Sejak kebelakangan ni saya selalu berjaga malam (lewat tidur). Maklumlah... dah nak hujung tahun. Banyak kerja nak selesaikan sebelum menjelangnya tahun baru (2019). Apabila lewat tidur tapi kita bangun awal, kita akan menghadapi masalah tak cukup tidur. Selain itu, mata pun jadi gelap. Dah mirip mata panda dibuatnya. Wahaha...Sebagai perempuan, memang saya pun tak suka ada lingkaran gelap pada bawah mata. Apatah lagi kalau ada kantung mata (eyebag). Rasanya, bukan 90 peratus wanita benci akan lingkaran gelap bawah mata ni. Saya yakin 100 peratus wanita iaitu setiap wanita tak suka. Zaman sekarang, jangankan wanita....lelaki pun tak suka tau!
Zaman sekarang, memang tak kira wanita atau lelaki. Memang kebanyakkannya tahu dan mahu menjaga penampilan diri terutamanya wajah. Kalau mata dah serupa panda, macam mana nak mengorat. Eehh! Wahaha..kesitu pula. Maksud saya kat sini, di wajah, perkara paling penting adalah tak ada lingkaran gelap di bawah mata maka kita akan kelihatan segar dan cute! Kann? Tehee.
APAKAH MAKSUD LINGKARAN GELAP BAWAH MATA DAN EYEBAG (KANTUNG MATA)?
Maksud Lingkaran Gelap Bawah Mata
Hhaaah! Tak semua tahu lingkaran gelap bawah mata tu apa. Mereka yang tak pernah mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata jarang tahu apa itu lingkaran gelap bawah mata. Lingkaran gelap bawah mata ni adalah seperti di dalam gambar di bawah :
Sumber Gambar : Google |
Sumber Gambar : Google |
Maksud Kantung Mata (Eye Bag)
Ramai yang keliru.Sebenarnya, lingkaran gelap bawah mata dan kantung mata (eyebag) adalah berbeza. Kebanyakkan kita akan kata, eyebag itu adalah lingkaran gelap bawah mata. Sebenarnya ia adalah salah.
Kantung mata adalah seperti dalam gambar di bawah :
Sumber Gambar : Google |
PERBEZAAN ANTARA LINGKARAN GELAP BAWAH MATA DAN EYEBAG (KANTUNG MATA)?
Perbezaan antara kantung mata (eye bag) dan lingkaran gelap bawah mata. |
Sebenarnya apa punca masalah lingkaran bawah mata ni timbul?
PUNCA LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (EYEBAG)
1. Keletihan yang melampau
Keletihan yang dimaksudkan di sini adalah apabila kita mengalami kekurang tidur atau terlebih tidur. Hhaaah! Bukan kurang tidur sahaja yang menjadi punca hal ni berlaku tau. Oversleeping pun boleh menjadi puncanya.
Selain itu, sekiranya kita mempunyai waktu tidur berjadual, bawah mata kita juga akan gelap apabila kita tidak tidur pada jam yang kita biasa masuk tidur. Terutamanya jika kita terlewat tidur dalam dua jam terlewat. Apatah lagi, jika tidur kita tidak tentu masa.
Apabila kita kurang tidur pula, ia akan mengakibatkan kulit menjadi kusam dan pucat. Malah, ia akan membuatkan tisu dan saluran darah bawah kulit juga turut menjadi gelap.
2. Faktor Umur
Faktr penuaan semulajadi juga boleh menjadi punca kepada masalah lingkaran gelap bawah mata. Apabila kita menua, kulit kita akan menipis. Kita akan kehilangan lemak dan kolagen yang diperlukan untuk mengekalkan keanjalan kulit kita.
Oleh hal demikian, pembuluh darah yang gelap di bawah kulit kita akan menyebabkan kawasan bawah mata kita menjadi gelap.
3. Tekanan Mata
Ketegangan mata boleh berlaku apabila kita menatap skrin televisyen atau komputer terlalu lama. Begitu juga dengan membaca dalam gelap dan dalam jangka masa yang panjang.
Tekanan mata seperti ini akan mengakibatkan pembuluh darah sekitar mata akan membesar dan hasilnya kulit di bawah mata kita akan menjadi gelap.
4. Alahan (Allergies)
Reaksi alahan dan kekeringan mata boleh mencetuskan lingkaran gelap bawah mata. Apabila kita mempunyai alahan, badan kita akan melepaskan histamines sebagai tindak balas terhadap bakteria berbahaya.
Selain daripada menyebabkan gejala yang tidak selesa seperti gatal, merah, dan mata bengkak, histamines juga menyebabkan saluran darah kita menjadi lebar dan menjadi lebih kelihatan di kawasan bawah mata kita.
Alahan juga boleh meningkatkan kemungkinan kita akan menggaru atau menggosok di sekeliling mata kita. Jadi, tindakan ini boleh meningkatkan lagi gejala mata kita. Ia akan menyebabkan keradangan, membengkak dan pembuluh darah akan pecah. Ini boleh menyebabkan gelap di bawah mata kita.
5. Dehidrasi (Kering)
Dehidrasi adalah penyebab biasa yang membuatkan lingkaran bawah mata kita menjadi gelap. Jika badan kita tidak menerima jumlah air yang sepatutnya, kulit di bawah mata kita akan kelihatan kusam dan mata kita akan kelihatan tenggelam. Hal ini kerana jarak tulang bawah mata yang berhampiran dengan kulit bawah bawah mata.
6. Pendedahan Cahaya Matahari
Kerap terkena cahaya matahari atau pendedahan dengan cahaya matahari boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan lebihan melanin. Melanin adalah pigmen yang memberikan warna kepada kulit kita. Akibat terkena cahaya matahari yang melampau boleh menyebabkan pigmentasi pada kulit kita terutamanya di sekeliling mata kita.
7. Genetik
Sejarah keluarga juga boleh jadi penyebab kepada lingkaran gelap bawah mata kita. Ia boleh menjadi satu sifat semulajadi yang diwarisi oleh keluarga kita. Kerana itulah kadang kala kita akan terlihat kanak kanak yang berusia muda mempunyai lingkaran gelap pada matanya.
Lingkaran gelap bawah mata yang dialami oleh kanak kanak ini akan hilang apabila dia sudah meningkat usia. Namun, ada juga yang sebaliknya.
RAWATAN MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Rawatan semulajadi atau di rumah.
1. Letakkan ais / sapu air sejuk
Ais atau air sejuk boleh membantu mengurangkan bengkak dan boleh juga mengecutkan pembuluh darah yang mengembang di bawah kulit. Ini boleh mengurangkan bengkak dan menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.
2. Dapatkan tidur yang cukup
Jika kita jenis yang selalu tidur lewat tetapi bangun awal, itu bermakna kita tidak cukup tidur. Manusia sepatutnya mendapatkan cukup tidur sekurang kurangnya 7 hingga 8 jam. Kekurangan tidur boleh menyebabkan kulit kita kelihatan pucat dan ia akan menjadikan bulatan gelap pada mata akan lebih jelas.
Benarkan diri sendiri untuk mendapatkan rehat secukupnya.
3. Tidur dalam keadaan meninggikan kepala
Cara kita tidur juga boleh menjadi punca mendapat lingkaran gelap bawah mata. Tinggikan bantal dan kepala tertunduk sedikit untuk mengelakkan cecair daripda bawah mata ke atas dan akan membuatkan ia kelihatan bengkak atau bertambah bengkak.
4. Gunakan petua uncang teh (teh hijau juga boleh)
Penggunaan uncang teh yang sejuk pada bawah mata boleh membantu merangsang peredaran darah, mengecilkan saluran darah dan mengurangkan cecair di bawah kulit kita. Hal ini kerana teh mempunyai kafein dan antioksidan.
Rendamkan dua uncang teh di dalam air yang panas selama 5 minit. Kemudian, masukkan uncang teh ke peti sejuk selama 15 hingga 20 minit. Sebaik sahaja ia sejuk, gunakan uncang tersebut selama 10 hingga 20 minit. Setelah selesai, bilas mata dengan air sejuk.
5. Menggunakan Concealers
Walaupun penggunaan kosmetik tidak menyembuhkan lingkaran gelap pada bawah mata, ia boleh membantu untuk menutup lingkaran gelap tersebut buat sementara waktu.
6. Menggunakan produk anti lingkaran gelap yang boleh dipercayai.
Saya akui, memang tips menghilangkan lingkaran gelap bawah mata yang sering saya gunakan adalah rawatan no. 5 iaitu menggunakan kosmetik. Wahaha. Rawatan la sangat kan. Bukan apa...dapatkan tidur yang cukup kadang kala tidak boleh nak dilaksanakan jika kebetulan di waktu yang sangat sibuk. Ia menuntut saya untuk berjaga hingga lewat malam.
Cara menghilangkan lingkaran gelap bawah mata yang lain pula bukanlah tak bagus. Bagus! Sebab selamat. Cuma, dah tidur pun tak dapat nak dicukupkan, inikan pula nak ada masa untuk letak ais atau uncang teh. Di waktu yang kurang sibuk, boleh je. Tapi saya rasa, saya lebih prefer produk gel atau krim yang boleh kita sapukan sahaja pada mata. Yang penting produk tu selamat digunakan!
Dah la selamat, mudah pula!
Kan?
Produk yang saya gunakan adalah Gel Rawatan Mata (Anti Lingkaran Gelap), Co-Enzymeq10 with vitamin A dari Cosmoderm! Hhaaah!
Gel Anti Dark Circles (Lingkaran Gelap Bawah Mata) |
Ni lah produk yang saya suka gunakan. Main sapu je. Senang. Saya akan cerita dengan korang tentang produk ni kat entri yang lain, okay! Tunggu tau!
Hhaaah! Selepas dah tahu antara kantung mata dan lingkaran gelap bawah mata tu berbeza, boleh lah bagi tahu kat kawan korang, okay! Sharing is caring kan. Kongsikan artikel ni kat kawan korang pun boleh.
Kalau nak mengelak dari mengidap masalah lingkaran bawah mata, kena lah elakkan semua punca yang saya kongsikan kat atas tu. Kalau nak merawat lingkaran gelap pula, boleh cuba salah satu dari 6 cara bagaimana nak menghilangkan lingkaran gelap bawah mata kat atas.
Terima kasih membaca entri ni. Semoga korang dapat tidur yang cukup supaya kulit bawah mata tak gelap dan kekal cantik. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog .
5 Kata-kata Dari Teman:
good sharing & tips!!menarik guna uncang teh tu!nanti boleh try!hehe
thanks share entry panjang berjela ni ..best baca .. kak pip baca sampai habis ... dan betullah panda kalau ada "panda eyes" tu memang cute , tapi kita kalau ada panda eyes, adoi ... berganda ganda bida' kan ...
Terima kasih. Selamat mencuba Sis Gee... semoga Tips menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ni bermanfaat kepada pembaca.
Terima kasih singgah ke blog saya dan membaca entri mengenai rawatan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ni :)
Ahahaha...iya kak Pips. Panda tu kesian kalau tak gelap matanya. Jadi pelik kak. Thanks kak baca entri untuk hilangkan mata panda. hahaha.
Catat Ulasan