SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 12 Mei 2020

Forget My Name

Forget My Name


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Tahun 2019 lepas, hujung tahun. Saya mencuba untuk menulis gaya penulisan saya dulu dulu kala (Bunyi macam zaman purba pula) semula.  Gaya penulisannya agak rojak...slanga...pasar. Kadang kala gaya penulisan follow standard juga. Ikut mood lah. Korang tahu lah kan, zaman sekolah dulu; blogspot merupakan satu platform tempat remaja bercerita kisah masing masing.


Jadi, cara penulisan tu memang ala ala diari tapi tak skema sampai ada tarikh masa dan lokasi. Ada masa penulisan tu ala ala surat; pengganti dirinya akan berbunyi -- "Aku kau"... "saya awak"... "kite engkau" ... Hm.. Senang nak cakap, memang langsung tak ada gaya penulisan standard atau tatabahasa yang tepat. Kalau nak menulis karangan Bahasa Malaysia style macam ni, confirm kertas karangan tu banyak bulatan merah. HHahahaha.

Tapi, golongan blogger zaman dulu, membaca dan berkongsi penulisan macam ni, kitorang memang rasa seronok dan terhibur sebab diorang include emotion -- Kalau marah, memang akan keluar perkataan perkataan kasar slanga. Golongan penulis blog yang menggunakan bahasa pasar dan slanga zaman sekarang dah makin pupus sebab ramai yang sudah menggunakan platform blog untuk hasil penulisan yang mengikut format, money making, dan menghasilkan penulisan yang mempunyai spesifik keywords. Jadi penulisan tu agak kurang santai dan agak serius tapi memang bermanfaatlah.

So, tahun lepas..saya ada mencuba menulis semula gaya tulisan yang saya gunakan dulu dulu. Ia lebih kepada bercerita. Saya tak kata formatnya cerpen atau novel. Saya cuma menulis whatever I have in my mind. I don't know what it is...penulisan bebas? penulisan kreatif? I don't know... Tehee...Ada beberapa buah blog yang saya create dan saya buat pelbagai nama. Saya nak tengok mana satu yang saya okay untuk publish dan kongsikan dengan korang -- dan yang paling penting saya rasa selesa dengan penulisan tu.

Finally, dalam beberapa buah blog tu, saya pilih blog FORGET MY NAME untuk saya teruskan (yang lain saya tutup dan tinggalkan). Setakat ni, penulisan yang ada dalam blog FMN (Forget My Name) cuma ada 5 blogpost. Yang lain, masih dalam draft sebab saya kena baca semula dan buat correction.

FORGET MY NAME

Jujur. Forget my name bukan lah satu nama yang aku reka sendiri. Ketika aku jalan jalan ke sebuah kedai buku, aku ternampak sebuah buku yang menarik mata. Mata aku tertarik bagai ada magnet negatif positif! Aku tak dapat nak alihkan pandangan mata pun!. Warnanya agak menonjol dari buku yang lain. Warna dan tajuk itu serentak membawa aku ke arahnya secara automatik. Dengan spontan dan tanpa keterpaksaan, aku pegang buku tu. Aku keluarkan dari rak dan aku tatap tajuknya. 'Forget my name' ku sebut dalam hati. Aku berbisik, 'itulah yang aku rasa sekarang..' -- Baca selanjutnya.


Di atas merupakan petikan penulisan yang ada di dalam blog FMN. Memang susah juga nak menulis cara penulisan begitu semula. Sebab dah lama tak buat. Tapi, why not. Let's epic comeback. Temanya agak dark but I love it.

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.



Share:

Menukar Sophee Studio kepada Sofina Artwork dan Rekaan Logo Baru

Menukar Sophee Studio kepada Sofina Artwork dan Logo Baru


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Kepada yang selalu mengikuti saya di Instagram, sudah pasti korang perasaan Sophee Studio sudah tidak kelihatan. Saya telah re-branding Instagram lukisan saya dari Sophee Studio kepada Sofina Artwork kerana saya sudah mula tidak merasa selesa dengan nama "Sophee". The ejaan look like "Shopee". Right? Hhahaha! ....and...actually I have another issue. Hm.

Menukar Sophee Studio kepada Sofina Artwork dan Rekaan Logo Baru

Dan saya mahu menggunakan nama sendiri, "Sofina". Ia lebih simple dan selesa. Tidak keterlaluan. Saya juga menukar "Studio" kepada "Artwork" sebab ramai kenalan saya di Labuan salah faham. They thought I have a studio (real studio) in Labuan. I wished it's true! Lols. FYI, the studio doesn't exist. OMG... Tu cuma nama Instagram dan Facebook Page.

Actually, sejujurnya tu salah satu impian saya. Ada personal studio dalam rumah. Khas untuk stationery, lukisan dan buku. Mungkin saya akan beri nama ruangan tu sebagai "SOFINA studio + Mini Library?" Ahhh sudah lah... sempat pula berangan, ini lah yang terjadi bila berangan itu percuma. Vvaaah!

SOPHEE STUDIO VS SOFINA ARTWORK


Nama Sophee Studio sudah tidak saya gunakan untuk kesemua platform yang pernah saya gunakan; Instagram, Facebook Page, dan Blog. Sebelum ni, saya menggunakan domain Sophee Studio Dot Com (sejak 2016) dan kemudian saya tukarkan kepada Dot Net (Pada tahun 2019).

Tahun ni saya ambil keputusan untuk memadam Facebook Page Sophee Studio dan saya tidak lagi membuat pembayaran domain Sophee Studio di blog untuk meneruskan penggunakan domain tersebut kerana saya dapati saya tidak dapat memberi 100% komitment kepada domain tersebut. So, my art blog back to blogspot dot com. (sofinaartwork.blogspot.com). Buat masa ni (mungkin tahun ni), blog art ni akan saya biarkan bersawang sementara waktu sebab saya akan menggunakan 100% energi + fokus kepada blog Sofinahlamudin dot com dan something else (Shhh).

Walau bagaimanapun, Instagram Sofina Artwork masih aktif seperti biasa. Ada masa melukis, saya akan kongsikan di sana. 

Logo Sofina Artwork!

Sejak saya menukar Sophee Studio kepada Sofina Artwork, saya juga telah menukar logonya mengikut tema lukisan yang saya kerap lukis (Eyes, tears and creepy) dan saya guna warna hitam kuning.

LOGO BARU SOFINAH LAMUDIN DOT COM


Logo Sophee Studio sebelum ni pula saya gunakan untuk blog Sofinahlamudin dot com. Saya rasa lebih sesuai digunakan untuk blog Sofinahlamudin dot com berbanding Sofina Artwork. Saya menukar sedikit warnanya supaya warnanya selari dengan blog dan tidak terlalu glitter. Tehee. Dah lama nak tukar logo blog ni sebab design dah nampak klasik. Tapi tak ada idea nak buat macam mana, jadi... re-cycle saja laa logo Sophee Studio since Sophee Studio dah deleted. Hhahaha...

Logo Baru Sofinah Lamudin Dot Com

Terima kasih membaca entri "Menukar Sophee Studio kepada Sofina Artwork dan Logo Baru" under kategori "Sofinah Speaks".

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.



Share:

Isnin, 11 Mei 2020

I'm Sweet But a Psycho - Episode 1

I'm Sweet But a Psycho - Episode 1

Di hari pertama kita berjumpa, in my interview session, my first impression on you was fierce. I was wrong. You are not fierce but you're little bit psycotic or robotic. You are 40% or more like Sheldon Cooper in The Big Bang Theory. You just who you are. Apa sahaja yang kau lakukan kerana apa yang kau percaya benar. Kau begitu kerana natural nya kau begitu. That's why I liked you. Aku considered diri aku sama macam Leonard dan Penny yang menerima Sheldon Cooper seadanya meskipun Sheldon sangat sangat sangat Annoying! OR...maybe it is not you but me. Maybe aku lah yang psycotic, dramatic dan thinking too deep. Semasa hari pertama aku mendaftarkan diri sebagai salah seorang daripada komuniti; di saat aku seorang freshman. One of your enemies asked me to hate you by told me your bad side -- a lot. FYI, he is my school mate but I ignored his negative vibes. What in my mind is, may be he hated you because you do not support his goal in there.
Hal lain? sebab I was a good girl. I don't believe rubbish. Aku tidak percaya selagi aku tidak melihat menggunakan mata kepala aku sendiri. Apa yang dia kata kan tentang kau kedengaran seperti angin yang lalu di telinga aku sambil mata aku tertumpu ke arah kau. Aku memerhatikan gerak geri kau sambil minda aku kusyuk dibuai musik berjudul Silence oleh Lucas King.

Selain kawan kawan ku sendiri yang menghebohkan tentang kau; sifat kau dan segala kekejaman kau, aku juga kerap menerima pelbagai amaran yang berbunyi, "HATI HATI dia tidak seperti yang kau fikirkan." Ahhh!! Amaran itu semua mungkin satu permainan yang mereka reka reka sendiri agar aku menjauhkan diri dari orang yang mereka benci; mereka sedang mencari dan menambah sekutu agar aku menjadi team mereka. Apa yang mereka takutkan dengan kau? Bagiku, kau tidak menakutkan. Atau, mungkin aku suka bermain dan menjinakkan apa yang orang lain takut.

Menjadi orang baru dalam beberapa bulan, I'm nobody to you. You ignored me a lot. Sama seperti situasi zaman persekolahan. Apabila kita berada di secondary school, ketika memberi salam kepada guru yang tidak mengajar kelas kita; dan mereka cuma menjawab tanpa melihat muka kita. Paling sadis, apabila kita memberi salam, they just walked away. I'm not sure if they answered the salam dalam hati. Hmm... may be dia tidak mendengar salam tu. May be dia sedang day dreaming. Ah! Whatever.

As a new person in the community, I heard a lot about you. Almost everything is bad. You are bad thing to people in your own community. That sounds like Muammar Gaddafi. So sad; right? Tapi bukan kau yang patut aku sedihkan. Kau seorang yang kuat. Bertahun tahun kau berada di dalam komuniti ini kau masih gagah berdiri. Teguh dan kekal berdiri. Kau sama seperti pokok yang paling tua dan paling rendang dan paling tinggi di sebuah hutan belantara yang luas dan tebal. Mungkin kau pernah jatuh berkali kali di tolak mereka yang mengkhianat. Mungkin kau pernah sakit hati berulang kali ditikam dan dihiris pisau yang tajam tapi kau tetap berada di sini. Yang sedihnya bukan kau. Sebenarnya aku! I have an ability to understand and share the feelings of another. I know how you feels. Aku faham apa rasanya berada dalam keadaan yang palsu. Kau berkawan dengan mereka, kau buka cerita dengan mereka, tapi kau tak sedar apa yang mereka buat di belakang kau. Kau tidak tahu nama apa yang mereka gelar untuk kau. Kau tidak dengar apa yang mereka ceritakan kepada puak mereka untuk menjadikan kau bahan gelak ketawa dan gurauan.

Aku mendengarnya. Aku tahu apa yang mereka kata tentang kau. Mereka memuntahkan kata kata jelek itu di depan aku dan aku rasa bersalah mendengarnya meskipun kau juga bukan sesiapa bagi aku pada mulanya. Aku tidak tahu kau siapa. Aku tidak tahu apa benarnya kisah dongeng yang mereka cuba programkan ke dalam kepala kepala aku yang super fresh. Ada masa aku melihat kau dari kejauhan. Makan sedirian. Melihat wajah kau; dalam diam aku membaca perasaan kau dengan apa yang mereka lakukan terhadap kau. Hmm... Aku sakit dalam mencuba merasa apa kau rasa.

Ada apa dengan kau hingga semua orang menjadikan kau bahan olokkan? sindiran? dan paling tepat, jadi bahan api kemarahan dan kebencian? Kereta kau sudah menjadi mangsa buli pisau dan besi turihan. Malangnya engkau wahai manusia yang dibenci dan dimusuhi. Kenapa agaknya kau masih di sini? Apa yang ada di sini membuatkan kau tetap mahu bertahan dalam apa jua keadaan; tsunami, puting beliung, ribut petir dan gempa bumi?! Ada apa dengan kau? Aku pingin tahu benar. Sedangkan aku lihat kau hanyalah manusia biasa. Manusia biasa yang menghadirkan diri kerana ingin menepati jadual yang sudah ditetapkan buat kau. Manusia biasa yang terpaksa hidup untuk terus bertahan dalam kehidupan yang belum ada penamatnya.

Disaat kemampuan aku yang boleh memberi respons afektif dan kognitif yang kompleks pada distress emosional milik kau, lama kelamaan aku diselubungi oleh kekuatan ingin tahu mengenai kau. Siapa kau, apa kau, di mana kau dan banyak lagi. Paling tepat, aku mulai ingin mengali lebih dalam kau sebenarnya menjadi seorang yang kau jadi hari ini akibat daripada adunan didikan yang bagaimana? kepercayaan yang bagaimana? Mungkin aku sudah mula obses dengan kau. Mungkin aku sudah mula terbawa bawa kisah psikologi yang pernah aku tonton dalam hidup aku selama 17 tahun. Mungkin. Atau... mungkin kerana kau seorang manusia yang boleh aku anggap pengganti dia yang aku rasa sudah mulai renggang.

Aku yakin ini sejenis benih yang dipanggil obses. Memerhatikan gerak geri kau membuatkan bibit obses mula membiak tanpa aku sedari. Setiap hari aku akan melihat pakaian apa dan jenis bagaimana kau pakai. Warna apa yang kau kerap pilih. Baju yang kau pakai hari ini; aku tahu kau sudah pakai lima hari lepas. Ada masa aku seram dengan diri sendiri kerana mengambil tahu hal sedemikian dengan teliti. Semakin hari, kau ku lihat dengan lebih dekat dan teliti. Setiap datanya akan tersimpan rapi di dalam pangkalan data dalam kepala. Kasut tinggi hitam kau yang sedikit terkopak tidak pernah kau tukar sejak aku menyertai komuniti ini dua tiga bulan yang lepas. Aku lalu perasan suatu hari kasut kau berjahit kiri dan kanan kasut.

Hm... kasut kau sudah lusuh dan dimamah masa ya. Sedang pakaian kau yang asyik bertukar dan mengikut trend, mengapa kasut kau tidak kau tukar? Mungkin kau bukan seorang peminat kasut...kau hanya menggunakan kasut itu kerana kau selesa dengannya. Kaki kau suka dengan kasut itu sama seperti sukanya kau dengan tempat dan komuniti yang penuh dengan politik dan kepalsuan ini.

Berada di sini siang dan malam, pagi hingga petang -- Aku teruja apabila ada pesanan daripada kau yang disampaikan oleh orang lain. Aku akan membalas pesanan itu dengan pantas dan terbaik. Aku teruja juga apabila kau memberikan aku tugasan apa sahaja dan segalanya akan settled dengan hasil yang sangat terbaik; kerana usaha aku yang maksimum dan full of energy on the task -- in a good way, I guess... Bukan untuk mendapatkan pujian kau dan yang lain. Tapi hanya kerana aku merasa markedly increased energy when I got your orders. I don't know why but arahan kau kerap menjadikan aku seorang yang kelihatan expert dalam segala hal. You trigger my mania. Apa sahaja kau minta; I'll gave. When you gave me something that I don't understand and I don't know about it at all, don't worry -- I'll learn and -- I'm very very very fast learner. Aku tahu kau menyukai aku kerana itu. Dan aku tahu kau suka begitu -- aku sengaja lakukannya untuk kau noticed aku.

Sejak itu, kau mula kerap membuka conversation tanpa aku membuat sebarang hipnosis attention seeking or doing something on purpose. Sejak itu, komuniti ini menjadi satu spot paling kegemaran aku dalam hidup. My home is not really feel like home anymore. My beloved sister (yang sentiasa sibuk) is not really in my mind since I have you. Masa tu, aku mulai percaya tempat ini lah menjadi tempat terbaik untuk aku gantikan yang lama yang sudah semakin jarang mencari aku. Kau dan tempat ni sebenarnya telah menutup lubang kesunyian dalam hati aku. Kau tidak tahu...betapa aku Supalonely akibat perubahan yang berlaku antara aku dan beloved sister. She is not around often anymore. I thought kau mungkin boleh menjadi pengganti dia. Tapi bukan bermaksud aku buang dia bila aku ada kau. I want both. I love both. Aku cuma rasa lonely bila dia tidak ada seperti dulu. We changed a lot. That makes me sick and felt weird. I really missed her.

Sejak kau suka borak dengan aku. Aku rasa, aku berjaya buat kau suka aku. Ia bukan kebetulan. Aku berusaha beberapa bulan untuk kau nampak aku and I did it. I don't care what other people said about you. I don't care. They're nonsense. Aku tidak sangka...hanya empat hingga lima bulan bekerja keras, I got a good promotion right after the big head saw my SPM result. Wow. Woooww. Woow. Aku tidak berfikir panjang; I accept it!

Berada di level yang lebih tinggi berbanding di level sebelum ini membuatkan kau lebih berminat dengan aku. Betul? Because of my status right? My status made you felt comfortable to spend more time with me right? Because I seems inteligent girl that you can ask a question. A girl that you can ask help for your task and work. Sedikit odds untuk berkawan dengan aku sebelum ni sebab level aku sebelum ni adalah nothing. Dan tidak sesuai dengan kau. But now here I am. Di hari pertama menjadi orang yang baru di level baru, tepat pukul 1 tengahari, kau sengaja membetulkan barang yang sebenarnya tidak terusik pun, di kawasan aku berdiri. Kau tengok aku dan kau bersuara. Small talk.

Then, kau bertanya, "Kau lunch dengan siapa?" 
Aku tersengih dalam hati, kau nampaknya nak keluar lunch dengan aku. Aku pun jawab, "Alone".
Kau senyum dan berkata, "Okay, jom lunch sama sama..."

Itu satu lagi tanda kemenangan dalam hidup aku. Makan tengahari dengan kau buat pertama kali. Maksudnya kita bakal ada friendship yang lebih rapat dengan syarat aku tidak buat hal pelik yang buat kau reject aku untuk next step for this relationship. Tapi aku nak bocorkan satu rahsia. Inilah rahsia yang aku tidak pernah beritahu sesiapa. Actually, aku jawap "Alone" sebenarnya itu satu penipuan. Aku dah janji nak makan dengan kawan lain. Tapi nampaknya aku tidak mampu menolak peluang depan mata. I adore you. Kau manusia biasa tapi, kau...di mata aku seperti celebriti dan aku adalah big fan. Tidak mungkin aku akan menolak peluang keemasan ini. No way! Jika aku menolak, peluang kedua belum tentu ada. Belum tentu sama. Jika aku menolak, ia mungkin akan menghancurkan trophy kemenangan into piecesss...and my heart join the broken together.

Sejak dari hari tu, kau dan aku mulai rapat dan selalu bertukar cerita sesama kita. I almost forgot about my beloved sister. Yes aku mengaku sebenarnya ketika aku ada kau, aku lupa dengan kakak kesayangan aku. Bercakap dengan kau face to face, berjumpa physically, eye contact, sembang kisah masing masing menggunakan suara yang didengar dengan telinga sangat sangat indah. I feel good to have these moment with you. Antara kita ada kepercayaan dengan pertukaran cerita peribadi masing masing. Moment aku face to face dengan beloved sister dulu tidak begitu memberangsangkan. Masa jumpa dia social anxiety aku trigger sebab aku pertama kali jumpa dia, ada orang lain, aku jadi awkward. Di tambah dengan personality dia yang sedikit bossy dan aku tak pasti; mungkin dia suka something perfection. Just my thought. Semua conversation dengan dia berlaku secara talian. Aku rasa, sembang dengan kau buat aku rasa happy dan aku rasa hidup.

Moment after moment, people in the community yang aku gelar sebagai musuh musuh kau -- talam dua muka. Mulai mengelar aku sebagai tukang kiap. Fakta lucu, aku berkawan dengan kau tidak ada unsur kiap atau mengipas pun. People keep talking like they know me inside out. Aku berkawan dengan kau sebab aku mahu, aku suka dan jujur, bagi aku kau adorable seadanya kau walaupun kau bukan Katy Perry. Aku tidak perlukan kawan seperti Katy Perry atau Oprah Winfrey. Walaupun aku rasa sekit hati dan terluka juga dengan gelaran si tukang kipas, aku tetap berdiri dengan kukuh dan tidak pernah mahu berpaling dari kau. Aku masih mahu mempertahankan hubungan kawan dengan kau. Aku tidak mahu memilih untuk memusuhi kau hanya semata mata untuk orang lain dalam komuniti ini berhenti menghina aku hanya kerana mereka membenci kau dan aku bukan team mereka.

Setahun berlalu, aku mulai nampak satu persatu kenapa mereka begitu membenci kau. Aku mulai nampak fakta disebalik apa yang mereka ceritakan dulu yang aku sempat menganggap ia satu dongeng. Cuma.... yah... mereka menokok tambah mengikut emosi mereka yang begitu tamak untuk memperolehi sokongan atas kebodohan mereka sendiri. Tidak mahu menerima kesalahan sendiri. Tidak mahu merobohkan dinding ego sendiri. Lalu sanggup menokok tambah perkara asal. Huh! Batu api!

Dari satu fakta ke satu fakta... aku mulai jelas apa sebenarnya yang sedang berlaku. Aku mulai merasa apa yang sedang aku buat mungkin satu jebakan yang mungkin bakal membunuh aku sendiri. Tapi apakan daya aku, aku sudah sayang dengan kau. Aku dah anggap kau kawan aku dan aku takkan mengubahnya menjadi musuh? Tidak mungkin. Aku biarkan apa mereka kata tentang aku. Biarlah. Tidak apa yang boleh mereka ubah aku dengan kata kata tidak matang yang mereka sengaja tusuk ke dalam telinga aku setiap hari. Aku tetap aku dengan pendirian aku.

Tidak sangka. Musuh kau begitu gigih melihat drama aku di sini. Mahu kan drama yang dramatic, saspen dan meningkatkan lagi keseronokan di dalam komuniti ini yang sudahpun mempunyai dua tiga empat puak di dalamnya. Ada masa mereka bergaduh sesama mereka tanpa rasa malu. Hanya kerana batu api dan gossip yang mereka reka dan cari setiap hari. Bosan benarkah hidup mereka; musuh musuh kau tanpa menganggu aku? I knew... talking about people they don't like is something that comes very naturally to them. They'll never let you rest.

In this community, I have many friends too. Pelbagai ragamAda yang memusuhi kau tapi mereka rasa okay sahaja if I be your friend. Ada yang neutral...tidak benci tapi tidak juga sayang. Tidak memusuhi kau tapi tidak juga berkawan dengan kau. Tapi, situasi aku sudah mulai complicated since I decided to be your best friend. Lama lama aku rasa penat. Aku nak rehat. Aku tidak patut begitu menjaga hati semua orang. Tidak akan ada yang puas. Termasuk lah kau.

So, I take rest but I still wanna be your friend. Of course.

--

Terima kasih membaca "I'm Sweet But a Psycho - Episode 1".
To be continue.

Lebih banyak kisah dan gaya penulisan seperti ini di FORGET MY NAME.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Sabtu, 9 Mei 2020

Obses

Obses


Perasaan obses ibarat kita dikelilingi rama rama, pelangi, dan bunga di taman. Rama rama pelbagai warna beterbangan seperti di dunia yang dipanggil wonderland. Pelangi yang muncul setelah hujan mengindahkan lagi suasana yang sejuk dek cuaca dan bunga bunga yang mekar, menjalar dan beransur ansur mengembang menyapa pagi yang segar ibarat di dunia Oz. Merasai obses membuatkan kita tersenyum dan senyuman itu sangat mekar dan manis. Hati merasa begitu indah seperti dunia ini kita yang punya bukan dimiliki sesiapa tetapi hanya kita.


Obses mungkin terasa damai dengan rasa kasih sayang dan cinta. Namun tanpa disedari, rama rama itu sayapnya beracun. Pelangi itu datangnya dari petir, guruh dan kilat. Bunga yang wangi serta semerbak itu tanpa disedari mempunyai duri. Itulah obses. Obses itu ramuannya benci dan cinta. Obses itu bahannya antidot dan racun. Obses itu resipi gaulan virus dan vaksin.

Ditelan obses, kita akan merasa indah dan sakit. Kita akan merasakan kedua duanya. Sakitnya ibarat kau ingin mati...indahnya ibarat kau ingin hidup selamanya. Obses hanya ada dua. Hitam dan putih. Tiada warna yang lain hanya hitam dan putih. Lucu! Meski kau campurkan hitam dan putih, ia tidak pernah menjadi kelabu agar ia menjadi ramuan yang stabil dan saling mengerti. Ia senantiasa minyak dan air; tiada mahu bertemu meski kau gaul selama 340 jam, 99 bulan dan 1000 tahun sekali pun. Kau cubalah hingga planet bumi menjadi empat segi atau tiga segi.

Sukar kerana...kita suka, kita sayang, kita cinta...namun, kita terseksa. Dibuang mati, diambil pun mati. Tapi kita harus memilih. Dan memilih hanyalah boleh satu. Akhirnya aku memilih membuang dan mati. Kalau aku tahu, membuang dan mati itu tiada maksud dan pengertian untuk dia, aku akan membuang dan mati lebih awal lagi.

Ya! Aku obses. aku mengaku aku obses. Dan aku masih obses meskipun aku membuang dan mati. Sekali kita terjebak dengan obses, ia akan menjadi kanser dalam diri kita. Seketika mungkin kita bertahan dan seakan berjaya. Tidak lama kemudian ia bakal menghantui kita semula seperti kita tidak pernah sembuh sebelum ini. Malah ia lebih teruk lagi.

Jika kau tanya mengapa aku obses, adakah aku mempunyai jawapan yang tepat untuk aku jelaskan? Aku cuba duduk sendirian di kala tiada seorang pun bersama. Berfikir mencari alasan kenapa aku obses dengan sesuatu yang tidak jelas. Kau ibarat bayang bayang. Kau tidak pernah wujud seperti yang kau pernah katakan kepada aku dahulu. Kau hanya bermain dengan kata kata kosong untuk tujuan yang aku sendiri tidak pasti apa tujuannya.

Mungkin aku obses kerana kau membuatkan aku menjadi obses. Mungkin. Mungkin perasaan tertanya tanya itu yang membuatkan aku obses. Mungkin cara kau itu yang membuatkan aku obses! Apakah maksud disebalik lagu Kekasih gelapku oleh Ungu? Apakah maksud disebalik tidak membenarkan aku berkawan dengan orang lain kecuali kau? Apakah maksud segala rules yang kau tetapkan untuk aku turuti jika akhirnya kau sendiri rasa jelik dengan keobsessan?

Kau kata, kau takut aku buang kau. Pegangan aku kukuh bertahun tahun; kau saja yang hilang tak muncul muncul selagi aku tidak mencari. Aku tidak pernah membuang kau hingga tanpa disedari aku membawa parasit obses yang semakin membebankan jiwa dan raga. Hingga hari ini, kepala ini masih dihuni oleh kau. Apa salah aku hingga menjadi begini? Dan apa salah kau menjadi seperti yang kau sekarang bukan yang dulu? Apa salah aku yang dulu hingga aku menjadi begini hari ini? Ahh! Tidak. Aku yang bersalah kerana aku tidak mengerti kau. TIDAK. Kau yang bersalah kerana kau yang mula buat begitu atas alasan kau selesa dengan aku. Kau kata aku kau yang punya. Kau jangan tipu yang konon kau terlupa meskipun aku sudah menghapuskan bukti menjadi abu.

Benih obses ini telah tertanam sekian lama dalam minda sejak 10 tahun dulu hingga menjadikan lagu Menjaga Hati oleh Yovie dan Nuno sebagai lagu siang dan malam suatu ketika dahulu sambil ditemani rasa bersalah kerana satu kesilapan yang aku lakukan kononnya tidak boleh dimaafkan dan mungkir janji dan menjadikan ia tidak akan sama seperti dulu. Rasa bersalah ini menjadikan aku disumpah obses selama lamanya. Obses ini menjadikan diri ini merasa lebih baik kau tidak pernah wujud dalam hidup! Kasih sayang apakah yang kau cuba berikan dengan seketul Teddy Bear bewarna pink yang perlu disorokkan? Ada apa dengan beruang pink? Simbolik kau dengan apa? ... atau dengan siapa?

Apa faedahnya aku meninggalkan semua orang kerana mahu membaiki janji yang rosak itu demi kau? Akhirnya kau tidak relevan lagi untuk kisah ni. Kau mahu aku berjanji untuk cerita dongeng rupanya. Bodohnya aku; bodohnya budak hingusan yang tidak matang dan buta dengan kata kata bersalut madu yang berbisa. Hari ni, yang kau tahu hanyalah berkata -- Bergurau kata kau. Kau lupa; kata kau. Kenapa kau beri kalau ia tiada makna? Adakah kau sekadar bermain main disaat kau bosan diluar kawasan pujaan kau?

Kadang kala, aku benarkan obses ini dan menikmati apa sahaja yang muncul dalam kepala seperti menikmati opoid. Aku biarkan sahaja diri sendiri melayang dalam kegembiraan dan berlagak seperti Heater si tukang topi di dalam dunia Wonderland yang pernah dijejaki Alice. kadang kala aku tidak membenarkan obses ini menguasai diri kerana aku tahu betapa sakitnya dihantui oleh obses yang tidak pernah ada kepuasan. Sakitnya bagai ingin membantai dan ia sangat menakutkan; lebih menakutkan dari kisah Annabelle kerana obses boleh menakluk aku dan dunia aku.

Obses ini menyakitkan. Menyeksakan. Di saat aku tidak mahu, ia datang tanpa dijemput. Di saat aku mahu, ia tidak pernah datang walaupun dicari, dijemput, dipanggil dan diseru. Walau dijampi sekalipun.

Serba salah dan serba tidak kena semuanya. Obses yang aku tolak tetap menempel membuatkan aku rasa jengkel. Aku marah, menjerit sekuat hati tanpa sesiapa pun mendengar. Hanya aku. Hanya aku yang mendengar suara di dalam kepala tanpa perlu menggunakan perkhidmatan telinga. Ya... ia tanpa bunyi dan tanpa suara tapi aku masih mendengarnya. Suara itu benar benar di dalam kotak fikiran.

Bila aku mula menerima obses ini kembali. Mencuba untuk menjinakkan obses ini agar tidak melukakan aku disaat aku tahu, obses ini tiada berguna dan aku sendiri tahu obses ini hanyalah bayangan tanpa fizikalnya. Ucapannya hanya ilusi tanpa diucapkan dari mulutnya. Aku melihatnya -- aku nampak dia meski dia ibarat makhluk tak kasat mata. Namun, aku dapat rasakan ia seperti benar benar wujud dan tersenyum kepada aku dan bersembang dengan bahagia.

Obses; sekali kau cuba -- kau akan ketagih. Ingatlah... ubatnya hanya satu. Mati. Maka ia akan berhenti di dunia. Semoga bersahabat lagi di alam lain.

Terima kasih membaca "Obses" sambil lagu Menjaga Hati oleh Yovie dan Nuno berkumandang di udara. See you againLebih banyak kisah dan gaya penulisan seperti ini di FORGET MY NAME.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Human May Change Anytime

Human May Change Anytime


Apa yang ada dalam fikiran korang dengan kata kata "Human may change anytime" ? hm... Manusia sentiasa akan berubah mengikut masa. Pelbagai perubahan yang kita boleh lihat, ada yang kurus jadi gemuk, dari gemuk jadi kurus, yang dulunya kecil kini besar. Yang rendah sudah meninggi dan sebagainya. Tapi itu perubahan luaran, kan? Bagaimana dengan perubahan sikap? karekter? perubahan cara berfikir? perubahan prinsip dan pegangan? ...atau mungkin perubahan perasaan?

"Human may change anytime" kata seorang kakak melalui status di laman Facebook pada tahun 2011. Dia menulis status sedemikian selepas kaki aku sudah pun menjejak semula ke lantai kampung halaman. Labuan yang membosankan bagi aku sejak dibangku sekolah tetapi wajib aku paksa diri untuk cintai tanah tempat kelahiran aku ni... huh...Aku tidak pasti, Labuan agak membosankan akibat dari kisah lampau politiknya atau mungkin cara aku melihatnya; hanya sebuah pulau yang terapung di atas air atau mungkin juga kerana cara aku dibesarkan... ketika status Facebook itu dipublished , aku juga sudah pun masuk pejabat seperti biasa dan menjadi pekerja paling lemau pada hari itu... Namun, hati aku tidak begitu biasa seperti biasa di hari biasa. Jika yang biasa pun tidak tercapai pada hari itu, apatah lagi untuk menjadi hari yang mengujakan.



Hati menyimpan satu perasaan yang berobjekan keliru dan warnanya agak kabur hanya kerana tingkah laku seorang kawan yang dianggap kawan baik. Kacang. Aku gelar dia Kacang tanpa pengetahuan dia. Kakak kacang. Ya... aku lebih muda dari dia. Aku bekas budak sekolah yang masih tidak faham manusia lain dan dunia realiti. Manakala dia, pelajar lepasan ijazah. Mungkin, beza kami hanya tiga atau empat tahun waktu tu.......dan.....dia juga belum tentu faham tentang manusia lain dan hakikat dunia. Hanya kerana dia, Kacang, aku jadi blue mood ketika itu.

Bayangan dan imaginasi aku sebelum sampai ke Kuala Lumpur, segalanya indah dan berjalan lancar. Tapi kejadiannya sebaliknya. Siapa yang tak marah? Membazir masa dan duit! Tahu tak? Pekerjaan yang tidak seberapa, usaha yang melambung, lalu hasilkan dibazirkan untuk sesuatu yang tiada baloi. Aku langsung tidak mencapai kepuasan hati yang hakiki. Ingin mencoret kenangan manis asalnya. Tidak semana mana menjadi kenangan bercampur aduk rasanya.

Berkenalan dengan Kacang pada mulanya hanya biasa. Sama seperti aku berkenalan dengan rakan sekerja baru yang lain. Lama kelamaan aku dapati kami begitu serasi dan boleh berkawan baik. Dia comel, fun, playing guitar, suka K-pop, speaking Korea language, baik hati, dan mempunyai perwatakkan yang agak nerd. Dia juga boleh tahan bijak dan mempunyai sifat yang mudah membantu orang lain. Tapi, selepas kejadian di Kuala Lumpur, aku berfikir semula, adakah dia benar benar kawan baik? Atau... ya dia memang kawan baik bagi aku tetapi aku mungkin bukan kawan baik dia; bagi dia. Aku bukan sesiapa. Aku hanyalah rakan sekerja dia; bagi dia. Aku saja yang anggap dia lebih lebih.

...atau adakah aku overthinking? social anxiety? atau mungkin, over reacting?

Di Kuala Lumpur, dia -- kawan yang aku anggap kawan baik langsung tidak sama seperti asalnya; kawan yang bersama sama dengan aku terbang ke Kuala Lumpur dari Labuan. Sampai sahaja di Kuala Lumpur, janji dan rancangan yang diatur bersama di Labuan berubah 360 darjah dengan sekelip mata. Pada awalnya, aku setuju dengan pertukaran rancangan yang pertama. Tiba tiba rancangan ditukar sekali lagi dan lagi dan lagi hingga menimbulkan kecurigaan. Atau aku yang berfikir bukan bukan? Aku sebagai seorang yang pertama kali berada dalam Selangor tanpa GPS, map, internet, etc...apa agaknya yang boleh aku lakukan sendirian dengan beg yang besar? Ah! Mungkin aku boleh naik teksi. Tapi kemana? KL Sentral? Masjid India? Bukit Bintang?

Rakan lain yang aku kenal pada ketika itu, ada juga yang berada di tanah semenanjung. Cuma, aku buntu. Perlukah aku meminta bantuan hingga meminta mereka datang ke lokasi aku yang jauh dari lokasi aku? Bagaimana dengan...dengan...ntah! aku terlalu banyak fikir.

Tinggallah aku dengan diri sendiri dengan perasaan serba tidak kena. Fikiran aku sudah mula bercelaru, risau, resah dan marah? Ya! Geram? Ya! Aku rasa tertipu! Mujur ada yang baik hati membantu dalam keadaan yang sendirian ketika tu. Kakak yang menulis "Human May Change Anytime" di Facebook telah membantu dengan ikhlas hati membenarkan aku bersama keluarga satu malam. Begitu juga dengan rakan sekerjanya -- Kak Fau yang sudi menumpangkan bumbungnya satu lagi malam seterusnya. Aduh! Aku rasa begitu menyusahkan orang lain akibat rancangan yang berpaling tadah.

Bukan hanya Kacang yang agak pelik ketika itu, rakan sekerja lain yang berada di Labuan juga pelik. Mereka menganggap aku yang meninggalkan Kacang. What exactly Kacang said to them? I don't know. I don't know until today. That moments, change everything in my office and my situations selepas beberapa bulan kejadian berlaku. Kami masih berkawan tapi ia berbeza dari sudut pandangan aku. Dari sudut pandang dia? aku tidak tahu. Tapi apa yang aku lihat; dia nampak cool. Seperti tiada apa yang berlaku antara kami di Kuala Lumpur. Seperti tidak pernah berlaku pergaduhan sampai 3 pagi melalui pesanan ringkas. Di Labuan, kami semua diam. Dia diam. Aku diam. Rakan lain diam. Semua sugul.

"Kita kan kawan", kata mamat yang mempunyai karekter 40% Sheldon Cooper.
"Kenapa tak tunaikan janji? Kenapa tinggalkan Kacang?", katanya lagi. Dia benar benar membuatkan aku hilang sabar.
"Apa yang Kacang cakap dengan korang? Siapa tinggalkan siapa? Siapa sebenarnya mungkir janji? Korang tak ikut pergi Kuala Lumpur, korang tak tahu 100% apa yang dah jadi...!" Kata kata kasar semakin nak keluar dari anak tekak aku pada hari tersebut.

Saat itulah mood aku 100% negatif. Aku diam sampai balik rumah.

Insecure? yes... Anxious? yes... kepercayaan aku dengan dia dah mula menurun dari 100% kepada 70% dan...rasa percaya ini mula berkurang dari hari ke hari. Aku mula berfikir, apa aku di mata dia?

Mungkin benar apa yang dipanggil sebagai law of attraction. Semakin banyak energi negatif yang kita keluarkan; itulah aura yang menarik lebih banyak energi tidak baik. Tiba tiba aku bagaikan dirasuk oleh sihir yang berbunyi, "Human may change anytime". Segala kekecewaan A hingga Z yang aku pernah pendam berkumpul di satu tempat dan menjadikan aku seperti mutan bertopeng manusia. Dan mutan itu telah menyedut produktiviti 1 % setiap hari berterusan. Lalu, menghasilkan kerja yang tidak begitu memuaskan hati setiap manusia di pejabat.

Aku cuba sedaya upaya dengan pelbagai cara. Tapi... entahlah... Aku mula tiada selera untuk segala yang aku suka dulu...Keinginan dan keghairahan terhadap tugasan mulai tawar... Aku mula rasa pergerakkan aku sama seperti R2D2 dan 3CPO. Robotic tanpa perasaan yang tepat untuk setiap suasana yang berbeza.

Tapi... meskipun tawar aku cuba sekeras mungkin untuk menambah gula agar perasaan cinta terhadap apa yang dilakukan sama seperti dulu kala.

Namun, kenapa segalanya kesilapan, kerosakan, kekurangan dan ketidak stabilan hasil kerja menjadi kan aku sebagai punca utama? Apa yang sudah aku buat? Adakah aku sejenis infeksi dan ia telah merebak ke seluruh ruang dan waktu di pejabat?

Orang orang di dalam pejabat sudah mulai berubah terhadap aku ibarat aku lah yang menjadikan segalanya menjadi kelabu. Yang bewarna kuning mulai beransur ansur berubah menjadi kelabu dari mata kasar aku sendiri, begitu juga dengan warna lain; pink, merah, hijau dan biru. Adakah mereka melihatnya sama seperti yang aku lihat? Tiada lagi pelangi?

Pada mulanya aku menyalahkan Kacang. Permainan Kacang yang membuatkan aku menjadi punca utama di dalam segalanya untuk mengelak dari tanggungjawab sendiri! Kamon Kacang! We worked together... what was wrong with you?

Adakah Kacang sedang memanipulasi aku dan yang lain atau ada yang lain memanipulasi kita jadi begini? Siapakan di antara kita yang mengerakkan boneka? Adakah aku salah satu dari boneka?

Mungkin juga...oh bukan mungkin tapi ya... aku yang bersalah. Aku tidak patut membuat sebarang rancangan dengan Kacang. Rancangan yang salah disisi undang undang pejabat. Hubungan aku dengan majikan yang akrab ini membuatkan segala pergerakkan kami boleh jadi diintip. Tapi Kacang, ia sepatutnya normal dan tiada apa apa yang serius Kacang. Kita perlukan rehat juga, bukan?

Ntah lah... tuduhan yang mengatakan akulah punca utama sememangnya menyakitkan hati -- merobek dan merabak. Ada masanya aku terasa bagai dianiaya... ada masa aku rasa mungkin benar akulah orang paling tidak berguna dan menjadikan segalanya jadi error. System error. Mungkin aku adalah virus. Jadi, human may change anytime bermaksud Human become (or transform into) virus too? Mungkin aku, mungkin dia, mungkin sesiapa sahaja telah terjangkit dengan virus dan virus sudahpun tular. Aku tidak pasti di mana aku dijangkiti. Di Kuala Lumpur? -- mungkin.

Ketika aku terlalu marah dengan apa yang berlaku yang melibatkan manusia; ada masa aku melontarkan kata kata di mana orang yang mendengar bakal terbakar. Telinganya berdarah dan kepalanya pecah. Matanya mengalirkan air mata panas membasahi pipi tapi hatinya menangis darah. Ia bakal sembuh mungkin 10 tahun akan datang.

Sebagai seorang yang terciduk kerana kekejaman realiti dan hakikat. Memang pahit untuk aku telan betapa sukarnya menjadi manusia dewasa. Kawan menjadi lawan. Supporter menjadi musuh, musuh menjadi supporter. Hingga aku sendiri mulai hilang dan tidak mengenali diri sendiri kerana ketakutan hubungan yang palsu, manipulasi dan batu api. Adakah kau bercakap benar? Adakah kau membawa pisau dari orang lain untuk kau tikam aku tanpa kau sedari? Tidak mengapa kawan, mungkin kau tidak tahu kau juga sudah dijampi. Lalu kau membunuh tanpa kau waras.

Human may change anytime? ada masanya benar kau berubah kerana kau mahu. Ada masa kau berubah kerana kau pun tak tahu.

--

HUMAN MAY CHANGE ANYTIME. Jika Human-may-change-anytime adalah sepohon pokok rendang, aku harap daunnya tidak pernah berguguran walau di musim luruh. Kata kata ni tidak pernah melarikan diri dari ingatan aku dari tahun 2011 hingga hari ini; 2020. Hanya dari satu ayat ini, ia memberi banyak pengertian tentang setiap manusia yang pernah ada bersama aku di setiap persinggahan. Setiap insan yang pernah bersama aku, orang kesayangan, orang kegemaran, orang special dalam hidup, etc...ayat ini memberi pengertian yang sama dalam bentuk dan situasi yang berbeza. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masin, ada yang masam dan... paling teruk manis tapi pahit. Sayang tapi benci. Benci tapi sayang. Tarik tapi tolak. Ia ibarat dalam satu gelas minuman yang mengandungi penawar dan racun.

Jujur.. aku pernah meminumnya. Hasilnya? Aku ketagih; ia sama seperti Choking game. You'll high but you gonna die soon. Aku sedar, meminumnya sama lah seperti aku sabotaj diri sendiri. Tapi, apa yang boleh aku lakukan apabila aku mulai leka dengan indahnya rasa itu?

Aku pernah ada satu prinsip. My teenage principal. Aku tidak akan berubah terutamanya dengan relationship; terutamanya persahabatan, tanggapan, orang kegemaran dan kesayangan dalam hidup. Ketika membaca bait bait Human may change anytime ketika itu, aku teringat akan apa yang aku percaya dulu kala; satu perkara yang penting bagi aku, AKU TIDAK AKAN BERUBAH. Tidak mungkin. Orang lain terhadap aku? Mungkin akan berubah. Aku tidak! Tidak akan. Aku percaya dengan diri aku sendiri. Yah.. aku mencari kesempurnaan dengan diri sendiri. Jika aku katakan A maka ia mesti A. Wajib! Hinggalah aku tertonggeng pun aku masih berdegil! A! Mesti A.

Aku membawa prinsip ini bertahun tahun. Mungkin boleh digelar sebagai prinsip SETIA KAWAN atau apa sahaja yang orang boleh gelarkan. Oh! Ada seseorang menganggap aku OBSES. I'm not sure about obses sepanjang aku berkawan dengan dia. Jawapannya terpulang; YES, NO, or MAYBE..but today, I'm pretty sure, yes... I'm obsessed. Prinsip ini hanya aku gunakan kepada mereka yang aku pilih dan yang aku rasa layak. Bagi aku, itu boleh aku gelar THE CHOSEN ONE. The Chosen one bukan wujud dalam dunia magikal Harry Potter sahaja. Di dunia kita juga ia wujud. Aku lah salah seorangnya yang menggunakan istilah ini hingga mereka membina kubu kerana takut menjadi salah seorang yang kononnya terpilih. Kerana mereka goose bump dan merasa ia creepy. Tidak semua orang disekeliling aku akan aku nobatkan sebagai kawan terbaik dalam hidup aku. Jika aku sudah memilih; dan dia terpilih, I'll never give up on the relationship. No. Aku akan masih contact dia walaupun sudah 10 tahun. Itu aku. Mungkin aku akan hilang dari radar 6 bulan atau setahun atau dua tahun... but I will contact them again. I never forget to keep in touch. Kenapa ada masa aku menghilang? Hurm... Mungkin aku terjatuh dalam lohong hitam atau lautan dalam. Muncul semula sebab nampak sebutir cahaya di hujung lohong dan di permukaan laut dalam.

Jauh macam mana pun, aku tidak pernah akan lupa. Nama mereka tidak pernah tidak disebut. Terutamanya ada sesuatu yang membuatkan aku teringat dia atau dia atau dia. Nama siapa agaknya yang tidak pernah aku sebutkan?

Namun, musim berganti musim. Tahun berganti tahun. Aku dapati, aku berdiri di tengah tengah putaran yang setiap saat ia berpusar dalam kelajuan kilat dan ia berubah ubah bentuk, berubah warna, berubah kegiatannya kecuali aku. Aku masih sama di tengah tengah putaran. Aku masih sama; fikiran, karakter, pendapat, etc. Jika dia pernah menjadi sang pujaan, aku masih memujanya. Jika dia pernah menjadi kesayangan, dia masih menjadi kesayangan. Jika dia pernah menjadi kawan, aku masih menganggapnya kawan. TAPI, aku....?

Walaupun aku sama. Tetap tidak ada yang kekal bersama. Ada yang hilang tanpa sengaja. Ada yang terlupa. Ada yang sengaja melupakan. Ada yang sengaja menyepikan diri. Ada yang hanyut pergi mengikut aliran sungai. Ada yang mengikut angin kemana sahaja ia bertiup. Ada yang mengayuh perahu walau air terlalu deras. Mereka move on and forget the past. Past is past. I'm their past.

Ada manusia, dia keep going.. tapi dia lupa apa, siapa, bila, yang pernah ada, yang sebelum ini dan termasuklah apa yang mereka pernah ucapkan. Aku tidak pasti, mereka benar benar lupa atau they are just pretending...berlakon lupa. Jiak mereka berlakon, aku sangat mengaguminya. Mereka benar benar kelihatan lupa seperti tidak pernah berlaku apa pun dulu.

"Suatu hari nanti, bila dah habis sekolah, awak akan lupakan cikgu, Sofie.." Katanya. I swear, I will not. Kenapa aku akan lupa? Aku akan mengalami kemalangan jalan raya dan cedera kepala hingga hilang ingatan? Wowww.... atau, dia tahu otak aku akan diformat untuk dimasukkan program lain di masa akan datang?

Aku tak pernah lupa. Aku masih ingat. Buktinya aku masih menulis di sini tentang dia sambil aku mengingat dia.

"Sofie, jangan lupa jemput cikgu kahwin nanti, okay..." Dia ulang suara ayat ni hingga ayat ni melekat dalam kepala aku sampai hari ni.

Buktinya, aku jemput and where are you then? Why you keep remind me to invite you if you don't mean to come? Mengecewakan, dia tak telefon dan tidak juga mesej minta maaf atau tahniah. Thanks lah sebab keep remind me. Hhuhu...

Walaupun begitu, aku masih wished her every year for teachers day (and her birthday di bulan yang lain). Disebabkan aku dalam keadaan perlukan duit beberapa tahun, jadi aku sedikit sukar untuk menghantar hadiah setiap tahun. Jadi, hanya ucapan yang aku mampu. Pernah, aku berjaya saving untuk dia, aku sediakan hadiah yang agak mahal sebab aku segan nak bagi hadiah murah dengan dia sebab aku dah lama tak bagi hadiah, so why not kan.

But, on that day, aku dapat tahu dia not really want to have a conversation with me. Dia cakap dengan kawan dia (guru lain), "Dia ni selalu juga hantar mesej...tapi malas lah nak balas". Wow... masa tu baru aku sedar hati aku rupanya kaca. Usai saja mendengar kata kata tu, berkecai menjadi serpihan. Ya ya ya... aku tahu, ramai manusia di luar sana akan kata, dia mungkin bergurau. Baiklah berguraulah kamu semua sepuas hati...berguraulah hingga kita tidak tahu bezakannya lagi. Gunakanlah kata kata "Aku bergurau" untuk menutup kesilapan kamu yang bermulut cakap lepas; cakap dulu sebelum fikir perasaan manusia lain sedangkan kamu mahu orang lain menjaga hati kamu seperti intan yang bernilai.

Well, human may change anytime. Kann... actually aku hantar mesej tak ada la kerap sangat dengan cikgu ni. Sebenarnya dalam setahun dua kali. Satu, on her birthday, dua on teachers day dan dia 'malas' ? very well. Thanks a lot.

Dan... aku masih berusaha kekalkan hubungan yang sebenarnya tak ada makna bagi dia hingga 2019 dan aku ambil keputusan, itu tahun yang terakhir. Dah satu dekad aku memperbodohkan diri dengan prinsip bodoh dengan orang yang salah.

Termasuklah, kakak yang aku sayang. 2019 adalah yang terakhir. Akhirnya aku putus asa dengan harapan sendiri. Aku dan dia tidak akan sama lagi walaupun dia kata dia sama. Dia tak sama. Dah tak sama... "Salah I ke situasi kita macam ni.." tanyanya. Sudah tentulah tidak. Siapa yang nak merasa dia bersalah untuk situasi yang berubah dengan sendirinya tanpa dijemput. Kan? Semuanya berlaku kerana ia memang nak berlaku. Orang yang tidak puas hati ialah aku. Tidak mahu ia berbeza. Situasi yang bagi aku jelek. Aku tidak pernah berkesempatan menjadi seperti yang aku harapkan untuk dia. Aku tidak pernah berkesempatan menjadi seperti orang lain yang rapat dengan dia secara fizikal. Aku rasa, aku sedang bersahabat dengan hologram. It is not real. Apa korang rasa apabila lepak dengan member di kedai kopi, borak kosong, ketawa, bergurau? It's better than you chating in front of your computer or smart phone? right? terutamanya dengan sahabat yang korang sayang.

Secara online, belum tentu aku ni sahabat dia. Mungkin aku sahaja yang terhegeh hegeh kata dia sahabat aku. Perbualan aku dengan dia melalui aplikasi whatsapp memang dah sendu sejak sekian lama. Aku saja yang rajin buat dia annoying cari attention dengan harapan dia masih ada untuk aku walaupun aku tahu dah tak ada. Aku tahu dia balas kerana dia cuma nak being nice to everyone. Sejujurnya, dia orang terakhir aku rajin ajak borak di aplikasi whatsapp. Yang lain aku dah biarkan jadi habuk.

Sebab... aku benci whatsapp. Aku sentiasa mendapat 'BLUETICK' dan bluetick tidak pernah ada penghujung. Selepas dua tiga bulan; bahkan setahun aku cuba lagi, masih bluetick. Kadang kadang aku berfikir dalam dalam apa yang sudah terjadi dan apa sebenarnya yang sedang berlaku?

What actually wrong with me? Misalnya aku tidak mulakan dulu, aku yakin tiada lagi relationship. Hubungan kawan ini hanya akan menjadi orang asing.

Ada masa, ada juga yang menghantar mesej. "Assalammualaikum..." aku jawab, "Waalaikumsalam...hai...apa khabar?" kemudian, dia tinggalkan aku dengan bluetick. Kenapa macam tu? Suddenly lupa apa nak cakap dengan aku ke? Tukar fikiran untuk buat conversation dengan aku? Aku menunggu di sini. Kadang kala, bila ada yang meninggalkan conversation macam ni, aku akan cuba follow up. Sebab dia kawan aku. So, why not? Kann... Then, bluetick again. What the heck??
OMG! I hate bluetick. HHhahaha!

Dalam hingar bingar dan kemeriahan media sosial, aku dapat melihat kehidupan rakan rakan dan mereka yang pernah menjadi sahabat dan yang pernah jadi special dalam hidup. Aku likes, aku comments dan ada masa aku respon dengan inbox. Well, tak ada sesiapa yang menjawab inbox. Aku anggap, mereka sibuk. Kita ibarat burung beterbangan ke arah yang berbeza. Ke barat, utara, selatan, timur dan kemana sahaja kita mahukan -- kita mula sibuk dan mencipta kehidupan yang didambakan. Kita semua beterbangan ke haluan yang berbeza ada kemungkinan besar kita tidak mungkin akan betemu lagi. Hubungan kita dulu hanya tinggal kenangan.

Aku pernah bersyukur dengan adanya media sosial aku masih boleh melihat kawan kawan aku. Walaupun sudah tidak lagi dalam satu perjuangan yang sama; sekolah, exam, kerja, projek, etc.

Tapi, aku hairan. Sosial media menjanjikan kita tetap berhubung walaupun kita jauh tetapi hanya aku yang menghubungi mereka. Media sosial nampaknya menjadikan aku seorang yang bertepuk sebelah tangan. Mereka tidak pernah menghubungi aku melainkan berhajat. Aku sejujurnya perasan, hanya aku yang terhegeh hegeh ambil tahu. Hanya aku yang over menekan likes tanda suka dengan apa yang mereka kongsikan. Komen tanda aku masih ingat dia. Tapi, tidak ada yang meraikan apa yang aku kongsikan di sosial media. Tiada sesiapa yang ambil tahu walau apapun yang aku tulis.

Apa sebenarnya yang mereka takut dengan aku? Adakah aku seorang yang membosankan? Adakah aku hanyalah kawan yang mereka perlu ketika bosan? Adakah aku hanya persinggahan ketika mereka perlu kerana ada masalah untuk dilontarkan? Adakah aku hanyalah tempat mereka menilai dan mengukur siapa hebat? Adakah aku hanya mereka perlukan apabila aku banyak duit? That's it? Ingat lagi dengan kata kata aku, THE CHOSEN ONE yang aku tulis kan di atas? Mungkin aku lah yang terpilih untuk setiap rakan dan sahabat untuk menjadi bahu dan curhat. Aku mungkin bangga dan suka sebelum ni; mungkin itu salah satu cara aku menambah pahala. Malangnya mental aku dah mula lemah, serabai, selekeh, tak larat dan sakit. Aku dah tak mampu. Kamu ada bukan sebab suka aku; tapi sebab....sebab... sebab... entah... aku tak tahu apa yang kamu nampak tentang aku. Whateverlah.

Bercerita tentang media sosial. Korang pasti tahu maksud mutual friends. Example, kita berlima berkawan. Salah seorang dari kita posting status di Facebook. Empat orang termasuk aku membuat respon dengan menghantar komen. Semua komen dibalas melainkan komen aku. Malah, komen mereka saling berbalas. Mereka berbual dan buat aku macam tunggul. Omg! I'm felt -- Dumb-as*, I felt like sh**!

Di satu perhentian, aku mula nekad untuk berubah. Human may change anytime. Well, I'm a human. Mankind. It's okay if I change too. Yes! I changed. Prinsip yang aku bawa kemana mana -- itu klasik. Prinsip zaman purba. Manusia zaman sekarang tidak akan kekal berkawan dengan kita selagi tidak selevel atau sebidang. Ya logik!...jika kita bukan sebidang, apa yang kita nak borakkan? apa yang 'fun' untuk mereka berminat dengan cerita kita? Yang kita ada hanyalah kisah lama yang sudah basi. Kisah lama yang sudah menjadi cebisan hapak dalam diari hidup kita. Yang menjadi coretan lama dalam buku catatan 5 tahun lalu, 10 tahun lalu.

Berhubung di sosial media itu palsu. Sosial media hanyalah alat untuk mengukur dan melihat kita sedang jatuh, bangun atau terbang tinggi. Sebagai alat untuk memantau siapa yang menang dalam pertandingan kehidupan yang mereka reka sendiri. Sosial media bukan alat untuk mereka tahu tentang perkembangan kita lagi. Mereka tidak peduli hidup kita. Mereka hanya peduli kita hanya bila kita sudah mati. Then, what they will say, "She is a good friend" ? or "She is my best friend" ?Adakah kamu pasti? Mungkin perkataan yang sesuai adalah My-Ex-Friend. Bila kita mati, apa yang mereka akan tulis tentang kita? "AL-FATIHAH" , adakah mereka hanya menulis "Al-fatihah" di status masing masing tanda caring tanpa membaca surah Al-fatihah?

Kita hanya pernah berkawan suatu masa dahulu dan mungkin itu hanyalah satu kebetulan atau takdir. Mungkin tidak ada seorang pun yang benar benar bermaksud untuk menjadi kawan aku seadanya. Aku menjadi salah seorang dari komuniti tersebut kerana aku ada di situ. That's all. I'm nothing to them. Aku anggap mereka kawan tapi mereka anggap aku ORANG. ORANG yang ada di situ. Just orang.

Since ORANG maksudnya MANUSIA (Human), So, Here I am. I'm a human and human may change anytime.

--

Terima kasih membaca Human may change anytime. Lebih banyak kisah dan gaya penulisan seperti ini di FORGET MY NAME.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share: