Saya sebenarnya berniat nak siapkan kerja yang tertunggak sebelum jarum jam menunjukkan pukul 6 petang. Sebab, 6-7 pm merupakan sportlight hour bagi Pokemon Electabuzz. Tiba-tiba, Mr.Bee yang keluar sekejap tadi untuk ke tandas kembali ke SOHO membawa seekor burung yang sedang ketakutan.
Ekornya 3 helai sahaja yang tinggal. Nampak sahaja burung tersebut, saya terus bertanya dari mana Mr.Bee jumpa burung tu. Katanya, dia nampak Oney mencari-cari sesuatu disebalik tong drum. Lah! Oney sekarang dah pandai buru burung. Entah dari mana Oney bawa burung tu.
Well, Oney brought us a random gift I guess. Haha... It's better lah kan dari tikus atau cicak. Lols.
Bila saya lihat kawasan burung tu bersembunyi, banyaknyaaa bulu burung bertaburan. Termasuklah beberapa bulu bahagian ekor burung. Lebih panjang, warna hitam dan besar dari bulu yang lain.
Burung nampak terkejut dan trauma. Bulunya banyak yang tercabut. Dia cuba melarikan diri. HHahaha... Malangnya sayapnya rosak sebelah. Dia tak dapat nak terbang. Dia hanya boleh buka sebelah kepak sahaja.
Sambil mengejar burung yang sedang berjalan ke sana ke mari mencari tempat bersembunyi, tiba-tiba terlintas dalam fikiran, saya nak panggil dia Tiko. Hiks... memang hobi saya bagi nama haiwan yang saya jumpa. Especially kucing dan anjing. Kat Taman Damai tu, Entah berapa ekor yang sudah pun bernama. Huhu... Kucing-kucing dan anjing-anjing tu saja yang tak tahu mereka sudah mempunyai nama kini. Bukan lagi "meow" atau "ming" atau "Catty" atau "Kucinggg" seperti yang dipanggil oleh manusia lain.
Bila nampak Tiko tak dapat nak terbang, saya rasa kasihan pula. Risau pun ada. Dibaham Oney atau Betty memang tak ada harapan hidup Tiko ni. Saya cakap kat Mr.Bee, saya nak jaga dia sekejap. "Boleh." katanya. Tanpa mempersoalkan.
Tapi, tak sampai pun malam, saya dah rasa Tiko macam kawan. Hhahahaha... Rasa sayang pula. Rasa nak jadikan
pet pula dah. Alahai... Malam tu juga saya cari maklumat pasal Tiko. Rupanya, Tiko adalah spesis burung Merbuk. Bahasa Inggerisnya
Zebra Dove. Corak badannya memang nampak macam kuda belang. Tiko dipanggil dengan nama yang berbeza-beza mengikut negara. Filipino panggil Kurokutok / Batobatong Katingbe / Tukmo. Indonesia pula memanggilnya dengan nama Perkutut. Nama
scientific Merbuk ini adalah Geopelia Striata.
Hari pertama perkenalan dengan Tiko memang agak sedikit janggal dan kekok. Tiko hanya diletakkan dalam besen. Dia berak sana sini dalam besen. Saya letak bekas air dia tak minum sendiri. Saya terpaksa suapkan baru dia nak minum. Tiko explore besen sebesar dua kali ganda badan Oney.
"Tak ada apa dalam tu Tiko..." saya kata pada Tiko.
Sejujurnya, saya langsung tak ada pengetahuan tentang burung Merbuk. Belajar dari Mr.Bee, Youtube dan google, Alhamdulillah membuatkan saya faham tentang Tiko. Terima kasih kepada yang rajin menulis tentang burung Merbuk di blog dan yang sudi menyebarkan ilmu burung di Youtube.
Tiko juga agak ketakutan sebenarnya. Dia takut dengan saya dan Mr.Bee. Saya hulurkan tangan, dia akan mengelak. Kalau dipaksa dia akan lari dan buat marathon seluruh SOHO. Hhahaha. Kalau ada pelosok kecil, dia akan masuk dengan harapan saya tidak dapat mencapai tangan untuk menangkapnya. Tapi, susah juga nak tangkap 'budak tiny' ni. Laju sungguh berlari. Jadi, pada awalnya saya biarkan saja Tiko dalam besen. Kemudian, saya cuba angkat. Dia mula nak bertenggek di tangan saya tapi tak nak lama-lama. Dia akan melompat lari. Dia macam 50:50 nak kawan dengan saya ke tak. Hiks.
Bila
research, Tiko boleh makan kacang hijau. Jadi, saya ajak Mr.Bee untuk beli Kacang hijau pada hari kedua. Sebab kacang hijau saya tak ada kat rumah. Kacang tanah ada lah. hHuhu... Nak pergi ke kedai runcit berdekatan, hari dah malam pula. Kacang hijau tu, perlu dibersihkan dulu. Kemudian, direbuskan. Menurut pakar Merbuk, burung yang baru kita temui tidak akan mahu makan sebab dia takut. Mungkin juga sebab trauma lepas ditangkap kucing. Lagipun, dia belum jinak lagi.
Tiko Day 2
Pada hari kedua, saya dan Mr.Bee ke kedai runcit mencari kacang hijau untuk Tiko dan peralatan lain yang sesuai untuk Tiko tinggal.
Berdasarkan study saya melalui video-video Youtube yang dikongsikan oleh otai-otai burung Merbuk, Tiko perlu disuapkan manual sebab memang dia tak mungkin akan makan sendiri. Cara pegang burung, cara buka mulut Tiko semua saya belajar.
Saya suapkan Tiko kacang hijau yang saya rebus tu. Saya rebus 10 biji sahaja selama 25 minit. Setelah sejuk, saya suapkan ke mulut Tiko sebiji demi sebiji sampai habis 10 biji. Betul, dia memang tak nak makan sendiri. Bila Tiko tak nak makan dan minum, saya risau. Nanti dia lapar dan kurus dan tak survive.
Bila saya lihat poopoo Tiko warna putih (berak kapur), saya bertambah risau sebab, mereka kata Merbuk yang sakit biasanya memang berak kapur. Kena beri dia makan kacang hijau biar dia sihat dengan khasiat dari kacang hijau tu.
Malam hari ke dua, selepas beberapa jam beri Tiko kacang hijau rebus, poopoo Tiko dah ada peningkatan. Dah tak 100% putih. Syukur Alhamdulillah. Tapi Tiko masih tak nak bersosial dengan saya. Saya bercakap dengan Tiko seolah-olah Tiko faham. Hhahahhaa... Tiko kelip-kelip mata sahaja. Entah apa lah yang difikirkan oleh Tiko. Kadang-kadang dia menjauhkan diri selangkah dua dari saya kalau saya cuba tengok dia dekat-dekat kat sangkar.
Semasa membeli kacang hijau tu, saya mengambil peluang membeli alat untuk dijadikan sangkar sementara Tiko. Sebenarnya saya beli grid wall decoration. Student selalu guna letak nota atau gambar kat meja belajar. Ada niat nak beli sangkar burung yang real tapi saya berfikir, Tiko ni lama ke dengan saya ni. Saya masih dalam 50:50 nak jaga Tiko forever.
Tapi bila dah study tentang Tiko, saya confirm nak jaga Tiko forever. So, sekarang ni proses nak jadikan Tiko BFF lah. Hehe. Nak jinakkan Tiko 100% dengan saya, dan Mr.Bee. In Shaa Allah, bila ada peluang nanti saya nak belikan Tiko sangkar yang proper. Yang boleh gantung tinggi. Boleh lah jemur Tiko pagi-pagi dari 6 pagi hingga 11 pagi untuk kesihatan Tiko.
Hari kedua, sangkar Tiko memang lawak. Bakul hijau yang di masukkan cebisan kertas. Besar pula tu bakulnya. Bila tengok Tiko berkubang dalam bakul hijau tu dengan poopoonya, saya pun rasa tak sampai hati. Saya cari kayu yang sesuai untuk Tiko bertenggek. Kelakar. Tiko hayun kayu tu macam burung yang bertenggek kat wayar elektrik depan rumah. Semakin Tiko bergerak, semakin laju pula buaian tu. Hmm...
Mr.Bee cakap, "Lubang sangkar tu besar lah...dia boleh keluar tu.." Saya tengok Tiko duduk diam-diam dalam tu macam tak percaya lah dia boleh keluar. Mustahil dalam fikiran saya. Sekitar jam 12 tengah malam, Tiko tiba-tiba keluar dari sangkar. Hahahhahaha... lepas tu dia masuk sendiri. Aduh! Buat lawak la Tiko ni. Walhal, sepanjang hari dia duduk dalam tu nampak macam serius dia tak boleh keluar.
Sangkar Tiko tak ada pintu. Kalau saya nak pegang Tiko, saya kena angkat sangkar tu macam tudung saji. Hhahaha...
Tiko Day 3
Hari ketiga, saya tinggalkan Tiko sendirian dengan Mr.Bee. Saya hangout dengan seorang sahabat lama sejak tingkatan 6 (Farah) dan anak buah saya (Fitri). Dari pagi hingga petang. Sekitar jam 4:30 petang, saya balik rumah. Saya terus jumpa Oney dan Betty. Kemudian, jumpa Mr.Bee dan Tiko. Saya sempat kenalkan Oney kat Farah tapi nampaknya Oney tak nak being friendly. Lol. Mr.Bee kata, Tiko macam tak suka duduk dalam sangkar. Dia nak lari. Dia tak mahu minum dan makan. Sad news.
Tiko tak happy. Terdetik dalam fikiran nak lepaskan Tiko bila dia dah boleh terbang dengan stabil. Tapi sekarang ni kepak dia memang tak function proper. Lil bit bengkok sayap sebelah kanan. Risau juga... bila lepaskan kat luar rumah nanti, Tiko jalan-jalan kat tanah, kucing tangkap pula. Kat sini, banyak kucing including my kucing. hehe.
Hmm... saya pun cuba rebus kacang hijau. Suap Tiko 10 biji kacang hijau lagi. Ni hari ketiga Tiko tak makan. Minum pun nak suapkan juga. Dia tak mahu buat sendiri. Masih tak biasa agaknya dengan suasana baru. Boleh jadi kacang hijau pun adalah makanan baru bagi Tiko.
Actually, sebelum balik dari hangout, saya sempat singgah Mr.Diy dengan Farah dan Fitri. Kat Mr.Diy, saya cari talam bentuk square yang boleh dijadikan lantai sangkar Tiko tapi tak jumpa talam square. Semua talam berbentuk rectangle. Hhuhu... Selain dari talam, saya nak beli satu tempat yang sesuai untuk letak Tiko berjemur. Malangnya tak jumpa yang sesuai.
Since tak ada talam square dan tempat untuk Tiko berjemur, saya cuma beli lapik rumput plastik dan tempat bawang warna pink. Oh ya, sempat juga beli tempat Tiko bertengek yang baru, design cantik. Tak terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Murah. RM2 sahaja.
Hari ketiga Tiko ni, saya tukar bakul hijau tu kepada bakul pink (tempat orang simpan bawang selalunya hahaha). Untuk lantai sangkar Tiko, saya letak rumput fake tu. Kemudian, tempat bertenggek Tiko saya tukar kepada yang baru. Kayu lama tu, saya dah tak gantung style bergoyang. Saya ikat kat sangkar supaya tak goyang. So, sekarang Tiko ada dua jenis tempat tenggek. Satu boleh hayun, satu lagi yang steady.
Waktu malam, Oney tak lepak dalam SOHO, Oney lepak tempat parking depan SOHO. Jadi, saya biarkan Tiko di luar sangkar jalan-jalan atas meja kerja saya. Kat atas meja, ada cermin. Tiko suka main dengan cermin tu. HHhaha... dia lepak depan cermin tu berjam-jam sambil buat bunyi "tek tek tek tek" dia membebel-bebel macam ayam. kadang macam bunyi ketuk pintu la pula, like "Tok tok tok". Lepas tu, Tiko naik atas cermin tu, dia bertenggek kat situ sebab cermin saya tu macam frame gambar.
Dia suka naik dan turun cermin tu. Sambil-sambil dia lepak depan cermin tu, dia seolah-olah manusia yang sedang berlawa. Menggayakan baju dan memastikan semuanya kemas. Dia angkat kepak. Dia patuk dadanya, sometime dia menggaru-garu menggunakan kakinya dan berdiri hanya sebelah kaki.
Sementara tu, saya pasang tali kat sangkar Tiko. Saya ikat zig zag kat lubang sangkar tu supaya Tiko tak boleh keluar masuk dari sangkar anytime. Sebab risau nanti ada Oney pula masa dia keluar tu. Sebenarnya saya nak gunakan dawai. Tapi, dawai tak ada kat rumah. Kalau nak beli lambat lagi. Jadi, saya pakai je mana yang ada kat rumah. Saya gunakan tali yang biasa orang gunakan menyulam tu. Hihi...
Sambil-sambil buat zig zag kat sangkar Tiko, saya dan Mr.Bee terkejut bila dengar Tiko menyanyi. Waaaaa happynya kami berdua dengar Tiko berbunyi. Tiko dah berani nyanyi walaupun kami ada. Tu berita yang baik. Tiko nampaknya dah suka dengan rumah baru.
Tiko nyanyi 3 kali. Happy betul dengar Tiko bersiul macam tu. Tu tanda dia okay. Dah tak ada trauma dan tak ada tanda-tanda kemurungan. Selesai buat zig zag, saya hias sikit sangkar Tiko dengan daun dan bunga plastik sikit. Biar cantik dan ceria.
Tiko Day 4
Bila saya masuk SOHO, Tiko nampak sangat resah dalam sangkar. Saya pun keluarkan. Saya biarkan Tiko jalan-jalan atas meja saya. Biarlaaa dia poopoo mana-mana atas meja asalkan bukan atas buku. Hahaha... saya akan lap poopoo dia dengan tisu basah dan sanitize meja.
Talking about poopoo Tiko ni, masa day 1 tu, perghh poopoo Tiko busuk betul tau. Bila dah 4 hari bagi Tiko makan kacang hijau, saya perasaan, poopoo Tiko tak sebusuk Day 1. Serius! Sangkar Tiko kat meja blogging saya kot. Saya menaip sebelah Tiko. Hhahaha.. Bau poopoo dia dah tak busuk. Amazing!
Macam biasalah, bila Tiko jalan atas meja saya, port kegemaran dia mesti depan cermin. Jadi, saya biarkan je Tiko enjoy playing time dia. Asyik duduk sangkar tak syok juga kan. Sementara tu, saya bersihkan sangkar Tiko yang dah ada poopoo sana sini tapi tak banyak sangat. Saya tengok kacang hijau rebus Tiko macam ada yang kurang. Saya biarkan kacang hijau rebus tu dalam sangkar Tiko semalaman.
Selesai bersihkan lantai sangkar, saya nak suapkan Tiko kacang hijau. Tiko tak nak! Tiko melarikan diri dan Tiko langgar dinding sangkar. HHahahaha... dia nak masuk sangkar sendiri. Dia ingat masih boleh keluar masuk sangkar tu. Dia langgar dua tiga kali. Dia cuba menyelamatkan diri dari disuapkan kacang hijau ke mulutnya. Since Tiko macam tu, saya tak nak paksa. Saya angkat sangkar dan Tiko masuk sendiri. Dia bertenggek kat port kegemaran dia dalam sangkar tu.
Dalam sangkar tu, saya biarkan bekas makanan dan air walaupun Tiko tak pernah makan sendiri. Saya duduk kat depan PC, sambil kepala ligat berfikir macam mana nak edit video untuk Intagram Silly Wonk (Bookstagram saya yang tumbesarannya agak terbantut). Tiba-tiba, Tiko turun dari tempat dia bertenggek. Dia turun ke lantai sangkar dan berjalan menuju ke mangkuk kacang hijau rebus. OMG! Dia makan sendiri. Dia patuk kacang tu, dia masukkan dalam mulut dan telan. I'm super excited and happy!
Tiko repeat again and again and again!
Tiko really love kacang hijau! Then, saya gelak kat Tiko sebab dia patuk bekas kacang hijau mentah (dalam botol) kat luar sangkar dia. Dia keluarkan kepala dan patuk. Bekas tu lut sinar, mungkin dia ingat sama kot macam kacang hijau dia dalam mangkuk kat lantai tu. Hhahahaha!
|
Sambil saya unwrapping buku dari Pansing, Definitely Books, Tiko asyik naik turun dari tempat dia bertenggek. But later lah Tiko keluar ya. Nanti u poopoo atas buku saya. Hhahaha... |
Sebelum saya dan Mr.Bee keluar dari SOHO, Mr.Bee said, "Cuba letak kacang hijau mentah dalam sangkar Tiko."
Bila dengar Mr.Bee cakap macam tu, rasa macam tak yakin pula. Tapi...secara logiknya, Tiko makan benih dan bijiran yang ada kat tanah kot kan kat luar. Hhaha... So, saya pun try. Bila Tiko nampak saya letak kacang hijau mentah tu, Tiko turun ke lantai dan terus ke kacang tu dan makan. Hhahaha... Bukan sebiji ya. Berbiji-biji dia makan. Tak payah suap-suap dah sekarang. Tiko dah boleh berdikari. Gituuu...
Bersambung...
Terima kasih sudi membaca.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋