SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 26 Januari 2020

Wanita Yang Melawan Penindasan Dengan Kalimah Kebenaran dan Keimanan

Wanita Yang Melawan Penindasan Dengan Kalimah Kebenaran dan Keimanan

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hari ini kita cuba renungkan sedikit (hanya sedikit) dari kisah isteri Firaun pada zaman nabi musa, iaitu Asiyah binti Mazaahim.

Cebisan kisah dari kisah keseluruhan Asiyah R.A ini terdapat satu teladan yang berguna untuk semua orang mukmin dan mukminah contohi / boleh dijadikan ikutan.

Sesungguhnya Allah telah memuji Asiyah R.A. Allah S.W.T berfirman:

At-Tahriim 66:11

Asiyah mendedahkan tentang keimanannya kepada Allah, menolak Firaun sebagai Tuhan, dan berkata bahawa dia tidak kisah apa akan terjadi kepada dirinya kelak. Terkejut dengan pendedahan tersebut, Firaun mengarahkan tenteranya untuk menyeksa Asiyah di padang pasir, membiarkan dia kelaparan, dan menanggalkan pakaiannya.

Beliau diseksa dengan teruk, namun keimanannya langsung tidak goyah. Firaun mengarahkan tenteranya untuk mencari sebuah batu besar. Sekiranya Asiyah berkeras dengan perndiriannya yang enggan mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka batu tersebut akan dilontar kepadanya sehingga dia meninggal dunia. Jika tidak, nyawanya di dunia ini akan terselamat. Pengakhiran kisah Asiyah, dia meninggal dunia masih dengan pendiriannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.

Sedangkan Asiyah adalah seorang Ratu di samping Firaun pun beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, maka kita sebagai orang biasa harus turut beriman dengan teguh kepada Allah. Asiyah pernah hidup dengan kemewahan yang tidak dapat kita bayangkan, namun dia tahu bahawa kekayaan dunia tidak kekal berbanding pengakhiran di akhirat kelak.

Sumber : islamhashtag.com , whyislam.org, aboutislam.net, iluminasi.com

Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini bagi pendapat saya. *Mohon tegur jika terdapatnya kesilapan dalam pendapat saya ini, di ruang komen artikel ini.

Dunia Hanyalah Sementara, Akhirat Satu Satunya Yang Kekal dan Abadi

Janganlah merungut dengan segala kekurangan dan ujian kita di dunia serta tidak tercapainya cita cita yang kita idamkan di dunia ini. Sedangkan Asiyah R.A yang hidupnya mewah, kaya raya tiada bandingannya, hidup dalam istana yang penuh dengan perhiasan dan ramai pelayan yang boleh melayan semua keperluannya tetap pendiriannya memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik disisi Tuhan. Jangan lah bersedih dunia ini hanya sementara. Kuatlah berusaha untuk yang abadi.

Tidak Ada Salahnya Kita Ada Kaitan Dengan Mereka Yang Non-Muslim Di Zaman Moden Ini

Selagi tidak mudarat atau terjejas iman, tetaplah berbaik baik dengan mereka yang bukan Islam. Islam tidak pernah mengajar kita untuk sombong, berlagak dan zalim. Namun, tetaplah kita wajib jauhkanlah diri dari mereka yang boleh membuat kita lupa dan jauh dari Allah kerana kebanyakkannya lebih suka memuja hal hal duniawi.

Tetapkan Pendirian, jangan goyah!

Belajarlah tetap pendirian dengan hal hal yang benar terutamanya berkaitan dengan agama Islam.

Tiada daya untuk menghindarkan dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T.

Banyak lagi pengajaran disebalik kisah Asiyah. Hari ini kita peringatkan diri sendiri untuk satu ini dulu. Jangan terlalu bersedih kerana dunia hanya sementara. Itulah tujuannya kita di dunia. Diuji untuk mendapat ganjaran Allah (Pahala). Yang kekal dan yang abadi.

Semoga Allah S.W.T memberikan kita semua kekuatan untuk berjuang dalam keimanan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Akhirnya, dah tiba masanya saya memperkenalkan READING SECTION kepada semua rakan bloggers dan pembaca blog saya.

Senarai Blogger Dalam Malaysia
https://readingsections.blogspot.com/

Pada tahun 2017, saya telah membuat group Facebook yang diberikan nama "Reading Section" untuk tujuan penulis blog mengongsikan blog diorang di group tersebut agar saya tidak perlu ke group blog yang lain untuk saya blog walking. Jika saya ingin blog walking, saya akan buka group FB Reading Section untuk saya singgah ke blog rakan blogger yang sudi mengongsikan artikel terbaru diorang di group tersebut.

Logo Reading Section


Saya aktif dengan group tersebut dan dapat membantu saya aktif blog walking juga selama setahun selepas saya created group FB ni. Tapi, tahun 2019 saya "terkandas" pula. Hhahaha... That's mean saya memang tak ada buat blog walking langsung tahun 2019 tu (Kalau ada pun mungkin dua tiga buah blog sahaja).

Tapi, walaupun saya "terkandas" sampai terjelepok, saya cuba bangkit walaupun payah. Nak buat blog walking ala ala membaca buku berjam jam memang saya payah laa tahun 2019.. Tapi, sempat lah saya bina blog khas untuk READING SECTION ni sedikit demi sedikit. Walaupun templates blog ni percuma dari internet, bukan saya yang design 100% tapi, nak baca HTML dan tukar warna tu memenatkan juga laa bagi saya. So, saya hanya mampu buat sikit sikit laa...

Akhirnya, siap juga di hujung tahun 2019. Rupa bentuknya 100% yang saya inginkan setelah saya tukar sana sini dari rupa template yang asal. Tapi, kalau nak design yang lebih gempak tu tak dapat laa. Tehee...

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Sebenarnya, saya bina blog READING SECTION ni akibat ter-inspirasi-kan oleh sebuah blog yang hanya mengenai blog orang lain sahaja di dalamnya. Tapi, saya dah terlupa apa nama domain blog tu. Siapa tuan empunya blog tu pun saya tak tahu. Sebab dia lebih suka jadi unknown. Dalam blog tu, dia hanya letakkan bloglist. Tak ada posting. Katanya, tu adalah laman khas untuk memudahkan dia blog walking ke blog blog yang dia sudah masukkan ke dalam bloglist.

Menurut saya, idea dia sama dengan saya cuma platform dan cara sahaja yang berbeza. Saya membuat group FB untuk saya blog walking. Tetapi dia membuat blog khas untuk bloglist untuk dia blog walking.

Bila saya fikirkan semula, ada baiknya saya buat macam tu juga. Sebabnya, blog walking melalui FB, saya bakal hilang fokus. Malah ia pernah terjadi berkali kali.Waahahaha... Saya ni mempunyai 196887515498795214687 perkara distraction dalam kepala. Tak boleh blog walking dari FB, sebab FB ada notification, FB ada home, FB ada banyaaaakkkk posting yang pelbagai. Macam mana kalau tiba tiba, kat FB saya nampak hal hal yang tidak sepatutnya? Contoh, kucing mati dikerat. Korang tahu tak? Saya bakal memikirkan hal tu sampai seminggu lamanya dan blog walking, blogging, reading dan semua kerja saya terbantut sepanjang situasi itu berlangsung. Hhuhuhu!

Since blog tidak mempunyai banyak function seperti FB, maka...saya memilih untuk create blog khas READING SECTION. Untuk memulakan bloglist, memanglah, saya kena cari dari FB juga walaupun ada cara lain nak cari blog orang tapi jangan risau, selepas selesai mendapatkan list blog, saya tidak akan membuka FB sepanjang masa blog walking. Jadi saya boleh fokus. Selesai membuat bloglist dalam blog Reading Section, saya hanya tinggal ke blog khas tersebut untuk proses blog walking.

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Tapi laman Reading Section saya ada posting artikel. Bukan setakat ada bloglist. Tapi, artikel ringkas sahaja la. Artikel ulasan mengenai blog orang lain yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain pula.

Selain dari group FB, saya ada juga menyediakan Channel Telegram Reading Section. Bloggers dan Readers dijemput untuk menyertai channel tersebut bagi yang nak mendapatkan update terbaru (artikel terbaru) daripada bloggers yang automatik update di channel tersebut. Tujuan channel group telegram ini adalah untuk memudahkan korang yang suka membaca blog / blog walking melalui smartphone.

Mengapa penulis blog perlu Blog walking ke blog penulis blog lain?

Membaca

Sebagai penulis blog, kita bukan sahaja perlu menulis tetapi kita perlu membaca.

Blog walking ni sama konsep macam membaca buku digital. Bezanya apa yang dibaca adalah artikel bukan buku yang halamannya beratus.

Bagi saya, setiap blog ada keistimewaannya. Setiap blog ada pengajaran, ada ilmu, ada informasi dan sebagainya. Sama macam buku. Tinggal kita yang memilih blog jenis apa yang kita nak baca. Tidak semua orang ada banyak masa membaca buku yang tebal, jadi, blog adalah salah satu sumber bahan bacaan yang baik dan ringkas untuk zaman sekarang mendapatkan info,tips, ilmu, cerita dan pengajaran. Mengapa sesuai untuk zaman sekarang? Sekarang zaman gadjet. Hampir 100% manusia menggunakan smartphone. Alhamdulillah belum ada lagi kucing yang menggunakan smartphone. Ehh? Tehee.

Jadi, sudah semakin mudah untuk kita membuat blog walking sekarang. Dah tak perlu ke Cyber Cafe. Tak perlu buka komputer untuk mendapatkan bahan bacaan.

Blog walking sama seperti kita membaca bahan bacaan yang lain (News paper, buku fizikal dan risalah). Membaca kan amalan mulia. Tehee. Semoga blog yang kita baca bermanfaat untuk kita semua.

Idea dan Pengetahuan

Setiap blogger, lain caranya. Lain juga pemikiran dan pendapatnya. Ada yang kreatif, ada yang tajam pengetahuannya, ada yang logik kata katanya. Ada yang menjadi refleksi kepada diri kita yang membaca. Ada ceria ada yang serius. Ada yang santai, ada yang baku.

Semestinya wujud blogger yang pakar dalam bidang tertentu dan diorang olahkan dalam bentuk penulisan setiap kepakaran diorang. Dan kita sebagai pembaca blog diorang, kita mula mengetahui sesuatu.

Melalui pembacaan kita dari blog orang lain, kita dapat melihat ragam, pengalaman dan cara orang lain. Kita belajar dari diorang dan akhirnya kita mendapat idea atau ilham daripada diorang.

Menyokong

Sebagai penulis blog, saya mengerti perasaan blogger yang sedang mendapatkan pembaca. Ya betul, segelintir diorang menulis kerana mahukan pendapatan. Itu lah yang mengukur kita blog walking kerana ikhlas atau inginkan balasan.

Ini cara yang mudah untuk kita belajar dan berlatih menjadi seorang manusia yang mahu membuat kebaikan. Selain daripada membaca adalah bermanfaat kepada kita, kita juga sudah membuat si penulis blog itu gembira kerana kita mengunjungi blog diorang. Kita sebagai pembaca blog, mendapat manfaat daripada penulisan diorang dan secara tidak langsung kita telah membuatkan diorang gembira kerana menerima pengunjung/pembaca -- Itu maksudnya sudah berlaku proses give and take secara tidak kita sedari.

Sebagai blogger, gembirakan lah blogger lain. Bacalah tulisannya, fahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Punca blogger yang meninggalkan blog adalah kerana diorang merasa tiada sesiapa suka akan tulisannya dengan memberikan alasan tidak ada masa blogging. Bagaimana jika ada yang memberikan mereka semangat dan menyokong untuk diorang menulis? Diorang pasti akan terus blogging.

Hal ini kelihatan remeh kan? Tetapi itulah hakikatnya. Hal yang remeh inilah juga yang membuatkan orang lain boleh tersenyum. Tinggalkanlah komen, diorang pasti sangat gembira. Tiada komen? juga tetap membuat diorang gembira kerana 1 viewer besar nilainya bagi diorang.

Jangan difikirkan diorang menulis bakal mendapat pendapatan hasil daripada kunjungan kita. Tahukah korang, itu sama seperti kita sedang memberi? memberi tidak semestinya kita menghulurkan wang ringgit kepadanya secara direct. Tetapi, dengan cara mengunjungi blog diorang, diorang akan memperolehi pendapatan dari kunjungan kita. Walaupun nilainya sedikit masih memberi namanya. Biarlah kerana kunjungan kita ke blog diorang, diorang happy. Biarlah kita ke blog diorang, diorang mendapat viewer dan income. Sebab, kita belum tentu mampu membantu diorang dengan cara yang lain. Kalau rasa kisah diorang, tulisan diorang bermanfaat, sebarkan. Kongsikan di laman sosial kita. Itulah tujuannya kita membaca dan mengetahui info dan ilmu baru. Untuk kita kongsikan. Bukan untuk kita sendirian mengetahuinya. Hambar.

Silaturrahim

Sebagai blogger, adalah lumrah mencari rakan, teman, kawan yang sama minat -- iaitu blogger. Kenapa? Sebab kita mahu bersembang hal dan topik yang sama.

Kita sebagai blogger, kita sebenarnya beruntung kerana kita boleh bergaul secara online dan offline. Walaupun sejujurnya saya sendiri tidak pernah bergaul dengan blogger lain secara offline (bersemuka) kecuali di zaman blogger masih menjadikan Blogspot sebagai platform menulis diary. Sekarang masih juga ada blogger yang menggunakan blogspot sebagai diary dan journal harian. Tapi dah semakin berkurangan. Actually, saya suka baca type blog yang macam ni. Ia lebih deep untuk kita berkawan. Lebih memahami si penulis.

Zaman sekarang, blogger sudah berevolusi menjadi sebahagian dari platform advertising, influencing dan marketing. Walaupun tidak semua berfungsi seperti itu tapi itu lah yang berlaku sedikit sebanyak dalam dunia blogging. Zaman dulu bukan lah tak ada, cuma bilangannya sedikit. Sekarang kebanyakkannya bukan lagi diary.

Walaupun begitu, saya tetap suka kedua dua nya. Saya suka semua niche blog yang mereka usahakan. Tanpa variasi dan ragam, maka tiada lah pengetahuan dan pembelajaran. Dan tiadalah perbezaan personaliti dan character di antara penulis blog. Tanpa perbezaan personaliti, dunia blogging pasti akan jadi membosankan.

Mengapa laman Reading Section bukan sahaja untuk blogger tetapi juga untuk reader?

Nama pun reader (pembaca). Pembaca biasanya suka membaca. Jadi, saya dedikasikan laman Reading Section ni untuk pembaca juga. In Shaa Allah ada yang bermanfaat di blog yang saya senaraikan dalam laman ni.

Mungkin genre yang pembaca blog suka. Penulis blog mungkin tidaklah sama seperti penulis buku di mana mereka telah menerbitkan buku. Tetapi, saya percaya, penulis blog juga ada mesej, pelajaran, ilmu dan kisah bermanfaat (berdasarkan pembacaan diorang juga).

Dan ramai dalam kalangan blogger suka membuat review buku yang mereka pernah baca di dalam blog peribadi mereka.

Jadi, laman Reading Section a.k.a RS ni bakal saya mula isikan artikel ringkasnya pada bulan Februari 2020. Bulan Januari saya sibuk membaca buku dan mencari blog yang bakal saya tulis di laman RS. 10 blog akan saya tuliskan di dalam laman RS pada bulan Februari 2020 nanti.

Jika korang sedang membaca artikel ni, mohon kongsikan ke laman sosial korang. Dan ajak rakan korang untuk memberikan saya URL/Link blog masing masing ke ruangan komen artikel ini sebab saya bakal menjadikan blog diorang salah satu blog yang tersenarai di dalam laman RS...Saya tak main main ni. VvaawaahhHHHH!

Terima kasih kerana membaca sampai bawah ni. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Rabu, 22 Januari 2020

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Kreatif Ada di Lovingly Signed

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Yang bakal menimang cahaya mata atau cucu, Hhaaah! Ni saya nak kongsikan dengan korang satu website yang sangat sesuai dengan korang. Bukan sahaja sesuai untuk bakal mak ayah, bakal nenek atok malah sangat sesuai juga untuk korang yang sedang mencari hadiah untuk kelahiran bayi baru. Maybe korang bakal ada anak buah baru, atau best friend korang mungkin tak lama lagi ada baby baru. Of course kita akan berfikir fikir nak bagi apa kat baby baru tu... betul tak?

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

So, kat sini kita ada LOVINGLY SIGNED di mana terdapat hadiah cantik, comel dan boleh letak nama baby kat hadiah tersebut. Dan tak semestinya baby baru lahir, hadiah untuk kanak kanak berusia sekitar satu tahun hingga 2 tahun pun boleh. Contoh seperti dalam gambar kat bawah ni:

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Comel tak? Boleh letak nama pada barangan tu.
Yang sedang cari hadiah hari lahir untuk kanak kanak pun ada kat sini, backpack dan anak patung tu pun sesuai sangat untuk mereka. Kebetulan, tak lama lagi Tahun Baru Cina untuk tahun 2020, ada Nini The Mouse Dual Gift Set kat LS(Lovingly Signed) ni. Comel sangat untuk dijadikan hadiah buat anak buah, anak sendiri, anak member di Tahun Baru Cina 2020.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Warna pun sesuai kan untuk CNY? Tehee.

Apa produk yang boleh didapati di LS?

Pakaian


Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Salah satu pakaian bayi di LS adalah Personalised Short Romper . Ia diperbuat dari 100% cotton organik, menggunakan pewarna mesra alam (non-toxic dyes) dan leher berbentuk "V" yang direka khas agar ia kelihatan bergaya disamping tetap selesa untuk bayi.
Part paling best dengan Short Romper ni adalah ia direka khas dengan fungsi "Easy-on-off-able". Mudah untuk dibuka dan dipasang semula ketika si ibu menukar lampin bayi. So, ia akan memudahkan si ibu dan juga jimat masa! Si baby pasti tidak suka kan waktu menukar lampin lama lama. Wahahaha... Dia sibuk nak bermain. Tehee!

Design Short Romper sangat sesuai dipakai oleh bayi yang memerlukan pakaian yang sejuk dan lapang disiang hari. Malah, ia Unisex. Vvaaah! Boleh lihat gambar dibawah ni contoh Short Romper. Comel semuanya dengan cetakan yang unik dimana cetakan tersebut mempunyai nama dan tema tersendiri. Salah satu daripadanya dinamakan sempena Taman Negara Yala di Sri Lanka, rumah harimau Ceylon yang terancam.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Yang mana bakal menjadi pilihan korang?

Selimut dan Tuala

Selain baju, selimut dan tuala pun ada. Tuala paling saya suka dari LS adalah Hooded Towel. OMG! Comel sangat!

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Hhaaah! Macam mana? Comel sangat sangat kan?
Saiz tuala bertopi unicorn ni adalah 127 x 56cm. Sesuai untuk kanak kanak berumur sekitar 1 tahun hingga 6/7 tahun. Fabriknya adalah 100% cotton. Oh! Jangan risau, boleh cuci guna mesin cuci kain. Tehee!
My opinionlah, tuala ni sangat sesuai dijadikan hadiah. Tambah tambah boleh letak nama pada tuala tu. Little girls mana yang tak suka dengan unicorn ni korang? Sedangkan yang dewasa pun suka! Wahaha... Anak buah saya pun, kalau dengan unicorn susah nak dipisahkan. Hhuhu...

Kalau nak tahu tuala dan selimut lain, bolehlah periksa sendiri website LS di https://lovinglysigned.hk/, OK!

Permainan dan Aksesori

Sebut tentang permainan, semua anak anak comel sudah pastilah sangat menyukainya! Nak jadikan hadiah memang paling senang sangatlah kalau permainan. Di LS, terdapat beberapa permainan unik. Antaranya:

La Grande Famille Doctor's Suitcase 20x14cm

Permainan doktor doktor ni, biasanya sesuai kita hadiahkan kepada anak anak perempuan tapi tidak kurang juga dengan anak anak lelaki. Ada juga yang suka permainan macam ni. Cuma, La Grande Famille Doctor's Suitcase 20x14cm ni lebih sesuai dengan anak perempuan bagi pendapat saya. Sesuai yang berumur sekitar 3 tahun.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

La Grande Famille 'Je Bricole' Wooden Tools Suitcase

Kalau permainan macam ni pula sesuai untuk anak lelaki. Selalukan anak lelaki yang suka follow telatah ayahnya yang sedang menyiapkan kerja kerja kayu dan sebagainya.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Permainan yang ada di LS sangat berkualiti dan mematuhi Standard Keselamatan Eropah NF-EN 71.

Ada satu aksesori yang diyakini bukan sahaja anak yang jatuh cinta tapi maknya pun jatuh cinta. Ia adalah Lunch Bag! Jadi, mak jangan lupa hadiahkan lunch bag dari LS ni untuk anak tercinta. Tehee! Saya teringat di zaman saya ke sekolah dulu, di zaman tadika atau sekolah rendah (darjah 1), bekal saya pasti akan ditulis nama.

Istimewanya di LS, lunch bag boleh di dituliskan nama dengan abadi sesuai dengan warna dan materialnya yang berkualiti. Sure nama tak akan hilang pada lunch bag tersebut.

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed
Mana satu agaknya warna pilihan korang?

Set Hadiah

Teristimewa, LS menyediakan perkhidmatan produk berbentuk set hadiah. Kalau yang tak ada idea nak berikan hadiah dan tak ada idea nak buat packaging hadiah lawa, LS ada sediakan!

Bagaimanakah Mendapatkan Hadiah Eksklusif Untuk Bayi Baru Lahir Yang Nampak Bermakna dan Terabadinya Nama Bayi Di Atas Hadiah | Lovingly Signed

Penghantaran

Penghantaran di dalam Hong Kong adalah percuma untuk semua jenis tempahan dan tempoh penghantaran parcel akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 hari waktu bekerja.

Jangan risau! Bagi pembeli dari luar Hong Kong masih boleh menempah sebab LS menyediakan penghantaran antarabangsa. Caj akan dikenakan bagi penghantaran luar Hong Kong. Penghantaran luar Hong Kong akan mengambil masa sekitar 4 hingga 8 hari waktu bekerja (Tidak termasuk hujung minggu dan public holidays).

Untuk maklumat lanjut mengenai LS, boleh layari laman sosial LS di bawah ini:

FACEBOOK | PINTEREST | INSTAGRAM

Kepada korang yang mungkin runsing tak ada idea nak hadiahkan anak buah, anak anak, dan anak member, boleh lah tempah di LS. Happy Shopping korang!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Rabu, 15 Januari 2020

Memperkenalkan Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com Tahun 2020

Memperkenalkan Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Hhaaah! Kepada yang baru mengunjungi blog saya, saya memperkenalkan, nama saya Sofinah Lamudin. Boleh panggil saya Sofina. Blog ni sudah wujud sejak tahun 2011. Blog yang pernah dibina sebelum tahun 2011, sudah pun saya tamatkan riwayatnya sekian lama. Wahahaha... Sebab masalah isi kandungan yang agak bertabur dan berbahasa slanga / bahasa pasar yang melampau. Maklumlaa jiwa terlalu muda. Tehee.


Kepada yang belum tahu "My Sugarpeeps" tu apa, meh saya jelaskan. Kalau dalam blog ni Sugarpeeps tu merujuk korang lah. Pembaca blog ni. Kalau di Instagram pula, ia merujuk kepada followers Instagram saya. Saja laa nak buat panggilan manja sikit. Wehehe...

Bila saya membuat bacaan secara rawak di dalam blog saya ni (membaca blog sendiri pula ni haa), saya dapati blog ni kategori dia macam rojak. Ehh! Bukan lagi macam...memang pun rojak. Namapun blog personal kan. Penulisan pun susah betul nak seratus peratus bahasa Malaysia. Campur. Sekejap Melayu, sekejap lagi jadi English. Broken English pula tu. Uhrmm. Nasib baik tak campur sekali bahasa hometown saya, Kedayan atau bahasa negeri jiran saya, Sabahan dalam blog ni. Wahahaha...

Jadi, mulai hari ni, saya telah membuat satu rombakan (Tak banyak). Saya nak buat kategori blog ni biar tersusun sedikit dan mulai tahun 2020 ni saya nak blog ni ada kategori utama. Biar itulah yang menjadikan niche pada blog ni. Yang lain lain tu, sampingan.

Kalau ada masa yang banyak, In Shaa Allah, ada laa saya edit artikel lama tu. Kalau tak ada masa, jawabnya, biarlah ia bersemadi di masa lampau di dalam blog ni. YyeahhH! begitulaa.

Buat masa ni rombakan isi kandungan dan penulisan di dalam blog ni sahaja yang saya nak ubah. Kalau nak design blog ni lawa lawa, memang tahun ni saya ketepikan dulu sebab banyak hal lagi saya nak kena uruskan tahun ni. Hhuhu.

Saya nak blog ni biar selari dengan tema / slogan saya iaitu "Helping People by Writing". Bermaksud, saya nak mengisi blog ni biar berinformasi, bermotivasi dan berinpirasi (Dijadikan rujukan kepada pembaca). Bukan sekadar saya menulis hal peribadi, pendapat sendiri atau pengalaman hidup saya. Nak buat apa cerita peribadi saya tu. Betul tak? Wahahaha...

Bahasa dalam blog ni, saya kekalkan iaitu campur laa sekejap English, kejap Malay. Sebab saya nak santai sahaja. Tak nak juga laa macam dalam buku teks sekolah. Aduh. Tapi....Hhaaah! Ada tapi ni. Yang santai tu di kategori "Sofinah Speaks" , "Produk Review" dan "Review Movie" sahaja. Jika artikel jenis informasi saya akan menggunakan Bahasa Melayu seratus peratus. Biar ia lebih jelas.

Kategori Utama Di Dalam Blog Sofinahlamudin Dot Com Tahun 2020

Terdapat dua jenis kategori; Formal dan Tidak Formal. Yang formal adalah artikel jenis informasi, motivasi dan mengulas buku. Yang tidak formal pula adalah artikel jenis Si Sofinah membebel. Wahahaha... Tak ada lah. Kategori tidak formal ni bila saya nak menulis tentang pengalaman hidup, mengulas produk yang saya gunakan, kisah tentang kucing kesayangan, atau cerita masak resepi baru tak menjadi ke apa. Lols.



Jadi, senarai kategori tersebut adalah seperti berikut:

Formal

Topik Utama

  1. Metafizik
  2. Psikologi
  3. Personaliti
  4. Motivasi
  5. Bagaimanakah?! (Merangkumi artikel dibawah label hubungan, parenting, tutorial, perniagaan, tips, resipi dan sebagainya)
  6. Apa Itu? (Merangkumi artikel seperti informasi mengenai ilmu pengetahuan)
  7. Mengulas Buku (Termasuk buku bahasa Inggeris tetapi ulasan dalam Bahasa Melayu - Ulasan Bahasa Inggeris di blog Silly Wonk).

Tidak Formal

Topik Utama

  1. Sofinah Speaks (Artikel celoteh saya, pendapat saya, kisah kucing saya, dan sebagainya).
  2. Review produk (Artikel produk kesihatan, kecantikan dan sebagainya).
  3. Review movie.
VvaawaahhHHHH! Macam tuuu laaa kategori blog ni tahun 2020 ni. Semoga istiqamah hendaknya. Oh ya... terima kasih kerana membaca Sofinah Speaks dan terima kasih kerana terus menyokong blog Sofinahlamudin dot com. Kepada yang ada cadangan untuk saya tulis di dalam blog ni, sila lah komen di ruang komen di bawah. OK!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

Sabtu, 11 Januari 2020

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Sebelum tahun baru 2020 membuka tirai, pada 23 Disember 2019, saya membawa buku bersaiz kecil di dalam beg kecil saya semasa keluar rumah. Tajuk buku tersebut adalah Apa yang saya perhatikan? yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan dan bekas jurutera Tenaga Nasional Berhad, Syed Faiz. Saya membawa buku tersebut kerana ingin membacanya apabila saya dan Mr.Bee lepak di Lapangan Terbang,Labuan. Kami memang rajin ke sana untuk singgah membeli Boba (Golden Fish) atau nak makan di restoren yang ada di sana. Kadang kadang sengaja ke sana untuk santai membaca buku, melukis atau bermain mobile game.


Buku ni saya dah beli lama dulu. Tapi saya tak ingat sangat bila saya beli sebab saya lupa nak catat tarikh pada buku tersebut. Cetakan buku ni adalah pada tahun 2013. Jadi saya menjangkakan saya membeli buku tersebut sekitar tahun 2016 sebab masa tu saya agak aktif membeli buku di Popular Center Point, Kota Kinabalu, Sabah (Tahun 2018 Popular, Center Point, KK dah ditutup). Buku yang ada pada saya ni, dah mula menunjukkan tanda tanda menguning dek sudah lama sangat duduk di rak buku.
Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Disebabkan saya nekad nak habiskan membaca buku buku yang belum disentuh di rak buku, saya pun memilih buku ni pada hari tersebut. Tak sangka saya dapat habiskan membacanya hanya 24 jam! Vvaaah! Tapi....bukan sebab saya hebat dan membacanya dengan pantas. Cepat habis sebab rupanya buku ni tak panjang mana walaupun bermuka surat 202 muka surat dan mempunyai 53 bab. Wahaha... OK, mari kita straight to the point, review jujur dari saya mengenai buku ni dan mana lah tahu ada yang tertanya tanya buku Syed Faiz ni bagus ke tak? Buku ni memotivasikan ke tidak? Siapa Syed Faiz ni. Hhaaah! Gituu...


Buku Ni Mengenai Apa?

OK! Kalau korang pernah membaca buku Billi Lim, yang versi nipis tu, korang akan automatik faham cara buku ni dipersembahkan. Buku Billi Lim tu saya baca semasa saya di tingkatan 2. Dalam buku tu cuma tulisan yang ringkas, ia dalam bentuk kata kata semangat, nasihat, kata kata yang membuka minta kita. Tapi, buku tu betul betul mengubah persepsi saya mengenai kejayaan. Apa yang perlu kita buat kalau nak berjaya? So, buku Syed Faiz ni lebih kurang macam tu. Dia bukan buku yang terperinci seperti buku motivasi yang lain seperti Eat That Frog oleh Brian Tracy. Saya tak pasti buku nipis Billi Lim tu masih dijual lagi atau tidak sebabnya, sekarang ni, saya lebih banyak melihat buku Billi Lim yang tebal (Muka surat sampai 406) dijual diinternet.

Selain tu, kalau nak lebih jelas, korang boleh cuba Google atau mungkin pernah membaca buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari dari Indonesia yang berwarna pink tu. Buku ni popular gila dalam kalangan budak perempuan. Wahaha...So, buku Apa Yang Saya Perhatikan? ni konsep dia, ringkas sama macam buku 88 Love Life tu. Kandungannya merupakan fikiran dan pemerhatian penulis yang dipersembahkan dalam bentuk perkataan agar boleh dikongsikan dengan pembaca.

Buku ni pada asalnya hanyalah buku digital dan pada tahun 2013, Syed Faiz telah membuat keputusan untuk mengongsikan lagi penulisannya ni dalam bentuk buku fizikal. Maka, saya lah salah seorang yang membelinya.

Melalui buku ni, penulis menyampaikan bagaimana cara orang kaya dan berjaya berfikir. Penulis juga cuba berkongsi mengenai bagaimanakah fikiran orang kaya sehingga boleh bertahan menjadi orang kaya. Malah, mereka bertambah kaya? Korang pernah kan terfikir kenapa orang kaya kebanyakkannya maintain jadi kaya? Apa yang orang kaya buat hingga pendapatan mereka pasif dan sebagainya?

Jadi, 53 rahsia mengenai otak orang kaya adalah seperti dalam isi kandungan buku ni. Isi kandungan dalam buku:

0. Kayakah Saya? Kita?
1. Fokus Impian Anda.
2. Kecil tetapi Besar.
3. Bercakap Belakang Tanda Berjaya.
4. Sampai Bila Nak Orang Sahkan?
5. Pelik Tetapi Benar.
6. Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun.
7. Bateri Dah 'Kong'? Cas Di Kampung.
8. 'Fast Action?' Jom Kita Tengok!
9. Kejayaan Bergoncang!
10. Signal Tanda Laju?
11. Patutlah Masa Tak Cukup!
12. Saya 'Stuck' Apa Perlu Buat?
13. Tak Perlu Sorok, Mesti Nampak!
14. Susah Payah Sekejap Saja!
15. Tanda Minda Mati Sebelum Ajal!
16. Kanak-Kanak Sangat 'Expert' - 'Learn From Them'.
17. Anda Serabut? Kemaskan Otak Sekarang.
18.  Nak Duit? Cari Masalah!
19. Tiru! Boleh Ke?
20. Hidup 'Crashed', Pegang Stereng Kuat-kuat.
21. Stop! And Start Thinking.
22. Mereka Sangat Menyesal! Kita?
23. Move And You Will Survive.
24. Mereka Tak Sempat Fikir 'Just Do It!'
25. Marah...Ada Apa Dengan Marah?
26. Tanda-Tanda Hidup Bosan
27. Jangan Mengharap, Berdoalah.
28. Suap Tak Nak Makan.
29. Jadi Diri Sendiri.
30. Sibuk Sangat Ke?
31. Nak Daki Gunung? Jangan Bawa...
32. Menangislah...Jujur Pada Diri Sendiri.
33. Selalu Marah-marah?
34. Rendah Bukan Sebarang Rendah.
35. Beri...Beri...Beri...
36. Komunikasi Yang Dilupakan.
37. Ini Perkara Biasa.
38. Kenapa Dan Mengapa.
39. Lepak Atau Bersantai.
40. Idea Kena Curi.
41. Colour Your Life!
42. Gelagat Manusia
43. Mereka Tidak Selesa.
44. Cipta Tong Anda Hari Ini.
45. Saya Ketagih...Anda?
46. Stop Comparing Each Other.
47. Change Environment.
48. Tergesa-gesa Nak Berjaya.
49. Kalkulator Kehidupan.
50. Hukum Biji Benih.
51. Bukan Hadiah Ulang Tahun.
52. Why...What...
53. Labur 20% Untung 80%.

Senarai isi kandung di atas merupakan "53 RAHSIA Orang Kaya" bak kata penulis di muka hadapan buku tersebut. Jadi, ada tak tajuk tajuk di atas yang membuatkan korang tertarik dan nak tahu apa yang ditulis oleh penulis dalam buku ni? Sesetengah orang kata buku ni memang hebat!

Jadi, Apa Yang Membuatkan Buku Ni Hebat?

Tajuknya Yang Unik

Tajuknya. Ya...tajuknya yang membuatkan saya tertarik dengan buku ni lalu saya membelinya tanpa berfikir panjang. Bukan perkataan 'orang kaya' tu tetapi perkataan HATI yang ditonjolkan pada tajuk buku ni. Tajuk buku ni unik dengan menulisnya dalam huruf besar dan ditebalkan pada perkataan HATI dalam PERHATIAN : Apa yang saya perHATIkan?


Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Testimonial

Buku ni juga mempunyai senarai testimonial pembaca pembacanya dengan tajuk, "Apa Kata Mereka Tentang Buku Ini...". Di mana testimonial tersebut diberi oleh sebanyak 17 pembaca.

Pengajaran Atau Moral Dari Kandungan Buku

53 rahsia tersebut memberikan 53 nasihat dan kata kata motivasi yang bermanfaat kepada mereka yang berfikir melalui apa yang penulis cuba sampaikan. Antara tajuk dan pengajaran kegemaran saya dalam buku ni adalah seperti berikut:

1. Dalam topik yang bertajuk "Kecil Tetapi Besar" membawa maksud bahawa kita perlu, wajib dan mesti nekad untuk berjaya sama seperti semut. Walaupun semut adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat kecil tetapi kalau kita pelajari cara mereka mencari rezeki, bekerja, teamwork dan sebagainya, sudah pasti kita rasa kita ni pemalas! Kan? Jadi, kalau nak berjaya, kita tak boleh nak sekadar perasaan nak sahaja (kemahuan) tapi tak ada daya tindakan atau proses atau nekad tu. Kalau mahu tapi tak nekad macam semut maka, boleh jadi, usaha kita sekadar separuh jalan disebabkan kita tidak nekad untuk merempuh segala halangan mahupun cabaran. Jadi, contohi lah semut, penulis kata, semut tu kecil tapi besar. Besar apa? Otaknya, fikirannya, tindakannya, usahanya. Jadi sebagai manusia yang memang dah berganda ganda besar dari semut ni, kenalah lebih berani menerima cabaran bak kata peribahasa melayu "kecil kecil cili api" (Maksud : Meskipun kecil tetapi berani).

2. Pengajaran kedua yang saya suka dari buku ni adalah bab ke 5 yang bertajuk "Pelik Tetapi Benar" mengenai betapa lupanya orang dewasa untuk menjadi kanak kanak semula. Apa yang penulis ni tulis dalam bab ni sebenarnya saya pernah mendengarnya atau mungkin membacanya dari mana mana sumber motivasi. Saya sendiri tak ingat pula dari mana. Tapi, pengajarannya deep bagi saya. Kadang kadang ramai orang dewasa lebih banyak cenderung stress. Cenderung nak bermasam muka; lupa nak senyum, lupa ketawa dan lupa nak bersuka ria lantaran terlalu sibuk mencari rezeki, meningkatkan ekonomi keluarga dan komitmen sebagai seseorang yang wajib menjalankan tanggujawabnya. Memang wajar jika orang dewasa wajib menjalankan tanggunjawabnya sebagai seseorang; sebagai bapa, sebagai emak, pelajar, majikan atau pekerja dan sebagainya.

Tetapi, perasan atau tidak? Kita orang dewasa terlupa nak gembira. Terlupa cara nak bahagia dengan hal hal kecil depan mata. Hal hal ringkas sedia ada. Kenapa? Kerana terlalu mengejar dan memikirkan hal hal yang belum pasti / belum terjadi; risau bankrup, risau esok barang tak laku, risau nanti esok bos tak bagi bonus besar dan sebagainya. Tu lah salah satunya punca tidak happy. Cuba belajar throwback. Kita masa zaman kanak kanak kita akan happy walaupun hal kecil. Kenapa hari ni, bila dah dewasa, hujung bulan tak happy, dah kahwin still tak happy. Dah ada calon suami atau isteri masih tak cukup untuk happy "bagai gembala diberi keris" (Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna bagi dirinya) Sebab apa jadi begitu? Sebab expectation terlalu tinggi menggunung dari logik.

Tak macam kanak kanak. Dia dapat main rumah rumah, dia happy. Dapat main layang layang, dia happy. Tak perlu pun benda benda mewah nak happy. Tak perlu pun Toy'R'us kalau kanak kanak nak happy. Kecuali mak bapa dia ajar wajib Toy'R'us lah. Hhahaha. OK! Kidding. Selain tu, perasan ke tak? kanak kanak, kalau dia kata nak melukis rumah, dia akan lukis rumah tanpa fikir panjang, lukisan tu buruk ke tak bagi pandangan orang lain. Yang penting dia buat dan dia happy. Dia tak fikir pun apa orang kata. Dia jadi je apa dia nak jadi. Kita? Nak buat sesuatu banyak fikir. Takut orang kata ini kata itu. Kenapa?

3. "Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun" bab 6 dari buku ni juga cukup memberikan pengajaran kepada kita. Misalnya kita ingin berjaya atau saya berikan contoh, kita ada azam baru di tahun baru ingin mempunyai sebuah rumah pada tahun tersebut. Mendapatkan sebuah rumah di atas tanah sendiri merupakan 1 kemahuan yang perlukan usaha yang besar. Ia bukan seperti kita menyewa hotel.

Pertama sekali, sudah pastilah perlukan wang. Kena lah membanting tulang mendapatkan wang. Mungkin terpaksa berhutang atau terpaksa mengeluarkan duit simpanan di mana ia usaha bertahun tahun. Membeli tanah, belum tentu hari ni mahu, esok sudah kita miliki. Urusan pemindahan nama pemilik tanah sudah cukup memberi tekanan. Belum lagi berurusan dengan hal hal berkaitan membina rumah, membeli bahan, mengupah orang dan termasuklah menguruskan bekalan elektrik dan air. Tertekan? Sudah pasti tetapi, hasilnya lumayan. Tanpa tekanan tak mungkin ada rumahnya.

Contoh lain, seorang pelajar sekolah menengah. Ingin mendapat straight A pada peperiksaan besar, tanpa tekanan belajar tidak mungkin A berderet. Betul? lelaki yang mempunyai otot 6 pax di perut tanpa mengangkat tekanan dari jumlah KG dumbbel yang ditambah setiap minggu dan bulan serta latihan yang konsisten, mustahil wujud 6 roti bun kat perut dia. Wahahaha. Jika inginkan sesuatu kejayaan yang besar, mustahil untuk kita mencapainya dengan cara "belum duduk sudah berlunjur" (Maksud : Menganggap sudah memperoleh sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai ataubergirang dahulu sebelum maksud tercapai).

4. "Orang berjaya, mereka tidak sibuk. Mereka sangat produktif dengan kerja mereka." - Muka surat 113 (Bab 30 - Sibuk Sangat Ke?). Ini merupakan petikan yang saya suka sebab pada pendapat saya, sangat ramai yang kelihatan sibuk tetapi sebenarnya tidak. Saya berikan contoh, sibuk benarkah kita di tempat kerja? Jika kita sangat sibuk di tempat kerja, mengapakah kita membawa kerja kita ke rumah dan menyambungnya di rumah? dan...mengapa pula kita bawa lagi ke pejabat lalu menyambung lagi saki bakinya di pejabat? Okay, ayat ni mungkin tidak sesuai bagi sesetengah profession. Saya maksudkan di sini adalah mereka yang bekerja sebagai kerani atau seumpama dengannya. Fikirkan kembali, adakah kita sibuk menggunakan masa kita di pejabat 100% dengan melakukan kerja kita atau sekadar buat buat sibuk? Adakah kita bersembang lebat di pejabat di waktu bekerja? Saya pernah membaca satu fakta mengenai ini di buku I Change.

Adakah kita benar benar menggunakan sebaik mungkin masa kita di pejabat untuk kerja kita? Selain itu juga, saya pernah membaca tentang di mana kita wajib fokus dengan cara yang betul semasa bekerja dari buku Focal Point yang ditulis oleh Brian Tracy. Waktu bekerja, maka kita bekerja. Jangan sedikit pun selitkan waktu bekerja untuk bersembang hal hal yang tiada kaitan dengan kerja kerana kita akan berhutang masa. Berhutang masa di sini bermaksud, kita akan terpaksa membawa kerja ke rumah sedangkan di rumah, masa kita adalah hak keluarga kita (spent time dengan anak, sembang dengan suami atau isteri) dan diri kita sendiri untuk berehat. Masa di luar pejabat bukan hak majikan melainkan pekerjaan jenis "Standby" dan gaji kita adalah sebahagian dari itu.

Jika misalnya ingin bersembang dengan rakan sekerja, bersembanglah di kedai kopi atau di waktu cuti. Biar penat bekerja di tempat kerja. Bukan bersenang lenang di kedai kopi selepas tamat bersungguh sungguh bekerja. Bak kata pepatah, "berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang senang senang kemudian (Maksud : Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang senang). Malah, sebagai muslim, Allah menjanjikan kita ganjaran setelah susah payah (berusaha).

Saiz Buku Dan Keringkasan Penulisan

Saiz buku ini adalah saiz A6 di mana ia kecil dan mudah dibawa di dalam beg yang kecil. Kalau waktu tersebut tidak menggunakan beg yang bersaiz besar, masih boleh membaca buku ini dan membacanya di mana mana.

Lagipun, gaya penulisan buku ini sangat ringkas dan santai. Tidak terlalu menggunakan gaya bahasa yang terlalu mendalam. Sangat sesuai untuk dibaca dalam keadaan yang bukan suasana perpustakaan. OK! Kalau saya, buku ringkas macam ni saya masih boleh baca di tempat yang bising. Kalau buku yang agak ilmiah dengan perkataan perkataan yang begitu canggih, saya perlukan tempat yang senyap untuk memahami dan menghadam apa yang saya baca.

Disebabkan buku ni menggunakan bahasa yang simple, jadi golongan yang sukar membaca dengan ayat ayat yang complicated sangat sesuai untuk membaca buku ni.

Maka, Apakah Pendapat Peribadi Saya Mengenai Buku ni?

Pada pendapat saya, buku ni ada pro dan kontra. Kembali kepada tajuknya tadi yang sengaja di tulis secara unik; perHATIkan. Perasan tak perkataan HATI yang ditonjolkan ni ada makna? Dia membawa maksud perhatikan bukan sekadar memerhatikan tetapi memerhatikan dengan menggunakan mata hati. Menganalisis dan menilai sesuatu kejadian atau situasi tersebut.

Semasa saya berada di kedai buku tu, saya menghampiri buku ni hanya sebab saya terhidu isi tersirat disebalik tajuk ni. Ia membuatkan perasaan nak tahu membuak buak, pemerhatian menggunakan hati yang macam mana isi kandungannya. Saya pun membelinya. Selepas saya membaca buku ni, saya tertanya tanya. Adakah selama ni saya memerhatikan situasi dan orang lain dengna hati?

Setelah saya habis membaca buku ni, dari kulit depan hinggalah ke kulit belakang buku ni, saya ada beberapa pendapat. Pendapat pertama, testimonial buku ni lebih kepada tujuan marketing sebab setiap nama yang memberi testimonial tertera nama perniagaan mereka apa di sebelah nama pemberi testimonial. Buku ni sebahagian daripada advertising ke arah perniagaan penulis kerana di buku ni juga terdapat iklan perniagaan beliau secara halus. Lagipun beliau telah meletakkan nama mentor beliau, iaitu Dr.Azizan Osman. Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tahu perniagaan dan marketing adalah perkataan sinonim dengan Dr. Azizan Osman.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengatakan buku ini tidak boleh dibaca kerana ada tujuan marketing. Tidak, bukan begitu saya maksudkan. Marketing itu adalah normal. Dalam realiti kehidupan, kita dikeliling oleh hal hal seperti ini secara sedar mahupun di bawah sedar. Hampir semua buku ada iklan. Betul tak? Itu cara penulis meningkatkan sales. Lagipun, Syed Faiz sekarang berlatar belakang sebagai seorang businessman. Maka, ia normal.

Seorang penulis yang berlatar belakang perniagaan adalah wajar menulis berkaitan dengan perniagaan secara psikologi mahupun teknikal. Kan?

Dari segi stail penulisan, buku ni lebih cenderung seperti FIXI bukan Alaf 21 sebab ada teknik atau format menulis yang bebas. Tak terlalu terikat dengan mana mana format. Sama macam gaya bahasa Faiz Ibrahim. Ringkas dan mudah difahami.

Cuma, disebabkan buku ni adalah buku motivasi yang mempunyai mesej yang baik, saya agak sedikit kecewa dengan penyampaian yang terlalu ringkas. Pada asasnya, kita memang tahu mesej penulis. Memang sampai kepada pembaca. Cuma saya rasa kurang puas dengan huraian. Sebab buku self-help biasanya diulas lebih terperinci. Kenapa mengapa dan sebagainya. Tapi apapun, buku ni still okay sebab mesej dan pengajaran serta nasihat tu deep. Tak ada satu pun dalam 53 bab tu yang saya tak setuju atau tak suka.

Dari segi gaya bahasa, saya ada sedikit janggal membacanya sebab kadang kadang penulis cuba untuk menulis seperti puisi cuma ada sedikit kekok. Tapi, seperti yang saya ada katakan di atas tadi, keringkasan yang tidak terlalu puitis dan berkias membuatkan lebih difahami isi tersiratnya oleh pembaca.

Satu lagi yang sama macam stail Faiz Ibrahim juga, Syed Faiz suka menggunakan gaya bahasa pinjaman iaitu bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, saya rasa buku ni okay. In the middle. Not to bad, not too good. Sesuai untuk bacaan ringan.

Kualiti kertas juga sangat bagus. Ketebalannya mungkin 100gsm. Sebab tu buku nampak tebal walaupun 1 bab tak sampai pun 300 patah perkataan. Tulisan di setiap muka surat bersaiz besar dan pendek pendek. Macam format puisi, pantun dan syair. Jadi buku ni boleh lah dijadikan buku yang kerap diulang baca. Tak makan masa tapi masih memotivasikan.

Dan yang terakhir, saya membaca di belakang buku ni mengatakan bahawa buku ni "Menghimpunkan 53 kisah pendek yang sangat menarik...", sebenarnya buku ni bukan kisah pendek. Biasa peminat cerpen akan jumpa ayat, "Himpunan Cerpen" atau "Himpunan Cerita Pendek" atau pun "Kumpulan Kisah Pendek". Betul tak? Mungkin ada sedikit error atau disengajakan, tapi bagi saya buku ni bukan cerita pendek tapi lebih kepada kata kata, thoughts, quotes, dan nasihat motivasi.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

3 bintang dari 5 bintang.

Buku ni bagi saya just okay. Tak great juga tapi tak juga bad . Tak dapat nak bagi lebih dari 3 bintang sebab ada beberapa bahagian dalam buku ni, ayat dia bagi saya hambar. Mesej bagus cuma pemilihan ayat atau perkataan dan kadang kadang jumpa susunan ayat yang tak sesuai. Malah, di bab satu, tajuk mengenai fokus impian tetapi tiba tiba cerita hukum alam dan menentang hidup. Mungkin penulis nak sampaikan fokus impian dengan berfikir secara melawan arus sehingga law of attraction tu ke arah kejayaan mencapai impian?

So, kepada yang sudah membaca buku ni, boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Suka atau tidak. Mengapa suka, mengapa tidak. Beri berapa bintang dan bahagian mana paling disuka?

Kalau nak dapatkan buku ni, mungkin masih ada dijual di mana mana secara online. Boleh cuba buka laman web menjual buku yang terkenal dalam Malaysia.

Jangan lupa kongsikan review buku Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz ni sosial media korang (laman facebook, instagram dan lain lain) kerana akan membantu rakan rakan korang yang mungkin memerlukan buku motivasi yang seperti ini.

Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

Ahad, 5 Januari 2020

Dah Tak Ada Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020

Dah Tak Ada Azam Mahupun Impian. Yang Sekarang Adalah Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020

Assalammualaikum dan Hi My Sugarapeeps!,

Vvaaah! Tajuk tuu... Hhaaah! Maaflah sebab dah berlalu 01 Januari 2020 apatah lagi ambang 2020. Tapi masih valid kan nak wish Selamat Tahun Baru untuk korang semua. Korang buat apa last day 2019 hari tu? 31 Disember 2019, di mana ia adalah hari terakhir buat dekad 2010, saya dan Mr.Bee berada di dunia realiti untuk menikmati moment atau current time pada ketika itu. Apa maknanya keluar berdua tapi tangan sibuk menaip telefon pintar untuk membuat update blog segala sosial media? Betul tak? Tehee.

Dah Tak Ada Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020

Malam 31 Disember 2019 | Ambang 2020

So, malam 31 Disember 2019, saya dan Mr.Bee tak ada lah membuat sambutan yang hebat. Sekadar keluar berdua duaan, dating dating, bersiar siar, bersembang dan menikmati makanan yang dibeli di gerai makanan yang terlalu banyak hingga tidak tahu bagaimana untuk memilih mengikut selera yang tepat. Akhirnya, kami berdua memilih untuk menikmati malam terakhir tersebut dengan Takoyaki dan pisang goreng. Nasi lalap yang pada mulanya ingin dicekup sebagai habuan malam tu tiba tiba dibatalkan kerana perut yang tadinya lapar sudah mula kenyang dengan Takoyaki yang enak dengan inti seafood berperisa spicy sedikit.



Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Foto malam 31 Disember 2019

Mencuba juga untuk singgah di mana mana gerai makan di Medan Selera Labuan. Saya teringin untuk menghirup kuah sup makasar Indonesia pada malam ambang 2020 tersebut. Tetapi, apabila teringat kisah keracunan makanan di suatu masa dalam tahun yang sama (2019) selera mati disambar ajal. Hhahaha! Innalillah selera...

Gerai makanan kegemaran yang dulunya sinonim dengan panggilan Ulek Mayang di Medan Selera Labuan Lama sudah tidak menunjukkan batang hidungnya sekian lama. Saya melihat, papan tandanya juga sudah tidak lagi wujud. Hhuhu.. tidak mengapalah, mungkin, di tahun baru, abad baru, 2020, saya dan Mr.Bee akan singgah ke Manikar di mana dikhabarkan, Mayang Sari, serumpun dengan gerai Ulek Mayang telah dibuka di sana. Persoalannya? Hujung minggu sahaja kah baru boleh bersua? Hm.

Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Eh eh posing sikit. Hhhaha...

Di malam 31 Disember 2019, kami sempat terhibur dengan telatah pelari pelari malam itu yang berlari sambil memakai pakaian yang dipanggil custom -- ala ala Halloween. Ada yang menjadi Spiderman, Ada juga Batman, Super Mario dan banyak lagi.

Tepat pada jam 12 pagi, saya dan Mr.Bee betul betul sudah berada di rumah. Dah tak macam dulu, bunga api bukan lagi sesuatu yang perlu ditunggu -- keterujaan terhadap bunga api bukan lagi untuk kami berdua. Bagi saya pula, bunga api di malam 31 Disember mahupun 31 Ogos adalah sesuatu yang terlalu mainstream dan sama. Tiada perubahan. Ibarat seorang manusia yang berjogging setempat setiap tahun hingga berlubang di kawasan lariannya.

Begitu juga, jika kami berada di Kota Kinabalu pada 31 Disember pada tahun tahun sebelum ini. Bunga api adalah sekadar satu hiasan di langit yang sudah terlalu biasa. Bukan itu tujuannya keluar pada malam tahun baru. Maklum, usia sudah mula di bahagian 3 series. Mungkin perkara sebegitu sekadar perhiasan normal. Bagi kanak kanak atau remaja, malam malam seperti ini pastilah sesuatu yang menyeronokkan. Bukan begitu? Sama macam saya, dulu dulu. Hhahahaha...Macam tak pernah jadi kanak kanak riang. Ehem.

Pada 01 Januari 2020 | Bermulalah Lembaran Baru

Bagi saya, November 2019 sudah pun bermula lembaran baru saya. 01 Januari sekadar bermulanya kerja dan pilihan yang dipilih tahun 2020 ni.

Perasaan saya pada tahun ini agak begitu fresh, light and clear. Perasaan ni jarang sekali dirasa. Tidak pernah pun saya rasa. Yang sering dirasa hanyalah ketakutan menghadapi 'apa lagi tahun ni nak takuti saya?' Kali ini, saya tidak merasakan itu. Melepaskan sesuatu yang menjadi beban dalam kepala pada bulan November 2019 yang lalu agak menyenangkan kehidupan dari berat menjadi ringan, dari gelap menjadi terang, dari sukar menjadi senang dan...dari kabur menjadi jelas. Perangkap yang dibuat oleh diri sendiri akhirnya musnah oleh diri sendiri juga. Akhirnyaa...

Demi 'menghormati' dan 'mencintai' serta 'prihatin' kepada diri sendiri...
Demi 'melepaskan' sesuatu yang memberatkan pundak dan untuk 'menyihatkan' mental...

I let it go. All of them. Ada kalanya, manusia tidak perlu faham kenapa. Suatu hari kelak, bila sudah usia dimamah masa, manusia akan tahu dan sedar semua itu kerana kebaikan bersama. Tidak perlu dipersoal dan tidak perlu dicari jawapan. Bak kata Quichotte,

What had happened had happened - and it was right to bury them deeper than the deepest memory, to place their stories on the funeral pyres of my hopes, to seal them up in the pyramid of my regret -- to forget, to forget, to forget. - Quichotte. Muka surat 16.

Yang penting sekarang adalah sekarang. Cerita yang lepas tidak perlu dipandang lagi. Simpan sahaja sebagai pengalaman hidup yang mematangkan kita. Simpan sahaja pengajaran lampau yang bakal menentukan tindakan kita pada hari ini -- sekarang.

Masa hadapan jangan dirisau -- Jangan digundahkan.
Tidak perlu dilihat segala hal yang belum pun pernah berlangsung lagi di depan mata.
Yang penting, buat sahaja persiapan hari ini -- sekarang.
In Shaa Allah esok lusa akan baik baik sahaja -- tawakal.

Dah Tak Ada Azam Mahupun Impian. 

Dalam lukisan komik Nazry Salam. Agak membuatkan saya begitu 'membuka mata'. Katanya, lupakan azam baru tapi mulalah membuat komitmen baru. Setiap tahun, saya selalu menulis dan mencatat impian atau azam baru. Dan setiap pertengahan tahun, azam mulai dilupakan. Di akhir tahun, azam sekadar menjadi azam lama.

Kebetulan, waktu itu saya sibuk rereading (Membaca semula) buku I Change yang ditulis oleh Dr. Muruga. Saya pernah menulis review berkenaan buku I Change ni di blog ni. Dan sebelum 2020 membuka tirai, saya sempat menulis 1 lagi review buku I Change bahasa Inggeris di blog buku saya Sillywonk.com. Kemudian, terkaitkan lah komik Nazry Salam dengan intipati penting dalam buku I Change berkenaan PERUBAHAN.

Kalau nakkan perubahan dalam hidup, azam bukanlah sekadar azam yang ditulis. Azam wajib dilakukan sejajar dengan perubahan yang kita inginkan. Dalam melakukan usaha ke arah perubahan pula, bukanlah menuju ke arah perubahan jika tidak ada cabaran dan ujian. Cabaran dan ujian tersebut merupakan aras perubahan yang bakal kita wujudkan. Jika gagal menghadapi rintangan, maka perubahan mungkin hanya sedikit atau paling buruk sekali, langsung tiada perubahan!

Azam yang ditukarkan kepada komitmen mungkin bunyinya agak menakutkan. Tetapi, percaya atau tidak, sekecil mana pun azam yang kita inginkan, ia pasti akan membuatkan kita 'bergerak' mencapai azam tersebut jika kita panggil ia sebagai komitmen.

Buku I Change bukanlah sekadar bersembang mengenai azam, perubahan dan impian tetapi, perjalanan dalam berubah lebih dijelaskan dengan terperinci. Dr. Muruga sangat menekan proses berubah. Bukan sekadar pada permulaan dan peengakhiran/ keputusan perubahan yang berlaku.

Sebagai contohnya, saya sendiri mengalaminya. Berkali kali saya mengalami hal ini sejak saya habis bersekolah malah di alam persekolahan pun ia kerap berlaku. Keinginan adalah azam. Azam adalah satu bentuk kemahuan berubah kearah yang lebih baik. Itu adalah langkah pertama yang terbaik dalam perubahan - KEMAHUAN atau KESEDARAN. Sedar kita berada di takuk lama dan ada kemahuan untuk berubah. Itu adalah langkah pertama. Langkah kedua adalah, kita yang mempunyai keinginan dan kesedaran tersebut bertindak dan melakukan proses berubah ke sikap yang baru.

Inginkan perubahan, wajib ada sikap yang baru, yang positif. Yang bakal membawa ke arah yang diinginkan. Namun, ramai yang berhenti di tengah jalan kerana tidak tahu bahawasanya terdapat satu lagi langkah selepas langkah kedua. Malah langkah yang ketiga ini merupakan langkah yang paling PENTING sekali dalam usaha berubah.

Pernahkah korang mengalami satu situasi di mana sudah berusaha dengan bersungguh sungguh tetapi tetap tiada perubahan? tetap tiada apa yang belaku. Masih kekal di takuk lama. Inginkan pendapatan tinggi tetap pendapatan yang sama. Ingin menjadi seorang pintar matematik, masih juga tidak pernah dapat 100 markah. Kenapa tidak berlaku apa apa walaupun sudah berusaha?

Itulah proses perubahan di langkah ketiga yang orang masih tidak faham bagaimana ia berfungsi. Kita perlu maintain da bertahan di langkah yang ketiga ini sehinggalah berlakunya satu transformasi dalam diri kita -- dalaman mahupun luaran. Nak tahu lebih mengenai proses perubahan, saya syorkan korang baca sendiri buku I Change. Cari buku I Change ni kat mana mana kedai buku atau online.



Kalau korang baca sendiri, fahamkan sendiri apa yang Dr. Muruga kata, lebih bagus. Saya ni cuba pembaca buku sahaja. Hhehehehe...

Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen.

Tahun ni, Alhamdulillah saya memang dah tak ada letak apa apa azam melainkan komitmen. Walaupun begitu, saya sudah tentulah masih berharap. Hhaaah! Berharap sama macam kita berdoa dengan Allah. Minta bantuan disaat susah. Tanpa mengharap Allah, hidup dah tak ada maknanya. Tu namanya bukan di ambang 2020, itu dah jadi di ambang berputus asa. Tehee.

Melalui harapan akan terbentuk satu tanggungjawab hasil daripada pilihan yang kita buat untuk tahun ni. Contohnya, tahun ni saya memilih untuk membaca buku dan menulis banyak banyak dalam blog. Maka, pilihan ini adalah tanggungjawab. Di mana, tidak bertindak akan gagal, kitalah orang yang bertanggungjawab di atas kegagalan menulis blog dan membaca tersebut. Diikuti pula dengan pendapatan blog yang semakin tidak menyerlah kerana tidak bertanggungjawab menjaga prestasi blog dan sebagainya.

Untuk menunaikan tanggungjawab, wajiblah ada komitmen. Dalam menjalankan komitmen sememang sakit. Membanting tulang, memerah otak dan sebagainya. Tetapi, menurut buku Local Point oleh Brian Tracy, kesakitan bekerja keras dalam melakukan komitmen akan berkurang apabila kita sudah mula menjadi pakar dalam bidang tersebut. Contoh, kenapa seseorang pelukis mampu melukis 10 buah lukisan ringkas dalam sehari? Sebab dia dah melukis berapa banyak lukisan sejak dia membuat keputusan untuk menjadi seorang pelukis?

Semakin banyak kita melakukan sesuatu yang sama (berlatih) semakin banyak yang kita akan tahu termasuklah teknik dan hal hal adavance yang lain. Kuncinya? Bertahan, bersabar dan teruskan.

Komitmen Saya Pada 2020

BUKU DAN SILLYWONK

Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Buku buku yang belum dibaca lagi...Ni gambar tahun lepas. Bulan Januari. Masa ni masih jadi ahli KBBA9 lagi... Keluar dari KBBA9 dalam bulan June atau July rasanya.
  • Saya akan akan membaca buku sebanyak yang mungkin. Setiap hari wajib membaca.
  • Membaca buku yang sudah dibeli (Yang belum dibaca - Banyak di rak buku tuuu Hhahaha!).
  • Berkenalan dengan bookish dari Malaysia secara online.
  • Kerap membaca review buku dari bookish yang saya follow kat Bookstagram @sillywonk.
  • Kerap support like dan komen (especially like) di bookstagram yang saya follow di @sillywonk.
Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Jangan lupa Follow Bokkstagram saya : @SillyWonk. Kalau korang ada akaun bookstagram juga, boleh la follow Sillywonk sebab saya akan followback.
Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Ni foto fresh dari oven. 2 Januari 2020. Betty sibuk juga nak join membaca. Tajuk buku ni, Quichotte ditulis oleh Salman Rushdie.
  • Tidak akan membeli buku baru kecuali buku buku di bawah ini :
    • Buku oleh J.K.Rowling
    • Buku oleh Rhonda Byrne
    • Buku oleh James Lee (Mr.Mystery / Mr.Midnight
    • Buku oleh Russell Lee (True Singapore Ghost Stories)
    • Buku oleh Sha Hanim
    • Buku oleh Puteri Balqis
    • Buku Siri Misteri - Fargoes
    • Buku Siri Salma - Fargoes
    • Buku Siri Hadi - Fargoes
    • Buku Siri Pelajar - Fargoes
    • Buku Siri Penyiasat - Fargoes
    • Buku Komik Doraemon
    • Buku di dalam senarai di bawah ini :
      • Meniti Kaca – Raja Sabarudin Raja Abdullah
      • Limpahan Darah di Sungai Semur – Zakaria Salleh
      • Anak Din Biola – Maaruf Mahmud
      • Aku Anak Timur – Siti Aminah Hj Yusof
      • Hikmah – Mohd Faris Ikmal
      • Sukar Membawa Tuah – M. Z Erlysha
      • Bukan Duniaku – Aida Shahira
      • Istana Menanti - Abdu Latip Talib
      • Formula Termodinamik – Obasiah Haji Usman
      • Sejambak Bakti – Rejab F.I
      • Pelari Muda – Ghazali Ngah Azia
      • Destinasi Impian – Mohd Ismail Sarbini
      • Pahlawan Pasir Salak – Mohd Ismail Sarbini
      • Timulak Kapal Perang – Azmah Nordin
      • Tragedi Empat Disember - Dzul Karnain Ithnain
      • Kapten Hassn Wira Bangsa - Harun Jihari
      • Erti Sebuah Pengorbanan – Zaihanim Zainal Abidin
      • Wira Pesona Avatari – Ahmad Zaki Abu Bakar
      • Lestari Bukit Menghijau – Syed Mahdzir
      • Di Sebalik Wajah – Abang Saifudin Abang Bohari
      • Meniti Impian - Osman Ayop
      • Jalan ke Puncak - Juri Durabi
      • Jejak Monpus - Zulaiha Paikon
      • Darah Titik di Semantan - Arman Sani
      • Panas Salju - Talib Samat
      • Ekspedisi - Mohd Ghazali Tocheh
      • Kanang Cerita Seorang Pahlawan - Maznah Nordin
      • Merdeka! Merdeka - A. Rahman Hanafiah
      • 6:20 – Siti Jasmina Ibrahim
      • Merenang Gelora – Ruslan Ngah
      • Cempaka Putih Untukmu – Rohani Deraman
      • Hempasan Ombak - Zailiani Taslim
      • Tawanan Komander Caucasus - Ruzaini Yahya
      • Justeru Impian di Jaring - Zaid Akhtar
      • Beruk @ Chot - Azizi Haji Abdullah
      • Bukit Kepong - Ismail Johari
      • Terminal Tiga - Othman Puteh
      • Di Hadapan Pulau - A. Samad Said
      • Perlumbaan Kedua - Marwilis Hj. Yusof
      • Azfa Hanani – Halis Azhan Mohd Hanafiah
      • Papa… (Akhirnya Kau Tewas Jua) – Deana Yusof
      • Renyah – Gunawan Mahmood
      • Melunas Rindu – Hartini Hamzah
      • Pantai Kasih - Azmah Nordin
      • Di Sebalik Dinara – Dayang Noor
      • Jendela Menghadap Jalan – Ruhaini Matdarin
      • Leftenan Adnan Wira Bangsa – Abdul Latip Talib
      • Konserto Terakhir - Abdullah Hussain
      • Seteguh Karang - Tuan Faridah Syed Abdullah
      • Putera Gunung Tahan - Ishak Hj. Muhammad
      • Julia - Abu Hassan Morad
      • Kembara Amira – Amer Hamzah
      • Konserto Terakhir - Abdullah Hussain
      • Sutera dalam Lukisan – Abd Talib Hassan
      • Kabus di Perbukitan – Mohamad Kholid Hamzah
      • Tirani - Beb Sabariah
      • Bimasakti Menari - Sri Rahayu Mohd Yusop
      • Silir Daksina - Nizar Parman
      • Songket Berbenang Emas - Khairuddin Ayip
  • Membuat saving untuk membeli buku di dalam senarai di atas.
  • Menulis review untuk semua buku yang sudah dibaca.
  • Mengutamakan buku dari Pengedar yang memilih saya untuk membaca dan menulis review (Terima kasih untuk peluang yang sangat saya nanti nantikan).

BLOG

  • Menulis blog seminggu sekali (Setiap blog wajib seminggu sekali).
  • Blogwalking seminggu sekali (Semua blog yang dilayari akan di review di - www.readingsections.blogspot.com)

INSTAGRAM

  • Lupakan nombor follower. Utamakan content.
  • Membuat detoksifikasi Instagram.
Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
Jangan lupa follow saya di instagram personal saya : @Sofinah696

SOPHEE STUDIO

Ni hobi saya. So, melukis sekali sebulan sahaja. Dah tak mampu nak layan setiap hari atau setiap minggu. Hhuhu.

Dah Tak Azam Mahupun Impian. Sekarang Hanya Ada Harapan, Tanggungjawab Dan Komitmen. Selamat Memulakan Dekad Baharu | 2020
...dan juga...kalau nak tengok himpunan lukisan saya yang tak seberapa, boleh lah follow @Sopheestudio untuk mengetahui lukisan saya yang terbaru nanti.

OKlah... ini jelah yang saya nak kongsikan. Komitmen lain lain tu -- RAHSIA. VvaawaahhHHHH!

Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share: