SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 30 Julai 2020

Kisah Youtuber Kate Yup | Skeptikal Dan Annoying Dengan Khabar Angin Yang Disebarkan Oleh Segelintir Youtuber Mengenai Kate Yup

Kisah Youtuber Kate Yup | Skeptikal Dan Annoying Dengan Khabar Angin Yang Disebarkan Oleh Segelintir Youtuber Mengenai Kate Yup


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

KISAH KATE YUP (KY) SEMAKIN TULAR DALAM BENTUK KONSPIRASI DAN MISTERI


Pada sekitar bulan Januari tahun ni (2020), kisah KY mulai tular di Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, dan mungkin di negara negara yang berhampiran. Tahukah korang, kisah KY ini semakin tular pada bulan Julai, 2020 ini? Peningkatannya semakin mendadak apabila ramai youtuber yang menyebarkan kisah KY dalam versi teori konspirasi yang lebih saspen  atau dalam bentuk click bait.

Kisah konspirasi misteri kontroversi youtuber kate yup diculik dipaksa makan dibunuh


Untuk pengetahuan kita bersama, channel KY ini memang sudah menjadi tanda tanya warga net seluruh dunia terutamanya United States pada sekitar tahun 2019 apabila mereka (peminat KY) notis akan kepelikan atau terhidu sesuatu yang mencurigakan di video KY bagi pandangan mereka.

Kisah konspirasi misteri kontroversi youtuber kate yup diculik dipaksa makan dibunuh

Kisah konspirasi misteri kontroversi youtuber kate yup diculik dipaksa makan dibunuh

To be honest, saya masih okay dengan melihat video atau membaca berkenaan teori konspirasi kerana masing masing ada pendapat masing masing. Dan masing masing ada sudut pandang tersendiri. Apa yang kita tidak nampak tidak semestinya tak ada. Betul kan? Apa yang mereka fikirkan, apa yang mereka andaikan mungkin betul, mungkin tidak. It's okay.

RAMAI YOUTUBER LAIN MENGGUNAKAN HEADLINE CLICK BAIT


Tapi, saya tak suka...betul betul tak suka dengan ciri ciri penulisan dan content yang crap. Mitos dan analisis yang keterlaluan. Ada masanya, apa yang mereka katakan pada tajuk, tidak ada di dalam video itu. Kita sendiri tidak melihat apa yang mereka katakan. Adakah itu semua hanya khayalan atau fantasi atau imaginasi mereka semata mata?

Logik atau tidak logik tu bukan point saya, bukan itu yang saya maksudkan. Sebab, jika kita kata ia logik, mungkin itu berdasarkan kajian sains dan sudah semestinya sains itu wujud. Jika kita kata tidak logik, ke-tidak-logik-an itu ada masanya benar. Alam ghaib dan kuasa sakti itu wujud bukan? Walaupun ia tidak logik?

Jadi, apa yang saya maksudkan kat sini, content tu sudah mulai tidak releven. Dan kita mulai nampak apa yang mereka buat sekadar nak dapatkan trafik dan views. Saya juga agak berasa annoying dengan mereka yang suka membuat headline atau tajuk yang mengarut. Mereka dengan sengaja membuat click bait. It's not cool man! Seriously! Nampak terdesak...contohnya, "Kate Yup Dibunuh dan Disuruh Makan Daging Sendiri" ? OMG! Whaaattt?

Jika headline/tajuk mengenai perkara tu betul, kita tak akan marah atau rasa annoy , betul tidak? Masalahnya kita dah tonton lama. 1 point pun tak ada tentang dibunuh especially makan dagingnya sendiri. Semua tu cuma andaian yang memandai mandai semata mata. Makan daging sendiri? Parah sangat headline ni. hhahaha...!

Soalan pertama : Adakah korang suka artikel atau video Youtube yang menggunakan CLICK BAIT? Sila kongsikan di ruangan komen. Kalau saya, saya akan unsubcribe dia, saya unlike dan saya tidak akan menonton lagi ke channel dia.

Soalan kedua : Adakah korang rasa menggunakan headline / tajuk CLICK BAIT itu kreatif? Bagi saya, ya...kreatif tapi tidak bertempat. Mereka juga nampak sangat terdesak nak orang tonton video mereka atau nak orang baca artikel mereka. Hhuhu...

REAKSI KATE YUP DAN STATUS HIDUP ATAU MATINYA


Apa agaknya reaksi KY jika dia menonton atau melihat ragam kalian? oh... Mungkin dia ketawa. Mungkin dia rasa tidak suka. Apapun reaksi KY, saya sendiri tidak ketahuinya kerana...

Tiada sesiapa pun tahu statusnya, adakah KY masih hidup? atau sudah mati? Teka teki ini tidak pernah terjawab sejak videonya yang terakhir dimuatnaik di channelnya; iaitu sejak 10 November, 2019.

SIAPA KATE YUP?


Kepada yang masih baru mengenai topik youtuber terkenal ini, di sini saya kongsikan sedikit info yang saya ketahui berdasarkan research saya berkenaan KY dalam beberapa hari ini.

KY merupakan seorang youtuber yang berlokasi di United States. Lokasi yang tepat tidak diketahui kerana lokasi di Youtube boleh ditukar bagi mereka yang tahu caranya.

Walaupun KT menetapkan lokasinya adalah United States, KY tidak kelihatan seperti seorang American atau seseorang yang lahir di United States kerana apabila dilihat caranya menulis description di Youtubenya, English nya tidak begitu lancar dari segi tatabahasanya.

Berdasarkan komen komen lama di channelnya, terdapat seorang peminatnya bertanya, "Where are you from?" lalu KY membalas, "I'm belgium". Ada juga videonya yang tertulis bahawa dia membeli nuggets di kedai yang berhampiran di Belgium. Ini membuatkan lebih ramai lagi yang keliru lokasinya.
Adakah dia di United States atau Di Eropah?

Ramai yang percaya bahawa dia adalah orang Perancis kerana video pertamanya tertulis perkataan perkataan Perancis.

Nama KY yang sebenar tidak pernah diketahui. Adakah 'Kate Yup' namanya yang sebenar atau sekadar nama yang dipilih olehnya untuk channel Youtubenya atau bukan tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun. 

Jika nama ini adalah namanya yang benar, sudah pasti ada yang mengatakan bahawa dia orang Asia. Mungkin dari Jepun, atau Korea atau China? Kerana 'Yup' adalah nama yang biasa digunakan oleh orang Asia.

Jika korang cuba membuat pencarian diinternet berkenaan KY, tiada apa yang kita temui yang boleh menjadi clue siapa sebenarnya KY. Yang kita ketahui hanya KY dan YOUTUBE CHANNEL MUKBANGnya.

KY adalah seorang mukbanger terkenal dengan caranya yang tersendiri. Berdasarkan video video yang KY muatnaik di dalam channelnya, KY suka membuat video mukbang ASMR dan cabaran. KY juga bukan sekadar Mukbanger biasa tetapi dia adalah competitive eater seperti Matt Stonie dari United States atau Leah Shutkever dari United Kingdom.

Perkara yang paling membuat ramai orang tertarik dengan KY adalah KY seorang yang MISTERI. Tidak diketahui identitinya. Apabila KY membuat video mukbangnya, dia tidak pernah membuka wajah/muka penuhnya. Hanya menunjukkan mulutnya.

Ramai yang tercari cari muka KY sehingga ramai yang membuat perbandingan dengan muka muka perempuan yang pernah diculik kerana terdapat beberapa peratus mirip dengan wajah KY.

Selain daripada menutup wajahnya, KY juga menutup pergelangan tangan kirinya di setiap video.

Apa yang saya perhatikan, KY adalah seorang yang mempunyai kondisi kesihatan yang kurang baik. Dia seorang yang sangat kurus pada tahun 2018 dan semakin kurus di tahun 2019. Menurut KY sendiri di bahagian komuniti di channelnya, dia memang mempunyai kondisi atau sakit. Dia mengakui bahawa dia mempunyai penyakit Herpes.

Pada video terakhirnya bertarikh 10 November, 2020, ketika dia menikmati ketamnya, giginya pecah/patah ketika dia mengigit kepit ketamnya. Berdasarkan pembacaan saya, penyakit Herpes boleh jadi berpunca dari HIV dan HIV boleh membuatkan gigi tercabut/rapuh.

YOUTUBE CHANNEL KATE YUP


Channel KY mula didaftar menggunakan alamat emel kate.yup36.gmail.com pada 12 Mac, 2018 di United States. Jumlah video di channel ini adalah 30 video semuanya yang dipublishkan. Jumlah playlist hanya ada satu yang berjudul 'lobsterchallenge2019'.

Kisah konspirasi misteri kontroversi youtuber kate yup diculik dipaksa makan dibunuh


Channel Youtube KY mempunyai satu niche sahaja. Iaitu video mukbang ASMR. Mukbang adalah video makan. Merakam diri sendiri makan dalam kuantiti yang sangat banyak. Dikategorikan juga sebagai competitive eater dan challenge kerana KY makan dengan pantas. Selain dari pantas, KY juga memakan makanan laut yang mentah. 

KY memfokuskan jenis makanan laut di videonya seperti salmon, sotong, udang, ketam, kerang, ikan, rumpai laut, dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa video di mana KY memakan jenis makanan lain iaitu nuggets dalam kuantiti yang banyak dan mee samyang yang banyak.

Makanan laut yang paling digemarinya adalah ikan salmon. Kebanyakkan videonya pasti akan ada salmon. Salmon itu pula tidak pernah dimakan oleh KY dalam keadaan yang dimasak. KY suka makan salmon mentah.

KONTROVERSI DAN TEORI KONSPIRASI KATE YUP


KATE YUP DICULIK


KY dipercayai oleh warga net bahawa dia seorang mangsa culik dan dipaksa makan untuk membuat video video mukbang kerana duit (pendapatan youtube). Hal ini kerana keadaan KY di dalam videonya yang kurus seperti tidak cukup makan atau dibiarkan kebuluran. Menurut kontroversi ini, KY dibiarkan kelaparan sebelum makan dalam kuantiti yang sangat banyak.

Apa yang membuatkan warga net bertambah percaya akan kontroversi ini adalah KY makan dengan pantas seperti orang yang sudah lama tidak mendapatkan makanan.

WAJAH/MUKA KATE YUP KONONNYA TELAH DIKETAHUI


Terdapat beberapa penama penama yang telah dikaitkan dengan KY seperti Parisian Kate, Karlie Guse, Millie Logan, dan beberapa orang lagi. Mengapa mereka dikaitkan?

Ramai yang membuat perbandingan wajahnya dengan penama penama ini kerana persamaan atau mirip di bahagian hidung dan bibir.

MESEJ KATE YUP MEMINTA TOLONG


Ramai juga yang percaya bahawa KY meminta tolong dengan cara membuat mesej mesej tersembunyi di dalam videonya.

Antaranya adalah kononnya KY membuat kod morse pada mangkuk sambalnya. Hal ini kerana pada video tersebut, KY mengetuk ngetuk mangkuknya dengan ketukan "HELP".

Selain itu, di dalam videonya terdapat mesej seperti "SOS" dan "HELP"

LOKASI KATE YUP YANG MENGELIRUKAN


Disebabkan lokasi KY sangat mengelirukan, di mana channelnya menyatakan bahawa dia berlokasi di United States tetapi di dalam videonya kononnya dia berada di Belgium.

Ada juga yang kononnya mengetahui lokasi sebenar KY melalui alamat emelnya.

KESAN LEBAM DAN GIGINYA PATAH/TERCABUT


Selepas kejadian lebam dan giginya patah, ramai yang mengukuhkan pendapat bahawa KY di dalam bahaya.

Kesan lebam pada lengannya membuatkan orang ramai tertanya tanya adakah dia didera dan benar benar dipaksa makan untuk membuat content youtube?

Giginya patah dan tercabut ketika dia makan ketam membuatkan kisah KY ini lebih misteri dan menakutkan warga net lagi.

SUARA SUARA ANEH DISEBALIK VIDEO


Kononnya mereka mendengar suara lelaki di latar belakang video KY. Ada beberapa bunyi yang mereka dengar, contohnya, "Just eat", "fast", "suck my ****", "Help me" dan banyak lagi.

PERKATAAN "SHE (DIA)" BUKAN "I (SAYA)"


Terdapat satu komen yang di-pinned-kan oleh KY di youtubenya. Ramai yang berasa pelik. kenapa KY tidak menggunakan kata ganti diri "I" pada komennya sendiri? Kenapa KY menggunakan "She"?

Warga net mulai sangsi bahawa akaun youtube KY bukan dimanage oleh KY sendirian tetapi oleh orang lain juga yang dipercayai penculiknya.

KATE YUP DIPERCAYAI MATI DAN DIBUNUH OLEH PENCULIKNYA


Hal ini kerana KY sudah tidak membuat muatnaik video pada channelnya sejak videonya yang terakhir. Pada bulan ini, Julai 2020, genap 8 bulan KY tidak membuat video mukbang barunya.

Tidak ada video daripada KY pada tahun 2020.

KATE YUP DIPERCAYAI TELAH DITEMUI


Konspirasi ini dibuat oleh youtuber luar negara pada mulanya di mana mereka percaya seorang perempuan yang telah hilang suatu ketika dahulu, kini telah ditemui.

Ramai yang percaya, perempuan itu adalah KY kerana... setelah ditemui, tiada lagi video baru di dalam channel KY.

Mereka juga mengatakan perempuan yang ditemui ini mirip dengan KY.

PENDAPAT SAYA DAN ANALISIS SAYA


Saya agak tertarik dengan kisah KY ini kerana ia begitu penuh dengan tanda tanya. Adakah benar dengan apa yang diandaikan oleh para youtuber dan blogger? Adakah benar KY meminta tolong?'

Kisah konspirasi misteri kontroversi youtuber kate yup diculik dipaksa makan dibunuh


Jujur, saya menonton video KY kesemuanya. Saya masih skeptikal dengan khabar angin yang sedang tular. Bagi saya buat masa ini, KY baik baik saya. Tiada sesiapa yang menculik KY. Apa yang dimuatnaik pada channel Youtubenya adalah apa yang dia suka.

Walaupun begitu, pendapat saya belum muktamad lagi. Dan artikel ini bukan yang pertama dan terakhir untuk menulis mengenai KY. Saya bakal update lagi untuk menjawab soalan korang. In Shaa Allah...

Saya tahu korang tertanya tanya kenapa saya kata KY baik baik saja. KY tidak diculik seperti yang dikatakan oleh warga net.


Terima kasih kerana membaca.
Jumpa lagi di artikel seterusnya.

Hashtag : #KateYupKidnapping , #PenculikkanKateYup, #KateYupDeath, #KematianKateYup, #KateYupMukbang, #KateYupFace, #WajahKateYup, #MukaKateYup, #KateYupLatest, #KateYupNews, #BeritaKateYupTerbaru, #KisahKateYup

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Khamis, 16 Julai 2020

Review Fungsi CC Cream Yang Terbaik Nampak Simple Tapi Glowing, Tak Bercapuk dan Kulit Rasa Sangat Lembut | Hansaegee Nature

Review Fungsi CC Cream Yang Terbaik Nampak Simple Tapi Glowing, Tak Bercapuk dan Kulit Rasa Sangat Lembut | Hansaegee Nature


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Kita sebagai wanita zaman sekarang ni, memang selalu sangat kejar masa kan. Terutamanya wanita yang bekerjaya dan mempunyai pekerjaan. Walaupun nak cepat keluar rumah, tak nak juga lah keluar dengan muka yang tak bermakeup dan nampak kusam dan sendu. Kan? Menggunakan Gold Nano CC krim adalah salah satu cara mudah dan pantas. Walaupun nampak ringkas tapi tetap glowing, wajah kemas, tak bercapuk walau di pakai waktu panas dan berpeluh. Kulit pun rasa lembut. Korang pernah dengar kan Gold Nano CC Krim dari Hansaegee Nature? Kalau belum, ini masanya korang berkenalan dengan produk kesukaan saya ni.



CC KRIM NI SESUAI UNTUK SIAPA?


Tehee... yelah.. dah tentulah wanita tapi... CC krim ni bagi saya sesuai untuk semua jenis wanita iaitu wanita yang aktif; suka melakukan aktiviti lasak dan wanita yang suka melakukan aktiviti indoor. Pengalaman saya sendiri, tak semua CC krim selesa dipakai ketika melakukan aktiviti sukan seperti jogging, bersenam dalam gim dan buat jump rope.



Cream tu bila bercampur dengan peluh akan rasa melekit, kadang rasa gatal dan bercapuk. Korang tahu tak bercapuk tu apa? Bercapuk tu adalah keadaan cream yang disapu pada wajah mulai tidak sekata akibat lebihan minyak dan air peluh pada muka. Muka mulai nampak retakan dan berketul ketul. Dah tak cantik. Glowing pun hilang. Sebab tu lah perempuan yang suka makeup jarang ada di lokasi tanpa penghawa dingin. Hhaha!

Gold Nano CC krim ni sangat sesuai untuk kita; wanita Malaysia. Kenapa?... Sebab Malaysia mempunyai cuaca yang panas. Bila tiba waktu tengahari, kita dah mula merasakan suhu panas, berpeluh dan cream pada muka sudah rasa tidak secantik ketika kita memakainya pada awal pagi.



CC krim ni juga sangat sesuai buat wanita yang tidak suka menggunakan makeup yang berat berat. Maksudnya yang memang suka wajah tampak natural dan memang tak nak pakai foundation. Hanya gunakan cream ni bersama gincu pilihan dan tetap mendapat perlindungan cahaya matahari iaitu SPF 50 PA+++ . Menarik kan?

APAKAH KELEBIHAN GOLD NANO CC CREAM?


Topik kelebihan CC krim dari Hansaegee Nature ni adalah topik yang paling saya suka! Kelebihan Gold Nano CC Cream ni adalah:

KULIT TIDAK BERCAPUK


Saya paling tak suka bila tibanya tengahari, makeup saya mula jadi pelik. Wahaha... Peliklah kan, sebab makeup kita merekah, warna dah tak sekata... Bila kita touch up semula, ia tidak menghasilkan keputusan seperti lepas kita makeup awal pagi tu.

Sebabnya, kita tidak semestinya akan berada dalam kawasan berpenghawa dingin. Betul... akan ada masa kita terpaksa keluar daripada bangunan atau pejabat. Maka, berpeluhlah kita. Muka terkena air peluh... minyak muka mulai keluar.

Jadi, kelebihan CC krim ni, walaupun terkena air atau minyak sekalipun, ia tidak akan bercapuk, merekah dan sebagainya. Ayat senang nak faham, krim muka rosak. Huhuhu...

Malah, walaupun kita touch up semula guna krim ni, kulit tetap tidak bercapuk. Malah, nampak lebih glowing lagi. Best betul lah!

Saya bagi contohnya. Boleh tengok dalam gambar di bawah:




WARNA KRIM SELEPAS DISAPU PADA KULIT


Apabila kita picit krim dari tiub, warna krim sangat putih. Jangan risau! muka tidak akan jadi putih melepak macam Geisha Jepun. Walaupun warna krimnya begitu, setelah kita sapukan ke wajah, kita blend ke seluruh wajah kita perlahan lahan, ia akan berubah secara automatik dan mengikut ton warna kulit kita walau jenis apa pun ton warna kulit kita. 




Maksudnya di sini, ia memudahkan kita. Kita tak perlu nak pilih warna krim yang sesuai dengan kulit kita sebab krim ni akan mengikut warna kulit kita secara automatik. jadi, kulit akan nampak lebih anggun dan bercahaya Best kan? Macam magic pula..Tehee...



MENGEKALKAN KELEMBAPAN KULIT


Selain daripada berfungsi sebagai mengemaskan wajah (menutup/menyelesaikan masalah tona kulit tidak sekata dan kulit kusam), krim ini juga didatangkan khas dengan fungsi melembapkan kulit. Tak perlu nak risau terlupa guna pelembab kulit. Kan..? Fungsi melembap kulit ni akan bertahan sepanjang hari.

Oleh itu, kulit kita akan rasa lebih selesa, ringan, tidak berminyak dan tidak melekit. Kulit yang lembap akan mengelakkan kuit cepat berkedut. Walaupun begitu, korang boleh juga guna pelembap sebelum pakai krim ni. Kalau nak tahu, Hansaegee Nature ada juga pelembab kulit terbaik (Moisturizer Water Based). Jadi, boleh apply pelembab dulu sebelum guna Gold Nano CC Cream ni.

MEMPUNYAI PERLINDUNGAN MATAHARI SPF 50 PA+++


Bagi saya, CC krim Gold Nano ni dah cukup lengkap untuk kita sebagai wanita. Selain melembapkan kulit, ia juga mempunyai fungsi penting iaitu perlindungan matahari SPF 50 PA+++.

SPF 50 bermaksud "Sunscreen's Sun Protection Factor" . Ia boleh memberikan perlindungan sebanyak 98% daripada radiasi matahari seperti sunburn, kulit menjadi gelap dan penebalan luar kulit dan sebagainya.

PA+++ pula bermaksud perlindungan UVA tinggi. UVA bermaksud cahaya ultraviolet di mana ia merupakan gelombang yang panjang dan mampu menembusi kulit yang dalam.

Nampaknya CC krim ini telah menyediakan perlindungan matahari dan cahaya yang begitu berkualiti tinggi.

KULIT LEBIH LEMBUT DAN BERCAHAYA (GLOWING)


Semua orang suka akan wajah yang berseri seri dan kelihatan sihat dan bercahaya, kan? Inilah kelebihan CC krim ini yang paling terkenal dan digemari oleh penggunanya. Vvaaah! Saya pun sudah cukup suka dengan produk ni sekarang. Siap buat extra stok.



Macam mana tak suka? Kita boleh gunakannya setiap hari sebab cara guna ringkas, mudah dan cepat tetapi tetap menghasilkan keputusan yang diingini..Tetap glowing walaupun kita gunakannya sepanjang hari, dari pagi sampai tengahari sekalipun, permukaan wajah tetap tidak bercapuk dan kekal glowing.

BOLEH DIGUNAKAN TANPA MAKEUP TAMBAHAN


Tanpa makeup tambahan? Okey.. contohnya macam ni. Kita cuma nak pergi ke taman untuk bersenam. Takkan pula kita pergi bersenam, kita pakai macam macam kan? Jadi, kita boleh pakai krim ni tanpa makeup lain. Keluar rumah hanya guna krim ni sahaja, muka kita tetap nampak segar, kemas dan bercahaya gituu...



Ringkas dan senang kan? Tu la saya sebutkan tadi, sesuai sangat CC krim ni untuk wanita yang sibuk dan kejar masa... Tak makan banyak masa ketika bersiap pun. Dap dap dap...sapu sapu sapu... siappp... dah boleh keluar rumah.

MUDAH UNTUK WANITA MUSLIMAH


Wanita muslim yang pekerjaannya perlu berhadapan dengan ramai orang, seperti doktor, khidmat pelanggan, cashier counter, promoter, dan banyak lagi jenis pekerjaan macam ni perlu sentiasa menjaga grooming dan wajah yang sentiasa kemas.

Namun, solat 5 waktu sehari membuatkan kita rasa agak rushing dan penat nak ulang ulang pakai makeup. Ada masa, dah malas dah nak fikir. Tak payah la pakai makeup. Biar saja rupa kita macam tu. Hhehe...

Tapi, dengan adanya CC krim ni, lepas cuci muka (krim ni senang dicuci), wuduk, solat...selesai saja solat, boleh sapu krim ni... tap tap tap... siap! Boleh dah jumpa pelanggan macam biasa. Muka tetap glowing

BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MAKEUP BASE


Satu lagi kelebihan CC krim ni adalah... kita boleh gunakan sebagai makeup base. Ia bermaksud... sebelum kita pakai eyeshadow, foundation dan sebagainya... gunakan lah CC krim ni terlebih dahulu. Sebab apa? Sebab ia akan menghasilkan makeup yang lebih terang, bertenaga...ehh? Maksud saya Vibrant (tiba tiba tak tahu nak jelaskan macam mana dalam Bahasa Melayu)...Hhuhu...

Makeup kita pun akan bertahan lebih lama...Pernah tak ada pengalaman pakai eyeshadow, awal pagi nampak okey...bila dah tengahari, terkena peluh dan sebagainya, warnanya mulai pudar? Hhaaah... macam tu lah...

Satu lagi, bila kita gunakan CC krim ni sebagai base, kita senang nak blend makeup kita...lebih kemas lah...

SAPU TANGAN TETAP BERSIH KETIKA LAP PELUH


Perasan tak? Bila kita berpeluh... kita akan lap peluh guna tisu atau sapu tangan. Tengok kat permukaan tisu / sapu tangan tu... confirm ada kesan krim, kan? Masalah macam ni biasa berlaku ketika kita bersenam, memang akan lap peluh. Kadang rasa macam tak seronoknya pakai krim masa bersenam sebab kita lap peluh tu buat sapu tangan nampak kotor.

Bukan tu saja, kalau wanita bertudung, biasa kesan krim tu ada pada tudung di bahagian dalam sebab terkena pada muka. Tak best kan?

Berbeza dengan CC krim dari Hansaegee ni, semasa kita lap peluh, tak ada kesan krim pada permukaan tisu mahupun sapu tangan! Syok lah!

APAKAH RAMUAN / BAHAN GOLD NANO CC CREAM DAN FUNGSINYA?


Sudah pasti ada yang tertanya tanya ramuan/bahan CC krim ni, kan? Okey... Produk ni menggunakan ekstrak tumbuhan semulajadi dan TIDAK mengandungi Paraben, TIDAK mengandungi Alkohol, Tidak mengandungi Sulfate dan bahan yang tidak dibenarkan oleh muslim. Semua bahan telah diluluskan oleh Lembaga Penguasa Malaysia dan juga Korea. Tiga bahan utama CC krim ni adalah...



1. AIR MINERAL - Ia berfungsi untuk menyeimbangi PH kulit, menguatkan dalaman kulit, mengaktifkan vitamin dan meningkatkan keanjalan kulit.

2. EKSTRAK KULTUR KALUS LPOMOEA HEDERACEA - Berfungsi untuk melegakan kerengsaan kulit, antibakteria dan melegakan masalah kulit.

3. NANO GOLD - Berfungsi sebagai mencegah penuaan kulit. Menyekat sinaran inframerah jauh dan aktiviti antimikrob tinggi.


PENDAPAT SAYA TENTANG GOLD NANO CC CREAM


Sejujurnya, saya baru saja guna produk ni untuk seminggu. Bila tengok testimonial rakan lain, memang saya berminat nak cuba juga sebab ada masa saya terpaksa keluar rumah tanpa makeup terutamanya ketika keluar membeli groceries. Lepas dah dapat cuba sendiri, saya dapati apa yang rakan lain kata memang betul. Syok pakai krim ni.

Sebelum saya gunakan jenama ni, saya ada juga guna CC krim lain. Cuma, ada masa saya ada masalah sikit. Bukan masalah melekit atau apa... masalah saya biasanya tersalah beli kod warna krim tu. Contohnya, warna kulit saya kod medium tapi terbeli pula kod warna lebih cerah cari kulit saya. Hhaahaha... kan dah terlebih putih pula muka. Ada masa, saya terbeli yang lebih gelap dari warna kulit saya. Confirm lah... tak sesuai dengan warna kulit saya. Hurm.. Biasa saya ada masalah macam tu lah.

Kalau Gold Nano CC Cream ni, warna krim dia cuma satu; putih. Tapi automatik follow warna kulit kita selepas kita sapu pada kulit. Senang. Saya tak perlu nak fikir kod warna dah lepas ni. Tak risau dengan masalah ton warna kulit.

Sebagai blogger, ada masa mood ambil gambar tu lain macam sikit. Tak peduli cuaca panas. Jadi, ada masa saya risau makeup dah luntur dan jadi lain macam sebab berpanas, berpeluh, semua...kalau ambil gambar asyik pakai filter dah tak seronok kan? Dengan CC krim ni, saya dah tak fikir panjang kalau panas ke berpeluh... sebab boleh touch up ulang ulang. Beberapa kali apply semua pada muka pun ia akan menghasilkan result yang sama sebelum kita berpanas tu.

Saya dah cuba, berbaris, berpanas kat depan pejabat pos laju. Memang berpeluh... Jalan kaki ke tempat parking kereta di cuaca panas, krim ni still okay di muka saya. Korang tahu tak Labuan ni panas? Hhahaa...

Dah panas panas ni, tetap kena ikut SOP sekarang; musim covid-19. Kena pakai mask. Mujur lah pakai CC krim ni tak ada masalah kotor pada mask saya. Sebab, seperti yang saya kongsikan di bahagian kelebihan krim ni di atas, bila lap peluh, tak ada kesan krim pada tisu dan sapu tangan. Jadi, mask pun selamat. Tak ada kesan krim muka! Vvaaahh!

Disebabkan saya dah jatuh cinta dengan krim ni, saya tambah satu lagi stok krim ni untuk kegunaan harian saya. In Shaa Allah, saya akan mencuba produk mereka yang lain juga kelak. Psstt... saya dapat points tau shopping kat sini! Tehee... Kalau korang pun berminat, senang saja nak tempah krim ni.

Boleh ke website Hansaegee Nature.

www.hansaegee.com/shop


Untuk lebih banyak maklumat mengenai produk Hansaegee, boleh la melayari media sosial mereka.

Instagram : Hansaegee Nature
Facebook : Hansaegee Nature




Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Rabu, 15 Julai 2020

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Simptom / Gejala Jangkitan Pericoronitis dan Puncanya


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Blogpost kali ni merupakan kesinambungan dari blogpost "Punca Masih Sakit Gigi Selepas Tampal Gigi" sebelum ni. Dalam blogpost tu, saya kongsi kenapa saya sakit gigi ketika mengunyah makanan selepas buat tooth filling (tampal lubang gigi). Puncanya, tampalan saya tu tinggi. Memang gigi tu dah tak sakit selepas dentist rendahkan.

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Cuma, pelik malamnya gigi tu sakit kembali semasa makan malam. Buat masa ni saya sabar dulu... agaknya masalah gigi sensitif. Harapnya bukan masalah pulpa gigi sampai kena buat root canal. Hm. Terdetik juga laa sebenarnya, cabut! Tapi...kalau asal problem je cabut, esok esok kau tak ada gigi... hahahahHa...

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya
On the way ke salah satu klinik pergigian di Labuan(Muka ada senyum? Sedang sakit gigi tu..hHhaa)


Kali ni, saya nak kongsi mengenai masalah gigi bongsu pula dan sedikit info mengenai gigi bongsu. Tidak semua orang tahu tentang gigi bongsu kan? Confirm ada yang tertanya tanya, umur dewasa macam saya ni pun masih nak tumbuh gigi? Saya sendiri pun tak tahu tentang kewujudan gigi bongsu ni sehinggalah saya menonton satu rancangan TV yang ada moment wisdom tooth extraction (mencabut gigi bongsu).

APA ITU GIGI BONGSU?

  • Dikenali juga sebagai wisdom teeth.
  • Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga dan yang terakhir.
  • Ia akan tumbuh dihujung rahang paling belakang. Kiri dan kanan. Bawah dan atas. Semua orang akan ada 4 gigi bongsu.
  • Kebiasaannya gigi bongsu akan tumbuh pada umur kita sekitar 17 hingga 25 tahun.
Sila rujuk gambar di bawah ni untuk mengetahui gigi bongsu mana satu:

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Tujuan asal saya klinik pergigian tu sebenarnya nak tampal dua gigi. Gigi geraham bawah kanan dan kiri. Gigi kanan tampalannya dah tak okay; dah ada dua lubang baru dan gigi kiri memang berlubang teruk. Punca gigi kiri berlubang teruk sebab saya biarkan dari lubang tu kecil hingga membesar selama 10 tahun kalau tak silap. Serius! Masa tu lubang gigi tu comel saja.

Saya biarkan sebab saya takut proses tooth filling terutamanya dental drill. Dentist zaman sekarang dah jarang sebut ni dengan nama 'Drill'... sekarang dah panggil sebagai handpiece. Kalau kita dengar D R I L L , kita bayangkan gerudi bertukang tu kan? Betul tak? Hhahaha...

Sejak gigi kiri tu dah tak boleh nak tampal, sebab lubang dia dah macam kolam di taman tema, maka.. cabutlah kan... Lega sebenarnya bila dentist kata, "Dah tak boleh tampal". Jadi, satu sahaja la gigi yang perlu ditampal pada hari tersebut.

Kebetulan, gigi bongsu saya nak keluar. Berjiran dengan gigi yang tak dapat nak diselamatkan tu. Jadi, mengikut pemahaman saya, lepas gigi rosak tu dicabut, gigi bongsu tu boleh lah keluar dengan aman. Sebab... to be honest... gigi bongsu tu memang saya sedar akan kehadirannya dari tahun lepas (2019)! Sakit kot!

Tahun lepas, saya memang bercadang nak cabut gigi yang rosak tu bagi laluan untuk gigi bongsu tu tapi, Mr.Bee sebut sebut tooth filling bertangguh tak sudah sampai ke tahun ni (2020)..Hhaha.. Sakit gigi bongsu tu kejap timbul kejap tenggelam. Ada masa sakit sampai kepala; solution? Painkiller. Paracetamol sahaja la... untuk masalah sakit kepala tu je semata mata. Masalah gigi bongsu tu, masih sakit setakat ambil Paracetamol. Jenis ubat tahan sakit lain, tak berani nak ambil. So, saya just pastikan kawasan tu bersih. Guna berus gigi kecil dan berkumur kumur air garam. 

KENAPA KUMUR KUMUR AIR GARAM?


Air garam mempunyai sifat pembasmi kuman secara semula jadi. Kajian tahun 2010 menunjukkan bahawa berkumur kumur air garam dapat membantu mengurangkan bakteria dalam mulut. Kadang kadang bakteria yang tertumpu pada sekitar gusi gigi pecah boleh menyebabkan kesakitan. Oleh itu, air garam boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan jangkitan.

Cara kumur kumur air garam, masukkan satu sudu teh garam ke dalam segelas air masak atau suam. Kumur kumur dan biarkan air garam di dalam mulut beberapa minit, kemudian keluarkan semula. Ulang kumur kumur dalam dua atautiga kali sehari sehingga rasa sakit mulai berkurang.

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Jadi, selesai cabut gigi geraham kiri saya pada hari tersebut, hilang saja kesan bius, saya mula rasa sakit dia lain macam. Bukan soket atau kawasan gigi yang dicabut tu yang sakit. Tapi, gigi bongsu tu yang over sakit. Mujurlah! Ada ubat tahan sakit yang klinik bagi (Ponstan). WARNING : Kalau korang baca blogpost ni dan sedang sakit gigi, jangan pergi cari sendiri Ponstan untuk legakan sakit gigi korang. Pergi jumpa dentist dulu. Klinik akan tanya dulu korang ada masalah alergik apa apa ubat ke tidak, dan sebagainya. Tapi, saya rasa korang mesti tahu korang ada alergik ke tidak kan dengan ubat tertentu? kan? kan? kan?

Tak sampai seminggu pun ubat tu...saya guna sampai habis. Kali ni sakit betul... tak main main. Saya tak boleh baca buku, tak boleh nak menulis...tak bolehhh...sakit. Nak melukis pun...tak fokus... Gigi bongsu saya tu mulai sakit semula selepas cabut gigi geraham tu. Bila ubat Ponstan dah habis, fuhh sakit sampai telinga rasanya. Sama macam tahun lepas. Saya mengalami beberapa keadaan di bawah :
  • Bengkak gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Sakit dan sukar menelan
  • Gusi berdarah
  • Susah nak buka mulut besar sebab sakit di rahang
  • Dalam mulut mempunyai rasa yang kurang enak
  • Nafas berbau
  • Susah mengunyah
Keadaan di atas ni merupakan simptom jangkitan pericoronitis. Ada orang, boleh sampai demam dan bengkak sampai ke luar (bahagian pipi yang berhampiran rahang). Alhamdulillah saya tak sampai demam. Berbeza individu, akan berbeza keadaan simptomnya ikut sejauh mana teruknya keadaan infeksi gigi tersebut.

SIMPTOM / GEJALA INFEKSI GIGI BONGSU (PERICORONITIS)

  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan
  • Mempunyai rasa yang kurang enak di dalam mulut
  • Gusi bengkak di kawasan yang terjejas
  • Gejala kronik biasanya hanya berlangsung selama 1 hingga 2 hari tetapi akan berulang selama beberapa bulan
  • Gejala yang teruk akan berlangsung 3 hingga 4 hari :
    • Bengkak pada bahagian muka yang terkena
    • Pelepasan nanah
    • Sakit ketika menelan
    • Demam
Bila ubat tahan sakit dah habis, saya mula rasa terganggu. Kebetulan, gigi kanan yang ditampal tu agak tinggi seperti yang saya kongsikan di dalam artikel sebelum ni (Punca Masih Sakit Gigi Selepas Tampal Gigi), jadi saya pergi ke klinik semula untuk settlekan masalah tampalan dan sekali nak dapatkan ubat untuk gigi bongsu.

Kalau sebelum ni saya dapat hanya ubat tahan sakit (Ponstan), kali ni saya diberikan ubat antibiotik dan ubat untuk mengurangkan bengkak. Happy giler! HHahaha.. dapat ubat pun happy ke. Sebab sakit kan, ada painkiller - selesai!

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya
Ubat ^_^


Saya harap, masalah gigi bongsu saya ni on the way 100% selesai. Harap tumbuh dengan betul di ruang yang betul... Hhaha... dan cepat sikit. Sekarang ni saya dapati kawasan gigi bongsu tu ada 'poket' . Berpotensi menyembunyikan 'harta benda' segala bakteria dalam tu. hhuhu...

PUNCA JANGKITAN PERICORONITIS


Pericoronitis biasanya berlaku pada orang yang berusia 20 hingga 29 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Keadaan umum yang menyebabkan masalah ini adalah :
  • Kurang jagaan kebersihan mulut (Poor oral hygiene)
    • Kebiasaannya berlaku apabila gigi bongsu tumbuh hanya sebahagian / separuh /  tidak tumbuh sepenuhnya. Ini membolehkan bakteria masuk ke sekitar gigi dan menyebabkan jangkitan. Makanan dan plak akan terperangkap di bawah gusi di sekitar gigi bongsu tersebut.
Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

  • Tekanan (Stress)
  • Hamil
  • Jangkitan saluran pernafasan. Ini disebabkan oleh virus. Kebiasaannya selsema atau bakteria yang mempengaruhi hidung, sinus dan tekak.
Hhaaah! Itulah punca punca jangkitan pericoronitis dan gigi bongsu salah satu dari faktornya. Apa apa hal, korang pergilaa jumpa doktor gigi. Okay!

Rujukan : WebMD, Medical News Today, Mayoclinic, dan My Health.


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

Khamis, 9 Julai 2020

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Ahaaa...saya tahu kenapa korang baca blogpost ni. Sama ada tertanya tanya apakah puncanya gigi still sakit lepas tampal gigi, atau mungkin sebab korang sedang mengalaminya. Kan?

10 hari yang lalu (28 Jun, 2020), saya pergi ke salah satu klinik pergigian di Labuan (Klinik Pergigian Bakti) untuk repair tampalan gigi saya yang dah mulai berlubang semula. Tampalan tu dah rosak. Klinik ni Mr.Bee yang suggest sebab dia dapat experienced terbaik kat sana tahun lepas. Tahun lepas (2019) Mr.Bee buat rawatan tampal gigi dan sebenarnya dia nak saya settlekan tampalan gigi yang dah terbuka ni tahun lepas tapi saya tak nak! Wahahaha!



Kalau korang pernah baca blogpost saya tentang pendarahan gigi tak berhenti selama 3 hari selepas cabut gigi sebelum ni, korang memang tahu kenapa saya tak nak dan takut tampal gigi. Ikutkan hati nak cabut saja. Tapi, takkan nak cabut je kerja. Silap hari bulan buat gigi palsu (Dentures) sebab semua gigi nak dibuang.

Jadi, tahun ni saya terpaksa pergi jumpa dentist untuk baiki tooth filling / tampalan gigi lama saya yang dah rosak tu. Kalau tahun lepas, tampalan gigi saya yang rosak tu cuma ada 1 lubang, tahun ni dah ada 2 lubang. Hhuhuhu...ber-huhu lah saya nampaknya. Sejak lubangnya dah jadi 2 ni, saya alami gangguan ketika makan makanan tertentu. Pertama, makanan yang manis seperti coklat, kek dan biskut yang diletakkan gula di atasnya. Kedua, makanan yang keras dan bertekstur. Contohnya, kulit ayam spicy KFC, kekacang, bawang, kubis dan daging . Wahaha... Ketiga, makanan yang panas dan sejuk.

Jadi, pada 28 Jun, 2020... saya buat rawatan tampal gigi kat Klinik Pergigian Bakti (Labuan). OK! Proses tu tidak lama. 20 hingga 30 minit sahaja rasanya (waktu tu saya ada buat rawatan cabut gigi sekali). Lepas dah tampal sudah tentulah happy kan. 

Gauze (Kapas gigi) tinggal dua sebab soket gigi bleed sampai 6 petang (cabut gigi sekitar 12:15 tengahari). 


Tapi, selepas beberapa hari, saya pelik pula. Masa mengunyah makanan gigi yang ditampal tu sakit. 

PUNCA MASIH SAKIT GIGI SELEPAS TAMPAL GIGI


PENAFIAN : Saya bukan dentist. Blogpost ini adalah sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan semua pengetahuan yang ditulis merupakan dari nasihat dentist dan pembacaan mengenai pergigian. Jika memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah gigi, sila bertemu dentist bertauliah di klinik pergigian berdekatan.

Ada beberapa punca gigi yang ditampal masih sakit. Antaranya adalah...

1. TAMPALAN TERLALU TINGGI DARI GIGI YANG LAIN / ATAU MASALAH PERUBAHAN GIGITAN / ALIGNMENT GIGITAN YANG TIDAK BETUL


Selesai tampal gigi, dentist akan minta kita ketap gigi dan periksa sendiri tampalan tu tinggi dari gigi yang lain atau pun tidak. Jika tampalan tu tinggi, dentist akan rendahkan tampalan tersebut sehingga sesuai dan selesa dengan gigi yang lain.

Tampalan yang tinggi dari gigi lain akan buatkan kita mempunyai tekanan berlebihan pada gigi tersebut. Dalam kes macam ni, cepat cepat hubungi dentist semula dan dentist akan settle your problem.

Selesai merendahkan tampalan, biasanya sakit akan hilang serta merta, kunyahan akan kembali selesa.

2. PERMUKAAN GIGI YANG MEMPUNYAI BAHAN YANG BERBEZA


Kita akan merasakan sensasi ganjil pada permukaan gigi tersebut apabila bersentuhan. Contohnya, gigi dibawah mempunyai tampalan atau permukaan emas, dan di atas pula mempunyai permukaan bewarna perak. Kita mungkin akan merasa sakit dan sensitif akibat dua permukaan yang berbeza tersebut.

3. TINDAK BALAS ALAHAN


Gigi sensitif selepas membuat tampalan mungkin kerana tindak balas atau reaksi alergi terhadap bahan yang digunakan semasa tampalan.

Jika kes alahan, akan wujud tanda lain seperti timbulnya ruam atau gatal di kawasan berhampiran gigi yang ditampal. Sila hubungi dentist jika korang mengalami alahan seperti ini. Mereka boleh membuat tampalan atau pengisian semua lubang gigi dengan bahan yang berbeza.

4. GIGI YANG SENSITIF / KEJENGKELAN SARAF GIGI


Gigi yang memang sudah sedia sensitif, selesai sahaja membuat rawatan tampal gigi akan menjadikannya lebih sensitif terhadap makanan panas dan sejuk, suhu udara, dan tekanan terhadap gigitan. Masalah ini biasanya akan hilang setelah beberapa minggu.

Hal ini berlaku kerana tampalan membuatkan pengisian lubang gigi itu bertambah dan menyebabkan keradangan pada saraf di dalam gigi. Lapisan luar gigi (Enamel dan semen) akan melindungi saraf daripada terdedah tetapi tampalan di dalam yang menghampiri hujung saraf akan menyebabkan kerengsaan dan sensasi yang tidak selesa.

Semasa saraf mulai sembuh, masalah sensitif ini akan hilang cuma ia memerlukan masa (beberapa hari / beberapa minggu). Tetapi, jika berlarutan, contact your dentist.

5. TAMPALAN PECAH ATAU LONGGAR


Kesakitan selepas proses tampal gigi boleh jadi juga akibat dari tampalan yang longgar atau terdapat keretakkan. Sekiranya korang merasakan korang mempunyai masalah tampalan longgar atau retak, sila hubungi dentist dengan segera.

6. PULPITIS


Apa itu pulpa? Jika dilihat melalui anatomi gigi, pulpa berada jauh di dalam gigi. Rujuk gambar di bawah ni : 

Jadi, pulpitis adalah masalah keradangan pulpa di dalam gigi yang menyebabkan kesakitan yang kerap akibat dari kerosakan gigi. Simpton kesakitan gigi akan berlaku dari ringan hingga sederhana dan akan menyerap rangsangan suhu panas dan sejuk, manis atau mekanikal (mengunyah makanan).

Pulpitis jarang berlaku terhadap rawatan tampalan kecil. Jika ia berlaku, mungkin gigi telah mengalami trauma akibat dari kemalangan dan berlaku keretakan atau patah hingga mencapai di bahagian dalaman gigi.

TERDAPAT DUA JENIS PULPITIS
  • Reversible Pulpitis - Ini merujuk kepada keradangan ringan di mana pulpa tetap sihat, dan gigi akan sembuh dengan sendirinya.
  • Irreversible Pulpitis - Ini pula merupakan pulpitis yang tidak dapat dipulihkan kerana terdapatnya saraf yang rosak / mulai mati. Dalam hal ini, seseorang akan memerlukan rawatan saluran akar (root canal treatment) untuk menyelamatkan gigi tersebut.

Itulah 6 perkara yang menjadi punca kenapa sakit gigi ketika mengunyah selepas buat rawatan tampal gigi dan penyelesaiannya.

JADI, MANA SATU YANG MENJADI PUNCA PADA MASALAH SAYA?


Selepas beberapa hari dari rawatan tu, saya notis ; masa mengunyah makanan gigi yang ditampal tu sakit. Mungkin dari awal lagi memang sakit cuma saya yang tak perasan sebab saya tak makan makanan keras sebab selain dari buat tampalan gigi kanan bawah, saya cabut gigi pada hari yang sama. Gigi yang dicabut tu pula jiran kepada gigi bongsu kiri bawah saya yang sedang menjenguk keluar; dia nak tumbuh.

Proses waktu tu, saya dibius terlebih dahulu di gigi kiri bawah. Kemudian, selepas dicucuk bius tiga kali, dentist tampal gigi kanan bawah saya. Selesai tampal, saya diminta check sama ada tampalan tu tinggi ke tak. Awalnya, saya rasa tampalan tu tinggi.

So, dentist trim tampalan tu bagi rendah sikit. Kemudian, dia bagi satu kertas kecil yang digunakan oleh klinik pergigian untuk mengukur ketinggian tampalan gigi. Kertas tu dikenali sebagai kertas artikulasi atau stok shim.

Kertas tu nipis dan dan boleh buat tanda pada permukaannya. Kita perlu gigit kertas tu (macam mengunyah) terlebih dahulu untuk meninggalkan kesan tekanan pada kertas tu agar dentist boleh tengok sejauh mana ketinggian tampalan tersebut.

Masa saya gigit kertas tu, mulut saya sebelah kiri kebas. Macam susah pula nak kunyah. Saya rasa rasa lah masa tu, memang dah okay dah ketinggian tampalan tu. Rupanya, belum okay! Seminggu kemudian saya datang ke klinik semula sebab saya tak selesa makan.

Gambar tak ada kaitan. Hhahaha... Ni gambar masa tunggu giliran dalam Klinik. Saya merasa boring seketika. 😆😆


Jadi, puncanya adalah...

TAMPALAN TERLALU TINGGI DARI GIGI YANG LAIN / ATAU MASALAH PERUBAHAN GIGITAN / ALIGNMENT GIGITAN YANG TIDAK BETUL.

Lepas dentist rendahkan tampalan sekali lagi pada 6 Julai, 2020.. kali ni saya diminta untuk testing mengunyah. Errrr...saya tak tahu nama benda yang saya kunyah tu. Tapi untuk testing mengunyah lah. Sakit ke tak masa mengunyah tu.

Vvaaah! Dah tak sakit masa buat testing mengunyah tu... rasa selesa je mengunyah. TAPI...

Ada tapi ni tau...

Waktu malam, saya keluar dinner. Saya makan mee goreng ayam. Masa kunyah ayam tu! Ya Allah lah... sakit lagi pula cuma tak sesakit sebelum ni. Okaylah... I surrender...Saya saspek kali ni saya ada masalah GIGI YANG SENSITIF. Sakitnya tak teruk tapi saya tak selesa ketika mengunyah makanan keras.

-----

[Updated] Hari ni (8 Julai, 2020)
Sakit teruk setelah saya makan pisang dan kuih terang bulan. Sakit dia macam makanan masuk dalam lubang gigi yang belum bertampal. Sakit hilang semula selepas beberapa minit. Jadi, buat masa ni sebenarnya belum betul betul settle lagi gigi ni. Saya cuma perlu tunggu beberapa minggu lagi. Jika berlarutan, nampaknya saya kena jumpa lagi dengan dentist untuk gigi ni.

-----

[Updated] Hari ni (23 Mei, 2021)
Erk! Maaf saya terlupa nak update blogpost ni. Kisah gigi saya yang sakit selepas ditampal ni dah settle lama sebenarnya. Selepas beberapa bulan, saya masih tidak pergi jumpa dentist. Hhahaha... sebab? Haiih...hmm...well, erm... masalah perangai yang suka bertangguh menguasai diri ini. Gitteeww... Dalam proses saya bertangguh tangguh ni, gigi saya tu baik sendiri. Sampai sekarang langsung tak sakit walaupun makan kekacang. Malah, apa sahaja kunyah pun tak ada rasa apa apa. Alhamdulillah. Baiklah... itu sahaja updatenya.

-----

Untuk yang tertanya tanya berkenaan kos rawatan gigi saya ni; Kos dua kali jumpa dentist ialah RM350 ke atas (1 Cabut dan 1 tampal).



Terima kasih sudi membaca.
Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi di next blogpost.

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share: