SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 18 Mac 2013

I love the way you read

Assalammualaikum Readers dan Bloggers :)

Sangat susah nak habiskan pembacaan untuk sebuah buku bila kita dah lama tak membaca buku kan? Saya sedang membaca sebuah buku yang mungkin topiknya tidak lah saya suka sangat tapi saya mesti baca dan habiskan. Untuk satu ujian esok. uh!

Bila rasa rimas nak membaca buku, teringat suatu ketika dulu betapa sukanya saya baca buku. Suka ke library tak kisah lah seorang atau berteman. Saya tak suka tidur dan saya lebih suka berjaga dan membaca buku. Pergh! Adakah itu saya yang dulu? What happen to me? dah lupa macam mana saya boleh buat macam tu masa dulu-dulu. Then? Saya perlukan kekuatan seperti yang dulu tu. HAHAHA! In Shaa Allah, praktis hari-hari akan tercapai jadi rajin baca buku semula!

Okey, saya tak nak cerita panjang tentang saya dan buku. Saya nak cerita tentang dia dan buku. Saya agak terkejut apabila melihat dia baca buku macam tu.

Last week, Encik Mohd Nasyit membeli sebuah buku yang diidam-idamkannya. SPEAK TO WIN by BRIAN TRACY.

Fall in love la i ngan mamat ni :p kekeke...
Saya tahu buku tu memang menarik. Just kurang menarik bagi saya bila saya agak kurengs dalam bahasa inggeris (May be saya kena buat macam dia. Baca buku bahasa Inggeris untuk improve BI saya). I KNOW the book is very good. Saya pun nak baca juga but...heee...oh man! i still say "but" and "but" and "but" . Change it please Sofinah Lamudin!.. Saya pun nak baca juga supaya saya dapat ilmu dalam buku tu dan dalam masa yang sama saya boleh improve BI saya. Fuhh! no "but" already..haha!

Encik Mohd Nasyit tanya, "Should i buy this...?" he looks confuse. Konpius sebab dia mahu buku tu tapi ada sesuatu yang perlu dibuat atau dibeli juga. I understand his feeling. Dia akan gembira bila dah dapat buku tu so i tell him.. "Buy it.." :) Lagipun, saya dah nampak dua tiga kali dia pegang buku tu. I know he very like that book. Dan dia bertambah bersungguh-sungguh nak buku tu after MRT Camp..saya faham, saya pun sakit hati juga masuk kedai buku, lepas tu jumpa buku favourite atau buku yang best dan tiba-tiba tak boleh membeli buku tersebut pada masa tu juga. Kecewa!

Seperti yang saya jangka, dia sangat happy memiliki buku tu :) I am happy too..

Kemudian, saya lihat dia cuba untuk mula membaca. Saya lihat cara dia pegang buku tu. Sangat perlahan dan berhati-hati. Dia buka buku tu tanpa melipat buku tu. You know what? I am touched!

Saya tak pernah nampak lelaki buka buku macam tu hati-hati. If perempuan , its normal.

Semasa saya pegang buku tu, mungkin agak kasar.. he said, "Jangan lipat!" Actually, saya tak lipat pun..saya just belek dan urut tengah buku tu.

Saya pun tanya, "kenapa tak tulis nama dan tarikh beli buku?"

Dia jawab, "Tulisan saya akan merosakkan buku tu.."

SWEET GILOS!

Bagi saya,apabila kita sayang buku, tu maksudnya adalah sayang ilmu yang ada di dalam buku tu.

p.s 1 : Hormati ilmu... :)

p.s 2 : I love you Encik Mohd Nasyit Md. Nooh :) Hahaha! (Sorryla...ni la lumrah orang bercinta, Kalau tak angau tak sah...huhuhu.)



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 13 Mac 2013

My February 2013

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Apa yang saya lalui pada bulan Februari 2013? Saya rasa sangat full. Busy sangat dengan benda-benda baru yang belum pernah buat sebelum-sebelum ni.

Okey lah mari saya refresh balik...Februari, saya sibuk dengan FOREX...yes! saya sibuk dengan Forex, money, bank, tak lupa juga dengan sibuk dengan melepak, berbincang, belajar, berfikir, what-so-ever lah...sampai saya tak perasan masa berlalu begitu cepat!

Talking about Forex, bulan Februari, saya terkena MC = MARGIN CALL! what the...hah!! Akaun saya Margin Call kerana saya tak berdisiplin dalam trading...padan muka saya!

Punca saya tak berdisiplin dalam trading adalah kerana BOSAN..bosan melihat chart yang saya tak boleh ganggu chart tu mengikut apa yang saya suka...haha..hingga satu masa, saya ganggu chart tu dan saya dapat profit besar! Then, saya buat lagi buat lagi dan buat lagi perkara yang sama berulang-ulang...

hingga...timbul satu perasaan tamak...bila dah tamak dan seronok, saya start tak mahu ikut rules trading...hakhakhakhak...its fun gila! memang fun sebab profit saya sangat maintain...terus naik dan naik...

Its fun until...saya bangun pagi dan buka chart, duit saya dalam akaun tu hangus! FUN la sangat...padan muka saya! Triple padam muka. Fun tu Memanglah fun... Just one thing kena beringat, jangan lupa stop bila dah rasa fun sangat.. hahaha! Makan diri nanti..

Walau bagaimana pun, saya tak mahu berhenti separuh jalan..Biar la akaun tu Margin Call...Saya tetap tak nak stop dalam bidang Forex ni... nope! i don't want... masih terlalu awal untuk berhenti study forex ni..lagipun ia hanya kesilapan yang pertama. Duit yang hangus tidak memberi apa pun kesan sampingan pada saya. Yang saya tahu, saya nak cuba lagi.

Bila dah Margin Call, Alhamdulillah, saya dapat dua akaun baru.. hehehehe... Jadi, maksudnya, Margin Call give me something better..

Selain sibuk dengan Forex, Saya dan Encik Mohd Nasyit sempat juga lepak-ing together...of coz la kan... paling best tu bila mak ayah bagi green light lepak dengan bakal menantu dia..haha!

Malam 25 Februari 2013, kami berseronok di keramaian penutupan Hari Wilayah...

Me and Wawa...anak buah My Mohd Nasyit :)

Cantik kan? hehe...

Lepas asap semua clear, ada lampu pula... pandai diorang buat...

We Love each other...

err..hehehe...

Bulan Februari 2013 ni, saya agak sibuk juga dengan lukisan.. hehe.. seronok juga sebab dah lama tak melukis. Tambah seronok bila, saya bukan melukis sendirian.. saya melukis bersama insan kesayangan saya, Encik Mohd Nasyit :)

Satu lagi, Februari 2013 adalah tarikh lahir Encik Mohd Nasyit. Hehehe... Saya sibuk dengan video dan kad ucapan untuk dia..ada juga melukis untuk dia..tapi macam tak cun la.. nnt nak lukis lagi sampai cun.. hehe...

Antara persiapan birthday untuk Encik Mohd Nasyit bulan lepas :




Digital Card untuk Encik Mohd Nasyit bulan lepas :



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share: