SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 29 September 2017

Pengumuman 3 : Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya ingin mengumumkan kepada peserta Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia bahawa hadiah tempat pertama (Kamera Aksi) telah ditukarkan kepada kamera aksi yang lebih baik dari yang sebelumnya.



Untuk yang belum menyertai, boleh klik>>Segmen Suai Kenal<<klik untuk maklumat dan syarat penyertaan segmen ini.

Kamera aksi yang saya maksudkan adalah seperti berikut.



Kamera ini mempunyai kelebihan Wifi,Waterproof (30 meter),170 darjah wide angle dan mempunyai screen yang lebih luas berbanding kamera aksi yang sebelum ini iaitu berukuran 2.0 inci. Kamera ini juga mempunyai fungsi HDMI untuk disambungkan ke TV. Memandangkan mempunyai kemudahan Wifi, kamera ini juga boleh disambungkan ke handphone ketika mengambil gambar.

Informasi Produk :
Provide waterproof waterproof casing, convenient you wonderful water sports,
waterproof shell can be taken in depth of 30 meters
Ultra clear screen, display and replay of video
Removable batteries, convenient replacement battery, prolong service life
Charging and video function
Plug in the video function
16 million hd wide Angle lens
H D MI hd output function
Web camera function
Support up to 64 g memory card (not included)
A variety of video recording format
4 k @ @ 30 FPS/2 k @30 FPS/1080/ p60fps  /1080 p @ 720 FPS/WVGA > MOV format video recording
 A variety of shooting mode automatically even pat


Pemenang kamera aksi ini bukan sahaja akan memiliki kamera aksi tetapi disertakan dengan aksesori kamera aksi seperti di dalam gambar di bawah :



Maklumat lanjut berkenaan kamera aksi yang sebelum ini adalah berwarna biru, tidak mempunyai Wifi, bukan waterproof dan tidak mempunyai wide angle lens.


Informasi Produk :
Liquid Crystal Display (LCD): 2.0LTPS
Lens: 140°A+ HD wide-angle lens, 6G lens
Language Options:
English / French / Spanish / Italian / Portuguese / Chinese Traditional / Chinese Simplified / Japanese / Russian
Resolution of Videos Recorded: 1080P
Video Format: AVI
Compressed Format of Videos: H.264
Storage: Micro SD (not included)
Loop recording: Support
Frequency of Optical Source: 50Hz / 60Hz
USB Interface: USB2.0
Power Source Interface: 5V1000mA
Battery Capacity: 3.7V Li-ion Battery 900mAh 3.33Wh
Power Dissipation: 400mA@4.2V
Recording Time: 1080P/ About 70 minutes
Charging Time: About 3.5 hours
Operating System: Windows XP/VistaorAbove/Win7/Mac os
Dimension: 59.27*41.13*29.28 mm

OK! Kepada yang belum sertai Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ini, saya jemput untuk menyertai untuk saling berkenalan sesama kita disamping memenangi hadiah istimewa in!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 28 September 2017

Kesanggupan Bermain Permainan Beyond The Gates

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Pada 23 September 2017 yang lalu, saya dan MR.BEE ke Cineplex Labuan untuk tengok movie genre Horor bertajuk 'Beyond The Gates'. Bagi saya, movie ni tidak menakutkan. Lebih kepada kelakar. Kenapa kelakar walaupun movie ni bukan jenis komedi dan pelakon tidak buat lawak? Hehe. Sebab lakonan agak kaku. Paling lucu, grafik agak lemah. Movie ni melibatkan permainan video tape. Semasa Video tape dipasang, akan muncul muka seorang wanita. Setiap kali tengok muka wanita tu, saya akan tergelak. Hahaha... Rasa lucu. Malah, adegan kejutan tidak begitu menakutkan.

Tapi kepada mereka yang suka filem horor 80-90 an, movie ni sesuai untuk ditonton.

Movie 'Beyond The Gates' ni sebenarnya sudah released pada tahun 2016 di Los Angeles Film Festival. Malah telah menerima anugerah 'Audience Award' di festival tersebut.


'Beyond The Gates' sebenarnya adalah permainan board seperti Monopoly atau Jumanji. Perlukan beberapa orang pemain untuk bermain permainan ini. Tetapi, 'Beyond The Gates' mempunyai sedikit kelainan kerana ia disertakan dengan video tape. Semasa kita bermain permainan ini, kita mesti pasang video tape tersebut. Apabila kita pasang, akan muncul seorang wanita yang akan memerhatikan kita ketika bermain.

Permainan 'Beyond The Gates' ini, jika sudah kita mulakan, kita tidak boleh berhenti selagi belum tamat. Namun, permainan ini bukan permainan biasa-biasa. Permainan ini adalah permainan yang mengerikan jika ia benar-benar ada dalam dunia nyata. Setiap pemain, akan mempunyai misi. Misinya adalah membuka pintu yang berkunci. Untuk membuka kunci tersebut, kita tidak boleh membuka dengan sebarangan cara atau kunci. Kita mestilah membuka setiap pintu atau pagar dengan menggunakan kunci khas yang disediakan oleh 'Beyond The Gates'.

Nampak mudah! Tetapi...setiap pencarian kunci tersebut, kita akan menghadapi beberapa ujian. Ujian yang melibatkan nyawa orang lain malah orang yang ada disekeliling kita. Sahabat atau kekasih atau ahli keluarga sendiri. Jika kita menemui kunci di mana-mana seperti di dalam patung, kita perlu membuat pilihan. Sama ada mahu mengoyakkan patung tersebut untuk mengambil kunci di dalam perut patung tersebut atau kita akan mati! Jika tidak mahu mati, maka tiada jalan lain, kita terpaksa mengoyakkan patung tersebut dan mengeluarkan kunci tersebut dari perut patung itu.

Jangan terkejut! Jika ketika korang mengoyakkan perut patung tersebut, akan ada perut sahabat korang terkoyak! Ketika korang mengeluarkan kunci dari patung tersebut, akan TERKELUAR usus dan isi perut sahabat korang!

Mana satu yang akan korang pilih? Nyawa korang atau nyawa sahabat korang? Hahahahahaha! creepy?



Sinopsis 'Beyond The Gates'.

Dua orang adik beradik sudah kehilangan seorang ayah. Ayahnya meninggalkan sebuah kedai video tape dan permainan-permainan antik. Mereka berdua mengambil keputusan untuk mengemas dan menutup kedai itu. Pada suatu hari, Si Abang menemui kunci pejabat ayahnya. Keesokkan harinya, Si Abang mengajak Si Adik untuk melihat-lihat barang apakah yang ada di dalam pejabat ayahnya itu. Semasa mereka kecil, ayahnya tidak pernah membenarkan anak-anaknya itu masuk walaupun sekali. Jadi, perasaan ingin tahu agak membuak-buak. Ingin tahu apakah yang disembunyikan oleh ayahnya selama ini.

Ketika di dalam pejabat ayahnya, mereka menemui satu permainan bernama 'Beyond The Gates'. Mereka membawa pulang permainan itu dan mencuba permainan itu bersama kekasih Si Abang. Mereka bertiga menjadi pemain 'Beyond The Gates' sejak malam itu.

Tanpa mereka ketahui, mereka sudah pun terjebak dengan kuasa jahat dari alam lain dan terpaksa untuk menyelesaikan permainan ini walaupun mereka tidak mahukannya. Pernah Si Abang membuang permainan itu tetapi malangnya, permainan itu tidak pernah mengalah.

Mereka mendapati ayah mereka telah terperangkap di alam lain kerana telah kalah dalam permainan ini. Setiap puluh 3:13 pagi, akan kedengaran suara ayah mereka meminta tolong. Namun agak mengelirukan. Adakah hanya mimpi? Adakah mereka berjaya menyelamatkan ayah mereka? Adakah mereka menang dalam permainan ini?

Jika korang, adakah korang sanggup untuk mencuba permainan ini?

OK! Jangan lupa beli tiket dan tonton movie 'Beyond The Gates' ! 👿👿

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .



Share:

Pengumuman 2 : Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sejak 13 September 2017 (15 Hari), sepuluh orang  bloggers telah menyertai Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ini. Terima kasih kerana sudi berkenalan dan bersegmen sambil memenangi hadiah - Kamera Aksi,Headset,MP3 USB dan hadiah saguhati.

Kepada yang belum menyertai segmen ini, cepat-cepat sertai! klik>>Maklumat dan syarat penyertaan<<klik.



Di bawah ini adalah senarai peserta dari nombor 1 hingga 10 :

💗OPZZ PINKY💗

Nama sha ikut IC, pasti semua orang dah tahu kan, Sharina Binti Saimon, pendek dan ringkas sahaja, senang bakal suami nak lafaz nikah nanti haha, Sha lebih senang bila orang panggil SHA, tapi ada beberapa kawan rapat panggil sha dengan nama CHANG, sebab sha suka tengok Korea, walaupun sha berbangsa Dusun, dengan Korea tidak jauh bezanya haha.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗BEBA IFA💗

Kalau tengok dalam blog aku ni, nama Beba Ifa, ramai kawan panggil Beba...walaupun nama sebenar Nurul Afifah..jauh sangat terpesong nama tu dari nama asal...tapi nama samaran ni ada kisahnya dari mana munculnya...ni zaman cerita Sepanyol kat TV3 tu mula popular masa umur awal 2000...keminatan arwah mama aku juga..hehe..masa tu aku baru darjah berapa..hmm..haaaaa, darjah 4...masa tu famous cerita telenovela Sepanyol..salah satunya cerita Mis Tres Hermanas..Kisah 3 beradik...geng kat kelas dulu pun minat cerita ni, masing2 pilih watak dorang suka, termasuklah aku pilih yang adik bongsu dalam 3 sisters tu nama dia Beba...tau2, melekat sampai hari ni nama tuuuu...adeh..cerita pasal nama saja dah panjang lebar.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗POKUCU💗

Saya merupakan anak kesembilan daripada dua belas adik-beradik dan merupakan anak bongsu lelaki(Kesayangan Ibu), bongsu keladi kan, betul tak? Bongsu keladi masih ada adik lagi... Saya seorang yang pendiam dan tak suka bercakap banyak, nak kena orang tegfur dahulu baru saya layan...Saya mula berjinak-jinak dalam bidang blogger ini seawal umur 12 tahun, ketika itu member saya yang ajak pergi cyber cafe, itulah pertama kali saya mengenali komputer, selepes itu, bila sahaja hujung minggu saya akan pergi bersama member atau seorang diri, waktu itu saya tak tahu sangat tentang blog ini, buat untuk suka-suka, tapi sekarang kalau nak dapatkan balik memang.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗MISS OBSESI💗

Assalamualaikum... Ingat tak masa kita kecik dulu, semua orang ada 'Buku Biodata', hari-hari pass kat kawan suruh isi, kita pun isi buku kawan, siap dengan hiasan warna warni, pantun 2 kerat, quotes, lirik lagu, hahaha, asalkan biodata kita paling menarik sekali. Jadi disebabkan Mai rindu dengan memori tersebut, Mai nak join Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia ini dengan konsep 'BIODATA SAYA'. Hihihiks, harap sudi berkenalan dengan Mai.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗CIK ZA💗

Salam kenal semua. Cikza atau nama penuh NURUL HANIZA MOHMAD mula mencipta nama dalam online atau secara maya sejak 2009 . Sejak lama dulu menulis blog, tetapi tidak aktif. Pada awalnya banyak menimba ilmu blogging daripada adik sendiri, EZADIZZUDDIN yang juga seorang blogger. Kini Cikza.com adalah nama rasmi yang juga di pilih oleh rakan-rakan blogger yang seangkatan dengan Cikza. Cikza suka berkongsi cerita terutama bab resepi dan makanan. Hingga suami pun dah faham perangai puan isterinya.Cikza seorang yang suka gelak, happy go lucky dan jenis mudah mesra dengan orang. Siapa yang tak kenal dengan Cikza orang akan fikir.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗HADIAH BINTANG JATUH💗

Baiklah. Soalan biasa, nama penuh?? Nama penuh, NorNisha Nisrina. Binti tu tak payah lah ya. Tak penting sangat hehe. Umur? Alhamdulillah, umur Nisha genap 17 tahun bulan lepas (5 Ogos). Yup! Nisha salah sorang mangsa SPM! *oh no!!!* Bilangan subjek? Nisha ambil 10 subjek. Aliran pula aliran perdagangan (termasuk subjek prinsip perakaunan, ict & matematik tambahan) Popular tak dekat sekolah? Well, takdalah nak popular sangat. Popular pun di kalangan kawan-kawan ja huhu. Anak ke berapa? Adik beradik? Ehem, saya anak tunggal! Yeayy sape yang anak tunggal tu cer sep sikit!! Hehe.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗Hanis Mpabli💗

13 September 1999,aku lahir ke dunia ni. Pada 8 September 2001,aku secara rasminya menjadi kakak kepada seorang adik lelaki yang annoying tahap nak gaban. Sejak aku baby lagi,aku dikenali seluruh keluarga sebagai baby yang tak mesra alam. Asyik nak ummi dia jer. Start umur 5 tahun,sampailah sekarang ni ummi regard aku as seorang yang penakut nak bersosial dan sentiasa menjadi loner di sekolah sampailah zaman asasi ni haa.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗Princess Serra💗

Nama saya Maisarah. Ye, memang seketul tu je. Bila tanya ibu kenapa nama sarah seketul je? Ibu kata, bagi panjang-panjang, nama pendek jugak dipanggil nya. Penat je nak tulis nama kat buku sekolah + kertas exam nanti. Betul gak en hahaha.Saya muda lagi hikhik. Belum official 18 lagi sebab ibu beranakkan saya pada 27 disember. Ayah kata ko ni terberanak awal 5 hari je kalau tak ko baru 17 hahaha. So every year birthday i tak pernah tak hambar :')) Sebab cuti lama nak mamposh sampai hari apa tarikh apa semua orang lupa.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗Si Hati Merah Jambu💗

Sihatimerahjambu adalah nama pena pilihan Fiza disebabkan Fiza suka warna merah jambu! Mula terjebak dalam dunia blog sejak tahun 2009 dengan link blog sihatimerahjambu.blogspot.com dan bertukar domain pada tahun 2011 dengan link azhafizah.com. Lapan tahun lamanya dah bertapak dan masih kekal dalam dunia blog. Dan masih setia dengan blogspot. Masih belum terbuka hati nak bertukar kepada wordpress.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

💗Star Lavender Luna💗

Nama saya yang sebenar adalah Wan Nur Ashikin Binti Razali a.k.a. Shikin Razali.. Umur saya 35 tahun (tahun 2017), berasal daripada Kuala Terengganu, sekarang menetap di Salak Tinggi, Sepang. Dah berkahwin dengan orang Sungkai, Perak, yang dikenali sebagai Shahril… Anak sulung dari lima beradik dan dua darinya tinggal di Kuala Lumpur, dua lagi tinggal di Kuala Terengganu, bersama-sama dengan ummie tersayang.....klik>>Baca Seterusnya<<klik

Selamat berkenalan antara kita. Diorang sudah, korang bila lagi? Hehehe!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Ahad, 24 September 2017

Chokey Nama Diberi Sempena Coklat Choki-Choki

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!

Haa...asyik up Si Chokey kat instagram dan facebook tapi hampir terlupa nak menulis panjang tentang dia. Di instagram, saya menggunakan hashtag klik>>SiChokey<<klik setiap kali posting foto atau video dia. Korang boleh search #SiChokey kat instagram untuk lihat telatah dia,OK!



Sebelum saya dan MR.BEE kahwin, saya ada kucing lain nama Si Ontot. Si Ontot ni pada mulanya kepunyaan kakak saya. Abang ipar ambil dia di kawasan pembuangan sampah dalam keadaan lemah dan kurus pada tahun 2011. Boleh baca klik>>Kisah Si Ontot<<klik untuk baca entry saya mengenai Si Ontot pada tahun tersebut. Masa tu saya saya masih bekerja lagi jadi memang tak mungkin ada masa nak jaga kucing. Kalau nak ada haiwan peliharaan pun, confirm kakak saya yang jadi mangsa untuk jaga haiwan peliharaan saya. Hahahaha! Sebab dia suri rumah sepenuh masa sejak tahun 2004 selepas kelahiran anak buah saya kedua (Nama Fitri).

Pada tahun 2015, kakak saya berpindah bersama keluarganya ke rumah sendiri. Semua kucing-kucing dia, dia terpaksa korbankan dengan memberi orang lain atau letak di mana-mana yang sesuai. Kucing kakak saya sangat banyak! Tak pasti berapa ekor sebab, dulu kakak saya ada kucing nama 'Ngingnging'. 'Ngingnging' ni berasal dari sebuah tadika kemas. Sepanjang kakak saya bertugas sebagai pembantu guru tadika kemas tersebut, dia lah yang menjaga dan memberi kucing ni makan. Apabila kontrak sudah tamat, dia bawa 'ngingnging' ke rumah dengan tiga ekor anak si 'Nginging'. Semua jantan. Anak-anak 'ngingnging membesar dengan sihat bersama keluarga kami. Yang pertama manja dengan ayah saya, yang kedua manja dengan anak buah saya. Yang ketiga manja dengan saya. Setelah anak-anaknya membesar, 'ngingnging' nampaknya semakin produktif. Hahaha! Tambah-tambah, di kawasan rumah saya memang banyak kucing jantan. Maka, bermula lah legasi 'ngingnging'. 'ngingnging' lah puncanya kenapa kakak saya mempunyai banyak kucing hampir lebih 20 ekor tidak termasuk yang sudah mati. Huhuhu...

Walaupun ada 'ngingnging' yang mempunyai banyak anak. Abang ipar saya membawa Si Ontot dari luar. Disebabkan Si Ontot bukan legasi atau keturunan 'Ngingnging', warna dia agak unik berbanding kucing kakak saya yang lain! Sebab tu Si Ontot adalah kucing yang menarik perhatian saya sejak dari hari pertama Si Ontot menjadi ahli keluarga kami. Si Ontot ni unik dari yang lain. Saya akan ceritakan kemudian mengenai Si Ontot di entri seterusnya.

Apabila kakak saya nak berpindah rumah, kucing-kucing dia yang banyak menjadi masalah sebab tak boleh bawa semua kucing. Huhuhu... Hati saya menangis bila kakak saya kata terpaksa letak kucing-kucing tu di tempat yang kucing tu boleh dapat makanan. Tapi, saya tak boleh nak buat apa-apa sebab terlalu banyak! Saya tak mampu nak jaga semua walaupun pada tahun 2015 saya dah kahwin dan tidak bekerja. Sebab lain, saya dan MR.BEE jenis jarang ada kat rumah. Selalu pula ke luar Labuan. Jadi kucing yang banyak tu macam mana? Huhuhuhuhu! Mommy dan ayah saya pula kerja lagi masa tu. Kesian pula kalau diorang yang kena bela kucing-kucing tu.

Kakak saya hanya bawa 'Ngingnging' dan anak-anak kucing yang masih kecil bersama nya semasa berpindah. Saya pernah menulis tentang 'Ngingnging' sebelum ni. Di entri bertajuk klik>>Mana kau pergi? Pulanglah<<klik.

Tapi,walaupun semua ahli keluarga sudah bersepakat untuk meninggalkan kucing-kucing tersebut di tempat-tempat yang sudah dirancang, saya tetap tak sanggup lepaskan Si Ontot dengan satu alasan. Si Ontot dulu ibarat dikutip, tidak wajar untuk dibuang semula. Lagi elok jangan ambil kalau berakhir dengan dibuang semula. Oleh itu, saya ambil keputusan untuk jaga Si Ontot sebagai haiwan peliharaan saya dengan bantuan MR.BEE. Foto kat bawah merupakan foto Si Ontot yang saya shot pada 29 Ogos 2016.Dia baru balik dari jalan-jalan, then tidur atas meja.. Hehe. Jemput tengok. Versi photoshop - Flashy Poster.



MR.BEE sebenarnya suka kucing. Sebelum kami kahwin, dia dah banyak pengalaman jaga kucing sejak dia kecil. So, saya banyak belajar berkenaan kucing dengan MR.BEE. Walaupun saya kata nak jadikan Si Ontot sebagai haiwan peliharaan saya, sebenarnya saya tak reti. Hahaha! Tapi lama-lama, saya yang over dari MR.BEE. Buat Si Ontot dan Si Chokey macam orang pula. huhu..

Jadi, kembali kepada Si Chokey. Si Chokey ni sebenarnya anak kepada Si Ontot. Hahahaha.. Hasil dating dengan kucing betina sepupu saya sebelah rumah. Saya dan sepupu saya selalu perhatikan Si Ontot ke mana. Kalau Si Ontot tak ada kat rumah, saya tahu dia kat mana. Dia tidur kat kawasan rumah sepupu saya bersama dengan kucing sepupu saya nama 'Si Meow'. Kadang-kadang, Si Ontot makan kat rumah sepupu je. Tak malu! Makan ikan goreng pula tu.

Dah asyik dating, Si Meow pun pregnant. Bila sepupu saya bagitahu Si Meow Pregnant dan kata tak larat nak jaga anak-anak kucing tu nanti, saya pun nasihatkan supaya Si Meow dikambiri. Begitu juga saya. Saya nak Kambiri Si Ontot. Tapi sampai lah Si Chokey dah besar ni, tak pernah lagi bawa Si Ontot untuk kambiri. Meh~ Selepas Si Meow dah lahirkan anak, so ada tiga ekor anak kucing.Semua berekor kontot(pendek) macam Si Ontot. Pergh! Hahaha! Kalau part ekor, semua ikut ekor Si Ontot.Sebab Si Meow mempunyai ekor yang panjang. Kalau kaler pula, dua ekor sama kaler macam Si Ontot, manakala seekor lagi sama kaler macam Si Meow tapi ada warna asing. Ye lah.. Si Meow 100% hitam putih (banyak putih) tapi anak kucing yang seekor ni tiba-tiba ada kelabu asap. Datang dari mana? Kucing jantan lain ye? hahaha!

Dua ekor anak Si Ontot yang sama kaler macam Si Ontot tu, saya berminat! Tapi belum tanya MR.BEE lagi masa tu. Ye lah.. ada Si Ontot pun hidup macam ada anak 2 hingga 3 orang sebab Si Ontot ni ada je kerenah dia. Tapi kesian kalau tak layan atau tak jaga betul-betul. Kan ibarat keluarga sendiri walaupun hanya haiwan. Kita yang ada akal ni yang perlu fikirkan jalan penyelesaian untuk haiwan peliharaan kita.

Antara dua ekor ni, saya dapati yang seekor ni 100% sama macam Si Ontot ibarat klon.Jadi, saya gelar dia Ontot Jr! Sama sangat berbanding yang seekor lagi. So, dalam hati macam nak ambil yang itulah nanti. Tunggu dia besar sikit, biar cukup susu dari Si meow dulu.

Tiba-tiba, saya dapati Ontot Jr tu mati! Huwarrggghhh! Sebab Si meow tak perasan dia dah lemaskan anak dia tu kat bawah badan dia. Nangis nangis... Jadi, tinggallah yang kembar mirip dia tu. Itulah dia Si Chokey! hehe...70% persamaan dengan Si Ontot.

Si Chokey ni muka sama juga macam Si Ontot. Warna pun sama cuma, badan dia panjang sikit berbanding Si Ontot. Kalau Si Ontot, badan dia pendek malah kaki pun pendek. Masa Si Ontot gemuk dulu, Si Ontot kelihatan pendek-pendek tagap (Sabahan). Semenanjung kata Sado..Hahaha! Tapi versi pendek. Ekor Si Chokey, walaupun kontot macam Si Ontot, tapi Si Chokey lebih panjang 1 hingga 2 inci.

Pada 01 Oktober 2016, Si Chokey dah semakin besar. Hmm.. Tak la besar sangat kot . Macam lengan manusia tapi boleh tahan nakal la juga kalau bermain. Haha... Masa tu, saya dan MR.BEE belum ambil Si Chokey as pet lagi. Masih bawah jagaan sepupu. Cuma, anak sepupu saya yang berumur 3 tahun lebih tiba-tiba bawa anak-anak kucing tu ke rumah. Nak bagi tengok katanya. hahaha! Foto-foto kat bawah merupakan foto Si Chokey pada 01 Oktober 2016. Hehe.. Jemput tengok. Versi photoshop - Flashy Poster.


Di sebelah kanan tu Si Chokey. Hehe... Muka good boy kan? hehe!

Ada beberapa flashy foto lagi kat klik>>sophee studio<<klik. Sama macam kat atas dan kat bawah ni.



Nama anak sepupu saya tu MIA. Dia la yang ajak anak-anak kucing ni ke rumah. Hahaha. Semasa 'perjumpaan' kami dengan anak-anak kucing ni buat kali kedua tetapi buat kali pertama untuk MR.BEE.Masa tu lah saya tanya MR.BEE nak yang mana satu? Yang kiri atau yang kanan (dalam gambar di atas). Dia kata, dia suka yang kanan. Yang seiras Si Ontot.

Pada 11 November 2016, sepupu saya menyerahkan Si Chokey sepenuhnya di bawah jagaan saya dan MR.BEE. Saya tanya MR.BEE, "Kita nak bagi nama apa kat Ontot Jr ni?". MR.BEE kata, "SiChokey" .

Si Chokey adalah sempena nama coklat 'Choki-Choki'. Coklat kegemaran MR.BEE semasa kecil dan kebetulan warna Si Chokey pun memang macam coklat pun. Wakaka!

Begitu lah cerita asal usul Si Chokey, bagaimana dapat nama Si Chokey dan bagaimana kami boleh ada Si Chokey dalam keluarga Kami.

Sekarang, jangan kan saya..atau MR.BEE. Nampaknya Si Chokey berjaya menambat hati my mommy dan ayah. 😁😁😁

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋



Share:

Khamis, 14 September 2017

Pengumuman 1 : Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Bermula semalam, saya telah menganjurkan satu segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia dan akan tamat pada 1 Disember 2017. Ini adalah kali pertama saya menganjurkan segmen. Sedikit nervous. Hehe! Kepada yang belum tahu atau nak menyertai, boleh klik>>Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia<<klik . Segmen ini menyediakan 3 hadiah untuk tempat pertama,kedua dan ketiga. Akan disediakan 5 saguhati jika peserta mencecah lebih dari 70 bloggers. Yes! Macam mustahil tapi In Shaa Allah akan ada keajaiban berlaku kalau Allah izinkan kita berkenalan seramai mungkin 😍 In Shaa Allah, hadiah bukan tujuan utama kita berkumpul dalam segmen ini tapi keikhlasan kita berkawan di dalam dunia maya ini. Jika rezeki banyak, saya akan kirimkan beberapa hadiah misteri kepada sesiapa sahaja yang menyertai segmen ini, mengikut kriteria yang saya pilih. Kriteria apa, Maaf itu rahsia saya. Huhu. 😂



TUJUAN SEGMEN
💕Hanya untuk berkawan tanpa syarat,pangkat,darjat,duit,job(bayaran),hebat,lembab,trafik, dan seumpama dengannya.

💕Melalui segmen ini, In Shaa Allah sedikit membantu meningkatkan follower blog kita semua. Jangan lupa saling follow di antara peserta segmen. Saya akan follow korang juga.

💕Semua peserta di dalam blog ini akan saya jadikan bloglist di blog ini sehingga penghujung tahun 2018 (atau selamanya). Saya juga akan kongsikan blog peserta di group reading section. In Shaa Allah ahli group akan meningkat setiap hari.

💕Saling bertukar bahan bacaan dan ilmu serta pembelajaran. Tak semua perkara kita tahu, In Shaa Allah akan ada blogger yang tahu akan menulis perkara yang kita tidak tahu. Walaupun sedikit, akan tetap menjadi ilmu yang boleh disimpan atau digunakan ketika perlu.

💕Saya sedang mencari calon blogger yang saya boleh berikan sesuatu pemberian tanda persahabatan dunia maya.

FILTER SEGMEN
Saya menjemput semua bloggers untuk menyertai segmen ini, namun tiada sebarang paksaan. Tidak semua blog/niche blog yang sesuai dengan pengisian jenis ini. Jika terdapat beberapa perkara yang dirasakan negatif melalui segmen ini, bantu saya untuk tidak simpan dalam hati atau peti atau tegur saya di ruangan komen.Saya minta maaf awal-awal. Jika positif, mohon simpan ikatan persahabatan kita ketat-ketat melalui perkongsian dan pengisian blog masing-masing.

SENARAI BLOG SUAI KENAL
Saya sudah menyediakan ruang untuk bloglist suai kenal di klik>>Suai Kenal<<klik.
Untuk semua bloggers saling berkenalan, saling follow, dan saling membaca entri.

Atau boleh klik pada tab seperti yang saya tunjukkan di dalam gambar di bawah:




BERKENALAN DENGAN BLOGGERS DULU DAN SEKARANG
Semasa saya bermula dalam dunia blogging pada tahun 2006, Pada ketika itu saya baru tingkatan 4. Kawan-kawan blogger saya pada ketika itu berkawan bukan sebab semata-mata duit,job,popular,hebat,berbayar atau profesional dan sebagainya. Kawan-kawan blogger saya berkawan atas sebab minat menulis, membaca, bertukar ilmu dan berkenalan dalam dunia maya. Sama macam berkawan dalam YM atau friendster.

Paling kelakar, sampai buat blog sebagai catatan harian (P/S : Saya masih begini namun versi berbeza. Kalau dulu, al-maklumlah - remaja!).

Mungkin sebab pada waktu itu, kami semua masih muda (remaja), suka berkawan. Berborak. Bergelak dan sebagainya. Rakan blogger saya dulu juga suka berkongsi sesuatu berkenaan internet dan apa sahaja. Asal jumpa benda baru, kongsikan kepada rakan blogger lain tanpa mahukan pembalasan. Kami follow sebab suka dan minat. Kami share sebab mahu dan minat. Ibarat berkongsi hobi semata-mata.Berkawan sebab memang nak berkawan. Tapi itu dulu.

Ramai rakan blogger saya yang dulu lesap bersama blog saya yang sudah ditutup atas alasan membuang masa dan duit untuk membayar kos cyber cafe. Hahaha!

Zaman sekarang, dunia blogging semakin hebat dan bermanfaat. Mungkin, kalau masih wujud...Blogger yang ke cyber cafe pun tak kisah bayar kos cyber cafe sebab mereka dah tahu buat duit dalam dunia blogging atau melalui internet. Malah, jangan kan Cyber Cafe, tetapi boleh memiliki internet dan komputer sendiri di rumah dan bayar bill internet sendiri dengan hasil pendapatan melalui blogging dan internet.

Namun, melalui pemerhatian...kerana kurangnya keseimbangan antara memanfaatkan dunia maya untuk duit, maka terlupa untuk berkawan dengan ikhlas dan berkongsi secara ikhlas melalui penulisan.

Apa salahnya berkawan di dunia maya kerana memang nak berkawan sambil memanfaatkan dunia maya untuk pendapatan tambahan? Kedua-duanya perkara baik. Tak perlu dipilih. Grab je dua-dua.

Malah, jika kita menulis sesuatu ilmu bermanfaat di blog kerana niat berkongsi dengan ikhlas, dan dibaca oleh orang lain, In Shaa Allah ganjaran Pahala untuk kita. Berkongsi dan berkawanlah seramai mungkin di dunia maya ini, In Shaa Allah, semua kawan dan pembaca blog kita akan mendoakan yang baik-baik buat kita, bila sudah tiada nanti (Kecuali google dah tutup - huhuhuhu). Blog ini sejenis peninggalan yang baik kalau digunakan dengan baik. Jika kita berkawan dan berkongsi sesama kita dengan ikhlas, In Shaa Allah duit,trafik,job,rezeki berduyun-duyun. In Shaa Allah.

#BloggingForMakingFriends
#BloggingForMakingMoney

Akhir kata, Terima kasih membaca sampai bawah ni. Sebenarnya, saya ada pesanan, bermula esok (15 September 2017 hingga 20/21 September 2017) saya cuti dari blogging dan email. So, saya tak dapat baca dan lihat peserta-peserta baru dari segmen ni. Saya akan update peserta selepas 20/21 September 2017.OK!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Selasa, 12 September 2017

Menjawab Semua Soalan Mengenai Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 2)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hii guys!

Pada 14 Ogos 2017 yang lalu, saya telah menjelaskan satu per satu cara mengira Metafizik berdasarkan tarikh lahir. Malah dah menjelaskan dengan langkah demi langkah agar lebih faham sebab cara saya jelaskan dalam entri pada tahun 2014 nampaknya kurang membantu.Mungkin jelaskan dengan cara mengira menggunakan kotak piramid lebih senang nak faham. kalau nak baca balik, boleh ke entri ini : "Menjawab Semua Soalan Mengenai Personaliti Metafizik Tarikh lahir (Part 1)" untuk soalan yang berbunyi "Please la.........sy tak faham ni......cara pengiraan tuh tak brpe jelas.....harap dpt bantu sy....." . Hehehehe! 😀😁

Baca semua soalan dan jawapan metafizik di sini

Soalan tu dari komen yang ada di entri tahun 2014 yang bertajuk "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh lahir". Ramai yang Whatsapp saya bertanya berkenaan pengiraan Metafizik sejak saya tulis mengenai Metafizik di blog ini. Yang minta tolong kira ada, malah yang tanya dia sesuai dalam kerjaya apa pun ada.. Tehee.. Saya bukan tak nak jawab. Sebenarnya saya bukan pakar.Takut salah informasi. Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu setakat ini. Semua pengetahuan saya berkenaan Metafizik adalah asas. Saya berkongsi mengenai Metafizik adalah kerana minat. Kalau nak belajar yang lebih advance, sila hubungi Cikgu Eddy Rosyadi di http://www.eddyrosyadi.net/. Beliau bukan sahaja boleh mengajar, beliau juga boleh guide korang untuk bidang apa yang sesuai untuk korang agar lebih cepat berjaya. Contoh : Adakah korang sesuai jadi blogger? Wahahaha! Kidding..!


Jadi, kali ni saya nak jawab soalan seterusnya pula.

Soalan [2]
"As salam nak ty kalu date 22.05.2000 cmne nak kira ya..."

OK... ada beberapa orang yang tanya saya soalan yang lebih kurang sama macam ni sebab tahun adalah 2000. Tahun 2000 mungkin agak mengelirukan tapi sebenarnya cara mengira adalah tetap sama tidak kiralah digit tu adalah kosong.

Macam biasa, lukis kotak piramid terbalik seperti yang saya ajar di entri bertajuk "Menjawab Semua Soalan Mengenai Personaliti Metafizik Tarikh Lahir (Part 1)".

Lepas tu masukkan tarikh 22.05.2000 ke dalam kotak tersebut. Jom kita kira.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH

2 + 2 = 4, 0 + 5 = 5, 2 + 0 = 2, 0 + 0 = 0
4 + 5 = 9, 2 + 0 = 2
9 + 2 = 11 (Mesti 1 digit jadi 1 ditambah dengan 1)
1 + 1 = 2
Jadi, KOD ASAS untuk tarikh lahir 22.05.2000 adalah nombor 2.


KOD ASAS nombor 2 adalah element AIR yang digelar sebagai PENDAMAI. Untuk membaca maksud KOD ASAS nombor 2 dengan lebih lanjut, boleh baca di entri "Personaliti Berdasarkan Pengiraan Metafizik Tarikh Lahir".

. . . . .


. . . . .

Sekian dulu untuk Part 2.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Sabtu, 9 September 2017

Sudut Membaca(Reading Section) di Group Facebook

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Sejak saya sudah aktif semula blogging, saya sangat suka untuk blogwalking.Kalau sebelum ni blogwalking tapi tak ada update dalam blog sendiri, sekarang blogwalking sambil blogging! Tidak kiralah ke blog sesiapapun sama ada blogger baru atau lama. Membaca di mana-mana blog pun akan tetap memberi manfaat kepada kita tidak kira sekecil apa pun ilmunya. Kita akan belajar tentang hidup orang lain, pengalaman orang lain, pembacaan orang lain dan termasuklah info-info produk yang pernah atau sedang mereka pakai.



Seperti kisah-kisah suri rumah, kisah anak-anak mereka, kisah kucing atau kisah hati mereka. Semuanya akan terselit ilmu, pengajaran dan pembelajaran. Hanya kita yang menentukan 'filter' untuk diri kita. Maksudnya, yang positif simpan dalam hati yang negatif tinggalkan. Jangan bawa. Buat beban je bawa klik>>beg hitam<<klik.

Malah, sekarang ni masyarakat kita kini semakin terbuka hati untuk berkongsi pelbagai ilmu seperti resepi, makanan, pelancongan, fotografi dan macam-macam lagi mengikut kepakaran atau hobi mereka di blog masing-masing. Jadi, inilah peluang untuk mencedok macam-macam ilmu kifayah dan sudah pasti, In Shaa Allah ada yang berkongsi mengenai ilmu fardhu juga! Tidak kisahlah tulisan mereka adalah berbayar mahupun percuma. Kedua-duanya memberi faedah kepada si penulis dan juga pembaca.

Saya selalu ke group-group blogger di facebook seperti "I am instagrammers and Bloggers" atau "Malaysian Blogger Unite" untuk mencari blogger yang kongsikan artikel terbaru mereka untuk dibaca.Namun, zaman sekarang ni ramai yang sudah semakin sedar akan kelebihan internet untuk berniaga. Maka, banyak group-group seperti ini sudah mengalami lambakan iklan dari orang-orang yang suka meninggalkan "Jejak" agar kita singgah ke laman jualan mereka.

Oleh sebab hal-hal iklan tersebut, saya mengambil masa yang lama stay di group tertentu hanya melihat iklan-iklan yang berlambak bukan jumpa artikel untuk dibaca. Artikel yang dibaca hanya dua tiga sahaja, selebihnya tengok iklan. Masa itu emas! Banyak lagi perkara yang perlu kita siapkan dari segi komitmen dan tanggungjawab sehari-hari. Tak boleh nak lepak lama-lama dalam group yang suka dilumurkan dengan iklan-iklan yang tidak ada kaitan dengan tajuk group.

Melalui masalah yang saya hadapi ni, saya cuba untuk menyelesaikan dengan cara membuka group facebook bernama "klik>>Reading Section<<klik" yang bermaksud sudut membaca. Tidak dibenarkan beriklan. Jadi, lepas ni senang nak blogwalking atau membaca artikel yang dikongsikan oleh sesiapa sahaja.

Ahli group ni baru dua tiga orang, sebab baru dibuat dalam beberapa jam yang lalu sebelum saya menulis entri ni. In Shaa Allah, saya akan invite seberapa ramai yang mungkin orang-orang yang suka membaca ke dalam group ini.Saya menjemput korang, tidak kira korang adalah blogger atau pembaca atau sesiapapun korang untuk menyertai group ini di facebook.

Group ini tidak ada kena mengena dengan keuntungan mana-mana pihak. Hanya ditubuhkan khas kepada mereka yang suka membaca dan berkongsi artikel semata-mata.

Korang yang berada di dalam group ini, boleh invite rakan-rakan facebook untuk menyertai group ini seberapa ramai yang korang suka.

Saya juga akan mengongsikan artikel dari sesiapa sahaja ke group ini.Begitu juga dengan korang, boleh mengongsikan artikel korang atau artikel orang lain di group ini.


Nama group facebook : Reading Section<<klik.
Description group :This group is for people whom like to read. People in this group can make this group as their reading section or library and also can take advantage to share any article here.
But make sure you are sharing from your blog/website or other people blog/website only.
STRICTLY NO ADVERTISEMENT.
STRICTLY NO POLITICS ISSUE.
STRICTLY NO SEX ARTICLE.
STRICTLY NO SENSITIVE ISSUE.
STRCTLY NO STATUS WITHOUT ARTICLE. 
If you want to share any article, make sure it is very good knowledge about anything you love to share. Especially about travel, photography, books, movie, relationship, parenting, family, motherhood, toys, beauty, fitness or healthy. 
If you are sharing something uncomfortable issue and advertisement, we will delete it or remove you without warning.
You are also can invite your friends to join this group anytime you want. 
HAPPY READING guys!!

Terima kasih kerana membaca entri ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Cara Mendapatkan Kiriman 1 Novel Grafik dan 4 Komik dari GEMPAK STARZ dengan PERCUMA

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat ni, kadang-kadang saya sibuk, kadang-kadang masa lapang melampau-lampau sampai boleh tengok movie dari siang ke malam dengan MR.BEE. Kalau dah datang gangguan makan, sepatutnya cheat day Sabtu dan Ahad, tiba-tiba cheat day pula Hari Jumaat. Hahaha!

Hari ni, saya dan MR.BEE sederhana sibuk. Kami ke Pejabat pos sebab nak hantar barang pelanggan. Dalam perjalan ke pejabat pos, saya buka handphone dan saya dapati ada dua mesej masuk. Kedua-duanya adalah dari Pejabat Pos Labuan. Macam biasa, kalau ada mesej dari Pejabat Pos Labuan, maksudnya ada barang sampai. Saya memang sedang tunggu satu barang dari Lazada iaitu Cat House untuk Si Chokey. Tapi saya hairan, kenapa ada dua parcel yang perlu saya tuntut? Barang yang ditunggu-tunggu cuma satu.

Tak nak banyak fikir, saya dan MR.BEE pergi je ke Pejabat Pos. Bila check parcel, baru teringat! GEMPAK STARZ!!

Pada suatu petang bertarikh 4 Ogos 2017, saya ternampak TEKA DAN MENANG dari GEMPAK STARTZ. Saya pun klik dan jawab teka teki tersebut. Oh my god! Seriusly? 😂
Katanya saya MENANG! YehaaHaaa! Tak sangka pula menang.


Hari ni, dah 8 September 2017. Tak hairan kalau saya terlupa sebab dah sebulan berlalu.

Saya terima 1 Novel Grafik dan 4 Komik dari Kadokawa, GEMPAK STARZ.

Novel grafik bertajuk "Beyond The Woods". 4 komik lagi berjudul "Bila Abang Perasan Hensem 2", "Rahsia Cinta Kita" , "Kubu Bertoksik" dan "Kubu Bertoksik - versi Bahasa Inggeris".




Novel grafik bertajuk "Beyond The Woods".
Di tulis oleh Michelle Wong.
Ilustrasi oleh Reine Reine.
Disunting oleh JX Lee.



Novel ni adalah edisi Bahasa Cina yang diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris oleh Chien Fei.

Ilustrasi novel ni comel-comel sangat!

Komik bertajuk "Bila Abang Perasan Hensem 2".
Karya oleh Takasi yang berasal dari Negeri Sembilan.
Lukisan dan cerita adalah dari Takasi sendiri.



Bila baca tajuk pun dah nak tergelak ! Sekali tengok lukisan lagi kelakar! Komik ni diterjemah dalam Bahasa Malaysia oleh Huiz.

Komik bertajuk "Rahsia Cinta Kita".
Karya oleh Fuji Morita.
Diterjemah kepada Bahasa Malaysia oleh Shogakukan.
Edisi Bahasa Malaysia ni hanya diedarkan di Malaysia sahaja.



Komik ni tentang cinta.Kisah Romantik la macam tu. Tak minat sangat tapi tak tahu la lepas baca. Entah-entah angau 24 jam tak sudah.

Komik bertajuk "Kubu Bertoksik".
Karya oleh Oga.




Saya dapat dua komik "Kubu Bertoksik", satu dalam Bahasa Malaysia, satu lagi dalam Bahasa Inggeris. Komik ni mengenai sains dan pendidikan. Nampak menarik juga. Tak sabar nak baca (Agak-agak korang, saya akan baca BM dulu atau BI dulu? Hahaha!).

Selepas saya habis baca kelima-lima buku ni, saya akan kongsikan di blog ni! Tunggu OK! :)

Sekarang, saya nak kongsikan CARA UNTUK MENDAPATKAN KIRIMAN MISTERI DARI GEMPAK STARZ dengan PERCUMA!

OK. Kelima-lima buah buku ni bernilai RM70.00 untuk harga Sabah/Sarawak, RM64 untuk harga Semenanjung Malaysia. So, berbaloi dapat secara PERCUMA. Malah....setiap komik atau novel bergrafik tersebut, kita Kupon. Tentang kupon, saya akan cerita di hari yang lain. Hehe!

Sekarang saya nak cerita mengenai CARA UNTUK MENDAPATKAN KIRIMAN MISTERI DARI GEMPAK STARZ dengan PERCUMA! sahaja kat entri ni.

Langkah 1 :
Download aplikasi LINE di handphone.



Langkah 2 :
Add GEMPAK STARZ sebagai kawan di aplikasi LINE.

Langkah 3 :
Rajin-rajin lihat perkembangan GEMPAK STARZ di profil LINE mereka.

Langkah 4 :
Pastikan notifikasi LINE sentiasa ON, jangan silent (Kecuali berada di tempat-tempat yang tidak sesuai seperti dalam Perpustakaan, Sekolah dan Panggung Wayang.Hehehe!).

Langkah 5 :
Tunggu mesej LINE dari GEMPAK STARZ. Kadang-kadang ada mesej berkenaan TEKA & MENANG dari GEMPAK STARZ. Jangan terlepas pandang. Sebab, kalau korang lambat jawab TEKA & MENANG tu, kita akan kalah. Jadi melepas  lah KOMIK DAN NOVEL GRAFIK PERCUMA :)

Apa nak buat jika kita MENANG?

Jika kita MENANG, jangan abaikan mesej dari GEMPAK STARZ yang meminta butiran kita seperti, Alamat surat menyurat, Nombor telefon dan Email. Oh! Terlupa. Nama penuh jangan lupa ye. Hehe!

Kemudian, tunggu Hadiah misteri sampai rumah! :)

Terima kasih sebab baca sampai bawah. Tunggu entri saya mengenai Novel dan Komik yang saya dapat dari Gempak Starz dan mengenai Kupon Gempak Starz.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋




Share:

Jumaat, 8 September 2017

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 (Zaki Bijak)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Mesti majoroti rakyat Malaysia kenal Pejuang Kanser dari Pahang bernama Zaki Bijak. Kini, beliau sedang menjelajah Borneo dengan hanya berbekalkan RM1. Kepada yang masih belum kenal beliau, boleh tonton video di bawah ini.



Saya masih ingat lagi pada 24 September 2016 beliau pernah singgah sebentar ke Wilayah Persekutuan Labuan dan mendapat sambutan yang baik dari penduduk Wilayah Persekutuan Labuan sehingga viral mengenai beliau diseluruh laman sosial penduduk Wilayah Persekutuan Labuan. Ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menemui beliau secara bersemuka dan memberi sokongan buat beliau.




Pada tahun ini, bermula 29 Ogos 2017, beliau telah menyambung semula hasrat beliau untuk misi Hitch Hike di seluruh kepulauan Borneo.

Korang boleh membaca artikel daripada SabahanBlogger.com di bawah ini.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki menjelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.
Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantiketuntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. 

''Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah. 

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Dan bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak Pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan bantuan dari pelbagai bentuk beliau perolehi. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah !!!!

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.
Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang boleh la follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit Kanser.

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan.. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima. Bukan wang ringgit yang dipinta namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1 #cancerbukantiketuntukmati.

Segala pertanyaann atau bantuan yang ingin disalurkan ( mana tahu beliau singgah perkampungan anda ) boleh la berhubung terus dengan beliau. PM je kat facebook Zaki Bijak.

Kredit : Sabahanblogger.com

Zaki Bijak adalah seorang yang kuat dan tabah sama seperti orang lain yang sihat. Itulah yang perlu kita contohi daripada beliau. Jika korang ingin memberikan bantuan buat Zaki Bijak, bak kata SabahanBlogger.com, "Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima" boleh lah hubungan Zaki Bijak di laman facebook beliau.

Kepada korang yang tertanya-tanya apa itu "HODGKIN LYMPHOMA" yang dihidapi oleh Zaki Bijak, boleh teruskan membaca di entri bertajuk klik>>LIMFOMA HODGKIN yang dihidapi oleh Zaki Bijak<<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

LIMFOMA HODGKIN yang dihidapi oleh Zaki Bijak

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Setelah membaca berkenaan ZAKI BIJAK di artikel klik>>Pejuang Kanser Jelajah Borneo dengan RM1<<klik, pasti ada yang tertanya apa itu HODGKIN LIMPHOMA atau LIMFOMA HODGKIN dalam bahasa Malaysia. Berikut merupakan informasi mengenai penyakit ini.






HODGKIN LYMPHOMA adalah sejenis barah yang bermula daripada dalam darah putih yang dikenali sebagai Limfosit. Terdapat dua jenis utama Limfoma iaitu Limfoma Hodgkin dan Limfoma Bukan Hodgkin. Penyakit Zaki Bijak adalah Limfoma Hodgkin.

Untuk mengetahui apa itu LIMFOMA HODGKIN, ia adalah membantu untuk mengetahui tentang sistem limfa di mana ia juga dikenali sebagai sistem limfatik. Sistem ini adalah sebahagian daripada sistem imun yang membantu melawan jangkitan dan beberapa penyakit lain. malah, ia juga membantu aliran cecair dalam tubuh badan.



Secara utamanya, sistem limfa adalah terdiri daripada sel yang dipanggil sebagai limfosit iaitu sejenis sel darah putih. Terdapat dua jenis sel limfosit:

💟 Sel Limfosit B
💟 Sel Limfosit T

Sel Limfosit B
Sejenis protein yang dipanggil antibodi yang berfungsi sebagai melindungi tubuh badan daripada kuman dan bakteria.

Sel Limfosit T
Terdapat beberapa jenis sel Limfosit T. Sesetengah sel T akan merosakkan kuman atau sel-sel yang tidak normal di dalam badan. Ada juga sel T yang membantu meningkatkan atau melambatkan aktiviti sel-sel sitem imun yang lain.

Barah Limfoma Hodgkin biasanya bermula daripada sel Limfosit B. Tisu limfa berada di merata-rata tempat di dalam tubuh kita.Oleh itu, Barah Limfoma Hodgkin boleh jadi akan bermula dari mana-mana sahaja di tubuh kita.

Tisu limfoid yang utama adalah :

💟 Kelenjar Limfa
💟 Limpa
💟 Sumsum Tulang
💟 Timus
💟 Adenoid dan Tonsil
💟 Saluran Pencernaan

Kelenjar Limfa
Kelenjar Limfa adalah kelenjar yang hanya bersaiz kecil dan berbentuk seperti kacang.  Kelenjar Limfa adalah sebahagian daripada sistem limfa di mana membawa cecair, nutrisi, bahan buangan antara tisu badan dan aliran darah. Sistem limfa merupakan bahagian penting sistem imun dan sistem pertahanan tubuh daripada penyakit. Kelenjar limfa ini juga termasuklah di dalam dada, perut, dan pelvis. Kelenjar limfa ini bersambung antara satu sama lain dalam tubuh badan manusia.

Limpa
Limfa ialah organ di bawah rusuk bawah di sebelah kiri dalam tubuh manusia.Limpa membuat limfosit dan sel-sel sistem imun yang. Ia juga menyimpan sel darah yang sihat dan menyaring sel darah, bakteria dan sisa sel yang rosak.

Sumsum Tulang
Sumsum tulang adalah jaringan spons lembut yang terletak di dalam rongga interior tulang panjang. pada orang dewasa, sumsum dalam tulang besar menghasilkan sel-sel darah baru. Sumsum tulang membentuk sekitar 4% dari berat tubuh total (Sekitar 2,6 kg di tubuh orang dewasa yang sihat. Selain daripada menghasilkan sel darah baru, sumsum tulang juga menghasilkan beberapa sel limfosit.

Timus
Timus adalah orang kecil di bahagian atas tulang dada dan di hadapan hati. Ia sangat penting untuk pembangunan sel limfosit T.

Adenoid dan Tonsil
Ini adalah tisu limfoid di bahagian belakang kerongkong manusia. Ia membantu untuk membuat antibodi terhadap kuman yang dihirup atau ditelan.

Saluran Pencernaan
Saluran pencernaan adalah seperti perut,usus, dan banyak organ lain juga yang mempunyai tisu limfa.

Walaupun LIMFOMA HODGKIN boleh bermula dari di mana-mana sahaja tetapi kebiasaannya ia akan bermula dari bahagia atas badan seperti dada, leher atau bawah lengan.

LIMFOMA HODGKIN paling sering merebak melalui pembuluh limfa dari nodus limfa ke nodus limfa yang lain. Jika terlambat merawat penyakit ini, ia akan menyerang aliran darah dan tersebar ke bahagian lain badan seperti hati, paru-paru dan sumsum tulang.

Jenis-jenis LIMFOMA HODGKIN :

Jenis-jenis LIMFOMA HODGKIN yang berlainan boleh tumbuh dan tersebar secara berbeza dan dirawat juga dengan cara yang berbeza. Terdapat dua jenis LIMFOMA HODGKIN, iaitu :

💟 LIMFOMA HODGKIN KLASIK
💟 LIMFOMA HODGKIN LIMFOSIT NODULAR UTAMA

Limfoma Hodgkin klasik
Hampir 95% dalam semua kes LIMFOMA HODGKIN adalah LIMFOMA HODGKIN jenis klasik. Kes ini biasanya menyerang di negara-negara maju. Sel-sel kanser Limfoma Hodgkin klasik dipanggil sebagai "Reed-Sternberg. Sel ini biasanya adalah sel Limfosit B yang abnormal.Tumbesaran kelenjar limfa pada orang yang mengidap Limfoma Hodgkin klasik mempunyai sel "Reed-Sternberg" dalam bilangan atau kuantiti yang kecil dan mempunyai sebilangan besar sel imun normal. Kemudian, sel-sel imun yang lain akan membentuk nodus limfa yang besar. Terdapat 4 jenis Limfoma Hodgkin klasik.

💞LIMFOMA HODGKIN SCLEROSIS - Ini adalah penyakit kanser Limfoma Hodgkin yang biasa ditemui di negara maju. Ia juga adalah yang paling biasa dihidapi oleh kalangan remaja dan dewasa yang masih muda. Ia boleh bermula dari leher atau dada.

💞LIMFOMA HODGKIN SELULAR BERCAMPUR - Ini adalah jenis penyakit Limfoma Hodgkin yang paling kerap dihidapi oleh golong dewasa yang lebih tua. Ia juga boleh bermula dari bahagian atas badan.

💞LIMFOMA HODGKIN KAYA LIMFOSIT - Jenis ini jarang-jarang berlaku tetapi ia boleh menyerang golongan yang tua.

💞LIMFOMA HDGKIN KURANG LIMFOSIT - Ini adalah jenis yang paling kurang atau 'rare' . Namun, jika ia menyerang, ia akan menyerang golongan yang tua. Jenis ini lebih mudah menyerang di bahagian perut, limpa, hati dan sumsum tulang.

Limfoma Hodgkin Limfosit Nodular Utama
Limfosit Nodular Utama ini menyerang kira-kira 5% kes. Sel kanser jenis ini adalah sejenis sel yang besar dikenali sebagai sel popcorn kerana ia kelihatan seperti popcorn. Jenis ini biasanya bermula pada nodus limfa di leher dan bawah lengan. Ia boleh berlaku pada orang yang berumur dan biasa berlaku kepada lelaki berbanding wanita.

Begitulah informasi mengenai LIMFOMA HODGKIN yang dihidapi oleh Zaki Bijak.Kalau nak lebih lanjut, boleh cari info mengenai penyakit ini di laman web mengenai kanser di klik>>www.cancer.org<<klik.

Terima kasih membaca artikel ini.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share: