SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 28 Disember 2018

Rawatan Terbaik Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Produk Yang Boleh Dipercayai dan Selamat | Eye Treatment Gel Review

Rawatan Terbaik Menghilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata Dengan Produk Yang Boleh Dipercayai dan Selamat | Eye Treatment Gel Review

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Beberapa hari yang lepas, saya ada menulis entri bertajuk "90 Peratus Wanita Benci Akan Lingkaran Gelap Bawah Mata. Mengapa?" . Kat entri tersebut, saya ada menyebut produk yang saya gunakan untuk hilangkan mata panda saya tapi tak cerita secara terperinci. Tehee. So, entri kali ni saya nak cerita lebih terperinci tentang produk rawatan terbaik menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dengan produk ni. Produk ni boleh dipercayai dan selamat. Sudah pastilah nak produk yang selamat, kan?

Selain dari selamat, apa yang biasa kita fikirkan semasa membeli produk? Hhaaah! HALAL atau tidak. Betulkann?



Oh ya! Di entri "90 Peratus Wanita Benci Akan  Lingkaran Gelap Bawah Mata. Mengapa?" yang saya sebutkan di atas , saya ada jelaskan punca bawah mata kita menjadi gelap. Selain tu terdapat info berkenaan perbezaan antara lingkaran gelap bawah mata dan kantung mata yang sering tersilap info bagi beberapa masyarakat. Jangan lupa baca, OK!

eye treatment gel review


OK, saya teruskan dengan produk anti lingkaran gelap yang saya ak kongsikan kat sini. Iaitu; Eye Treatment Gel - Anti Dark Circles, Co-EnzymeQ10 with Vitamin A atau dalam bahasa Malaysia; Gel Rawatan Mata - Anti Lingkaran Gelap, Co-EnzymeQ10 dengan vitamin A.


GEL RAWATAN MATA - ANTI LINGKARAN GELAP, CO-ENZYMEQ10 DENGAN
VITAMIN A

Produk ni dari jenama Cosmoderm. Pernah dengar kann Comoderm ni? Jenama ni boleh tahan terkenal juga dalam Malaysia oleh kerana kualiti dan keselamatan produk. Produk Comoderm merupakan produk buatan Malaysia dari syarikat Vanity Cosmeceutical Sdn. Bhd.



Mengapa produk cosmoderm sangat ramai pengguna? kerana produk mereka dijamin HALAL dan bertaraf GMP. Apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah, produk ni buatan Malaysia. Jadi, ia sangat mudah didapati. Harga pun tak mahal.

Ramuan

Purified Water, Aloe Vera Extract, Cucumber Extract, Horse Chestnut Extract, Soluble Collagen, Soybean Protein, Centaurae Cyanus Flower Extract, Chamomile Extract, Acefylin Methylsilanol Mannuronate, Liquirice Extract, Diazolididinyl Urea, Sorbitan Caprylate, Phenoxyethanol, Propylene Glycol, Triethanolamine, Carbomer, Hydroxyethylcellulose, Carbome, Gingko Biloba Extract, Fragrance and Co-Enzyme Q10.



Kelebihan

Halal dan GMP

Dalam pemilihan produk, kita sebagai muslim memang akan menitikberatkan soal halal haram. Betul tak? Produk ni sememangnya halal.

Produk terbaik, berkesan dan selamat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata

Produk ni juga bertaraf GMP; merupakan penekanan proses yang dilakukan di kilang secara bersistem dan mempunyai prosedur operasi yang berdokumen. Ia untuk memastikan kawalan bahan mentah, serangga, pengurusan sisa buangan, kebersihan, kualiti dan banyak lagi.

Mengurangkan penuaan akibat cahaya matahari

Gel ni boleh membantu menganjalkan struktur kulit dan mengurangkan sembap serta lingkaran gelap di sekeliling mata. Co-Enzyme Q10 boleh membantu mengurangkan kesan penuaan yang berpunca daripada cahaya matahari. Seperti yang saya sebutkan kat entri sebelum ni, apabila kita terlalu terdedah dengan cahaya matahari juga boleh menjadi punca kepada lingkaran gelap bawah mata.

Tidak melekit dan cepat diserap

Sesetengah orang, tak suka menggunakan gel pada muka kerana struktur yang melekit dan membuatkan kita merasa tidak selesa. Saya sendiri un tak suka kalau gel tu melekit. Tapi setelah saya mencuba gel rawatan mata; anti lingkaran gelap dari Cosmoderm ni, saya dapati ia sangat tidak melekit. Baunya juga sangat menyenangkan. Tehee.. Setiap kali nak pakai, saya akan hidu terlbih dahulu. Wahaha. Gel ni juga mudah diserap untuk melembapkan lapisan epidermis.



Sesuai untuk kulit sensitif

Disebabkan kulit pada sekeliling mata adalah jenis yang lembut dan sensitif, ramai yang tak pasti nak gunakan gel apa jika mengalami masalah lingkaran gelap bawah mata. Sebab takut, kann? So, berita gembira saya nak khabar, gel ni sangat sesuai untuk kulit lembut dan sensitif di sekeliling mata.

Tiada Paraben dan SLS/SLES

Paraben adalah bahan pengawet yang digunakan dalam produk. Terutamanya produk perawatan tubuh. Paraben adalah bahaya untuk kesihatan. SLS pula merupakan singkatan bagi Sodium Lauryl Sulfate/Sodium Laureth Sulfate. SLS/SLES merupakan bahan kimia yang berfungsi sebagai menghasilkan buih dan boleh mendatangkan kerengsaan pada kulit. Kesan penggunaan produk yang mengandungi SLS/SLES akan berlaku dalam jangka masa panjang.

Murah, Jimat dan senang nak dapat

Produk ni murah je. Tak sampai pun RM50. Lagipun produk buatan Malaysia. Senang nak dapatkan. Cari sahaja kat website Cosmoderm tu. Disebabkan kita sapu kat bawah mata sahaja, so tak ada la banyak sangat penggunaannya. Tak ada la cepat sangat habis gel ni. Jimat.


CARA MENGGUNAKAN GEL RAWATAN MATA COSMODERM

Cara penggunaannya senang je. Sapukan dan urut lembut di bawah mata 2 kali sehari. Kalau saya, lepas mandi, saya sapu gel mata ni terlebih dahulu sebelum menggunakan pelembab muka dan lain lain. Saya pada waktu pagi dan malam; sebelum tidur selepas cuci muka untuk masuk tidur.

eye treatment gel review

Senangkan? So tak ada alasan tak pakai. Pakai secara konsisten setiap hari.


Jadi, kepada sesiapa yang memerlukan rawatan lingkaran gelap bawah mata, boleh la cuba guna gel ni. Boleh dapatkan kat website utama Cosmoderm. Kalau nak hasil yang lebih perfect, cuba lah untuk dapatkan tidur yang cukup dan minum air secukupnya untuk mengelakkan lingkaran gelap bawah mata semakin teruk.

Website Cosmoderm : www.cosmoderm.com.my

Ingin maklumat pantas dari Cosmoderm seperti promosi dan sebagainya, boleh ke laman Facebook dan Instagram Cosmoderm.


Kalau saya, memang jenis yang suka membaca buku dan mengadap komputer lama lama sampai lewat malam sebab nak siapkan pelbagai kerja selain dari memang dah minat. Wahaha. So, kadang memang tak rasa mengantuk pun buat benda yang kita suka hingga larut malam. Tak perasan mata jadi letih. Tapi, masih nak nampak cantik jadi saya guna gel ni untuk mengekalkan kelembapan.

eye treatment gel review

Maklumla.. nak cukup air boleh minum. Nak cukup tidur boleh tidur tapi faktor usia tak boleh nak elak. Tehee.. Nak kurangkan kesan penuaan tu, saya guna gel ni. Saya harap, perkongsian saya kali ni membantu korang semua. VvaawaahhHHHH!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

5 Kata-kata Dari Teman:

ejulz berkata...

terbaek :)

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih :)

Mrs Pip berkata...

Mmg ndak suka ada dark circle ni... Eiii.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe... ya kak pip. Saya pun tak suka. Tapi suka sangat tidur lewat. ahahaha,

faisal berkata...

keren produk terbaik perawatan kecantikan