SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 20 Januari 2018

Manfaat dan Faedah Mengamalkan Detoks Natural Clenx Tea

Manfaat dan Faedah Mengamalkan Detoks Natural Clenx Tea

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Walaupun saya kurang mengamalkan senaman kecergasan pada tahun lepas seperti yang saya ceritakan di dalam entri "ingin mengembalikan rutin senaman dan kecergasan", saya tetap mengamalkan detoks dengan produk Detoks Natural Clenx Tea. Manfaat dan faedah mengamalkan Detoks Natural Clenx Tea ni banyak. Sama seperti kita mengamalkan makanan detoks semulajadi seperti Epal dan sayur sayuran yang lain. Untuk mengetahui manfaat dan faedah mengamalkan Detoks Natural Clenx Tea ni, boleh teruskan membaca.

Manfaat dan Faedah Mengamalkan Detoks Natural Clenx Tea - Sofinah Lamudin

Baca : "Detoks dengan makanan semulajadi".

Bahan Natural Tea

Natural Clenx Tea merupakan teh detoksifikasi dan pelangsingan badan. Bagi mereka yang tidak sempat memilih makanan semulajadi untuk dijadikan detoks, bolehlah mencuba Natural Clenx Tea ni. Natural Clenx Tea adalah teh detoksifikasi dan pelangsingan badan yang berkualiti tinggi yang dibuat daripada 100% teh hijau organik semulajadi dan herba. Ia tidak mengandungi sebarang laksatif, gula tambahan dan tiada kesan sampingan.

Halal dan Selamat

Produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh diminum dengan selamat. Produk ini juga telah diiktiraf HALAL oleh JAKIM dan proses pengilangannya memenuhi segala piawaian proses pengeluaran GMP antarabangsa.

Manfaat Utama Natural Clenx Tea

Natural Clenx Tea boleh mengurangkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan yang ideal. Malah boleh menggalakkan proses perkumuhan dan melegakan sembelit serta meningkatkan keupayaan organ organ detoksifikasi dan boleh menguatkan sistem imunisasi.

Keunikan Natural Clenx Tea

Natural Clenx Tea hanya perlu diminum 1 uncang sehari dan tidak memerlukan sebarang diet. Natural Clenx Tea juga mempunyai kandungan organik dan semulajadi dan tidak menyebabkan cirit birit.

Saya dan Natural Clenx Tea

Saya mengamalkan detoks sejak tahun 2012 selepas mendapat kesedaran mengenai penyingkiran toksin dalam badan dengan makanan semulajadi seperti buah buahan dan sayur sayuran atau makanan serat. Tetapi sejak agak sibuk dan kadang kadang nak cepat,jadi saya memilih untuk minum teh ni je. Senang.. bancuh dan minum. Saya mula mengamalkan detoks dengan Natural Clenx Tea sejak tahun 2015 sebab harga Natural Clenx Tea sangat berpatutan dan berbaloi.

Saya mengambil Natural Clenx Tea bukan sebab nak kurus sebab saya memang dah kecik. Tapi sebab utamanya adalah nak detoks dan buang toksin dalam badan. Maklumlaa.. walaupun kita ni kata nak makan makanan sihat, ada masa kita melantak juga makanan yang berlemak, tinggi kolestrol dan sebagainya. Bayangkan macam saya dan Mr.Bee, hujung minggu adalah cheat day..boleh makan makanan apa sahaja. Enjoylah makanan tuu...Bila dah tiba masa cheat day ni, biasanya saya yang over. Macam macam saya makan. Contohnya, mee segera... Hhaaah! Mee segera ni makanan kegemaran saya sejak sekolah. Cheat day memang saya pilih mee segera. Kalau makan kat luar, saya lupakan sayur dan buah, confirm sure saya pilih makanan yang berlemak seperti kari kambing minyak kilat kilat timbul kat atas. Tehee... Mee goreng mamak tu pun boleh jadi pilihan juga..selain tu, boleh laa makan burger, pizza dan seumpamanya...fuuhh!

Hari biasa, isnin hingga jumaat dah tak boleh cheat day. Masa ni laa saya akan ambil Natural clenx tea dan ambil makanan ala kadar je.Sekadar keperluan badan dan tenaga. Mee segera semua tu wajib puasa. Hhuhuhu.. Kadang kadang muka kemek juga laa hari normal tak boleh ambil mee segera sebab kegemaran kan. Tapi tak boleh laa hari hari mee segera. Mee segera boleh buat saya sembelit!


Hhaaah! Sebut berkenaan sembelit, saya ada masalah sembelit juga. Sebab tu saya sangat suka Natural Clenx Tea ni. Settle masalah sembelit! Tambah tambah kalau makanan yang diambil ada sayur, oat, pisang dan epal. Best sangat pergi tandas.. Wahahaha! Tak sangkut sangkut. Tehee...

Cara Pengambilan Natural Clenx Tea

Bagi saya dan Mr.Bee, kami tak ambil Natural Clenx Tea setiap hari. Kami ambil dalam satu minggu dua hingga tiga kali sahaja. Sebab apa? Sebab saya pernah mengalami satu situasi. Saya ambil spirulina dalam masa yang sama saya ambil Natural Clenx Tea. Bukan serentak tapi dalam hari yang sama. Bayangkan, masa pergi tandas, Spirulina keluar sekali semasa buang air besar? Wahahahaha! Bentuk dia masih bulat tau! Serius! Tak sempat hadam pun dah habis ditelan pam tandas! Jadi, sayangkan makanan tambahan yang ditelan dibuang begitu sahaja tanpa sempat proses penyerapan? Saya tak pasti juga kenapa terjadinya begini tapi, saya pernah belajar dalam satu kelas kesihatan tahun 2012, jangan ambil produk detoks kalau ambil vitamin dan makanan tambahan lain sebab sayang nanti dia 'cuci' sekali semasa proses detoksifikasi berlangsung dalam badan.. Saya tak percaya jadi, saya buat. Tiba tiba saya mengalaminya. Tehee...

Jadi, oleh hal yang demikian, saya dan Mr.Bee ambil detoks dua hingga tiga kali seminggu sahaja. Dan kadang kadang tak sampai pun tiga kali. Dua kali sahaja.

Biasanya kami akan ambil waktu malam selepas makan malam atau sebelum masuk tidur. Kalau Tak waktu malam, ambil waktu pagi sebelum atau semasa sarapan atau selepas sarapan

Tapi, jika korang baru pertama kali mengambil produk detoks, saya syorkan ambil dulu tiga hari berturut turut sebab banyak sangat sisa lama terkumpul dalam usus dan kemungkinan besar toksin dalam badan juga dah lama tak disingkirkan. Lepas tiga hari, boleh berhenti sekejap. Kemudian, bolehlaa ambil seminggu sekali atau dua kali.


Cara Bancuh Natural Clenx Tea

Masukkan 1 uncang Natural Clenx Tea ke dalam gelas atau cawan berisi air panas, kemudian biarkan selama 5 hingga 10 minit. 5 minit pun dah cukup tapi saya suka 10 minit biar kaw kaw sikit. Kalau saya, saya tak tambah sebarang gula. Ada orang, dia rasa tak suka dengan rasa herba, jadi, boleh laa tambah gula tapi jangan banyak. Sebab gula banyak sangat tak elok. Selepas 5 minit tu boleh keluarkan uncang teh tu dari gelas. Dan boleh diminum.

Perkara Salah Ketika Mengambil Natural Clenx Tea

Walaupun Natural Clenx Tea kata, produk ini adalah teh pelangsingan badan, jangan salah faham sehingga korang mengambilnya tanpa makan sebab nak kurus. Kalau korang puasa, tiba tiba ambil Natural Clenx Tea pada waktu sahur, bahaya untuk usus. Jangan salah faham dengan maksud detoksifikasi. Detoks bukan produk pembakar lemak seperti fat bunner. Banyakkan minum air masak untuk lebih membantu pelancaran pembuangan lemak air.

Manfaat dan Faedah Mengamalkan Detoks

Detoks penting untuk semua orang tidak kiralah mereka yang berbadan besar atau kurus. Sebab fungsi utama detoks adalah untuk membersihkan kolon dari sisa makanan yang sudah lama tersimpan dan menyingkirkan toksin dalam badan serta meningkatkan keupayaan organ organ detoksifikasi.

Antara manfaat dan faedah mengamalkan detoks ialah :

Meningkatkan Tenaga

Ramai yang mengamalkan detoks akan merasakan peningkatan tenaga. Hal ini kerana kita telah menghentikan kemasukkan makanan yang tidak baik dan tidak sihat ke dalam tubuh badan kita tetapi lebih memilih untuk makanan yang sihat. Dengan detoksifikasi, kita boleh menyingkirkan gula, kafein, lemak tepu dan lemak merbahaya dari berada di dalam tubuh badan kita dalam tempoh yang lama. Oleh hal yang demikian, bagi mereka yang sibuk dan tidak sempat mendapatkan makanan yang mempunyai fungsi serat, boleh laa mengamalkan pengambilan detoks Natural Clenx Tea.

Saya seorang pengguna tegar produk kafein seperti kopi, teh dan coklat. Jadi, jika pengambilan kafein yang berlebihan biasanya akan menjejaskan kualiti kesihatan. Selalu juga rasa cepat penat, rasa mual dan sakit kepala sebab pengambilan kafein. Sebab tu lah saya mengambil Natural Clenx Tea supaya kafein tidak terlalu lama berada dalam badan.

Menanggalkan Sisa dan Bahan Yang Berlebihan Dari Badan

Detoks adalah untuk membersihkan tubuh dari sisa yang berlebihan dalam dalam badan. Detoks membantu hati melakukan proses detoksifikasi. Begitu juga dengan buah pinggang dan usus besar. Pembersihan kolon pula adalah bahagian paling penting dalam proses detoksifikasi kerana toksin perlu keluar dari badan dan kolon yang dibantu oleh makanan detoks boleh lebih melancarkan lagi proses detoksifikasi.

Saya ada sebutkan berkenaan sembelit. Sembelit ni bahaya dan boleh menghadapi masalah tidak membuang air besar berhari hari jadi boleh menyebabkan toksin berada di dalam tubuh dalam tempoh yang lama. Natural Clenx Tea boleh membantu melegakan sembelit disamping melancarkan proses pembuangan. Tehehe...

Membantu Dalam Pengawalan Berat Badan

Pengamalam Detoks boleh membantu dalam pengurangan berat badan dalam jangka masa pendek. Tetapi, adalah lebih baik mengamalkan proses penurunan berat badan dalam jangka masa panjang dan menggabungkan cara penurunan berat badan melalui detoks dengan senaman.

Detoks boleh membuang sisa berlebihan dan lemak air tetapi lemak tepu tak boleh.. Sebab tu laa kena senaman juga kalau nak penurunan berat badan yang lebih bersifat jangka masa panjang.

Pernafasan Yang Baik

Sudah dijelaskan bahawa salah satu punca mulut berbau adalah berpunca dari usus besar yang tidak sihat. Sebab itulah.. kolon yang bersih dan sihat akan membantu pernafasan yang lebih baik dan tidak berbau. Perlu juga diketahui, nafas kita akan bertambah berbau ketika proses detoksifikasi tetapi ia akan kembali normal setelah selesai.

Sistem Imun Yang Lebih Kuat

Apabila kita membuat detoksifikasi, badan kita akan lebih bersih dan bebas dari sisa yang tidak diingini. Oleh hal yang demikian, organ kita akan berfungsi dengan lebih baik. Ini akan membantu meningkatkan sistem imun kita menjadi lebih baik kerana dapat menyerap nutrien dengan lebih baik termasuklah vitamin C. Herba yang diambil ketika proses detoks juga akan membantu sistem limfa agar berfungsi dengan baik.

Itulah sedikit manfaat dan faedah mengambil detoks Natural Clenx Tea yang boleh saya kongsikan kat sini. Kalau nak tahu makanan semulajadi yang berfungsi untuk detoksifikasi, boleh la membaca artikel bertajuk "Detoks dengan makanan semulajadi".

Kalau korang nak cuba Natural Clenx Tea ni, senang saja nak dapatkan. Dah banyak pasaraya yang menjual Natural Clenx Tea ni. Tapi tempat yang paling mudah nak cari adalah di Watson dan Guardian.

Selamat berdetoks! VvaawaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sopheestudio, @sillywonk, @sopheericher

Share:

59 Kata-kata Dari Teman:

ummul azkee berkata...

ok eh, boleh cuba lain kli, thnks singgah blog Ua.. lainkli singgah lg yer....tq

Sofinah Lamudin berkata...

Sama sama... hehe..

Tanpa Nama berkata...

Tak sesuai dengan saya, bila minum kena cirit-birit yang ekstrem. Rasa seksa sangat, tak sanggup minum. TAK SEDAP MACAM MINUM INAI. Pengalaman saya, mungkin lain orang, lain kesan.

Sofinah Lamudin berkata...

Ohh.. rasanya macam Inai ke ? hehehe... saya tak sure pula rasa Inai macam mana. Saya minum campur dengan air suam. Rasa dia memang tak senyaman teh boh la.. tapi saya ok je. Memang setiap produk tu tak sama. Kesesuaian akan mengikut individu. Alhamdulillah saya dan Mr.Bee sesuai guna Detox Natural Clenx Tea ni.

lizyan berkata...

yup konsisten stahun mcuba...brt trun tnpa sedar walaupun xbsnm..hehe...tu xbleh xada stok...

lizyan berkata...

yup...stahun sudah konsisten minum clenx tea..brt trun tnpa sedar walaupn xsnman

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah kalau macam tu lizyan... Clenx tea ni bagus juga untuk buang toksin dalam badan... untuk kesihatan.

nurul berkata...

Assalamualaikum. Sy br seminggu minum.
Minum sblm tdo, esok pg perut memulas2 sampai 4,5x g toilet. Yg xtahan perut
memulas tahap gaban tp masih minum gak.
Nk kurangkan buncit.

Sofinah Lamudin berkata...

Awal awal memang macam tu. Nanti dah lama sikit, kurang hingga 4 hingga 5 kali ke tandas... Jangan lupa minum air banyak.

Unknown berkata...

Sis.. Law mnum setiap hari 1sct bole x.. Sye berat bdn smkin naik... Dr 50 skrg dah naik 63..mcm sye mengandung 9bln dlu... Rsu sye... Sye mkn pil perancang..bole x minum clen tea

Sofinah Lamudin berkata...

Sis, fungsi detoks bukan untuk buang lemak tepu tapi hanya buang lemak air yang berlebihan serta membuang toksin dalam badan. Kalau nak lebih berkesandalam proses penurunan berat badan, perlu juga detoks yang disertakan dengan senaman.

seperti yang saya tuliskan di atas :

"Membantu Dalam Pengawalan Berat Badan

Pengamalam Detoks boleh membantu dalam pengurangan berat badan dalam jangka masa pendek. Tetapi, adalah lebih baik mengamalkan proses penurunan berat badan dalam jangka masa panjang dan menggabungkan cara penurunan berat badan melalui detoks dengan senaman.

Detoks boleh membuang sisa berlebihan dan lemak air tetapi lemak tepu tak boleh.. Sebab tu laa kena senaman juga kalau nak penurunan berat badan yang lebih bersifat jangka masa panjang."

Minuman detoks tak perlu juga di minum setiap hari. Jika pertama kali menggunakan produk detoks, minggu pertama sahaja setiap hari, minggu seterusnya dah tak perlu. seminggu 2 kali dah cukup dan biasa saya minum sebelum tidur. Jangan lupa pengambilan makanan sihat dan minum air secukupnya untuk proses penurunan berat badan yang betul. Tak boleh bergantung dengan detoks semata2.

Intan Alias berkata...

Salam. Saya amalkan detox clenx tea dah masuk 3thn. Sy kerap amek juga sehari sekali saya mnm tp ada masa2 mls sy skip juga. Sebab sy ada masalah sembelit juga bila x mnm jadi susah membuang. Saya amek bkn sbab nk kurus sgt sekadar nk maintain dan utk proses pencernaan supaya lancar. Soalan saya adakah ambil setiap hari ada kesan sampingan.

suriya berkata...

Bole minum masa period x

Tanpa Nama berkata...

sis, macam mana cara minum detox ni? knapa tak boleh minum hari2?

Sofinah Lamudin berkata...

Tak ada masalah. Saya minum semasa period juga.

Sofinah Lamudin berkata...

Jika pertama kali minum produk detox, minggu pertama, minum 3 hari berturut-turut. Sebab usus kita menyimpan sisa buangan yang lama. minggu kedua dan seterusnya, 1 kali atau 2 kali seminggu dah cukup.

kenapa tak boleh minum detox setiap hari?

sebab, perut akan cramp, kita akan cirit birit, dan kita akan weak dan jika kita minum berlebihan tanpa keperluan, ia akan membahayakan usus. Detox bukan untuk kurus/slim. Tujuan kita minum detox tea adalah untuk menyingkirkan toksin dan sisa lama dalam usus sahaja.

Sofinah Lamudin berkata...

Sebenarnya ada beberapa kes. Ada yang minum detox setiap hari sebab katanya nak kurus cepat. Actually, detox bukan untuk kurus tanpa senaman. Detox adalah untuk membuang toksin tak baik dalam badan dan bantu sistem pencernaan seperti sembelit. Elakkan minum detox setiap hari. 1 kali atau 2 kali seminggu tu dah cukup...semasa ambil detox, jangan lupa minum air secukupnya dan terus mengambil kalori. Tak boleh minum detox sahaja tanpa makan makanan berat dan kurang minum air sebab risiko usus akan koyak. Tak ada apa nak dibuang kan. Tapi minum detox. Kan bahaya?

Bergantung dengan individu. Kalau saya, saya tak ambil setiap hari terutamanya saya nak keluar rumah. Tak nak nanti tiba2 perut memulas di waktu yang tak sesuai. hahaha.

Unknown berkata...

Saya baru Cuba minum clenx tea baru 3hari ,sebelom tidur saya Amal kan satu cawan ,setiap pagi misti Buang air besar,rasa badan rengan sikit,tq

Sofinah Lamudin berkata...

Yeahhh... Clenx Tea memang akan buat kita rasa lega. Tak akan ada masalah untuk buang air besar dah. hhaha..

Eykaa berkata...

Minum sikit rasa mual , perut jadi mcm tak selesa ? Normal ke ye ?

Unknown berkata...

Kalau saye nak minum hari2 bole tak?? Ade kesan sampingan ke?

Unknown berkata...

Kalau saye nak minum hari2 bole tak?? Ade kesan sampingan ke?

Unknown berkata...

Haii..nk tnya ibu yg mnyusukan anak bole ambk x teh ne? Anak umo 2thn+++

Unknown berkata...

Sye amik detox ni sbb ada mslh sembelit n bila sembelit perot nmpk buncit... Bila amik detox ni rse puas sgt time buang air besar sbb lancar je... X kisah lh sakit perot memulas tu sbb lega dpt buang dgn lancar

Tanpa Nama berkata...

Boleh ke minum clenx tea semasa mengandung ?

Unknown berkata...

Mnyusukn ank umo 2 tahun bolh minum x?

Unknown berkata...

Minum hari2 ke

Sofinah Lamudin berkata...

Rasa mual sebab rasa teh tu kot. Kalau first time cuba detox cleanx tea memang tak biasa dengan rasa dia. Ada yang kata rasa dia macam rumput. Maybe sebab dia herba so, rasa dia memang tak best. Perut tak selesa tu sebab dia detox sebab tu la... especially kalau first time minum ni atau dah lama tak minum.

Sofinah Lamudin berkata...

Actually Clenx tea tak minum hari hari pun tak apa. Kalau nak minum hari hari, make sure bukan untuk tujuan nak slim dan sengaja tak makan berat (hanya minum cleanx tea). Bahaya kat usus...ia sama macam kita makan buah2an/sayuran tanpa karbo...

Sofinah Lamudin berkata...

Actually Clenx tea tak minum hari hari pun tak apa. Kalau nak minum hari hari, make sure bukan untuk tujuan nak slim dan sengaja tak makan berat (hanya minum cleanx tea). Bahaya kat usus...ia sama macam kita makan buah2an/sayuran tanpa karbo...

Sofinah Lamudin berkata...

Better jangan.

Sofinah Lamudin berkata...

Ye betul. Clenx tea ni sangat bagus untuk mereka yang sembelit. saya pun ada masalah sembelit juga, so far minum cleanx tea sangat membantu.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe... better jangan. Kalau nak juga, kena tanya doktor.

Sofinah Lamudin berkata...

Saya rasa better jangan sis. Kalau nak juga, tanya doktor.

Unknown berkata...

Terbaik .... suka detoks ni

Unknown berkata...

Detox nie ad kesan sampingan yg tidak baik tak?kalau yg jual dekat shopee tu boleh dipercayai n dibeli ke?

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih singgah sini dan membaca manfaat dan faedah mengamalkan detoks natural clenx tea.

Sofinah Lamudin berkata...

Detox yang saya minum (jenama ni) setakat ni okay. Tak ada kesan apa. Saya guna untuk mengelakkan sembelit. Detox lain, yang saya tak pernah tulis dalam blog ni, saya tak pasti. Terima kasih singgah baca manfaat dan faedah mengamalkan detoks natural clenx tea.

Unknown berkata...

Kenapa bahaya minum ketika puasa..saya dah terminum sikit time sahur..n boleh kan minum 2 uncang terus?

Unknown berkata...

Kenapa bahaya minum ketika sahur?

Asyaa berkata...

Sy tgh amalkan minum clenx tea ni bru 4hari .. Mmg best .. Alhamdulillah lancar je nk membuang tu .. Nak tnya juga, klau org tua bleh tak mnum clenx tea ni ? Umur 80+ mcm tu .. Terima kasih 🤗

Unknown berkata...

Assalam..pesakit kencing manis boleh minum x?saya baru nk cuba minum sbb ad masalah sembelit.

Sofinah Lamudin berkata...

Waalaikumsalam... kalau soalan ni, better En/cik/tuan/puan rujuk kepada doktor yang merawat En/cik/tuan/puan.

Sofinah Lamudin berkata...

Kalau nak minum pada bulan Ramadhan, better minum waktu malam. Lepas berbuka. Sebab kita perlu minum air masak dengan banyak untuk proses detox.

Sofinah Lamudin berkata...

Ketika berpuasa, kita tak dapat nak minum air dengan cukup. Kita perlu jaga buah pinggang kita.

Sofinah Lamudin berkata...

Warga tua yang ada masalah sakit sakit better minta nasihat dengan doktor dulu sebelum ambil sebarang produk.

Unknown berkata...

Kak,berapa jam slepas ambik clenx tea bru mula membuang?

Unknown berkata...

Nak tahu clenx tea jadi ke x tggu berapa jam slps ambik tu

Sofinah Lamudin berkata...

Bergantung dengan individu... tak sama setiap orang. Kalau saya, malam minum, esok pagi baru ada effect.

Unknown berkata...

saya ada tiroid..badan saya naik mendadak kebelakangan ni (+10kg)
saya cuba minum teh ni, sehari sekali ja saya membuang, tapi berat saya xtrun2, masih naik cuma dah xbnyk naik..saya nk tnya teh ni sesuai ke utk saya pesakit tiroid?

Sofinah Lamudin berkata...

Soalan berat ni tuan/puan/cik/encik... soalan macam ni kena tanya mereka yang pakar dan orang yang betul. Saya pengguna produk ni. Masih lagi minum Clenx tea ni tapi saya bukan pesakit Tiroid... Semoga tuan/puan/cik/encik mendapat jawapan yang tepat...

Unknown berkata...

Saya ada masalah sembelit , ini hari saya baru minum 5 hari saya sudah sembelit , 2 hari saya sudah ada buasir . Tapi saya minum ini hari detox sbb nak buang sisa toksik . Boleh kan sis dia membantu

Unknown berkata...

D mana nak dapatkan ni kak.. Saya pun ada masalah sembelit juga..

Tanpa Nama berkata...

Hi sis sya nk tnya klau tea detox ni kita cmpur dgn lemon boleh ke ?

roselia berkata...

Salam. Tq ats segala info yg adik berikan. Kalau mkn supplement lain spt kalsium, brp lama masa nak jarakkan atr supplement n clenx tea?

Tanpa Nama berkata...

Salam. Tq ats segala info yg adik berikan. Kalau mkn supplement lain spt kalsium, brp lama masa nak jarakkan atr supplement n clenx tea?

Amy berkata...

Sya bru aje minum..mng terbaik...sya minum sblum tidur dan selepas mkn tgh hri..boleh x....kiranya sehari 2 kali...

Bella Dawson berkata...

salam sis. boleh minum sebelum tidur ke ? sbb siang hari kan bekerja mcm agak susah pulak nk pergi tandas byk kali hehee

Fadzli berkata...

Hai saya baru minum teh ni pada 23/8/2021 baru minum pertama kali bila membuang rasa lega saya amalkan minum air cukup bagi senang membuang berat naik harap bolehlah membantu dengan minum teh ni