Koleksi Alat Tulis | Ball Pen Untuk Menulis Nota Atau Mencatat | Review dan Kelebihan Ball Point Pen - Halaman 1
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,04 April, 2019 yang lepas, saya ada kongsikan dengan korang Koleksi Alat Tulis | Koleksi pen highlighter, untuk membaca, ulangkaji, planning, nota dan belajar serta 3 jenis pen highlighter pilihan. Kali ni saya nak kongsikan dengan korang alat tulis saya yang lain pula iaitu ball point pen. Dua hari yang lepas, 31 Ogos, 2019 saya dan Mr.Bee singgah ke Mr.DIY untuk melihat jika ada stok stationery baru. Tehee...Saya dapati memang banyak stok baru.Jadi, apa lagi memang menambah koleksi stationery la saya jawabnya. Jangankan pen, tempat letak stationery pun saya beli.
Since ada Mr.DIY kat Victoria Island ni, Fuhh! I memang tergoda banyak kat area stationery kat kedai tu. Sebab, sebelum Mr.DIY masuk Wilayah Persekutuan Labuan, saya biasa beli alat tulis kat kedai yang sedia ada sahaja. Contohnya, Kedai kita, Monegain, Parkson, dan Sunyala Trading. Malas nak beli stationery secara atas talian. Tak tahu la, bagi saya feel tak sama kalau tengok stationery secara visual dengan secara real. Lagipun, kena menunggu lepas tempah. Huwarggghhh...Uhrmm, macam ni laa kalau tak reti nak bersabar sekejap. Tehee. Tapi, In Shaa Allah, suatu hari nanti memang akan beli secara online juga sebab ada beberapa jenis alat tulis yang sukar nak dapat kat Labuan dan Kota Kinabalu.
Sebut mengenai Kota Kinabalu, tempat yang selalu saya beli alat tulis adalah Eaton, Popular, Times, dan Kaison. Ada satu kedai alat tulis atau drawing supply kat area bandar Kota Kinabalu yang boleh tahan buat hati tak tenteram. Wahahaha... In Shaa Allah akan ke sana tahun ni. Nama kedai tu Salt X Paper Stationery. Alamatnya, Lot A, Ground Floor, No.51, Jalan Gaya, 88000 Kota Kinabalu. So, kena sedia duit berkapuk kapuk. Wahahaha! #Kiddinglahh. Oh ya! Kalau tak silap, alat tulis Salt X Paper ada jual secara online juga kat www.saltxpaper.com. Nanti, bila saya dah check it out, saya kongsikan kat blog, OK!.
Baiklah, mari saya teruskan perkongsian mengenai ball point pen yang saya ada setakat ni.
KOLEKSI BALL POINT PEN
Stabilo Galaxy 818 Medium Ball Point Pen
Saya suka ball point pen yang tebal macam 0.7 atau 1.0 macam tu. Sejak zaman sekolah menengah lagi, memang suka sangat menulis guna ball point pen tebal sebab saya suka bold. Tak suka huruf tu nampak nipis. Saya rasa ia lebih kemas dan jelas sebab warna ball point pen yang tebal biasanya memang terang. Salah satu ball point pen yang menjadi kegemaran saya sejak zaman sekolah ialah Stabilo Galaxy 818 Medium Ball Point Pen. Stabilo 818M ni saiz dia 1.0mm. Memang wajib ada dalam beg pensil masa sekolah dulu! Dan, saya suka guna warna biru berbanding hitam sebab garisan kertas kan dah hitam. Tehee... Rasa macam tak menonjol kalau tulisan hitam, garisan pun hitam kann... Kalau dulu ada kertas yang garisan dia kelabu ke, haa smart juga lahh guna hitam!
So, kenapa saya suka pen ni?
- Rekabentuk dan Penambilan - Material plastik yang digunakan pada pen ni nampak berkilat, lut sinar dan berkualiti. Perasan tak? Plastik yang digunakan susah nak pecah misalnya terpijak ke kan, terjatuh ke...Saya tak sure dia guna jenis plastik apa tapi, kalau zaman sekolah dulu kan, bila saya gatal tangan nak bengkok kan penutup pen, plastik dia macam elastik. Macam ada campuran getah macam tu.
- Keselesaan ketika menulis - Perasan tak kat tempat kita pegang pen guna jari (zon cengkaman/Grip zone), ada lengkungan? Kawasan melengkung tu direka khas untuk cengkaman yang selesa dan lebih baik. Bahan plastik berkilat yang digunakan secara tidak langsung membuatkan permukaan kulit pada jari begitu lembut ketika memegang pen ni sambil menulis. Selain tu, kita tak perlukan tenaga yang banyak untuk mengerakkan pen. Tak perlu tekan sangat sebab bebola pada mata pen tu sangat licin ketika menulis.
- Warna - Warna dakwat Stabilo Galaxy 818M ni seakan gelap. Terang yang sederhana membuatkan tulisan nampak lebih jelas. Hanya ada 3 warna asas iaitu biru, hitam dan merah. Sudah tentu saya ada ketiga tiga warna sebab, biru untuk menulis, merah untuk membuat garisan (kotak, jadual dan sebagainya), manakala warna hitam pula saya gunakan untuk buat point atau bullet. Kadang kala saya akan guna hitam kalau nota tu saya perlu letakkan notepad. Notepad biasa saya suka guna yang warna kuning, jadi...saya suka gunakan pen berdakwat hitam agar tulisan lebih jelas di atas kertas.
- Mata Pen - Bebola pen sangat licin dan sangat lancar ketika menulis. Bersaiz 1.0mm.
- Harga - Murah sangat tapi berkualiti!
Tapi pen ni tetap ada kelemahan. Tehee. kelemahan pen ni?
- Kita tak dapat tak tahu dakwat kat dalam pen tinggal berapa banyak sebab katrij dakwat tak lut sinar. Jadi, saya suggest, bawa extra kalau suka guna pen ni untuk menulis. Nanti mood mencatat pun hilang bila pen kegemaran tak ada masa kelas. Betul tak betul?
- Satu lagi, pen ni jenis guna penutup. Kalau penutup dia hilang, dah tak beeessttt... Huuhuu...
- Tak ada tekstur di permukaan grip zone atau zon cengkaman. Ada kemungkinan jari akan tergelincir semasa menulis terutamanya ketika menulis dalam jangka masa yang lama.
Faber-Castell Speedx 10 ball point pen
Jenis ball point pen kedua yang saya ada ialah Faber-Castell Speedx 10 ball point pen. Jenama Stabilo dan Faber-Castell yang berasal dari Jerman ni, sememangnya jenama yang tidak asing dalam Malaysia. malah seluruh dunia. Kann? Sudah tentu saya ada. Wahahaha... Tapi tak semua saya suka pakai untuk ball pen jenama Faber-Castell. Lagipun saya belum cukup explore lagi alat tulis jenama ni. Ada beberapa jenis ball point pen jenama Faber-Castell yang saya kurang guna untuk menulis nota atau karangan. Sebab majoriti dakwat ball pen jenama ni bleeding. Dakwat keluar terlebih semasa menulis. Dakwat nampak basah. Bagi saya ia nampak tak berapa kemas. Tapi, kalau setakat nak menconteng dan mencatat nota guna Faber-Castell, saya okay je. Walaupun begitu, kalau Faber-Castell, saya suka gel pen dia kalau untuk menulis.Antara saya dan Mr.Bee, Mr.Bee memang peminat pen Faber-Castell yang kelihatan basah ni. Wahahaha....katanya, smooth semasa menulis. Itu saya mengaku, Ball point pen Faber-Castell memang win. Memang smooth. Cuma saya tak suka rupa tulisan saya jadi lain. Wahahaha... atau maybe perasaan saya je laa kot. So, apapun komen saya mengenai ball point pen kat blog post ni, ia merupakan pendapat peribadi saya. Saya sure, memang ada yang saya suka, tak semestinya orang lain suka. Tulisan masing masing pun memang dah berbeza kan. Tehee... Normallah.
Saya suka design dia. |
Jadi, pen jenis ni, saya ada 6 batang. 3 warna biru, 2 warna merah dan 1 warna hitam. Saya rasa, saya tak akan tambah lagi pen jenis ni kecuali yang jenis gel tu. Cukup dulu yang saya ada sekarang. Tapi, kalau nampak ada design lain, saya rasa, saya akan beli lagi. Wehehehe...
So, apa yang menariknya Faber-Castell Speedx 10 ball point pen?
- Rekabentuk dan penampilan - Pada pendapat saya, rekabentuknya smart. Nampak expensive dan nampak lasak juga. Sama macam pen stabilo yang saya cerita kat atas, pen ni ada penutup yang disertakan dengan klip tapi klip dia lebih grip dari stabilo galaxy 818m. Boleh sangkutkan kat buku atau poket. Sekiranya nak masukkan dalam beg sekalipun, boleh klip kan pen kat poket yang ada dalam beg. Jadi, senang nak cari bila kita perlukan pen. Sebab kalau perempuan yang kerja dalam ofis, yang suka pakai baju kurung, kebaya dan seumpamanya dia jarang ada poket. Memang akan simpan dalam beg. Bentuk pen ni agak besar/fatty/gemuk. Sesuai juga untuk orang yang mempunyai tangan yang besar. Senang nak pegang.
- Cushion Tip - Pen ni juga telah direka khas bersama cushion tip di mana di hujung pen telah disediakan satu spring agar kita lebih selesa menulis. Tolakkan spring di hujung belakang pen agak kencang sehingga mata pen tidak mampu untuk tertolak walau macam mana menekannya kita semasa menulis.
- Refillable - Kalau korang buka pen ni dan tengok rekabentuknya kat dalam, katrij dakwatnya agak istimewa selain dari lut sinar di mana kita boleh melihat dakwat yang tinggal dah sampai mana. Senang nak bersedia untuk bawa extra pen pergi exam ke, nak pergi kursus ke apa kann... Katrij dia jenis yang boleh refill. Sama macam gel pen dia. Ada gel kat atas dakwat. Dakwat dia actually licin tapi pada pendapat saya warna dakwat dia tak cukup terang. Saya nak lagi terang. Wahahaha...
- Warna - Faber-Castell Speedx 10 ball point pen ni mengeluarkan 4 jenis warna iaitu biru, merah, hitam dan juga hijau.
- Mata Pen - Bersaiz 1.0mm.
Kalau beberapa hari tak guna pen ni, then kita nak gunakan semula dakwat dia akan terkeluar lebihan tau. So, kena pastikan tulis atau conteng kat paper lain terlebih dahulu. |
Kelemahan pen ni?
- Penutup kemungkinan ada peluang hilang Wahahahaha! Saya jenis tak suka kalau penutup pen dah hilang. Saya rasa sakit mata. Hhuhu... So, saya memang akan jaga. Masa buka penutup pen, pastikan masukkan kat kepala pen supaya menghindarkan dari kehilangan penutup pen. Tehee. Pen tanpa penutup atau pelindung, bila terjatuh ke lantai dan terkena permukaan mata pen dia, ia akan rosak. Bebola pen tu akan tercalar atau mungkin dah tak boleh nak berpusing seperti biasa. Pernah ada pengalaman macam ni kan? Pen rosak selepas jatuh atas lantai especially lantai simen. Lagipun, pen tanpa penutup ni, bila kita mengalami pen yang bocor, habis pen yang lain terlibat sama. Kalau ada penutup, sekurang kurangnya, pen lain selamat laa... Kan?
Faber-Castell Click X7
Pen seterusnya, pen ketik Faber-Castell. Sebenarnya saya bukan peminat pen ketik..Uhrmm rasanya ada orang panggil pen tekan. Ke ada orang panggil pen ni, pen klik klik? Wehehe... Teringat masa zaman sekolah, pen ni buat cikgu hilang sabar sebab biasa budak sekolah kalau boring ke, resah ke, tak ada idea ke, memang pen ni jadi mangsa laa... buat ketik ketik kan? Wahahaha... Biasanya, kalau saya terlupa atau tertinggal pen kat dalam kereta (sebab tak bawa beg - beg I mustahil tak ada pen. Wahahaha...), saya akan cari dan beli pen kat mana mana kedai berhampiran untuk menulis. Memang malas la kan nak patah balik ke tempat letak kereta demi nak ambil sebatang pen. Kalau dah nak cepat, biasa main rembat je mana mana pen. Dah tu, taknak satu pula, mesti ada biru, merah dan hitam. Tehee... tu sebabnya, saya ada pen ketik ni. Saya beli je. Asal ada pen. Kadang tak tengok pun, 0.5 atau 0.7. Sebab nak mencatat je. Bukan nak melawa lawa pun nota tu.Bila tengok dua tiga kali, comel juga pen ni kan? Kekekeke... |
Saya terkejut juga Faber-Castell Click X7 ni best gilerr guna menulis! Lebih best dari Faber-Castell Speedx 10. Walhal, yang ni murah je. Saya suggest kat budak sekolah, guna yang ni sebab tulisan akan kemas dan cantik. Ada saiz 0.5 dan 0.7. Kalau 0.5, so nama dia Faber-Castell Click X5 laa... bukan X7. Lagipun, pen ni tak risau penutup hilang. Tehee... Dari tadi I asyik sebut penutup kan? Haa tu maksudnya, I memang taknak pen saya hilang penutup. Wahahaha...
So, kenapa agaknya saya suka pen ni? Kalau Faber-Castell mengeluarkan jenis pen macam ni warna warni, confirm sure saya akan beli!
- Rekabentuk dan penampilan - Ringkas dan ringan. Kalau part design, saya tak ada nak komen banyak sangat sebab, jujur saya cakap design dia biasa biasa sahaja. Tapi, pen ni bagus kat part lain.
- Keselesaan ketika menulis - Keringkasan pen ni membuatkan kita rasa sangat selesa ketika menulis. Dia ada menyediakan grip zone juga cuma tak ada getah laa... Just ada texture garisan kat bahagian jari yang mengelilingi bentuk silinder pen tu. Ink dia smooth dan tak ada menunjukkan sebarang masalah tembus belakang kertas. Cuma, warna dakwat pen ni tak seterang Stabilo.
- Klip - Macam biasa, pen ni pun ada klip cuma tak ada penutup.
- Mata Pen - Bebola dia smooth sangat. Bila kita menulis satu perkataan, nak ada ending berekor kat hujung huruf, pen ni perfect! Opacity menghilang dia nampak tau hujung tulisan tu.
Warna dakwat dia lembut je. Kalau Mr.Bee, dia tak suka warna lembut macam ni. Dia rasa macam tak puas menulis katanya. |
Part kelemahan pen ni?
- Maybe kalau untuk pelajar atau pekerja yang suka pen yang bergaya, memang rekabentuk dia tak win laa. Kelemahan lain? bising bila kita ketik. Waahahahaa! Tapi masa kita ketik, dia tak berapa lancar tau. Dia sangkut sangkut laa sometimes.
- Zon cengkaman dia tak ada getah.
Paper Mate InkJoy
Seterusnya, Paper Mate. Saya jarang beli jenama Paper Mate. Dari zaman sekolah lagi memang suka Stabilo dan Faber-Castell. Dua jenama ni je laa pusing pusing dalam hidup saya masa sekolah. Masa tu tak boleh nak explore stationery sangat sebab pen RM4 pun dah rasa mahal. Masa kat Kota Kinabalu, jalan jalan kat Popular Book Store tapi saya tak ingat pula cawangan mana. Mungkin kat Center Point kot. Masa tu Popular masih ada kat CP, KK. Sekarang dah tutup. Sejak tahun lepas sekitar bulan Ogos atau September rasanya. Jadi, tinggallah Kedai buku dan alat tulis Eatons sahaja kat Center Point, KK, Sabah sekarang.
Ni je laa ball point pen jenama Paper Mate saya. |
Bila nampak Paper Mate InkJoy ni kat Popular book store, saya tertarik dengan rekabentuk dia. Paper Mate Inkjoy yang saya beli ni ball point pen bewarna. Maksud bukan sekadar warna asas macam hitam, biru dan merah tapi ada warna lain juga. Saya ada tiga jenis Paper Mate InkJoy;
- Paper Mate InkJoy 100 0.7 F C (Ada 4 warna - Biru cerah, oren, Ungu dan Pink)
- Paper Mate InkJoy 300 0.7 F
- Paper Mate InkJoy Stylus (Yang ni saya dapat percuma sebab beli Paper Mate InkJoy 0.7 F C 4 warna)
Mata pen dia jenis needle. |
Paper Mate ni ada ciri ciri tersendiri. Saya suka! Ada part yang saya sangat suka dengan Paper Mate ni. Salah satunya adalah logo Paper Mate tu sendiri. Alaaa comelnya. Double love kann...
Tengok logo dia...Sukaaa...haaa itulah THE POWER OF LOVE. Tehee... |
Paper Mate InkJoy Stylus
Pen ni saya dapat percuma. Masa tu, cuma ada warna pink. Actually, dia ada beberapa warna lain. So, apa yang menarik dengan ball point pen ni?
Saya suka design pen ni cuma, bagi saya penutup dia nampak biasa je. |
- Rekabentuk dan penampilan - Material yang digunakan adalah plastik tapi berbeza dengan plastik Stabilo Galaxy 818M. Plastik Paper Mate InkJoy ni dia menggunakan plastik yang nampak lebih keras. Misalnya ada retak pada permukaan pen, retakkan tu akan nampak jelas dan nampak berkilat. Kalau plastik Stabilo Galaxy, boleh retak juga tapi susah sikit laa... So, maksud kat sini plastik pen Stabilo Galaxy lebih berkualiti. Tapi, Plastik pen Paper Mate InkJoy still cantik dan glowing. Cantik! Pen InkJoy Stylus ni, disalut lagi dengan warna metal dari dalam. Kenapa dia salut warna metal tu kat dalam pen? supaya warna metal tersebut tidak calar. Terlindung dari plastik pen tersebut. Tanpa warna metal tersebut, pen tu cuma lut sinar. Kita boleh nampak katrij dalam pen.
- Berbentuk Segi Tiga - Pen ni berbentuk segi tiga. Zaman sekarang, pen berbentuk segi tiga memang dah semakin banyak. Bentuk segi tiga membuatkan kita senang nak pegang pen tu. Masa menulis pun akan rasa selesa sebab permukaan pen rata. Ada bezakan kalau kita menulis menggunakan pen bentuk silinder berbanding segi tiga? Paper Mate ni, badan pen tak terlalu gemuk dan tak juga terlalu kurus. So, pegang pen ni rasa lebih grip. Kalau terlalu kurus, tak seronok nak menulis lama lama.
- Touch Pen - Haaa...Paper Mate Stylus direka khas bersama dengan touch pen. Selain dari boleh menulis atas kertas, pen ni boleh digunakan untuk menulis di smartphone kita.
- Warna - Ada pelbagai warna; hitam, ungu, biru cerah, hijau, biru terang dan pink.
- Keselesaan - Saya tak pasti kenapa, saya rasa masa menulis menggunakan pen ni, terasa macam menulis atas span atau kapas. Mungkin ada spring kat dalam atau pun mungkin sebab bentuk mata pennya.
- Klip - Penutup pen ada klip sama macam yang lain.
Bentuk segi tiga dan bucu pada segi tiga tidak tajam. |
Kelemahan Pen ni ada jugaa...
- Salah satunya adalah pen ni tak boleh refill. Kalau habis, kita tak dapat nak tukar katrij dengan katrij yang lain. Mungkin ada cara nak buka tapi saya rasa akan ada yang rosak lepas buka nanti. Nanti dah tak cantik.
- Tak ada zon cengkaman. Pen ni direka straight dengan bentuk segi tiganya sahaja. Tidak disediakan getah mahupun tekstur pada zon memegang pen.
Paper Mate InkJoy 300 0.7 F
Saya rasa pen 300 0.7 F yang saya ada ni dah tak ada dijual. Saya rasalah. Sebab ni cetakan atau corak dah lama. Mungkin sekarang dah tukar dengan rupa/corak baru pula. Pen saya ni, warna je biru tapi dakwat dia pink. Wehehe...
Paper Mate InkJoy 300 0.7 F |
Mari baca kelebihan pen ni;
- Rekabentuk dan penampilan - Dia ada corak bubble dan berbentuk silinder kecuali dibahagian grip zone. Corak cetakan pada pen bewarna; gabungan warna biru gelap, putih dan biru cerah. Logo dicetak dengan warna putih agar lebih menonjol. Badan pen bukan lut sinar tetapi di bahagian kepala pen, lut sinar. Kali ni, pen ni boleh buka katrij dari atas pen. Saya suka design klip dia. Lurus je tak ada lengkuk.
- Grip Zone - Pen ni ada grip zone. Diperbuat daripada getah dan direka dengan bentuk segi tiga dibahagian grip zone sahaja. Part ni yang saya suka.
- Keselesaan menulis - Menulis menggunakan pen ni lebih lancar dan licin berbanding dengan Paper Mate Stylus. Dakwat dia pun nampak lebih terang.
- Mata Pen - Berbentuk lebih runcing dan tajam. Bersaiz 0.7mm.
- Warna - Ada menyediakan warna asas; hitam, biru dan merah. Warna lain; Pink, hijau, biru cerah, ungu dan oren.
Kelemahan pen ni;
- Tak dapat tengok sukatan dakwat sebab katrij bukan lut sinar dan macam biasa kebarangkalian kehilangan penutup pen tu ada. Wehehehehe....
Paper Mate InkJoy 100 0.7 F C
Kelebihan Paper Mate InkJoy 100 0.7 F C?
Saya suka design atas pen ni. Gabungan bulat dan segi tiga. Membuatkan kita boleh nampak gabungan dua jenis warna yang sama tetapi berbeza rupa. Ehh...faham tak maksud I ni? Hhuhu... |
- Rekabentuk dan penampilan - Reka bentuk hampir sama dengan Paper Mate Stylus cuma kali ni tak ada salutan warna metal. Ia hanyarekaan ringkas dengan plastik lut sinar yang membenarkan kita melihat katrij dalam pen. Cuma, katrij bukan lut sinar, Jadi, dakwat tak nampak. Plastik pen yang berkilat kelihatan seperti warna neon. Terang.
- Segi Tiga - Berbentuk segi tiga dari atas pen hingga ke bawah tetapi bucu segi tiga disengajakan tidak terlalu tajam. Ia kelihatan seperti bulat dibahagaian bucu segi tiga tersebut. Penutup pen pula tetap kekal berbentuk silinder. Pen ni adalah gabungan silinder dan segi tiga.
- Mata Pen - Tajam dan bersaiz 0.7mm.
- Warna - Pink, biru cerah, oren dan Ungu. Mungkin sekarang ada warna tambahan lagi.
Kelemahan pen?
- Saya rasa pen ni kurang selesa untuk digunakan menulis dalam jangka masa yang lama sebab mata pen kurang smooth. Saya rasa ia agak kasar seolah olah sedang menulis di atas pemukaan kertas yang kasar.
- Sama macam Paper Mate InkJoy Stylus. Pen ni tak ada zon cengkaman. Walaupun bentuknya segi tiga, bagi saya masih tak cukup kalau tak ada tekstur atau getah di grip zone.
Okay! Cukup dulu saya kongsikan 6 jenis ball point pen dari koleksi saya kat halaman ni. Saya akan kongsikan ball point pen saya seterusnya di halaman kedua. Nantikan.
Terima kasih sebab membaca.
Semoga bermanfaat.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism