SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Khamis, 16 Julai 2020

Review Fungsi CC Cream Yang Terbaik Nampak Simple Tapi Glowing, Tak Bercapuk dan Kulit Rasa Sangat Lembut | Hansaegee Nature

Review Fungsi CC Cream Yang Terbaik Nampak Simple Tapi Glowing, Tak Bercapuk dan Kulit Rasa Sangat Lembut | Hansaegee Nature


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Kita sebagai wanita zaman sekarang ni, memang selalu sangat kejar masa kan. Terutamanya wanita yang bekerjaya dan mempunyai pekerjaan. Walaupun nak cepat keluar rumah, tak nak juga lah keluar dengan muka yang tak bermakeup dan nampak kusam dan sendu. Kan? Menggunakan Gold Nano CC krim adalah salah satu cara mudah dan pantas. Walaupun nampak ringkas tapi tetap glowing, wajah kemas, tak bercapuk walau di pakai waktu panas dan berpeluh. Kulit pun rasa lembut. Korang pernah dengar kan Gold Nano CC Krim dari Hansaegee Nature? Kalau belum, ini masanya korang berkenalan dengan produk kesukaan saya ni.



CC KRIM NI SESUAI UNTUK SIAPA?


Tehee... yelah.. dah tentulah wanita tapi... CC krim ni bagi saya sesuai untuk semua jenis wanita iaitu wanita yang aktif; suka melakukan aktiviti lasak dan wanita yang suka melakukan aktiviti indoor. Pengalaman saya sendiri, tak semua CC krim selesa dipakai ketika melakukan aktiviti sukan seperti jogging, bersenam dalam gim dan buat jump rope.



Cream tu bila bercampur dengan peluh akan rasa melekit, kadang rasa gatal dan bercapuk. Korang tahu tak bercapuk tu apa? Bercapuk tu adalah keadaan cream yang disapu pada wajah mulai tidak sekata akibat lebihan minyak dan air peluh pada muka. Muka mulai nampak retakan dan berketul ketul. Dah tak cantik. Glowing pun hilang. Sebab tu lah perempuan yang suka makeup jarang ada di lokasi tanpa penghawa dingin. Hhaha!

Gold Nano CC krim ni sangat sesuai untuk kita; wanita Malaysia. Kenapa?... Sebab Malaysia mempunyai cuaca yang panas. Bila tiba waktu tengahari, kita dah mula merasakan suhu panas, berpeluh dan cream pada muka sudah rasa tidak secantik ketika kita memakainya pada awal pagi.



CC krim ni juga sangat sesuai buat wanita yang tidak suka menggunakan makeup yang berat berat. Maksudnya yang memang suka wajah tampak natural dan memang tak nak pakai foundation. Hanya gunakan cream ni bersama gincu pilihan dan tetap mendapat perlindungan cahaya matahari iaitu SPF 50 PA+++ . Menarik kan?

APAKAH KELEBIHAN GOLD NANO CC CREAM?


Topik kelebihan CC krim dari Hansaegee Nature ni adalah topik yang paling saya suka! Kelebihan Gold Nano CC Cream ni adalah:

KULIT TIDAK BERCAPUK


Saya paling tak suka bila tibanya tengahari, makeup saya mula jadi pelik. Wahaha... Peliklah kan, sebab makeup kita merekah, warna dah tak sekata... Bila kita touch up semula, ia tidak menghasilkan keputusan seperti lepas kita makeup awal pagi tu.

Sebabnya, kita tidak semestinya akan berada dalam kawasan berpenghawa dingin. Betul... akan ada masa kita terpaksa keluar daripada bangunan atau pejabat. Maka, berpeluhlah kita. Muka terkena air peluh... minyak muka mulai keluar.

Jadi, kelebihan CC krim ni, walaupun terkena air atau minyak sekalipun, ia tidak akan bercapuk, merekah dan sebagainya. Ayat senang nak faham, krim muka rosak. Huhuhu...

Malah, walaupun kita touch up semula guna krim ni, kulit tetap tidak bercapuk. Malah, nampak lebih glowing lagi. Best betul lah!

Saya bagi contohnya. Boleh tengok dalam gambar di bawah:




WARNA KRIM SELEPAS DISAPU PADA KULIT


Apabila kita picit krim dari tiub, warna krim sangat putih. Jangan risau! muka tidak akan jadi putih melepak macam Geisha Jepun. Walaupun warna krimnya begitu, setelah kita sapukan ke wajah, kita blend ke seluruh wajah kita perlahan lahan, ia akan berubah secara automatik dan mengikut ton warna kulit kita walau jenis apa pun ton warna kulit kita. 




Maksudnya di sini, ia memudahkan kita. Kita tak perlu nak pilih warna krim yang sesuai dengan kulit kita sebab krim ni akan mengikut warna kulit kita secara automatik. jadi, kulit akan nampak lebih anggun dan bercahaya Best kan? Macam magic pula..Tehee...



MENGEKALKAN KELEMBAPAN KULIT


Selain daripada berfungsi sebagai mengemaskan wajah (menutup/menyelesaikan masalah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam), krim ini juga didatangkan khas dengan fungsi melembapkan kulit. Tak perlu nak risau terlupa guna pelembab kulit. Kan..? Fungsi melembap kulit ni akan bertahan sepanjang hari.

Oleh itu, kulit kita akan rasa lebih selesa, ringan, tidak berminyak dan tidak melekit. Kulit yang lembap akan mengelakkan kuit cepat berkedut. Walaupun begitu, korang boleh juga guna pelembap sebelum pakai krim ni. Kalau nak tahu, Hansaegee Nature ada juga pelembab kulit terbaik (Moisturizer Water Based). Jadi, boleh apply pelembab dulu sebelum guna Gold Nano CC Cream ni.

MEMPUNYAI PERLINDUNGAN MATAHARI SPF 50 PA+++


Bagi saya, CC krim Gold Nano ni dah cukup lengkap untuk kita sebagai wanita. Selain melembapkan kulit, ia juga mempunyai fungsi penting iaitu perlindungan matahari SPF 50 PA+++.

SPF 50 bermaksud "Sunscreen's Sun Protection Factor" . Ia boleh memberikan perlindungan sebanyak 98% daripada radiasi matahari seperti sunburn, kulit menjadi gelap dan penebalan luar kulit dan sebagainya.

PA+++ pula bermaksud perlindungan UVA tinggi. UVA bermaksud cahaya ultraviolet di mana ia merupakan gelombang yang panjang dan mampu menembusi kulit yang dalam.

Nampaknya CC krim ini telah menyediakan perlindungan matahari dan cahaya yang begitu berkualiti tinggi.

KULIT LEBIH LEMBUT DAN BERCAHAYA (GLOWING)


Semua orang suka akan wajah yang berseri seri dan kelihatan sihat dan bercahaya, kan? Inilah kelebihan CC krim ini yang paling terkenal dan digemari oleh penggunanya. Vvaaah! Saya pun sudah cukup suka dengan produk ni sekarang. Siap buat extra stok.



Macam mana tak suka? Kita boleh gunakannya setiap hari sebab cara guna ringkas, mudah dan cepat tetapi tetap menghasilkan keputusan yang diingini..Tetap glowing walaupun kita gunakannya sepanjang hari, dari pagi sampai tengahari sekalipun, permukaan wajah tetap tidak bercapuk dan kekal glowing.

BOLEH DIGUNAKAN TANPA MAKEUP TAMBAHAN


Tanpa makeup tambahan? Okey.. contohnya macam ni. Kita cuma nak pergi ke taman untuk bersenam. Takkan pula kita pergi bersenam, kita pakai macam macam kan? Jadi, kita boleh pakai krim ni tanpa makeup lain. Keluar rumah hanya guna krim ni sahaja, muka kita tetap nampak segar, kemas dan bercahaya gituu...



Ringkas dan senang kan? Tu la saya sebutkan tadi, sesuai sangat CC krim ni untuk wanita yang sibuk dan kejar masa... Tak makan banyak masa ketika bersiap pun. Dap dap dap...sapu sapu sapu... siappp... dah boleh keluar rumah.

MUDAH UNTUK WANITA MUSLIMAH


Wanita muslim yang pekerjaannya perlu berhadapan dengan ramai orang, seperti doktor, khidmat pelanggan, cashier counter, promoter, dan banyak lagi jenis pekerjaan macam ni perlu sentiasa menjaga grooming dan wajah yang sentiasa kemas.

Namun, solat 5 waktu sehari membuatkan kita rasa agak rushing dan penat nak ulang ulang pakai makeup. Ada masa, dah malas dah nak fikir. Tak payah la pakai makeup. Biar saja rupa kita macam tu. Hhehe...

Tapi, dengan adanya CC krim ni, lepas cuci muka (krim ni senang dicuci), wuduk, solat...selesai saja solat, boleh sapu krim ni... tap tap tap... siap! Boleh dah jumpa pelanggan macam biasa. Muka tetap glowing

BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MAKEUP BASE


Satu lagi kelebihan CC krim ni adalah... kita boleh gunakan sebagai makeup base. Ia bermaksud... sebelum kita pakai eyeshadow, foundation dan sebagainya... gunakan lah CC krim ni terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab ia akan menghasilkan makeup yang lebih terang, bertenaga...ehh? Maksud saya Vibrant (tiba tiba tak tahu nak jelaskan macam mana dalam Bahasa Melayu)...Hhuhu...

Makeup kita pun akan bertahan lebih lama...Pernah tak ada pengalaman pakai eyeshadow, awal pagi nampak okey...bila dah tengahari, terkena peluh dan sebagainya, warnanya mulai pudar? Hhaaah... macam tu lah...

Satu lagi, bila kita gunakan CC krim ni sebagai base, kita senang nak blend makeup kita...lebih kemas lah...

SAPU TANGAN TETAP BERSIH KETIKA LAP PELUH


Perasan tak? Bila kita berpeluh... kita akan lap peluh guna tisu atau sapu tangan. Tengok kat permukaan tisu / sapu tangan tu... confirm ada kesan krim, kan? Masalah macam ni biasa berlaku ketika kita bersenam, memang akan lap peluh. Kadang rasa macam tak seronoknya pakai krim masa bersenam sebab kita lap peluh tu buat sapu tangan nampak kotor.

Bukan tu saja, kalau wanita bertudung, biasa kesan krim tu ada pada tudung di bahagian dalam sebab terkena pada muka. Tak best kan?

Berbeza dengan CC krim dari Hansaegee ni, semasa kita lap peluh, tak ada kesan krim pada permukaan tisu mahupun sapu tangan! Syok lah!

APAKAH RAMUAN / BAHAN GOLD NANO CC CREAM DAN FUNGSINYA?


Sudah pasti ada yang tertanya tanya ramuan/bahan CC krim ni, kan? Okey... Produk ni menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi dan TIDAK mengandungi Paraben, TIDAK mengandungi Alkohol, Tidak mengandungi Sulfate dan bahan yang tidak dibenarkan oleh muslim. Semua bahan telah diluluskan oleh Lembaga Penguasa Malaysia dan juga Korea. Tiga bahan utama CC krim ni adalah...



1. AIR MINERAL - Ia berfungsi untuk menyeimbangi PH kulit, menguatkan dalaman kulit, mengaktifkan vitamin dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. EKSTRAK KULTUR KALUS LPOMOEA HEDERACEA - Berfungsi untuk melegakan kerengsaan kulit, antibakteria dan melegakan masalah kulit.

3. NANO GOLD - Berfungsi sebagai mencegah penuaan kulit. Menyekat sinaran inframerah jauh dan aktiviti antimikrob tinggi.


PENDAPAT SAYA TENTANG GOLD NANO CC CREAM


Sejujurnya, saya baru saja guna produk ni untuk seminggu. Bila tengok testimonial rakan lain, memang saya berminat nak cuba juga sebab ada masa saya terpaksa keluar rumah tanpa makeup terutamanya ketika keluar membeli groceries. Lepas dah dapat cuba sendiri, saya dapati apa yang rakan lain kata memang betul. Syok pakai krim ni.

Sebelum saya gunakan jenama ni, saya ada juga guna CC krim lain. Cuma, ada masa saya ada masalah sikit. Bukan masalah melekit atau apa... masalah saya biasanya tersalah beli kod warna krim tu. Contohnya, warna kulit saya kod medium tapi terbeli pula kod warna lebih cerah cari kulit saya. Hhaahaha... kan dah terlebih putih pula muka. Ada masa, saya terbeli yang lebih gelap dari warna kulit saya. Confirm lah... tak sesuai dengan warna kulit saya. Hurm.. Biasa saya ada masalah macam tu lah.

Kalau Gold Nano CC Cream ni, warna krim dia cuma satu; putih. Tapi automatik follow warna kulit kita selepas kita sapu pada kulit. Senang. Saya tak perlu nak fikir kod warna dah lepas ni. Tak risau dengan masalah ton warna kulit.

Sebagai blogger, ada masa mood ambil gambar tu lain macam sikit. Tak peduli cuaca panas. Jadi, ada masa saya risau makeup dah luntur dan jadi lain macam sebab berpanas, berpeluh, semua...kalau ambil gambar asyik pakai filter dah tak seronok kan? Dengan CC krim ni, saya dah tak fikir panjang kalau panas ke berpeluh... sebab boleh touch up ulang ulang. Beberapa kali apply semua pada muka pun ia akan menghasilkan result yang sama sebelum kita berpanas tu.

Saya dah cuba, berbaris, berpanas kat depan pejabat pos laju. Memang berpeluh... Jalan kaki ke tempat parking kereta di cuaca panas, krim ni still okay di muka saya. Korang tahu tak Labuan ni panas? Hhahaa...

Dah panas panas ni, tetap kena ikut SOP sekarang; musim covid-19. Kena pakai mask. Mujur lah pakai CC krim ni tak ada masalah kotor pada mask saya. Sebab, seperti yang saya kongsikan di bahagian kelebihan krim ni di atas, bila lap peluh, tak ada kesan krim pada tisu dan sapu tangan. Jadi, mask pun selamat. Tak ada kesan krim muka! Vvaaahh!

Disebabkan saya dah jatuh cinta dengan krim ni, saya tambah satu lagi stok krim ni untuk kegunaan harian saya. In Shaa Allah, saya akan mencuba produk mereka yang lain juga kelak. Psstt... saya dapat points tau shopping kat sini! Tehee... Kalau korang pun berminat, senang saja nak tempah krim ni.

Boleh ke website Hansaegee Nature.

www.hansaegee.com/shop


Untuk lebih banyak maklumat mengenai produk Hansaegee, boleh la melayari media sosial mereka.

Instagram : Hansaegee Nature
Facebook : Hansaegee Nature




Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

36 ulasan:

  1. Memang baik kan jika lap peluh, takkan ada kesan krim pada tisu, sapu tangan dan mask.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... tak ada la rasa annoying.. hehe... paling annoy kalau kat mask tu sebab hmm.. kita nak pakai mask yang bersih kan. Bila ada kesan krim kat situ rasa macam nak tukar dengan yang baru je..

      Padam
  2. banyaknya fungsi cc cream ni, tak perlu nak bawa banyak item dalam make up bag. Yang penting boleh jadi sun block juga sebab kulit muka ni banyak jeragat dah kalau tak pakai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah! betul... yang ni saya setuju sebab bila satu produk tu ada banyak fungsi dalam satu, mmg tak ada la perlu bawa banyak sangat barang dalam handbag.. boleh la bawa beg kecik jalan2...

      Padam
  3. CC Cream memang best. masa akak remaja dah guna. Sekarang ni pun masih pakai. Paling simple dan confirm cun. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haih.. kalau kak ruby, mmg sentiasa cun... hehehe...bertuah kak Ruby, dari remaja dah ada kesedaran mengenai kesihatan dan kecantikan kulit...

      Padam
  4. saya pun suka pakai sun block tak kira berada dalam atau luar rumah. sebab nak melindungi sinaran matahari siang hari. elok sangat la produk 2 in 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju... dalam rumah pun mmg kita masih terdedah dengan UV...

      Padam
  5. Ramai yang dah guna cc cream dari hansaegee ni kan. Marina tak pernah lagi pakai. Tengok feedback dia macam menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Feedbacknya mmg bagus magus semua sis Marina... Saya pun tahu mengenai Hansaegee ni dari review kawan kawan lain...

      Padam
  6. Ena pon pakai cc cream hansaegee ni waktu siang. Memang suka sbb tak bercapuk. Lepastu makeup jadi lebih pigmented taw. Tak perlu oles banyak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul.. saya ada try juga guna sebagai base makeup.. syok lah!

      Padam
  7. Pernah guna brand ni tapu siri ni x pernah lg. Agak menarik juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa... nanti sis Ayu boleh la try yang ni pula.. senang.. masa rush pun boleh je cantik...

      Padam
  8. Skincare dari hansaegee ni mmg bagus2 kan?haritu water cream gel pun pernah try best sgt.. Ni cc cream pulak pelbagai fungsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nanti nak try yang kak Zaza pakai tu pula...pelembab muka tu kan.. jadi, lepas pakai pelembab tu, boleh pakai cc cream ni pula di lapisan atas...

      Padam
  9. Senang la ada cc cream macam ni cepat nak bersiap. Yang penting muka glowing ala-ala glass face korea gitu. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... gitteeww... Ya.. paling mudah kalau nak cepat bersiap. Pakai ni je...

      Padam
  10. Sis dah mencubanya dan memakainya, so Sis berani komen memang bagus! Serasi plak dengan kulit muka kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... feedback kebanyakkannnya positif...

      Padam
  11. Krim yang mengandungi Gold Nano memang baik untuk kulot. Bolelah cuba nanti kut kut kulit glow macam emas hihi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Produk Gold Nano ni sis untuk melambatkan aging... ada banyak lagi fungsi lain..

      Padam
  12. wah bab kalau lap tak melekat tu sy suka. sebelum ni Ada guna jenama lain, bila berpeluh habis melekat dekat Anak tudung dan jugak kain lap muka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah sis. Situasi tu la yang saya alami tu... sebab tu saya suka cc cream ni...dah tak ada masalah macam tu..

      Padam
  13. Kalau malas pakai mekap akak suka pakai CC Cream tapi tak pernah cuba lagi la cc ream brand ni :)

    BalasPadam
  14. Produk Hansaegee nature memang terbaik. semua best2..

    BalasPadam
  15. wah nampak best produk ni. nak cuba la nanti :) hee. thanks share

    BalasPadam
  16. susah nak cari cc cream yang bagus dekat muka dan menyerap elok. Bila pakai nampak sekata dengan tona warna kulit, tak la ketara sangat pakai makeup. cantik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju Farhana... nak natural look, boleh try Gold Nano cc cream dari Hansaegee ni...

      Padam
  17. Makin banyak plak komen positif Hansaegee nie. Nampak gaya Rawlins kena beli gak la sebab memudahkan harian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cepat beli sekarang Gold Nano CC Cream Hansaegee ni Rawlins... best tau...hehe..

      Padam
  18. Yer orang perempuan kena baca review peroduk macma ni terutama daripada blogger yang memang menggunakan sendiri produk macam ni hehehe memang betul kita selalu nampak ramai wanita Malaysia ni pakai bedak becapuk dan tidak sekata kerana masalah kulit muka hurmmm good...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih komen yang positif ni MahaMahu... Setakat ni, saya mmg sangat suggest Gold Nano CC Cream dari brand Hansaegee ni...

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel