Apa Itu Metafizik? | Apakah Maksud Metafizik? | Pengenalan Metafizik dan Kaitannya dengan Pernomboran (Numerologi)
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,Sebelum saya berkongsi apa itu metafizik, saya nak mengucapkan kepada semua peminat ilmu metafizik yang singgah ke blog saya dan mentelaah blog post saya mengenai ilmu metafizik pernomboran (Rahsia tarikh lahir dan nama). Begitu juga yang menghubungi saya secara terus di Instagram saya, @sofinah696 untuk bertanya beberapa soalan mengenai personaliti berdasarkan tarikh lahir dan nama mereka. Pelbagai soalan juga saya terima dan maaflah tidak semua saya boleh jawab walaupun saya membalas mesej tersebut. Hal ini kerana saya adalah salah seorang peminat ilmu metafizik pernomboran tetapi saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Saya juga ingin memberi klarifikasi bahawa saya bukanlah penasihat dalam bidang ini tetapi saya lebih kepada pengongsi pengetahuan ini di dalam blog personal saya berdasarkan hasil pembacaan saya semata mata.
Saya suka membaca ilmu metafizik pernomboran kerana saya suka mengetahui tentang hal hal yang berkaitan dengan personaliti individu dan diri sendiri. Oleh itu saya kongsikan di blog ini. Mungkin bermanfaat kepada pembaca dan pengunjung. OK! Tanpa ber basa basi banyak sangat, saya teruskan topik kita pada kali ini, iaitu apakah maksud metafizik dan apa sebenarnya metafizik?
Apa Itu Metafizik dan Apakah Maksudnya?
Metafizik merupakan ilmu yang sangat luas dan abstrak. Ia adalah ilmu di bawah cabang ilmu falsafah di mana ia adalah kajian mengenai sesuatu yang luar biasa, hal semulajadi yang berlaku dalam dunia realiti dan mengkaji sesuatu persoalan asas pada zaman kuno. Ia adalah satu ilmu yang mengkaji sesuatu untuk dirungkai seperti bagaimana sesuatu itu boleh terjadi, apakah yang menjadikan sesuatu? atau mengkaji sesuatu hal yang tidak boleh berubah. Sebagai contohnya, kajian mengenai apakah hubungan antara minda atau akal dengan tubuh badan atau fizikal.
Dengan erti kata lain, bidang ini membincangkan hal hal mengenai menjawab segala persoalan yang muncul pada zamannya. Termasuklah tentang ruang dan waktu. Uhrmm...atau lebih jelas kalau saya menggunakan ayat "Another Dimension" = Dimensi yang lain. Lapisan lain atau...YyeahhH! Contoh yang boleh difahami adalah ia seperti dalam filem Dr. Strange. Ingat tak guru kepada Dr. Strange yang digelar "Ancient One"? Macam mana dia jelaskan mengenai sesuatu di dimensi lain? Jadi, lebih kurang macam tu la.
Keluasan ilmu metafizik ni merangkumi hal hal ghaib, fenomena yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, sesuatu yang bukan biasa seperti aura, tenaga, frekuensi, gelombang dan banyak lagi. Agak sukar untuk memberikan maksud yang spesifik kerana ilmu ini terlalu luas.
Metafizik juga merupakan cabang utama dalam ilmu falsafah di mana ilmu ini sudah sekian lama dikaji oleh ramai tokoh falsafah dari sebelum masihi lagi. Pada zaman purba atau zaman kuno, Antara persoalan persoalan yang dikaji oleh tokoh falsafah pada zaman tersebut adalah;
- Adakah tuhan itu wujud?
- Apa itu kebenaran?
- Apa itu seseorang individu? Apa yang membuatkan individu itu tetap sama sepanjang masa?
- Adakah manusia mempunyai akal? Jika ada, apakah hubungan akal dengan tubuh badan?
- Adakah manusia mempunyai kemahuan (free will) - kebolehan untuk membuat keputusan untuk melakukan sesuatu sendiri tanpa dipengaruhi oleh hal hal luar ( Tiada sesiapa mengarahkan untuk melakukannya) atau kebebasan melakukan sesuatu.
Antara tokoh falsafah yang pakar dalam kajian metafizik ini adalah;
- Aristotle
- Pythagoras
- Socratic
- Plato
- Democritus
- ...dan banyak lagi.
...serta, ilmuan Islam yang membahaskan tentang metafizik ini, adalah;
- Al-Kindi
- Al-Ghazali
- Ibn Arabi
- Fakhr al-Din al-Razi
- Ibn Rushd
- ...dan banyak lagi.
Pada pendapat saya, ilmu metafizik ini akan berkembang mengikut aliran zaman dan mengikut kajian kajian yang bakal digali lagi oleh ilmuan terkini dan akan datang. Mungkin cara membahaskannya juga akan sejajar dengan cara mengikut aliran zaman tersebut.
Apakah Maksud Disebalik Perkataan METAFIZIK dan asal usulnya?
Berdasarkan sejarah metafizik, perkataan Metafizik berasal daripada dua patah perkataan dari bahasa Yunani. Ia adalah "META" dan "PHYSICS". Yang membawa maksud kepada sesuatu atau disebalik sesuatu kejadian = "After or behind or among or the study of the natural".
Terdapat 14 buah buku hasil kerja Aristotle dan perkataan tersebut diperolehi dari hasil kerja tersebut. Kesemua buku tersebut dijadikan satu koleksi buku Aristotle dan di namakan sebagai "Ta meta ta phusika" dan kini dikenali sebagai "ARISTOTLE'S METAPHYSICS".
Apakah kaitan Metafizik dan Pernomboran (Numerologi)?
Pernomboran (Numerologi) adalah kajian dan analisis mengenai nombor yang berkaitan dengan idea, peristiwa dan sesuatu mengenai kiraan metamatik yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian alam. Di mana dipercayai bahawa setiap kejadian alam ada kaitan dengan nombor. Pernomboran (Numerologi) ini juga dikenali sebagai ilmu analisis dan pengiraan mengenai personaliti seseorang individu berdasarkan tarikh lahir, dan nama. Setiap nama seseorang itu mempunyai nilai nombor dan mempunyai maksud.
Pythagoras dan ahli falsafah yang lain percaya bahawa konsep matematik adalah sesuatu yang pratikal dan sangat mudah untuk menjelaskan sesuatu kejadian menggunakan nombor dan kiraan atau corak dan pola pernomboran. Pada pendapat Pythagoras, dia percaya bahawa semua hal ada hubung kait dengan angka dan terserah kepada minda dan pemikiran untuk mencari dan menyelidik rahsia disebaliknya.
Mungkin, disebabkan kajian pernomboran ini adalah dikaji oleh ahli falsafah yang mengkaji ilmu metafizik, maka ia sering dikaitkan dengan metafizik.
Kajian mengenai corak dan pola nombor ini lebih sering (kerap) dikaitkan dengan bidang astrologi (Seperti tilikan masa depan, mistik atau paranormal). Hal ini kerana konsep numerologi ini telah ditolak pada zamannya (Tidak diiktiraf) kerana dipercayai bersifat paranormal dan sihir, sama seperti astrologi yang tidak jelas adakah ia benar dibawah cabang metafizik?
Pada pendapat saya sendiri, terjadinya penolakkan mengenai kiraan matematik (analisis pernomboran) yang dikaitkan dengan alam ini kerana maksud disebalik nombor itu bersifat tidak wujud atau tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sama dengan sifat alam ghaib dan ilmu sihir. Atau mungkin, walaupun nombor adalah sesuatu yang logik tetapi jika dikaitkan dengan kejadian alam, tenaga dan aura atau dimensi yang lain, ia tidak dapat diterima akal pada zaman tersebut. Bukan sahaja pada zaman tersebut tetapi juga pada hari ini.
Walaupun tidak disahihkan dan tidak ditulis secara spesifik bahawa numerologi adalah dibawah cabang ilmu metafizik tetapi numerologi tetap dilihat sebagai sebahagian dari ilmu metafizik atas sifatnya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Memang ramai masyarakat yang skeptik dengan numerologi kerana dikhuatiri ia adalah sesuatu yang tahyul. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa kajian yang dibuktikan benar yang kelihatan berkaitan dengan numerologi. Contohnya, eksperimen oleh al-kimia Arab, Jabir Ibn Hayyan. Begitu juga dengan karya oleh Sir Thomas Browne's pada tahun 1658. Selain itu, ada juga sebahagian ulama' yang menggunakan ilmu pernomboran ini untuk ikhtiar rawatan.
Hal ini mungkin juga dikuatiri akan berlaku kekufuran dan ia mungkin boleh memudaratkan kepada mereka yang tersalahfaham mengenai ilmu pernomboran ini di mana mereka percaya asbab kesembuhan atau kejayaan itu adalah dari nombor tersebut bukan dari Tuhan sedangkan ilmu pernomboran itu adalah datangnya dari Tuhan. Kesembuhan, kejayaan dan punca rezeki itu datangnya dari Tuhan.
Pada zaman moden, numerologi mempunyai pelbagai pendekatan dari segi pengenalannya. Ia telah berkembang mengikut zaman oleh mereka yang mengkajinya. Agak sukar untuk mengelar mereka yang mengkaji atau mengamalkan numerologi sebagai ahli numerologi kerana perkataan "ahli numerologi" tidak ada dicatatkan pada atau sebelum abad ke 1907. Walau bagaimanapun, istilah "ahli numerologi" boleh digunakan untuk mereka yang meletakkan kepercayaan mereka kepada corak dan pola pernomboran walaupun mereka tidaklah mengamalkan konsep numerologi tradisional.
Sebagai contohnya, di dalam buku yang berjudul "Numerology : Or What Pythagoras Wrought" pada tahun 1997, ditulis oleh Underwood Dudley telah menggunakan istilah "Ahli Numerologi" kepada mereka yang mempraktikkan Prinsip Gelombang Elliott dalam pasaran saham bagi menganalisis corak harga dalam saham.
Pada pendapat peribadi saya, menggunakan teknik analisis teknikal berdasarkan Prinsip Gelombang Elliott dalam pasaran pertukaran mata wang juga boleh dikatakan kebanyakkannya tepat dan boleh membuat keuntungan. Tetapi, dengan syarat, penggunanya perlulah sabar kerana ia memerlukan kesanggupan dalam menunggu waktu yang tepat untuk membuka sebarang transaksi membeli atau menjual. Ia kembali kepada psikologi pedagang itu sendiri.
Begitulah sedikit sebanyak penjelasan mengenai Metafizik dan Pernomboran (Numerologi) yang saya boleh kongsikan di sini. Jadi, selepas membaca pengenalan ini, apakah pendapat korang? Apa yang korang fikirkan? Jangan segan dan kongsikan komen dan pendapat korang di ruangan komen di bawah, OK!
Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!
Semoga Bermanfaat.
Semoga Bermanfaat.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism
Follow my blog with Bloglovin 💋
Rujukan : Wikipedia, Unikversiti, Serenamaklong, Britannica, Plato.Stanford.Edu, Ilmu Falsafah, Muftiwp.
Rujukan : Wikipedia, Unikversiti, Serenamaklong, Britannica, Plato.Stanford.Edu, Ilmu Falsafah, Muftiwp.
7 Kata-kata Dari Teman:
Pening tau kalau asyik dok fikir pasal metafizik ni. Tak berkesudahan memikir.
Terima kasih atas perkongsian. Alhamdulillah dapat ilmu baru 😁
Hehehe... jangan banyak fikir sangat AI. Metafizik ni ada part dia tak boleh kita belajar dalam2 juga.
sama sama sis Umi Nazrah... Semoga bermanfaat.
Ilmu nombor metafizik ini adalah termasuk dalam ilmu syirik dan haram diamalkan. Ia termasuk syirik tathayyur (anggapan sial) yang berlaku pada zaman Jahiliyyah, yang dibanteras oleh Nabi Muhammad SAW. Nombor metafizik ini bercanggah dengan aqidah Islam, dan telah ada jawapan fatwa daripada Mufti mengenai penyelewenga perkara ini.
Ya betul. Salah satu rujukan hasil penulisan artikel ini juga dari website Muftiwp. Pembaca boleh ke laman web Muftiwp sendiri untuk maklumat lanjut.
Boleh membawa kesesatan kalau basic ilmu aqidah tak ada, baik ditimggalkam dan belajar ilmu Aqidah yang fardhu ain ke atas setiap muslim.
Catat Ulasan