SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 30 Disember 2017

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Kepada yang bertanya soalan kepada saya di ruangan komen entri saya yang bertajuk "Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO" mengenai cara dan kaedah pembayaran barangan CHILINDO menggunakan ATM atau TRANSFER. Pembayaran dengan cara bank-in atau transfer online ini adalah salah satu pilihan bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah COD dan Dedit/Kredit Card. Mungkin juga tidak mahu membuat activation shopping online pada kad Visa/Master mereka. Mungkin terasa leceh. Jadi, di bawah adalah tutorial cara dan kaedah pembayaran barangan menggunakan ATM atau TRANSFER ke akaun OCBC milik syarikat CHILINDO.

Langkah 1 :

Selepas puas memenangi bidaan barangan pilihan korang di CHILINDO Malaysia dan ingin membuat bayaran, korang perlu klik pada "Troli Saya". Kemudian, halaman seperti di dalam gambar di bawah akan tertera. Klik pada "Daftar Keluar".

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin

Langkah 2 :

Setelah klik pada "Daftar Keluar", korang perlu mengisi maklumat diri dan alamat jika belum mengisi. Jika sudah, korang semak maklumat tersebut agar penghantaran barang tidak mempunyai masalah kemudian hari. Setelah selesai, klik pada "Teruskan".

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin


Langkah 3 :

Selepas klik "Teruskan", korang akan di bawa ke halaman seterusnya iaitu memilih kaedah pembayaran. Memandangkan korang ingin membuat pembayaran menggunakan kaedah transfer online atau bank-in melalui ATM, korang klik pada bahagian ATM Bank seperti di dalam gambar di bawah.

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin

Langkah 4 :

Kemudian, akan keluar nama bank yang digunakan oleh syarikat Chilindo Malaysia. Kemudian, klik pada "OCBC Bank".

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin


Langkah 5 :

Selepas itu, klik pada butang "Teruskan" untuk melihat nombor akaun OCBC milik syarikat Chilindo Malaysia.

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin


Langkah 6 :

Selepas korang klik butang "Teruskan", korang akan melihat halaman seperti di bawah. Sila catat nombor akaun bank OCBC milik Chilindo Malaysia di atas kertas atau di telefon pintar korang untuk membuat transaksi pembayaran melalui bank-in atau transfer secara online. Selain itu, pasti kan korang catat nombor invois korang agar senang untuk dijadikan rujukan jika ada masalah.

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin


Langkah 7 :

Selepas mencatat nombor akaun OCBC milik Chilindo Malaysia dan nombor invois korang, korang scroll halaman hingga ke bawah sekali dan klik pada butan "Cetak Invois" jika korang ingin mencetaknya. Selain itu, korang juga boleh print screen / Screen Shot invois korang.

Cara dan Kaedah Pembayaran Barangan CHILINDO Malaysia Menggunakan ATM atau TRANSFER ONLINE - Sofinah Lamudin

Langkah 8 :

Jadi... selepas korang dah selesai menyimpan data invois dan nombor akaun bank OCBC  Chilindo Malaysia, korang boleh membuat transaksi pembayaran korang di ATM atau transfer secara online menggunakan bank korang (Contoh : M2U atau CIMB).

Langkah 9 :

PENTING! Emelkan INVOIS dan BUKTI PEMBAYARAN korang ke alamat emel Chilindo Malaysia di alamat emel ini : support.my@chilindo.com.


Terima kasih membaca entri ini. Semoga membantu dan bermanfaat.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 29 Disember 2017

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Selepas saya bercerita berkenaan Restoren JJ Nazar cawangan ke lima baru baru ini di entri "Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan", ramai penduduk Labuan yang tertarik. Saya memfokuskan Restoren JJ Nazar cawangan ke lima sebab saya rasa restoren tu adalah antara restoren yang mempunyai kedudukan yang strategik serta harga makanan restoren JJ Nazar, WP.Labuan juga masih sama walaupun diupgrade kepada restoren yang kelihatan mewah dan berpenghawa dingin. Wehehe... Lagipun, Restoren JJ Nazar (Indian) cawangan ke lima, Wp.Labuan ni berhampiran dengan stesen bas, Utama Jaya (tempat membeli belah) dan pasar. Sangat strategik kan?

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Selepas beberapa hari saya dan Mr.Bee makan kat Restoren JJ Nazar Cawangan kelima ni, saya pergi sekali lagi buat kali kedua di ruangan berpenghawa dingin tersebut. Tapi kali ni, saya bukan hanya berdua dengan Mr.Bee tapi berempat dengan mommy dan ayah.

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Semasa berada dalam Restoren JJ Nazar (Indian), di bahagian berpenghawa dingin tersebut, saya dapati suasana agak sunyi. Saya rasa hairan sebab..dah laa selesa dan sejuk tapi kurang yang masuk untuk makan kat kawasan tu. Paling bagus adalah tiada orang merokok sambil makan dalam tu.

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Apabila saya hendak ke tandas, saya masuk ke ruangan makan tanpa penghawa dingin Restoren JJ Nazar (Indian). Vvaaah! Bukan main ramai lagi kat situ! Meriah... dan asap rokok pun meriah sekali. Wehehe... Pada mulanya, saya ingat sebab mereka semua suka kat situ sebab memang nak merokok. Kalau kat ruangan berpenghawa dingin kan tak boleh nak merokok.

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


Tiba-tiba, beberapa komen di group facebook We Love Labuan dari penduduk Labuan, berbunyi begini :

Harga makanan Restoren JJ Nazar (Indian) di Cawangan Terbaru, WP.Labuan - Sofinah Lamudin


HARGA Restoren JJ Nazar (Indian) berpenghawa dingin cawangan ke lima (Kawasan Utama Jaya) DAN Restoren JJ Nazar (Indian) berpenghawa dingin cawangan ke empat (Kawasan Lazenda) TIADA BEZA. Sama sahaja termasuklah di cawangan pertama, kedua dan ketiga tanpa penghawa dingin.

Bezanya hanyalah ;

Pakaian pekerja yang seragam dan lebih kemas
Design restoren lebih cantik
Berpenghawa dingin, selesa dan bersih

Untuk maklumat lanjut berkenaan Restoren JJ Nazar (Indian) ini, sila KLIK SINI.

Terima kasih membaca entri ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 28 Disember 2017

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018

Assalammualaikum Bloggers dan Bloggers,

Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai. Semua aktiviti, perbuatan dan cerita di tahun 2017 bakal menjadi kenangan. Pelbagai kenangan pahit manis yang tercoret di tahun 2017.

Chokey dan Ontot

Chokey menjadi ahli keluarga kami sejak penghujung tahun 2016 dan tahun 2017 merupakan tahun penuh bersama telatah kucing kesayangan kami, Si Chokey. Si Chokey membesar dengan pelbagai ragam dan lucu sekali bila bergabung dengan Si Ontot. Wahaha... Chokey selalu kacau Ontot. Ontot geram dan Ontot akan kejar Chokey.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin
Teka..mana satu Ontot mana satu Chokey? Wehehe...

Tapi...saya sedih hujung tahun 2017 ni, mungkin saya terpaksa terima kenyataan akan kehilangan Si Ontot saya menjelang tahun 2018. Saya kena reda dan lepaskan Ontot walaupun hakikatnya Ontot masih di hati.

Maaf, emo tentang kucing. Tapi Ontot sebahagian dari punca kegembiraan saya. Tak ada yang boleh menggantikan keunikan Ontot dalam hati saya.

Selepas kehilangan Ontot, saya ambil keputusan, saya akan jaga Chokey sebaik mungkin (Salah seekor keturunan Ontot). Saya tak akan ambil kucing baru. Wahaha... Chokey kuat jeles banding Ontot.

Berniaga di Bazaar Ramadhan untuk pertama kali

Saya dan Mr.Bee pertama kali turun ke Bazaar Ramadhan untuk berniaga. Menjaga jualan sendiri dan memasak makanan di sana secara live. Kalau sebelum sebelum ni, biasa Mr.Bee buka gerai atas nama dia sahaja. Tetapi dijaga oleh adik atau mama mertua sahaja. Jadi, saya hanya menghantar makanan yang dijual ke bazaar tapi orang lain yang jaga. Ramadhan tahun 2017, Alhamdulillah turun padang sendiri untuk mendapatkan pengalaman bagaimana berjualan di Bazaar Ramadhan. Actually, saya mendapat pelbagai faedah yang banyak selain dari mendapat keuntungan dalam berniaga di bulan Ramadhan.


Antaranya lebih aktif secara fizikal berbanding melayan komputer di rumah. Tehee. Saya juga boleh memberikan senyuman kepada orang ramai sepanjang berniaga. Boleh melihat dari sudut peniaga Bazaar Ramadhan dan dari sudut pelanggan. Uhrmm.. macam usahawan pula buat pemerhatian. Tehee...

Actually banyak lagi.. Tak payah la senarai banyak banyak. Wehehe.

Entry Bazaar Ramadhan 2017 : "Berniaga di Bazaar Ramadhan 2017".

Jalan-jalan

Tahun 2017, Mr.Bee sempat ajak saya ke tempat yang belum pernah saya jejak. Tempat yang terkenal di Sabah iaitu, Poring Hot Spring, Desa Farm, Wildlife Lok Kawi dan War Memorial Kundasang. Selain tu, Mr.Bee juga sempat bawa saya jalan jalan ke tempat kegemaran dia sepanjang belajar di Sabah dulu seperti ke Salut untuk makan Lokan Bakar.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin
Foto favourite di mana saya berpura pura berani. Wahahaha...

Entri ke Kundasang Ranau : "Perjalanan Sehari ke Ranau dari Kota Kinabalu, Sabah".
Entri ke Salut makan Lokan Bakar : "Sambutan Hari Lahir di Kota Kinabalu bersama Mr.Bee".

Walau bagaimanapun plan bawa Mr.Bee ke Kuala Lumpur tak tercapai. Wahahaha... bajet i bocor. Meh~ Elok tangguh dan buat tabung baru (Perempuan selalu lari bajet). Lepas ni, In Shaa Allah tahun 2018 hati mahu kena kental. Jangan usik tabung.

Keluarga Bersatu

Bak kata pepatah, bulu ayam dicarik carik kan bercantum jua...Kalau air dicincang, tak akan putus.

Gambar Raya : Keluarag Sebelah Mr.Bee

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin
Gambar raya 2017 : Family sebelah saya.
Koleksi Harry Potter

Koleksi Harry Potter adalah sebahagian dari hidup saya sejak tahun 2003. Setiap tahun saya akan cuba menambah koleksi Harry Potter walaupun hanya satu dan ayat paling sesuai adalah "Walaupun lambat koleksi siap"..Wahahaha... Tapi, tahun 2017, dengan bantuan dan support dari Mr.Bee yang spoting, happy sangat rasanya bila dapat buku ilustrasi kedua semasa hari lahir saya yang ke 27 tahun.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin
Ni gambar dengan buku Harry Potter koleksi tahun 2016. Yang tahun 2017, lain lagi..

Selain tu, saya sempat menempah buku Harry Potter siri kelima melalui MPH Online pada Disember tahun 2017 ni.

Entri buku Harry Potter : "Pembelian Buku di MPH online Harry Potter".

Tak banyak tapi kira penambahan dan pencapai yang baik juga. Betul tak? Wehehe.

Dunia Blog, blogger, blogging

Alhamdulillah tahun 2017 ni saya merasakan banyak perubahan dalam dunia blog terutamanya dua tiga bulan sebelum tamat tahun 2017. Sejak tahun 2014, penulisan dalam blog semakin berkurang sebab tak ada pembangkit semangat dalam dunia blog yang munasabah. Apatah lagi, rakan blog saya dulu dulu kala sudah semakin hilang ditelan zaman. Erk? Kesian pula diorang saya kata ditelan zaman. Wahahaha! Ramai antara mereka sudah berhenti blogging lantaran kekangan masa yang semakin cemburu.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin


Tahun 2013 adalah tahun paling banyak saya menulis.. sebab masa tu, saya dan Mr.Bee belum kahwin lagi. Banyak masa mengadap laptop masing masing untuk chatting dan buat kerja masing masing menggunakan internet. Wahaha. Blog adalah sebahagian dari cara nak 'dating'. Means, inspirasi update blog tu sebab Mr.Bee.

Selepas kahwin, dah bersemuka 24 jam sebab kami kerja sama bidang. Bak kata Ben Ashaari, internet adalah ibarat pejabat. Jadi, saya dan Mr.Bee tak pernah tak bersama..di mana ada dia, ada laa saya..Jadi, saya dan Mr.Bee, mengadap komputer hanya untuk update group trading, beri signal dan trading serta membalas emel dari client sahaja. Selepas selesai, tak ada dah nak layan blog. Kami banyak main game PC, game mobile, jalan jalan, pergi bersenam, tengok movie dan membaca buku.

Pada bulan Jun 2017, merupakan bulan saya renew domain blog saya www.sofinahlamudin.com.. Tertanya tanya juga kalau saya wajar untuk tutup blog saya sebab hidup segan, mati tak nak.Wahaha.. Di sebab kan terlalu sayang pada blog ni atas beberapa faktor, saya batalkan niat untuk menutup blog ni dan saya bayar lagi domain untuk setahun.

Sesuai dengan nama yang pernah saya gunakan dulu, "Ms.Online_Addict", apa salahnya saya terus menggunakan internet sebagai medium untuk meneruskan hobi menulis dan menconteng saya sejak kecil dengan menggunakan platform blog. Malah, melalui blog boleh berkongsi pendapat dan bertukar informasi sesama blogger dan boleh berkomunikasi dengan pembaca melalui ruangan komen.

Menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari

Untuk mendapatkan momentum yang super, saya memilih untuk tidak menjadi blogger katak di bawah tempurung lagi. Saya menyertai komuniti blogger dan memilih KELAB BLOGGER BEN ASHAARI sebagai kelab blogger paling diutamakan demi membantu diri sendiri agar terus aktif dan bersemangat dalam dunia blog.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin


Alhamdulillah, sejak menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari, saya dan dunia blog mempunyai peningkatan yang positif dari pelbagai aspek.

Walaupun lokasi saya di Wilayah Persekutuan Labuan buat masa ni, ahli Kelab Blogger Ben Ashaari tetap menjadi sahabat blogger terbaik saya. Semoga pencapaian positif saya selepas menyertai Kelab Blogger Ben Ashaari sedikit sebanyak membuka mata warga Labuan kebaikan blogging! Terutamanya generasi baru di Wilayah Persekutuan Labuan yang sukakan internet!

Secara tersirat banyak yang berubah. Tak mampu nak tunjuk. Tehee...

Sokongan Mr.Bee dalam Dunia Blogging

Paling banyak mempengaruhi saya adalah Mr.Bee. Mr.Bee menyokong saya dalam dunia blogging. Walau pun blog personal dia jarang jarang update, tapi dia tetap akan update bila ada masa terluang. Saya suka baca entri kat blog personal dia. Kat blog kerja tak seronok. Wahahaha! Kecuali nak cari info penting tentang trading boleh laa.

Kesimpulannya, walaupun dunia blog banyak meningkat dua tiga bulan sebelum tahun 2018 ni. Ada part yang tak meningkat.. Blog kerja saya terabai dan bersawang. So, Sebahagian dari azam baru saya tahun 2018, blog kerja akan di upgrade menjadi yang lebih baik. In Shaa Allah..

Hobi baru bersama Mr.Bee

Main game! Hobi lama sebenarnya.. Wahaha... game je yang baru. Game Mobile Legends. Game bukan PC jadi boleh layan di mana mana..

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin


Semoga tahun depan ada game best lagi yang boleh di layan bersama. Tehee...

Sophee Studio

Progress blog Sophee Studio masih slow tahun ni. Pengisian masih tak banyak. Tapi hujung tahun ni, saya ada membuat senarai untuk pengisian agar blog Sophee Studio lebih menarik.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin

Entri Mr.Bee : "Sofie's Studio Art dan Hobi Alat Tulis"

Walau bagaimana pun, ada beberapa penambahan lukisan juga walaupun tak banyak. Hasil dari penyertaan rakan blogger di segmen saya.

Perkara yang tak tercapai tahun ni untuk Sophee Studio adalah gagal dalam cabaran Inktober pada bulan Oktober 2017 yang lepas. Wahaha... tiba tiba demam pula. Sediihh... tahun depan cuba lagi.

Entri Inktober 2017 : "Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017".
Entri Intober 2016 : "Sophee Studio : My Inktober Challenge 2016".

Segmen blog pertama kali

Pada bulan September 2017 yang lalu, saya sempat buat segmen suai kenal blogger seluruh Malaysia. Supaya saya boleh laa mulakan silaturrahim dengan rakan blogger yang lain memandangkan baru saja nak aktif semula dalam blogging. Ini adalah segmen saya yang pertama. Jadi saya memang agak teruja.. Wehehehe.

Semoga Pengakhiran Tahun 2017 akan Membawa 1001 Pencapaian Positif di Tahun 2018 - Sofinah Lamudin


Alhamdulillah ini adalah salah satu pencapaian bagi saya walaupun ia hanyalah segmen mini.

Korang pun boleh juga berkenalan dengan peserta segmen : "Peserta segmen suai kenal" untuk menambah kenalan blogger.

In Shaa Allah, tahun depan ada lagi segmen berikutnya.

Vvaaah! begitulaa sedikit ringkasan tahun 2017 saya. Tak boleh tulis banyak banyak.. nanti sampai esok pun entri ni je saya kerjakan. VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Giveaway Bulan Cinta By Dilah

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya nampak Dilah buat "Giveaway Bulan Cinta By Dilah" sempena bulan anniversary perkahwinan Dilah dan suaminya yang ke 8 tahun.Kebetulan pula 26 Disember 2017 tu adalah Anniversary perkahwinan saya dan Mr.Bee ke 3 tahun. Vvaaah! Betul kata Dilah.. bulan Disember ni bulan yang meriah dengan anniversary pasangan suami isteri sebab bulan Disember merupakan bulan terakhir dalam satu tahun yang menjadi bulan "Cuti-Cuti" Seluruh Malaysia. Oleh itu, ramai pasangan yang memilih bulan Disember sebagai bulan meraikan Cinta ; Nikah, bersanding malah bertunang pun ada.



Selain tu, bulan Disember juga merupakan bulan kelahiran Dilah. Tehee... Boleh laa Dilah menyambut Anniversary dan Birthday dalam satu masa. Jadi, saya nak menyelam sambil minum air dengan mengucapkan selamat hari lahir dan happy anniversary kepada Dilah, ibu kepada 3 orang anak ni sambil menyertai giveaway bulan cinta by Dilah. Semoga Dilah, suami dan anak anak mendapat rezeki yang banyak dan bahagia selalu hingga ke akhir hayat. Semoga sentiasa berbunga bunga cinta dengan suami hingga syurga.

Menurut Dilah, tarikh tamat untuk Giveaway ni adalah 31 Disember 2017. Vvaaah! Tak lama lagi nak tamat. Nasib baik saya nampak lalu lalang depan mata. Wehehe... kalau tak, tak sempat la saya support Dilah.

Korang yang ada masa terluang, support dan meriahkan lah lagi Giveaway Bulan Cinta By Dilah. OK! Sila klik pada gambar kat atas untuk sertai Giveaway ni dan baca syarat penyertaan dulu ye. Selamat ber-Giveaway! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 27 Disember 2017

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada awal tahun 2017 iaitu bulan Februari 2017, saya dan Mr.Bee mula berjinak jinak menggunakan produk penjagaan kulit Botanical Effect.Jadi, dah hampir setahun menggunakan Skin Care Botanical Effect ni.. Antara saya dan Mr.Bee, Mr.Bee laa yang pernah guna Skin Care sebelum pakai Botanical Effect ni. Saya tak pernah. Tak reti laa semua ni.. Masa sertai bisnes MLM dulu pun, walaupun ada produk skin care, saya tak ambil port sangat. Walaupun hampir setahun menggunakan Skin Care Botanical Effect ni, saya tak pernah kongsikan informasi mengenai Skin Care Botanical Effect dalam blog saya ni kecuali sekali! Bulan Februari lalu. Wehehe...tajuknya, "Pengguna Mary Kay dan Beauty Consultant Mary Kay". Amboi tajuukk tuu.. Wahahaha.. Masa order Skin Care Botanical Effect tu, rasa lebih berbaloi kalau ambil pakej Beauty Consultant sekali. Sebab.. lebih murah dan jimat!

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin


Ni pertama kali saya guna skin care jadi, tak banyak ilmu Skin Care sangat tu yang tak banyak informasi kecantikan kulit dalam blog ni. Tapi hari ni saya nak tulis serba sedikit pengalaman menggunakan Skin Care Botanical Effect dan cara menggunakannya dengan betul.

Skin Care Botanikal Effect

Majoriti pun memang dah tahu, Skin Care Botanical Effect ni adalah dari jenama Mary Kay dan Botanical Effect ni adalah Skin Care asas untuk sesiapa sahaja yang baru nak bermula menggunakan mana mana produk penjagaan kulit dari Mary Kay. Kepada yang baru nak bertukar ke produk Mary Kay, memang wajib bermula dengan Botanical Effect ni untuk membuat 'healing process'. Terutamanya bagi mereka yang pernah menggunakan produk yang mengandungi kimia. So, Botanical Effect ni akan meneutralisasikan kulit dari bahan bahan tu semua. Bila sebut mengenai 'healing process' ni, tempoh masa adalah bergantung dengan individu.

Kalau saya, saya tak pernah ada sejarah menggunakan mana mana produk penjagaan kulit sebelum ni jadi, proses saya agak senang dan tak ambil masa yang lama sangat.

Botanical Effect ni, ada tiga jenis, iaitu :

1. Botanical Effect Formula 1
2. Botanical Effect Formula 2
3. Botanical Effect Formula 3

Botanical Effect Formula 1 merupakan skin care untuk jenis kulit yang kering. Kulit kering ni biasanya kelihatan kusam dan kelihatan seperti bersisik. Malah, pori pori juga akan mengecil hampir tak kelihatan. Kulit jenis kering ni biasanya akan cepat mengalami masalah berkedut dan mempunyai garis garis halus yang tipis walaupun belum berusia. Kadang kadang ada situasi, kulit akan mengelupas selepas mencuci muka terutamanya menggunakan sabun mandi atau pencuci muka yang biasa. Kulit kering ni, boleh buat kulit kita menjadi iritasi dan merah merah akibat keradangan kulit.

Jadi, Botanical Effect formula 1 ni adalah skin care asas untuk pengguna Mary Kay yang baru dan mempunyai masalah kulit kering.

Botanical Effect Formula 2 pula merupakan skin care untuk jenis kulit normal. Tak juga terlalu kering, tak juga terlalu berminyak. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak di area zon T pun boleh menggunakan Botanical Effect Formula 2 ni jika minyak tidak keterlaluan.

Botanical Effect Formula 3 pula merupakan skin care untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak berlebihan. Kulit yang berminyak berlebihan biasanya kulit muka akan kelihatan berkilau dan berkilat. Wehehe.. Pori pori pula besar dan sangat mudah berjerawat! Jerawat pula mungkin bukan sedikit. Part paling tak seronok adalah ketika menggunakan makeup, kerana make up agak kurang menempel di muka.

Set Botanical Effect

Tidak kira Formula 1 atau 2 atau 3, set Botanical Effect merangkumi 4 produk, iaitu :

1. Clease - Pencuci muka
2. Freshen - Penyegar dan menghilangkan kotoran degil
3. Mask - Membuang Black Head dan Sel Kulit Mati
4. Hydrate - Melembabkan Kulit

Pengalaman kami menggunakan Skin Care Botanical Effect

Pada mulanya, Mr.Bee cuma membeli Skin Care Botanical Effect Formula 2 untuk kegunaan saya sahaja. Tapi, pada hari lahir Mr.Bee, saya hadiahkan pula kat dia Botanical effect Formula 3 bila ada rezeki lebih sikit pada Februari 2017. Wahahaha! Pusing pusing pun sama je sebenarnya. Sebab saya rasa penjagaan kulit bukanlah hanya untuk wanita, lelaki pun boleh! Kulit Mr.Bee agak berminyak setiap kali kami bersiar siar di kawasan yang panas. Saya kata kat kat Mr.Bee, muka dia macam cermin kalau berminyak, jadi pakai lah skin care juga. Bukan saya je kena pakai.

Jadi, kami ada dua jenis Botanical Effect. Formula 2 dan juga Formula 3.

Pengalaman saya menggunakan Botanical Effect Formula 2

Paling ketara yang saya perasan adalah selepas memakai Mask selama 15 minit. Kulit terasa segar dan kulit kelihatan lebih cerah dan bersih. Selepas beberapa minggu, black head di hidung mula berkurang.

Saya menggunakan Hydrate dua kali sehari. Waktu pagi dan sebelum tidur. Agar kulit sentiasa lembab. Paling best apabila kita bangun tidur, muka tetap kellihatan segar dan lembab.

Apabila menggunakan hydrate sebelum memakai makeup, makeup nampak lebih menarik dan meresap. Tak bertompok. Ton kulit lebih kemas dan sama rata. Bila keluar rumah walaupun hanya pergi keluar jogging, saya tetap akan memakai skin care terutamanya CC Cream Mary Kay. CC Cream Mary Kay ni saya dapat percuma semasa pembelian Set Botanical Effect Formula 2.

Sekarang, selepas hampir setahun, kulit muka nampak lebih segar dan bersih walaupun tak menggunakan makeup.

Adakah semasa saya menggunakan Botanical Effect tidak ada sebarang healing process? Mestilaa ada! Masa bulan pertama guna Botanical Effect, saya ada rasa gatal gatal sikit kat bahagian tertentu di muka. Terutamanya di pipi dan hidung. Tapi bukan gatal yang teruk. Ia cuma gatal yang seperti ada seranggan tiba tiba hinggap je. Bukan seperti serangga gigit. Tak juga gatal semacam nyamuk gigit. Wahaha... Gatal sikit je.

Tak lama lepas tu, gatal tu dah hilang hingga laa ke hari ni. Alhamdulillah ada perubahan kulit wajah. Dah tak kusam macam dulu.

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin

Gambar di atas merupakan testimonial saya menggunakan Botanical Effect Mary Kay. Kenapa guna gambar tahun 2012 untuk kat before? Sebab gambar tu gambar tak pakai foundation. Saya pakai bedak kompak je. Jarang saya bergambar muka tak pakai foundation sebab tak lawa. Tak kemas. Tak seumpama dengannya.. Mehh~

Gambar kat After tu, gambar tak pakai makeup tapi pakai CC Cream dan gambar bukan guna filter face beauty. Wahaha...Zaman sekarang canggih guys! Gambar kat bawah ni guna face beauty.

Hampir Setahun Menggunakan Skin Care Botanical Effect - Sofinah Lamudin

Pakai filter kamera, muka lawa siot. Macam anime pun ada juga. Wehehehe... So, kenapa tak letak muka tanpa CC Cream? Nanti ye saya letak kat entri lain. Saya tak ada gambar tanpa CC cream buat masa ni. Mehh~

Tapi, point saya sekarang ni, pakai CC cream nipis nipis je pun saya boleh keluar rumah. Kalau dulu, keluar rumah juga tanpa pakai make up tapi kalau nak saya ambil gambar muka, jangan harap laa... Level konfiden automatik jatuh! Tehee...

Pengalaman Mr.Bee menggunakan Botanical Effect Formula 3

Pengalaman Mr.Bee agak berbeza dengan saya. Semasa Mr.Bee menggunakan Hydrate Botanical Effect Formula 3, Mr.Bee rasa pedih pedih di antara area bawah lingkaran mata dan atas pipi. Begitu juga di bahagian tertentu. Tapi, yang pedih banyak di bahagian yang saya sebutkan tadi. Ini berlaku sebab kulit Mr.Bee nipis. Mungkin sebab sejarah penggunaan Skin Care yang sebelum sebelum ni.

Saya ada mencuba juga menggunakan hydrate Botanical Effect Formula 3 tetapi tak pedih pun. Malah lebih selesa menggunakan Hydrate Formula 3 berbanding Formula 2.

Apabila kulit Mr.Bee pedih macam ni, maksudnya kena gunakan Hydrate Formula 2 untuk memulihkan kulit yang menipis tu. Guna hingga seminggu atau lebih atau sehingga rasa pedih hilang apabila menggunakan Hydrate Formula 3 semula.

Alhamdulillah, setelah beberapa lama kemudian..kulit Mr.Bee semakin pulih dan tidak mengalami sebarang kepedihan lagi selepas menggunakan Hydrate Formula 3. Malah, Mr.Bee suka menggunakan Hydrate Formula 3 berbanding Hydrate Formula 2 apabila keluar rumah.

Cara kami menggunakan Skin Care Botanical Effect gabungan Formula 2 dan 3

Setelah beberapa minggu mengalami healing process (Mr.Bee mengambil masa lebih sebulan), kulit kami pun sudah semakin selesa dan semakin baik menggunakan Botanical Effect dan kami mempunyai jadual mengikut kesesuaian kulit kami dalam pemakaian Botanical Effect Mary Kay ni.

Jadual saya

Bangun tidur, saya akan cuci muka menggunakan Cleanse Formula 2. Selepas itu, saya akan menggunakan Freshen Formula 2 diikuti dengan Hydrate Formula 2 jika dirumah.

Jika keluar rumah, selepas mencuci muka dengan Cleanse Formula 2, saya akan menggunakan Freshen Formula 2 diikuti dengan Hydrate Formula 3.Kemudian, saya akan menggunakan CC Cream kerana mempunyai SPF 15 dan boleh menutup cacat cela yang ada di muka. Kemudian, diikuti dengan makeup yang lain lain.

Waktu malam pula,sebelum masuk tidur.. saya akan mencuci muka lagi menggunakan Cleanse Formula 2, diikuti dengan Mask Formula 2 selama 15 minit sahaja. Kemudian, Hydrate Formula 2. (Mask 2 kali seminggu sahaja. Waktu sesuai adalah waktu malam sebelum masuk tidur).

Jika saya baru balik dari mana mana, muka saya penuh dengan makeup dan kulit mula terdapat CC cream. Jadi, selepas membuang kesan makeup, saya akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3. Lalu diikuti dengan menggunakan Freshen Formula 2 dan terus ke Hydrate Formula 2.

Sekiranya jerawat timbul di muka, saya akan menggunakan Mask Formula 3 di bahagian jerawat tersebut kerana..Mask Formula 3 lebih kuat dan menyerap minyak lebih cepat. Sebab tu laa kalau kulit kita jenis normal atau kering, tidak boleh menggunakan Mask Formula 3. Tapi jika untuk mempercepatkan jerawat mengecut, Mask Formula 3 adalah terbaik!

Jadual Mr.Bee

Penggunaan Skin Care Botanical Effect oleh Mr.Bee adalah fixed sepanjang masa. Tak macam saya. Wehehe..

Bangun tidur, Mr.Bee akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3. Kemudian, dia akan menggunakan Freshen Formula 3 lalu diikuti pula dengan Hydrate Formula 3. Kalau nak keluar rumah, selepas menggunakan Hydrate Formula 3, Mr.Bee akan menggunakan Sunscreen.

Pada waktu malam, Mr.Bee akan mencuci muka menggunakan Cleanse Formula 3, diikuti dengan Mask Formula 3 selama 10 minit (2 Kali seminggu). Kemudian, Mr.Bee akan menggunakan Freshen Formula 3 lalu diikuti dengan Hydrate Formula 2.

Penambahan produk penjagaan kulit Mary Kay

Selepas 6 bulan kami menggunakan Botanical Effect dan kami merasa kulit sudah semakin baik dan sihat, kami mula menambah produk penjagaan kulit dari Mary Kay iaitu Melacep Plus Ultimate Serum.

Untuk permulaan, kami mencuba Melacep Plus Ultimate Serum dulu. Bila dah dirasakan sesuai nanti, mungkin tahun depan, barulaa mencuba pula set Melacep atau Timewise dan produk Mary Kay untuk mata dan sebagainya.

Tak boleh nak cuba sesuatu produk kulit semua sekaligus. Pastikan dulu kulit sesuai atapun tidak. Kadang kadang, yang sesuai dengan kulit kita pun ambil masa. Perlu bersabar.Kalau kesan yang cepat sangat tu, risau kulit terkejut. Lain pula jadinya.

P/S : Produk Mary Kay termasuklah Skin Care Botanical Effect ni adalah berasaskan dari botanikal dan mineral (Semulajadi) sebab tu laa ia sesuai untuk dijadikan produk permulaan bagi memulihkan kulit sebelum menggunakan produk Mary Kay yang lain agar kulit tak terkejut. Lagipun, jika nak lebih berkesan ketika menggunakan produk Mary Kay yang lain, seperti TimeWise dan Melacep, kena singkirkan dulu bahan atau kotoran daripada produk lain yang pernah kita digunakan sebelum ni. Lagipun, ia juga mengelakkan kita dari berlakunya pembaziran lantaran keberkesanan yang terlalu lambat.


Terima kasih sebab membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork.


Share:

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semalam, 26 Disember 2017, saya dan Mr.Bee menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 3 tahun. Pejam celik pejam celik je dah tiga tahun usia perkahwinan kitorang. Kalau kira sejak berkenalan sebenarnya dah lima tahun kitorang bersama susah senang, gembira sedih, dan ketawa menangis. Boleh ke entri saya bertajuk "Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun" untuk baca macam mana kitorang kenal. Tak lama sangat berkawan kitorang dah bertunang. Kitorang sambut kat Wilayah Persekutuan Labuan je tahun ni. Sebab anniversary tahun tahun lepas dah kat Kota Kinabalu. Kali ni nak sambut anniversary perkahwinan ringkas tapi bermakna!

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Sempena Anniversary ke 3 ni, kami pilih tema warna maroon untuk baju sedondon. Cadangan nak pakai sedondon on Anniversary ni confirm sure la saya. Wahahaha...Tapi, warna maroon tu Mr.Bee yang pilih. Warna kegemaran dia. Baju t-shirt couple je. Bukan outfit nak berfesyen. Wehehe.. saya ni agak ke-boyish-an sedikit. Suka pakai kasut.Jarang korang nampak saya pakai pakaian ke-ladies-an atau ke-feminin-an tu (Hancur tatabahasa). Wahaha.. Tambah tambah saya tak bekerja jadi kalau pergi majlis tertentu je laa saya pakai baju jenis macam tu. Pakai kasut tinggi pun boleh kira la berapa kali setahun saya pakai. Macam susah je nak bergerak. Saya rasa macam kurang pantas...atau perasaan saya je macam tu. Wehehe...

Baju couple yang kitorang pakai sempena Anniversary ke 3 tahun ni dari Bajupanas.Tee.. Boleh baca entri bertajuk "Baju Couples Dari Bajupanas.Tee".

Walaupun sebelum kami bertunang dulu banyak luangkan masa kat Kota Kinabalu, tapi perkenalan kami bermula di Wilayah Persekutuan Labuan. Jadi.. kami nak 'belayar' semula ke tempat tempat yang ada kisah cinta kami berdua. Vvaaah!

Lokasi kegemaran sebelum dan selepas bertunang

Sebenarnya ada banyak tempat kegemaran kitorang kat Labuan ni. Tapi dalam masa satu hari tak cukup masa nak pergi ke semua tempat. Antara yang saya dan Mr.Bee pergi adalah McDonald sebagai tempat temu janji kitorang yang pertama. Dulu memang McD adalah tempat makan yang kerap kitorang pergi bukan sahaja di Labuan tapi kat Kota Kinabalu. Bila kami dapati berat badan semakin naik sebab banyak makan makanan sedap dan manis manis, kami mula amalkan makanan sihat dan bersenam. Jarang jarang layan McD kecuali cheat day di hujung minggu. Dua tempat lagi yang sempat kami pergi semalam adalah Dataran Labuan dan Pancur Hitam Labuan.

Tempat kegemaran kami yang sangat sangat ketara adalah Kompleks sukan Air Labuan tapi masa memang mencemburui kami berdua. Wahaha.. so tak pergi laa semalam. Walau pun begitu, beberapa hari sebelum tarikh anniversary kitorang, kitorang ada juga melawat tempat tu. So, tu kira sebagai hari recall moment dulu dulu la juga kann... Tehee.

McDonalds, Lapangan Terbang Labuan (Pertama kali berjumpa)

Beberapa lama selepas berkenalan, kami berjumpa di McDonalds, Lapangan Terbang Labuan. McD, Labuan ni laa tempat pertama kami berjumpa face to face. Wehehehe... Masa tu, kami jumpa waktu pagi. Jadi makanan yang diorder adalah makanan untuk breakfast. Hari ni, kami pergi McD order burger kegemaran masing masing. Burger saya ialah GCB manakala Mr.Bee burger double cheese.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Masa kami ke McD semalam, terkejut sekejap sebab McD Labuan dah berubah wajah. Beberapa minggu yang lepas, memang kami nampak McD sedang renovate. Tapi tak tahu pula renovate sebab nak tambah McCafe! YyeahH! Nampaknya, kalau nak minum minuman McCafe, tak perlu dah tunggu bila berada di Kota Kinabalu. Kat Labuan pun boleh layan McCafe sampai pagi buta!

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


So, gambar kami berdua kat McD jauh beza sangat dengan gambar masa pertama kali berjumpa. Wahahaha... Sebab McD dah tukar wajah baru. Lebih cantik laa berbanding sebelum ni tapi agak sempit sedikit.

Dataran Labuan (Hadiah Hari Lahir Pertama dari Mr.Bee)

Kat Dataran Labuan, kitorang jumpa kat sini borak borak sambil tengok orang berlatih main bola sepak kat padang. Pemandangan kat situ bagi saya best juga. Nampak Ujana Kewangan dan beberapa bangunan yang lain. Kami bukan peminat bola sepak tapi saja nak lepak kat situ. Tehee. Psstt...kalau jalan jalan kat Dataran Labuan, jangan lupa pakai produk penjagaan kulit terutamanya produk sunscreen atau sunblog. Tambah tambah kalau nak berlama lama kat kawasan macam ni.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Kat sini laa tempat pertama kali saya dapat  3 hadiah hari lahir dari Mr.Bee. Hadiah kegemaran saya pula tuu! HEADSET! sebab saya suka dengar lagu. Hadiah kedua, Mr.Bee hadiahkan buku Cashflow Quadrant yang ditulis oleh Robert Kiyosaki supaya saya menambah ilmu mengenai kewangan dan bisnes katanya. Hadiah ketiga pula adalah keychain glow in the dark yang tertulis tarikh lahir saya. HEADSET , buku dan keychain tu saya masih simpan sampai sekarang.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Semalam, kitorang jalan jalan sekitar Dataran Labuan dan lepak sambil tengok orang main bola juga.. Yang berubah cuma warna tempat duduk. Di cat dengan warna bendera Labuan. Perubahan yang lain, bangunan Labuan Square dah siap. Kalau dulu, belum siap. Dan ada penambahan baru iaitu ada restoren kabin berhampiran Dataran Labuan. Malah ada food truck yang selalu setia menunggu pelanggan kat kawasan Dataran Labuan. Buat masa ni, kitorang tak pernah lagi masuk kat restoren Kabin tu sejak dibuka tahun lepas. Wehehe... In Shaa Allah suatu hari nanti kalau ada mood nak mencuba western food kat situ.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Kitorang jalan jalan sampai keliling Dataran tu sambil ambil foto banyak banyak. VvaaahH!

Pancur Hitam, Labuan.

Kat pancur Hitam, Labuan ni adalah tempat kitorang selalu piknik. Dulu, bukan hujung minggu pun kitorang piknik buat BBQ. Wahahaha... Rasa macam orang gila pun ada sebab orang piknik hujung minggu.. kitorang pula piknik hari biasa. Kejap BBQ ayam, kejap BBQ ikan... kadang kadang BBQ jagung..pelbagai makanan dah dijadikan mangsa. Kami buka tikar kat tepi pokok, duduk kat atas tikar tu makan. Lepas makan, baca buku.. penat baca buku, main game Clash of Clan dan POU. Rasanya, kucing yang ada kat kawasan tu pun dah kenal kitorang.. ToEeng!

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Jadi, semalam sempat juga jalan jalan sekejap kat kawasan situ tapi tak piknik laa.. Tehee... Sebab tak cukup masa. Kitorang nak ke bandar juga. Sejak dua menjak ni kerap sangat hujan. So, kawasan kitorang selalu piknik ni ada kerosakan sikit seperti pokok tumbang dan pasir pantai naik ke darat. Jadi, air yang bertakung kat situ, bukan sahaja air hujan tapi air masin dari laut. Huhu...

Makan Kek Anniversary ke 3 tahun

Tahun ni, tak order kek siap siap. Sebab pernah 1 kali, semasa birthday Mr.Bee, saya order kek dengan design yang dipersetujui oleh tukang buat kek. Dia kata boleh buat tapi nampaknya cakap tak serupa bikin. Jadi, agak serik nak tempah kat situ. Kek tak setimpal dengan harga. Tempat lain yang best belum tahu lagi kat mana. Di sebabkan tak menempah kek, kitorang bebas masuk ke kedai yang menjual kek kat Labuan.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Mr.Bee pilih kedai makan Olive untuk mencari kek sebab kebetulan kami belum pernah makan kek kat situ. So, ini adalah peluang kitorang nak merasa kek kat Olive. Kitorang pilih kek slice je sebab takut tak habis kalau beli yang belum potong. Perut masih kenyang dengan burger McDonalds lagi. Wehehehe.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Kitorang pilih 3 jenis kek, Nutela, Oreo dan...uhrmm tak ingat laa.. Wahaha.. Tak sangka pula kat Olive boleh request special sikit walaupun just order kek slice. Boleh tulis "Happy Anniversary 3rd Sofinazz"... Malah, diorang siap letak lilin. Eehh! Malu pula rasanya..ToEeng! Siap tolong ambilkan foto kitorang berdua. Nanti nak masuk makan kat sini lagi. Nak try makan makanan western kat Olive dan nak duduk kat ruang makan yang lain. Tempat yang kitorang duduk ni kat depan kaunter. Tu yang malu malu kucing dibuatnya.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin

Bila sebut pasal kucing, Makan kek dan layan Green Tea Latte dalam restoren/cafe Olive sambil berborak dalam tu, kami sempat menyaksikan adegan staff Olive bermain dan bercakap cakap dengan seekor kucing kat luar Olive. Wahahaha... Kelakar tapi bagi saya sweet sangat... Masa kitorang keluar dari Olive selepas selesai makan kek, kucing tu ada tegur kitorang. Kalau laa haiwan boleh bercakap, agaknya dia kata "Weh! Tak belanja saya kek ke?!" sebab sepanjang kitorang makan kek kat dalam tu, kucing tu dok perati kitorang je. Warna kucing tu sama betul dengan musuh Si Chokey kat rumah. Mr.Bee kata, keturunan musuh Chokey berada di mana-mana nampaknya. Wehehe...

Makan Malam dengan Mommy Ayah

Waktu malam, kitorang dah penat jalan jalan tapi belum nak balik rumah. Mood masih nak lepak kat luar. Nak tengok wayang tak boleh sebab dah janji dengan Mr.Bee kena puasa movie sebab boleh tengok kat Kota Kinabalu untuk New Year 2018.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


So, saya pun ajak Mr.Bee makan malam dengan mommy ayah kat luar. Lagipun, memang ada niat nak ajak mommy dan ayah makan kat luar sebelum ni tapi masa belum sesuai..Bila Mr.Bee setuju, kitorang berempat pun pergi makan malam kat Restoren JJ Nazar yang baru. Sebelum ni saya ada cerita tentang Restoren JJ Nazar yang baru ni kat entry "Dah Makan di Restoren Baru JJ Nazar, WP.Labuan".

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


Mommy dan ayah order Nasi Goreng Ayam dan Milo kosong. Lama juga tak makan kat luar dengan Mommy Ayah. Makan kat rumah tak sama kan makan sama sama kat luar.

Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna - Sofinah Lamudin


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Baju Couples Dari Bajupanas.Tee

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari Selasa, 19 Disember 2017 ; Saya tempah baju couples dari Bajupanas.Tee. Mr.Bee belanja baju sedondon warna maroon untuk sambutan Anniversary perkahwinan kami ke 3 tahun. Boleh baca penulisan saya yang bertajuk, "Sambut Anniversary Perkahwinan Ringkas tetapi Bermakna" sambil tengok foto kitorang pakai baju couples dari Bajupanas.Tee dan boleh baca apa kitorang buat agar tarikh Anniversary kitorang tetap bermakna walaupun ringkas.. Tehee..



Warna Baju

Baju Couples dari Bajupanas.Tee yang kami tempah ni ada pilihan warna selain dari warna maroon. Kami pilih maroon sebab Mr.Bee suka warna maroon. Antara warna yang boleh dipilih adalah Biru Navy, Kelabu, Merah, Maroon, dan Hitam.

Baju Couples Dari Bajupanas.Tee - Sofinah Lamudin


Lengan Panjang atau Pendek

Kadang kadang susah nak cari baju couple yang lengan panjang kan? Hhaaah! Kalau kat Bajupanas.Tee ni, korang boleh je request untuk lengan panjang. Kalau saya dan Mr.Bee, memang akan tempah 1 lengan panjang dan 1 lagi lengan pendek. Mr.Bee punya lengan pendek manakala saya punya pula lengan panjang.Berkenaan saiz, ada saiz S hingga XL.

Printing

Baju couple dari Bajupanas.Tee ni, boleh request letak nama atau mungkin korang nak letak username instagram atau sebagainya pun boleh. Saya dan Mr.Bee pilih King dan Queen tanpa nama sebab nak ringkas. Ada juga pasangan yang letak tarikh tertentu. Contohnya, tarikh anniversary kitorang 26 Disember 2017, jadi..letak laa tarikh tersebut kat baju tu tanda sempena ulang tahun perkahwinan. Kalau nak lebih kreatif, letak laa nombor besar. Contohnya, nombor 3 sebab anniversary kami adalah yang ke 3 tahun.

Jika korang nak sedondon dengan semua ahli keluarga termasuk anak anak pun boleh kat Bajupanas.Tee. Contohnya, baju korang mungkin korang nak printing King dan Queen. Anak lelaki korang boleh la print Prince dan Princess bagi anak perempuan. Ada juga yang buat tulisan Daddy, Mommy, Son dan Daughter.

Keselesaan Kain & Kekemasan Printing

Mengenai keselesaan kain t-shirt ni, memang selesa dan tak panas walaupun nama instagram diorang ni Bajupanas.Tee. Wahaha... Diorang ni ada menjual baju panas juga sebenarnya. Tentang printing, saya dan Mr.Bee berpuas hati sebab kemas dan memang jenis yang tahan lama. Bukan jenis yang baru cuci sekali dah tertanggal printing baju tersebut. Kalau kes macam ni, boleh depresi dibuatnya. Wahaha.. Yelaa..rugikan macam tu?. So, beli kat Bajupanas.Tee memang berbaloi dengan harga.

Khidmat Penghantaran

Selepas saya tempah baju ni pada hari selasa,19 Disember 2017... Pada hari rabu sudah pun dihantar oleh pihak Bajupanas.Tee... Khidmat penghantaran Bajupanas.Tee ni memang bagus dan pantas. Kalau kat tempat saya, Wilayah Persekutuan Labuan... ambil masa 3 hari baru sampai. So, Hari jumaat berikutnya..Pejabat Pos pun hantar pesanan ringkas bagi tahu barang dah sampai. Hhaaah! Sekejap je dah sampai. Tapi hari Sabtu baru saya pickup kat Pejabat Pos sebab Jumaat saya sibuk. Tehee.

Harga

Harga baju yang kitorang tempah dari Bajupanas.Tee ni murah je. Lengan panjang RM30 manakala lengan pendek RM25. Jumlah semua termasuk kos penghantaran adalah RM65.

Selepas cuba t-shirt ni, kitorang rasa selesa dan berpuas hati sampai Mr.Bee kata, dia suka dan nak tempah lagi di masa depan. Jadi...kalau korang sedang mencari hadiah untuk pasangan atau nak bergaya dengan baju sedondon, boleh laa hubungi BAJUPANAS.TEE!

Whatsapp : 017-2150890


Terima kasih membaca entri ni. Jom bergaya dengan baju couples dari Bajupanas.Tee! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: