya, orang kata kalau rezeki tak kemana. Maka dia pun menunggu pula rezeki datang sendiri ke rumah. Tehee. Malah, bila orang kata, jodoh tu rahsia Allah. Maka... dia pun tak pergi mencari dan mencuba sampai tua. Sebab katanya, rahsia Allah. Kita tak akan tahu siapa. Tak payah la mencuba. Pernah dengar tak dengan ayat, kalau jodoh tak ke mana? Selalu dengar kan? Disebabkan hal ni, ramai jodoh lari sebab kita tak berusaha untuk jadi pasangan yang baik untuk pasangan kita. Sebab katanya, kalau jodoh tak ke mana. Buat la apa pun, jadi laa macam mana pun. Kalau jodoh dia lekat juga dengan kita. Urhmm...ye laa.. Mocha kau bahagia laa.

Kupasan nombor personaliti metafizik pernomboran melalui nama

Selain dari nombor 9 yang dianggap berkuasa dalam bidang perniagaan dan hubungan, ada juga nombor lain yang bagus bagus. Contohnya nombor 1. Nombor satu merupakan nombor yang berkaitan dengan kepimpinan. Kepada mereka yang mempunyai nombor 1, mereka mempunyai bakat dalam bidang kepimpinan.

Jika nombor 2 pula, tidak sesuai untuk semua orang. Biasanya, mereka yang bernombor 2 perlu berjuang untuk membuktikan sesuatu untuk diri mereka sendiri. Walau bagaimana pun, ada juga orang yang bernombor 2 berjaya dalam bidang mereka.

Nombor 3 adalah nombor yang tidak boleh dianggap kurang bagus atau orang miskin juga sebab nombor tiga boleh dikaitkan dengan bidang kepimpinan.

Manakala nombor 4 pula dikaitkan dengan mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan seks dan masalah kewangan. Teringat pula dengan kepercayaan bangsa Cina. Bangsa Cina tidak suka dengan nombor 4 kerana dikaitkan dengan Mati. Dalam numerologi/pernomboran pun, nombor 4 adalah nombor yang kurang digalakkan.

Nama yang bernombor 5 pula dipercayai akan mempunyai kestabilan kewangan dan bagus dalam bidang perniagaan juga.

Nombor 6 pula dikaitkan dengan glamor, bintang, artis, selebriti. Jadi tidak hairanlah ramai selebriti suka menggunakan nombor ni sebab mudah untuk famous.

Nombor yang dikaitkan dengan dunia kreatif pula adalah nombor 7. Nombor sangat kuat untuk bidang rekabentuk atau penulisan. Nombor ni sangat membantu seseorang untuk berfikiran kreatif dan original.

Untuk nombor 8 pula boleh menjadikan seseorang menjadi lebih baik tetapi sesetengahnya pula akan menjadi kurang baik ; mendapat gangguan atau mendapat sesuatu ujian yang tidak diduga. Sesiapa yang namanya mempunyai nombor 8, ia perlulah mengkaji personalitinya lebih dalam bersama mereka yang pakar.

. . . . .


. . . . .

Begitulah antara penjelasan dari nombor yang berkaitan dengan pengiraan metafizik melalui nama. Ilmu metafizik ni sangat seronok dipelajari walaupun hanya asas semata mata. Jadi, saya akan kongsikan cara mengira nama pula di entri seterusnya. Excited tak nak tahu nombor disebalik nama korang? VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: