Assalammualaikum
Readers and Bloggers!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋
Dulu ada,
sekarang ada, nanti pun ada…
Dulu :
Dulu saya pernah dengar yang pak cik saya pernah buat perniagaan dan rugi. Jadi saya tak
nak la. Nanti rugi sia-sia saja.
Dulu saya pernah gagal dah. Tak payah la cuba lagi, tak kan dapat punya. Saya memang tak layak
lah.
Dulu saya pernah juga kena jemput untuk buat perkongsian. Sekali tak ada sambutan. Buat
malu je. Saya tak nak lah pergi lagi. Buat malu!
Sekarang :
Sekarang saya sedang belajar supaya saya pandai.
Sekarang saya mencuba sebab selagi saya tak cuba saya tak tahu saya ni boleh ke tidak.
Sekarang saya nak buat persiapan.
Nanti :
Nanti saya nak jadi doktor. Boleh lah selamatkan orang.
Nanti saya akan menjadi salah seorang yang terkaya.
Nanti dia tu akan gagal punya. Habis lah dia.
Sebenarnya,
apa yang menentukan pencapaian kita? Saya pernah mendengar sebuah cerita
dongeng. Cerita tentang Tuhan yang bermuka dua. Tuhan itu berada di dalam hutan
yang gelap dan menyeramkan. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang sedang
memburu di dalam hutan tersebut lalu sesat. Dalam mencari jalan pulang, lelaki
itu terserempak dengan Tuhan bermuka dua. Tuhan bermuka dua lalu menegur lelaki
itu.
Tuhan
bermuka dua : “Wahai manusia! Apa yang kau buat di sini?”
Lelaki : “Aku
tersesat..apakah engkau ini sebenarnya?”
Tuhan
bermuka dua : “Hahahaha..Aku adalah Tuhan bermuka dua..”
Rupa Tuhan
bermuka dua itu adalah seperti batu. Batu yang berukir wajah manusia padanya.
Batu tersebut mempunyai dua muka. Di belakang dan di depan mempunyai wajah.
Lelaki : “Kenapakah
engkau mempunyai dua muka?”
Tuhan
bermuka dua : “Muka ku di belakang akan melihat masa silam mu..aku tahu apa
yang pernah terjadi kepada mu sebelum ini..”
Lelaki : “Muka
engkau yang di depan?”
Tuhan
bermuka dua : “Muka ku di depan boleh melihat masa depan mu..Hahaha..aku tahu
apa akan terjadi kepada mu selepas ini..”
Lelaki itu
diam..lalu bertanya lagi..
Lelaki :
Jika engkau tahu, tentang masa silam dan masa hadapan, bagaimana pula sekarang?”
Tuhan
bermuka dua : “Sekarang…?”
Lelaki : “Tidak
kah engkau tahu apa yang sedang berlaku sekarang? Bukankah yang menentukan
segalanya adalah sekarang? Bukan dulu dan nanti.. tapi sekarang!”
Tuhan
bermuka dua tidak pernah tahu apa-apa yang terjadi sekarang. Kerana dia hanya
melihat dua perkara iaitu dulu dan nanti. Dia tidak pernah tahu dia berada
dalam keadaan yang seperti apa di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan.
Korang dapat tak mesej yang disampaikan melalui entri ini kali ini? Dapat tak korang faham dengan cerita dongeng di atas?
Yang
menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa silam kita. Masa silam
itu biarkan di belakang dan tinggalkan sebagai kenangan. Jadikan pengajaran
kesilapan lalu.
Yang
menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa depan kerana kita
masih tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Kita mampu berangan-angan dan
memasang impian. Memang wajar untuk kita lakukannya tetapi untuk merealisasikan
impian bukanlah dengan berkhayal semata-mata dan tidur lalu dibuai mimpi!
YANG
MENENTUKAN SIAPA KITA ADALAH SEKARANG! Apa yang kita lakukan sekarang adalah
pencapaian kita kelak.
Jangan
tunggu jika ada peluang depan mata! Jangan tunggu jika Tuhan sudah memberi kita
rezeki! Jangan tunggu. Jangan NANTI tapi SEKARANG!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
Follow my blog with Bloglovin 💋