Selasa, 23 Januari 2018

Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) adalah sambungan dari entri berkenaan Laluan Hidup. Boleh baca berkenaan Laluan Hidup di entri bertajuk "Laluan Hidup Berdasarkan Pengiraan Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi)". Tahun peribadi boleh menentukan tempoh laluan hidup kita berada di fasa yang ke berapa. Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) ini mempunyai formulanya sendiri untuk membuat pengiraan.


Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin



Nombor tahun peribadi kita dalam numerologi memberi kita gambaran mengenai tahun kalendar yang akan datang atau yang sudah berlalu. Ia berdasarkan pada tarikh lahir kita dan tahun yang ingin kita tahu iaitu tahun semasa/terkini. Setiap nombor tahun peribadi adalah sebahagian kitaran 1 hingga 9 tahun. Ia bermula apabila kita dilahirkan dan akan berulang semula selepas tahun ke 9.


Berdasarkan pengiraan tahun peribadi melalui tarikh lahir saya, tahun peribadi saya pada tahun 2018 ini adalah 9. Jadi, saya perlu menunggu untuk tahun peribadi saya bernombor 1. Barulah tempoh laluan hidup fasa kedua saya bermula. Berdasarkan pengiraan, pada tahun 2019 merupakan bermulanya tempoh laluan fasa kedua saya. Di mana bermaksud, tahun yang sesuai untuk bertindak kerana ia merupakan tahun di mana kita menjadi lebih kuat dari tahun yang lain. Pada tahun tersebut juga mungkin kita akan kurang bersosial lantaran kesibukan. Kesibukan untuk fokus dalam melakukan sesuatu

Jadi, dalam entri saya kali ini, saya mahu mengongsikan cara mengira Tahun Peribadi kita melalui tarikh lahir kita. Berikut adalah formula untuk mengira Tahun Peribadi menggunakan formula asal metafizik sains pernomboran (Numerologi).



Saya berikan contoh menggunakan tarikh lahir saya, 16.09.1990.

Jadikan nombor hari dan bulan melalui tarikh lahir menjadi 1 digit sahaja.

Kemudian, kira tahun terkini. Contohnya, 2018 ketika saya mengira hari ini. Jadikan 1 digit sahaja.

Tahun Peribadi Berdasarkan Pengiraan Tarikh Lahir Metafizik Sains Pernomboran (Numerologi) - Sofinah Lamudin


Hari lahir : 16 (1 + 6 = 7)
Bulan lahir : 09 (0 + 9 = 9)
Tahun terkini : 2018 (2 + 0 + 1 + 8 = 11 ; 1 + 1 = 2)

Kemudian, Hari + Bulan + Tahun terkini.

7 + 9 + 2 = 18 ; 1 + 8 = 9

Apakah maksud disebalik tahun peribadi ke 9? Rujuk di bawah :

Tahun peribadi pertama [1]
Bermulanya kehidupan kita

Tahun terkini atau tahun semasa adalah merupakan pemulaan bagi kitaran sembilan tahun yang baru. Ia menjanjikan pengembaraan baru yang menarik dengan mengambil cabaran baru dalam hidup. Ini adalah tahun yang sesuai untuk menjelaskan apakah matlamat hidup kita. Ini lah masanya untuk bertindak  untuk matlamat tersebut. Usaha keras mungkin diperlukan untuk melihat kemajuan setiap usaha tersebut.

Kekuatan fizikal kita akan meningkat pada tahun ini. Mungkin lebih tinggi dari sebelum ini kerana kita sangat memerlukannya pada tahun ini. Sekiranya kita tidak bertindak untuk matlamat kita pada tahun ini, kemungkinan besar prospek atau target kita akan ditangguhkan pada kitaran seterusnya, iaitu 9 tahun akan datang. Yang bermaksud, kita terpaksa menunggu kiraan tahun peribadi kita adalah 1 semula.

Disebabkan kita berada di tahun permulaan, kita akan merasa seperti mengembara. Perubahan besar akan berlaku keatas kehidupan kita, sesuatu yang baru! Penetapan matlamat haruslah jelas pada tahun ini dan berusaha ke arah itu kerana tahun peribadi pertama ini adalah benar benar satu permulaan yang baru dalam kitaran sembilan tahun.

Apa yang terbaik pada tahun pertama ini adalah waktu terbaik untuk tidak memikirkan masa lalu lagi. Yang lepas biarlah lepas. Hal ini kerana tahun pertama biasanya akan menjadi mudah melakukan sesuatu kerana kebanyakkan masalah dan kekecewaan masa lalu akan cenderung untuk hilang dan ditinggalkan dibelakang. Kita lebih terbuka untuk menerima cabaran baru. Tahun peribadi pertama merupakan tahun yang sangat hebat. Jangan lepaskannya dan gunakan kelebihan ini sepenuhnya!

Tahun peribadi kedua [2]
Pembangunan diri, Kerjasama, dan Penantian

Tahun peribadi kedua adalah tahun menunggu dan lihat di mana ini merupakan tahun kita melihat siapakah kita. Masa ini, adalah tidak sesuai untuk membesar besarkan masalah dan isu serta konflik. Tetapi ini adalah masa terbaik untuk terus bergerak ke hadapan.

Tahun peribadi kedua merupakan tahun terbaik untuk kita bekerjasama dan membina hubungan baik yang akan memberi manfaat kepada kita pada masa akan datang. Tahun ini adalah tahun yang sesuai untuk mengumpul dan mengumpul. Sikap agresif akan menjadikan masalah buat masa sekarang.

Kita perlu bersedia untuk sesuatu perkara seperti kelewatan,tertangguh, dan lencongan matlamat atau tujuan. Dan hal hal ini, kita perlu bersabar. Tahun peribadi kedua ini adalah masanya untuk memberi sumbangan , membantu dan setiap perkara perlu diambil berat secara terperinci apatah lagi jika perkara itu muncul kembali (masalah atau konflik).

Kita juga boleh memberi masa kita untuk orang lain. Malah boleh menyumbangkan usaha untuk kerja orang lain. Tahun ini merupakan ujian untuk kepekaan diri dan emosi kita. Ini adalah masa untuk meningkatkan kebolehan kita untuk bekerja dengan orang lain dengan cara yang produktif dan ini mungkin sukar bagi kita jika kita sudah biasa bekerja sendiri tanpa kerjasama orang lain di masa lalu.

Kita perlu untuk tetap bertenang dan sabar kerana pada tahun ini kita mungkin mengalami ketegangan atau sedikit tertekan semasa tempoh ini.

Tahun peribadi kedua ini membawa kecenderungan kepada emosi yang ekstrem termasuklah kemurungan. Jika kita sudah berkahwin, tahun peribadi kedua adalah tahun untuk mendalami perasaan dalam hubungan.



Tahun peribadi ketiga [3]
Perkembangan sosial dan kejayaan kreatif

Tahun peribadi ketiga merupakan tahun yang bahagia, tahun bersosial dan ia umumnya mencetuskan getaran yang cerah dan ceria. Tahun peribadi ketiga adalah merupakan tahun terbaik untuk memeriksa khabar rakan rakan lama dan meluaskan lingkaran sosial kita untuk mendapatkan rakan rakan baru.

Tahun peribadi ketiga boleh memarakkan hubungan cinta dan romantik dalam urusan percintaan. Kita akan cenderung untuk bersosial dan menikmati kehidupan bersosial sepenuhnya pada tahun ketiga ini walaupun kita terpaksa membayar akibatnya di kemudian hari.

Kita mungkin akan lebih ghairah dan teruja untuk bergembira dan kekurangan tanggungjawab atau tanggungjawab akan dilepaskan sedikit. Selain itu, kita akan menaburkan terlalu banyak tenaga untuk mengerjakan banyak perkara.

Akan banyak godaan untuk bersenang lenang tetapi perlu beringat  untuk matlamat/tujuan/misi hidup kerana tahun ketiga adalah waktu yang sesuai untuk mengembangkan bakat kreatif terutamanya yang berkaitan dengan seni dan kemahiran lisan. Pengiktirafan dalam hal ini mungkin pada tahun ketiga ini.


Tahun peribadi keempat [4]
Kerja Keras Yang Perlahan Tetapi Kemajuan Tetap Mantap

kehebatan tahun lepas yang penuh ceria, berseronok dan bergembira betul betul akan dilupakan pada tahun peribadi keempat. Tahun keempat merupakan tahun bekerja keras dan berusaha. Tahun peribadi keempat merupakan tahun penggalian dan penubuhan semula mengenai kawalan diri.

Walaupun begitu, dalam banyak perkara, mungkin ia akan menjadi tahun yang mengecewakan apabila usaha yang besar gagal membuahkan hasil yang diingini. Jadi, tahun keempat ini adalah tahun di mana kita perlu menorganisasikan kembali prestasi diri. Melihat dan analisis prestasi semasa dan yang lalu. Tahun ini adalah tahun kita perlu bersistematik dan teratur dan berpijak di bumi yang nyata.

Tanggungjawab akan meningkat. Oleh itu usaha dan kerja keras juga perlu dipertingkat. Kesihatan dan cara pemakanan pula perlu dikaji semula pada tahun keempat ini. Kajian yang teliti! Kerana rintangan fizikal akan rendah dan kita mungkin akan lebih mudah mendapat penyakit. 

Tahun peribadi kelima [5]
Terasa Lapang dan Bebas

Kita mungkin akan mendapat rakan baru pada tahun kelima ini apabila aktiviti sosial diperluaskan. Tahun peribadi kelima ini adalah tahun yang membawa kepada kegembiraan dan pengembaraan serta kebebasan yang lebih baik daripada yang kita alami dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Tahun peribadi kelima ini adalah tahun di mana kita akan merasa lapang dan bebas untuk bergerak dari rutin yang lama dengan cara yang konstruktif. Sekiranya kita menjadi seseorang yang lemah pada tahun lalu, sekarang adalah masa untuk mencari arah yang baru.

Masalah bagi individu yang berada dalam tahun peribadi kelima adalah akan cenderung untuk menyelerakkan tenaga dalam segala arah. Namun, pada tahun kelima ini, keupayaan kita untuk melakukan kerja secara terperinci agak terhad dan ia akan membuatkan kita merasa sangat terbatas.

Kesimpulannya, tahun kelima merupakan tahun yang bakal membawa kepada perubahan besar kepada kehidupan kita, kerjaya kita , keadaan keluarga kita dan kediaman kita.

Tahun peribadi keenam [6]
Cinta, Keluarga, Rumah dan Tanggungjawab

Tahun peribadi keenam adalah tahun yang cenderung untuk meningkatkan tanggungjawab dan keperihatinan yang mendalam kepada keluarga, orang tersayang dan teman rapat. Tahun keenam merupakan tahun untuk kita membuat penyesuaian dalam kehidupan atau pengorbanan kepada keluarga atau rakan rakan.

Tahun keenam bukanlah merupakan tahun pencapaian yang besar tetapi ia lebih kepada mengendalikan pelarasan kepada pelan kita yang mungkin perlu diubah atau perlu ditambah, malah untuk memulakan projek lebih awal agar projek selesai lebih awal.

Kita akan dijangkakan mempunyai tahun yang baik untuk keluarga dan hal hal romantis bersama pasangan. Pertukaran emosi kita kepada mereka yang rapat dengan kita sepatutnya menjadi yang terbaik sepanjang tahun ini.

Perkara paling penting adalah bersedia menerima kadar yang lebih perlahan dan pastikan untuk menikmati keamanan dan keharmonian pada tahun peribadi keenam.

Tahun peribadi ketujuh [7]
Masa Untuk Menganalisis dan Memahami

Tahun peribadi ketujuh merupakan tahun sangat aktif dalam hidup kita. Tahun peribadi ketujuh akan memberikan sedikit masa untuk kita memahami diri kita sendiri. Tahun ini sesuai untuk kita meluangkan masa dengan diri sendiri tanpa aktiviti luar dan tanggungjawab. Kita perlu elakkan diri dari tekanan perniagaan.

Tahun peribadi ketujuh ini adalah tahun yang sesuai untuk melihat kembali diri kita masa lalu dan membuat perancangan yang baik untuk masa depan. Tahun ini bukanlah tahun yang baik untuk sebarang tindakan tetapi tahun peribadi ketujuh lebih kepada tahun untuk menunggu dan membina diri.

Salah satu aktiviti menguntungkan pada tahun peribadi ketujuh ini adalah melibatkan diri dalam pembelajaran dan penulisan kerana kemampuan kita untuk berfikir dengan lebih jelas, menganalisis dan mengintegrasikan pemikiran akan lebih tajam dan memuncak pada tahun peribadi ketujuh ini.

Keupayaan untuk penyelidikan dan pemahaman adalah yang terbaik pada tahun peribadi ketujuh ini. Jadi, inilah masanya untuk kita mengasah bakat dalam bidang penulisan dan belajar pada tahun peribadi ketujuh ini.



Tahun peribadi kelapan [8]
Pencapaian dan Keuntungan Modal

Tahun peribadi kelapan merupakan tahun berkuasa untuk kita apabila kita membuat langkah paling penting dalam hidup kita. Selepas merasa perjalanan hidup begitu perlahan pada tahun ketujuh, tahun kelapan akan membuatkan kita merasa begitu bercita cita. Tahun peribadi kelapan merupakan tahun yang membuatkan kita berfikir dan mengambil langkah dalam membuat keputusan terbesar dan akan mendapat pencapaian.

Kuncinya adalah kita perlu mengambil bahagian dan mengikuti aktiviti. Peluang untuk memajukan diri dan pengikhtirafan terhadap kerja masa lalu dan semasa mungkin akan berlaku pada tahun ini.

Kita kan memperolehi pelbagai perkara sekiranya kita mengambil peluang tersebut dan membuat tindakan pada tahun peribadi kita yang ke lapan ini. Adalah lebih mudah untuk kita membuat cawangan atau meluaskan lagi perniagaan atau sesuatu yang kita lakukan pada waktu ini. Jika kecenderungan kita ke arah perniagaan pada tahun peribadi ke lapan ini, kita akan dapat mengekalkan keyakinan diri dan kuasa kita sebagai pemimpin.

Potensi kuasa dan status kita adalah pada kemuncak tahun kesembilan.

Tahun peribadi kesembilan [9]
Refleksi dan Pencapaian

Tahun peribadi kesembilan merupakan tahun terakhir jadi, tahun ini adalah penyelesaian, pengakhiran dan masa yang sesuai untuk mengambil inventori dari pelbagai faktor dalam hidup kita seperti apa yang membimbangkan kita atau perkara dan hal apakah yang kita ingin ubah atau berhijrah.

Pada tahun peribadi kesembilan ini, kita akan banyak menilai hal hal lepas, cita cita, dan idea idea yang kita anggap penting. Pada tahun ini juga, kita akan sedar tentang keinginan kita untuk berkomunikasi dengan alam semulajadi kerana keinginan untuk melarikan diri dari masa lalu akan lebih kuat pada tahun peribadi kesembilan ini.

Banyak perkara yang dikerjakan sepatutnya selesai pada tahun kesembilan ini, dan kita akan cenderung untuk membersihkan diri dan hal hal lain untuk permulaan kitaran baru. Tiba masanya untuk melepaskan masa lalu dan buang hal hal lalu yang sudah dianggap 'mati'. Membuang semua perkara perkara lalu yang dianggap tidak lagi berguna.

Begitulah kesemua penjelasan bagi setiap tahun peribadi dari nombor 1 hingga 9. Dengan mengetahui tahun peribadi kita pada tahun semasa atau tahun terkini, kita akan lebih memahami getaran dan kecenderungan tahun tersebut melalui kiraan tarikh lahir kita. Maka, pengetahuan ini boleh membantu kita untuk membuat persediaan.

Terima kasih membaca entri tahun peribadi berdasarkan pengiraan tarikh lahir metafizik sains pernomboran (Numerologi) ini.

With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.