SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 26 September 2015

Giveaway : Novel Kesayangans

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Selepas membelek-belek blog "STELLA ISLE" , saya pun mengambil keputusan untuk menyertai "Giveaway : Novel Kesayangans" beliau.. Nak terjah blog dia? Boleh -klik sini-

Dah lama saya menyembunyikan diri dalam 'gua' dan tidak join mana-mana segmen atau giveaway macam ni. Kebetulan,Giveaway Cik Hani masih on lagi, jadi saya rembat lah. hikhik...

Saya menyertai Giveaway Cik Hani ni, bukan semata-mata untuk mendapat Novel Kesayangans. hehe...tapi Cik Hani, kalau Cik Hani bagi kat saya juga, saya takkan pulangkan tau! hahaHAha...ok..saya hanya bergurau.

Saya join ni juga sebab nak berkenalan dengan blogger comel-comel dan berbakat ni. Merapatkan lagi silaturrahim antara blogger dan beri sokongan kat Cik Hani kita. hehe...

Kepada yang menyertai Giveaway ni juga, boleh -klik sini- atau klik kat banner di bawah ni.



okies! Happy blogging!
Thanks sudi baca...
Nanti jumpa lagi.











Share:

Gone Girl Movie Review | Download Gone Girl Full Movie For Free

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Beberapa hari lepas, saya dan Encik suami menonton movie Gone Girl. Movie ni ditayangkan pada tahun 2014. Yes, tahun lepas. Masa movie ni release kat panggung wayang, saya dan encik suami berada di Kota Kinabalu atas urusan perniagaan dan urusan majlis perkahwinan.

Kami memang rancang nak tengok movie ni selepas selesai urusan tetapi kami batalkan sebab semasa tengok trailer, movie ni kelihatan membosankan. Nanti ada pula yang tidur kat panggung wayang tu. hahaha!

Movie ni ditayangkan kat astro baru-baru ni. Kami tengok separuh je sebab semasa buka TV, movie dah jalan separuh. Bila tengok ending story ni, saya rasa bengang. Tak faham. Tanda tanya. Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Untuk memuaskan hati, saya download movie ni dan tengok dari awal. Apa yang sebenarnya sedang berlaku dengan perempuan tu. Suami dia jahat ke? atau dia yang gila?



Kalau korang nak download juga movie "Gone Girl" ni, dipersilakan --
DOWNLOAD GONE GIRL FULL MOVIE FOR FREE - klik sini -

PELAKON/WATAK GONE GIRL
Rosamund Pike - Amy Dunne (Watak Utama)
Ben Affleck - Nick Dunne (Sabagai suami Amy)

SINOPSIS
Kisahnya, ada seorang wanita yang popular sebagai penulis yang digelar sebagai "Amazing Amy". Beliau seoarang yang cantik dan bijak. Pada suatu hari bertemu dengan Nick lalu mereka berkawan. Hubungan kawan mereka semakin serius dan intim sehingga mereka mendirikan rumahtangga.

Selepas berkahwin, bermulalah konflik mereka berdua yang berpunca dari masalah kewangan dan sebagainya.

Sepanjang mempunyai masalah kewangan, banyak perubahan yang negatif dengan hubungan mereka. Nick semakin bersikap dingin,Amy kurang diberi perhatian dan kehidupan mereka sebagai suami isteri semakin hambar. Paling buruk, Nick hanya akan bersama Amy apabila mahukan hubungan seks.

Akibat daripada masalah kewangan, Nick dan Amy berpindah rumah. Mereka pindah ke rumah ibu dan adik Nick.

Tiba-tiba, pada suatu hari Amy hilang. Nick buntu dan Nick tidak tahu kemana Amy menghilang. Nick pun membuat laporan polis dan kes ini disiasat.

Sepanjang pencarian Amazing Amy,banyak perkara yang membingungkan penonton berlaku. Polis mengesaki Nick membunuh isterinya. Manakala, Nick menafikan hal tersebut.

Sepanjang tuduhan itu, terbongkar pelbagai rahsia Nick termasuklah melakukan hubungan dengan wanita lain di luar.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah Nick benar-benar membunuh Amy?

KOMEN SAYA
Cerita ni lebih kepada masalah rumahtangga yang sebenarnya menjadi dingin kerana sikap lelaki dan wanita itu sendiri tidak mampu memahami diri masing-masing. Apabila masing-masing tidak faham terjadilah sesuatu diluar jangkaan yang mengikut emosi dan nafsu. Amy memang bijak tetapi dia tetap melakukan kesalahan besar.

PENGAJARAN
1. Lelaki kena sedar berkahwin bukan untuk suka-suka tetapi ia lebih dari itu. Perkahwinan adalah komitmen dan tanggungjawab.
2.Wanita mesti memahami suami dan sentiada memikat hati suami sepanjang masa meskipun sudah berkahwin. Memikat bukan sebelum kahwin sahaja tetapi ia lebih penting selepas berkahwin.
3.Masalah kewangan bukanlah satu perkara untuk suami dan isteri saling salah menyalahkan tetapi itu adalah peluang untuk bersama-sama menyelesaikan bagi mengeratkan lagi hubungan kasih sayang.


Siapa belum tengok dan nak tengok, boleh download movie ni. Saya ada sediakan link download kat atas.

Ok.
Thanks sudi baca.
See u again.











Share:

Ahad, 20 September 2015

Happy Bithday To Me | Hari Malaysia | 16 September 2015

Assalammualaikum readers and bloggers,

4 hari selepas menjadi "Birthday Girl"..hahaha... Now, saya akan post entry berkenaannya.



MY BIRTHDAY AS A WIFE

Mungkin lebih sesuai kalau, "as a hottest and sexy wife" kan...? Kahkahkah... susah juga kalau dah over self-esteem ni. Meluat meluat diorang kata...huwa huwa...

ok..
Terlebih dahulu, saya nak say THANKS a lot lot lot to my man, Mr.Husband for celebrate my birthday this year as a husband! Alhamdulillah...ok darling, your wife now 25...

Alamak! Macam ada double chin je? -_-

...but kan...saya masih merasa saya 17 tahun..huwarghhh (pengsan..pengsan..). Btw, silakan la pengsan. ngeee...

Sehari selepas my birthday, my husband dah semangat tulis entry tentang wanitanya dah 25 tahun sekarang... -klik sini- untuk baca..

Mr.husband,

u're the sweetest man ever! Thanks for da entry, Thanks for da wish...Thanks to be here, with me!

I wish, kita akan berjaya dunia akhirat bersama. Paling penting, semoga kita bertemu semula di syurga, kelak.Mudah mudahan suami saya di dunia lah yang akan mendampingi saya di sana kelak. Mungkin, pelik bagi sesetengah orang berkenaan ini. But for me, saya mahukan hubungan ini kekal hingga syurga!

Kenapa saya macam gemuk in this pic? grrr....

huhu...

Actually, he want to celebrate my birthday in Kota Kinabalu..hehe..tapi nampaknya bulan September ni sangat cemburu dan menghalang kami untuk ke Kota Kinabalu..its okey dear, mungkin tak dapat nak on time tahun ni.. we can try again next year..mana la tau, tup tup celebrate kat Paris ke, Korea ke, Japan ke...hehehehe...paling koman pun, kat Kuala Lumpur kan. Paling hot kat Mekah kan..haaaaa! (eh, elok di amin kan...).

Kalau bukan birthday saya, mungkin rezeki dapat celebrate birthday husband kat luar Labuan...atau, our anniversary ke. ahaksz!

Mula-mula, sad juga la...sebab kan..every year in Labuan. Nasib baik ada intan payung, celebrate together with me. Kalau tak ada, lagi la sadis berganda! Menangis dari pagi birthday sampai penutup birthday. hahahaha!

Alhamdulillah, ada suami macam ni. He try the best! hehe.
I am proud to be her wife!

MY BIRTHDAY AND MY PARENTS
Tidak dilupakan, Thanks to my mummy daddy, dorang memang selalu ada time my birthday...even simple but saya sangat hargai mereka. Kan...kalau tak ada mummy daddy, tak adalah saya birthday on the date kan! Kalau tak ada diorang, tak ada lah saya untuk Mr.Husband now.kekeke.... Perfect ayat la, birthday ni mengenang mak yang melahirkan kita. hehe. Mengenang ayah yang gembira menyambut kehadiran kita ke dunia on 16 September 1990. Alhamdulillah... mereka masih ada di hari lahir saya ke 25 ni.

MY BIRTHDAY WITH STRANGER
Another thanks...to people wishing my birthday yang saya kenal kenal macam tu je atau tak kenal langsung, kat facebook, kat IG, kat mana-mana...

MY BIRTHDAY AND MY COUSINS
Thanks thanks...especially to my cuzzy, Anna Abel dan Suzie (This two, is my lovely cuzzy, ever!).
Now, they have a happy family... I love it!

MY 17th BIRTHDAY IS RELATED TO THEM
hmm.. and...Thanks to Knoa yang suddenly wish my birthday this year. haha! funny...tu yang parah...mula flashback story semasa my birthday yang ke 17 tahun.. Tak sangka pula dia remember...mungkin, susah nak lupa kalau birthday kita on Hari Malaysia ni. right..

Sebenarnya, saya pun ingat birthday dia, every year..! tapi saya tak wish...sebabnya, flashback kenangan tu adakalanya menyakitkan dan sorry to say, annoying! Kita tak perlu nak bawa semua tu ke sana ke mari kalau benda benda tu semua tidak membantu apa apa dalam hidup.

But, for sure...for my 25th birthday, saya sedar setiap hari saya akan jadi tua...Knoa, I forgive u and I hope u forgive me too. Dan saya akan lupakan semua tu walaupun sebenarnya tak senan nak lupa 100%.. Apapun, tak semuanya saya nak lupakan, ada moment yang indah tau antara kita.. You have no idea betapa happynya saya ada knoa on 2007. Yang manis biasanya akan ada yang pahit. Lumrah laa...Saya anggap semua yang pahit tu tak pernah ada antara kita dan...kalau kita borak, chat, contact today, esok, lusa, in future...itu adalah ukhuwah dan silaturrahim yang masih diteruskan walau sudah bertukar zaman dan cara...yang dulu dulu tu, saya anggap, perangai budak budak..haha! Budak mentah. Saya pun teenage lagi masa tu.

Birthday saya ke 17 tahun tu bermakna sebab ada knoa la masa tu. Dapat hadiah dari jauh melompat kegirangan dibuatnya. Jangankan hadiah hari lahir, knoa paling banyak pos barang dan memo. Tehee... hingga lah saya SPM.

Sama macam Kak Ann. Setiap kali birthday tiba, saya akan ingat dua buah buku comel, my favourite Magazine and mini teddy bear..since saya dah dewasa,paling tepat sudah matang. saya sepatutnya berhenti mengingat...and I forgive u too...and I hope you forgive me too.

semasa saya nampak dia beberapa minggu lepas dengan seorang budak lelaki yang cute!

Baru saya teringat dan sedar bahawa saya terlupa nak maafkan dia selama ni..well, Have a wonderfull life...with your happy family! Thanks for the little memory between us.

That's all.

Thanks for my great 17th Bithday!

MY 25th BIRTHDAY CAKE
Encik suami belanja 16pcs cup cakes! Ohh my god! I love it! Yeahh... itu adalah my birthday cake this year.. Chocolate flavour..



Thanks to my sweetest husband for the cute birthday cake!

I wish the bigger one for next year, okeh? HAHAHhaahaa! Sungguh tamak dan haloba...



Saya suka kek... tapi masalahnya..saya suka design kek..bukan suka makan kek...imaginelah...kalau tempah kek besar, saya tak tahu siapa nak makan. But...untuk dijadikan 'modeling' bergambar, oh really great! ngiahaha.

Hadiah birthday yang ke 25, saya nyaris-nyaris dapat skate board... Bercerita tentang skate board, sebenarnya macam-macam dalam fikiran..

1. Hmm...saya dah 25 tahun, tak lawak ke kalau main skate board kat public?
2. Kalau buat koleksi skate board, ok tak?
3. Kalau saya slumber je main skate board tu, ok tak?
4. Tapi skate board tu semart...
5. Saya suka skate board...tapi...
6. Skate board? best nyer tapi nak main dengan siapa?

aduh! tahu tak...kalau saya budak-budak, dapat kasut roda pun saya takkan fikir panjang macam ni. My problem is, saya nak skate board tu tetapi dalam masa yang sama, saya rasa susah hati dari segi lain. Membazir, kan. :) Kalau guna duit saya sendiri, saya tak kisah...sebab saya tak akan merasa bersalah dengan husband kalau saya beli tapi hanya untuk koleksi.

at last, Encik husband yang tukar fikiran...ni mesti kes chemistry akibat "Banyak fikir" bini dia pasal skate board tu. hihihihi...

...dia hadiahkan speaker memandangkan wife dia ni gila music. Gila speaker..

Saya suka speaker... mungkin sebab terdedah dengan barang-barang music sejak kecil. Ayah dulu suka kumpul speaker, beli speaker besar-besar dalam rumah..ada set karaoke segala. Dan... sampai ada adegan berangan - Pada suatu hari, saya akan mempunyai satu bilik untuk letak speaker saya, bass sound, tempat dancing...tempat melompat-lompat... hahahaha! Kalau boleh nak ada game dancing kat rumah. Hampir-hampir over berangan dibuatnya. Macam Minah Jenin.

Kata Encik suami, dia nak belikan speaker idaman saya...tapi malangnya speaker idaman saya sudah habis terjual. That speaker, saya dah intai intai lama...since July 2015 kalau tak silap. Nak beli juga, tak juga. Nak juga, tak juga. Sekarang, time birthday pun melepas. kwang-kwang-kwang...

nak tahu speaker apa? Speaker beats pills dengan cute case!

Taraaaaa....cute what!




Kalau kat Labuan, benda-benda macam ni memang limited sikit. Kalau kat Kota Kinabalu atau kat Kuala Lumpur, rasanya, sekelip mata saja boleh dapat. hehehe. Tak apa.. bukan rezeki saya kali ni untuk Beats Pills dengan casing yang cute ni.

Untuk menggantikan Beats Pills, encik suami belikan Q One Hifi Speaker. Unique speaker. Cube speaker... cube speaker sebagai ganti Beats Pills? Not bad... saya suka cube!





Mine? White colour... hehe... Very good bass sound... ada vibrate...lampu kelip-kelip...colourful.

Selain tu, pinky t-shirt! One for me, and one for him sempena my birthday...yeayy! i love it!!!



MY BIRTHDAY LUNCH TREATS
Selepas beberapa jam jalan sana jalan sini. Kami lapar... Jom lunch.
Pergi Win Cafe dan makan...




okess...!

This is my old entry about the same topic!
1. On Air di Labuan FM sempena hari lahir -- Klik Sini --
2. My Birthday Celebration on 2014 -- Klik Sini --
3. Pengajaran besar di Hari Lahir -- Klik Sini --
4. Fisrt time sambut birthday dengan dia -- Klik Sini --

Thanks sudi baca..
See you next entry.

With Love,

#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk .


Share:

Khamis, 17 September 2015

Tudung Bawal Paris Berwarna Kuning

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

13 September yang lepas, saya temankan Encik suami cabut gigi..
Saya ada buat satu entry "Tips penjagaan gusi selepas cabutan", boleh -klik sini- untuk baca entry tersebut.



Selepas siap cabut gigi, saya minta teman Encik suami ke Pasar Sentral Labuan untuk cari tudung. HEHE! Tujuan asal adalah untuk cari hadiah cuzzy birthday on 15 September 2015. Disebabkan cuzzy Anna Abel sekarang ada azam baru iaitu nak mula bertudung, so...saya nak hadiahkan dia tudung.

Sementara membeli hadiah cuzzy, saya pun tidak melepaskan peluang untuk shopping tudung sendiri..haha!

Tudung yang saya beli simple dan senang pakai sahaja..Tudung bawal plain colour..sebab my sweety sweety husbunny suka saya pakai tudung yang tidak terlalu complicated. Apatah lagi tudung ala-ala datinz tu..

Saya suka pakai tudung yang menjadi favourite suami...

Tiba-tiba...terpandang pula tudung bawal warna kuning, ada corak "PARIS" dan effiel tower. Hmmm....

Thinking!...tanya husband tudung tu ok ke tak...memandangkan saya tak pernah try tudung bercorak, saya ambil keputusan untuk beli satu. Meh kita test ok ke tak. Mr husband pun setuju juga untuk saya try tudung tu.

14 September,
Kebetulan nak ke Perbadanan Labuan, saya pun pakai tudung bawal kuning Paris tu..hm, not bad...Encik suami pun suka! hehehe...





 


Selepas selesai urusan kat Perbadanan Labuan, kami lunch kat Nam Thong, makan Nasi Ayam...ops, looks like my diet bukan Atkin already. hahaha!

Kemudian, seperti yang sudah dirancang bersama, we lepak tempat biasa..kat Old Town White Coffee..Lepak buka lappy masing-masing..online, trading and etc.






Masing-masing layan lagu favourite sambil buat kerja..okess... after fokus dah lari melencong, saya start buat kerja hentah hape2...selfie, edit foto, bla bla bla...

YA! ini lah yang berlaku! Like nothing to do...

Selepas 4 jam berada di Old Town White Coffee, my husband craving and nak makan snacks...okey! Lets eat donut!





Okess...
Thanks blogwalking kat sini.
See you again.













Share:

Isnin, 14 September 2015

Tips Penjagaan Selepas Cabut Gigi (Dental Extraction) | Trauma semasa zaman Kanak Kanak!

Bagaimanakah Penjagaan Selepas Cabut Gigi (Dental Extraction)! | Trauma semasa zaman Kanak Kanak! | Pengalaman pendarahan yang banyak!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

2 days a go (12 September, 2015) , Mr.Bee cabut gigi! Dah lama dah dia nak cabut ni tapi tangguh tangguh lagi..Well, pengalaman setiap orang tu berbeza dan level ketakutan pun berbeza beza, right?Kalau saya, cabut gigi memang laju je kalau ada bajet, perkara yang paling penting tu part bajet...Hhaha...Korang pun tahu kan, kadang kadang satu gigi boleh ngap duit korang lebih dari RM100 (Ikut kondidi gigi korang tu dan jenis klinik yang korang pergi) tapi jangan 'sogok' duit kat saya untuk tujuan tampal gigi ...mungkin...sebulan berlalu pun saya masih berfikir lagi nak pergi ke tak jumpa dentist..hHaha! Silap hari bulan duit tu pergi beli benda lain dah. Tehee!

Kalau Mr.Bee saya tu pula, tampal gigi dia memang esoke esoright! Macam tak ada rasa takut pun saya tengok. Dia macam cool saja laa pergi buat appointment tampal gigi. Tak ada tangguh kalau bajet tu mengizinkan. Cuma dia tak okay ngilu masa proses penampalan tu la... Tapi...kalau suruh dia pergi cabut gigi gegaran jantung dia ada mirip gempa bumi sikit. Wahaha! Tapi, selepas beri sokongan plus plus kuatkan semangat after dia sakit gigi tu, dia pun move on dan nekad...terus kata, "Esok pergi cabut laa...withdraw duit terus gi jumpa dentist..tak ada fikiran kedua!" katanya...

Ffuhh! Mesti susah nak cakap macam tu sebenarnya! Haittt! Fobia atau takut jumpa doktor gigi ni tidak kira umur tau! Depends la dengan apa yang ada dalam fikiran dan pengalaman lampau dulu dulu.



TRAUMA TENTANG RAWATAN GIGI


Kisah kami berdua sama je...kes trauma semasa budak-budak (Zaman sekolah)..cerita sama tapi lain situasi... My situation, masa sekolah dulu, tak ingat umur berapa..Kerajaan selalu hantar 'bala tentera' pergigian datang sekolah untuk check gigi budak budak sekolah... Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Bila saya melontarkan pandangan keluar tingkap kelas, dan nampak truck ada patung gigi gigantic di atasnya atau gambar gigi atau kenderaan tertulis "Pergigian" di atasnya, Maka... di situlah saya akan mula rasa seraaammm sejukkkkk!

Pada suatu ketika tu, diawal perkenalan saya dengan alat yang namanya DENTAL HANDPIECES yang mempunyai pelbagai jenis kepala atau dikenali sebagai drill - mata saya melihat tangan dentist mengangkat drill tersebut, mula mula memang tak rasa apa, takut pun tak, tapi...perasaan dan pengalaman waktu tu mengubah persepsi saya terhadap rawatan tampal gigi (Tooth filling) serta merta! Dentist tu garang OK, dibelasahnya gigi saya! (OK, sorry ini cuma ayat metafora melebih lebih ketika kanak kanak...tapi yes, the dentist was so garanglah bagi saya masa tu...Hhahaha).

Masa tu saya pertama kali buat rawatan tampal gigi kat sekolah. Memang tak boleh elak lah kan, nak tangguh pun tak boleh...kalau misalnya hari ni saya ponteng sekolah, esok diorang 'berkelah' lagi kot kat sekolah...so, sebab dentist dah panggil, memang kena pergi lah ke bilik kesihatan sekolah.

Jadi, apa yang buat saya fobia buat rawatan tampal gigi tu? Tak pasti saya seorang sahaja rasa atau orang lain pun rasa. Dentist tu drill sampai terasa panas kat gigi, tekan-tekan sampai ngilu, saya tak buat cerita ni tau...dia tekan - kasar...sempat terkena gusi! Ehh sakitnya... Mengalir air mata beb!

Huwarrgggh! hilang kegagahan saya sekelip mata...ehh malulah dengan kawan kawan semua...Hhahaha...kalau saya adalah giant dan dia pula adalah semut masa tu, confirm saya penyek penyek muka dia! Waahahaha! Erkkk ada dentist ke yang baca blogpost saya ni? Maaf tau. Tu hanyalah gambaran dan bayangan a.k.a imaginasi seorang kanak kanak / remaja yang sedang ketakutan dengan dentist.

Situasi Mr.Bee pula, sebab terkena dentist garang juga, marah-marah semasa dia di inject jarum untuk cabut gigi tu kat sekolah rendah...Dah marah marah, tak warning apa, dia terus cucuk. Kalau saya, terkena macam tu, mungkin disitulah bermulanya dentist tu bakal mendapat gelaran paling 'unik' dari saya dari hati yang terdalam. Wahahaha!

Pendapat saya lah. Observation dentist yang datang ke sekolah rendah atau menengah yang marah marah, moody dan garang ni bersebab juga. Sebab kan... budak sekolah tu ramai kan? Anytime mood, emosi memang boleh twist 360 darjah. Tambah tambah kalau jumpa budak yang menangis lagi, degil, budak yang menjerit lagi... dan banyak lagi la kan situasi yang mencabar. Memang memenatkan!

Memang boleh terjadinya situasi yang tegang macam ni. Atau mungkin juga ada yang cuba menerapkan teknik marah agar budak budak takut dan diam masa buat pemeriksaan gigi tu. Tapi, teknik tu tak sihat untuk kesihatan mental budak budak. Sampai ke dewasa boleh bawa memori tak elok tau.

Walaupun tidak semua dentist sama di zaman persekolahan masing masing. Tapi, saya masih nak cakap, apa sahaja pekerjaan kita, bermula dari pilihan kita. Mungkin ada yang bekerja bukan juga sebab minat atau pilihan tapi destiny kita bekerja dan berkhidmat di situ dengan situasi begitu. Ada masa kita kena control dan cuba untuk bersabar. Ada hikmahnya kita berkhidmat kat situ. Sabar dentist, kami semua; especially kanak kanak perlukan dentist yang lovely and sweet like candy yang buat gigi kitorang rosak tu. Tehee!

I'm sure zaman sekarang mungkin dah tak ada kan kes kes macam ni. I hope so...

Bila dentist yang bersikap tidak sepatutnya, akan buat budak budak takut...Orang dewasa pun takut kan... ini kan budak budak.

OK! Lupakan kisah lampau dan fobia zaman kanak kanak ni. Zaman sekarang kita beruntung sebab kita sudah mempunyai banyak pilihan. Nak pergi jumpa dentist mana satu? Klinik apa? Duit banyak semua jalan. Kalau tak nak kerap sangat jumpa dentist, jagalah gigi sebaik mungkin. Tapi korang, gigi tetap perlukan checkup. Ada masa kita tidak perasan pun ada bahagian gigi yang mulai rosak.

Macam kes Mr.Bee, memang dah rosak tak boleh tampal dah. Jadi, solusinya adalah cabut. Lepas cabut gigi ada cara penjagaannya. Jangan jadi macam saya, saya pernah alami pendarahan selepas mencabut gigi.

SEDIKIT PENGETAHUAN BEKENAAN CABUT GIGI


Secara formal (In English), cabut gigi dipanggil sebagai Dental extraction, tooth extraction, exodontia, exodontics.

Pencabutan gigi biasanya dilakukan sebab pelbagai alasan. Antaranya, gigi sudah mulai tidak selesa akibat kerosakan gigi, penyakit periodontal atau trauma gigi / kemalangan yang menyebabkan kerosakan gigi.

Ada masa juga cabut gigi sebab kerosakan yang disebabkan oleh gigi bongsu yang stuck tak boleh nak keluar dengan baik dan menyebabkan infeksi yang dipanggil Pericoronitis.

OK! Sikit sikit info sahaja saya tulis. Korang rajin rajin google untuk mengetahui pelbagai pengetahuan berkenaan gigi. Ada ramai dentist yang kini ada blog peribadi masing masing untuk menyebarkan maklumat berkenaan gigi pada zaman yang canggih sekarang. Dunia internet! Semua dihujung jari...

TIPS PENJAGAAN SELEPAS CABUT GIGI


PENAFIAN : Saya bukan dentist. Blogpost ni sekadar berkongsi pengalaman dan tips menjaga gigi yang lepas dicabut mengikut yang saya tahu hasil daripada rujukan (Pesanan dentist dan hasil pembacaan berkenaan gigi).

Yang dah biasa jumpa dentist memang akan tahu semua tips ni. Yang belum tahu, jom ambil tahu.

Bila kita cabut gigi, kita perlu jaga mulut kita. Kita kena buat beberapa perkara agar kita akan rasa better dan sembuh cepat bermula di hari pertama kita cabut gigi.

Tips 1 : Kawal Pendarahan

Cabut gigi tu, buat gusi kita berlubang. Ada luka. Bahasa dental, panggil lubang tu, soket. Macam biasa, luka memang lah berdarah. Untuk membantu kawalan darah yang keluar dari luka atau dari soket tu, kita kena gigit gauze (biasa orang kita panggil kapas gigi tapi rupa dia bukan macam kapas muka yang kita selalu nampak untuk sapu kat kulit muka tu tau). Gigit gauze tu rapat rapat kat kawasan bekas cabut gigi tu.

Bila ada tekanan dari gauze yang kita gigit tu, ia akan membantu mengawal pendarahan dan akan menghasilkan darah beku. Darah beku tu lah yang berfungsi untuk menutup atau menghalang darah soket dari keluar mencurah curah (teringat iklan koko crunch ke tu? Tehee - 'mencurah curah ke ladang gandum).

Gigit gauze kalau boleh 30 minit ke atas. Jangan kunyah. Gigit je dengan tekanan yang sederhana dan selesa.

Kalau Gauze korang dah habis (biasa dental akan bagi extra kan dalam 5 atau 6), tapi still berdarah. so... boleh replace dengan uncang teh. Menurut pembacaan saya, Teh mempunyai Tannic Acid yang boleh menghasilkan darah beku/gumpalan darah.

Nak tahu atau verifikasi mengenai uncang teh ni, boleh lah korang tanya dentist kalau ada kesempatan. Kalau ada dentist yang baca blogpost ni, boleh lah tolong komen di ruangan komen berkenaannya (Macamla ada dentist nak baca blogpost saya ni kan...tapi, mana la tau...)

Tips 2 : Kurangkan kesakitan


Kalau saya, saya OK sahaja selepas cabut gigi tu sebab masih ada kesan bius. Akan rasa sakit sikit lepas kesan bius mulai hilang. Untuk mengurangkan rasa sakit tu, saya akan makan ubat yang diberikan klinik pergigian setelah selesai cabut gigi.

Jangan memandu semasa mengambil ubat tahan sakit. Mungkin akan ada kesan mengantuk.

Tips 3 : Mengurangkan bengkak


Untuk mengurangkan bengkak, letakkan bungkusan ais pada pipi yang berhampiran dengan tempat cabutan gigi.

Boleh letak ais dalam plastik atau tuala kecil. Sapukan pek ais tu di sekitat pipi selama 10 minit, kemudian boleh angkat selama 5 minit. Ulang ulang dan In Shaa Allah bengkak akan mulai surut dengan sendirinya.

Tips 4 : Dapatkan rehat yang secukupnya


Hadkan aktiviti lasak selama 24 jam pertama selepas buat rawatan cabut gigi. Rehat pada waktu siang dan tidur lah lebih awal. Semasa berbaring, pastikan bantal sedikit tinggi dan selesa.

Tips 5 : Jangan lakukan beberapa perkara di bawah


  • Jangan minum menggunakan straw. Menghisap straw akan memberi sedikit tekanan pada soket dan kemungkinan besar akan membuatkan gumpalan darah pada gigi tersebut tercabut. Ia mengakibatkan pendarahan berlaku semula dan berisiko mendapat soket kering. Ia akan melambatkan proses penyembuhan.
  • Jangan minum minuman atau makan makanan panas. Makanan dan cecair panas kemungkinan akan membuatkan pembengkakan bertambah dan akan merosakkan atau mencairkan gumpalan darah pada soket/lubang gigi.
  • Kurangkan pengambilan alkohol kerana penggunakan alkohol yang berlebihan boleh memperlambatkan proses penyembuhan.
  • Jangan merokok. Merokok juga sama situasi seperti menghisap straw. Ia berisiko merosakkan gumpalan darah pada soket gigi.
  • Jangan berkumur kumur terlalu kuat kerana dikhuatiri gumpalan darah pada soket tercabut.
  • Jangan usik luka menggunakan jari atau lidah.
  • Jangan kerap berludah.


Tips 6 : Sila lakukan beberapa perkara di bawah


  • Sila makan makanan lembut dan sihat agar cepat sembuh.
  • Minum air secukupnya.
  • Berus gigi perlahan lahan. Elakkan memberus bahagian bekas cabutan. Elakkan menggunakan ubat gigi untuk 24 jam pertama sebab biasanya kita akan berkumur kumur dengan kuat ketika membuang ubat gigi dalam mulut. Tetapi, kalau masih nak guna, just berkumur kumur dengan gentle. OK.
  • Selepas 12 jam biasanya kita memang boleh berkumur kumur.  Kumur kumur dengan garam (satu sudu teh bersama segelas air) 4 kali sehari untuk membersihkan kawasan luka cabutan. Jika tidak pasti dan ragu ragu dengan kumuran garam ini, boleh lah rujuk dentist korang untuk kepastian.
  • Bersihkan sisa makanan (jika ada) pada soket dengan cutton bud.



PENGALAMAN SAYA MENGALAMI PENDARAHAN TIDAK BERHENTI SELEPAS CABUT GIGI

Saya pernah cabut gigi geraham hujung sebelah atas dalam tahun ni juga. Saya cabut sebab gigi tu sakit sangat dan sampai kepala. Saya tak fikir panjang samada saya boleh selamatkan gigi tu dengan buat Tooth Filling (Tampal gigi) atau tidak sebab saya memang takut tampal gigi berbanding cabut gigi. Wahahaha... Selepas cabut, dalam 1 jam je darah memang dah stop..Tapi hairan bila malam tiba-tiba darah keluar banyak semula. Banyak gila! Macam bukan cabut gigi je rasa...macam derma darah..Wahahaha! I'm not kidding okay.

Panik juga... tapi saya tak ke klinik semula sebab gauze masih ada lagi. So, saya gigit je gauze tu. 3 hari berturut-turut darah tak stop juga. Memang dup dap dup dap dah ni... takut laa...Hari ketiga, saya ambil keputusan jumpa dentist tu semula.

Sengsara bila darah tak stop. Masa tidur, boleh-boleh tertelan darah, tersedak dan terbangun! Percaya atau tak, sepanjang 3 hari tu, sekurang-kurangnya 1 gelas sehari, darah bercampur air liur saya keluarkan dari mulut. Makan pun susah sebab darah tu keluar dengan bahagianya.

Hari ketiga, waktu pagi darah still ada..hairan juga apa kejadah dengan gusi ni tak nak stop berdarah. Sakit tak juga sakit. Bengkak? ada sikit.

Tengahari jumpa dentist semula. Dia check itu ini...then, dia kata, "Kalau selepas 3 jam ni, masih berdarah, jumpa saya semula...saya bagi ubat untuk stop kan darah tu..tapi bila tengok gusi u ni, saya rasa dia nak stop berdarah dah..."

Then, dentist nasihatkan kalau 24 jam tak stop darah tu, terus jumpa dia... jangan tangguh sebab bahaya juga darah banyak tak nak stop...

Alhamdulillah selepas 3 jam darah tak keluar lagi. Fuuuhhh~ lega...tidur nyenyak...lena dibuai mimpi malam tu..tak ada darah untuk ditelan pada malam tu. HAHAHA!

Nak tahu sebab apa soket saya berdarah tak berhenti? Sebab saya minum guna straw pada hari pertama cabut gigi. Gumpalan darah hilang. Dah selama tiga hari tu saya tak tahu apa apa sebab saya tak tanya dentist. Hhuhuhu... Time tu juga memang tak tahu straw boleh buat pendarahan semula dan... saya tak tahu soket gigi disembuhkan oleh darah beku yang bergumpal dalam lubang bekas cabut gigi tersebut. I've learned from my mistake...Vvaaah!

So, jangan buat kesilapan macam saya! Hhehe...

...dan syukur juga, gusi Mr.Bee sihat walafiat selepas cabutan. 1 jam je darah dah kurang. Bila kesan bius dah kurang, darah memang totally tak keluar dah. :)

Selepas beberapa jam cabut gigi, Mr.Bee dah happy giler...lega...jadi dia slumber makan aiskrim! Saya? tumpang minta aiskrim! kekekeke!




Disebabkan saya sangat lapar...Mr.Bee belanja Fried Chicken with Tomato Rice sementara dia makan ABC aiskrim sampai habis!!


Macam sopan je...Macam malu je...
HAHAHA! YeayYY!

OK!
Thanks sudi baca.
Jumpa lagi di next blogpost...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Sabtu, 12 September 2015

Throwback 09 September 2015 | Happy Birthday Mummy

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Yeah yeah...
09 September 2015, 3 hari yang lalu is my mummy birthday... Saya dan Encik suami dah prepare beli awal hadiah for her. Dalam 3 days before kalau tak silap.. I hope my mummy suka that hadiah.. hikhik..

Tak dapat nak belikan yang so special this time. Actually, on my mind nak beli satu TV LED..simpan dalam bilik diorang untuk replace yang lama.

Nampaknya belum rezeki my mummy lagi dapat TV baru. Its ok, In Shaa Allah, masih dalam target saya lagi. Bukan sekarang,tak apa.. In Shaa Allah, hari lain k mummy..hari hari pun boleh jadi hari lahir, kan...huwee huwee...

My dad now rajin main facebook already.
HAPPY BIRTHDAY MUMMY!
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sihat selalu...
Semoga sentiasa dilindungi Allah...
Semoga sentiasa dalam baik-baik dan sejahtera...
Sayang Mummy!




Thanks Ya Allah,
You give me the best mom in the world!











Share: