SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 29 Mac 2019

Bagaimana Menggelakkan Kembung Perut Dengan Menggunakan Apple Cider Vinegar (Cuka Epal) dengan Madu Asli dari Surya

Bagaimana Menggelakkan Kembung Perut Dengan Menggunakan Apple Cider Vinegar (Cuka Epal)  dengan Madu Asli dari Surya

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Korang pernah tak mengalami masalah kembung perut yang berlangsung berhari hari? Saya pernah! memang selalu juga terkena kembung perut. Malah, bukan saya seorang sahaja, Mr.Bee pun selalu juga mengalami kembung perut. Masalah kembung perut biasanya kelihatan normal dalam masyarakat ibarat sudah menjadi "Pattern" yang biasa. Tetapi, ada masanya masalah kembung perut boleh membawa kepada kesakitan yang tidak normal. Ada masa kita akan diiringi masalah loya atau mual, muntah dan cirit birit.

Cara mengatasi masalah kembung perut

Disebabkan hal ni tidak boleh dipandang terlalu remeh, kitorang berdua cuba untuk menggelakkan diri dari masalah ni dengan mengamalkan Apple Cider Vinegar (cuka epal) dalam pengambilan diet setiap hari. Dah lama kitorang suami isteri amalkan cuka epal ni sebab khasiatnya bukan sahaja boleh melarikan diri dari masalah yang membawa ke arah kembung perut tetapi untuk perkara lain juga.

Bila terkena kembung perut ni, rasa sangat tak selesa. Kadang kala rasa sakit perut sehingga saya tak dapat fokus untuk membuat kerja. Siapa yang selesa kan?

Baru baru ni, saya dan Mr.Bee membeli Apple Cider dari Surya sebab cuka epal jenama ni ada kelebihan lain iaitu mengandungi MADU ASLI. Sebelum ni kitorang cuma ambil cuka epal tanpa campuran madu. Saya mohon pembaca untuk membaca entri ni biarlah dari awal hingga habis agar lebih faham apa yang cuba disampaikan mengenai kembung perut dan cuka epal.

Cara menghilangkan kembung perut

Sebelum saya lanjutkan perkongsian saya mengenai Apple Cider dari Surya ni, saya nak kongsikan terlebih dahulu apakah punca kembung perut ni sebenarnya. Dan diikuti dengan bagaimana cuka epal boleh membantu kita dalam menyelesaikan masalah perut kembung. OK! *baca sampai habis tau* Tehee.

PUNCA KEMBUNG PERUT

Sebenarnya, terdapat banyak sebab mengapa kita merasa kembung perut selain merasa perut menjadi kelihatan lebih besar dari biasa sehingga terasa bagaikan mengandung pula bagi seorang wanita. Wahaha... Itu saya tak tipu. Betul sangat sebab saya pun rasa seperti mengandung dan nampak seperti belly fat semakin bertambah. Aduh!



Antara penyebab perut kita kembung adalah pengambilan diet yang tidak teratur, gejala iritasi usus besar dan sembelit.

Penyebab umum yang lainnya adalah:

  1. Makan karbohidrat berlebihan
  2. Gastrik
  3. Sindrom prahaid bagi wanita
  4. Alergik pada makanan
  5. Aerophagia
  6. Penyakit Seliak
  7. Pengamalan ubat ubatan (kesan sampingan ubat)
  8. Intoleransi laktosa
  9. Aliran bendalir melalui saluran atau injap dalam badan ke arah yang tidak normal.
  10. dll.

Pengambilan Diet Yang Tidak Teratur


Kebiasaannya masalah perut kembung adalah disebabkan oleh diet yang tidak teratur. Terdapatnya gas dalam usus besar adalah kerana terdapatnya bakteria dalam usus sebab itulah kita perlukan probiotik untuk meningkatkan bakteria baik di dalam usus. Selain itu, mencerna serat larut juga merupakan kesan sampingan yang membaca kepada perut kembung.

Dalam sehari, kita perlukan air yang cukup. Apabila pengambilan serat dan air tidak mencukupi atau tidak teratur, ia akan mengakibatkan seseorang itu mengalami kembung atau sembelit.

Pengambilan diet yang tidak teratur juga termasuklah makan berlebihan. Makan berlebihan akan membawa kepada perut kembung kerana makan karbohidrat yang berlebihan. Hal ini berlaku kerana semasa proses pencernaan makanan akan berlaku penghasilan gas.

Selain daripada itu, makan berlebihan makanan serat larut juga berkemungkinan menjadikan perut menyimpan gas berlebihan kerana serat larut akan larut di usus melalui penghasilan gas.

Gejala Iritasi Usus Besar


Jika mengalami masalah kembung perut yang diiringi dengan kesakitan, kejang dan menggalami cirit birit atau sembelit yang berpanjangan, ia bukanlah masalah kembung biasa, kemungkinan seseorang itu mengalami gejala iritasi usus besar dan khidmat nasihat doktor sangat diperlukan terutamanya jika terdapat masalah kesukaran menelan dan mual/muntah.

Sembelit


Masalah biasa yang menyebabkan gastrousus atau perut kembung adalah sembelit. Seseorang yang sembelit biasanya akan mengalami masalah najis keras, pergerakan usus yang tidak lazim, dan perut terasa tegang selain dari kembung. Oleh hal ini, kebiasaannya seseorang itu akan sukar membuang air besar dan membuatkan gas dalam perut akan berkumpul dan tersimpan lama lalu mengakibatkan kembung perut dan sangat tidak selesa.

BAGAIMANA CUKA EPAL (APPLE CIDER VINEGAR = ACV) BOLEH MEMBANTU KITA DALAM MENYELESAIKAN MASALAH KERAP KEMBUNG PERUT?

ACV boleh membantu kita dalam pengamalan diet yang teratur dan boleh mengelakkan kita dari makan berlebihan. Makan berlebihan karbohidrat atau diet tidak teratur akan membuatkan kita mengalami kembung perut yang kerap. Tidak teratur termasuklah mungkin, terlebih memakan makanan yang mengandungi garam dan manisan akan membuatkan selera kita meningkat. Ia boleh membawa kita ke arah makan berlebihan. Terlalu kurang makan pula akan membawa kita kepada masalah gastrik.

Punca kembung perut

ACV sangat membantu dalam hal ini kerana ACV boleh mengaktifkan metabolisma badan kita. Apabila sistem metabolisma kita dalam keadaan yang baik, kita tidak akan (atau mengurangkan) mendapat signal dari kelenjar adrena untuk mencari makanan yang manis akibat rasa keletihan atau stress.

Selain itu, ACV juga boleh membantu kita dalam menstabilkan kandungan gula dalam darah jika kita meminumnya sebelum mengambil makanan yang mengandungi kanji. Makanan berkanji adalah makanan utama yang sering kita makan seperti roti, nasi, pasta dan sebagainya.

Apabila gula dalam darah stabil, ia boleh mengurangkan masalah selera atau keinginan makan makanan yang manis atau makanan ringan. Apakah kaitan makan makanan manis dengan kembung perut? Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, banyak memakan mananan yang manis akan mengaktifkan selera makan. Kita berkemungkinan akan makan berlebihan dari keperluan.



Pastikan minum ACV sebelum mengambil hidangan berat jika inginkan kesan merasa cepat kenyang dan tidak makan berlebihan dari keperluan. Malah, kesan mengambil ACV sebelum makan berat boleh meneruskan penghadaman makanan berkanji yang ada di dalam tubuh kita. Oleh itu, kita tidak akan mengalami masalah kembung perut akibat makan berlebihan. (Baca cara saya dan keluarga mengambil ACV di bawah untuk info lanjut berkenaan cara pengambilan).

MENGAPA MEMILIH ACV DARI SURYA?

Cuka epal dari Surya mengandungi MADU ASLI.


Kelebihan madu asli :

  1. Mengandungi nutirisi
  2. Mengandungi antioksidan
  3. Menguatkan sistem imun
  4. Menguatkan ingatan
  5. Menyihatkan kulit dan wajah
  6. Boleh mengurangkan sakit tekak ketika batuk
  7. Melegakan batuk
  8. Membantu tidur yang lena
  9. Mengawal Ekzama
  10. Membantu melancarkan sistem pencernaan
  11. dll.
Disebabkan masalah kembung perut juga disebabkan oleh ketidaklancaran sistem pencernaan seperti sembelit, ACV dari Surya sangat membantu saya dan keluarga dalam mengatasi masalah seperti ini. Hal ini kerana salah satu kebaikan madu asli adalah melancarkan sistem pencernaan.

Winner Readers' Choice Awards 2017 (Natural Health), Halal, dan mempunyai Amalan HACCP.


Bagaimana mengatasi masalah kembung perut

BAGAIMANA SAYA DAN KELUARGA MENGAMALKAN ACV DARI SURYA DAN KENAPA?

Saya dan Mr.Bee mengamalkan ACV sama seperti cadangan hidangan yang tertera di botol ACV dari SURYA iaitu dengan mencampurkan ACV dengan 180ml air.

Tetapi, kitorang meminumnya sebelum* atau semasa** mengambil makanan berat bukan selepas makan walaupun di botol ACV dari Surya memberi arahan selepas makan kerana saya dan Mr.Bee mengambil ACV untuk tujuan mempercepatkan rasa kenyang semasa makan terutamanya ketika makan tengahari selain dari mengelakkan kembung perut. Hal ini kerana ACV boleh membantu kita untuk merasa cepat kenyang dan tidak akan makan berlebihan dari keperluan.

*Untuk kesan yang lebih baik dari segi yang sudah dinyatakan (iaitu; mengurangkan kandungan gula dalam darah, meningkatkan metabolisma, pencernaan makanan berkanji yang berterusan, mengurangkan selera makan, dan membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan manis, dan mengelakkan kita dari makan berlebihan), meminum ACV sebelum makan dan tunggu selama 20 minit ke atas sebelum mengambil makanan berat untuk memberi masa ACV dihadam adalah lebih baik.



**Jika kita makan makanan berat sejurus selepas kita minum ACV (tidak menunggu selama 20 minit), ia adalah sama seperti kita minum ACV semasa makan dan akan dicerna serentak bersama makanan.

Nota Penting : Pada botol ACV dari Surya, tertera arahan meminum ACV selepas makan. Korang boleh mengikut arahan ini kerana saya dan keluarga mengambil sebelum makan atas tujuan seperti yang dinyatakan di atas iaitu mengelakkan kembung perut akibat makan berlebihan.

Nota Penting 2 : Setiap cara pengambilan ACV, sama ada sebelum, semasa atau selepas, ia akan memberi kesan yang berbeza. Sila rujuk pada yang pakar.

Bagi saya, ACV dari Surya tidak terlalu masam atau acidic dan sangat sedap diminum. Apatah lagi dengan kandungan madu asli. Saya dan Mr.Bee meminum ACV menggunakan straw sebab kitorang ada masalah gigi sensitive. Sifat acid yang ada pada ACV boleh membuat penghakisan pada gigi. Pastikan tidak terlalu kerap mengenakan ACV pada gigi. 

Selain daripada mencampurkan ACV pada air biasa, ACV boleh juga dijadikan salah satu bahan dalam sesuatu resipi.

Resipi berasaskan Apple Cider Vinegar

  1. Campurkan dengan salad
  2. Campurkan dengan teh
  3. Sertakan ACV di dalam salad telur
  4. Campurkan dalam hidangan sardin
  5. Sekalikan dalam sambal cicah ikan goreng
  6. Jadikan bahan perap ayam goreng atau panggang
  7. dll.

BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN ACV SURYA DENGAN MUDAH?

Takpayah jalan. Beli online sahaja. Senang kann...

Saya beli kat Lazada, dapat 2 botol (450ml) terus untuk RM35.00 sahaja. Kalau nak beli kat Watsons atau butik Himalaya pun boleh (kecuali Guardians).

Khasiat Cuka Epal
Klik pada gambar untuk membeli

ACV ni memang tak boleh tak ada kat rumah. Asal habis sahaja, memang Mr.Bee akan topup stok. Korang yang mungkin kerap ada masalah perut kembung, boleh cuba ACV dari Surya ni. Rasanya sedap sebab ada madu asli. Kepada wanita, Hhaaah! Dah tak ada dah masalah "Nampak mengandung je". Lagipun, ia sangat berbaloi kerana manfaatnya bukan hanya satu tapi banyak. VvaawaahhHHHH!


Terima kasih kerana membaca.

Semoga bermanfaat.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism

Share:

7 Kata-kata Dari Teman:

ejulz berkata...

wahhhh.. nampak sedap :)

Mrs Pip berkata...

Menarik la ... Kak pip selalu kembung perut tanpa sebab ..mmg bila2 saja boleh kembung perut..

Sue Izza berkata...

benda wajib ada di rumah sekarang hehehe

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe...betul kak Sue, saya dan suami dah lama dah amalkan Apple Cider ni. Thanks singgah sini kak Sue.

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha biasa tu Kak Pip..

Sofinah Lamudin berkata...

Hehe...kan..

melor berkata...

As salam. Terjumpa blog ni masa google mencari info cuka apple. Saya ada gastrik baru2 ni. Semoga perkongsian saudari memberi manfaat buat saya.
Terima kasih.
Melor