SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 15 Februari 2011

Fire



No it don't, come easy.

No it don't come fast.

Lock me up inside your garden.
Take me to the riverside.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me whole

There you were, in your black dress
moving slow, to the sadness.
I could watch you dance for hours.
I could take you by my side.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me

Ooooh the fire, is burning me upp.
oooh the fire.

No it don't, come easy.

No it don't come fast.

Lock me up inside your garden.
Take me to the riverside.
Fire, burning me up,
Desire, taking me so much higher
And leaving me whoooooollllllleeeeeee.

Leaving meeeeee whole.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

You’ll never enjoy your life Living inside the box


You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?

Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living blind?

Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored

Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go

The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there

I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it

I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
www.musicloversgroup.com
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines

You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Ahad, 6 Februari 2011

Sunday Kehujanan


Hari ni SUNDAY..
i should REST day..
OR outing..
OR dating..Haha!
OR anything sound ting ting ting... :p

Sunday..
Dalam kehujanan hari ni..
My lovely daddy sound baru je wake UP..
My beloved mummy pula ada kat dapur nun..
Kejap lagi mesti ketuk pintu..
"Sarapannnnn....~"
Mummy memang sweet hari-hari :)

Talking about me..
Bangun je..
Terus bertandang ke CAT HOUSE..
Snap some photo..
KITTENS!

Hujan..
Sejukkk...
kittens tu pun mesti sejuk juga..
Hehehe..

Aku perlu buat 1 kerja hari ni..
Kat rumah..
Sampai siap!
Then, sambung kerja lagi..
Kat ofis..
Sampai siap!

"Saraapppannnn~~"
see? my mummy already ketuk my pintu bilik..
sipP!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Sabtu, 5 Februari 2011

Larut Malam


oh! Dah larut malam~
Hampir nak subuh..
Aku dengar ayam berkokok!
Kok Kok Kok!!
Tuuu..aku dengar lagi..
bersahut-sahutan pula...

Mata aku ni tak reti nak lelap..
SMS aku tak reply..
SOrryla MR.Lola..
Nanti lepas subuh aku reply..

Streamyx je bunyinya..
Tapi line macam kura-kura..
Berhabuk juga aku menunggu..
Loading...
Loading...
Loading...

Malam ni sejuk betul!
Hujan renyai-renyai...
Dari semalam hujan..
Baju kalau jemur,
SAH takkan kering punya..
aku jamin! Haha...

Baiklah!
Nak tidur dulu..sejam dua...
Lepas tu siap-siap semua..
Pergi kerja..
Macam hari kelmarin..

Selamat Malam...
~
~


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Jumaat, 4 Februari 2011

Si ‘SAYA’ hilang si ‘DIA’ kerana si ‘AWAK’

Ni WO de Peng You!

Saya ada kawan lain sebelum awak. Nama kawan saya Dia. Dia tu cute. Dia tu lawak. Dia tu sayang saya. Dia buat saya macam adik dia. Saya rapat dengan dia. Saya sayang dia. Saya tahu dia sayang saya juga.

Suatu hari..saya jumpa kawan baru..kawan baru saya cantik, baik dan hebat. Nama kawan baru saya, awak. Awak baik dengan saya…sama macam dia. Saya sayang dua-dua. Saya sayang dia dan saya juga sayang awak!

Saya nekad dan berjanji akan jadi kawan terbaik untuk dia dan awak. Tapi..saya sedih..saya tak sangka akan berlaku macam tu. Oh! Rupanya..dia tak suka pada awak. Dia benci awak atas sebab-sebab tertentu yang saya sendiri pun tak faham.

Sebagai manusia dengan manusia, saya tak mahu membenci orang lain. Saya manusia, orang lain pun manusia..kenapa saya perlu benci awak demi dia? Dia tak faham langsung. Dia tuduh saya macam-macam. Dia kutuk saya macam-macam kerana saya dah mula rapat dengan awak. Awak, saya minta maaf dengan sikap dia. Mungkin dia salah faham sahaja.

Lagipun, saya memang sayang awak.SAYA SAYANG AWAK!! Kenapa dia nak saya benci awak juga? Macam dia benci awak??? Saya tak mungkin buat macam tu walaupun dalam masa yang sama saya sayang dia juga. Kita kan berkawan :(

Suatu hari..dia sakit-sakit. Saya datang jumpa dia. Nak tanya khabar dia. Malangnya saya..saya dihalau oleh dia..Dia sindir-sindir saya.. pedihnya hati saya. Saya dengar dia batuk-batuk dan muntah-muntah dari jauh. Korang tahu tak apa perasaan saya masa tu? SAKIT! SAYA SAKIT sebab hanya boleh mendengar sahaja..saya patut disebelah dia. Temankan dia sebab dia sedang sakit. Apa boleh buat dia dah benci saya sebab saya kawan dengan awak..Awak jangan kecik hati..awak tak salah pun..tak tahu kenapa dia jadi macam tu..

Lama saya diamkan diri…tak jumpa awak mahupun dia. Saya cuba menenangkan diri sendiri...dan hampir mengambil keputusan untuk tidak mahu bersahabat dengan mana-mana antara awak mahupun dia.

Sehingga…kata-kata semangat berbisik dalam hati..Kenapa perlu saya b*doh sangat nak melepaskan kedua-duanya kerana dia? Saya mula pasrah lepaskan dia. Biarlah dia dengan gaya dia dan cara dia. Saya tak nak keruhkan lagi keadaan. Lagipun, dia memang dah kata, tak nak kawan saya lagi sebab saya adalah kawan awak.Baiklah.. Kalau dah dia tak sudi, saya tak boleh buat apa-apa...Saya dan awak berkawan macam biasa. Saya terpaksa biarkan dia dengan anggapan dia. Dia tak faham..biarlah..tak apa…SAYA GEMBIRA SAYA ADA AWAK! SAYA SAYANG AWAK! Lupakan saja kisah pahit dan mulakan kisah manis yang baru…

Walau apapun, saya tetap melihat khabar dia dari jauh…Saya doa yang terbaik untuk dia. May GOD bless you! Saya tahu, dia sudahpun lupa tentang saya sekarang, tidak mengapa. Saya tetap ingat moment yang seronok antara kita dulu. :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ gaduh?


Semua orang tahu awak dah marah saya. Semua orang tahu saya dah gaduh dengan awak. Semua orang senyum-senyum.Entah apa maksud setiap senyuman mereka tu awak..Diorang senyum suka atau apa ye awak..saya pun tak tahu lah awak! Situasi ni lah buat saya ‘mati’ . Tersebar tentang saya dan awak dah GADUH! Hahahaha sana hahahaha sini..semua ketawa..semua puas hati. Sebab..mereka berjaya buat saya tak kawan dengan awak. :( mereka jahat kan awak?

Si kutu dah mula naik tanduk..dah mula jadi batu api.Cucuh api sana sini supaya saya terbakar dan naik marah, meradang dan benci kat awak :( Awak….saya tak sudi benci awak..Saya tak nak benci awak..saya tak mungkin benci awak..Walaupun, awak marah saya atas sesuatu yang bukan salah saya. Tak apa la awak..Take your time. Biarlah si kutu tu syok sendiri nak meng-api-api-kan saya..Saya mendengar Si Kutu, tidak bermaksud saya percaya.

Awakkk…awak betul-betul bunuh saya! Saya kata, itu bukan salah saya. Bukan saya yang buat macam tu.Entah Si katak mana pulak buat cerita ni awak..Awak tak percaya? Oh! Awak tak percaya saya rupanya selama ni. Awak tak percaya saya rupanya..Awak tak percaya saya..awakk? Saya tak salah..! Saya tidak bersalah..Bukan saya yang buat! Please lah percaya saya.

Sebulan awak tak sudi tegur saya.Sebulan awak tak keluar makan dengan saya macam biasa. Saya keluar dengan kawan lain. Saya makan dengan kawan lain. Saya gelak tawa dengan kawan lain. Awak biarkan saja. Awak buat muka tak kisah langsung. Awak tak tahu yang saya risau awak makan ke tak. Selama ni awak makan dengan saya je. Awak tak tahu saya makan tu teringat kat awak. Awak tak tahu saya gelak, ketawa,senyum kat orang tu, hati saya remuk. Bila awak lalu depan saya, tapi awak buat tak nampak saya, saya hancur ! Saya Punah ! Ye..awak tak tahu pun…

SEMUA SEBAB si katak tu! Lari dari kesilapan..dia yang buat salah, saya pula jadi macam ni. Awak BIARKAN je..Awak membunuh saya!

Lama saya tunggu awak tegur saya balik..Sedihhhnyee..awak tak sudi langsung..ye lah..siapa lah saya ni..saya ada atau tak ada bagi awak sama saja kan? Kan awak? Tak payah lah cakap..saya tahu.. :(

Suatu hari tu..saya nekad nak tinggalkan awak. Saya putus asa dengan awak. Tak apa lah..saya boleh cari kawan baru di luar. Saya harap..awak sihat-sihat saja ye awak..Jangan stress sangat ye awak..Jaga diri baik-baik ye awak..Saya pun menunggu masa untuk pergi…dan takkan cari awak lagi…takkan tengok awak lagi… :(

Sehari  sebelum pergi….

Saya tak sangka awak panggil nama saya.Awak senyum kat saya. Saya terkejut! Yeahhh!! Awak dah kembali..yeaahhhhh!! Awakkkkk! Saya rasa macam nak peluk awak je! Awak..awak…Awakkkkk…hehe…awak, saya sayang awak tau! Awak jangan pergi lagi..jangan buat macam tu lagi! Terima kasih untuk hadiah untuk saya tu! Saya akan jaganya  macam saya jaga PERSAHABATAN kita! Terima kasih awak! :)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Kisah si 'SAYA' dan si 'AWAK'


Macam mana kita boleh jadi kawan ye awak? Saya nak refresh balik supaya saya tambah sayang dan hargai awak ^_^ .  Oohh…saya mula ingat semula..dulu, awak tak pandang saya pun. Kan awak? Biasalah..takkan nak kawan dengan orang yang kebudak-budakan macam saya. Kan awak?

Dulu, saya suka perhatikan awak. Saya kata..wahh..awak cantik..awak hebat..awak kuat..macam-macam la awak..saya memang suka usha awak dulu. Oh! Kenapa? Saya pun tak tau kenapa la awak..mungkin kita ada satu chemistry untuk bersahabat kot..hihihi…setiap hari saya akan bersemangat sebab dalam fikiran saya, Awak ada hari ni. Bila awak tak ada, saya cari-cari awak sana sini, tanya sana sini awak kat mana..Bila mereka kata awak tak ada hari ni, saya tak seronok langsung. Hmm..

Orang sekeliling kata awak ni garang. Awak ni itu..awak ni ini..awak begitu awak begini. ArgghH! Boleh blahh la korang semua tu.. Saya takkan percaya selagi semua yang korang kata tak berlaku depan mata saya ni. Suk-suka je nak mengumpat awak depan saya. Saya tak suka dorang tu awak..Tak suka sangat-sangat sebab depan awak pijak semut pun tak mati-mati, belakang-belakang, jangankan semut, baby kuman tu pun boleh R.I.P, inikan pula la bapa semut. Tapikan awak, hati saya pernah cakap masa tu..biarlah apa yang mereka cerita tu berlalu macam tu meskipun awak pernah lakukan macam yang mereka kata tu..biarlah! Tu kisah silam awak.Semua tu masa lalu awak. Sekarang ialah sekarang..Saya tak kisah dulu punya cerita..saya lagi kisah masa depan punya cerita..Harap awak tak buat lagi ye awak.. :) Janji tau!

Dulu, awak langsung tak nak tegur saya pun. Kan awak? Mesti dalam fikiran awak,saya ni ntah OK ke tak.Boleh buat kerja bagus-bagus ke tak. Ah! Saya boleh buktikan untuk AWAK! Tengok! Sekarang saya berjaya tunjukkan.kan awak? Awak jangan tipu.Jangan ego! Awak mengaku je lah..hehehe..

Pada suatu hari, awak mula tegur saya..waa..saya happy tahap tak ingat masa tu! HAPPY la awak! Dah lama saya usha awak, akhirnya awak tegur saya. Masa tu awak tegur hal-hal tugasan dan minta saya lukis gambar awak..OK! BOLEH JE! Awak punya pasal.

Lepas tu, ada satu puncak cerita yang buat awak dan saya jadi KAWAN. Awak ajak saya makan. :) Saya sudi dan berbesar hati temankan awak. Sudah semestinya. Awak mula sudi bercerita tentang diri awak kat saya. Awak mula sudi berkongsi masalah dengan saya. Awak mula sudi bertanya pendapat saya untuk keputusan awak.

Masa tu bermulalah.. Kisah si ‘SAYA’ dan si ‘AWAK’ .


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Khamis, 3 Februari 2011

Tarian Singa dan Bai Nian

Assalammualaikum Bloggers and Readers!

Hi all..Hello-hello...! :) SO? hows today? Bai Nian? Dapat berapa ang pow adik-adik? hehehe...

AWAL pagi lagi saya dah bangun! uiks? macam saya yang nak 'Bai Nian' ..alalalala...nak tengok tarian singa...
saya suke yang PINK tu..tapi dia nak tengok saya pun tak sudi tau!
Hahahaha!
Gagah eyh?? Jaga2..jatuh kang haa...
PErgghH! hehehe..sempat juga saya SHOT gaya macam ni!
TAHNIAH SOfie! Hahaha!

Singa warna PINK tu betul-betul la jual mahal dengan saya...tak nak persembahkan tarian pun untuk saya ni.. huhu...kuning pun kuning lah kan kan kan... hehe..
Nak cerita sikit pasal singa..ini adalah salah satu adat masyarakat Cina di tahun baru Cina! Sana sini kita akan dengar dum dum dum bunyi gendang tarian singa di mana di waktu perayaan ini tiba...Wp.Labuan yang kecil ni, lebih mudah la nak dengar bunyi gendang tarian singa..

Dah baca tak mengenai Raksasa yang makan orang kat entri saya yang bertajuk Xing Nian Kuai Le? Raksasa tu lah yang membawa masyarakat Cina kepada perayaan CNY. Raksasa ni, takut pada warna merah sebab itulah sana-sini berwarna merah jika tiba CNY.

Sekarang kita buka cerita mengenai tarian singa pula, OK! Yang saya tahu...Tarian Singa ni ada 2 jenis..(tak tahu la kalau ada lagi..nanti kita check kat google ye..Hehe!)..

Jenis pertama "TARIAN SINGA UTARA" dan kedua "TARIAN SINGA SELATAN" .

TARIAN SINGA UTARA
Tarian Singa Utara ni berasal dari Utara China. Tarian ni digunakan untuk menghiburkan 'sang' RAJA..Biasanya dorang akan guna warna jingga, kuning dan merah. Hijau pun ada juga..tapi untuk Singa betina..hihi...Tarian ni lebih banyak menggunakan pergerakkan akrobatik dan digunakan untuk hiburan..

TARIAN SINGA SELATAN
Then, Tarian Singa Selatan pilak, lebih kepada perlambangan alam sekitar.Tarian ni selalunya digunakan untuk membuang semangat jahat dan meminta tuah...Kostum Tarian Singa Selatan tak sama macam Tarian Singa Utara. Tarian Singa Selatan guna macam-macam warna dan kepala singa ada tanduk..lepas tu, kostum tarian ni ada mata yang besar dan mempunyai cermin..

Mak! mak! ape benda tu?? hehe..
(Rileks je dia tengok singa nari2!)
P/s : saya tak tau nama budak bertuah ni..huhu..
Dewa apa ni??? hehe..
Macam biasa, Hari pertama Tahun baru Cina..Masyarakat Cina menganggapnya sebagai hari untuk mengundang DEWA DEWI kayangan dan bumi. Tapi dalam gambar tu saya pun tak tahu laa dewa apa..hehe..saya shot je tadi pagi.. :p

Tu je lah sedikit sebanyak tentang Tarian singa..hehe...Lepas je saya pergi tengok tarian singa, saya pun pergi UK. Ho?? kenapa? oh! tu singkatan untuk Ujana Kewangan ye..hehe...Shopping Kompleks Labuan. OK! tak nak cerita panjang pasal UK..Lepas je saya ber hu ha hu ha kat UK, saya ke rumah kawan berbangsa Cina dan rumah kawan-kawan ayah! Nak wish "GONG XI ! GONG XI !" 

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Saya Tak Kenal BEN ASHAARI !!

Tak pe ke kalau saya letak gambar ni kat blog saya?? huhu...
Aduh! ye ye ye...ha? apa? ye lah yelah...Anggap je lah saya ni kuno ke pe ke... hehe...Alaa...bukan sengaja..saya baru ON balik blog...dulu dulu ada blog saya tak hargai pun...then, masa lepak kat library tahun lepas saya jumpa satu buku citer pasal BLOG ni...SO, saya pun ambil buku tu dari rak untuk di baca dan saya pinjam supaya boleh baca lagi kat umah..

OOOoooo...saya pun mula berminat semula pasal dunia BLOG ni...saya pun mula la terkial kial buka akaun blog semula.

1st tu,saya buat blog private je...then, bila lawat blog orang lain, laaa...best pulak kan kalau public ni? Jadi silent blogger atau reader ni tak ada feel sangat. Saya pun tukar la kepada setting 'ANYBODY' blog ni...

Bila saya pergi terjah blog orang lain, saya belek belek la cerita cerita diorang tu..macam macam juga cerita tapi ada perkara yang asyik berulang ulang...lagi-lagi BEN lagi-lagi BEN!  dehh..saya pun fikir fikir lah ni..SIAPA BEN ASHAARI nieyh??? Mamat mana? abang mana? Insan mana?

Abang? Hahaha... Sebab ramai blogger tulis "Abang Ben".

FiNALLy! hari ni saya jadi follower dia...tapi saya masih blurr selok belok dunia blogger bersama BEN ASHAARI ni..Sob sob..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

HAI..NAMA AKU ‘SAYA’ & INI KAWAN AKU, NAMANYA ‘AWAK’ ! :)

Awak kawan saya! :) Saya kawan awak yang ada disisi awak..awak tak perlu khuatir..saya memang suka kawan ramai2 tapi awak bukan sekadar kawan biasa..awak sahabat saya..saya tak kisah! Awak marah saya..awak tengking saya..awak berkasar dengan saya..awak kata saya b*doh..awak kata saya bingung..awak kata saya apa pun, saya tetap akan kata “AWAK KAWAN SAYA!” :)

Awak-awak…dulu awak pernah kata “Kalau awak dah tahu saya macam mana..mesti awak tak nak kawan dengan saya lagi..” Awak-awak, saya tahu awak perlukan kawan tapi awak tak nak cakap,kan? Saya tahu awak suka kawan dengan saya tapi awak tak nak orang lain tahu,kan? Saya tahu awak takut saya pergi tinggalkan awak, kan? Awak! Awak ego pada diri awak sendiri! Tapi awak…awak jangan risau…saya disini sebelah awak..saya boleh jadi telinga untuk awak..awak lepaskan lah apa saja awak rasa..awak marah? Awak sedih? Awak susah hati? Awak tertekan? Tak pe..saya sudi dengar awak..

Awak..saya tak suka awak pening dengan saya..sebab tu saya suka buat kerja saya baik2..semua tu supaya awak tak pening kepala.Supaya awak suka dan gembira..saya tahu awak tak suka saya jadi budak nakal.Kan awak? Saya suka sangat2 bila awak tegur saya..saya suka bila awak nasihat saya..saya suka bila awak marah saya..awak buat macam tu sebab awak sayang saya, kan awak?

Awak-awak…saya tak kisah mereka kata saya apa. Saya akan tetap bertahan dan berdiri dengan gagah untuk jadi kawan baik awak! Abaikan saja mereka tu awak..dan saya juga tahu awak seorang yang tabah..awak jangan putus asa lagi ye awak..bila awak stress, awak kata nak pergi, saya jadi sedih! Jangan pergi ye awak..bertahanlah..semua tu cabaran untuk awak yang memang mampu hadapi semua tu.

Awak..bila awak pertikaikan perkataan ‘kawan’ antara kita, saya sangat sedih awak! Sedih sangat-sangat..mungkin saya over kan awak? Maaf..maafkan saya awak..saya terlalu ikutkan hati. Tak apa lah awak..awak tak anggap saya kawan pun, saya tetap juga saya..saya yang berkawan dengan awak..saya tak pernah menyesal apa saja yang pernah berlaku selama ni awak..biarlah! Saya tetap akan cuba sedaya upaya menjadi kawan terbaik untuk awak.

Awak..saya tak kisah apa pun kelemahan awak. Saya berkawan dengan awak bukan untuk kelebihan awak..saya berkawan dengan awak atas dasar ‘sahabat sejati’ . Bila orang kata, saya berkawan dengan awak untuk maksud lain, sebaknya hati saya awak..tapi tak apa..saya kuat untuk itu awak..! :) sebab…saya bukan seperti yang mereka maksudkan..awak kawan saya!

Awak..saya minta maaf atas kelemahan saya yang ada. Saya minta maaf pernah kecewakan awak. Tapi awak..tolonglah saya..tolong saya supaya tidak menggunakan saya untuk kepentingan awak semata-mata..kerana…saya kawan awak dan awak kawan saya! Saya sayang awak!

Sekiranya suatu hari Tuhan takdirkan saya pergi, awak jaga diri baik-baik ye..awak jangan sedih..jangan nangis! Kalau awak tertekan dan perlukan telinga saya,awak bisikan dalam hati awak..saya pasti akan dengar awak. Awak jangan sedih OK..janji dengan saya! Ingat.. Setiap kata-kata yang pernah saya ucapkan, akan sentiasa ada untuk awak dengar..setiap gurau senda, usikan saya pada awak akan tetap jadi teman awak..kehangatan  persahabatan kita akan tetap ada dalam hati awak! SAYA SAYANG AWAK! :)

Cerita berkaitan : Kisah Si 'Saya' dan Si 'Awak' .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Rabu, 2 Februari 2011

Xing Nian Kuai Le (Berkaitan dengan Chinese New Year)

Hi! Assalammualaikum Bloggers and Readers!,

YeahH yeaahH! GONG XI FA CAI peng you!!! :D

Ingat tak saya kata nak share mengenai CNY kat entry Suatu Karya "Yang Pernah Ada" di Tahun Baru Cina ? Saya dah jumpa dah nota CNY saya tu! hehehe!

Tahun lepas, saya ada buat kajian sikit pasal CNY ni...Sampai saya jadi kemaruk CNY masa tu..ngeh3x...Lagu dalam handphone pun lagu cina..oh! saya tak faham lirik lagu tu secara keseluruhan..ada beberapa patah perkataan je saya faham..

Nak menghayati lah kononnya demi pengetahuan am yang nak dipelajari tu. Hahaha!

SO, nak cerita sikit pasal MITOS 'NIAN' ni...Xing Nian Kuai Le! Menurut Legenda dulu2 kala tu, 'Nian' ni ialah seekor raksasa! Rawrr...Raksasa ni makan orang tau! Berasal dari sebuah pergunungan. Ada juga yang kata, raksasa tu berasal dari bawah laut...Menurut legenda tu, Raksasa ni akan muncul setiap 11 tahun pada musim sejuk...dan akan mencari manusia untuk dimakannya!

Orang ramai percaya satu perkara tentang raksasa 'Nian' ni iaitu raksasa Nian ni tak tahan dengan bunyi bising dan warna merah...di sebabkan itu lah mereka suka buat letupan (bunga api) untuk mengusir raksasa tu..huhu...DAN menggunakan warna merah secara meluas! Kita pun nampak kan? Pakaian mereka merah, tanglong merah...sarong ang pow pun merah juga! rasa-rasanya la kan...isi ang pow tu merah juga tak?? -RM10 hahaha! dan didarabkan 10 lagi...haha! Masyuk~

Adat ni lah yang mewujudkan sambutan 'Tahun Baru Cina' ni..atau dipanggil sebagai 'Meredah Raksasa Nian'...

Tahun ni, Tahun RABBIT! ( mǎo) - 3 Februari 2011
CUTE nyerr...
Esok saya nak OUTING...celebrate CNY...nak pergi rumah kawan mak ayah..nak pergi rumah MY LADY BOSS. Nak pergi rumah Madam Lim...boleh laaa dapat ANG POW WARNA MERAH! pastikan dalam sampul merah tu kaler merah juga ye! hahaha! - just kidding.

Hmm..saya ni slamber je cakap RM10..nak tahu rahsia tentang ANG POW?

Ang pow ni, orang yang dah kahwin akan beri pada mereka yang belum berkahwin dalam masyarakat Cina. Biasa orang memang tahu ni..kan kan kan? hehe...hm...sebenarnya, jumlah wang kat dalam sampul tu, tak boleh suka-suka letak berapa RM. Terutamanya RM4..RM4 adalah sangat tidak boleh diisikan ke dalam sampul...sebabnya, masyarakat Cina percaya bahawa nombor 4 adalah membawa sial . Nombor 4 ni dianggap macam tu sebab bunyi perkataan 4 sama dengan perkataan 'mati' . huhu.. Sementara nombor 8 adalah nombor bertuah bagi masyarakat Cina, Maka, sampul ang pow biasa diisi dengan RM8.. hehe...Perkataan Nombor 8 ni, sama bunyinya dengan perkataan 'kaya'... :)

Selain tu..belum habis lagi ekk...Sampul angpow juga tak boleh diisi dengan jumlah wang yang bermula dengan angka ganjil!! Sebab....Nombor ganjil dikaitkan dengan pertukaran wang pada upacara pengebumian yang berbunyi : (帛金,bó jīn).


Menarik tak? Ambil la info ni sebagai info am mengenai bangsa Cina. Kita kan 1 Malaysia. Tak salah ambil tahu budaya atau sejarah bangsa lain.

OK! Nanti saya sambung lagi info CNY yang lain-lain.

Sekarang tak boleh nak berlama-lama menaip. Kena tidur awal sebab esok nak keluar pagi-pagi.

P/s : To wo de peng you, Suìsuì píng'ān - Semoga Keamanan Berkekalan Tahun Demi Tahun!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 1 Februari 2011

Mr.Acap Rubix Cubes Addict

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

Hi guys!

Sebelum nak bla bla bla bla...saya nak WISH kat semuaaaa yang sambut HARI WILAYAH (1 Feb ), SELAMAT HARI WILAYAH kat korang semua..hehe...! BTW, di sebabkan hari ni ialah Hari Wilayah, saya dapat Public Holiday sebagai penduduk Wilayah Persekutuan Labuan..ngeh3x...Sebab tu lah saya ngadap laptop dari pagi-pagi lagi....

Mr.Acap_CubesAddict? Haa...dia pagi2 lagi dah SMS wish Selamat Hari Wilayah kat saya...hihi!  TQ! dan memang bersemangat Patriotik awak ni.

Laaa...Apa ni? Tetibe plak gambar orang main cube yang termengah2..!
Entry saya kali ni, nak cerita pasal sahabat saya Mr.Acap ni...Saya kenal dia masa zaman Form 6 dulu-dulu..kepala hotak dia memang PUZZLE lah! hahaha...hari-hari pergi sekolah asyik berchentan je ngan CUBE-CUBE  dia..mak eh! Jeles GF kau nnt..gagagaga! :p Sebelum saya teruskan cerita, cuba lihat video kat bawah ni :


Haa...tu baru CUBE 3x3x3..

Ada lagi video dia solve 4x4x4 dan 5x5x5
tapi..video tu berat sangat la...lama sangat saya menunggu..
tak juga siap2 upload..lenguh pinggang..huhu...
So, cancel lah upload..

Banyak lagi jenis2 Magic Cube yang mamat ni boleh solve...tapi..tak dapat la nak bagi tengok...Penat nak merakam dia main..haha! Lain kali, ada masa, ada lagi..InsyaALLAH..tu pun kalau tak berat video tu.Selain tu..Teman saya seorang ni , terer buat cube dia sendiri..oh! bukan reka bentuk dari dia sendiri...Kat WP.Labuan ni, payah nak dapat product Rubiks ni..apa tah lagi bentuk-bentuk cube yang pelik-pelik dan unik-unik, yang biasa tuu ada la seperti yang 4 segi tu...yang bentuk rumah ke, bentuk diamond ke..bulat ke..ape ke...Yang tu memang payah nak dapat.

MAGIC CUBE macam2 rupa yang ada kat...ntah..aku tak tahu..
yang aku tahu, kat Wp.Labuan memang tak de!
Kalau ada, naseb lah...mahal plak!
Disebabkan tu, dia yang memang addict ngan Rubiks Cube ni, akhirnya berusaha menghasilkan cube nya sendiri demi koleksinya...Cube terbarunya untuk tahun 2011 ni adalah seperti di bawah :

Ini namanya..err..ERR..tak tau ar..nak panggil 3x3x3 pun bukan juga.. 
TENGOK! apa ye? 3x3x3 atau ape? :p
Yang ni 2x3x3 kut..sori la ye kalau salah..
Tak pro ar bab2 ni.. :p
Made by MR.Acap_CubesAddict.
Tak caye? LOGO 'A' pada cube dia pasti tak ada
DI PASARAN..
coming soon agaknye :)
Banyak lagi koleksi Mr.Acap ni...bentuk-bentuk yang pelik juga..hmm..tak tau macam mana nak SOLVE nye..saya tau main 1x1x1 je..Hahahaha! :D gurau..saya tau main 2x2x2 je..3x3x3 tu boleh lahh..kadang2 tak pandai solve pun. :p ni la nak berguru ngan Mr.Acap ni kononnnya. Kalau ter-perasan, kat video, ada pendrive atas meja bentuk Cube 1x3. Rekaan Mr.Acap_CubesAddict sendiri...HP stripe aku pun, Made by MR.Acap juga..hehe...


P/s : Nanti Mr.Acap buka la kedai cube ye! hehe.. :p

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: