SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 2 Mei 2017

Saya dan Lukisan

Assalammualaikum readers and bloggers,

Alhamdulillah. Hari ni jari rajin nak menari atas keyboard selepas berhari-hari di ajak menari atas kertas. Hekhek..

Awal tahun lalu (2016), saya ada buat satu laman web www.sopheestudio.com khas untuk galeri lukisan saya sendiri, ilmu seni, ilmu logo dan sebagainya yang berkaitan dengan seni. Terutamanya seni lukisan la.


Laman web tu, lebih kepada untuk saya belajar dan mengasah semula bakat dan memenuhi hobi sejak kecil. Tempahan logo dan ebook cover tu sampingan. Hehe. Tapi ada juga la yang buat tempahan. Saya tetap berbesar hati untuk berkhidmat.

Buat masa ni, memang laman web tu tak banyak update. Apatah lagi for this year (2017).

Sibuk dengan hal-hal kerja seperti suri rumah, forex dan sebagainya. Lagipun saya sedang praktis melukis. So, memang kena fokus dulu mana patut.



Part paling saya utamakan adalah teknik mewarna saya. Banyak kena perbaiki. Apa pun Alhamdulillah ada juga peningkatan walaupun sedikit.

So far, saya ada melukis potret my husband, my dad and my mom. Potret my mom on the way siap dalam 20% lagi.




In Shaa Allah akan banyak lagi potret lain akan saya lukis. Selain tu, saya ada juga menggunakan warna air. Baru-baru ni saya melukis Baby Groot yang semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia atas sebab kecomelan yang keterlaluannya. Haha! Siapa yang dah tengok Guardian Of The Galaxy Vol.2 tu memang tahu la tu.



Ada beberapa lagi lukisan yang saya kongsikan dalam instagram. Korang boleh follow saya di instagram sopheestudio untuk tengok lukisan-lukisan yang ada.

Selain tu, boleh juga ke facebook page sopheestudio untuk melihat video-video lukisan yang menarik.

OK. Saya nak sambung mewarna potret my mom dulu.

Terima kasih sebab sudi membaca.

Jumpa lagi nanti di next entry. 😀

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share: