SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 12 Februari 2017

Pengguna Mary Kay dan Beauty Consultant Mary Kay

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Berlalu lah sudah Januari untuk tahun 2017. Sambutan tahun baru cina juga baru sahaja berlalu. Tahun ayam kan? hehe. Korang tahun Ayam? Saya kuda.

Bulan Januari, saya sibuk dengan aktiviti trading currency(Forex), bina minisite dan website baru, buka group trading semula dan sibuk mengkaji sistem trading. Selain tu sibuk bagi signal kat newbies.

Sebenarnya sebulan tak cukup untuk siapkan projek Forex tu. Belum siap lagi. haha! Tapi saya dah gatal tangan nak blogging kat blog personal kesayangan saya ni.

Minggu lalu, 02 Februari 2017.
Satu kotak sebesar-besar meja di ruang tamu mengejutkan saya dan husband. Wah! cepatnya sampai barang-barang Mary Kay!

Dari tahun lepas lagi saya dah usha produk Mary Kay ni dari kawan lama. Dia salah seorang Beauty Consultant Mary Kay di Semenanjung Malaysia. Nama dia Sulwani. Member 1 kerja masa kat Diamoney Jewellery tahun 2012.



Saya berminat dengan produk make up Mary Kay seperti lipstik, eyeshadow dan sebagainya. Tak terfikir pula tentang Skin Care. Tapi...

Tapi...En.husband nampaknya lebih teruja dengan Skin Care produk Mary Kay sampai nak hadiahkan saya satu set skin care dari Mary Kay. Saya tak pernah pakai skin care. Bukan tak suka cantik tapi tak reti nak pakai dan tak sure fungsi dan sebagainya. Lagi satu, risau kulit tak ngam.

Bila husband nak saya tanya member lama ni tentang Skin Care Mary Kay, dia bertambah excited bila dapat tahu produk ni adalah produk berasaskan botanikal dan mineral (Semulajadi). Well, saya pun hilang risau bila produk tu okey alright! haha! Ye laa.. bukan tak biasa dengar produk skin care itu ini jadi benda bukan-bukan. Alhamdulillah, Allah jodohkan saya dengan Mary Kay ni dan terbuka lah hati. Chewah!

Apa yang ada dalam kotak tu? Kotak tu besar sangat macam tak percaya pula isi cuma skin care. Rupanya...



Ada handbag, buku, dan so on la..malas plak nak sebut satu-satu. Apply jadi Beauty Consultant sekali, tu yang banyak sikit barang dalam kotak ni.

Ada free gift 2pcs CC Cream dan 1 Lip Gloss. Happy nyerr!




03 Februari 2017, saya start pakai Skin Care Botanical Effect. Cleanse, Hydrate, Mask dan Freshen.


Cara pakai cleanse, first basahkan muka dan tangan. Picit clense pada jari hantu dan dot kan kepada 5 titik di area dagu, pipi, hidung dan dahi. Lepas tu start la urut membulat dari dagu ke pipi, dari hidung ke dahi (Elakkan bahagian lingkaran mata). Dah tu siap. Bilas la muka dengan air.

Masa mula-mula pakai cleance Botanical Effect Mary Kay ni, terkejut juga tak ada buih, hahaha. Rupanya memang tak ada buih.

Lepas pakai cleanse, saya terus saja pakai freshen. Cara pakai freshen senang saja. Tak makan masa lama. Spray kan sahaja ke kapas dan sapu dari dagu ke dahi.

Then, pakai hydrate. Guna hydrate sama sahaja macam pakai cleanse tu. Buat dot 5 titik kat hidung, pipi, dagu dan dahi. Rata kan hydrate seluruh wajah dari dagu hingga dahi.

Siap! hehe.

Mask? Mask saya pakai waktu malam. Sebab cadangan pakai adalah waktu malam. Dan tak perlu pakai tebal sangat. Buat dot macam biasa. Ratakan dari dagu hingga ke dahi (Elakkan bahagian lingkaran mata). Pakai mask ni dari 10 hingga 15 minit sahaja. Jangan bawa tido pula. hahaha! nanti kulit cepat jadi kering. Bila kulit kering kontang nanti potensi keluar jeragat. huhu! Selepas 10 hingga 15 minit tu, bilas muka sambil sental lembut dengan air ke arah atas perlahan. Jangan sental macam buat roti canai plak. hehehe! oh ya.. pakai mask ni 2 kali seminggu pun dah cukup.

Hmm.. since hari pertama pakai Botanical Effect Mary Kay ni, saya rasa wajah lebih fresh. Lebih-lebih lagi lepas pakai masker, rasa bersih kulit. Terasa sihat.

Healing proses ada juga la beberapa hari terutamanya 3 hari pertama seperti lepas pakai mask tu, rasa gatal sikit dalam beberapa saat lepas tu hilang. Kemudian, selepas 1 minggu ada keluar jerawat kecil kat bahagian dagu dan hidung. Kawasan muka lain tak ada.

So far so good la. Healing proses tu perkara biasa saja. Lepas 3 bulan In Shaa Allah dah ok ikut kesihatan dan kulit individu. Saya tak pernah pakai Skin Care yang ada kimia. Alhamdulillah senang sikit la proses penyembuhan. hehe.

Ok.. nanti story morey lagi tentang Mary Kay ni.

Cukup setakat ni dulu.

Terima kasih sudi singgah membaca di sini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: