SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 8 September 2016

Its My Birthday! 26th on 2016

Assalammualaikum blogger dan readers..!

Its my birthday!! Haha..dah lepas dah actually.
16 September 2016 hari tu is my birthday. Asal bulan September buka tirai memang perasaan tu excited sebab birthday la. hahaha!


Sebelum 16 September 2016, mommy daddy dah bagi Birthday gift! So sweet! Thanks mommy and daddy! hehe... hadiahnya pun sweet gak.


Dreams birthday tahun ni actually nak celebrate kat Kota Kinabalu seperti impian tahun lepas juga. Huhu... Tak kesampaian pula. Biasa la tu. Memang kalau hari tak berapa nak special barulah kaki ni akan jejak Kota Kinabalu.. Tehee... Malah kerap pula. Wahaha... Bila special day je, datang macam-macam ujian dan halangan nak ke Kota Kinabalu. Plan nak lepak,makan,dating n so on kat Kota Kinabalu on 16 Sept tak menjadi. Tapi tak apa laaa...Kota Kinabalu je pun..punya la dekat... In Shaa Allah next year.

Walau bagaimanapun,walau tahun ni tak pergi Kota Kinabalu on my birthday, saya dapat kek special sempena my birthday. May be sebab saya cakap kat Mr.Bee, "Tahun depan nak kek yang besar pula" masa birthday tahun lepas.. Wahaha.. Termakbul laa.. Alhamdulillah rezeki tahun ni. Rainbow cheese flavour and design pun cantikkk... perghh! Tu lah kelebihannya, kalau berada di Kota Kinabalu, may be tak la kot bantai kek besar dan lawa. Makan sepotong kek je la kat Secret Recipe atau Starbuck atau yoyo atauseumpamanya kot.




Saya memang suka birthday cake walaupun tak minat sangat makan kek. Sebab design lawa lawa. huhu.. Memang dah tabiat suka tengok design dulu baru fungsi barang. Beli pen pun kena tengok design dulu. Ntahla perangai orang minat art ni... kwang kwang. Tak tahu suatu hari nanti akan berubah ke tak.

On 16 Sept, awal pagi husband dah kejutkan ajak jalan-jalan. Dia bawa breakfast kat McDonalds atas pilihan saya. Hahaha! Lama tak makan hot cake McDonalds. Masa kerja kat Diamoney dulu, memang senang nak dapat hot cake McDonals tu. Sebab kerja jam 6 pagi, confirm sure la menu McDonalds adalah menu breakfast. Maklumlah...diamoney depan McDonalds je. Tak sampai 20 langkah pun nak g kaunter McDonalds. Dah tak kerja ni, nak keluar jam 8 pun payah untuk McDonalds apatah lagi jam 6. Wahahaha! So, thanks to Mr.Kesayangan saya belanja breakfast hot cake McDonald on my birthday!



Lepas breakfast, Encik husband ajak Oyeen Cafe..Kat situla datangnya cake birthday saya yang lawa tu.

Kami pun jalan-jalan bawa kek tadi. Singgah ke Pancur Hitam, cari pondok untuk dating. Hahaha! Ni memang sama macam masa belum kawen dulu. Lapang day confirm pergi pantai buat aktiviti sendiri seperti piknik. Kali ni tak ada ikan nak dipanggang tapi ada kek. So, pergi pondok potong kek. Kat dalam kek tu, COLOURFULL! sangat menyelerakan. ngiahaha..Rainbow cheese! Makan tak banyak sangat sebab kami dah melarat buat benda lain. Husband nak jadi photografer on my birthday. Tak ada DSLR tak apa, yang penting feeling pakai DSLR tu ada. Ahahahahaks!

Video 16/09,2016. Thx Husband!

Gambar sana, gambar sini...lama-lama penat pula. Dah la, bergelak-gelak... so, kami ambil keputusan nak take a rest sekejap. Balik rumah hantar kek yang dah nak cair tu. Haha! Sampai rumah, masukkan terus kek ke peti sejuk. Kesian husband, dia penat. haha! Tido jap.

Lepas bangun tido, kami sambung jalan lagi. Semasa jalan-jalan tu, husband kata hadiahnya kemudian, surprise. Hmm... ni yang malas ni. hahahaha! Bukan apa.. dia kata surprise, jadi...tanda soal tu jadi banyak. kikikiki...

Dari rumah, kami direct ke restoren JJ Nazar. Melantak Nasi Briyani Kambing. Haaaa! Sedap gillerrrr! My salah satu makanan favourite! Husband belanja makan banyak hari ni.

Disebabkan kebetulan ada event "Borneo Art" on 16 Sept ni, kami singgah sekejap ke event. Jalan,lepak kejap, blah... aktiviti kami hari ni macam makan je rasanya. Hahaha! Rahsia nak gemuk, bergembira je time birthday. Confirm sure makan makan makan.

Selepas dari event tu, saya rasa macam belum nak balik lagi. Nak tahu kitorang pergi mana? Pergi McDonalds lagi. Gila pula 16 Sept ni. Lapar tak sudah. haha. Makan fries and nugget, and then blah. Balik rumah.

Plan nak sambung keesokkan harinya.

Keesokkan harinya,
Jalan lagi.

Sambung ke event "Borneo Art" walaupun tak la best sangat event tu. Event yang lepas lepas lebih memberangsangkan sambutannya. Tahun ni? dari 10 bintang 1 pun saya taknak kasi. huhuhu...

Kitorang masuk keluar Ujana Kewangan, pergi Medan Selera untuk makan dan singgah Light and Easy untuk makan lagi. haha.

Dah asyik makan makan makan je, so, tukar aktiviti pula kepada menonton movie. Kitorang beli tiket wayang BEN HUR start jam 10:45 malam.

Dah lewat sangat waktu tayangan tu, kitorang balik dulu. Kat rumah, kitorang makan lagi. hahaha. Gila dua hari ni. Gila makan! Makan kek birthday, makan makanan yang mommy belanja dan makan junk food sambil tengok TV.

Oh ya! Masa balik rumah tu, ada hadiah birthday from my aunty. Haha! Comel jerk! Thank u so muuucch!

Kira-kira jam 10 malam, kami pun bertolak semula ke bandar untuk menonton BEN HUR!

tup tap tup tap dalam panggung wayang tu, habis la movie BEN HUR tu dengan ending yang tak berapa nak puas hati. kekekeke. Part paling saya suka masa watak utama jadi pendayung kapal perang. Gila! 5 tahun jadi pendayung kapal perang. huhu! Anytime boleh mati. Tapi dia tak mati. Huhu..

So, begitulah aktiviti kami berdua dan itulah husband saya yang selalu nak saya gembira di hari lahir mahupun hari hari biasa. Saya memang gembira pun setiap hari dengan dia. Hehe..

Terima kasih MR.BEE!!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: