SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 1 Januari 2017

Review Tahun 2016 - Ringkasan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Alhamdulillah, Allah kurniakan nafas baru untuk kita semua dengan memberi kesempatan membuka lembaran baru di tahun baru 2017!

Selamat tahun baru 2017 saya ucapkan kepada semua blogger-blogger Malaysia. Tidak kira blogger baru atau lama, full time atau part time, blogger making money atau pun yang suka suki...

Saya check catatan lama blog ni untuk tahun lepas (2016). Dalam kesibukan tahun 2016 yang masih terasa sampai ke hari ni, langsung tiada niat pun nak mencatat atau menulis begitu sedikit. hahaha! Well, 7 entry sahaja untuk tahun 2016. Walhal, banyak aktiviti yang boleh dikongsikan tahun lepas. Banyak juga tips dan benda baru yang boleh dituliskan di sini.



Bila disebut "Benda Baru"...
terfikirlah saya sendirian sambil menaip (Sendirian? Husband kat sebelah sebenarnya ni. Hahaha!).
Terfikir dan tersedar bahawa, disebabkan benda baru tu lah terbengkalai blog ni sepanjang tahun 2016.

Fokus lari ke arah perkara-perkara lain tetapi walaupun begitu, lari-larinya bukanlah tidak berfaedah. Alhamdulillah sangat berfaedah bagi saya. Berfaedah dan memberi kepuasan dalaman. Aiseyh! haha!

Tahun 2016, banyak yang saya bangkitkan semula.
Seperti...



Hobi lama saya, MELUKIS.
Buat revision dan berlatih semula untuk mengingat asas-asas lukisan yang pernah dipelajari dulu-dulu kala. Saya dan suami rajin menempah lukisan-lukisan dari pelukis-pelukis Sabah mahupun bukan, kami juga meluangkan banyak masa di kedai-kedai stationery, komik, buku-buku seni dan sebagainya.

Kalau duduk lepak kat mana-mana restoren, cafe atau perpustakaan, saya jarang buka laptop macam sebelum tahun 2016 (2012 hingga 2015).Tahun 2016, banyak pegang pensil, menconteng kertas dan melukis.

Memang spending time dengan lukisan lama giler. Aduh, nak siapkan lukisan lawa bagi orang yang macam saya ni, tidak pro dan masih merangkak, confirm berjam-jam. 1 hari tak cukup walaupun lukisan simple. Tapi ye laa, ada kemahuan, ada la jalannya kann kann...

Husband banyak support hobi melukis saya ni. Dia lah yang beri semangat untuk saya teruskan minat ni. Walaupun tak mendatangkan hasil mana. Eh? Maksud saya, tidak mendatangkan hasil kewangan yang mencurah-curah. Hasilnya ke arah lain seperti penambahan ilmu seni, keseronokan diri dan enjoy!



Selain tu, POKEMON GO! hahahahaa! sila gelak.
Tahun 2016 adalah tahun released game popular bernama Pokemon Go. Rasanya tak ada yang tak tahu tentang game ni. Saya dan suami start main ni kat Kota Kinabalu, Sabah. Memang game ni berjaya mengambil perhatian saya dan suami. Aduyai..tambah-tambah masa saya dapat tahu game ni boleh guna Bluestacks, apa lagi, kat rumah memang main game ni. Lupa dah game lain seperti Clash Of Clan, Clash Royale dan game android yang lain. Stop hanya bila didapati saya sudah di soft banned gara-gara cheated main game ni.

Selain dari Pokemon Go, saya dan suami juga spending time to much dengan layan game LEFT 4 DEAD 2 sementara menunggu signal trading. Game ni, game lama.. memang ramai tahu game ni, game apa. Yang tak tahu lagi, confirm bukan jenis indoor, ulat buku atau memang tak suka layan game.

Tahun 2016, saya tutup group signal trading forex di bawah jagaan saya. Hahaha! Saja nak bercuti setahun dari melayan orang lain. Nak layan diri sendiri. Kehkehkeh... Lagipun husband bagi greenlight kan, apa lagi! Huhahuha la...



Saya TRADING FOREX for myself sahaja sepanjang tahun 2016. Untung-rugi sendiri-sendiri punya feeling. gahaha...

...sambil-sambil tu jugak, saya BUAT DUIT melalui minisite-minisite yang saya create sendiri diinternet sebagai kedai saya yang tidak kelihatan di dunia realiti. Ni salah satu aktiviti saya tahun 2016. Ah saya jual apa? hmm... nanti la saya cerita panjang-panjang bab yang itu.

Tahun 2016 juga sangat meriah menonton MOVIE. Tak kira lah di pawagam mahupun movie yang saya download dari internet secara percuma. Layan dengan husband semua movie tu sampai muntah. hahaha! Ada juga movie yang saya layan berulang-ulang. Tak jemu! sebab minat.

Selain dari aktiviti-aktiviti di atas, saya sebenarnya banyak MENYUSUN-ATUR SEMULA MINDA dan MENTAL sebab awal tahun 2016, ayah saya dah pencen. Duduk rumah 100% - tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pendapatan. Sebagai anak perempuan yang sudah berkahwin, perkara ni membuat otak dan cara untuk mengimbangi rutin harian dan kehendak suami dan keinginan diri sendiri agak tidak teratur. HAhahahahaha! HahahHAHAHA! HAHAHA!

Memang ibarat kapal sedang belayar tenang, tiba-tiba dihempas ombak besar di lautan. Tiba-tiba, bagaikan ada tembok depan mata sekali lagi yang sedang cuba menghalang-halang saya untuk melangkah lebih jauh ke depan.

Apa-apapun, Alhamdulillah...sesi menyusun-atur semula minda dan mental berjaya dilakukan. In Shaa Allah tahun baru 2017 akan lebih memudahkan lagi segala urusan, impian, matlamat dan cita-cita.



Tahun 2016 juga, saya menambah ilmu PHOTOSHOP. Tak banyak - tapi boleh la. Nak belajar dan berlatih photoshop pun perlukan masa. Berjam-jam depan PC. Kalau tak minat, confirm, hari ni buat, esok tak nak buat dah. haha! Selain tu, masa kena banyak bagi kat latihan sahaja. Kalau tak, tak dapat buat. Sebagai isteri yang kena buat kerja dalam rumah, kalau dah sentuh photoshop, memang macam sibuk 10 orang anak. Padahal semua masa diperuntukan kepada photoshop - sampai siap! Sekurangnya 4 jam 1 sesi latihan. Belum tambah client contact - Layan client kejap. Masak dan makan dengan husband - layan makan kejap. Cuci baju - layan cuci baju kejap. 4 jam belum tentu siap 1 sesi edit gambar. Hahaha. belum tambah yang silap edit lagi. Nak buat correction tu, kadang-kadang kena start over. Tapi, macam yang saya kata tadi, ada kemahuan ada jalan. hehe..! 4 jam tak cukup tak apa, 4 hari saya akan teruskan buat. hehe.

Ada satu lagi aktiviti saya tahun 2016. FITNESS DAN JUMP ROPE dengan suami! Tapi, nampaknya saya bocor selepas raya 2016. Tak gerak sampai habis tahun 2016. Haha! Tak apa, In Shaa Allah saya sambung tahun 2017 ni. Walaupun saya terbocor, Alhamdulillah husband still ON sampai hari ni. Dia terus buat aktiviti workout dia walaupun saya tak join sebelah dia. Dia workout, saya melukis.



Oh ya! Tahun 2017, saya ada PET baru. Chokey namanya. Walaupun hanya seekor kucing. Boleh tahan buat saya huru hara. Hahaha! Boleh la dikatakan bahawa dia seekor kucing jantan yang nakal dalam rumah. Dia suka bermain. Kadang-kadang penat nak layan. Kalau saya tak layan, husband yang layan. Kalau kami berdua tak layan, ayah saya yang layan. Kadang-kadang semua orang tak layan. Dia akan main sendiri. hahaha... Kadang-kadang sampai dia pergi tido je. Kwang3.




Selain dari melayan kerenah pet, saya juga melayan kerenah si DALILA DAMIA. Hahaha... Anak cousin yang selalu bertandang ke rumah walaupun mak dia tak bagi. Kecik lagi. Dia ni, kalau lama tak jumpa saya - boleh rindu sampai nangis-nangis. Kalau ada pisang kat atas meja, kalau hilang, dia la yang amik tu. Wahaha!

Hobi yang ditambah pada tahun 2016 ialah MENGUMPUL MAJALAH keluaran terbaru daripada MOY PUBLICATION ialah Majalah Bekazon. Selain dari Bekazon, saya juga start membeli majalah Gempak semula selepas berhenti bertahun-tahun lamanya.

OK! Saya rasa sampai di sini dahulu entry saya kali ni.
Entry pertama untuk tahun 2017! hahaha!
Selamat tahun baru 2017!
Semoga lebih bersemangat dan semoga segala urusan kita pada tahun ini dipermudahkan oleh Allah!
Amiin...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: