SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 18 Januari 2018

Ingin Mengembalikan Rutin Senaman Dan Kecergasan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dah setahun saya meninggalkan aktiviti senaman dan kecergasan. Eehh! Syyhhhttt! Jangan bagitahu sesiapa tau. Wahahaha... Setahun juga laa alat alat senaman, jump rope dan kasut jogging saya tidur. Sampai tapak kasut sukan saya tu terbuka sekarang.. Aktiviti senaman dan kecergasan ni ada dalam senarai aktiviti tahun 2017 tapi tak buat. Saya mengalami kekurangan fokus tahun 2017 berkenaan senaman dan kecergasan sebab fokus dengan perkara lain yang bukan dalam senarai aktiviti dan impian 2017. Sebab tu lah.. kalau nak fokus, kita kena buat teknik fokus dan mengenali gangguan fokus agar tak lari dari laluan matlamat kita.Memang banyak juga laa kecelaruan dan kekeliruan yang berlaku pada tahun 2017 tu sampai malas nak buat kerja sebab serabut. Ni semua berlaku sebab saya abaikan papan impian 2017. Saya tak buat penulisan dan senarai impian 2017 dengan betul seperti yang saya buat pada tahun sebelum 2017. Dan saya juga tak mengamalkan tips mencapai impian selepas menulis impian 2017. Main simpan dalam kepala je.

Ingin Mengembalikan Rutin Senaman Dan Kecergasan - Sofinah Lamudin

Alhamdulillah pada tahun 2018 ni saya lebih bermatlamat, ada target dan ada hala tuju. In Shaa Allah penulisan impian 2018 lebih teratur dan tidak serabut. Kalau tahun 2017, main ambil je semua aktiviti kononnya saya seorang yang freedom macam burung. Hhaaah! Itu laa buktinya kita akan kehilangan matlamat dan hala tuju bila tak tulis impian dengan betul. Mudah sahaja terlari fokus tu sebab tak analisis utama dan kepentingan sesuatu aktiviti. Mula bertangguh tangguh. Akhirnya, sampai tamat 2017, tak ada pun saya senaman kecergasan melainkan kebetulan kena jalan kaki, berlari dan sebagainya. Wahahaha...!

Ingin Mengembalikan Rutin Senaman Dan Kecergasan - Sofinah Lamudin


Baca teknik fokus di entri ini : "Tips terbaik untuk fokus dan konsentrasi"
Baca jenis gangguan fokus di entri ini : "Jenis jenis gangguan fokus"


Walaupun ada beberapa pencapaian yang baik bagi saya, Mr.Bee dan mak ayah saya pada tahun 2017, tapi untuk part senaman dan kecergasan saya adalah yang paling tercorot sekali resultnya pada tahun 2017. Wahaha...Mr.Bee OK lagi laa..dia bersenam juga walaupun tak sebanyak tahun sebelum 2017. Saya pula hanyalah mengambil makanan tambahan, detoks dan kadang kadang kontrol makan. Untuk senaman kecergasan tu tak ada langsung. Kalau ada pun saya buat pada tahun 2017, boleh dikira.Mungkin tak sampai pun 10 kali. Bocor banyak sebab tak ada motivasi yang baik untuk bersenam. Macam macam gangguan tapi tu semua alasan. Saya nak senaraikan semua yang kononnya mengganggu fokus senaman saya pun tak guna sebab salah sendiri kerana memilih untuk diganggu dan menerima pelawaan pelawaan yang tidak berfaedah. ToeEng!

Senaman kecergasan adalah salah satu dari empat perkara penting yang saya tulis dalam impian nekad 2018 saya. Disebabkan dah lama tak buat senaman kecergasan, saya dah mula mempunyai belly fat. Tehee... Saya memang kecil orangnya, memang tak nampak saya ada lemak. Hakikatnya, belly saya dah semakin membesar. Sebelum ia semakin membesar macam monster, saya nak cepat cepat menghalangnya. Wahaha.

Bayangkan kalau duduk. Kalau dulu, time duduk saya rasa slim. Sekarang, bila duduk macam pregnant beberapa bulan pula. Kalau betul pregnant tak apa juga. Ni lemak je duduk situ. Kalau pakai DX Lingerie Elken pun sekarang, alamakk... lemak keluar keluar.. Wahahaha... saya kontrol makan tak guna juga, sebab makanan jenis berlemak yang sedaapp belaka... Tak bersenam? Memang tak bakar kalori laa jawabnya. Maksudnya saya simpan kalori kalori tu semua menjadi lemak. Apatah lagi, aktiviti saya adalah mengadap komputer, melukis dan main dengan kucing je. Buat kerja rumah, masak tu semua tak cukup lagi nak bakar lemak.


Jadi tahun ni saya nak mengembalikan rutin senaman dan kecergasan saya macam sebelum sebelum ni. Walaupun hanya di rumah, tak keluar mana mana, senaman kecergasan tetap dibuat.

Ada juga laa entri tentang aktiviti senaman dan kecergasan saya tulis kat blog ni dulu.

Antara entrinya :
"Hobi baru - Senaman Jump Rope"
"Senaman di Rumah Dan Senaman Harian"

Masa tak aktif menulis dulu, memang dua tiga je laa tulis pasal senaman. Bukan takat senaman, nak tulis yang lain lain pun tak banyak sebab bukan keutamaan saya lagi blog ni masa tu walaupun Mr.Bee sokong saya dalam dunia blogging ni. Lepas masuk Kelab Blogger Ben Ashaari ni mood menulis beza sikit. Tehee.. Makin meningkat hasil penulisan. Semoga entri yang ditulis memberi motivasi, inspirasi, pengajaran dan manfaat bagi pembaca. Tak banyak tak apa, kalau ada manfaat sikit untuk satu pembaca pun kira bersyukur. Tu tujuan utama menulis terutamanya penulisan berkaitan metafizik dan motivasi.

Klik sini entri berkenaan motivasi : "Himpunan Entri Motivasi"
Klik sini entri berkenaan metafizik : "Himpunan Entri Metafizik"

Antara senaman kegemaran saya ialah senaman kardio menggunakan tali skipping (Jump Rope). Best sangat senaman guna tali skipping ni. Rasa macam menari tambah tambah senam sambil pasang lagu rancak.

Video kat instagram saya kat bawah ni masa saya layan jump rope. Tak pro lagi. Lompat lompat basic je. Tehee... Layan jump rope ni, lompat basic je pun dah berpeluh peluh dan mampu membakar lemak. Senaman jump rope di antara senaman kardio paling bagus selain dari berjogging dan berbasikal.




Hhaaah! Tu je video yang boleh kongsi. Yang lain lain sensored. Tehee... Disebabkan kasut sukan saya rosak tapaknya, saya kena baiki dulu baru boleh start semula senaman jump rope. Senaman jump rope ni, ada juga orang layan pakai kaki ayam. Wahaha... tapi saya tak boleh terima. Adui sakitnya kaki! Tak kira laa atas permukaan lantai yang rata ke apa.

Setakat ni, saya boleh mulakan senaman dalam rumah je. Tahun 2018 ni mesti dan akan konsisten. In Shaa Allah. Tak boleh dah main main. Bukan sebab dah ada belly fat ni tak cantik. Tapi, bayangkan... sebagai blogger, hobi melukis, online dan main video game, bahaya untuk kesihatan. Tambah tambah, asyik duduk je berjam jam. Jaga kesihatan sekarang walaupun masih muda! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

12 Kata-kata Dari Teman:

Farhana Jafri berkata...

hahahhaa sama la kita, bila duduk macam mengandung 5 bulan. Malu lahhhhhh

SIQAHIQA berkata...

Kerja SIqah pun tak banyak pergerakan nanye. Sekarang musim hujan, meh lah kita buat aktiviti dalam rumah je. Siqah kalau dalam rumah, duk skipping je tahu. Hii.

Junzie berkata...

salam jumaat =D

Ju datang melawat =D ju lagi lah langsung xbuat lagi senaman kecergasan ni cuma skrg tgh kawal makan. tp nak kesihatan lebih baik, better amalkan senaman kan =)

cikyan berkata...

cikyan suka snaman.. tp semangat skejap je.. lepas tu, kelaut laa... hahaha

mamapp berkata...

Semoga terus beesemangat

Gja berkata...

Wah.. semoga konsisten dgn perancangan tu ye

Sofinah Lamudin berkata...

Wahahaha...takkan 5 bulan..tehee..

Sofinah Lamudin berkata...

Rumah saya rumah papan..bertiang.. habis laa kalau skipping dalam rumah. Hehehe... Kalau hujan layan kat bawah rumah je.. tak boleh kat Taman.

Sofinah Lamudin berkata...

Ya Ju.. betul tu.. Jom la amalkan senaman..

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha... tak apa... biasakan diri.. sampai rasa ada yang hilang kalau tak buat..

Sofinah Lamudin berkata...

Amiinnn terima kasih.. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Amiinnn terima kasih... :D