SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 31 Disember 2012

Create Your Own Money Bank (RM10)

Assalammualaikum Bloggers and Readers! :)

Sebelum saya nak melanjutkan topik saya kali ni, nak bagitahu kat korang semua. Please la jangan masuk toilet dalam jam 11:59PM hari ini. oke!! Serius! Sebab nanti korang keluar dari toilet tu TAHUN DEPAN! bahaya! Hahahaha..

SELAMAT TAHUN BARU 2013 YOU ALL !!

Okies! baru sahaja membuat sesuatu di masa lapang...Saya try buat Money Bank buatan sendiri...ilham datang di Kota Kinabalu..HAHA..

Actually, its for my Mr.Nazz.. :) Saya harap dia suka.. Dia kata dia perlukan tabung.. Yes! Dia memang perlukan tabung. Duit syiling diletak-letak macam tu je kat club house.. So, Saya buat tabung buatan tangan untuk dia. :)




DONE! and it MR.NAZZ Money Bank!!! :D

P/S : Alat tak cukup sangat kat club house. So, macam tu saja la yang dapat dibuat...he he.. Ada yang nak saya buatkan tak? satu tabung RM10 ye.. Hehehehe.. Kalau nak bagitahu je! hahaha..

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

How To Enjoy Your Donut! Big Apple!!

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dah dua tiga kali buka "New Post" tapi tak juga saya post post entry baru. HAhaha.. but today saya post la something...

By the way, I am sooo busy right now! (Busy laa sangat!) Hahaha.. Saya sekarang sibuk berada di luar Labuan. Pergh! Ini pertama kali saya keluar Labuan lama macam ni. Selalu 2 tiga hari lepas tu balik..

Okeh! Terus ke tajuk utama. DONUT! Siapa yang sangat suka makan donut? saya tahu korang semua mesti suka dengan DONUT Big Apple kan? kan? ENAK hingga menjilat jari..urmmp! MABELES!!


Saya tak suka makan Donut. But, since saya kenal Big Apple tahun 2008, saya start suka Donut. Sedaap giler superb punye! HAha! terutamanya donut versi BIG APPLE.

So, Saya tak lepaskan peluang untuk menikmati Big Apple bersama Encik Nazz kesayangan hamba!

Thanks belanja saya, Encik Nazz : Sangat sayang kamu! :)
My Mohd Nasyit :)
 Disebabkan Donut big Apple tu sedap sangat, saya ada STEP terbaik untuk korang menikmatinya Donut Big Apple di mana saja korang berada..tak kira kat West Malaysia atau East Malaysia.

Sila lihat dan fahami langkah demi langkah menikmati Donut Big Apple di bawah ni oke!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH

Kekekekekeke..Hahahahaha...Encik Nazz, macam orang yang baru jumpa donut je laa...

Well, Selamat menikmati Donut anda!

Big Apple Addict! Yum Nyum...
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Rabu, 21 November 2012

Keychain Sofinazz

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dah berapa lama saya cuti blog? Hehe..Asyik lepak luar rumah je. Laptop dok kat rumah sorang-sorang. Kesian..hehe..

Sekarang sudah bulan November kan? Tak lama lagi bulan Disember. Lepas tu TAHUN BARU. Ada yang sudah fikirkan azam baru dan impian atau matlamat tahun 2013? Saya rasa, mesti dah ada kan? Macam saya lah tu! HAHA!

Hari ni saya nak cerita tentang Mr.Nasyit.. Masa kerja siang tadi, seorang kawan ni sebut tentang keychain. Saya pun hairan mana dia tahu tentang keychain "Sofinazz". Rupanya...........................


Rupanya... Mr.Nasyit dah buat satu entri kat blog dia tentang keychain ni pada bulan September lalu.Kawan saya tu terbaca. ooOh my god! Saya langsung tak perasan pun!!  Perghh..sweetla Mr.Nasyit saya ni. Hek hek hek... thanks sangat untuk entri tersebut :) dah lama tak buka blog jadi saya tak perasan langsung. Saya sedang skodeng blog Mr.Nasyit sekarang ni.. MiahahHAHAha...

Tanpa sengaja, saya terjumpa ini dalam blog dia :


OH MY GOD!!! I am fall in LOVE AGAIN!! fall in love again and again... Hahaha!

Thank you Mr.Nasyit...I love you too!!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bukan dulu, Bukan Nanti..Tapi Sekarang!

Assalammualaikum Readers and Bloggers!

Dulu ada, sekarang ada, nanti pun ada…

Dulu :

Dulu saya pernah dengar yang pak cik saya pernah buat perniagaan dan rugi. Jadi saya tak nak la. Nanti rugi sia-sia saja.

Dulu saya pernah gagal dah. Tak payah la cuba lagi, tak kan dapat punya. Saya memang tak layak lah.

Dulu saya pernah juga kena jemput untuk buat perkongsian. Sekali tak ada sambutan. Buat malu je. Saya tak nak lah pergi lagi. Buat malu!

Sekarang :

Sekarang saya sedang belajar supaya saya pandai.

Sekarang saya mencuba sebab selagi saya tak cuba saya tak tahu saya ni boleh ke tidak.

Sekarang saya nak buat persiapan.

Nanti :

Nanti saya nak jadi doktor. Boleh lah selamatkan orang.

Nanti saya akan menjadi salah seorang yang terkaya.

Nanti dia tu akan gagal punya. Habis lah dia.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH

Sebenarnya, apa yang menentukan pencapaian kita? Saya pernah mendengar sebuah cerita dongeng. Cerita tentang Tuhan yang bermuka dua. Tuhan itu berada di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan. Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang sedang memburu di dalam hutan tersebut lalu sesat. Dalam mencari jalan pulang, lelaki itu terserempak dengan Tuhan bermuka dua. Tuhan bermuka dua lalu menegur lelaki itu.

Tuhan bermuka dua : “Wahai manusia! Apa yang kau buat di sini?”

Lelaki : “Aku tersesat..apakah engkau ini sebenarnya?”

Tuhan bermuka dua : “Hahahaha..Aku adalah Tuhan bermuka dua..”

Rupa Tuhan bermuka dua itu adalah seperti batu. Batu yang berukir wajah manusia padanya. Batu tersebut mempunyai dua muka. Di belakang dan di depan mempunyai wajah.

Lelaki : “Kenapakah engkau mempunyai dua muka?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di belakang akan melihat masa silam mu..aku tahu apa yang pernah terjadi kepada mu sebelum ini..”

Lelaki : “Muka engkau yang di depan?”

Tuhan bermuka dua : “Muka ku di depan boleh melihat masa depan mu..Hahaha..aku tahu apa akan terjadi kepada mu selepas ini..”

Lelaki itu diam..lalu bertanya lagi..

Lelaki : Jika engkau tahu, tentang masa silam dan masa hadapan, bagaimana pula sekarang?”

Tuhan bermuka dua : “Sekarang…?”

Lelaki : “Tidak kah engkau tahu apa yang sedang berlaku sekarang? Bukankah yang menentukan segalanya adalah sekarang? Bukan dulu dan nanti.. tapi sekarang!”

Tuhan bermuka dua tidak pernah tahu apa-apa yang terjadi sekarang. Kerana dia hanya melihat dua perkara iaitu dulu dan nanti. Dia tidak pernah tahu dia berada dalam keadaan yang seperti apa di dalam hutan yang gelap dan menyeramkan.

Korang dapat tak mesej yang disampaikan melalui entri ini kali ini? Dapat tak korang faham dengan cerita dongeng di atas?

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa silam kita. Masa silam itu biarkan di belakang dan tinggalkan sebagai kenangan. Jadikan pengajaran kesilapan lalu.

Yang menentukan siapa kita 20 tahun akan datang bukanlah masa depan kerana kita masih tidak tahu apa akan berlaku selepas ini. Kita mampu berangan-angan dan memasang impian. Memang wajar untuk kita lakukannya tetapi untuk merealisasikan impian bukanlah dengan berkhayal semata-mata dan tidur lalu dibuai mimpi!

YANG MENENTUKAN SIAPA KITA ADALAH SEKARANG! Apa yang kita lakukan sekarang adalah pencapaian kita kelak.

Jangan tunggu jika ada peluang depan mata! Jangan tunggu jika Tuhan sudah memberi kita rezeki! Jangan tunggu. Jangan NANTI tapi SEKARANG!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Rabu, 19 September 2012

Birthday on Hari Malaysia : 16 September 2012

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

16 September yang lalu merupakan Hari Lahir saya. Actually, saya nak update blog ni tepat pada waktunya! Hehe...

Tapi...disebabkan internet saya tidak seperti dulu lagi, saya sering mengalami masalah internet lembab! By the way, itu hanya alasan..saya tetap nak tulis tentang ni walaupun sudah berlalu tiga hari.

16 SEPTEMBER merupakan HARI MALAYSIA. Hehe..Maaf lambat nak wish..SELAMAT HARI MALAYSIA KE-49 RAKYAT MALAYSIA!!..SELAMAT selamat semua readers dan bloggers!

Sekejap saja masa berlalu, bertambah lagi usia saya setahun. Rasa seperti baru saja semalam saya post entry tentang 16 September 2011.. klik>>SINI<<klik untuk baca post saya pada 16 September 2011.

Seperti biasa, saya dilimpahi dengan ucapan selamat hari lahir di Laman Social Facebook. Inbox Facebook saya dihantarkan dengan ucapan dan doa semoga berjaya dan panjang umur serta dimurahkan rezeki.. Ada juga sahabat handai yang sudi menghantar SMS. Malah ada yang membuat panggilan. Terima kasih semua. Korang semua memang cool beb!

Kalau ikut rancangan awal, saya sepatutnya berada di Kota Kinabalu. Celebrate Birthday dengan kawan-kawan kat sana. Tapi rezeki tak ada, tak apa, next time! bagi saya, birthday saya tahun ni ada kelainan. Sebab.....

Tahun ni saya ada MOHD NASYIT di hari ulang tahun saya. Dia yang sangat sweet, dah banyak story tentang saya dia tulis dalam blog dia.

Lelaki kesayangan yang bakal mendirikan Masjid dengan saya ni sangat unik! InsyaALLAH semoga dipanjangkan jodoh.Dia tahu apa yang saya suka. Dia tahu apa yang saya mahu dan impikan. Kami sekepala. Dia suka buat surprise. Dia ada pendirian. Dia ada matlamat dan dia tahu tanggungjawab.

Ops! Tak boleh cakap lebih-lebih...takut nanti dia 'terbang' tak turun-turun. HAHAHA..

By the way , Encik Mohd Nasyit Md Nooh, TERIMA KASIH  hadiah-hadiah tu sangat FANTASTIC! Love you like a love song! Hehe..Paling utama, bukan barang tu yang Amazing..tapi chemistry yang wujud sebalik hadiah yang sangat Brilliant...you know what i mean, ROBERT KIYOSAKI tell us! HAHA.




Kelainan yang lain, tahun ni saya sebagai Customer Advisor Diamoney bukan lagi sebagai staff Parkson..Kepada Madam ST Wendy yang memberi surprise, THANK U SO MUCH! Saya sangat suka Gift tu. Ia bukan tentang benda atau hadiah. Ia tentang siapa yang memberi!

Madam Vivien Lee, Thank u to u too. No matter small thing is it..


Calling yang suspen dari seorang sahabat dari semenanjung, okay! calling yang boleh dapat 5 bintang. HAHA.. thanks kawan!! diluar jangkaan saya sama sekali.. hehe..gift tak ada tapi ia bermakna kerana panggilan itu unik!

Zasssss!! The End.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Isnin, 10 September 2012

Jangan Bergaduh Kerana Belacan

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Belacan? Hmm…pasal belacan pun nak gaduh ke? Mentor saya kat Elken Sdn.Bhd. selalu cakap macam tu bila ada cerita tentang gaduh-gaduh. Tak kira apa pun pergaduhan tu dia akan kata kat saya macam ni, “Jangan gaduh sebab belacan…”




Kalau saya dengar perkataan ‘belacan’ tu saya memang auto gelak. Terasa lawak. Apapun, nak tahu tak apa  mesejnya?

Beberapa bulan yang lalu, mentor saya dari Sandakan datang ke Labuan. Seorang sahabat Elkenian saya membeli kereta baru. Jadi, mentor kami tu berbesar hati untuk ikut kereta tu untuk keluar makan. Tiba-tiba mentor kami nak sahabat Elkenian saya tu buka plastik kerusi kereta tu dahulu baru dia nak masuk dan duduk dalam kereta tu. Sahabat Elkenian saya mungkin rasa berat hati untuk buka sebab kereta tu baru lagi. Tapi mentor saya kata, “kalau kita beli handphone baru, kita nak gunakan handphone tu, kita buka kotak dan plastiknya kan? Kita gunakan handphone bersama plastik, selesa atau tidak?”

Walaupun agak berat hati, sahabat Elkenian saya pun buka plastik keretanya. Maka, timbul lah cerita tentang ‘belacan’.

Mentor saya kata, “Nak jaga barang atau jaga hati manusia? Hati manusia ada perasaan dan barang tak ada nyawa apatah lagi perasaan.. ”




Mesej tajuk entri saya ni ialah jaga hati dan perasaan orang sekeliling kita apatah lagi orang yang memang dekat dan sayang kita. Jangan kerana harta atau barang yang tidak bernyawa, kita bergaduh dengan orang yang kita sayang.

Tidak berbaloi apabila kita bergaduh dan memarahi orang lain sebab barang kesayangan kita, walaupun mahal dan susah untuk dapatkan, HATI MANUSIA dan PERASAAN MANUSIA lebih tinggi nilainya berbanding barang yang tidak akan pernah ada perasaan kepada kita.

Pernah tak baca sajak tajuk KUALI HITAM? Seorang anak yang marah ibunya kerana dah calarkan kuali hitamnya yang mahal. Dia marah kat ibu dia sampai ibu dia kecil hati sedangkan ibu dia tak sengaja calarkan kuali tu. Ibu dia cuma tolong anak dia cuci kuali tu. Si anak marah hingga menguris hati seorang ibu.

Cuba baca sajak KUALI HITAM kat bawah :

KUALI HITAM

Sebiji kuali hitam
di dapur rumah kelahiran
adalah teman ibuku
siang dan malam

Sebiji kuali hitam
terjerang di atas tungku
adalah penghibur ibu
ketika kami menunggu

Sebiji kuali hitam
di atas api siang dan malam
tahun demi tahun
kami tidak pernah menghitung

Seorang ibu yang menyayangi sebiji kuali
sering memeluk kami
pernahkah kami perhatikan
matanya yang ditikam serbuk arang
kulitnya yang dikoyak percikan minyak
lengannya yang diserap abu hitam
dahinya yang disengat pucuk api
kami hanya tahu lena kekenyangan
ketika tidur ibu diketuk-ketuk
oleh lelah dan batuk
setelah asap dan abu menggaru-garu
di paru-paru

Kami tidak pernah menyedari
dan ibu pun tidak peduli
dia hanya tahu merasa bahagia
melihat kami keriangan
menunggu sesuatu akan terhidang
dan tidak ada yang lebih membahagiakan
dari melihat kami kekenyangan

Begitulah tahun demi tahun
kuali yang setia menjalankan tugasnya
hingga kami dewasa dan hidup di kota

(2)
Kini di dapur rumahku yang bersih
tak ada kuali hitam yang hodoh
cuma pada kesempatan
yang tidak selalu sempat
aku memasak untuk anak-anak
dengan kuali non-stick
yang tebal dan mahal
dan sesudah itu membasuhnya
dengan sabun yang lembut
berhati-hati seperti memandikan bayi
mengikut arahan pada buku panduan

Suatu hari ibu ke rumahku
dengan kerajinannya yang biasa
memasak untuk kami sekeluarga
cucu-cucunya ternyata amat berselera
dan ibu merasa terlalu bahagia

Dan sesudah itu
dengan cara yang dia tahu
mengemas dan merapikan dapurku
dan seperti yang biasa dibuat
pada kualinya di kampung
dia menyental kualiku yang mahal
dengan berus yang kesat
dan spontan aku menjerit
"Ibu merosakkan kuali saya
tahukah ibu berapa harganya?"

Ibu terdiam
barangkali hatinya terguris
barangkali dia hampir menangis
melihat wajahku yang bengis

(3)
Dan kini
setelah ibu kembali kepada Ilahi
aku menyesali keterlanjuran
kiranya aku telah mengukur kasih sayang ibu
dengan harga sebiji kuali

Ibu telah tiada
kuali hitam tergantung sepi
di dinding dapur rumah tua
bolehkah kami menghitung
berapa harganya?

Berbaloi tak bergaduh dan marah orang hanya kerana barang? Sama sekali TIDAK. Barang boleh diganti dengan yang lain tapi hati tidak. Kalau hati dah terluka, boleh tak kita ganti hati baru dan buang yang terluka? Tak mungkin boleh?

Harap-harap kita tak lah gaduh pasal….Belacan….

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Selasa, 28 Ogos 2012

My Hari Raya Story (2012)

Assalammualaikum Readers and Bloggers,

Kawan-kawan saya sibuk update story berhari raya masing-masing. Saya tak update-update pun. Hee hee..lambat update sebab my story ni sama saja macam tahun-tahun yang lepas. Saya tak sambut raya sakan sangat sebab saya tidak bercuti hari raya. Aku berhari raya di tempat kerja.. hee hee...

Saya sengaja tak apply cuti raya atas sebab-sebab yang tertentu. Nak kata saya gembira berada di tempat kerja pada hari raya pertama, itu penipu besar namanya. Tapi cuba fikir, bukan saya seorang yang bekerja pada hari raya pertama. RAMAI! Masing-masing ada alasan masing-masing.

Apa-apa pun, masih bergelaktawa bersama kawan-kawan DJ...

Kawan-kawan lain ada tapi kat outlet lain.
Semua muka orang yang beraya kat outlet.
With our Madam :) Turun padang bersama kami di hari raya pertama dan kedua...
Hari raya pertama, family saya ke sana ke mari berhari raya, menziarahi sanak saudara. Kawan-kawan saya yang belajar jauh-jauh semua dah pulang beraya dengan keluarga masing-masing.

Hari raya pertama, kawan-kawan DJ pergi beraya. Tinggal la saya sampai malam di outlet. Gah! Tak tahu macam mana nak describe how i feel that time. HAHAHAHA. Tapi, faham-faham sendiri la sebab pilihan sendiri. Baju pun bukan baju raya. Pakai t-shirt je on Raya Aidilfitri. Mood memang ke laut.

Hari raya kedua, saya sepatutnya bekerja dari 6.30 pagi hingga 10 malam. Plan tiba-tiba bertukar apabila, hati saya mula tidak mampu menahan untuk bergembira. HAHAHAHA. Pagi-pagi, kawan-kawan ayah saya dan bos segala bos ayah saya dah datang ke rumah. Saya minta excuse dari bos untuk datang tengahari ke tempat kerja. Apabila tiba masa untuk ke tempat kerja, saya mula tidak mampu menolak peluang untuk berjumpa dan beraya dengan kawan-kawan di ELKEN! Kah kah kah. Saya pun minta excuse lagi untuk masuk kerja pada jam 6 petang. Hari raya mood yang tiba-tiba muncul.


Beloved ELKEN MENTOR

Ni bukan saya punya. Pinjam datin punya masa beraya kat rumah dia


With wo de jie jie Lenny ^^ and kak jelin.


Itu beberapa foto yang ada pada hari tersebut. Hehehe.. Kawan-kawan Elken beraya di rumah kawan-kawan Parkson. Hahaha..kelakar tapi best..

Bagi saya, bukan makanan yang sedap belaka. But 'friendship' .. Connection.. relationship :) Itulah hari raya.

After that, saya masuk kerja jam 5pm...very the lawak when i agreed to join my DJ friend to berhari raya at 8pm again...ops! i did it again...kerja hanya beberapa jam? Itulah HARI RAYA VIRUS yang merasuk saya di hari raya kedua. HAHAha.. melepas Double pay. kwang kwang kwang...

Hari raya story untuk hari ketiga pula...saya join kawan-kawan DJ ke Kg.Sungai Bangat, Kg.Bebuluh Laut dan Kg.Ganggarak. Ada gambar tapi sangat kurang rajin untuk upload ke blog ni memandangkan sangat lambat uploading! Penat menunggu gambar je!

Raya ke lima saya kembali kepada kawan Parkson semula. Hehe..Raya dengan Kawan Parkson lagi.

Raya ke tujuh baru berkesempatan raya dengan Family..

Raya ke berapa entah baru saya jumpa sepupu dan makcik pakcik...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

Troll daripada Encik Mohd Nasyit Md Nooh

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Selepas balik dari kerja sekitar jam 10:30pm, saya mengambil keputusan untuk melayan blog saya ni. Apatah lagi saya dah lama tak post apa-apa entri kat sini. Blogwalking pun tak ada masa lantaran asyik sibuk jaga kedai bos..wakakaka... Kerja pagi petang siang malam...

Oke! Saya nak cerita tentang seseorang untuk entri ni. Nama dia start dengan huruf "M" dan lebih senang bila panggil guna huruf "N".

Saya kenal "N" ni dari facebook. Dia inbox saya tanya tentang ELKEN. Orang tanya pasal ELKEN ni, memang laju saya layan. HAHA.

Then, saya dapat tahu yang dia ni orang Labuan dan suka lepak kat Old Town Lapangan Terbang. Kebetulan, saya memang kerja kat DJ Lapangan Terbang. Apa lagi, saya suka usik dia minta belanja Aiskrim favorite saya kat McD. HAHAhahaha.. Tapi setakat ni tak kesampaian. Tetiba je bulan puasa muncul (boleh plak bulan puasa muncul tiba-tiba).

Lama kelamaan saya dan dia berborak-borak di facebook, chating...komen...mesej...dan akhirnya, saya dapat tahu dia ni "gila" Forex..kat wall facebook dia banyak betul story tentang graf kaler hijau dan merah. Entah apa saya pun tak faham. Bila asyik nampak graf tu kat wall dia, saya pun start la tanya dan tanya...dan sekarang saya dalam permulaan untuk belajar FOREX.

Dia seorang blogger juga. Tu yang buat saya suka layan dia..haha..sila lah terjah blog "N" dan follow blognya...(promo sikit..Kekeke..)

Blog 1 : http://www.mohdnasyit.com/
Blog 2 : http://pullbackforextrading.com/

Ada beberapa perkara yang buat saya suka kawan dengan "N" . Dia bukan seorang yang suka berputus asa..

"Million dollar money start with 1 cent! Million miles journey start with 1 foot step...just don't give up :)" - Mr.Mohd N Favourite quotes.

My favourite quotes pula ialah "Dalam kehidupan, Jangan taruh pagar mengelilingi kita.."

...dan dia sangat kreatif juga!! Saya jadi mangsa troll pada malam ini tanpa sebarang notis d facebook! Lihat gambar di bawah :

KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN PENUH

Nasib baik saya tak suka balas dendam.. HAHAHA...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Selasa, 14 Ogos 2012

Mesej Dari Bunga dan Rama-Rama

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Dengan sukacita, saya ingin berkongsi satu cerita tentang "Rama-rama dan Bunga". Suatu ketika dulu..saya dapat satu ilmu dari seorang guru..dia suka untuk kongsikannya dengan saya...Oleh yang demikian, sekarang giliran saya pula untuk berkongsi dengan pengunjung blog ini...


The BUTTERFLY...and The FLOWER..
RAMA-RAMA...dan BUNGA...

Seorang lelaki berdoa kepada ALLAH SWT
agar diberikan bunga dan rama-rama..
Once there was a man who asked ALLAH SWT
for a flower and a butterfly..



Namun ALLAH SWT memberikannya KAKTUS..
But instead ALLAH SWT gave him a CACTUS...



dan...ULAT..
and...CATERPILLAR..



Lelaki ini sedih..Tidak faham mengapa pemberian-NYA
berbeza dari permintaannya..
The man was sad..he did'nt understand why his request
was mistaken..

Kemudian...
Then....

dia berfikir..ALLAH SWT mempunyai terlalu
ramai umat untuk diuruskan..
he thought, Oh well, ALLAH SWT has too many
people to care for...

dan dia memutuskan untuk tidak
mempersoalkannya...
and he decided to not to question..

Selepas 1 tempoh, lelaki ini memikirkan semula
permohonan doanya yang telah
lama dilupakannya...
After some time, the man went to
check up on his request that he had
left forgotten...

Lelaki ini amat terperanjat apabila
melihat dari pokok KAKTUS YANG HODOH
dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik!
To His suprise, from the THORNY and UGLY
cactus a beautiful flow had grown...

DAN...
AND...

dari ULAT yang terselindung
telah bertukar menjadi rama-rama
yang cantik!
the insightly caterpiller..
had been transformed into
the most beatiful butterfly!

ALLAH SWT SENTIASA MELAKUKAN SEMUA PERKARA DENGAN BETUL!
ALLAH SWT ALWAYS DOES THING RIGHT!

CARA ALLAH SWT SENTIASANYA CARA TERBAIK.
WALAUPUN KELIHATAN SEMUANYA SALAH.
HIS WAY IS ALWAYS THE BEST WAY.
EVEN IF TO US SEEEMS ALL WRONG.

Jika anda memohon untuk sesuatu dan menerima yang lain dari ALLAH SWT, PERCAYALAH! pastinya ALLAH SWT sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai..Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang diperlukan...ALLAH SWT tidak akan pernah gagal memenuhi permintaan, teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh...

If you asked ALLAH SWT for one thing and received another, TRUST u can be sure that he will always give you what you need at the appropriate time. What you want is not always you need...ALLAH SWT never fails to grant our petitions, so, keep on going for HIM without doubting or murmuring...

DURI HARI INI...
TODAY'S THORN...

ADALAH BUNGA HARI ESOK!
IS TOMORROW'S FLOWER!

ALLAH SWT mengurniakan pilihan terbaik
kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-NYA..
ALLAH SWT gives the very best best to those who
leave the choices up to HIM.

P/s : Sekiranya anda suka mesej ini, Sila hantarkan kepada orang lain. If u liked this message, please send it on to others...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin



Share:

Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Merawat!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

SISTEM KARDIOVASKULAR

Tubuh badan kita mempunyai salur darah untuk mengedar darah beroksigen dan bernutrien ke seluruh badan. Selain itu, salur darah berfungsi untuk mengangkut bahan kumuh untuk disingkirkan daripda badan.Alat transpotasi utama manusia adalah darah. Peranan darah adalah membawa oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Malah, darah juga berperanan dalam memindahkan bahan kumuh daripada tisu badan untuk disingkirkan seperti :

💟Karbon Dioksida ke paru-paru.
💟Urea ke ginjal.
💟Air ke kulit,ginjal dan paru-paru.
💟Membawa hormon dan enzim darikelenjar ke tempat lain.
💟Sel darah putih (leuksit) dan antibodi melawan serangan kuman.
💟Kawal suhu dan keseimbangan badan.
Sistem kardiovaskular memainkan peranan penting dalam mengawal setiap fungsi utama tubuh dan organ seperti di dalam gambar rajah di bawah :

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


JANTUNG

Jantung merupakan ENJIN utama manusia. Jantung adalah struktur berotot yang mengepam darah supaya darah terus mengalir dalam badan. Jantung manusia terletak di sebelah kiri rongga toraks.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Otot jantung sangat aktif menjalankan penguncupan setiap masa. Oleh itu ia perlukan bekalan oksigen yang mencukupi. Bekalan oksigen di dalam darah dibawa ke tisu jantung oleh arteri koronari.

Apabila peredaran darah ke jantung lemah, seseorang akan mengalami :

💟Pening Kepala.
💟Sesak Nafas.
💟Kelesuan.
💟Sakit dada.
💟Degupan Jantung tidak teratur.
💟Serangan Jantung.
SERANGAN JANTUNG

Apa yang dimaksudkan serangan jantung? Serangan jantung terjadi ketika aliran darah ke suatu bahagian otot jantung terhalang. Jika aliran darah tidakboleh dibaiki dengan cepat, bahagian dari jantung tersebutkan rosak kerana kekurangan oksigen dan boleh mengakibatkan kematian.

Serangan jantung jantung merupakan PEMBUNUH SENYAP UTAMA tidak kira wanita atau lelaki, tua atau muda..!!


Serangan jantung sering terjadi kerana sebuah keadaan yang biasa disebut 'Coronary Artery Disease (CAD)' . Pada keadaan CAD, sekumpulan lemak yang dipanggil 'plak' berkumpul selama bertahun-tahun pada bahagian dalam arteri koroner.Arteri koroner adalah bahagian yang menyalurkan darah dan oksigen ke jantung.Pada akhirnya, kawasan 'plak' tadi berkumpul dan menghalang aliran darah.


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Punca terjadinya 'plak' di dalam saluran darah adalah kolestrol yang berlebihan. Pembentukan kolestrol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia.

Sewaktu terjadi serangan jantung, jika halangan pada arteri koroner tidak dirawat dengan segera, otot jantung akan mula mati dan digantikan dengan bekas luka. Kerosakan pada jantung ini tidak disedari tetapi akan menjadi masalah secara perlahan-lahan.

Tanda dan gejala yang biasa terjadi sebelum serangan jantung ialah seperti berikut :

💟Rasa sakit pada dada seperti ditekan, seperti diramas, sakit pada daerah tengah dada yang bisa terasa kuat atau ringan. Rasa sakit ini terjadi beberapa minit kemudian hilang dan kembali lagi.

💟Rasa nyeri di salah satu atau kedua belah tangan, punggung, leher, rahang atau perut.

💟Pernafasan terasa pendek yang berlangsung saat rasa sakit di dada atau setelahnya.

💟Tanda lainnya termasuk nausea(rasa sakit di perut), pening atau pengsan, sering berpeluh sejuk.
Faktor-faktor serangan penyakit jantung :

💟Lelaki yang telah masuk usia 45 tahun.
💟Wanita yang telah masuk usia 55 tahun atau mengalami menopuse dini.
💟Genetik atau keturunan keluarga.
💟Diabetes.Kebanyakan penderita diabetes meninggal bukan kerana meningkatnya level gula darah, tetapi kerana kondisi komplikasi jantung mereka.
💟Merokok.
💟Hipertensi (Tekanan darah tinggi).
💟Obesiti (Kegemukan).
💟Gaya hidup buruk.
💟Stress. Banyak kajian yang sudah menunjukkan bahawa , bila menghadapi situasi tegang, akan terjadi arithmias jantung yang membahayakan jiwa.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH.Atau boleh baca di klik>>Utusan Online<<klik

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH.Atau boleh baca di klik >>Pesona<<klik


OTAK

Apabila 'plak' atau kolestrol yang melekat pada dinding salur darah yang membawa darah ke otak semakin banyak dan menyebabkan aliran darah menjadi sempit, ia akan mengakibatkan peredaran darah ke otak menjadi lemah.

Keadaan yang berlaku apabila peredaran darah ke otak lemah ialah :

💟Daya ingatan yang lemah.
💟Pening Kepala.
💟Sakit Kepala.
💟Hilang koordinasi/Hilang keseimbangan.
💟Demensia/Pikun.
💟Strok.


STROK
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH



STROK ISKEMIA




Strok Iskemia terjadi apabila gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Kerap kali, strok Iskemia terjadi akibat dari timbunan kolestrol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH



Trombosis Serebrum - Darah beku terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak, menghentikan bekalan darah.
Embolisme Serebrum - Gumpalan darah terbentuk di saluran darah dari bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher atau pun jantung dan dibawa oleh aliran darah ke otak.
Strok Lakunar - Sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

STROK BERDARAH

Strok berdarah terjadi apabila saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah, menyebabkan pendarahan. Penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pendarahan Intraserebrum - Apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.
Pendarahan Subaraknoid - Apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala yang dikenali sebagai ruang Subaraknoid.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 2 Ogos 2012

Harry Potter and The Sorcerer's Stone


Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ada tak kawan-kawan blogger saya yang minat Harry Potter gila-gila? Hehe. Memandangkan baru-baru ni saya menonton Harry Potter tahun pertama, jadi mood saya sekarang ni adalah Harry Harry Harry! Tak kisahlah kalau ada orang kat luar sana nak kata saya macam budak-budak. Kat sana tu siapa suka Chin Chan apa cerita tu? HAHA. Tak kisah lah apa pun minat korang, semua ada reason dan ada mesej.

Sebenarnya dah agak lama saya tak tengok cerita Harry Potter ni. Jadi kira nak buat revision la kononnya. Bila tengok cerita Harry Potter yang pertama ni, rasa excited la pula. Nak tahu kenapa? Oh! Mereka ni bertiga. 3 sahabat - Ron Weasley, Harry Potter dan Hermione Granger. Diorang ni nampak sangat cute!!! Rasanya macam Ron nampak lebih cute berbanding dia dah besar ni, I mean, sekarang macam tak berapa cute..maklum..muka matang.


Tapi..Bukan tu saya nak cerita. Saya nak cerita tentang beberapa perkara yang saya sempat tangkap dalam movie ni. Antaranya :

HARGAILAH IBU DAN AYAH KITA SELAGI MASIH ADA KESEMPATAN

Korang ingat lagi tak? Masa ni Harry Potter masih banyak benda tak tahu pasal parents dia kan? Kesian kat Harry sebab sangat kehausan kasih sayang ibu dan ayah. Dah tu, Pak cik dan Mak cik dia tu pula, perangai sangat kejam! Uh! Bila tengok sepupu dia tu pula.. lagi la menjengkelkan! Nasib baik Harry ni penyabar sikit orangnya. Oke, kembali kat cerita parents Harry. Saya ter-touching bila tengok Harry happy gila-gila bila nampak parents dia muncul dalam cermin besar masa dia melarikan diri dari perpustakaan larangan sebab nak cari maklumat tentang Nicholas Flamel. Selama dia dibesarkan oleh makcik pakcik dia, dia tak pernah tahu akan asal usulnya. Memang nak sangat jumpa Mak ayah dia.


Saya ter-touching malah timbul rasa sangat bersyukur sebab saya masih ada mak ayah yang sangat sayang kat saya! Cuba bayangkan kita macam Harry…mesti rasa sedih tahap tak tahu nak cakap. Jadi, kita-kita yang masih ada parents ni, cubalah buat mereka happy dan cuba untuk berbakti untuk mereka semampu kita oke!

Saya yakin, Harry tu, kalau bukan lakonan, nak sangat dia tu peluk-peluk mak ayah dia. Apa boleh buat mak ayah dia dah tak ada. Voldermort  punya pasal semua tuu… 😁

KALAU NAK JADI PANDAI, BELAJAR RAJIN-RAJIN

Watak paling saya suka kat cerita ni ialah Hermione Granger! Korang perasan tak dia ni sangat bijak tahap gaban? HEHE. Saya tengok, dia ni jenis yang ulat buku dan banyak membaca sebab tu macam-macam dia tahu. Saya rasa, orang yang tidak sediakala bijak dan genius, kalau rajin membaca macam dia ni, akan jadi pandai juga. Yang penting Rajin! Aktif! Dan tak pemalu untuk bertanya macam si Hermione ni. HEHE.


CUBA UNTUK BERANI

Korang ingat tak Neville Longbottom ? Dalam cerita ni,dia berwatak yang agak penakut. Gagagaga…Neville pernah jatuh dari atas bangunan gara-gara tak pandai terbang guna penyapu.Tapi ada satu babak tu, demi pasukan, dia cuba untuk berani. Dia cuba halang Harry,Ron dan Hermione untuk tidak keluar dari asrama dan taknak markah pasukan diorang semakin berkurang lagi. Part ni memang lawak tapi sekurang-kurangnya dia cuba. Hahaha!


PERSAHABATAN

Dalam movie ni, tak mungkin tak ada yang perasan bahawa hubungan persahabatan dan kesetiaan antara Ron, Harry dan Hermione sangat kuat. Kerjasama antara mereka , kasih sayang dan membantu antara mereka sangat kuat! Dalam cerita ni, yang ni memang saya tak dapat nak sangkal! 


SAYANGI HAIWAN

Kenal Hagrid dalam cerita Harry Potter? Mustahil tak kenal. HAHA. Sahabat Harry yang sangat besar dan penyayang. Dia yang datang jemput Harry kat rumah pak cik mak cik Harry tepat pada hari lahir Harry Potter. Masa tu, Harry Potter dah 11 tahun. Dia siap bawa kek birthday untuk Harry Potter! HEHE.


Sikap si Hagrid dalam cerita ni, dia sangat penyayang terhadap haiwan. Sangat suka ada pet. Macam-macam dia jaga. Anjing, Anak Naga,Burung Hantu dan…err..anjing kepada 3? HAHAHA. Cute je Hagrid ni kan.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋


Share: