SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 31 Julai 2012

Optimis vs Pesimis


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,



Apa itu PESIMIS? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pesimis ialah orang yang bersikap PESIMISTIK. Pesimistik ialah bersikap atau berpandangan mudah putus harap (cenderung melihat keburukan sesuatu, sentiasa berasa kecewa atau hilang kepercayaan terhadap sesuatu).

Apa itu OPTIMIS? Optimis ialah sikap seseorang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu (perkembangan, kemungkinan dan lain-lain) atau orang yang selalu melihat sesuatu masalah dan lain-lain dengan jangkaan atau harapan baik.

Mungkin sudah ramai yang tahu..UNTUK MENJADI SEORANG YANG BERJAYA, seseorang perlu menjadi seorang yang optimis terlebih dahulu. Bersikap optimis ialah salah satu tips menuju kejayaan.

Terdapat beberapa perbandingan (Metafora) yang digunakan untuk membezakan antara orang yang optimis dengan orang yang pesimis. Orang yang optimis melihat cahaya yang terang di penghujung terowong, sebaliknya orang yang pesimis melihat cahaya lampu dari kereta api yang datang. Orang yang optimis percaya di sebalik awan terdapat garisan perak, sementara orang yang pesimis hanya melihat tanda-tanda yang dihasilkan selepas hujan. Orang yang optimis melihat donat (sejenis makanan) tetapi orang yang pesimis melihat pada lubangnya!

Jadi, apakah kita seorang yang optimis? Atau Pesimis? Saya tahu, ramai dalam kalangan korang adalah optimis!

Untuk menjadi seorang yang OPTIMIS pada permulaannya mungkin sukar jika kita adalah sejenis manusia yang rapuh. Tetapi, tidak ada di dalam dunia ini, lahirnya seorang bayi terus pandai berjalan. Hehe! Yes! Tidak dinafikan bahawa memang ada insan yang memang sudah dianugerahkan personaliti optismis dalam diri mereka. Namun, perlu diketahui... personaliti seseorang itu bukanlah muktamad tetapi boleh diperolehi. Boleh dipelajari dan boleh dilatih! Yang penting hanya KEMAHUAN untuk berubah.

Tips untuk menjadi seorang optimis adalah seperti berikut :

  1. Berfikir secara positif.
  2. Percaya setiap apa pun keputusan adalah yang terbaik.
  3. Bersyukur dan berterima kasih dengan apa yang kita ada.
  4. Hargai apa pun yang kita ada.
  5. Sentiasa melakukan tindakan untuk kebaikan.
  6. Berlapang dada.
  7. Bersabar.
Jika kita baru nak belajar untuk optimis, mungkin dalam masa 24 jam memang sangat sukar. Mungkin kita akan terasa berat dan masih melakukan kesilapan dalam perjalanan menjadi insan yang optimis. Tetapi jangan risau, pesimis akan beransur hilang. Berlatihlah setiap hari. Bersabarlah dalam menuju ke arah kebaikan dan kejayaan. Tidak cepat mahupun lambat, tepat masanya akan tercapai!

Jika tips di atas masih tidak membantu, Tips ini mungkin akan terkesan dalam diri kita.

PERCAYA BAHAWA SIKAP PESIMIS ADALAH KEROSAKAN DAN SEJENIS PENYAKIT SEPERTI VIRUS. KITA HARUS MEMPUNYAI ANTI-VIRUS BERNAMA OPTIMIS UNTUK HIDUP LEBIH BAHAGIA DAN TENANG DIMANA PUN KITA BERADA. APA PUN YANG KITA BUAT.

Kadang-kadang,ada insan yang perlukan cara motivasi begini...iaitu dengan menanamkan kebencian atau ketakutan yang positif. Ini akan membantu untuk mereka berubah ke arah kebaikan (Membenci diri sendiri yang pesimis maka dia akan bangun untuk menjadi optimis).

P/s : Jika kita malas, lawan dengan rajin! Meski nampak remeh dan kecil, ia tetap sejenis perjuangan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Isnin, 30 Julai 2012

Perbezaan antara KENAPA dan BAGAIMANA

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Erk! -Gambar Hiasan- HAHA.

Bunyi tajuk di atas seperti mata pelajaran Bahasa Malaysia pula kan? Hehe..Sebenarnya saya pernah terbaca tentang ni dalam sebuah buku ketika zaman saya rajin melepak kat Perpustakaan Awam. Buku tu kategori motivasi. Salah satu topik dalam buku tu ialah “Jangan tanya kenapa tetapi tanyalah bagaimana..”

Tajuk tu menarik perhatian saya. Jadi, saya baca. Bila fikir-fikir balik, BETUL JUGA! Buat apa kita sibuk-sibuk nak tanya kenapa. Kan bagus kalau kita tanya bagaimana.

Perasan atau tidak, rutin harian kita yang sama tetap membuat kita melakukan kesilapan dan kadang-kadang muncul masalah yang tidak diduga ,kan?

Cuba kita fikir dan imbas kembali saat kita mengalami sesuatu masalah tersebut. Adakah kita akan bertanya pada diri kita atau orang lain “Bagaimana untuk selesaikan perkara ini?” atau “Ada idea tak untuk selesaikan hal ni?”

Atau pun kita akan mengeluarkan soalan “Kenapa boleh jadi begini?” atau “kenapa kamu lakukan itu hingga hal ini berlaku?”

Cuba kita periksa! Wajarkah kita untuk bertanya “Kenapa” saat kita perlu menyelesaikan masalah tersebut? Kenapa kita perlu mencari sebab dan ingin tahu kesilapan orang atau diri sendiri atas perkara yang sudah berlaku? Masalah sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Sekiranya kita tahu kenapa orang lain melakukan itu, adakah masalah akan selesai setelah mereka menceritakannya kepada kita?

Memang tidak salah sekiranya kita bertanyakan “kenapa” tetapi, sekurang-kurangnya, kita tanyakan lah dahulu soalan yang boleh membantu masalah selesai sebelum mendengar jawapan kenapa. Tidak penting soalan kenapa melainkan hanya “kenapa” yang akan membuat kita dapat menyelesaikan masalah!

Kadang-kadang saya hairan kebanyakkan orang akan selalu bertanya “Kenapa” berbanding “bagaimana”. Lebih kerap bertanya "kenapa" untuk menyerang atau mengkritik atau nak menunjukkan yang itu salah. Bukan untuk membantunya menyelesaikan masalah dan bukan juga untuk memberitahunya cara yang betul agar tidak berlaku sedemikian lagi kelak.

Kadang-kadang saya hairan juga jenis orang yang selalu bertanya “Kenapa saya boleh buat macam tu?” berbanding “Bos, bagaimana caranya untuk saya membaiki keadaan yang sudah berlaku atas kesilapan saya?”

Saya pasti korang mesti pernah alaminya,contohnya...kita dan bos di tempat kerja kita. Apabila bos tanya, kenapa kita lakukan seperti itu, lalu kita jawab secara jujur, kita tetap ‘ditembak’ lagi malah ‘disembur dakwat sotong’. HAHAhaha.

Selain itu, bila kita fikirkan dari segi psikologi, soalan “kenapa” tidak pernah membantu kita untuk bersemangat menyelesaikan masalah. Malah membuatkan kita bertambah merasa bersalah! Sudah merasa bersalah merasa menyesal tidak sudah!

Apa kata kita soal pada diri kita, “Bagaimana untuk aku tidak melakukan ini lagi?” bukankah secara automatik  kita akan bangun dan terus tidak melakukannya lagi? Secara tidak langsung tercoret dalam minta satu azam baru dan pengajaran untuk kesilapan lalu.

Warning! Walau bagaimanapun, penggunaan KENAPA, boleh digunakan untuk mencapai impian. Berbanding menggunakan BAGAIMANA.

Penggunakan BAGAIMANA adalah istilah yang hanya sesuai untuk menyelesaikan masalah bukan mencapai impian.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Sabtu, 28 Julai 2012

Keluh Kesah Itu Merugikan

Assalammualaikum Bloggers Dan Readers,




Apa yang kita nampak dari gambar kat atas? Apa yang korang nampak? separuh penuh atau separuh kosong? Biasanya kalau kita nampak yang separuh kosong bermaksud tidak bersyukur. HAHAha. Just kidding.

Misalnya kita nampak separuh penuh bermaksud kita berkata dalam hati, "Tak penuh satu gelas tu tak apa, dah ada tu bersyukurlah daripada tak ada langsung nak minum..macam mana kalau gelas tu kosong?"

Saya saja-saja nak kongsi dalam blog ni tentang pandangan saya mengenai gambar kat atas. Diumpamakan kita dalam kehidupan ni, ada salah, tidak ada pun salah. SERBA TIDAK KENA! Bukan nak bercakap tentang orang luar semata-mata tetapi ini adalah kenyataan dan saya sendiri pernah melaluinya. Saya pun pernah merasanya dan bila tersedar baru saya tahu baik buruknya. Jadi, Entri ni saya coret untuk saya jadikan peringatan kita bersama :)

Sebenarnya, apabila saya lihat gambar di atas, saya terfikir tentang sesuatu iaitu KELUHAN, RUNGUTAN, ITU TIDAK KENA dan INI TIDAK KENA! Senang nak cakap, CEREWET? Mahu yang terlalu SEMPURNA?

Bila difikirkan semula, wujudkah yang sempurna dalam hidup kita? TIDAK.

Lapar merungut, kenyang merungut...
Mengantuk merungut, tertidur merungut...
Panas merungut, sejuk merungut...
Cuaca panas terik merungut, cuaca hujan pun merungut...

Hidung tidak mancung mengeluh..
Pipi tembam mengeluh..
Muka tak cantik mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak dianugerahkan Tuhan dengan muka?

Bila tubuh badan tinggi, mengeluh..
Bila tubuh badan pendek mengeluh..
Cuba bayangkan sekiranya kita tidak ada tubuh badan?

Gaji rendah merungut, gaji sederhana merungut...
GAJI BESAR pun merungut?
Cuba bayangkan sekiranya kita bekerja tanpa gaji?
Ingat lagi tak zaman dulu? Hamba yang dikerah tenaga tanpa apa-apa bayaran?

Apabila kita mengeluh dan terus mengeluh sepanjang hari, setiap saat, minit , jam...setiap hari, minggu dan berbulan-bulan, tidakkah kita sudah kerugian? Kita sudah membuang masa dengan berfikir itu dan ini yang membuat kita sendiri pusing kepala.

Sekiranya kita sering mengeluh dan merungut tentang perkara-perkara kecil dan remeh dalam rutin harian kita, ianya akan menjadi kebiasaan kita dan kita kelihatan seperti tidak menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin kita mahukan yang sempurna tetapi, kita perlu sedar kerana jika tidak ada itu, kita tidak akan seperti sekarang.

Saya menulis seperti ini bukan bermakna saya mengatakan kita tidak wajar untuk mencari yang lebih baik. kadang-kadang, sesetengah perkara kita tidak perlu untuk merungut. Ada sesetengah perkara, apabila dibiarkan begitu sahaja, kita tidak akan ada kemajuan.

Berusaha untuk mendapat yang lebih baik adalah lebih wajar dan Tuhan tidak pernah mengatakan tidak boleh tentangnya. Tetapi apabila segalanya serba tidak kena, segala yang dianggap lebih baik itu menjadi tidak mengembirakan. Hati kita tidak gembira dengan rungutan sendiri. Segalanya menjadi negatif walaupun sebenarnya, perkara itu tidak lah buruk mana :)

Hidup kita sangat singkat untuk mengeluh perkara yang terlalu kecil dan remeh.

Cara untuk tidak merungut dan mengeluh. Ingat ayat di bawah :

Hadis Rasulullah - Rasulullah Bersabda : "Demi yang diriku ada di tanganNya, tidaklah Allah menetapkan suatu takdir bagi orang mukmin , melainkan takdir itulah yang terbaik baginya. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan jika ditimpa mudarat dia bersabar dan itu merupakan kebaikan baginya, dan yang demikian itu tidak terjadi kecuali bagi orang mukmin" (Riwayat Muslim dan Ahmad)

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Happy Birthday My Beloved BEST FRIEND!

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia!

Entry ni saya tulis KHAS untuk seorang insan yang bergelar sahabat! Lama tak jumpa dia tapi tetap ada dalam hati saya sentiasa!

Gambar dulu-dulu : Tahun 2008 selepas tamat SPM datang ke sekolah saja-saja buat lawatan.
Saya nak imbas kembali zaman-zaman saya dan dia dulu-dulu zaman sekolah. Hehe.. Saya start rapat dengan dia masa tingkatan empat. Saya panggil dia Lnda. Dulu, Lnda seorang pelajar TOP. Memang pandai dan selalu dapat nombor satu. Takdir dah temukan saya dengan Lnda dan menjadi sahabat walaupun saya tidak sehebat Lnda.

Alhamdulillah! Walaupun saya bukan lah pelajar yang pandai dan bijak sangat tapi sejak saya kawan dengan Lnda, saya sedar belajar tu penting. hehe.. walaupun, tidak dapat nak nafikan, kami berdua kadang-kadang buat nakal juga.

Dulu, di mana ada Lnda, ada lah saya. Di mana ada saya, ada lah Lnda. Oleh hal yang demikian, Lnda dan saya digelar kembar. Dua-dua pun pakai baju biru. hee...


Lnda seorang yang aktif. Macam-macam aktiviti yang dia join. Bangga dapat kawan macam Lnda. Bila Lnda tak datang sekolah, Aku memang malaaaaas betul nak datang juga. HAHA. Kadang-kadang tu aku datang juga la.. tapi perasaan boring sangat-sangat bikin aku pusing! T_T Borak dan stay dengan kawan-kawan lain tak sama macam lepak dengan Lnda =)

Pernah dulu, Lnda berpindah ke sekolah lain! oh TIDAK! Walaupun untuk kebaikan Lnda, saya tetap tak dapat terima dan merasa sungguh sedih. Tapi.......saya melonjak kegembiraan apabila Lnda kembali ke sekolah saya dan kami bersama semula. Hee! Sangat suka. Since kenal Lnda juga, saya kenal dengan ramai kawan-kawan yang baik sungguh perangai dan budi pekerti. Alhamdulillah!

Sebenarnya, Entry ni bukan semata-mata nak cerita tentang saya dan Lnda tapi saya nak WISH Lnda HAPPY BIRTHDAY!!!!!!! Lnda muda setahun daripada saya. Tapi, dia tetap lebih hebat berbanding saya. Proud!

Selamat Hari Lahir Lnda!! 

"Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki...
Saya harap Lnda sentiasa sihat, hidup bahagia...
Perjuangan yang Lnda tempuh akan berbuahkan KEJAYAAN!
Paling penting, saya doakan Lnda sentiasa dilindungi olehNya.
Apa sahaja, saya berdoa agar segala kebaikan,
tetap dianugerahkan untuk Lnda.. :)"

:::Jauh Di Mata, Dekat Di Hati:::
:::Sayang kat Lnda:::

P/S : INSYAALLAH! Panjang umur kita akan jumpa semula...kalau kawen nanti, bagitau saya awal-awal! Saya nak pergi sana, INSYAALLAH! Hehehehehehehe!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Khamis, 26 Julai 2012

Sebuah kapal berhampiran Petronas Chemical Methanol, Labuan TERBAKAR!

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,


Sila Lihat Video

Salam Ramadhan hari keenam. Hari ni saya dikejutkan dengan berita yang sangat-sangat menyedihkan dan menakutkan. Walaupun saya tidak lama bekerja di Petronas Chemical Methanol Labuan di awal tahun ni, saya tetap terbayang-bayang wajah orang-orang yang ada di sekitar kawasan tu apatah lagi wajah orang yang saya kenali !

Seawal 2.30 pagi, kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat! Seperti gempa bumi? Saya tinggal di Kampung Layang-layangan. Letupan pasti akan lebih ketara dan kedengaran dengan jelas lagi di kawasan Kampung Patau-Patau dan yang berdekatan dengannya.

Pagi ini, memang kecoh di Facebook mengenai hal ini oleh warga Labuan.







Beberapa gambar yang bersumberkan Facebook mengenai letupan tersebut :







Semua kakitangan Petronas Chemical Methanol Labuan tidak dibenarkan datang bekerja pada hari ini kerana dikhuatiri terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Kawasan selain Petronas Chemical Methanol Labuan juga tidak dibenarkan datang bekerja (yang berhampiran).

Menurut kata kawan saya yang bekerja di Airport Labuan, seawal jam 6.45 pagi tadi kedengaran satu letupan lagi.

Sungguh berat dugaan di Bulan Ramadhan buat ahli keluarga mangsa. Saya berharap, tiada lagi letupan seterusnya dan api dapat dipadamkan sepenuhnya :(

Setakat ni, saya belum dapat berita yang benar-benar sahih tentang kemalangan jiwa tetapi apabila mendengar khabar daripada komen-komen di facebook, ada yang mengatakan bahawa 5 orang telang hilang. Ada juga yang mengatakan 61 orang meninggal dunia. ALLAHUAKBAR!! Saya harap, itu hanya khabar angin semata-mata.

Semoga ahli keluarga mangsa dan kakitangan yang terlibat tabah dan bersabar atas dugaan yang sedang menguji. ALLAH maha mengetahui.

Doa semasa ditimpa musibah

SESUNGGUHNYA kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (al-Baqarah: 156)

Keterangan Ayat

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. mengajar umatnya agar beristirja’ dengan lafaz di atas, dalam perkara yang besar mahupun kecil hinggakan apabila sepatu tertanggal sekalipun dituntut untuk membaca doa tersebut di atas.

Orang yang sabar merupakan mereka yang sentiasa berdoa dengan doa di atas apabila sahaja kejadian yang berlaku serta menguji keimanan mereka.

Mereka harus tetap reda dengan ketetapan Allah itu dan meyakini bahawa Allah s.w.t. sekali-kali tidak menzalimi mereka dalam perkara yang berlaku itu. (Tafsir al-Mawardi, tafsir ayat 155 surah al-Baqarah)

Khasiat dan Kaifiat Beramal
Ayat di atas disebut ketika:


  • Mendengar berita kematian, kesakitan atau kemalangan
  • Ditimpa musibah sama ada besar atau kecil
  • Berlaku sekecil-kecil perkara seperti terjatuh pen.

I Hope Everything Will Be OKE!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Rabu, 25 Julai 2012

Antara Berlian, Permata dan Kaca


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan anda? Pasti dan semestinya anda akan memilih suatu yang berkualiti dan tinggi nilainya bukan? Sebagai manusia yang sukakan kebaikan, tidak mungkin untuk kita memilih kaca yang mudah pecah.



Topik ini bukan ada kaitannya dengan sikap materialistik. Bukan itu point kita. Bukan tentang duit atau harta...Berlian, permata dan kaca hanya sebagai perumpamaan dan perbandingan.

Perbandingan yang saya maksudkan ialah Berlian seperti manusia yang berjaya, berguna, berkualiti, Hebat, terkenal seperti Siti Nurhaliza & Perdana Menteri.

Permata pula ialah manusia yang masih di tahap yang berjaya, masih berkualiti, masih berguna tetapi mungkin tidak terkenal, tidak sehebat berlian. Erti kata yang lain, permata ialah manusia yang masih boleh berjaya,masih menghargai diri sendiri dan tetap berkuali biarpun tidak seperti Siti Nurhaliza yang terkenal dan Perdana Menteri yang petah berkata-kata untuk memperjuangan rakyat dan negara.

Manakala, kaca ialah manusia yang sangat tidak menghargai diri sendiri, mudah melukakan hati orang tersayang, sentiasa melakukan keburukan dan tidak berkualiti.

Kita terpilih untuk lahir ke dunia. Manusia yang terpilih itu ialah manusia yang bertuah kerana boleh merasai hidup! Kita sepatutnya bersyukur...kerana kita merupakan manusia yang terpilih. Namun amat mengecewakan bila ada segelintir dalam kalangan kita telah mensia-siakan peluang hidup. Kita sepatutnya berterima kasih kerana kita diberikan ruang dan peluang untuk mengali potensi kita yang positif di muka bumi ini. Kita juga seharusnya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beramal dan berkhidmat di bumi ini.

Oleh itu, Antara Berlian, Permata dan Kaca, yang manakah pilihan kita?

P/s : Jika kita tidak mampu untuk menjadi berlian, jadilah permata. Jangan sesekali untuk menjadi kaca!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 23 Julai 2012

Desire To Fail - Pernah dengar orang sengaja nak gagal tak?


Assalammualaikum Blogger dan Readers,

DESIRE TO FAIL atau KEINGINAN UNTUK GAGAL. oh! Saya pun tak sangka bahawa ada orang yang ingin gagal. Pada pendapat saya selama ni, tak ada makhluk Tuhan yang nak gagal dengan sengaja tapi rupa-rupanya orang yang seumpama ini wujud tanpa kita sedari. Hati-hati! mungkin kita sedang berada di situasi ini tanpa kita sedari.


Keinginan untuk gagal berpunca dari perasaan takut. Kita inginkan kejayaan...kita mahukan kejayaan. Namun, dalam masa yang sama kita sedang lari dari kejayaan. Macam mana yang saya maksudkan? Contohnya, kita mendapat satu panggilan temuduga. Wah...kita gembira dan kita pergi ke tempat temuduga. Kemudian, kita berjaya mendapat jawatan itu. Kita bekerja keras dan akhirnya kita dapat tawaran kenaikkan pangkat tapi tiba-bila kita menolak jawatan tersebut.

Semua tu berlaku atas sebab kita takut akan tanggungjawab baru, suasana baru, gaya hidup baru, orang-orang baru dan terpaksa meninggalkan persekitaran lama.Mungkin juga, kita akan terpaksa membuat lebih banyak kerja berbanding biasa. Ibarat orang pedalaman yang inginkan kekayaan seperti orang bandar tetapi takut untuk keluar kampung kerana tidak berani menghadapi segala cabaran dan tanggunjawab baru di bandar. Begitulah juga sebalik..orang bandar takut nak masuk pedalaman sebab takut susah sedangkan di pedalaman ada pengalaman baru dan boleh mendapat pengalaman baru atau boleh melarikan diri dari kesesakan bandar. Kampung kan tenang. Ini lah yang dimaksudkan keinginan untuk gagal. Tidak percaya diri dan kurang keyakinan membuatkan kita menjadi seorang yang mempunyai keinginan untuk gagal tanpa disedari.

Keinginan untuk gagal ini wujud apabila kita takut dengan apa yang bakal kita bawa bersama dengan kejayaan tersebut. Misalnya, kita mahu belajar untuk meluaskan pemandangan tetapi kita takut berjauhan dengan ibu dan ayah lalu membatalkan niat dan cita-cita untuk belajar jauh jauh. Contoh lain, kita mahu sangat berkahwin dan berumah tangga dengan seorang wanita/lelaki yang selalu bersama kita tetapi kerap menangguh tarikh akad nikah atas alasan belum bersedia. Walhal, takut meninggalkan zaman bujang dan takut berjauhan dengan ibu bapa serta takut akan tanggungjawab baru seperti komitmen menjaga anak bila sudah ada anak, takut tanggunjawab menjaga keperluan suami dan sebagainya.

Sekiranya saya ialah seorang majikan sebuah syarikat, saya tidak akan suka pada pekerja yang seperti ini. Hal ini kerana, saya yakin dan pasti sekiranya saya memberikan dia satu tugasan, dia akan berusaha menyiapkan kerjanya..tetapi..apabila sudah hampir siap, dia mula berhenti dan menangguh-nangguhkannya. Puncanya kerana dia terfikir jika satu tanggungjawab sudah siap, dia akan diberikan 1 tugasan lain lagi dan mungkin tanggungjawabnya akan lebih bertambah atau tidak pernah berhenti. Wujudkah kerja yang akan berhenti...? Pekerja seperti ini sangat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan pada syarikat. Membayar gajinya tidak berbaloi. Kepercayaan yang diberi tidak ada gunanya.

Orang seperti ini biasanya menggunakan dialog seperti di bawah :
"Seronok! saya suka...saya nak ...TAPI...."
"Saya sayang...TAPI..."
"Itu bagus!...TAPI..."
"Saya bukan tak sayang awak...TAPI..."

P/s : BUKA MATA, BUKA MINDA, BUKA HATI..Sekiranya ingin berjaya, kita tidak boleh hanya berdiri sahaja di anak tangga tempat kita berdiri dan menunggu atau setelah naik satu tangga, kita turun semula satu anak tangga (Janganla asyik fikir tentang escalator saja! Wahaha..Sedang escalator pun, kita perlu naik ke atasnya baru boleh gerak). Kita perlu daki satu demi satu anak tangga! Lebih banyak cabaran, akan bertambah kematangan, kemahiran, potensi dan ilmu. Hidup 'bertapi-tapi' tidak akan mendapat apa-apa hasil melainkan kita CUBA dan CUBA dan terus BERUSAHA...tanpa henti!

Semoga entri ini memberi manfaat dan berguna untuk kita semua. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Ahad, 22 Julai 2012

Memandang Rendah Kebolehan Sendiri

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,


Punca-Punca Terbentuknya Perasaan Rendah Diri Di Dalam Diri Seseorang :

Ada banyak sebab bagaimana perkara ini berlaku. Antara sebabnya adalah semasa kita kecil, kita dilarang melakukan itu dan ini atau telah ditanamkan perasaan bahawa kita tidak berkebolehan melakukan sesuatu oleh orang lain. Ini tidak bermakna orang lain ini sengaja hendak merosakkan hidup kita. Mereka ini mungkin bermaksud baik dan kerana terlalu sayangkan kita dan tidak ingin melihat kita kecewa atau tercedera maka mereka selalu melarang kita melakukan sesuatu. Masalahnya, cara penyampaian mereka ini mungkin secara negatif yang mana apabila terlalu banyak penyampaian secara negatif ditanam ke dalam diri kita, akhirnya apa yang terhasil adalah negatif.

Akhirnya, apabila kita dewasa, kita terus mempercayai perkara-perkara ini dan sentiasa mengulanginya di dalam minda kita apabila hendak melakukan sesuatu.

Maka, sebab itulah timbulnya kepercayaan dan perkataan "Saya tidak boleh melakukannya" , "Saya tidak akan dapat menyiapkannya" , "Saya tidak pandai!" , "Saya tidak berguna" dan bermacam-macam pemikiran yang negatif yang kita dengar diri kita sendiri melafazkannya. Selagi pemikiran-pemikiran ini wujud, maka sampai bila pun kita tidak akan berjaya.

Adakah pada saat ini timbul pada pemikiran kita, "Betul ke apa yang dia cakap ni?" atau "Macam tak boleh percaya je apa yang dia cakap ni.." Itu semua adalah suara-suara negatif yang datang dari minda kita sendiri untuk menolak kata-kata positif atau perkara-perkara yang positif.

Kita telah berfikir, kita telah menanamkan satu kepercayaan, satu keyakinan dan satu kenyataan di dalam pemikiran kita. Itulah yang kita lakukan setiap masa, setiap minit, setiap saat; tidak kiralah sama ada yang positif atau negatif. Itulah yang berlaku setiap hari.

Sekiranya setiap hari kita menanamkan pemikiran negatif di dalam diri kita contohnya "Saya ni memang bodoh!" atau "Saya ni memang lembab!" , akhirnya kita akan mempercayai pemikiran-pemikiran negatif ini dan kita akan menjadi sebagaimana pemikiran kita itu. Kepercayaan inilah yang akan membuatkan kita berasa rendah diri dan menjadi kurang yakin kepada diri sendiri. Seperti yang orang kata, percakapan itu ibarat satu doa. Dan apabila kita berdoa, InsyaALLAH, Allah akan kurniakan apa yang kita doakan itu.

Oleh itu, sekiranya kita ingin mencapai apa yang kita impikan, lakukan perkara ini:

Mulai hari ini sentiasalah berfikiran positif terutamanya tentang kebolehan kita sendiri. Contohnya, "saya akan dapat mencari jalan untuk mencapai cita-cita saya walaupun beribu halangan yang datang!" Cakap kuat-kuat sekiraya perlu. Tetapi janganlah pula terjerit-jerit. Nanti orang ingat kita gila pula 😀😁😂

Selalulah menjana pemikiran positif sehingga kita mempercayainya. Lupakan kritikan yang tidak membina yang orang katakan tentang diri kita pada masa lepas. Itu semua telah menjadi sejarah dalam lipatan hidup kita. Mulakan kepercayaan baru, kenyataan baru dan keyakinan baru di dalam diri kita.

Pada masa hadapan, anggaplah kritikan-kritikan yang tidak membina itu sebagai satu cabaran untuk menjadikan diri kita orang yang lebih baik dan ambillah kritikan yang membina itu sebagai landasan untuk memperbaiki diri kita.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Beg Hitam Yang Menghantui Kita



Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tertanya-tanya apakah itu      BEG HITAM? HEHE.



Beg sandang hitam? Beg sekolah atau beg yang dibawa ke pantai? Sebenarnya, kisah Beg Hitam ni, lebih kurang dengan entri saya yang bertajuk Saturday Evening Post yang lalu. Mungkin ini lebih senang untuk difahami bagi mereka yang pernah merasa situasi yang sama seperti yang saya rasa suatu ketika dahulu.

Sebenarnya kisah BEG HITAM ni telah dikongsikan oleh seorang pemimpin saya di sebuah company MLM iaitu ELKEN. Pada masa tu, beliau datang daripada Sandakan untuk membimbing kami di Labuan dalam perniagaan. Di waktu terluang, kami makan bersama-sama di Taman Damai, Layang-Layangan, WP.Labuan. Sebagai seorang pemimpin yang sangat saya kagumi, apa sahaja perkongsian beliau sangat menarik minat termasuklah tentang BEG HITAM.

Pernah merasa kecewa yang bertubi-tubi? Atau merasa kecewa dengan pelbagai perkara yang berbeza dalam satu masa? Simple.  Oleh kerana peristiwa-peristiwa hitam yang lalu membuatkan kita berhenti dan tidak mahu terus melakukan sesuatu yang terbaik. Pendirian kita berubah-ubah. Kita goyang. Hidup berdasarkan lalang. Kita terjatuh , cuba untuk bangun tetapi tetap jatuh.

Pernah tak korang membenci seseorang sehingga apabila korang melihatnya meski hanya dari jauh korang akan bergetar dan merasa sangat sakit hati?! Masa tu lah korang akan mengingat semua kesalahan dan apa sahaja yang dia pernah lakukan terhadap korang yang sangat menyakitkan hati.

Inilah BEG HITAM. Korang masih membawa sesuatu yang berat di bahu korang!

MAAFKAN SEMUA KESALAHAN MANUSIA LAIN akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

LUPAKAN SEMUA KEKESALAN  KITA DAN BERTAUBATLAH akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

FIKIRKAN DARI SUDUT POSITIF KENAPA SEMUA ITU BERLAKU akan melepaskan kita dari membawa beg hitam tersebut ke mana-mana.

MAAFKAN DIRI SENDIRI DENGAN TIDAK TERLALU MERASA BERSALAH akan melepaskan kamu dari membawa beg hitam ke mana-mana.

BERSIHKAN HATI DENGAN TIDAK PERNAH MENYIMPAN PERASAAN DENDAM DALAM HATI AKAN MEMBUAT KITA MERASA SANGAT BERLAPANG DADA! Tuhan ajar kita untuk memaafkan orang lain kerana, Tuhan mahu kita tahu, jika kita berdosa kepadanya, TUHAN TETAP MENERIMA KITA SEADANYA! Kita semua manusia. Kita semua sama sahaja. Katakan BOLEH untuk menjadi hamba yang pemaaf. Tuhan kita ajar kita macam tu, right? :)

Lepaskan apa sahaja yang membebankan kita! Kita layak untuk hidup gembira! Hidup kita sangat singkat untuk memikir perkara-perkara yang menyedihkan! Hidup kita sangat singkat untuk terus merasa diri kita tidak berguna. TERUS BERJUANG TANPA ADA BEG HITAM!

P/S : Apa sahaja perasan yang negatif akan membuat kita terbeban tanpa kita sedari. SAYA HARAP, LEPAS NI KITA SEMUA BUANG BEG HITAM TU JAUH-JAUH. JANGAN SESEKALI MENGAMBILNYA SEMULA DAN MEMBAWANYA KEMANA-MANA. BEG TU SANGAT BERAT! OKE! HEHE.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Sabtu, 21 Julai 2012

Hari Pertama Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak - 21/07/2012


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tidak seperti Ramadhan tahun lalu. Tahun ni, saya menyambut Ramadhan sebagai kakitangan DJ di Lapangan terbang, Labuan. Suasana agak cukup berbeza. Kawan-kawan juga bukan kawan-kawan dulu lagi. Apa-apa pun, Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kawan-kawan di DJ sangat menghiburkan hati ! sama seperti semasa saya bekerja di Parkson lebih kurang 4 tahun lamanya.

Hari pertama berpuasa so far so good bak kata seorang kawan di DJ. HAHA. Walau bagaimanapun, agak menguji kekuatan, kesabaran dan iman, saya ialah penghuni outlet DJ yang berhadapan dengan McDonalds. HAHA. Agaknya, apa perasaan pekerja McD tu? 

Perkara yang tidak pernah berbeza seperti tahun-tahun yang lalu, apabila berbuka puasa, mak ayah pasti belanja saya ayam golek! GAGAGA dan kakak saya akan belikan Ais Batu Campur. Sayang kat family saya 100% dan selamanya!

Bos saya pula sibuk nak kami pasang lagu Ramadhan dan lagu Raya kat outlet. HAHA. Terasa awal sangat pula nak on lagu raya hari ni. Baru hari pertama Ramadhan ni. Hahaha!

Saya bersyukur masih boleh bertemu Ramadhan. Kepada kawan-kawan saya, saya mohon maaf sekiranya selama ni saya dah buat korang terluka, tersinggung atau apa saja yang buat korang sakit hati. Pernahkah korang merasa satu kelapangan? Saya sudah berjaya melepaskan ‘BEG HITAM’ yang saya sentiasa bawa yang membuat saya sangat sukar untuk terus berjuang dan sebagainya. Mesti korang tidak faham apa maksud saya dengan 'BEG HITAM' kan?..tak apa Boleh baca mengenai 'BEG HITAM' di entri saya yang bertajuk - "Beg Hitam Yang Menghantui Kita" .

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Saturday Evening Post

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Entry kali ni bertajuk Saturday Evening Post. Maksudnya? saya beri jawapan simple saja lah . KENANGAN. Jadi, entry kali ni saya sentuh tentang KENANGAN. Kenangan manis? Pahit? Suka? Tak suka? Mana korang nak? HAHA.

Baiklah, bagi saya kenangan terdiri dari beberapa aspek. Kenangan yang menyakitkan, membahagiakan, bermakna dan membuat kita rasa sedih berbulan-bulan pun boleh wujud. Tapi bukan itu yang saya nak bincangkan. Tapi saya nak bincangkan tentang KENANGAN YANG MENJATUHKAN SEMANGAT MANUSIA. Kenangan ini, lebih kepada kenangan yang menyakitkan atau pahit. Dari sudut pandangan saya sendiri, ada beberapa aspek kenangan yang selalu menjatuhkan semangat manusia. Lihat gambar di bawah :


KENANGAN LALU YANG BERKISAHKAN HUBUNGAN ANTARA MANUSIA

Sesiapapun tahu bahawa manusia memerlukan manusia lain. Semua itu adalah fitrah dan tidak boleh disangkal lagi. Fitrah manusia yang perlukan kasih sayang sememangnya merupakan perkara biasa. Walau bagaimanapun, pertemuan dan perpisahan juga adalah lumrah kehidupan. Jangan terlalu kecewa dan sedih apabila menghadapi perpisahan sehingga ia menjadi satu penyakit hati. Apapun alasan perpisahan itu ; berpisah dengan sahabat handai kerana tamat sekolah, berpisah atas persengketaan yang tidak mampu disatukan lagi, berpisah kerana kematian dan sebagainya, kita harus menerimanya dengan penuh sabar dan tabah! Reda.

Begitulah kitaran manusia dalam perhubungan.



Jika kita bertemu dengan manusia lain, bersyukurlah dan berkasih sayanglah antara kita. Cuba sedaya yang ada untuk menghindari sebarang persengketaan. Jika tiba masanya berpisah, tabahlah dan berdoalah supaya dia sentiasa dirahmati ALLAH. Semua yang kita ada hanya pinjaman dari Tuhan. Tuhan amanahkan kepada kita supaya kita menjalankan tanggungjawab kita. Jika Tuhan menganugerahkan kita sahabat maka, tunaikanlah tanggungjawab kita sebagai seorang sahabat. Jika tuhan menganugerahkan kita seorang anak, maka tunaikanlah tanggungjawab sebagai seorang ayah / ibu. Tiada perkara yang ada di dunia ini yang bersifat kekal.

KENANGAN YANG BERKISAHKAN KESILAPAN LALU

Kesilapan lalu sedikit sebanyak memberi impak dalam semangat dalaman manusia. Manusia yang gagal menghadapi dengan baik kadang kala berputus asa dan terangsang untuk melakukan perkara yang tidak wajar.
Kesilapan lalu tidak bermakna kita sudah tidak berguna. Tidak bermaksud kita adalah manusia yang gagal untuk selama-lamanya. Ruang dan peluang untuk bertaubat dan menginsafinya masih terbuka luas. Malah sentiasa terbuka.
Tuhan maha menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar mahu bertaubat. Yakinlah! bahawa tuhan menerima hamba-Nya yang ingin kembali ke jalan-Nya semula.

KENANGAN YANG BERKISAHKAN KEGAGALAN

Bangun semula! Bangun dan bangun dan bangun!! Setelah kita berusaha tetapi kita masih menghadapi kegagalan, YAKINLAH! bahawa ada hikmah disebaliknya. Kegagalan itu tidak bermakna kita seorang yang tidak layak untuk berjaya. SEMUA ORANG LAYAK BERJAYA!!
Mungkin Tuhan mahu berikan yang lebih istimewa pada kita berbanding apa yang kita inginkan.Jangan kerana kegagalan, hingga hari ini kita tidak bangun. Jadikan kenangan kegagalan itu sebagai motivasi untuk kita bangun semula dan menjadi lebih hebat!

FUNGSI KENANGAN

Wujudkan Fungsi pada sebuah kenangan itu akan membawa kita lebih mudah untuk tidak kehilangan semangat. Antara fungsi kenangan :


  • Sebagai bahan untuk dinilai sama ada perkara itu benar atau salah.Jika benar, kita gunakan semula sebagai rujukan untuk meningkatkan kekuatan.Jika salah, kita buat pembetulan agar selepas ini kita tidak melakukan kesilapan yang sama seperti dalam kenangan lalu.
  • Jangan sesekali beranggapan negatif. Sesungguhnya, kesilapan adalah peluang untuk kita mencuba sekali lagi. Malah, kesilapan akan mengajar kita sehingga kita membuat perkara yang betul..! "MISTAKEN SHOWING US THE TRUTH!!"
  • Sebagai bahan untuk kita ulangtayang semula untuk melihat part mana yang memerlukan penambahbaikan.
  • Sebagai sumber untuk kita melihat punca sesuatu itu berlaku pada hari ini. Mengetahui punca akan lebih memudahkan kita menyelesaikan masalah.


P/s 1: Kadang-kadang, ada kenangan indah yang cukup melekakan kita hingga bila kenangan itu semakin jauh kita semakin lemah. Kenangan bukan untuk diingat-ingat...tetapi hanya untuk dikenang.

P/s 2: Dipetik dari blog privacy saya untuk dikongsikan bersama korang.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat Berpuasa 2012

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Esok dah puasa. Dah ready? Apa-apaun, saya nak ambil kesempatan nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Sekejap saja kan? dah tiba Ramadhan untuk tahun ni. Mohon maaf segala salah silap. Harap-harap tahun ni Ramadhan kita TERBAIK dari yang lepas oke! SELAMAT BERAMAL IBADAH...!

Disertakan sedikit ilmu tentang puasa. Selamat berpuasa dan jangan lupa bangun sahur semua!! 😉

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Hukum – Hukum Puasa                                                                                            
Wajib
Sunat
Makruh
Haram

Puasa wajib :                                                            
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat :                                                                                              

  1. Puasa dalam bulan Sya’ban                                                                                       
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
  4. Puasa hari  Tasu’a  dan  ‘Asyura pada 9 & 10 Muharram
  5. Puasa pada hari Isnin & Khamis
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 & 15
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab


Puasa Makruh :

  1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
  2. Berpuasa sepanjang tahun


Puasa Haram :

  1. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
  2. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
  3. Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
  4. Puasa perempuan haid & Nifas
  5. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa


Syarat-syarat Puasa
Terbahagi kepada 2 :

  1. Syarat-syarat wajib
  2. Syarat-syarat sah


Syarat wajib

  1. Islam
  2. baligh
  3. berakal
  4. berupaya(sihat)
  5. bermukim

Syarat Sah

  1. Islam
  2. Berakal
  3. Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
  4. Niat


Rukun Puasa

  1. Niat
  2. Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya


Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa

  1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
  2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
  3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
  4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
  5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
  6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
  7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
  8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia


Sunat-sunat puasa

  1. Makan Sahur serta melambatkannya
  2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
  3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
  4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
  5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
  6. Membaca Al-Quran
  7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan


Perkara makruh ketika berpuasa

  1. Berbekam
  2. Mengeluarkan darah
  3. Berkucup
  4. Merasa makanan
  5. Bersugi selepas gelincir matahari
  6. Mencium wangian


Perkara yang membatalkan puasa

  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
  2. Makan dan minum sepanjang hari
  3. Muntah dengan sengaja
  4. Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
  5. Keluar darah haid & nifas
  6. Gila
  7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
  8. Murtad


Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

  1. Musafir
  2. Sakit
  3. Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
  4. Tua


Keistimewaan Bulan Ramadhan

  1. Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
  2. Allah merahmati orang yang mengimaninya
  3. Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
  4. Iblis dipenjarakan
  5. Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
  6. Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 


Menghormati Bulan Ramadhan

  1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
  2. Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.


Niat Puasa dan Qadha’ Puasa Ramadhan

  • 1)  Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :

                                                                                             
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى .
                                                                                             
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


  • 2)  Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :

نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى .
                                                                                             
Ertinya :  Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.

Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Qada’ Puasa Ramadhan
Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran.

Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)  

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan

  1. Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
  2. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.


Kifarah Puasa
Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

  1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
  2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
  3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.


Fidyah
Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah

Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ 

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.  (Surah Al-Baqarah Ayat 184)                                                  

Sebab-sebab wajib Fidyah

  1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
  2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
  3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
  4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Selamat Berpuasa!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Isnin, 16 Julai 2012

Chubby Sejak Kerja Kat DJ

Asslammualaikum Bloggers Dan Readers,

tik.. tok.. tik.. tok.. tik.. tok..

Jam sudah menunjukkan jarumnya ke angka 5. Dari pukul 2 pagi, saya terbangun sampailah ke saat ni, saya tak reti nak tidur balik. Perut saya rasa lapar pula..teringat kat McD depan DJ (LB02). HAHA. Muka saya ni dah kena cop dengan huruf M dah. Hali hali Mekdi...Muka dah chubby sejak kerja kat DJ! 😁

BUKTI aku sudah CHUBBY!
Sebenarnya, saya rasa kekok berblogging semula ni. saya dah banyak lupa tentang blog! Oomaagaaadd...HAHA. Sekarang ni pun dashbord blogger dah berubah. Tak macam dulu-dulu.

Ramai kawan-kawan tertanya-tanya saya dah hilang kemana. Hilanglah sangat. Saya kat Labuan je ni. Lepas resign kat Parkson, saya pindah kerja kat Petronas Methanol (Sub-con under PMB). Bila saya tak dapat nak 'hidup' kat Petronas Methanol meskipun gajinya TIPTOP! , saya pun tukar kerja lagi. Sedarlah saya bahawa, gaji TIPTOP macam mana pun kalau jiwa tak macthing tak kemana juga! HAHA. Tak dapat nak bayangkan macam manalah saya sekiranya saya terus stay kat sana. Kerja memang senang macam kacang..tapi HATI INI TETAP BUKAN MILIK PETRONAS METHANOL. Haha...selamat tinggal Petronas :)

Entah la. Kerja kat Petronas tu adalah idaman rakan sebaya. Tapi, bila saya yang dapat rasa macam kosong.

Then, sekarang bermula lah hidup saya di DJ, Airport Labuan. Gaji tak sehebat Petronas tapi boleh tahan menarik hati saya. Kalau ikutkan cerita... sebenarnya, saya di DJ ni langsung tak rancang. Pergi apply suka-suka, pergi interview pun nak-tak-nak je masa mula-mula tu. Last-Last saya masuk kerja juga kat DJ. Tujuan hanya nak kumpul duit untuk sesuatu yang saya suka! HAHA. Well, tengoklah sampai mana cerita saya kat DJ ni.

Setakat ni, saya dengan kawan-kawan DJ luarbiasa bergelak-tawa..semua pun OKE! Kadang-kadang ada la juga macam-macam drama. LUCU!

Kerja kat airport ni seronok juga! HAHA..

Kawan-kawan yang still tertanya-tanya, saya kerja kat airport sekarang. Kalau umur panjang, jumpa la tu kat airport...toeng! HAHA. Kalau tak jumpa-jumpa juga bila korang ke Airport, saya dah keluar dari DJ la tu...

K,BYE.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Sabtu, 14 Julai 2012

Welcome to My Life!

I AM BACK !!! 

After 8 Months i'm going 'CRAZY' Hahahaha!!
Will share with you all my stories thru this blog again!!
BLOG WORLD AGAIN!

HEHE..


Welcome To My Life


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: